The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU FORMAT SPM 2021 2621 PENDIDIKAN MUZIK 0510(1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RML, 2021-04-26 20:27:27

BUKU FORMAT SPM 2021 2621 PENDIDIKAN MUZIK 0510(1)

BUKU FORMAT SPM 2021 2621 PENDIDIKAN MUZIK 0510(1)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MULAI TAHUN 2021

PENDIDIKAN MUZIK
(KOD: 2621)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Diterbitkan oleh:

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© Lembaga Peperiksaan 2020
Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara.
Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku

Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021
ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan

dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

KATA PENGANTAR

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk
menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format
pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian
Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan
Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama
iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan
pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan
agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau
piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran
Pendidikan Muzik yang merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat SPM.

Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan
sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan
matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas pentaksiran terutama
aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti juga amat
dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran
dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di samping
memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek
standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan
format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Format pentaksiran ini telah diluluskan pada
21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan
sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021.

Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan pentaksiran
dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP agar semua
maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang perkara, cara
dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting untuk memberikan keadilan
kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga kewibawaan institusi LP. LP merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
perekaan bentuk dan penghasilan format pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran
ini akan dapat mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 4
2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 4
3.0 Punca Kuasa 6
4.0 Matlamat Mata Pelajaran 7
5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 7
6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 7
7.0 Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir 8
8.0 Aras Kesukaran Item 10
9.0 Format Pentaksiran 10
10.0 Contoh Item 12
11.0 Lampiran 1 13
11.0 Lampiran 2 19

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat
mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk
format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan
bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

2.0 ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN

Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

2.1 KESAHAN

Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan
kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.

2.2 KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka
bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan
tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

2.3 KEOBJEKTIFAN

Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap
instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian
tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang
dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran
yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada
skor yang akan diperoleh.

Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang
pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah
atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang
objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat
penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah
atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.

2.4 KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi
kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan
sekolah.

2.5 KEMUDAHTAFSIRAN

Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam
memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir.
Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai
kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab
serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

2.6 KEKOMPREHENSIFAN

Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu
ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam
kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan
landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat
dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat
dicapai dengan jayanya.

3.0 PUNCA KUASA

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format
pentaksiran bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik SPM mulai tahun 2021. Format
tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari
2020.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

KSSM Pendidikan Muzik bermatlamat membina pengetahuan, kemahiran muzik dan nilai
kepada murid bagi membolehkan mereka mempunyai kesedaran dan penghargaan terhadap
estetik muzik dari pelbagai genre, membina potensi diri murid dalam menghasilkan idea
kreatif serta mensyukuri keindahan alam ciptaan tuhan.

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)

Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Muzik bertujuan untuk membolehkan
murid mencapai objektif berikut:

OM1: Menyanyi lagu secara ensembel;

OM2: Memainkan alat muzik secara ensemble;

OM3: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman muzik menerusi aktiviti nyanyian
dan permainan alat muzik;

OM4: Menghasilkan karya dengan menggunakan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran muzik;

OM5: Menganalisis dan memberi pendapat tentang muzik yang didengar;
OM6: Membaca dan menulis notasi muzik; dan
OM7: Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzik.

Sumber: DSKP KSSM Pendidikan Muzik 2018,
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)
Objektif Pentaksiran (OP) Pendidikan Muzik adalah seperti berikut;
OP1: Mengetahui dan memahami tentang notasi muzik;
OP2: Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang notasi muzik;
OP3: Menganalisis skel, kord primer dan keratan skor muzik;

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

OP4: Kemahiran menyanyi lapisan suara secara ensemble dan memainkan alat muzik
mengikut skor secara ensembel;

OP5: Kebolehan menilai hasil analisis tentang muzik yang didengar atau ditonton;
OP6: Kebolehan mencipta melodi mudah dalam nada major dan minor; dan
OP7: Mengamalkan etika persembahan dan nilai murni melalui aktiviti muzik.

7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR

7.1 Kertas 1 – Teori (2621/1)
7.1.1 Pengetahuan Dan Kefahaman
Kebolehan kognitif dalam mengingat semula dan mengenal pasti berkaitan
teori muzik dalam meter, terminologi, simbol muzik, tanda rehat, klef, kord
dan skel.

7.1.2 Aplikasi
Kebolehan kognitif menggunakan konsep dan teori muzik dalam situasi
baharu melalui penulisan notasi muzik.

7.1.3 Analisis
Kebolehan kognitif dalam kemahiran mengenal pasti perkara pokok
yang terdapat dalam satu set elemen muzik yang berkaitan dengan skel
major dan minor secara menaik dan menurun dalam klef treble, kord
primer dalam klef trebel pada kedudukan perdu dan keratan skor muzik.

7.1.4 Ciptaan
Menyatukan elemen muzik untuk membentuk idea kreatif dalam penciptaan
melodi.

7.1.5 Nilai
Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan dalam menyatakan nilai positif yang terdapat dalam
sesebuah karya muzik.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

7.2 KERTAS 2 - AMALI (2621/2)

A. Muzik Yang Didengar Atau Ditonton
7.2.1 Menganalisis

Kebolehan kognitif dalam memperlihatkan hubung kait antara elemen atau
bahagian tentang muzik Asia Tenggara dan muzik Klasik Barat.

7.2.2 Menilai
Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan
kriteria yang piawai untuk menyatakan makna, pendapat dan ulasan
tentang muzik Asia Tenggara dan muzik Klasik Barat.

