The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pju18_d610, 2019-10-13 03:39:10

PENULISAN AKADEMIK LIYANA DALILA

LIYANA DALILA PBD

1.0 PENGENALAN

Pendekatan merupakan sesuatu cara yang diambil untuk mencapai sasaran (Adenan Ayob
dan Khairuddin Mohamad, 2012). Sesuatu pendekatan selalunya digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mencapai objektif pembelajaran. Namun begitu,
sesuatu pendekatan yang digunakan oleh guru perlu berasaskan teori dan generalisasi
tertentu serta bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Terdapat lapan pendekatan
pengajaran antaranya termasuklah:

Induktif Deduktif Komunikatif

Eklektik Berpusatkan Berpusatkan

Murid Guru

Berpusatkan Berpusatkan

Masalah Bahan

Grafik 1: Pendekatan Pengajaran

Walaupun terdapat lapan pendekatan, segelintir guru masih menggunakan kaedah
chalk and talk. Keberkesanan PdP di dalam bilik darjah amat berkait rapat dengan kefahaman
guru tentang peranan untuk menggunakan pembelajaran berpusat atau berasaskan sesuatu.
Oleh itu, tugasan ini adalah bertujuan untuk menerangkan dengan lebih terperinci dua
pendekatan yang dapat digunakan dalam proses PdP iaitu pendekatan Berpusatkan Guru
dan Berpusatkan Murid.

2.0 DEFINISI PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU DAN BERPUSATKAN MURID

Pendekatan berpusatkan guru merupakan kaedah penyampaian pengetahuan asas oleh guru
yang berkemahiran kepada sekumpulan murid di dalam bilik darjah (Kwan, 2000). Kaedah ini
telah lama digunakan dan tidak bertepatan dengan pembelajaran abad ke-21 kerana guru
hanya memberikan info dan murid hanya menerima perkara yang disampaikan. Pernyataan
ini diperkukuhkan lagi oleh Lei Yong (2005) yang menyatakan kebanyakan teknik pengajaran
adalah berpusatkan guru yang mana murid hanya mendengar setiap pengetahuan yang
disampaikan, membuat beberapa soalan biasa untuk kerja rumah sebagai rutin harian dan
menghafaz semua fakta sebelum peperiksaan dilasanakan. Dapat disimpulkan bahawa
pendekatan berpusatkan guru membuktikan bahawa guru mempunyai kuasa dan mengawal
sepenuhnya kelas dan proses PdP.

BMMB 3063 1

Seterusnya, pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan ini memberi penekanan
kepada interaksi antara murid semasa di dalam bilik darjah. Alley (1996) menyatakan murid
sebagai pasangan guru sepanjang proses PdP berlangsung. Ini bermakna, bukan guru sahaja
yang memainkan peranan malah murid juga. Mereka berpeluang untuk menggunakan cara
pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif mereka. Bertepatan dengan pendapat
Gentry (1995), yang menggunakan istilah pendekatan berpusatkan murid sebagai pengajaran
yang dikawal oleh murid sama ada mereka mengawal prosedur, masa dan penilaian untuk
memenuhi keperluan mereka yang berbeza. Jadi, pendekatan berpusatkan murid ini ialah
satu pendekatan pembelajaran yang meluas termasuk teknik-teknik seperti menukarkan
pengalaman belajar secara aktif, menyelesaikan masalah yang memerlukan pemikiran kritis
dan kreatif, melibatkan pelajar dalam simulasi dan main peranan serta menggunakan teknik
kadar kendiri dan pembelajaran koperatif.

3.0 PERSAMAAN PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU DAN BERPUSATKAN MURID

Antara persamaan pendekatan berpusatkan guru dan murid ini ialah kedua-dua pendekatan
ini melibatkan guru sebagai pemandu arah. Walaupun pendekatan guru memang melibatkan
guru sahaja dalam penyampaian maklumat namun pendekatan murid juga turut menjadikan
guru sebagai fasilitator. Oleh itu, jika tiada guru sepanjang kedua-dua proses pendekatan ini
dilaksanakan, objektif pembelajaran tidak akan tercapai.

