The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pju18_d610, 2019-10-13 05:36:47

ISMA

ISMA PBD

1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan negara turut berkembang seiring dengan arus globalisasi teknologi dunia.
Arus pemodenan ini menunjukkan bahawa ramai pemikir-pemikir sedang dilahirkan untuk
mencetus pelbagai idea yang kreatif dan kritis untuk mencipta kemudahan yang baharu di
negara ini. Secara tidak langsung murid turut terdedah dengan persekitaran yang pelbagai
tidak kira positif atau negatif yang seterusnya memberi impak kepada tingkah laku mereka.
Menurut Ahmad Tarmizi (2011) dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2014)
tingkah laku merujuk kepada respon perbuatan, persembahan dan prestasi seseorang yang
dapat dilihat serta diukur setelah mereka menerima rangsangan. Sesuatu tingkah laku perlu
dikenal pasti, ditakrif secara objektif dan spesifik. Hal ini amat penting untuk mengawal dan
menghilangkan tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan tingkah laku yang tidak
diingini kepada yang diingini. Perkara ini dipersetujui oleh Khalim Zainal (2008) yang
menyatakan bahawa melalui pelbagai perspektif tentang pembentukan tingkah laku
bermasalah dalam kalangan murid-murid, guru-guru boleh membantu mereka untuk
membentuk tingkah laku positif dalam diri murid-murid.

Dalam pada itu, tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid
yang dianggap oleh guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana menghalang kelancaran
dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, persekitaran
pembelajaran khususnya bilik darjah yang kondusif dapat merangsang tingkah laku
pembelajaran dan menghadkan tingkah laku negatif dalam kalangan pelajar (Che Nizam,
Kamisah & Laila, 2010) seterusnya dapat membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam
mengurus bilik darjah menggunakan model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai
bagi menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah dalam usaha untuk menjadikan
murid KBAT. Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam
pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya bagi mewujudkan iklim yang kondusif untuk
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai
(Mok Soon Sang, 2011).

2.0 Isu tingkah laku dalam kalangan murid sekolah rendah

Isu mengenai tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah sudah menjadi tidak asing lagi dalam
dunia pendidikan. Hal ini amat membimbangkan semua pihak kerana murid yang mengalami
masalah tingkah laku di sekolah akan cenderung ke arah gejala salah laku dan peningkatan
kadar jenayah juvana di negara kita. Peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial yang
melibatkan kanak-kanak sekolah dan remaja bukan sahaja membimbangkan ibu bapa dan

1

masyarakat, malah turut mempengaruhi prestasi guru dan sekolah (Badrulzaman, 2006). Isu
pertama yang kini hangat diperkatakan adalah isu ponteng tegar yang sangat berleluasa
dalam kalangan murid. Ponteng sekolah merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan
sekolah dan jika murid menjadikannya amalan dan tabiat boleh membawa kesan negatif
terhadap diri murid-murid, keluarga dan juga sekolah. Perlakuan tersebut juga akan
menjuruskan murid hilang sifat tanggungjawab, ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling
dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.6/1995). Murid yang ponteng biasanya kurang menarik perhatian rakan sebaya di
sekolah. Hal ini terjadi apabila murid kurang menguasai kemahiran sosial untuk
menyesuaikan diri dalam budaya sekolah yang berbentuk persaingan dan mudah dipengaruhi
oleh kumpulan rakan sebaya (Asmah et.al 2011). Kesannya, murid-murid ini akan menerima
pelbagai bentuk diskriminasi daripada pihak sekolah kerana dicop kaki ponteng oleh guru dan
rakan sebaya di sekolah seterusnya menyebabkan mereka hilang minat untuk datang ke
sekolah.

Faktor primer gejala ponteng ini berleluasa ialah sistem yang dijalankan di sesetengah
sekolah yang kadangkala terlalu ketat kerana tekanan untuk menghasilkan sejumlah murid
yang dijangka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah. Faktor lain adalah murid kurang memahami dalam komunikasi arahan guru dalam
bilik darjah sehingga menyebabkan murid tidak tertarik untuk melibatkan diri secara aktif
dalam segala aktiviti di dalam kelas sehingga mereka berani untuk ponteng kelas mahupun
ponteng sekolah kerana tidak wujud hubungan guru dengan pengaplikasian teknik
penyampaian arahan kepada murid di dalam kelas (Farah Nur A. Hamid dan Maslida Yusof,
2015).

