The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-72374807, 2021-03-20 05:22:10

PROJEK INOVASI (COLOURS AND CAREERS KIT)

INOVASI 1

PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN
“KE ARAH MEMBUDAYAKAN INOVASI”

Tajuk Inovasi

COLOURS AND CAREERS KIT -

( KIT UJIAN PERSONALITI WARNA DAN KAMUS RIASEK )

PEMUDAHCARA MENENTUKAN KERJAYA
DENGAN PERSONALITI WARNA

DISEDIAKAN OLEH
SMK SERI BEDENA
SUNGAI BESAR , SELANGOR

ABSTRAK

Ujian Warna dan Kerjaya Mengikut Kamus RIASEK merupakan satu inovasi
yang dibina dalam bentuk permainan. Ia dapat membantu individu mengenalpasti
kerjaya yang sesuai dengan warna personality mereka. Ia merupakan satu
ntervensi di bawah fokus perekayasaan Bimbingan dan kaunseling iaitu
Perkembangan Kerjaya Murid (PK).

Inovasi ini direka dan dinamakan Colours dan Careers untuk memudahkan
murid mengenalpasti personaliti berdasarkan warna dengan cepat dan jelas cara
perkiraan berbanding cara manual iaitu menggunakan borang ujian warna dan men-
gambil masa untuk mengetahui hasilnya. Permainan ini mempunyai 4 jenis person-
aliti dan kamus RIASEK mengikut pembahagian kerjaya yang mudah difahami .

Colours and Careers membantu meningkatkan kesedaran murid terhadap ker-
jaya yang dipilih berdasarkan personality warna diri untuk meningkatkan
kemahiran merancang,membina strategi , membuat keputusan dan mengadakan ko-
laboratif antara sesorang individu terhadap kerjaya yang dipilih berdasarkan kamus
RIASEK.

Ia juga boleh dijadikan bahan bantu untuk guru bimbingan dan kaunseling
dalam melaksanakan aktiviti menentukan kerjaya semasa mengadakan kelas ganti.

PENGENALAN

Kaunseling adalah merupakan proses perhubungan menolong yang sistematik
berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor professional bagi
membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan
menyeluruh. Perhubungan ini dikaitkan dengan proses interaksi, menolong dan
pertemuan bersemuka antara kaunselor dan kliennya. Begitu juga dengan inovasi
yang dibina oleh SMK Seri Bedena dalam menolong murid-murid berkaitan
pemilihan bidang kerjaya.

Bagi memudahkan murid dapat menentukan kerjaya dengan mudah yang
bersesuaian dengan personaliti murid-murid kami telah membina KIT UJIAN
PERSONALITI WARNA DAN KAMUS RIASEK yang diberi nama COLOURS AND
CAREERS KIT. Inovasi dan kreativiti Kit ini adalah berkaitan dengan skop kerjaya
yang ada di dunia ketika ini.

Idea asas hasilan inovasi ini adalah hasil kajian dijalankan oleh Ahmad Jazimin
Jusoh yang bertajuk Hubungan Personaliti Warna Dengan Minat Kerjaya Di Kalangan
Pelajar Universiti Putra Malaysia (2000). Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa
alat ukuran IPW yang telah dibentuk oleh Sidek Mohd Noah et al. (1997) mempunyai
kesahan gagasan yang tinggi berbanding dengan alat ukuran SDS yang dibentuk oleh
John L Holland tentang tret-tret personaliti individu mempengaruhi pemilihan ker-
jaya oleh seseorang individu melalui Ujian personaliti warna yang dijalankan . Hasil
Inovasi dan kreativiti di persembahkan dalam bentuk Kad Kamus Kerjaya (bahan
bercetak) dan Kit yang mudahalih boleh dibawa ke mana-mana terutamanya ke bilik
darjah.

OBJEKTIF
1. Kepentingan cita-cita dan matlamat kerjaya dengan jelas.
2. Dapat mengenal pasti personaliti diri sendiri.
3. Memberi penjelasan mengenai kerjaya dengan mudah berdasarkan personaliti.
4. Menjadi bahan bantu untuk menjalankan intervensi kerjaya.

KEISTIMEWAAN COLOURS AND CAREERS

1.Mesra pengguna kerana boleh dijalankan di mana-mana sahaja.
2.Dapat mengenalpasti kerjaya dengan lebih cepat dan mudah
3. Boleh dijadikan salah satu intervensi psikometrik inventori minat kerjaya.

