The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 1104 TUGASAN 1 (NUR NAZIHAH BINTI MOHD YUSRI)
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 953-6-nazihah, 2022-03-23 02:11:34

BMMB 1104 TUGASAN 1 (NUR NAZIHAH BINTI MOHD YUSRI)

BMMB 1104 TUGASAN 1 (NUR NAZIHAH BINTI MOHD YUSRI)
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Keywords: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Nama : NUR NAZIHAH BINTI MOHD YUSRI
020606080614
No. K/P : 2021242310196
PPISMP
Angka Giliran : JUN 2021
X8
Program : EN ABDUL RANI B
HASSAN
Ambilan : 15/03/2022

Unit :

Nama Pensyarah :

Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar : nazihah Tarikh : 14/3/2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

JKA/Jun2019

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan--------------------------------------------------------------------------------------------- 1
2.0 Takrif kesusasteraan-------------------------------------------------------------------------------1-2
3.0 Jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan--------------------------------------------------------2

3.1 Prosa tradisional----------------------------------------------------------------------3
3.2 Prosa moden------------------------------------------------------------------------3-4
3.3 Puisi tradisional---------------------------------------------------------------------4-5
3.4 Puisi moden----------------------------------------------------------------------------5
4.0 Fungsi sastera Melayu--------------------------------------------------------------------------------6
4.1 Hiburan----------------------------------------------------------------------------------6
4.2 Pendidikan------------------------------------------------------------------------------7
4.3 Dakwah-------------------------------------------------------------------------------7-8
4.4 Kritikan sosial--------------------------------------------------------------------------8
5.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional-------------8
5.1 Pantun-------------------------------------------------------------------------------9-10
5.2 Syair--------------------------------------------------------------------------------10-11
5.3 Seloka------------------------------------------------------------------------------11-12
5.4 Gurindam--------------------------------------------------------------------------13-14
6.0 Rumusan-----------------------------------------------------------------------------------------------15

JKA/Jun2019

1.0 Pengenalan

Kesusasteraan merupakan suatu hasil karya dan ciptaan yang terdapat
dalam masyarakat Melayu. Dalam Islam, sastera dikenali sebagai al-adabi
yang memberi maksud beradab yang bertujuan mengasuh dan menddidik hati
manusia dengan nilai-nilai yang murni. Kesusasteraan wujud dalam
masyarakat Melayu wujud sejak dahulu lagi sebagai perantara komunikasi
yang amat penting pada ketika itu. Karya-karya tersebut mengandungi norma,
gaya hidup, dan nilai masyarakat Melayu yang perlu dikekalkan dan diwarisi
oleh generasi akan datang (Samsudin, 2001). Namun, perkembangan
masyarakat yang pesat pada hari ini telah mengubah dan menjarakkan
hubungan sastera dengan kehidupan. Perubahan ini juga telah menyebabkan
sastera menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan sendiri.Hal ini
demikian kerana, jika dahulu sastera menjadi hak milik bersama, tetapi kini
telah berubah menjadi kegiatan yang berkaitan pernyataan diri dan hak cipta.

2.0 Takrif kesusasteraan

Susastera yang berasal dari perkataan Sanskrit bererti huruf atau buku
indah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Kata dasar sas- bermaksud memberi
petunjuk, mengajar dan mengarahkan manakala tra merujuk kepada alat.
Sastra bermaksud mengajar. Awalan su- pula bermaksud indah atau baik
manakala imbuhan ke- dan –an memberi maksud menyeluruh iaitu segala
yang tertulis yang bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan
panduan, petunjuk dan pengajaran (Prof Dr Hashim Awang, Artikel akademik,
hal 2). Tambahan lagi, kesusasteraan juga merupakan manifestasi yang
dipersembahkan oleh sasterawan kepada masyarakat iaitu dengan dengan
gerak jiwa manusia yang wujud dalam penyataan bahasa (Sabaruddin Ahmad,
1963, hal11).

