The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kanaga_kutty89, 2022-12-06 21:13:47

Chapter 4 thesis

9. BAB 4 (119-132)

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, data dianalisis berkaitan pencapaian murid tahun lima yang
mengaplikasikan bahan integrasi multimedia interaktif untuk pengajaran kata pemeri.
Penganalisisan data menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif untuk data deskriptif
dan statistik inferens. Dalam statistik inferens, ujian ANCOVA (Analysis of Covariance
Test) diaplikasikan untuk menguji perbezaan min, dan ke arah penerimaan atau
penolakan hipotesis kajian (Field, 2011).

Dalam kajian yang telah diperoleh daripada penganalisisan data ujian pra dan
ujian pasca yang telah dijalankan menerusi statistik ANCOVA. Penggunaan ANCOVA
adalah untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh
ubah bersandar (Field, 2011). Menurut Christensen (2000), ANCOVA merupakan
analisis paling sesuai diguna bagi kajian kuasi eksperimen jenis pensampelan tidak
rawak berasaskan reka bentuk ujian pra dan pasca satu kumpulan.

120

4.2 Demografi Respondan

Jumlah murid yang dipilih secara tidak rawak seramai 30 orang yang terdiri daripada
13 orang lelaki bersamaan 56.7 peratus dan 17 orang perempuan bersamaan 43.3
peratus. Jadual 4.1 menunjukkan kumpulan-kumpulan tersebut.

Jadual 4.1: Responden Kajian

Jantina Bil %
13 56.7
Lelaki 17 43.3
Perempuan

4.3 Analisis Ujian Pra dan Pasca

Analisis data dilakukan adalah bertujuan mengkaji tahap pencapaian murid terhadap
kata pemeri menerusi bahan prototaip integrasi teks dan grafik multimedia interaktif.
Pembelajaran murid yang menggunakan bahan multimedia berasaskan sistem laman
sesawang ‘SITE123’.

Bagi menilai tahap pencapaian murid, pengkaji menetapkan gred penskoran
yang digunakan berpandukan skema oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tahap
pencapaian murid ditentukan menerusi ujian pra dan ujian pasca. Jadual 4.2
menunjukkan markah dan tahap pencapaian gred penskoran murid.

Jadual 4.2: Gred Penskoran

Markah Tahap Pencapaian

80 – 100 Cemerlang

65 – 79 Baik

50 – 64 Memuaskan

40 – 49 Mencapai Tahap Minimum

0 – 39 Belum Mencapai Tahap Minimum

121

4.3.1 Markah Pencapaian Murid

Soalan ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menjawab soalan kajian sama ada
prototaip laman sesawang integrasi teks dan grafik multimedia interaktif memberi kesan
terhadap pencapaian kata pemeri iaitu, ialah dan adalah dalam kalangan murid tahun
lima. Murid diberi ujian pra sebelum pembelajaran menerusi prototaip laman sesawang
integrasi teks dan grafik multimedia interaktif.

Kemudian, ujian pasca diberi setelah murid didedahkan dengan pembelajaran
menerusi prototaip laman sesawang integrasi teks dan grafik multimedia interaktif.
Dapatan markah bagi ujian pra dan pasca pencapaian murid ditunjukkan dalam Jadual
4.3.

Jadual 4.3: Markah Ujian Pra dan Pasca Pencapaian Murid

Bil Responden Jantina Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)
1. R1 L 54 56
2. R2 L 58 60
3. R3 L 56 56
4. R4 L 64 66
5. R5 L 56 56
6. R6 L 62 68
7. R7 L 58 64
8. R8 L 40 46
9. R9 L 48 54
10. R10 L 42 56
11. R11 L 36 48
12. R12 L 36 48
13. R13 L 54 60
14. R14 P 70 74
15. R15 P 68 72
16. R16 P 62 62
17. R17 P 62 76

122

Bil Responden Jantina Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)
18. R18 P 50 50
19. R19 P 54 62
20. R20 P 62 70
21. R21 P 54 62
22. R22 P 68 74
23. R23 P 58 62
24. R24 P 52 64
25. R25 P 50 68
26. R26 P 44 58
27. R27 P 38 58
28. R28 P 46 62
29. R29 P 46 70
30. R30 P 44 66

Daripada Jadual 4.3, responden kajian terdiri daripada 30 orang murid, iaitu 13
orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Dapatan data mengklasifikasikan
markah minimum bagi ujian pra ialah 36% dan markah maksimum ialah 74%. Bagi
ujian pasca, markah minimum yang diperoleh murid ialah 46% dan markah maksimum
ialah 74%.