ISU/ MASALAH

1. GBK tiada mempunyai alat bahan bantu yang tertentu ketika melaksanakan sesi
kaunseling kelompok bagi kerjaya.

2. GBK tidak mempunyai satu panduan bagi membimbing murid untuk mengenalpasti
kerjaya berdasarkan personaliti dengan mudah dan cepat berbanding manual

Cara Penyelesaian

1.Penghasilan sebuah kit kerjaya yang mengandungi alatan spesifik bagi me-

nentukan warna personaliti dengan menggunakan padanan kerjaya RIASEC.

KANDUNGAN
1. Kad ujian warna
2. Kad Kit kerjaya RIASEC

Impaknya inovasi ini dapat
1.menjadikan murid lebih memahami personaliti diri terhadap kerjaya yang dipilih
dengan lebih yakin.
2.Meningkatkan kredibiliti dan keyakinan GBK untuk membimbing murid

memilih kerjaya.
3.Menjimatkan wang kerana tidak memerlukan kertas yang banyak.
4.Menghasilkan sebuuah kit untuk membantu GBK dalam mengendalikan
Bimbingan Kelompok kerjaya mengikut personality warna.

BUKU RUJUKAN
PERSONALITI WARNA

KAMUS RIASEK



Colour Personality Inventory

IPW

Oleh:

Sidek Mohd Noah (2004)

Arahan:

A Inventori ini mengandungi 100 item atau pernyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan anda pada borang jawapan yang dis-
ediakan.

B. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, tandakan [ ü ] pada ruangan (Y) dan jika tidak menerangkan diri anda, dandakan [ ü ] pada ruangan (T)
pada borang jawapan yang disediakan.

C. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang
anda rasa paling selesa. JAWAB SEMUA SOALAN.

1. Saya sentiasa mematuhi peraturan.
2. Saya mematuhi arahan pihak berkuasa.
3. Saya seorang yang bertanggungjawab.
4. Saya seorang yang boleh diharap.
5. Saya tahu apa yang baik untuk diri sendiri.
6. Saya berminat dalam pelbagai bidang keilmuan.
7. Saya berminat mencipta sesuatu yang baru.
8. Saya rasakan daya ingin tahu saya sangat tinggi.
9. Saya suka melibatkan diri dalam perbincangan yang kritikal.
10. Saya tidak mudah menerima begitu sahaja sesuatu cerita.
11. Saya seorang yang mudah bersimpati .
12. Saya inginkan perhubungan yang mesra.
13. Saya ada kebolehan untuk menyelami perasaan orang lain.
14. Saya seorang yang baik hati.
15. Saya seorang yang suka berkarya.
16. Saya suka suasana yang girang.
17. Saya boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
18. Saya suka menimbulkan kontroversi.
19. Saya tidak mudah merasa kecewa apabila menghadapi kegagalan.
20. Saya lebih bangga dilabel sebagai seorang yang hebat.

21. Saya mementingkan ketelitian.
22. Saya bersifat rasional dalam setiap tindakan.
23. Saya tidak suka membazir masa.
24. Saya suka kerja yang terancang.
25. Saya berkebolehan untuk mengendalikan urusan secara terperinci.
26. Saya mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu teori.
27. Saya seorang yang panjang akal.
28. Saya mempunyai sikap sabar.
29. Saya dianggap oleh kawan sebagai seorang yang berfalsafah.
30. Saya mahukan jawapan kepada setiap persoalan
31. Saya suka menghayati lagu sentimental.
32. Saya seorang yang romantik.
33. Saya suka menghayati keindahan alam.
34. Saya tidak suka persaingan.
35. Saya menyayangi kanak-kanak.
36. Saya gemar berpakaian ringkas.
37. Saya suka kepada aktiviti yang bercorak persaingan.
38. Saya gemar kepada pengalaman yang pelik.
39. Saya suka berkomunikasi dengan orang ramai.
40. Saya sering tergopoh gapah di dalam setiap tindakan.
41. Saya sanggup bekerja keras untuk organisasi.
42. Saya selesa menjadi orang penting dalam organisasi.
43. Saya mementingkan kerjaya.
44. Saya sentiasa memastikan kerja-kerja selesai.
45. Saya seorang yang setia pada janji.
46. Saya seorang yang analitikal.
47. Saya suka menyelidik.
48. Saya menyumbangkan idea-idea yang menyeluruh.
49. Saya menganggap pekerjaan itu mudah.
50. Saya membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan.