Terdapat juga kesusasteraan dalam bahasa Inggeris yang mempunyai
maksud yang sama dengan kesusasteraan bahasa melayu yang dipanggil

1

JKA/Jun2019

literature. Perkataan literature berasal daripada perkataan literate yang
memberi maksud abjad atau huruf. Pada asalnya, perkataan literature
digunakan untuk tatabahasa dan puisi. Dalam konteks pendidikan,
kesusasteraan Melayu melambangkan keindahan dan kehalusan yang ditulis
dalam suatu karya yang ditulis dalam Bahasa Melayu sama ada dalam bentuk
novel, cerpen, drama, sajak, prosa atau puisi tradisional bagi mengimbangi
jasmani, emosi, rohani dan intelek di samping memaparkan nilai kemanusiaan
dan citra masyarakat.

3.0 Jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusteraan

Terdapat beberapa ciri-ciri utama pada kesusasteraan melayu. Antaranya
ialah keindahan, mencerminkan pengalaman, pengalaman seni dan juga karya seni.
Keindahan merujuk kepada gaya dan lenggok bahasa yang digunakan serta dapat
menyerlah keindahan sesebuah hasil karya itu. Tambahan lagi, keindahan dalam
sastera dapat dicapai apabila unsur-unsur yang terkandung di dalamnya memenuhi
empat syarat iaitu ketuhanan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus atau
penekanan sesuatu unsur. Mencerminkan pengalaman pula merujuk kepada tindak
balas yang utuh daripada jiwa manusia yang digambarkan secara realiti. Pengalaman
seni ialah melibatkan peristiwa sastera, iaitu pembaca dapat memahami dan merasai
fikiran dan perasaan pengkarya. Namun, pembaca harus sedar akan nilai-nilai lain
yang terkandung dalam karya sastera. Dalam karya seni pula, terdapat tiga perkara
yang membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera iaitu sifat fiksyen,
nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus.

Jenis dan bentuk kesusasteraan mempunyai pelbagai ragam kerana
masing-masing memiliki unsur-unsur khusus yang membentuk pola secara berbeza
untuk tujuan tertentu. Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat
dibahagikan kepada prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi
moden.

2

JKA/Jun2019

3.1 Prosa tradisional

Prosa bermaksud karangan yang bertulis dengan bahasa yang
biasa. Tradisional bermaksud serius dan abadi nilainya, tertinggi
mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya
yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah
mengikut masa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Prosa tradisional
terbahagi kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif. Prosa tradisional
berbentuk naratif terbahagi kepada dua iaitu naratif lisan dan tulisan.
Prosa tradisional naratif berbentuk lisan terbahagi kepada iaitu mitos,
lagenda dan cerita rakyat manakala prosa tradisional naratif tulisan
terbahagi kepada sastera sejarah, hikayat, sutera panji, kepahlawanan
atau epik dan agama. Prosa tradisional bukan naratif pula terdiri
daripada sastera undang-undang, kitab, ketatanegaraan dan ilmu
tradisional. Prosa tradisional mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri
seperti bersifat dongeng dan khayalan, bersifat tradisioanal,
berkembang secara statis atau perlahan dan terbatas kepada kelompok
tertentu. Pada kebiasaannya, pengarangnya tidak diketahui.

Padal awalnya, Prosa tradisional menerima pengaruh hindu dan
budha dan bahasa yang diguanakan ialah Sanskrit dan kuno dimana
bahasanya sukar difahami oleh masyarakat. Maka, prosa tradisioranl
yang menerima pengaruh hindu budha ini kurang menyumbang kearah
perkembangan prosa tradisional. Namun, setelah kedatangan islam
pada abad ke-14, prosa tradisional mengalami perkembangan yg positif
dan tulisan jawi digunakan dimana tulisan jawi penting bagi penganut
islam pada ketika itu.