123
4.4 Penyediaan Bahan Integrasi Teks dan Grafik Multimedia Interaktif Prototip

Berdasarkan soalan kajian ini, bahan integrasi teks dan grafik multimedia
interaktif dibangunkan dengan menggunakan Model Instruksional Dick dan Carey
(2009). Proses pembinaan bahan integrasi teks dan grafik multimedia interaktif
melibatkan fasa enam dan fasa tujuk seperti yang terkandung dalam Model
Instruksional Dick dan Carey (2009). Rajah 4.1 menunjukkan proses pembinaan bahan
integrasi teks dan grafik multimedia interaktif berpandukan Model Instruksional Dick
dan Carey (2009).

Fasa penyediaan bahan
integrasi teks dan grafik
multimedia interaktif untuk
pengajaran kata pemeri.
Rajah 4.1: Proses Penyediaan Bahan Integrasi Teks dan Grafik Prototaip Berdasarkan
Pandangan Dick dan Carey (2009)

Berdasarkan Model Instruksional Dick dan Carey (2009), fasa keenam ialah
berkaitan menyediakan strategi pengajaran. Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan
strategi persembahan aplikasi melibatkan hasil kajian mengenai pembelajaran,
pengetahuan proses pembelajaran, isi kandungan dan ciri-ciri murid sasaran. Oleh hal

124
yang demikian, kajian ini menyediakan persembahan yang dinamik melibatkan elemen
teks dan grafik. Proses pembinaan bahan berasaskan multimedia interaktif menekankan
aspek pengetahuan sedia ada murid berkaitan kata pemeri yang diajar menggunakan
elemen teks dan grafik untuk membantu murid memahami konsep kata pemeri.

Fasa ketujuh melibatkan penyediaan dan pemilihan bahan pengajaran.
Pemilihan bahan pengajaran berunsurkan bahan multimedia interaktif. Bahan yang
dibangunkan dan dihasilkan selari dengan objektif dan hasil pembelajaran sedia ada
murid. Pembinaan bahan integrasi teks dan grafik multimedia interaktif dilakukan
berdasarkan kriteria yang ditetapkan, iaitu melibatkan elemen isi kandungan, kaedah
persembahan, pengetahuan sedia ada dan elemen multimedia yang digunakan. Aplikasi
multimedia yang dibina menggunakan sistem laman sesawang ‘SITE123’.

Rajah 4.2: Muka Depan Laman Sesawang Menggunakan Sistem Aplikasi ‘SITE’

Penyediaan bahan multimedia interaktif yang menggunakan sistem aplikasi
‘SITE123’ telah memasukkan beberapa elemen berkaitan denga nisi pelajaran

125
berdasarkan kurikulum sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Penyediaan laman sesawang
ini memasukkan beberapa aspek utama, iaitu pengenalan kata pemeri, sukatan pelajaran
Bahasa Melayu. Paparan grafik yang dimuat naik dalam laman sesawang ini juga
mengambil kira aspek daya penarik serta bersesuaian dengan murid tahun lima. Paparan
muka hadapan laman sesawang ditunjukkan seperti dalam Rajah 4.2.

Rajah 4.3: Konsep Kata Pemeri
Isi kandungan yang dijelaskan dalam elemen pengenalan dalam laman sesawang
ini berkaitan dengan tiga jenis kata pemeri, iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’. Dalam bahagian
ini, konsep dan pengertian secara literal berkaitan dua jenis kata pemeri tersebut.
Penerangan ringkas dan padat dimasukkan pada bahagian ini bagi memudahkan murid
untuk memahami konsep dan fungsi penggunaan bagi setiap kata pemeri. Penerangan
berkaitan konsep dan fungsi yang dimasukkan dalam laman sesawang adalah seperti
dalam Rajah 4.3.

