The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezraemerald1011, 2022-06-14 08:25:13

E-Folio Nilai Masyarakat Kumpulan 6

Tugasan :

MPU23042 NILAI MASYARAKAT
TAJUK E-FOLIO :

TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG
BERKEMBANG PESAT SEHINGGA KE HARI INI

MEMUNGKINAN SEMUA LAPISAN
MASYARALKAT MENDAPAT MAKLUMAT

DENGAN BEGITU MUDAH. KESANNYA
KEPADA PEMBANGUNAN SOSIAL GENERASI

KITA TERLALU BESAR DIMANA MEREKA
LEKA DENGAN TEKNOLOGI TERSEBUT
SEHINGGA MENGABAIKAN NILAI MURNI.

SESI 1 2021/2022
NAMA AHLI KUMPULAN :
KILAT ANAK DILANG

• 20DAT21F1060

RAHUL ZEPHANIAH KAMERON

• 20DAT21F1076

EZRA EMERALD MARWAS

• 20DAT21F1052

NAMA PENSYARAH :

• PUAN FARAH HANAN BINTI ABU
BAKAR

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan Muka
surat

Penghargaan 1

Pengenalan 2

Objektif 3

Faktor cabaran teknologi 4-8
maklumat 9-12
Kesan cabaran teknologi 13-16
maklumat 17-19
Cara mengatasi cabaran 20-21
teknologi maklumat 25
Contoh Isu cabaran teknologi
maklumat

Kesimpulan

Rujukan

PENGPEHNGHAARRGAGANAAN

Pertama sekali syukur kepada Tuhan dengan kurnia
NYA dapat saya menyiapkan efolio saya ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
individu yang telah membantu saya
melaksanakan kerja saya ini secara langsung
ataupun tidak langsung. Terima kasih yang tidak
terhingga kepada puan Farah Hanan binti Abu
Bakar selaku pensyarah kursus ini atas
bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya.
Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan
sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan
dalam tugasan saya ini , segala kekurangan
harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya dari Tuhan dan yang buruk itu
datangnya dari kelemahan saya sendiri.

Sekian,
Terima kasih…

1

PENGENALAN

Kemajuan teknologi pada masa kini dilihat
semakin berkembang pesat di seluruh dunia
tidak kira dalam negara kita Malaysia mahupun
negara luar. Seperti yang kita tahu, teknologi ini
telah banyak membantu manusia untuk
berkomunikasi atau berinteraksi antara satu
sama lain tanpa mengira had jarak dan masa.
Definisi komunikasi secara umumnya adalah
suatu proses pembentukan, penyampaian,
penerimaan, dan pengolahan mesej yang
berlaku di dalam diri seseorang dan atau di
antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu.
Kemunculan teknologi ini sudah cukup untuk
melengkapi kehidupan seseorang individu
terutamanya dalam kalangan belia zaman ini.
Golongan belia ini lebih dikenali sebagai
generasi Z, lahir dalam era globalisasi yang
digelar sebagai zaman elektronik. Internet
merupakan nadi utama bagi kalangan belia ini
oleh kerana pengetahuan dan kemahiran yang
tinggi dalam teknologi maklumat dan
komunikasi. Namun begitu, sudah semestinya
perkembangan ini akan menimbulkan kesan
kepada manusia sama ada dari segi yang positif
ataupun negatif.

2

Objektif

• membincangkan perkara yang
berkaitan dengan penyebaran
maklumat

• menghuraikan cabaran teknologi
terkini terhadap pengguna

• menyatakan isu-isu semasa berkaitan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

• Membina pengetahuan dan kesedaran
tentang cara mengatasi cabaran
teknologi maklumat.

• Mengenalpasti faktor dan kesan
cabaran teknologi maklumat

3

Faktor cabaran teknologi
maklumat

❖ Media sosial sebagai pusat

sosial yang interaktif
❖ Pengguna
teknologi

maklumat mendapat

hiburan secara percuma
❖ Faktor
kecanggihan

teknologi
❖ Faktor individu
❖ Faktor pengetahuan

4

• Media sosial sebagai pusat sosial yang interaktif

➢ Media sosial dapat memberikan manusia
berinteraksi antara satu sama lain secara langsung
tanpa mengira waktu dan lokasi hanya dengan
capaian internet. Kesannya, perkongsian informasi
menjadi lebih pantas tanpa sebarang kawalan atau
tapisan. Selain menjadi saluran informasi dunia
yang pantas, media sosial juga mempunyai
paparan antara muka yang interaktif dan menarik
sehingga menyebabkan setiap pengguna untuk
meluangkan masa yang banyak menggunakan
aplikasi tersebut.