Selain itu, kedua-dua pendekatan ini masih mewujudkan sesi soal jawab semasa PdP.
Perkara ini adalah kerana guru perlu mengetahui tahap kefahaman murid tentang mata
pelajaran yang diajar. Jika tiada sesi soal jawab, guru tidak dapat mengenal pasti murid yang
memerlukan pemulihan. Namun begitu, guru juga boleh mengenal pasti perkara ini dengan
memberi latihan secara bertulis atau dikenali sebagai latihan pengayaan kepada murid. Jika
terdapat murid yang tidak mampu menyelesaikan latihan yang diberikan, murid tersebut akan
diberikan latihan pemulihan. Tuntasnya, guru perlu sentiasa cakna dengan murid-murid
supaya mereka dapat memahami mata pelajaran yang diajar dengan baik.

Penggunaan bahan pengajaran yang sama turut menjadi persamaan antara kedua-
dua pendekatan ini. Rashidi dan Abdul Razak (1998), menyatakan penggunaan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) merupakan sebahagian daripada usaha untuk merangsang minat dan
tumpuan murid terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan
dan kemahiran oleh murid. Walaupun pendekatan berpusatkan guru hanya guru yang
menyampaikan maklumat, penggunaan BBM yang berkesan sangat penting dalam menjamin
proses PdP menjadi lebih kukuh dan menarik. BBM tidak semestinya perlu dalam bentuk
maujud, malah bentuk visual juga sudah mencukupi untuk meningkatkan kefahaman murid.
Bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Sadoski dan Paivio (2001), yang telah

BMMB 3063 2

membuktikan gambaran berbentuk visual sama ada sebelum, semasa dan selepas membaca
sesuatu BBM dapat meningkatkan kefahaman murid. Jadi, guru perlu sentiasa menyediakan
BBM yang kreatif dan inovatif bagi menjadikan interaksi di dalam bilik darjah sangat seronok
membawa suasana yang ceria.

4.0 PERBEZAAN PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU DAN BERPUSATKAN MURID

Antara perbezaan pendekatan berpusatkan guru dan murid termasuklah dari segi kekuatan
dan kelemahan kedua-dua pendekatan ini.

4.1 KEKUATAN PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU DAN BERPUSATKAN
MURID

Antara kekuatan pendekatan berpusatkan guru temasuklah kelas akan menjadi lebih
terkawal. Hal ini kerana, setiap prosedur atau langkah pembelajaran telah ditetapkan
oleh guru. Murid hanya perlu mengikut semua langkah pembelajaran yang telah
ditetapkan. Eileen (2000), menyatakan masalah kawalan kelas adalah berpunca
daripada kurangnya rasa hormat murid terhadap guru serta hilangnya tanggungjawab
mereka sebagai seorang murid menyebabkan mereka tidak mengendahkan tugasan
dan arahan yang diberikan oleh guru. Jadi, apabila guru mendominasi bilik darjah
sepanjang proses PdP berlangsung, guru boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya
kepada murid terutamanya kepada mereka yang agak nakal. Walaupun beitu, guru
juga boleh menetapkan peraturan bilik darjah yang akan dipersetujui oleh semua
murid sebagai satu kontrak dapat mengawal tingkah laku mereka. Jika mereka gagal
untuk mematuhi peraturan tersebut mereka akan didenda. Jadi, jelaslah pendekatan
berpusatkan guru akan menjadikan kelas lebih terkawal dengan adanya peraturan bilik
darjah dan sistem dendaan.

Seterusnya, kelebihan pendekatan berpusatkan guru ialah meningkatkan
kemahiran dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu
topik. Strategi ini digunakan secara langsung untuk membolehkan murid menumpukan
perhatian kepada kandungan pelajaran yang relevan agar murid dapat mengaitkan
pengetahuan baru dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu. Antara contoh
aktiviti berdasarkan DSKP Bahasa Melayu tahun 2 yang dapat dikaitkan dengan
kelebihan pendekatan berpusatkan guru termasuklah