3.2 Prosa moden

Hasil karya sastera selepas tahun 1800 M digolongkan dalam sastera
moden (Annas Hj ahmad,1988). Prosa moden terbahagi kepada tiga iaitu
cerpen, novel dan juga drama. Cerpen merupakan gabungan perkataan cerita

3

JKA/Jun2019

dan pendek. Cerpen berfungsi sebagai alat menggambarkan sikap, perasaan,
pandangan dan fikiran pengarang. Selain itu, memberi gambaran tentang
suatu zaman sama ada berhubung masalah sosial, politik atau ekonomi.
Antara ciri-ciri cerpen ialah cerpen hanya fokus kepada satu kejadian dan
membawa satu tema sahaja. Selain itu, dari segi perwatakan, cerpen
memusatkan pemkembangan watak kepada beberapa orang tertantu sahaja.
Seterusnya, dalam cerpen hanya terdapat satu plot sahaja dan plot inilah
yang dikembangkan dengan rapi teliti dan tidak rumit.

Perkataan novel berasal daripada perkataan Itali iaitu novella yang
beerti satu benda kecil yang baharu.Novel ialah prosa rekaan yang panjang
yang di dalamnya memuatkan sebahagian daripada sebuah kehidupan. Novel
merangkumi tiga faktor yang saling berkait iaitu pengalaman peribadi, realiti
rencam hidup dan imaginasi. Idea ketiga-tiga rangkuman ini bukan sahaja
berkisar mengenai tahap kehidupan manusia bahkan boleh berlegar di sekitar
kehidupan slain daripada manusia itu sendiri. Drama pula merupakan jenis
karya sastera yang dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang
membentuk karya secara keseluruhan. Pengarah berperanan penting
menyelaraskan pementasan sesebuah drama dan menjadikan skrip sebagai
panduan. Unsur seperti cahaya, bunyi, pakaian, tata rias dan penonton amat
penting dalam melaksanakan pementasan.

3.3 Puisi tradisional

Puisi merupakan genre sastera yang paling awal bagi semua bangsa
di dunia. Terdapat beberapa jenis puisi tradisional seperti pantun, syair,
seloka dan gurindam. Pantun merupakan karangan berangkap yang
terbentuk secara berpasangan yang mengandungi unsur pembayang maksud
dan maksud. Kebiasaannya, pembayang dan maksud saling berkaitan. Antara
ciri-ciri lain bagi pantun adalah seperti bilangan suku katanya setiap baris
ialah lapan hingga 12 perkataan dan setiap rangkap ada unit pembayang dan
rima (a-b-a-b). Terdapat banyak jenis pantun seperti pantun nasihat, adat,
kanak-kank, agama dan kiasan. Syair pula ialah sejenis puisi berlagu yang
diakatan berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara

4

JKA/Jun2019

bersama-sama kedatangan Islam. Antara ciri-ciri syair ialah mempunyi empat
baris serangkap dan mempunyai rima akhir (a-a-a-a). Contoh-contoh syair
ialah syair romantis, sejarah, keagamaan, nasihat dan sebaginya.

Seloka berasal daripada perkataan ‘shloka; dalam bahasa Sanskrit
yang bermaksud seloroh, jenaka atau menyindir (Harun Mat Piah, 1989).
Seloka merupakan sejenis puisi yang bebas sama ada berangkap ataupun
tidak. Tambahan lagi seloka lebih merupakan pepatah, bidalan, atau
perumpamaan yang mengandung unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan
dan sindiran. Walaubagaimanapun, isi dan mesejnya sarat dengan sindiran
supaya msyarakat menajdikan pengajaran daripada seloka tersebut.
Gurindam pula ialah merupakan puisi melayu tradisional yang tidak terbentuk.
Gurindam terbahagi kepada dua iaitu gurindam terikat dan tidak terikat.
Gurindam terikat terdiri daripada dua baris serangkap dan mengandungi tiga
hingga enam patah perkataan dalam sebaris. Selian itu, memerlukan rangkao
lain untuk melengkapkan ideanya. Gurindam tidak terikat pula selalunya tidak
berpasangan dan tidak berangkap atau terus menerus. Jika berangkap pun,
jumlah baris dalam serangkap itu tidak tetap jumlahnya. Kebiasaannya,
gurindam berkisar pengajaran dan panduan hidup.

