PENGURUSAN BERORGANISASI (UL00602)
NURUL 'IZZAH BINTI AIZAN @ ADNAN
DIARI
SEBAGAI
PEKERJA
NO MATRIK : BA21110176
SEKSYEN 2
SINOPSIS
Diari ini mengisahkan tentang seorang pekerja
perempuan yang bernama Nurul. Nurul merupakan
seorang remaja yang berusia 18 tahun. Nurul
merupakan anak sulung dari empat beradik dan
merupakan seorang pelajar lepasan SPM di Kota
Bharu, Kelantan. Nurul meneruskan kehidupannya
dengan bekerja di sebuah kedai tudung terbesar yang
terdapat di bandar Kota Bharu, Kelantan. Ini adalah
kali pertama dalam sejarah hidupnya Nurul bekerja.
Dia telah bekerja selama tujuh bulan di kedai
tersebut. Pada akhirnya Nurul sedar bahawa jiwa dan
minatnya lebih sebati dengan alam pekerjaan di
mana mulanya Nurul agak keberatan untuk bekerja
kerana Nurul seorang yang pemalu lebih-lebih lagi
untuk berinteraksi dengan orang ramai. Namun apa
yang berlaku di sebalik kehidupannya mendatangkan
dilema. Nurul telah ditawarkan untuk menyambung
pengajian di Universiti Malaya. Perkara ini telah
membuatkan Nurul sulit untuk membuat keputusan
sama ada ingin menyambung pengajian atau
meneruskan kerjanya kerana minat Nurul lebih
cenderung untuk terus bekerja berbanding
menyambung pelajaran.
7 Julai 2017
Saya seorang remaja lepasan SPM. Pada tarikh
keramat berikut merupakan hari pertama dalam
sejarah kehidupan saya di mana saya telah
menceburkan diri ke alam pekerjaan. Pada awalnya,
rakan karib kepada ibu saya iaitu Kak Abby,
merupakan seorang pengurus di kedai tudung
Fareeda yang terletak di bandar Kota Bharu, beliau
memaklumkan kepada ibu saya bahawa kedai
tudung itu kekurangan pekerja. Justeru itu, ibu saya
meminta saya untuk bekerja di kedai tudung
tersebut memandangkan saya sudah tamat sekolah
menengah. Pada mulanya saya tidak begitu
berminat untuk bekerja atas dasar kurang keyakinan
diri dan malu untuk bersua dan berhadapan dengan
orang ramai. Namun, atas pujukan dan nasihat ibu
untuk meminta saya bekerja dan belajar berdikari
mencari duit sampingan, pada akhirnya saya telah
membuat keputusan menerima tawaran untuk
bekerja di kedai tudung tersebut.
17 Julai 2017
Selepas 10 hari menerima tawaran tersebut, hari
inilah hari pertama di mana saya bekerja di kedai
tudung Fareeda. Saya di sambut dan dilayan
dengan baik dan mesra oleh pekerja-pekerja disana.
Mereka membantu dan memberi tunjuk ajar dengan
baik dan ramah dari hari ke hari sehingga hari ke
tujuh, tetapi perasaan atau minat untuk bekerja
masih belum wujud di dalam diri. Pada minggu
kedua saya bekerja, pertama kali saya merasakan
amat penat kerana perlu menyusun stok tudung
yang terlampau banyak ekoran stok tudung yang
baharu, baru sampai. Perkara ini telah membuatkan
saya rasa agak terbeban dan rasa malas untuk pergi
ke kerja telah menguasai diri. Namun, atas nasihat
dan motivasi yang dilemparkan oleh ibu bapa saya
kepada saya, ianya membuatkan saya celik dengan
keadaan ekonomi keluarga saya yang sederhana,
hari demi hari saya sedar bahawa saya perlu
meneruskan perjuangan saya untuk terus bekerja.
Saya telah beriltizam untuk belajar membantu dan
menyokong keluarga saya dalam pelbagai aspek.
19 November 2017
Setelah empat bulan berlalu, saya sedar
bahawa agak sukar jika kita bekerja di bawah
majikan. Tetapi saya sangat bersyukur kerana
mempunyai kenalan daripada ibu saya iaitu Kak
Abby yang memegang jawatan tertinggi di
kedai tersebut sehingga pekerja-pekerja lain
turut hormat dan memberi layanan baik kepada
saya. Akhirnya saya diberi kepercayaan untuk
menjadi penyelia (supervisor) di bahagian
tudung bawal Fareeda walaupun saya baru
bekerja untuk beberapa bulan. Dalam kedai
tudung tersebut, ianya mempunyai tiga
bahagian iaitu bahagian tudung bawal,
selendang dan tudung sarung. Di setiap
bahagian tersebut mempunyai penyelia
(supervisor) masing-masing. Hari demi hari
berlalu, banyak perkara yang telah pun terjadi
dan terpaksa saya hadapi.