BMMB 3063 3

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.2 Menghayati keindahan dan 4.2.2 Menyanyikan lagu dengan sebutan

kesantunan bahasa dalam bahan yang betul dan intonasi yang sesuai

sastera. serta melakukan aksi mengikut lirik;

i) lagu kanak-kanak

ii) lagu rakyat

Jadual 1: DSKP Bahasa Melayu Tahun 2

Guru perlu mempersembahkan lagu kanak-kanak dan lagu rakyat di hadapan
bilik darjah terlebih dahulu sebelum murid melakukannya. Pengetahuan sedia ada
murid dan pengalaman lalu dapat dikaitkan dengan lagu kanak-kanak dan lagu rakyat
apabila mereka sudah pernah mendengar lagu tersebut sebelum diajar oleh guru lagi.
Contohnya lagu “Wau Bulan” dan “Burung Kenek-kenek”. Bukan itu sahaja, proses PdP
akan menjadi berkesan kerana terdapatnya elemen didik hibur iaitu menggunakan
muzik. Ini selari dengan kenyataan yang diberikan oleh Norazlena Lazim (2019) dalam
Harian Metro, muzik yang bersesuaian digunakan akan menggalakkan proses
pembentukan sahsiah diri dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, guru perlu sentiasa
kreatif untuk melakukan pergerakan yang dapat menarik minat murid sekaligus
membantu dalam perkembangan fizikal mereka.

Bagi kekuatan pendekatan berpusatkan murid pula, murid akan terlibat secara
aktif dalam pelajaran. Pembelajaran aktif ialah satu kaedah PdP yang dapat
meningkatkan pencapaian akademik murid (Hafiza Md Nasir,2012). Antara aktiviti yang
dapat dilaksanakan berdasarkan pendekatan berpusatkan murid ialah melalui aktiviti
perbincangan. Murid-murid akan bekerjasama antara satu sama lain berkongsi
pendapat dalam mencari jawapan atau penyelesaian bagi sesuatu masalah. Rentetan
daripada itu, murid-murid juga dapat memupuk perpaduan antara berbilang kaum di
Malaysia. Hal ini disebabkan oleh, murid-murid akan berkomunikasi dengan rakan-
rakan yang berlainan kaum dalam kumpulan tersebut. Sekolah merupakan satu
platform untuk memupuk perpaduan kaum di negara kita terutamanya di sekolah
rendah. Kenyataan ini selari dengan kenyataan yang diberikan oleh Tan Sri Lee Lam
Thye, 2018 dalam Berita Harian iaitu memupuk perpaduan harus bermula di sekolah
dengan usaha dapat dilakukan untuk memupuk nilai-nilai keharmonian, perpaduan dan
kedamaian antara kaum. Dapat dirumuskan bahawa pendekatan berpusatkan murid
sangat memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada individu malah masyarakat
juga.

BMMB 3063 4

Akhir sekali, menggalakkan daya kreativiti murid dan seterusnya membantu
murid membina kemahiran menyelesaikan masalah juga merupakan kekuatan
pendekatan berpusatkan murid. Secara umumnya konsep penyelesaian masalah
adalah mencari cara yang sesuai dan berkesan bagi mencapai sesuatu matlamat
(Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2003). Selari dengan kenyataan yang
diberikan oleh Azlena Zainal dan Munir Shuib (2004), yang menerangkan bahawa
penyelesaian masalah adalah meliputi usaha-usaha mencari startergi demi mencapai
perkara yang belum diperolehi. Antara aktiviti penyelesaian masalah yang boleh
dilaksanakan termasuklah murid menyusun semula perkataan untuk membentuk ayat
dan perenggan yang lengkap. Mereka akan melakukan aktiviti tersebut dalam
kumpulan. Aktiviti ini berkait rapat dengan DSKP Bahasa Melayu tahun 3 iaitu

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat 3.2.1 Membina dan menulis;

yang bermakna. i) ayat

ii) perenggan

Jadual 2: DSKP Bahasa Melayu Tahun 3

Oleh itu, kekuatan pendekatan berpusatkan guru dan murid sangat perlu
dititikberatkan oleh semua guru. Hal ini kerana, untuk memudahkan lagi proses PdP
dan mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