3.4 Puisi moden

Sajak merupakan satu-satunya genre puisi dalam puisi moden. Sajak
ialah puisi moden yang yang lbih bebas yang terikat pada sesuatu pola
khusus walaupunada ketikanya memerikan ciri matra, rima dan rentak.
Sebagai puisi moden, sajak tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata
atau diksi, pembentukan rangkap, baris dan pematuhan skima akhir seperti
dalam puisi tradisional. Terdapat beberapa jenis sajak seperti balada yang
mengandungi cerita dan kisah, roman iaitu mngenai cinta kasih atau curahan
kasih sayang, oda yang berisi pujian dan sanjungan dan sebaginya.

5

JKA/Jun2019

4.0 Fungsi sastera Melayu

Terdapat banyak kelebihan dan fungsi sastera kepada masyarakat.
Kebanyakannya, sastera ini bertujuan memberi pengajaran melalui gaya hidup
sesebuah masyarakat. Antara fungsinya adalah sebagai hiburan kepada masyarakat,
memberikan pendidikan, menyampaikan dakwah serta kritikan sosial kepada
masyarakat.

4.1 Hiburan

Dalam kehidupan seseorang manusia, hiburan itu merupakan satu
keperluan bagi melahirkan rasa seronok dan gembira kepada mereka. Hal ini
kerana, sudah menjadi fitrah bagi setiap manusia untuk berasa gembira.
Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang akan
membawa keseronokan yang indah. Hiburan dalam sastera itu terhasil
apabila kata-kata yang indah diungkapkan mengikut irama dan rentak yang
tersusun. Selain itu, karya satera yang mampu membelai emosi pendengar
atau pembaca juga boleh membeli hati manusia. Tambahan lagi, unsur
kelucuan diselitkan dalam sastera tersebut akan lebih menarik minat pembaca
untuk membaca karya tersebut.

Fungsi hiburan penting bagi menjadikan karya sastera itu diterima oleh
masyarakat sebagi karya yang diminati dan digilai oleh sesebuah masyarakat.
Contohnya, pantun merupakan salah satu karya sastera yang cukup popular
kerana keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan masyarakat.
Pada kebiasaannya, pantun digunakan sebagai alat hiburan, bahan jenaka
dan gurau senda bagi masyarakat terutamanya pantun jenaka, usik mengusik
dan pantun dalam permainan. Pantun menghasilkan keindahan dalam
pembacaan kerana mempunyai struktur bacaannya yang tersendiri mengikut
rentak dan rima yang bersukat bagi membentuk irama dalam pantun tersebut.
Tambahan lagi, pantun juga boleh disampaikan melalui lirik lagu popular, lirik
dikir barat dan pelbagai bentuk lagi.

6

JKA/Jun2019

4.2 Pendidikan

Karya sastera juga memberi seribu satu kebaikan kepada sesebuah
masyarakat. Hal ini demikian kerana, dalam sastera juga diselitkan dengan
pengajaran, nasihat dan pesanan kepada masyarakat. Maka, ini akan
membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta
memberi ruang dan peluang untuk masyarakat mengamati nilai-nilai moral
yang terdapat di dalam karya sastera lalu dapat membentuk personaliti
pembaca ke arah kebaikan.

Contohnya, cerita kanak-kanak seperti Sang Kancil dan Buaya yang
menceritakan tentang Sang Kancil yang menipu buaya supaya boleh
menyeberang ke seberang sungai sehingga menyebabkan Sang Buaya
marah kepada kancil. Melalui cerita dongeng ini, pengajarannya ialah kita
janganlah gunakan kebijaksanaan dengan melakukan perbuatan yang tidak
baik seperti menipu kerana hal ini akan menambahkan musuh, malah
gunakan kebijaksanaan untuk perkara yang baik sahaja. Tanpa kita sedari,
pandidikan dalam karya sastera juga telah diterapkan dalam diri seseorang
sejak kecil lagi melalui kisah-kisah dongeng seperti ini.

