isu ponteng sekolah R E A L I T I K E H I D U P A N P E L A J A R R E A L I T I K E H I D U P A N P E L A J A R ' 'CEGAH SEBELUM PARAH' '
KETUA EDITOR ENCIK MOHD HANAFI BIN JUSOH PENULIS NURUL SHAFIQA BINTI MD ALI 18DKM20F2002 NUR AIN MASTURA BINTI AHMAD 18DKM20F2014 NIR ADIFA FARAIN BINTI RAZALI 18DKM20F2005
Segala puji-pujian bagi Tuhan pencipta semesta alam serta pencipta manusia yang cukup sempurna dari segi akal dan pancaindera supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Alhamdulillah, kami telah selesai menyempurnakan eBook bagi "isu ponteng sekolah" dimana tajuk ini dipilih sebagai satu rujukan utama pensyarah dan pelajar bertepatan dengan silibus yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi. e-Book ini disediakan sebagai sati inisiatif membantu pensyarah dan pelajar melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan interaktif bersesuaian dengan fenomena pendidikan norma baharu ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin kerana telah memberi ruang dan peluang untuk menghasilkan buku digital ini sebagai rujukan kepada pensyarah dan pelajar. Nota dan bahan disediakan bersesuaian dengan contohcontoh yang releven mengikut isu semasa untuk memahami isu yang dibincangkan. Manakala, aktiviti pengukuhan yang disertakan adalah untuk menguji kefahaman dan dan menarik minat pelajar mengikut pembelajaran. Diharapkan segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan sati impak yang besar kepada kecemerlangan pelajar.
KUPASAN MENARIK 1 | Pengenalan 2 | Kesan kepada pelajar sekolah 3 | Faktor yang mempengaruhi 4 | Langkah-langkah membanteras isu ponteng sekolah 5 | Statistik penglibatan pelajar 6 | Kesimpulan 7 | Rujukan
PENGENALAN ' 'HARGAI MASA REMAJA ANDA UNTUK MEMBINA KEJAYAAN' ' Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah. Tidak disangkal bahawa isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan lencongan untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius iaitu berunsur jenayah. Senario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala ponteng sekolah dan kemudian didapati sabit terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap berlaku. Bagi setengah kes sendiri ada di antara golongan remaja tersebut pernah disabitkan dengan kesalahan memiliki atau memakan atau mengedar dadah seperti syabu, kokain, ‘ecstacy’, atau bahan-bahan sejenis yang mengkhayalkan sama ada dalam bentuk cecair atau pil-pil kapsul dan sebagainya, merokok, meminum minuman keras atau arak, mencuri, bergaduh, terjerat dengan masalah cinta remaja atau ‘love affair’ , vandalism, terlibat dengan penubuhan kumpulan remaja nakal atau ‘gangsterism’.
FAKTOR GEJALA PONTENG SEKOLAH PENGARUH RAKAN SEBAYA Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikiran secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Hal ini menjadi semakin serius ekoran daripada tempoh masa bersama dengan rakan lebih lama berbanding di rumah bersama keluarga. Ini menyebabkan mereka lebih terikut-ikut dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Hal ini mendorong atau mempengaruhi pelajar untuk melakukan perkara-perkara yang baik atau sebaliknya bergantung kepada jenis rakan yang dipilih. MENCARI KESERONOKKAN Pelajar yang ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan darpada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang poteng akan pergi menonton wayang atau berkelah bersama dengan rakan-rakan untuk mencari keseronokkan. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.
KURANG PEMANTAUAN IBU BAPA Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk memantau perilaku anak- anak supaya tidak terlibat dengan gejala ponteng. Oleh kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya atau ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa maka anak- anak lebih terdorong untuk melakukan perkara tersebut berbanding duduk di rumah bersama keluarga. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tenga hmalam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Oleh yang demikian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat. perhatian daripada ibu bapa mereka. PERATURAN SEKOLAH YANG KETAT Adanya peraturan sekolah yang ketat juga di antara faktor yang boleh menyebabkan pelajar ponteng. Para pelajar akan ponteng sekolah apabila takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya mereka tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru, mereka akan memilih untuk ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh guru. Selain daripada itu, pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan tersebut. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. TEKANAN EKONOMI Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi kesekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekeria pada waktu malam. KURANG MINAT Di antara perkara yang menjadi faktor pelajar sering ponteng adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isu kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, georgrafi dan sebagainya.
KESAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH PEMBAZIRAN MASA DAN TENAGA Kes an yang dihadapi j i k a pel a j a r ponteng sekol ah terut amanya ada l ah ma s a dan tena g a merek a a k an di rug i k an ker ana ma s a yang diba z i r k an t ida k a k an dipul ang a t aupun di kemba li k an. J i k a merek a dapa t meng guna k an ma s a merek a deng an ba i k i a i tu t ida k ponteng sekol ah dan mement ing k an pel a j a r annya , merek a a k an ber j aya da l am ma s a yang a k an da t ang dan ker j aya annya dapa t member i kehidupan yang ba i k dan seles a kepada gener a s i seterusnya . MENJEJASKAN PERATUSAN KEDATANGAN PELAJAR Wa l aupun sudah dinya t a k an kes an ser t a a k iba t da r ipada gej a l a ponteng sekol ah namun r i s i ko yang per lu di t ang gung oleh pa r a pel a j a r di sebabk an gej a l a sos i a l ponteng sekol ah lebih di tek ank an kepada per a tus keda t ang an pel a j a r . La z imnya pa r a pel a j a r yang ker ap ponteng sekol ah deng an sendi r inya turut menjej a s k an rekod keda t ang an f a il per ibadi pel a j a r . Kes annya lebih merunc ing sek i r anya per a tus keda t ang an pel a j a r terbabi t t ida k menc apa i sya r a t wa j ib keda t ang an ha r i an ke sekol ah sebanya k 85%. Jus teru, sek i r anya t ida k memenuhi sya r a t ter sebut peluang ba g i pel a j a r terbabi t untuk meng i kut i peper i k s a an a khi r t ahun turut ter jej a s MASA DEPAN TIDAK TERJAMIN Kes an l a in yang a k an dihadapi ada l ah pel a j a r ter sebut ada l ah merek a a k an di ter t awa k an oleh r a k an- r a k an l a in sek i r anya merek a g a g a l dan ma s a depan pel a j a r ini a k an hancur ker ana merek a t ida k l a g i dapa t diper c aya i oleh ma sya r a k a t dan neg a r a a k an kekur ang an ba k a l pener a ju yang berwawa s an. MASYARAKAT MEMANDANG SERONG KEPADA PELAJAR Kes an kedua yang dihadapi ada l ah ma sya r a k a t a k an memandang rendah a t aupun hina kepada merek a dan ini sec a r a t ida k l ang sung merek a a k an mema luk an ma ruah kelua r g a . Seba g a i contoh, apabil a seseor ang ternampa k sekumpul an pel a j a r teng ah ponteng sekol ah, s a tu- s a tunya pendapa t merek a terhadap pel a j a r ter sebut ada l ah merek a ada l ah “ s ampah” ma sya r a k a t ker ana merek a t ida k dapa t member i per khidma t an kepada ma sya r a t pada ma s a depan. Ma sya r a k a t jug a a k an mema r ahi ibu bapa merek a ker ana merek a t ida k dapa t mendidi k ana k - ana knya deng an ba i k dan meng aba i k an t ang gung j awab merek a seba g a i penj a g a .
KERATAN AKHBAR BERKAITAN ISU PANAS PONTENG
PERANAN PIHAK SEKOLAH Usaha sulung yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah ponteng sekolah adalah dengan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah menarik. Langkah ini bukan untuk menambah bebanan guru tetapi merupakan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia supaya memastikan silibus setiap mata pelajaran relevan serta menarik perhatian pelajar. Sebagai contoh, subjek Sains dan Teknologi yang diperkenalkan di peringkat sekolah rendah mampu menarik minat pelajar untuk ke sekolah dan tidak ponteng. LANGKAH PENCEGAHAN PERANAN IBU BAPA Antara peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa wajib memberikan didikan agama secara total selain memberi limpahan belaian kasih sayang terhadap anakanak mereka. Hal ini kerana remaja yang umur baru setahun jagung dan darah baru setampuk pinang akan mudah tergelincir daripada landasan keimanan. Lumrah jika dikatakan bahawa anak berdarah muda pada era ini ialah golongan yang sering terpengaruh terhadap persekitaran mereka apatah lagi mereka terpaksa berhadapan dengan dunia zaman sekarang yang sarat dengan gelombang muatan cabaran reformasi. Jika dilihat dari sudut zahirnya memangnya tidak dapat dinafikan lagi ibu bapa pada era ini kurang memberikan tumpuan dan fokus terhadap anak-anak lantaran terlalu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek material. Hal ini secara tidak langsung memberi peluang kepada anakanak untuk melakukan perkara –perkara negatif tamsilnya ponteng sekolah, melepak dan terlibat gejala-gejala yang menjerumus mereka ke kancah bertunjangkan maksiat. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak terlalu berjerih payah mengejar harta dunia yang sama sekali tidak kekal ini sebaliknya meluangkan masa sebanyak mungkin mendidik anak-anak agar menjadi insan yang syumul dari aspek zahir mahupun batin