4.2 KELEMAHAN PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU DAN BERPUSATKAN
MURID

Antara kelemahan pendekatan berpusatkan guru termasuklah membataskan murid
untuk bekerja dalam kumpulan. Hal ini kerana, komunikasi yang berlaku semasa PdP
berdasarkan pendekatan berpusatkan guru adalah secara satu hala sahaja. Segala
maklumat akan diberikan oleh guru dan murid diberi peluang untuk bertanya hanya
pada akhir pembelajaran. Kesan daripada komunikasi satu hala ini akan melahirkan
murid yang tidak berkeyakinan diri dan pemalu untuk berinteraksi dengan orang lain.
Kenyataan ini dibuktikan oleh pemerhatian yang dilakukan oleh Yusoff, 2008. Beliau
mengatakan situasi sebegini berlaku disebabkan tidak adanya kemahiran komunikasi
interpersonal pada diri murid. Contohnya, apabila guru memberi arahan supaya murid
bercakap di hadapan bilik darjah, murid tersebut hanya mendiamkan diri sahaja. Jadi,
tidak hairalah jika pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru turut menjadi
kesan kepada lahirnya murid yang kurang berkeyakinan.

BMMB 3063 5

Selain itu, apabila guru telah memberi terlalu banyak info, kadang-kadang guru
tidak perasan bahawa dia telah lari daripada tajuk yang diajar. Perkara tersebut
merupakan sebahagian daripada kelamahan pendekatan berpusatkan guru. Apabila
perkara tersebut sering berlaku, objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekaligus
menjadikan murid tidak gemar untuk mempelajari mata pelajaran tersebut. Guru boleh
menceritakan tentang pengalaman guru itu sendiri demi menyampaikan maklumat
yang tidak pernah dicapai oleh murid, namun haruslah dalam tahap yang sederhana
dan tidak melampau-lampau. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru perlulah sentiasa
cakna dengan isi kandungan yang akan disampaikan kerana setiap masa yang
diberikan untuk mengajar sangat bermakna dan tidak boleh dibazirkan begitu sahaja.

Seterusnya, kelemahan berdasarkan pendekatan berpusatkan murid pula ialah
tempoh pembelajaran mengambil masa yang lama. Hal ini kerana, murid diberi
peluang untuk menentukan cara pembelajaran mereka sendiri. Jadi, segelintir murid
terutamanya sekolah rendah tidak akan mengikut arahan yang diberikan oleh guru.
Mereka lebih suka untuk melakukan hal sendiri. Oleh itu, guru perlu menetapkan
beberapa peraturan bilik darjah supaya bilik darjah sentiasa dalam keadaan terkawal
dan tidak berlakunya perkara yang tidak diingini. Guru perlu yakin, tegas dan
mengetahui tentang hak untuk bertindak dalam menguruskan tingkah laku murid
dalam bilik darjah (Robertson, 1989). Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan
ialah cara menjawab pertanyaan guru dan yang paling penting peraturan yang perlu
mereka patuhi sepanjang melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Oleh itu, guru
perlu sentiasa tegas dan konsisten dengan apa yang telah ditetapkan dalam peraturan
bilik darjah.

Akhir sekali, guru akan menghadapi pelbagai cabaran akan dihadapi semasa
pelaksanaan aktiviti untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang
telah ditetapkan. Seperti yang kita sedia maklum, kelas arus perdana terdiri daripada
pelbagai tahap kognitif murid. Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), tahap kognitif
merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami,
mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Jadi, aktiviti
yang disediakan oleh guru perlu selari dengan semua tahap kognitif murid supaya
mereka yang mempunyai tahap kognitif yang agak rendah tidak berasa ketinggalan
dan turut bersama-sama melakukan aktiviti. Antara aktiviti yang dapat dilaksanakan
ialah guru menyediakan gambar yang mengandungi cerita, pantun atau lagu kanak-
kanak untuk menarik minat murid supaya membaca. Bukan itu sahaja, perkataan yang
digunakan haruslah perkataan yang mudah. Aktiviti ini selari dengan DSKP Bahasa
Melayu tahun 1:

BMMB 3063 6

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Membaca dan mengapresiasi karya 2.3.1 Membaca dan mengenal pasti

sastera dan bukan sastera. kandungan teks bahan sastera dan

bukan sastera;

i) cerita

ii) pantun

iii) lagu kanak-kanak

Jadual 3: DSKP Bahasa Melayu Tahun 1

5.0 RUMUSAN

Dapat dirumuskan bahawa kedua-dua pendekatan ini membawa satu tujuan yang sama iaitu
mencapai objektif pada akhir pembelajaran. Sebagai seorang guru, pendekatan yang
digunakan dalam proses pdp haruslah dipelbagaikan. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan
daripada murid berasa bosan semasa di dalam bilik darjah. Jika timbulnya rasa tersebut,
potensi murid untuk ponteng sekolah adalah sangat tinggi. Dari sudut penggunaan BBM pula,
guru perlu berfikiran jauh untuk menghasilkan BBM yang menarik. BBM yang maujud
sebenarnya lebih berkesan berbanding secara visual atau muzik. Hal ini kerana, apabila
terdapatnya bahan maujud, dapat merangsang ke semua deria murid sekaligus dapat
meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar murid. Apabila perkembangan fizikal
dan mental murid berkembang dengan selari mengikut tahap umur mereka, mereka akan
mudah memahami dan mempelajari sesuatu perkara. Oleh yang demikian, terlahirlah murid
yang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan murid seimbang
daripada aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sudah terbukti bahawa
perbandingan antara kedua-dua pendekatan ini dapat meningkatkan kefahaman guru dalam
melaksanakan dan membezakan pendekatan-pendekatan pelajaran. Sebagai seorang bakal
guru yang berjaya, pemilihan dalam melaksanakan pendekatan-pendekatan dalam PdP perlu
dipilih dengan tepat supaya murid dapat menguasai sepenuhnya perkara yang diajar.

BMMB 3063 7

6.0 RUJUKAN

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Alley S.H . (1996). The manual of child psychology. NY: Penguin Books.

Azlena Zainal & Munir Shuib. (2004). Meningkatkan Potensi Minda. Pahang: PTS Publications
& Distributors.

BH Online. (2018, September 4). Retrieved from Memupuk semangat perpaduan dan
patriotisme:https://www.bharian.com.my/rencana/suratpembaca/2018/09/469640/me
mupuk-semangat-perpaduan-dan-patriosme

Eileen Ferrance. (2000). Action research. US: the Education Alliance.

Genthry, R.E. (1995). Psychology. London: London Publishers.

Hafiza Md Nasir. (2012). Keberkesanan pembelajaran aktif terhadap pencapaian pelajar
perempuan dalam biologi. Masters Thesis, 34-40.

Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2008). Perkembangan kanak-kanak untuk program
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya terhadap prestasi akademik
pelajar UTHM . (2009). Jurnal Pendidikan, 18-20.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
bahasa Melayu tahun dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
bahasa Melayu tahun satu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
bahasa Melayu tahun tiga. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kwan. (2000). Pedagogi, strategi dan metod mengajar dengan berkesan. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Lei Young. (2005). Stratergi pengajaran yang berkesan. Selangor: Fajar Bakti.
Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2012). Psikologi. Shah Alam: Mc Graw-Hill.

Ngu Mee Kok. (2012). Meningkatkan keberkesanan kawalan kelas menggunakan kaedah
ganjaran dan hukuman untuk murid-murid tahun 3. Pendidikan, 132-146.

BMMB 3063 8

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1998). Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan
stratergi. Kajang: Masa Enterprise.

Roland Robertson. (1990). Component mechanisms underlying the processing of
hierarchically organized patterns: Inferences from patients with unilateral cortical
lesions. Journal of Experimental Psychology: Learning, Memory, and Cognition,
Component mechanisms underlying the processing of hierarchically organized
patterns: Inferences from patients with unilateral471-483.

Sadoski, M & Paivio, A. (2001). Imagery and text: A dual coding theory of reading and writing.
US: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Yusoff Ismail . (2008). Kesusasteraan Melayu lama dan baru. Kedah : Universiti Utara
Malaysia.

Zaitie Satibi. (2019, Mac 24). Martabat seni muzik tradisi. Retrieved from MyMetro:
https://www.hmetro.com.my/rencana/2019/03/437101/martabat-seni-muzik-tradisi

BMMB 3063 9


Click to View FlipBook Version