4.3 Dakwah

Dakwah ialah proses penyampaian pesanan suci dari Tuhan kepada
manusia. Penulisan dakwah boleh dikatogerikan sebagai fiksyen dan bukan
fiksyen dan penulisannya tidak terhad dalam satu bentuk tetentu. Bahasa
sebagai medium dan saranan dakwah yang efektif dan berkesan. Ali Mahfudh
mendefinisikan dakwah itu sebagai mengajak orang lain untuk melakukan
kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran supaya
mereka memperolehi kesenangan sama ada di dunia mahupun di akhirat. A.
Hasymi pula menyatakan bahawa dakwah ialah mengajak orang lain untuk
meyakini dan mengutamakan kaedah dan syariat Islam yang terlebih dahulu
diyakini dan diamalkan oleh juru dakwah itu sendiri.

7

JKA/Jun2019

Adat mati dikandung tanah,
Dunia tinggal harta pun tinggal
Selamat mati mengandung ibadah

Banyak amal banyak bekal.

Penulisan dakwah boleh ditulis dalam bentuk puisi, sajak, syair,
pantun, seloka, gurindam, prosa dan sebagainya. Contohnya, pantun tersebut
memberi dakwah tentang seseorang yang mati tidak akan membawa hartanya
sekali, malah amal ibadatnyalah yang akan menjadi bekalnya di akhirat kelak.
Maka, kita mestilah banyak melakukan amal seperti melakukan ibadah di
dunia supaya boleh menjadi bekal di akhirat.

4.4 Kritikan sosial

Dari segi istilah, kritik berasal dari perkataan Yunani Kuno iaitu krites
yang bermasud hakim. Erti kata lain, kritik ialah menghakimi atau
memutuskan sama ada nilai positif atau nilai negatif sesebuah suatu karya
sastera. Menurut Hasyim Awang (1935), kritikan sastera merupakan satu
usaha dalam menilai dan mempertimbangkan karya sastera secara jujur.
Kritikan sosial dalam sastera berfungsi dalam menyampaikan mesej kepada
pembaca. Hal ini demikian kerana, karya sastera memberi seribu satu
jawapan kepada manusia berdasarkan apa yang berlaku dan terjadi dalam
realiti kehidupan manusia dalam karya tersebut.

5.0 Manifestasi akal budi masyarakat melayu dalam karya puisi tradisional

Manifestasi akal budi boleh dilihat dalam empat aspek utama iaitu pertuturan,
perlakuan, pemikiran dan gaya hidup. Akal budi Melayu bagi setiap aspek tersebut
mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri dan saling melengkapi. Akal budi
mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong
kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan.

8

JKA/Jun2019

5.1 Pantun

Ada sirih ada pinang,
Nantikan gambir dengan kapur,
Sudah dipilih sudah dipinang,

Hanya menanti ijab Kabul

Pantun Melayu
Berdasarkan pantun Melayu di atas, pemilihan diksi sebagai
pembayang berkaitan dengan unsur alam iaitu sirih, pinang, gambir dan
kapur. Unsur-unsur ini juga sering diakaitkan dengan adat yang dianuti
sesebuah masyarakat. Pembayang dan maksud bagi pantun tersebut
saling berkait antara satu sama lain iaitu kewujudan sirih, pinang,
gambir dan kapur dengan adat Melayu dalam majlis pinangan.
Kebiasaannya, sirih digunakan oleh orang melayu sebagai
hantaran dalam istiadat perkahwinan orang melayu yang disediakan
dalam suatu kelengkapan khas disebutkan sebagai tepak sirih.
Mengikut adat tradisional, bagi mendahului upacara merisik, meminang
dan bertunang, masyarakat melayu menggunakan tepak sirih sebagai
pembuka kata dan sirih junjung sebagai ‘kepala’ hantaran yang
melambangkan kasih sayang bertingkat yang dibawa rombongan
pengantin.
Menurut pandangan masyarakat Melayu dahulu, gabungan sirih,
pinang, gambir dan kapur secara simboliknya menjelaskan setiap ciri
yang perlu ada sebagai orang melayu. Kapur melambangkan hati yang
tulus bersih dan putih, gambir melambangkan kecekalan hati dalam
dugaan, dan pinang melambangkan keturunan yang baik budi pekerti
dan tinggi darjatnya kerana sifat pokoknya yang tinggi dan lurus.
Pengarang sebenarnya ingin mengaitkan pasangan pengantin yang
telah dipilih dan dipinang tersebut mempunyai sifat-sifat yang terdapat
pada simbolik bahan-bahan tersebut.