Pengguna teknologi maklumat mendapat
hiburan secara percuma

Dalam tekanan ekonomi serta peningkatan kos sara hidup,
hiburan seperti menonton wayang, bersukan dan melancong
memerlukan kos yang tinggi. Oleh sebab itu, pengguna lebih

gemar menonton video dan menghabiskan masa di media
sosial sebagai hiburan. Tamsilnya, pasukan bola sepak

tempatan mahupun di negara asing menggunakan media
sosial untuk berinteraksi dan meluaskan pengaruhnya kepada

peminat di serata dunia. Perkongsian video sorotan
perlawanan menjadi tontonan utama peminat bola sepak

5kerana dapat melihat aksi-aksi menarik yang dirangkum dalam
jangka masa yang pendek.

Faktor kecanggihan teknologi

Kecanggihan teknologi telah memberi
perubahan yang lebih baik dalam
kehidupan. Kecanggihan tekonologi
merupakan salah satu faktor
penyalahgunaan ICT di kalangan
pengguna. Pengguna lebih gemar
menghabiskan masa mereka dengan
melayari laman sosial seperti twitter,
facebook dan bermain games online.
Mereka lebih suka berinteraksi
dengan media berbanding bergaul
dengan orang sekeliling mereka. Hal
ini menyebabkan hubungan dengan
orang tersayang semakin renggang.

6

Faktor individu

➢ Seseorang yang berpengalaman dalam
penggunaan ICT dan internet.
Pengalaman memberi peluang kepada
individu untuk melakukan sesuatu yang
diperlukan dengan mudah dan cepat.
Selain itu, individu juga mempunyai
perasaan ingin mencuba sesuatu yang
baru. Perasaan ingin mencuba sesuatu
yang baru menyebabkan mereka
terjebak dalam penggunaan ICT kerana
mereka tidak mematuhi etika
penggunaan ICT dengan cara yang
betul.

7

Faktor pengetahuan

Individu yang mempunyai imlu
pengetahuan yang lebih tinggi dalam
penggunaan internet akan menyumbang
kepada masalah jenayah siber.
Penceroboh menggunakan internet
untuk menceroboh sistem computer
sesebuah syarikat melalui laman web
syarikat tersebut. Mereka akan
menceroboh laman web sesebuah
syarikat dan mencuri maklumat-
maklumat penting untuk dijual. Mereka
akan menjual maklumat tersebut kepada
pesaing syaikat tersebut. Hal ini
menunjukkan penggunaan internet yang
salah akan memberikan kesan yang
buruk kepada individu atau organisasi.

8

Kesan-cabaran teknologi
maklumat

❖ Penyebaran bahan-bahan
negatif

❖ Pengaruh negatif kepada
pengguna internet

❖ Ancaman terhadap pengguna
teknologi maklumat

❖ Penapisan maklumat siber yang
sukar

❖ Berlakunya jenayah siber

9

• Penyebaran bahan-bahan negatif

❑ Kemantapan teknologi maklumat tanpa
sempadan memang tidak dapat dinafikan.
Keupayaan jaringan bebas menyelusup
kemana-mana sahaja tanpa sebarang batas
dan sempadan menyebabkan senang untuk
bahan-bahan negatif seperti gambar
pornografi tersebar luas. Bukan itu sahaja, ada
juga segelintir menyebarkan fahaman-
fahaman tertentu seperti penghinaan
terhadap agama, unsur-unsur yang
bercanggah dengan kesopanan budaya kita
dan banyak lagi perkara yang salah.

• Pengaruh negatif kepada pengguna
internet

❑ Rangkaian internet sekiranya dilihat dari aspek
tertentu, merupakan sesuatu yang sangat
kompleks kerana memiliki komponen-
komponen mikro yang tidak biasa. Internet
kebiasaannya menyediakan seksyen yang
menarik seperti borak melalui
internet,berbincang dan bertukar idea.