Selain itu, isu tingkah laku disruptif seperti hiperaktif turut menjadi senario utama
dalam dunia pendidikan. Sememangnya tingkah laku ini hanya melibatkan sesetengah murid,
namun turut menjadi isu kerana murid seperti ini mengganggu murid lain yang sedang fokus
semasa guru mengajar. Contoh tingkah laku hiperaktif ialah pergerakan motor halus atau
kasar yang tidak perlu seperti berjalan, mencubit rakan, mengambil barang rakan,
menggerakkan tangan dan kepala sehingga mengganggu tumpuan rakan di sebelah dan
belakang dan sebagainya. Nurul Bahirah Annual dan Mohd Jasmy Abd Rahman (2018) turut
berpendapat bahawa tingkah laku murid hiperaktif dapat menjejaskan kelicinan perjalanan
pengajaran dan pembelajaran dan mengganggu suasana harmoni di dalam kelas. Kesannya,
murid lain turut tidak mencapai objektif pelajaran pada hari itu.

Isu tingkah laku dalam bilik darjah yang seterusnya ialah isu murid agresif dan tidak
mesra dengan rakan, guru mahupun ibu bapa. Maksud agresif menurut Kamus Dewan Edisi

2

Keempat (2005) ialah cenderung menyerang atau bertindak secara bermusuhan terhadap
pihak atau orang lain. Contoh tingkah laku agresif dalam kalangan murid sekolah rendah
terutama dalam bilik darjah menendang meja dan kerusi, bersikap kasar dengan rakan
dengan menumbuk atau manampar dengan sengaja, tidak mendengar arahan guru dan
sebagainya. Menurut Asmah Suboh et.al (2011), isu ini terjadi apabila murid belum mampu
menguasai strategi perhubungan sosial, penjelasan nilai dan prinsip serta pegangan hidup.
Pada peringkat ini juga mereka mudah dipengaruhi oleh kumpulan rakan sebaya dan belum
mempunyai jati diri, harga diri dan hormat diri individu. Maka jalan mudah bagi seseorang
murid untuk diterima oleh rakan sebaya ialah menjadi anggota kumpulan atau mempunyai
kumpulan kesepakatan sendiri. Pada tahap ini mereka paling sensitif, mereka mahu diterima
oleh rakan tetapi belum ada strategi perhubungan sosial yang matang dan menyerahkan
kepada kumpulan tersebut. Oleh itu, masyarakat terutama ibu bapa dan guru memainkan
peranan yang amat penting dalam memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid pada
tahap ini.

3.0 Hubungkait isu dengan model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai bagi
menangani masalah tingkah laku dalam bilik darjah untuk menjadikan murid KBAT
Dalam mengatasi isu-isu tingkah laku yang terdapat di dalam bilik darjah, langkah
pencegahan atau pendekatan perlu diambil sebagai langkah awal membentuk murid yang
mempunyai tingkah laku positif. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Hanafi Mohd Yasin iaitu
pensyarah pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia, tiada teknik yang bersesuaian bagi
sesuatu masalah tingkah laku. Guru perlu melakukan pemerhatian secara teliti dan berterusan
sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 minggu bagi menentukan bahawa tingkah laku itu
memang betul dan mengganggu murid lain semasa proses PdP berlangsung. Peringkat
tersebut dinamakan sebagai ‘baseline’. Kemudian, guru perlu melihat ciri-ciri yang boleh
diubah melalui tingkah laku tersebut. Beliau menyarankan supaya guru membuat tingkah laku
sasaran serta teknik rawatan atau pengubahsuaian yang difikirkan sesuai. Tahap ini
dinamakan sebagai intervensi. Masa yang diperlukan ialah 2 hingga 3 minggu juga. Selepas
tamat, biarkan murid tanpa intervensi selama 2 minggu. Guru perlu memerhatikan perubahan
tingkah laku yang berlaku. Tambah beliau lagi, proses yang sama perlu diulang menggunakan
teknik ubahsuai yang lain pula.

Oleh yang demikian, pada pendapat saya, teknik rawatan atau pengubahsuaian yang
boleh digunakan ialah dengan menggunakan Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter. Model
ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid
terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Dalam model ini, guru memainkan
peranan penting dalam menentukan suasana bilik darjah kerana guru mempunyai hak untuk

3

mengajar secara profesional dan tanpa gangguan (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar
Samuel, 2014). Salah satu langkah yang boleh dilakukan daripada model ini adalah dengan
menetapkan peraturan-peraturan bilik darjah yang sesuai dengan personaliti, sikap dan
perubahan yang berlaku pada murid. Peraturan ini boleh berubah mengikut tahap
perkembangan dan tingkah laku yang dipamerkan murid dengan keberadaan guru dan tanpa
keberadaan guru mengikut jangka masa yang disarankan oleh Prof. Mohd Hanafi iaitu 2
hingga 3 minggu. Model disiplin ini mempunyai persamaan dengan model modifikasi tingkah
laku Skinner tetapi lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan dan
memastikan murid mematuhi peraturan dengan tegas serta turut melibatkan ganjaran dan
dendaan daripada peraturan yang telah ditetapkan.