9

JKA/Jun2019

‘Nantikan gambir dan kapur’ beerti gambir dan kapur akan
melengkapi tepak sirih tersebut dan apabila semuanya telah lengkap
dan kedua-dua pasangan bersetuju, maka pernikahan dapat
dilangsungkan. Secara keseluruhannya, pengarang menceritakan
proses peminangan dan pernikahan masyarakat melayu megikut
adatnya yang unik dan tersendiri.

5.2 Syair

Buatlah baik sedaya upaya,
Hidup berbakti memberi cahaya,

Sumbu pelita tidak sia-sia,
Terbakar dirinya menerangi raya,

Jangan menilik balas dan puji,
Atau pahalanya dikaji-kaji,

Rasa demikian tamak dan keji,
Padalah baiknya tinting dan uji.

Syair berbuat jasa

Dalam rangkap pertama, dari segi aspek akal budi, penyair
mencipta syair ini bertujuan untuk memberi nasihat kepada manusia
agar tidak mensia-siakan hidup tanpa berbuat jasa. Penyair ingin
menasihati bahawa apabila melakukan kebaikan, lakukanlah dengan
sehabis baik dan bersungguh-sungguh. Hidup berbakti memberi
cahaya bermaksud, penyair menyatakan bahawa apabila seseorang itu
membuat jasa dalam hidupnya, ia akan memberi kebaikan kepada
orang lain dan juga dirinya sendiri. Manusia yang berbuat baik dan
berbakti dengan orang lain dikaitkan dikaitkan dengan sumbu pelita.

10

JKA/Jun2019

Hal ini demikian kerana, sumbu pelita merupakan kain atau tali guni
yang digunakan supaya dapat terbakar menerangi kegelapan.
Kebiasaannya tali sumbu yang digunakan mempunyai ukuran yang
agak panjang agar dapat menerangi dengan lebih lama iaitu dari
suasana yang gelap (malam raya) hinggalah hari terang. Penyair ingin
mengaitkan fungsi sumbu pelita itu dengan orang yang berbuat baik
merupakan suatu perkara yang tidak sia-sia kerana kedua-duanya akan
memberikan kebaikan dimana pelita akan menerangi malam raya
manakala manusia yang berjasa itu akan memberi kebaikan kepada
orang lain dan dirinya juga. Tambahan lagi, sumbu terbakar
menerangi malam raya diibaratkan manusia yang sanggup berkorban
dengan melalukan kebaikan demi kesejarahteraan orang lain.

Dalam rangkap kedua, penyair ingin menasihati supaya
janganlah berbuat baik kerana mengharapkan balasan ataupun
ganjaran. Tambahan lagi, janganlah mengharapkan pujian ataupun
sanjungan apabila berbuat baik. Seterusnya, apabila berbuat jasa, tidak
baik sekiranya orang itu menghitung pahala kebaikan yang telah
dilakukannya. Hal ini demikian kerana, hanya Allah Yang Esa sahaja
yang berkuasa menentukan pahala seseorang itu. Manusia yang
bersikap seperti ini akan menjurus kepada sikap tamak dan hina.
Padalah baiknya tinting dan uji yang dimaksudkan oleh penyair ialah
demikianlah cabaran seseorang yang berbuat baik sama ada ikhlas
ataupun tidak dalam melakukan bebaikan kepada orang lain.

5.3 Seloka

Jual lembu nak beli bahtera,
Pergi berniaga keluar negeri,
Akhirnya Jenin dah kaya-raya,
Ingin berkahwin Tuan Puteri.

11

JKA/Jun2019

Jenin hanyut dalam angan-angan,
Dia lupa buat seketika,

Sambil mengangkat kedua tangan,
Menggenggam kuat tanda gembira.