10

Tetapi, disebabkan kecanggihan yang dimiliki oleh
teknologi maklumat ini menyebabkan satu
permasalahan timbul di kalangan pengguna internet.
Antaranya ialah pelayaran laman web yang
berunsurkan pornografi yang semakin serius . ini
berlaku kerana mudahnya untuk mencari gamba-
gambar pornografi tanpa diketahui orang lain.

• Ancaman terhadap pengguna teknologi
maklumat

❑ Antara ancaman yang dihadapi oleh pengguna
teknologi maklumat ialah fenomena penggodam
computer. Mereka cuba menyalahgunakan
kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Namun,
masih lagi penggodam computer yang hanya
menjalankan aktiviti pencerobohan maklumat
peribadi untuk keseronokan tanpa memikirkan
kesan yang buruk bakal dihadapi kelak.
Kebiasaannya , mereka yang suka menceroboh
system rangkaian computer, mencuri maklumat
atau data penting dan menghantar kod jahat atau
virus bagi mengganggu system rangkaian computer
lain seterusnya menyebabkan kerosakan teruk.

11

• PCenAaRpisAanMmEakNluGmAatTsAibSerI yLaGngBT

sukar

❑ Dalam zaman yang serba canggih, muncul
pelbagai perantaraan yang boleh menjadi ejen
baru penyebaran maklumat. Oleh sebab itu,
penapisan terhadap teknologi maklumat,
terutama internet bukanlah suatu yang mudah
memandangkan pertumbuhan bilangan
pengguna yang menyertai industry ini setiap
hari. Bukan itu sahaja, internet juga tidak
mempunyai badan-badan penapis yang rasmi.
Dalam hal ini, penapis utama ialah hati Nurani
pengguna itu sendiri.

• Berlakunya jenayah siber 12

Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin
meningkat jenayah siber berlaku. Jenayah siber
yang dimaksudkan adalah seperti penipuan atas
talian, berlaku transaksi palsu, buli siber, dan
sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini
adakalanya mampu menggodam system
pertahanan negara dan rahisa-rahsia kerajaan
yang boleh mendedahkan sesebuah negara
kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli
dalam talian juga membawa kerugian besar
kepada pembeli atau penjual.

• Cara mengatasi cabaran teknologi
maklumat

▪ Memperkasakan penguatkuasaan
undang-undang

▪ Meningkatkan penglibatan msyarakat
▪ Membentuk pasukan penyiasat siber

▪ Mendidik kanak-kanak dari umur
muda tentang bahaya di internet
▪ Mengadakan program untuk
mengelakkan pembuli siber

13

❑ Memperkasakan penguatkuasaan

undang-undang

• Kerajaan boleh menambahbaik undang-undang siber
sedia ada bagi membendung penyalahgunaan
teknologi maklumat dan media sosial. Mengenakan
Tindakan mengikut seksyen 233(1) Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998 dan jika didapati bersalah
boleh dedenda RM50000 atau dipenjara tidak
melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Kerajaan
juga perlu memberi kuasa kepada Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk

memadam paparan maklumat berunsurkan fitnah

dan berbaur perkauman di media sosial.

❑ Meningkatkan penglibatan

masyarakat

• Apabila menerima sesuatu khabar angin, individu

itu perlu menilai dengan teliti sebelum

menyebarkannya dengan mengenal pasti sama ada

ianya sahih ataupun tidak. Masyarakat juga boleh

membuat aduan tentang berita palsu kepada

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Masyarakat juga perlu menegur jika terdapat

individu yang mereka kenali melakukan

penyalahgunaan internet seperti memuat naik 14
artikel yang tidak sah dan tidak benar.

❑ Membentuk pasukan penyiasat siber 15

• Pasukan penyiasat siber ini terdiri daripada
jabatan siasatan Jenayah Komersil yang diketuai
oleh seorang pengarah berpangkat komisioner.
Usaha ini dilakukan bagi menangani pelbagai
jenayah di internet, di samping membendung
ugutan berbaur ancaman dalam laman sosial
seperti facebook. Fungsi utama penyiasat siber
adalah menangkap, menjalankan penyiasatan
dan mendakwa penjenayah kolar putih yang
melakukan kesalahan penipuan, pecaha Amanah
dan pemalsuan jenayah siber lain.