126

Rajah 4.4: Video Kata Pemeri
Dalam penyediaan laman sesawang, elemen video dan audio juga dimasukkan
sebagai daya tarikan tambahan di samping bertujuan untuk mengukuhkan proses
memahami konsep kata pemeri kepada murid. Paparan video dimuat naik dari aplikasi
YouTube. Di samping itu, penerangan dalam paparan video tersebut juga mengandungi
elemen grafik dan teks yang menarik serta tidak membosankan murid. Penerangan yang
diperjelaskan juga menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami mengikut
tahap murid tahun lima. Paparan video yang terdapat dalam penyediaan laman sesawang
adalah seperti dalam Rajah 4.4.

127

Rajah 4.5: Formula Kata Pemeri
Dalam bahagian seterusnya, penyediaan laman sesawang sistem aplikasi
‘SITE123’ turut memasukkan elemen yang berunsur formula berkaitan kata pemeri.
Formula ini dimasukkan supaya dapat memudahkan murid mengingat penggunaan kata
pemeri yang betul. Elemen integrasi grafik dan teks yang digunakan pada bahagian ini
juga menggunakan bahan grafik yang menarik serta penggunaan elemen teks yang
berwarna-warni yang tidak membosankan murid untuk membacanya. Formula bagi
penggunaan kata pemeri adalah seperti dalam Rajah 4.5.

128

Rajah 4.6: Penerangan Kata Pemeri Berasaskan Teks Dan Grafik
Di samping itu, penyediaan laman sesawang memberikan fokus terhadap kesan
penggunaan integrasi teks dan grafik dalam membantu murid memahami konsep kata
pemeri yang betul. Oleh hal yang demikian, elemen teks yang digunakan mengikut
tahap kebolehbacaan murid dari segi saiz fon serta jenis fon yang digunakan. Dalam
bahagian ini, saiz fon yang digunakan berukuran 13.5 poin hingga 16.5 poin manakala
jenis fon yang digunakan ialah ‘Arial’. Penggunaan elemen grafik yang dimuat naik
dalam laman sesawang ini ialah menggunakan format ‘Graphics Interchange Format’
(GIF). Paparan grafik yang berformat GIF akan memudahkan murid memahami sesuatu
konsep melalu bahan yang bersifat konkrit dan semulajadi. Penerangan kata pemeri
yang menggunakan elemen teks dan grafik dalam penyediaan laman sesawang adalah
seperti dalam Rajah 4.6.

129

4.5 ANCOVA (Analysis of Covariance Test)
ANCOVA digunakan bertujuan mengenal pasti hubungan antara satu pembolehubah
bebas dengan satu pembolehubah bersandar dengan mengawal faktor lain yang
mempengaruhi pembolehubah bersandar (Field, 2011). Menurut Creswell (2012)
menyatakan bahawa ANCOVA ialah analisis yang paling tepat dan sesuai digunakan
kerana ujian pasca diambil kira secara langsung daripada ketetapan ujian pra serta nilai
F. bagi kajian kuasi eksperimen yang menggunakan reka bentuk ujian pra dan ujian
pasca. Kajian ini juga menggunakan sampel kajian sebanyak 30 orang.

4.5.1 Dapatan Berpandukan Soalan Kajian
Dapatan data yang dikumpulkan dan dianalisis bagi menjawab soalan kajian yang
ditetapkan. Dapatan data dinyatakan mengikut susunan soalan kajian yang merangkumi
penganalisisan data dama ada dalam bentuk peratusan, skor min, sisihan piawai dan
ujian ANCOVA yang diperjelaskan dalam bentuk jadual. Jadual dapatan data tersebut
juga diinterpretasikan dalam bentuk penulisan. Dapatan data berpandukan soalan kajian
dikemukakan berdasarkan aturan yang berikut:

Soalan kajian 1: Apakah skor min pencapaian kata pemeri murid tahun lima
berasaskan pengaplikasian integrasi teks dan grafik multimedia interaktif
prototaip?