Akibatnya ia hilang pertimbangan,
Lalu jatuh tersembam ke tanah,
Nafas berhenti, mulut berdarah,
Angannya tidak berguna lagi.

Seloka Mat Jenin

Seloka Mat Jenin mengandungi unsur jenaka dan pada masa
yang sama diselitkan juga unsur sindiran. Mat Jenin mewakili sikap
masyarakat yang mempunyai sifat negatif. Lalu sifat negatif tersebut
dijadikan senda gurau yang diselit sindiran dalam seloka tersebut.
Watak Mat Jenin tersebut ialah sikap yang suka memasang
angan-angan kosong tanpa melakukan apa-apa usaha.

Dalam rangkap pertama, Mat Jenin berangan-angan untuk
membeli bahtera dengan menjual Lembu dan berangan-angan untuk
pergi berniaga keluar negeri. Hal ini demikian kerana, pada zaman
dahulu masyarakat melayu menggunakan bahtera atau juga dikenali
kapal yang besar untuk berdagang. Kebiasaannya, orang yang pergi
berdagang akan memperoleh keuntungan, maka disebabkan itu Mat
Jenin berangan-angan bahawa dia akan kaya raya. Tambahan lagi, Mat
Jenin berfikir bahawa sekiranya dia kaya, dia boleh mengahwini Puteri
Raja. Dalam rangkap ini penulis ingin menunjukkan bahawa
angan-angan Mat Jenin yang tidak masuk akal iaitu pada baris yang
pertama “jual lembu nak beli bahtera”,jika difikir logik akal nilai harga
lembu dan juga bahtera amat jauh bezanya dan tidak mungkin Mat
Jenis boleh manjadi kaya raya negitu sahaja.

Dalam Rangkap kedua, Mat Jenin yang terlampau kuat
berangan sehingga menyebabkan dia lupa diri. Mat Jenin
berangan-angan seketika mengangkat kedua tangannya kerana
terlampau gembira tanpa sedari bahawa dirinya sedang berada di atas
pokok. Dalam rangkap ini penulis ingin mengingatkan pembaca
bahawa kita janganlah terlampau berasa gembira sehingga terleka
dengan situasi sebenar.

Dalam rangkap ketiga pula, penulis menyatakan bahawa akibat
terlalu kuat berangan, Mat Jenin telah hilang keseimbangan lalu
terjatuh dari pokok. Nafas terhenti, mulut berdarah memberi makna
bahawa Mat Jenin telah tergadai nyawanya dan angannya tidak
berguna lagi beerti tiada guna lagi, angan-angan Mat Jenin yang hanya
kosong selama ini. Penulis ingin menyampaikan kepada masyarakat
bahawa sikap yang suka angan-angan kosong tanpa ada sebarang
usaha akan memakan diri sendiri dan akan membawa rugi juga kepada
diri sendiri.

12

JKA/Jun2019

5.4 Gurindam

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah tanda hampirkan duka.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila menengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah-lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.

Gurindam Dua Belas Pasal 7

13

JKA/Jun2019

Gurindam Dua Belas bagi Pasal 7 ini, pengarang lebih menekankan
tentang nasihat dan pesanan kepada pendengar dan pembaca. Dalam
rangkap pertama, pengarang ingin memesan agar jangan banyak berbicara
kerana sekiranya terdapat maklumat yang disampaikan tidak mempunyai
bukti yang kukuh, pembicara akan dianggap penipu. Rangkap kedua,
pengarang ingin memesan bahawa jangan terlalu gembira kerana sekiranya
kita terlampau menyukai sesuatu apabila ianya hilang kita akan menjadi
terlampau sedih. Rangkap ketiga, pengarang memesan apabila kita tidak
berusaha untuk bertanya, kita tidak akan mendapat ilmu, maka pekerjaan
yang kita lakukan tidak akan sempurna hasilnya. Rangkap keempat,
pengarang memesan sekiranya anak tidak dididik sejak kecil, anak-anak akan
mempunyai sikap yang tidak baik dan apabila mereka besar hal ini akan
menyusahkan orang tua mereka. Rangkap kelima, pengarang menyatakan
orang yang banyak mencela atau menghina orang lain tak semestinya dirinya
itu sempurna, kerana perilakunya itu sendiri telah menunjukkan bahawa
terdapat kelemahan dan kekurangan pada dirinya.