Penggunaan Model Asertif Disiplin ini dikatakan sesuai kerana mementingkan guru
yang asertif sebagai cara yang terbaik untuk menangani isu tingkah laku murid dalam bilik
darjah iaitu guru yakin, tegas dan jelas pada arahan serta konsisten dengan keputusan yang
dilakukan. Hal ini adalah untuk membina hubungan saling mempercayai antara guru dengan
murid dan murid percaya bahawa guru akan melakukan denda yang terdapat dalam peraturan
yang ditetapkan (Bulent Tarman, 2016). Guru yang asertif sangat sesuai untuk menangani
masalah tingkah laku murid yang hiperaktif dan agresif. Hal ini demikian kerana, murid akan
berasa takut untuk bertindak sesuka hati mereka kerana bimbang akan dimarahi dan didenda
oleh guru. Antara langkah yang dapat dilakukan adalah dengan menggunakan rekod disiplin
yang akan disimpan oleh guru untuk rujukan dan bahan bukti kepada murid dan ibu bapa
pada masa akan datang dan sesuai untuk memberi peringatan kepada murid bahawa setiap
perlakuan akan dicatat sebagai akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Rekod disiplin
ini juga boleh dipamerkan sebagai amaran kepada murid akan denda yang akan diperoleh
daripada peraturan yang telah ditetapkan. Contoh rekod disiplin ialah:

Kesalahan / A B C D

Nama murid

Ali

Aiman

Nazifa

Petunjuk:

A : Menjerit di dalam kelas

B : Bercakap semasa guru mengajar

C : Mengganggu murid lain semasa guru mengajar

D : Tidak menghantar kerja rumah

4

Seterusnya, guru juga boleh menggunakan sistem kad warna iaitu jika murid membuat
kesalahan yang terdapat dalam peraturan atau sebagainya, murid mendapat kad kuning,
melakukan kesalahan kedua akan mendapat kad oren dan kad merah untuk kesalahan ketiga.
Maka, murid yang suka berjalan, menggangu rakan mahupun bersikap agresif terhadap guru
atau rakan sekelas akan lebih cakna terhadap kesalahan mereka dan berusaha untuk tidak
melakukan tabiat mereka di hadapan guru kerana bimbang di denda oleh guru atau ibu bapa
mereka. Langkah ini juga di sokong salah seorang cikgu bahasa Melayu di Sekolah
Kebangsaan Bandar Sunway (SKSB) yang mengatakan bahawa murid sangat tertarik dengan
penggunaan kaedah ‘reading behaviour’ dan ‘reward chart’ yang terbukti mampu melibatkan
murid secara aktif dalam aktiviti PdP dan mampu mengurangkan masalah tingkah laku dalam
kalangan murid di SKSB. Berikut merupakan contoh penggunaan ‘reward chart’, ‘student
behaviour’ dan ‘reading behaviour’:

Gambar 1: ‘Reading behaviour’

5

Gambar 2 dan 3: ‘Reward Chart’ dan ‘Student Behaviour’

Penggunaan teknik ini daripada Model Disiplin Asertif Canter bukan sahaja sahaja
terbukti mampu mengurangkan masalah tingkah laku negatif tetapi turut membantu
meningkatkan penglibatan aktif murid dalam setiap aktiviti yang dilakukan guru seterusnya
meningkatkan keberkesanan dan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah tingkah
laku dalam diri mereka. Selain daripada objektif tercapai, murid juga dapat meningkatkan
komunikasi berkesan antara guru dengan murid dan murid dengan murid hasil daripada aktiviti
koperatif yang dilakukan. Namun begitu, model Disiplin Asertif tidak sesuai untuk menangani
masalah ponteng kerana murid akan berasa tertekan jika berjumpa dengan guru. Mungkin
akan berkesan pada sesetengah murid yang masih lagi pada peringkat awal untuk ponteng
kelas tetapi tidak kepada murid yang tegar kerana murid hanya akan memberontak dengan
sikap guru yang garang dan sangat mematuhi peraturan kerana dirasakan terkongkong dalam
bilik darjah oleh kerana tidak dapat bertindak sesuka hati. Dalam pada itu, Cikgu Nora iaitu
guru panitia bahasa Melayu yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 20 tahun di
Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya juga amat menyarankan peneguhan daripada tingkah laku
yang diingini iaitu memberi ganjaran seperti coklat, buku atau apa-apa ganjaran yang dapat
merangsang murid bertingkah laku positif serta menekankan akibat jika murid tidak
mendengar arahan guru. Justeru, jelaslah bahawa teknik pengubahsuaian yang bersesuaian
bagi tahap intervensi ialah dengan menggunakan Model Disiplin Asertif Canter kerana
bersesuai untuk mengatasi isu tingkah laku dalam bilik darjah.