23 Januari 2018
Pada bulan pertama 2018, setelah dua bulan
saya memegang jawatan sebagai penyelia.
Saya akur dengan menerima pertambahan
kerja. Pada suatu hari, pekerja baru telah
membuat kesilapan di mana dia telah tersalah
mengimbas harga yang lain daripada harga
asal tudung yang ingin dibeli oleh pelanggan.
Hal ini mendatangkan sedikit kerumitan apabila
pelanggan tersebut berasa marah dan ingin
memberitahu pihak atasan atas kecuaian yang
dilakukan oleh pekerja kedai kami. Namun,
dengan bersikap professional, saya berjaya
menyelesaikan masalah tersebut dengan cara
yang baik. Apabila masalah itu selesai dengan
baik, maka semangat dan minat saya untuk
terus bekerja semakin tinggi. Tambahan lagi,
saya berjaya membantu keluarga saya dari segi
kewangan dengan memberi ibu bapa saya
wang pada setiap bulan.
27 Februari 2018
Dalam tak sedar, sudah hampir setahun saya
bekerja di kedai tudung Fareeda. Pada saat ini
saya sudahpun ada modal dan rancangan
untuk membuat tudung jenama saya sendiri.
Saya akan terus bekerja dalam tempoh
beberapa tahun lagi, dalam pada masa yang
sama saya akan mengambil ilmu dan
pengalaman ini untuk saya bawa apabila saya
sudah ada tudung jenama saya sendiri nanti.
Saya bertekad untuk menjadikan impian saya
itu sebagai kenyataan, di samping saya dapat
membantu keluarga saya dari segi kewangan.
Namun, dalam keasyikkan kegembiraan dan
keselesaan saya bekerja, pada satu hari, saya
telah menerima emel iaitu tawaran untuk
meneruskan pengajian di peringat Diploma
dalam bidang Perakaunan di Universiti Malaya
(UM). Pada ketika saya menerima emel
tersebut, minat saya untuk sambung belajar
telahpun hilang.
28 Februari 2018
Saya memberitahu ibubapa saya tentang
tawaran itu serta hasrat saya. Saya meminta
izin daripada mereka untuk terus benarkan saya
bekerja di samping saya dapat membantu
mereka serta adik-adik saya dari segi
kewangan. Tetapi malangnya ibubapa saya
tidak benarkan saya meneruskan pekerjaan.
Mereka ingin saya untuk meneruskan pengajian.
Ibubapa saya berkata biarlah mereka sahaja
yang bersusah payah mencari wang untuk
menyara kami sekeluarga. Namun, saya
sebagai anak sulung amat terpanggil dengan
tanggungjawab untuk membantu keluarga,
tambahan keluarga kami bukanlah keluarga
yang berkemampuan. Namun, pada masa yang
sama fikiran saya celaru dan berbelah bagi
kerana saya terpaksa membuat keputusan
dalam masa dua minggu sebelum tarikh
pendaftaran.
1 Mac 2018
Selepas lebih daripada tiga hari memikirkan
perkara ini, saya telah bertekad dan membuat
keputusan untuk meneruskan pekerjaan demi
mencapai impian dan hasrat saya untuk
membantu keluarga. Perkara ini telah saya
tegaskan kepada ibubapa saya bahawa saya
ingin terus bekerja. Apabila ibubapa saya
melihat kesungguhan saya untuk terus bekerja
demi mecapai matlamat dan membantu
keluarga, mereka akur dengan keputusan saya.
Ibubapa saya berkata mereka bersyukur
mempunyai anak yang baik terhadap mereka
dan berterima kasih kerana saya sudi
membantu keluarga termasuk membantu adik-
adik saya dari segi perbelanjaan harian
sekolah.
7 Julai 2018
Setelah setahun saya bekerja di kedai tudung
Fareeda. Pengurus kedai tudung tersebut iaitu
rakan karib ibu saya, Kak Abby membelanja
kami sekeluarga makan di salah sebuah
restoran di bandar Kota Bharu sempena
setahun saya bekerja di situ dengan baik. Saya
amat berterima kasih di atas pengalaman
alam dunia pekerjaan yang banyak membentuk
diri saya dan banyak memberi kesedaran
tentang kehidupan serta melatih diri saya untuk
lebih berdikari. Akhir sekali, saya berharap
dapat terus membantu dan membahagiakan
ibubapa dan adik-adik saya dan saya berharap
impian dan hasrat saya untuk ada tudung
jenama saya sendiri pada suatu hari nanti
tercapai dengan gemilang dan jayanya.