B. Nyanyian dan Permainan Alat Muzik

7.2.3 Imitasi
Meniru cara nyanyian dan permainan alat muzik dalam ensemble.

7.2.4 Manipulasi
Manipulasi cara nyanyian dan permainan alat muzik dengan sendiri secara
ensemble dengan bimbingan.

7.2.5 Ketepatan
Menunjukkan cara nyanyian dan permainan alat muzik yang betul dan
tepat dalam ensemble tanpa bimbingan.

7.2.6 Artikulasi
Menguasai sepenuhnya teknik dan kemahiran yang dinyanyikan atau
dimainkan dengan betul dan tepat.

7.2.7 Natural
Mempunyai kebolehan yang natural serta spontan dengan teknik dan
kemahiran yang betul dan tepat dalam nyanyian atau permainan
alat muzik.

7.2.8 Nilai

Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan
dan kewarganegaraan dalam mempamer dan mengamalkan sikap
yang positif berkaitan etika dan nilai murni dalam nyanyian, permainan
alat muzik dan persembahan

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

8.0 ARAS KESUKARAN ITEM
Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).

8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih
60% calon (sebahgian besar calon).

8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40% -
60% calon.

8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang
40% calon (sebahagian kecil calon).

9.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Muzik menggunakan dua instrumen
iaitu;

9.1 2621/1 – Pendidikan Muzik Kertas 1 (Subjektif)

9.2 2621/2 – Pendidikan Muzik Kertas 2 (Kerja Kursus)

Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 11.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK (2621)

Bil Perkara Kertas 1 Kertas 2
(2621/1) (2621/2)
1 Jenis
Instrumen Ujian Bertulis Kerja Kursus

2 Jenis Item ● Berstruktur ● Subjektif Respons Terbuka
● Subjektif Respons Terhad
3 Bilangan 3 tugasan:
Soalan Bahagian A a. Ensembel Nyanyian
3 Soalan Berstruktur
(30 markah) (20 markah)
(Jawab semua soalan) b. Ensembel Alat Muzik

Bahagian B (20 markah)
2 Soalan Respons Terhad c. Apresiasi
(20 markah)
(Jawab semua soalan) (10 markah)
(Jawab semua soalan)

4 Jumlah 50 markah 50 markah
Markah

5 Konstruk • Mengingat • Menganalisis
• Memahami • Menilai
• Mengaplikasi • Imitasi(Imitate)
• Menganalisis • Manipulasi(Manipulate)
• Ciptaan • Ketepatan(Precision)
• Nilai Murni • Artikulasi(Articulate)
• Natural
• Nilai Murni

6 Tempoh 1 jam 30 minit Februari hingga Julai
Ujian (Tingkatan 5)

7 Cakupan Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard
Konteks Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
(Tingkatan 1 hingga 5)

8 Aras Rendah : Sederhana : Tinggi Mengikut piawai
Kesukaran 5:3:2 Analitik

9 Kaedah Analitik
Penskoran

Alatan Tiada Tiada
10 Tambahan

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11

10.0 CONTOH ITEM

10.1 Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada
pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada
keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian.
Rujuk Lampiran 1 dan 2.

10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang
piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut
tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

LAMPIRAN 1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021

PENDIDIKAN MUZIK
(2621)

CONTOH ITEM

2261/1 - PENDIDIKAN MUZIK
KERTAS 1

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

CONTOH SOALAN MUZIK 2621/1 KSSM 2021

BAHAGIAN A
Contoh 1

Contoh 2

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

Contoh 3

Contoh 4

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

BAHAGIAN B
Contoh 1

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

[8 markah]

Contoh 2

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

Contoh 3

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

LAMPIRAN 1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021

PENDIDIKAN MUZIK
(2621)

CONTOH ITEM

2261/2 - PENDIDIKAN MUZIK
KERTAS 2

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

CONTOH SOALAN MUZIK 2621/2 KSSM 2021
KERJA KURSUS

TUGASAN
A ENSEMBEL NYANYIAN

Sekolah anda akan mengadakan sambutan hari kebangsaan. Anda dikehendaki
mempersembahkan ensemble Koir bertemakan lagu patriotik. Ensemble koir tersebut
mestilah memberi penekanan kepada perkara berikut:
1. Kesepaduan
2. Teknik
3. Amalan nilai murni

B ENSEMBEL ALAT MUZIK
Anda dikehendaki membuat persembahan permainan alat muzik secara ensemble
dalam satu majlis memperingati tokoh seni tanah air seperti Tan Sri P. Ramlee,
Sudirman Haji Arshad, Johari Salleh, M. Nasir, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin
dan lain-lain.
i. Anda hendaklah memilih satu lagu daripada repertoire tokoh di atas dan
dipersembahkan secara ensemble.
ii. Persembahan anda berdurasi minimum 3 minit.

Perkara yang dinilai:
1. Kesepaduan
2. Teknik
3. Amalan nilai murni

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20

FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK

C APRESIASI
Anda dikehnedaki menonton dan mendengar satu persembahan muzik kebudayaan
daripada sebuah negara di Asia Tenggara.
Hasilkan satu laporan analisis dan pendapat anda yang meliputi semua aspek berikut:
i. Genre muzik
ii. Latar belakamg muzik
iii. Alat muzik
iv. Fungsi muzik
v. Bentuk muzik
vi. Cara persembahan

Perkara yang dinilai:
1. Isi
2. Pembentangan

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 21

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


Click to View FlipBook Version