6

5.0 Rumusan
Kesimpulannya, tingkah laku murid dapat diubah dan dibentuk melalui kaedah pada tahap
intervensi yang digunakan oleh guru. Namun, ibu bapa, masyarakat dan rakan sebaya juga
perlu memainkan peranan mereka dalam membantu guru melahirkan murid yang mampu
bertingkah laku positif dalam usaha untuk melahirkan murid yang KBAT dengan turut sama
berkelakuan positif supaya murid dapat menjadikan suasana positif sebagai satu semangat
untuk mereka berubah dan mengekalkan tingkah laku positif yang dibentuk di dalam bilik
darjah. Walaupun hanya Model Disiplin Asertif Canter yang ditekankan dalam penulisan ini
tetapi kesemua model pengurusan disiplin adalah sesuai tetapi masing-masing mempunyai
kelebihan dan kelemahan tersendiri. Kesemua model boleh digunakan sebagai cara untuk
mengenal pasti masalah yang berlaku dalam bilik darjah dan memberi panduan kepada guru
bagaimana untuk membina strategi bagi mengatasi permasalahan ini sekaligus melahirkan
suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Usaha ini adalah untuk melahirkan
murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi hasrat yang
terkandung dalam Falsafah Penddidikan Kebangsaan.

7

Rujukan

Akhiar Bin Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku:
Pelangi ePublishing Sdn Bhd.

Asmah Suboh, Nurulhuda Azizi dan Mascilla binti Hamzah (2011). Masalah salah laku
agresif di kalangan pelajar sekolah rendah dan hubungannya dengan gaya
keibubapaan. Journal of Education Psychology & Counseling, 1, 77-93

Bulent Tarman (2016). Discipline or classroom management. Journal Of Learning And
Teaching In Digital Age. 1(2), 58-83

Che Nidzam Che Ahmad, and Kamisah Osman, and Lilia Halim (2010) Hubungan ramalan
persekitaran pembelajaran makmal sains dengan tahap kepuasan pelajar. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 35 (2). 19-3

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Maksud bilik. Diakses pada 20 Ogos 2019 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=bilik

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Maksud darjah. Diakses pada 20 Ogos 2019
daripada http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=darjah

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Maksud intervensi. Diakses pada 20 Ogos 2019
daripada http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=intervensi

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Maksud agresif. Diakses pada 20 Ogos 2019
daripada http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=agresif

Farah Nur A. Hamid dan Maslida Yusof (2015). Analisis struktur fokus dalam komunikasi
arahan guru dalam bilik darjah. Jurnal Melayu. 14(2), 346-361

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku:
Oxford Fajar.

Hulya Kasapoglu Yusof (2015). Efficient teacher behavior in classroom management
according to the views of primary school students. Journal The Anthropologist. 22(2),
424-434

Johari Talib, Maharam Mamat, Maznah Ibrahim dan Zulkifli Mohamad (2017). Perbaikan
tingkah laku bermasalah kanak-kanak sekolah rendah melalui terapi kognitif–
tingkah laku. Southeast Asia Psychology Journal. 5, 1-11

Khalim Zainal (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif teori tingkah
laku, humanistik, psikoanalitik & tret personaliti. Jurnal Pengajian Umum. Bil.9, 43-56

Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku: Penerbitan Multimedia

Manisah Mohd Ali dan Norizza Sahal (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam
Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia. 41(1), 1-
6

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu dan Halimah Laji (2009).
Komunikasi guru dalam bilik darjah dan tingkah laku delinkuen murid sekolah
menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan. 5, 59-77

Mohd Hasani Dali dan Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan bilik darjah. Jurnal
Pendidikan. 4(1), 161-188

Muhammad Faizal A. Ghani dan Julie Williams (2014). Harapan murid bermasalah terhadap
pengajaran guru: satu kajian awal di sebuah negara maju. JuKu: Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik. 2(1), 26-43

8

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Falsafah pendidikan kebangsaan. Diakses pada
18 Ogos 2019 daripada https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-
pendidikan -kebangsaan

Kementirian Pendidikan Malaysia. (1995). Surat pekeliling ikhtisas bil. 6/1995: Menangani
masalah ponteng di sekolah. Diakses pada 18 Ogos 2019 daripada
https://www.moe.gov.my/pekeliling/ikhtisas/1995/2075-surat-pekeliling- ikhtisas-
bilangan-6-tahun-1995-menangani-masalah-ponteng-di-sekolah/file

9

Pendapat Prof Mohd Hanafi bin Mohd Yasin (Pensyarah pendidikan di Universiti
Kebangsaan Malaysia)

Email Prof. : [email protected]

Pendapat Cikgu Nora (Guru bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya)

10

Pendapat Cikgu Waheeda (Guru bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Bandar
Sunway)

11


Click to View FlipBook Version