Rangkap keenam, pengarang menyatakan orang yang selalu tidur
atau dikaitkan dengan malas bekerja, hidupnya akan menjadi sia-sia kerana
semakin bertambah umur sepatutnya memanfaatkan masa dengan sebaik
mungkin. Rangkap ketujuh, pengarang ingin menyampaikan bahawa apabila
kita mendengar sesuatu berita terutamanya berita buruk, kita hendaklah sabar
dan redho menerima khabar berita tersebut. Rangkap kelapan, apabila
mendengar seseorag mengadu tentang keburukan orang lain, maka kita perlu
curiga kerana biasanya orang yang mengadu ingin menimbulkan rasa benci
kepada pendengar terhadap orang yang dibicarakan. Rangkap sembilan,
pengarang menyatakan sekiranya seseorang itu mempunyai kata-kata yang
lemah lembut, maka orang akan selesa untuk berkawan dengannya dan
mencontohi sikapnya itu. Manalaka dalam rangkap sepuluh, apabila
seseorang itu menggunakan kata-kata yang kasar, maka segeralah menegur
mereka yang bersikap seperti itu. Akhir sekali, pengarang memesan sekiranya
telah mendapat pekerjaan yang sudah benar, janganlah berbuat onar kerana
hal itu akan merugikan diri sendiri dan orang lain.

14

JKA/Jun2019

6.0 Rumusan
Kesimpulannya, sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium

pengantarnya adalah bahasa. Sebagai seorang bakal guru bahasa, guru harus
bergerak ke dalam dunia sastera dengan penuh minat, kesedaran dan rasa
tanggungjawab. Tambahan lagi guru berperanan menerapkan jiwa kesasteraan
ke dalam jiwa murid-murid kerana ia memberi banyak kepentingan dan manfaat
dari aspek inividual hinggalah dalam kehidupan bermasyarakat.

15

JKA/Jun2019

RUJUKAN

Cass, P. (2015, November 21). Makna Gurindam Dua Belas Karya Raja Ali Haji.
Academia.edu.
https://www.academia.edu/18785692/MAKNA_GURINDAM_DUA_BELAS_KARYA_R
AJA_ALI_HAJI

Deng, mako. (2018, February 23). Fungsi Sastera. Academia.edu.
https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera

Fungsi Tepak Sirih & Sirih Junjung. Redaksi. (n.d.).
https://staging.redaksi.my/820-fungsi-tepak-sirih-sirih-junjung

Hasri, M. (2014, August 23). Kesusasteraan melayu. Academia.edu.
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU

Prosa Melayu (prosa tradisional (Ciri-Ciri (Perkembangan Statis, Perlahan... Coggle. (n.d.).
https://coggle.it/diagram/Wf88v4JbsgABUy6v/t/prosa-melayu

Rehal, A. (2014, October 20). Kesusasteraan melayu. Academia.edu
https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU

Rodzi, M. (2015, January 21). Fungsi Sastera Dalam Masyarakat. Academia.edu.
https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_dalam_masyarakat

Rosdi, M. M. (2018, September 21). Ini fungsi Sirih Pinang Dalam Adat melayu yang Anda Tak

Tahu. VITDAILY.

https://www.vitdaily.com/ini-fungsi-sirih-pinang-dalam-adat-melayu-yang-anda-tak-tahu

/

Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Bakar, S., Hassan, A. R., & Awang, H. Manifestasi akal budi
masyarakat melayu dalam karya puisi tradisional. Shah, M. F. M . Pengenalan
kesusasteraan & kebudayaan melayu (pp. 49 – 71). PUSTAKA AL-EHSAN.

Definisi Kesusasteraan. Carian Umum. (n.d.).

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kesusasteraan&d=175768&

JKA/Jun2019


Click to View FlipBook Version