PERANAN MEDIA MASSA Selain itu, pihak yang mampu memainkan peranan penting dalam membanteras gejala ponteng dalam kalangan pelajar adalah media massa. Tahap keberkesanan media massa dalam memberikan informasi kepada masyarakat mampu menjadi sandaran kepada pembentukan masyarakat yang lebih baik. Media massa haruslah memainkan peranan untuk menyebarkan iklan-iklan nasihat dengan penerapan nilai-nilai moral supaya dapat member pengajaran kepada semua pihak. Penanyangan cerita-cerita, program atau iklan-iklan yang bersifat negatif seperti cerita berunsur gengster hendaklah disekat. Hal ini demikian kerana ia akan mendorong remaja terutamanya para pelajar untuk meniru aksi-aksi tersebut seperti merokok, menghisap dadah, gam, berlumba haram dan secara tidak langsung akan terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Oleh itu, media massa banyak member peranan dalam usaha untuk membentuk akhlak masyarakat dan menangani gejala sosial khususnya ponteng sekolah PERANAN RAKAN SEBAYA Pada masa kini, rakan sebaya merupakan orang yang terdekat dengan kita selain daripada ibubapa kita. Bukan itu sahaja, rakan seusia juga berperanan penting untuk menangani isu ponteng sekolah. Dengan itu, sebagai seorang rakan sebaya yang bertanggungjawab, kita haruslah sentiasa menasihati rakan kita dengan motivasi mereka supaya mereka tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. kesannya, peratus kes ponteng sekolah dalam sekolah dapat dikurangkan.Hal ini kerana, remaja kini diumpamakan enggang sama enggang, pipit sama pipit. Semua pihak haruslah bertanggungjawab dalam menangani masalah ini.
STATISTIK PELAJAR YANG TERLIBAT DENGAN ISU PONTENG SEKOLAH HALAMAN UTAMA BERITA ISKANDAR PUTERI: Jabatan Pendidikan Johor mengesan 3,992 kes ponteng membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah sejak awal tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan, berkata daripada jumlah itu, 298 kes sudah diselesaikan melalui sesi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar bermasalah.“Pelajar terbabit (298 kes) sudah menunjukkan perubahan tingkah laku dan tidak mengulangi kesalahan ponteng lagi.“Selebihnya (3,694 kes), masih dalam proses bimbingan dan kaunseling secara berterusan hingga akhir tahun persekolahan 2019,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abd Taib Abu Bakar (BN-Machap) pada Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata, Jabatan Pendidikan juga melancarkan Program Ziarah Cakna Peringkat Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah SekolahSekolah di Johor pada 27 Januari lalu, bagi mengatasi masalah pelajar. ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah merekodkan seramai 14,000 pelajar sekolah rendah dan menengah ponteng sekolah di negeri ini tahun lepas. Jumlah berkenaan membabitkan kira-kira 400,000 pelajar daripada 750 sekolah. Exco Pendidikan, Sumber Manusia dan Pembangunan Insan, Dr Salmee Said bagaimanapun berkata, peratus pelajar ponteng di Kedah menurun selepas pelaksanaan Program Ziarah Cakna oleh Kementerian Pendidikan bermula Januari tahun ini.
KESIMPULAN Akhirulkalam, kita perlu menerima realiti bahawa masalah ponteng sekolah di negara kita memang menampakkan lonjakan drastik yang bukan sahaja merimaskan masyarakat malah turut mencemaskan pemimpinpemimpin negara. Walaubagaimanapun,tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masalah ponteng sekolah di negara kita masih rendah dan terkawal jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia khususnya di Eropah dan Asia.Malahan,kita mengakui bahawa masalah ponteng sekolah di negara kita masih berada di peringkat kulit dan belum lagi menyerang urat dan isi.Dengan yang demikian,adalah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk institusi keluarga,institusi agama,masyarakat,media massa,swasta dan pihak kerajaan untuk menggembleng tenaga bagi membawa masalah ponteng sekolah dari bumi Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
RUJUKAN https://www.sinarharian.com.my/article/70573/EDISI/Utar a/14000-pelajar-direkodkan-ponteng-tahun-lepas https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/06/579 519/3992-kes-ponteng-sekolah-dikesan https://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/kesanponteng-sekolah/ http://eprints.utm.my/id/eprint/3961/2/AziziYahaya_pont eng.pdf https://www.irujukan.my/ponteng-sekolah/ https://www.studocu.com/my/document/universitipendidikan-sultan-idris/bimbingan-dan-perkembangankerjaya/jurnal-kes-ponteng-sekolah/28092897