Berdasarkan soalan kajian ini, skor min sebelum dan selepas penggunaan bahan
integrasi teks dan grafik multimedia interaktif dianalisis untuk menentukan pencapaian
markah murid dalam pengajaran kata pemeri. Skor min ujian pra dilakukan, iaitu
sebelum pengunaan bahan integrasi teks dan grafik multimedia interaktif digunakan

130

kepada responden. Hasil dapatan skor min bagi ujian pra ialah 53.40 bersamaan 10.091
sisihan piawai. Bagi ujian pasca pula, iaitu setelah responden didedahkan dengan
pengajaran yang menggunakan bahan integrasi teks dan grafik multimedia interaktif
sebanyak lima kali. Hasil dapatan skor min yang diperoleh ialah 61.60 bersamaan 8.007
sisihan piawai. Jadual 4.4 menunjukkan dapatan data skor min dan sisihan piawai bagi
ujian pra dan pasca.

Jadual 4.4: Skor Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pasca Responden

Pembolehubah bersandar: Responden

Ujian Min Sisihan Piawai n

Pra 53.40 10.091 30
Pasca 61.60 8.007 30
57.50 9.049 30

Berdasarkan soalan kajian ini, penggunaan bahan integrasi teks dan grafik
multimedia interaktif diaplikasikan dalam pengajaran kata pemeri bagi menentukan
signifikan skor min pencapaian markah ujian pra dan pasca yang melibatkan 30 orang
responden. Jadual 4.4 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi ujian pra dan
pasca responden. Hipotesis nol yang diuji ialah:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian markah ujian bagi ujian
pra pengajaran konvensional kata pemeri dan ujian pasca pengajaran kata
pemeri menggunakan bahan integrasi teks dan grafik multimedia interaktif bagi
murid Cina tahun lima.

131

Soalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian
kata pemeri murid tahun lima berasaskan pengaplikasian integrasi teks dan
grafik multimedia interaktif prototaip?

Berdasarkan soalan kajian 3, pengkaji ingin menilai perbezaan pencapaian murid
sebelum dan selepas penggunaan bahan integrasi teks dan grafik untuk pengajaran kata
pemeri. Hasil dapatan perbezaan pencapaian murid ditentukan melalui skor min ujian
pra dan pasca yang dinilai kepada 30 orang responden. Skor min bagi ujian pra ialah
53.40 bersamaan 10.091 sisihan piawai manakala skor min ujian pasca ialah 61.60
bersamaan 8.007 sisihan piawai. Justeru, hasil dapatan skor min tersebut menunjukkan
bahawa penggunaan bahan integrasi teks dan grafik multimedia interaktif mampu
meningkatkan penguasaan pembelajaran kata pemeri dalam kalangan murid.

Jadual 4.5: Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jumlah Darjah Min Kuasa F Sig.

Sumber Kuasa Dua Kebebasan Dua .110
.013
Pra 179.9 1 179.9 2.7

Pasca 460.2 1 460.2 7.0

Kesilapan 1773.1 27 65.7

Jumlah 9455.0 30

Jumlah Dibetulkan 2247.5 29

*Paras signifikan < 0.05

Daripada Jadual 4.5, nilai F ujian pra ialah 2.7 (df= 29), iaitu paras signifikan
<0.05. Bagi ujian pasca, nilai F= 7.0 (df= 29) dengan paras signifikan yang sama, iaitu
<0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra
dengan ujian pasca. Oleh itu, hipotesis Ho1 ditolak.

132

4.6 Kesimpulan

Hasil dapatan data yang dijana dan diperoleh membuktikan objektif kajian mencapai
sasaran yang ditetapkan. Data yang dianalisis ini berjaya menjawab soalan kajian dan
menerima hipotesis berarah (Ho) dan hipotesis tidak berarah (Ha) yang dibina
berpandukan pendapat Creswell (2018). Data yang dinyatakan ini adalah dalam bentuk
peratusan, skor min, sisihan piawai dan nilai F. Dapatan kajian ini menjadi bahan
sokongan untuk rumusan, perbincangan data dan implikasi, cadangan penambahbaikan
dan cadangan kajian lanjutan yang difokuskan dalam Bab 5.

133


Click to View FlipBook Version