❑ Mendidik kanak-kanak dari umur muda
tentang bahaya di internet

• Kita boleh mengadakan program di sekolah
untuk memberi info kepada pelajar-pelajar
sekolah untuk mengenal pasti orang yang
bahaya di internet untuk mengelakan
tercampur dengan golongan tersebut.
Pelajar jugak perlu diberi didikan agama
daripada pihak sekolah dan pihak keluarga
yang kukuh supaya pelajar tersebut boleh
berfikir secara sendiri. Jika budak-budak ini
tidak mempunyai nilai murni yang kukuh,
ia boleh mengakitbatkan budak tersebut
mengamalkan budaya yang buruk ataupun
bersikap negative.

Mengadakan program untuk mengelakkan
pembuli siber

• Di tengah-tengah pandemik COVID-19, buli siber

meningkat. Semasa pesanan duduk di rumah,

penyelidikan menunjukkan pembuli siber

meningkat 70% dan ketoksikan pada platform

permainan dalam talian meningkat 40%.Angka-

angka ini menggambarkan bahawa walaupun

peningkatan pendidikan dan program pencegahan

buli sekolah dipertingkatkan, kejadian buli siber

terus meningkat. Oleh itu, ibu bapa perlu

melakukan apa yang mereka mampu untuk

mencegah pembuli siber dalam kehidupan anak-

anak mereka.Tidak kira apa yang dilakukan oleh

anak remaja anda dalam talian, pastikan mereka

mengetahui tetapan privasi dan alatan yang

ditawarkan oleh organisasi. Hampir setiap platform

media sosial termasuk Instagram, Twitter,

SnapChat, dan TikTok mempunyai tetapan privasi.

Semak setiap akaun dengan anak anda dan bantu

mereka menetapkan tetapan privasi mereka

kepada tetapan paling selamat. Ini bermakna

menjadikan akaun peribadi, menghalang orang

daripada menandakannya, memerlukan orang lain

mendapatkan kebenaran sebelum berkongsi salah

satu foto mereka dan sebagainya. 16

CONTOH ISU CABARAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT

1
2)

17

3)
4)

18

5)

19

Kesimpulan

Media sosial merupakan satu medium yang sangat 20
berguna dan boleh memberikan banyak kelebihan
kepada pengguna-pengguna media sosial. Walau
bagaimanapun, kelebihan tersebut haruslah
digunakan secara waras dan berhati-hati. Adalah
menjadi tanggungjawab setiap pengguna untuk
menggunakan media sosial secara berhemah dan
tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi yang
ada. Apa yang membimbangkan ialah sikap
pengguna media sosial kini yang gemar menularkan
sesuatu isu atau situasi yang tidak sahih
kebenarannya. Amalan tular menular sekiranya
tidak dikawal akan mendatangkan impak yang
cukup besar serta memberi kesan buruk kepada
masyarakat. Kerajaan sentiasa memandang serius
isu yang melibatkan penyebaran bahan atau
perkongsian maklumat di media sosial yang boleh
menggugat ketenteraman awam. Perundangan
khas yang digubal untuk mengawal serta peranan
pihak berkuasa dalam memantau setiap aktiviti
dalam media sosial merupakan langkah proaktif
Kerajaan dalam membendung isu yang melibatkan
penyalahgunaan media sosial.

Walaupun kebebasan dalam menyatakan pendapat atau
pandangan adalah hak pengguna media sosial,
namun ia tidak bermakna bahawa pengguna media
sosial bebas menyatakan apa sahaja yang difikirkan
kerana apa-apa sahaja.

21

LAMPIRAN

22

23

24

RUJUKAN

Buku

• Chin yoon poh. (2009). Teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran:
untuk program ijazah sarjana muda
perguruan. Kumpulan Budiman sdn.
Bhd: Selangor.

• Noriati A. rashid, boon pong ying,
Sharifah fakhriah syed ahmad, wan
kamaruddin wan hassan. (2009). Siri
Pendidikan guru teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Oxford Fajar SDN.BHD: Selangor.

Internet
• http://lokkong.blogspot.com/2017/0

9/langkah-mengatasi-
penyalahgunaan.html
• https://www.slideshare.net/NaveenS
egaran/kesan-positif-dan-negatif-
penggunaan-internet-dalam-
kalangan-pelajar

25

Soalan :
https://docs.google.com/forms/d/1MCHMrufxF82u

2hZf5QMjPq7fsUFNr4QRQ5YQsuK_E9g/edit

26


Click to View FlipBook Version