.
51. Perasaan saya mudah tersentuh.
52. Suka orang lain mengambil berat tentang diri saya.
53. Saya seorang yang pemaaf.
54. Saya mudah bersedih apabila gagal.
55. Saya mudah merasa cemburu.
56. Saya boleh bertindak secara spontan.
57. Saya seorang yang artistik.
58. Saya bijak menggunakan peluang yang ada.
59. Saya boleh menyelesaikan masalah dengan jayanya.
60. Saya gemar berbahas mengenai sesuatu isu yang dikemukakan.

61. Saya seorang yang stabil dari segi emosi.
62. Saya sentiasa meluangkan masa untuk keluarga.
63. Saya sentiasa mematuhi tradisi keluarga
64. Saya menghormati adat resam dalam masyarakat.
65. Memastikan peranan saya dalam keluarga dilaksanakan.
66. Saya akan beralih ke tugas lain selepas menyelesaikan sesuatu tugas.
67. Saya percaya kecerdasan saya tinggi.
68. Pemikiran saya lebih matang berbanding usia saya.
69. Saya suka aktiviti yang merangsang minda saya.
70. Saya suka menyoal guru.
71. Saya akan merasa sedih melihat orang lain di dalam kesusahan.
72. Saya menghargai nilai-nilai estetika.
73. Saya cepat menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang melibatkan kesenian.
74. Saya lebih ceria apabila diberi semangat oleh rakan-rakan.
75. Saya mudah berinteraksi dengan rakan di tempat kerja.
76. Saya tidak suka bergantung kepada orang lain.
77. Saya hanya percaya kepada diri sendiri.
78. Saya suka bekerja mengikut kehendak saya sendiri.
79. Saya suka berterus terang.
80. Saya tidak suka kepada sebarang teori.
81. Saya sentiasa memberi perhatian semasa perbincangan.
82. Saya seorang pendengar yang setia.
83. Saya sentiasa bercakap berdasarkan bukti.
84. Saya sensitif pada persekitaran.
85. Saya membenci orang yang tidak menepati masa.
86. Saya berfikir berasaskan logik.
87. Saya melakukan kajian tentang perkara-perkara yang kompleks.
88. Saya suka menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui kajian.
89. Saya mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu yang mencabar minda.
90. Saya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi sesuatu cabaran.
91. Saya menjadi tempat rujukan rakan-rakan di tempat kerja.
92. Saya suka berangan-angan.
93. Saya mudah merajuk.
94. Saya tidak suka bergaduh.
95. Saya selalu mengingati hari-hari istimewa.
96. Saya suka melakukan apa yang orang lain tidak dapat melakukannya.
97. Saya tidak suka dikongkong.
98. Saya suka bekerja tanpa tekanan.
99. Saya bosan dengan kerja-kerja yang rutin.
100. Saya gemarkan aktiviti yang lasak



KAMUS RIASEK

KAD PERSONALITI WARNA

PENUTUP

Projek Inovasi KIT COLOURS AND CAREERS ini merupakan satu alat yang
dapat membantu guru kaunseling dalam menjadikan murid lebih memahami
personaliti diri terhadap kerjaya yang dipilih dengan lebih yakin. Meningkatkan
kredibiliti dan keyakinan GBK untuk membimbing murid memilih kerjaya.

Kit ini membolehkan murid bermain dengan cara yang seronok dan menarik.
Alat ini mudah dibawa dan mudah difahami. Guru boleh menjadikan alat ini
sebagai BBB dalam PdPc. Alat ini juga boleh digunakan oleh murid dalam
pembelajaran kendiri. Kit ini juga diharap dapat membantu murid-murid men-
genalpasti kerjaya mereka dengan jelas .

Harapan sebagai GBKSM ingin membina produk ini kepada produk yang
oleh dijalankan secara dalam talian. Semoga apa yang diinginkan ini terlaksana
dan dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada murid dan sekolah.

RUJUKAN

Sidek Mohd Noah.2005.Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling:Teori
dan Aplikasi, Universiti Putra Malaysia , Serdang.

Muhamad Tajudin bin Mustafa dan Noraimi Aaina binti Omar.2017.
Kamus RIASEK,QC Group Sdn. Bhd.

K.Krishnan.2015.Kamus Pekerjaan ARK,ARK Publication,Klang
Selangor.

LAMPIRAN

PERSEMBAHAN VIDEO BAHAN YANG
DIPERTANDINGAN


Click to View FlipBook Version