The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izzat Nawawi, 2019-11-16 17:37:17

real one_compressed

real one_compressed

MINGGU 19 Rajah 3.57 Profil Syarikat
04/11/2019

Menggubah profil syarikat.

Rajah 3.58
05/11/2019
Membuat penambahbaikan bagi profil syarikat.

Rajah 3.59 Memunggah barang
07/11/2019

Memunggah barang dan menyusun di Pejabat Urusan Langkawi.

MINGGU 20 Rajah 3.60 ‘Slide Pembentangan’
11/11/2019

Membuat ‘slide’ pembentangan bagi Lada Eco, Langkawi.

Rajah 3.61 ‘Slide’ Pembentangan
12/11/2019

Membuat ‘slide pembentangan bagi pelabur luar bagi projek
Sakinah Village.

Rajah 3.62 Lawatan KVErt Setapak
12/11/2019

Menjadi fasilitator bagi pelajar KVErt Setapak, Kuala Lumpur.

Rajah 3.63 Pemasangan kabel CAT 6
13/11/2019

Melakukan kerja - kerja pemasangan kabel CAT 6 bagi
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

bab 4 laporan
teknikal

4. 1 Pengenalan

Kerja-kerja berkaitan teknikal haruslah diterangkan dalam bab ini. Semasa saya berada dalam proses
latihan industri di Lagenda System and Services dan Asia Techbiz, banyak yang saya pelajari terutama
dalam bahagian teknikal seperti membuat iklan pemasaran, mempelajari cara mengadakan perhubungan
antara syarikat lain, memasang sistem CCTV, sistem Wi-Fi dan banyak lagi. Dalam bab ini diterangkan
langkah – langkah proses teknikal yang dilakukan selama menjalani latihan industri.

4 . 2 Membuat iklan pemasaran produk

Pengenalan Rajah 4.2.1 Suntingan iklan

Permulaan bagi membuat iklan pemasaran adalah diharuskan mem- Prosedur
buat perancangan terlebih dahulu. Selain itu, kita haruslah mengetahui
akan maklumat barangan yang hendak di pasarkan. Sentiasa mendapatkan cadangan dan
idea dari rakan sekerja bagi menam-
pakkan iklan pemasaran lebih menar-
ik.

Mempelajari akan spesifikasi baran-
gan yang hendak di pasarkan

Rajah 4.2.2 Poster Grafik

Perisian Rajah 4.2.3 Poster Grafik

Perisian yang mantap di perlukan bagi menarik minat Komen dan cadangan
pembeli. Sentiasa memeriksa teks yang di taip agar
Selain itu juga maklumat yang lengkap akan barangan akan tiada kesalahan ejaan.
meyakinkan pembeli.

4.3 Penghasilan Video Korporat Syarikat

Rajah 4.3.1 Rakaman Video

Pengenalan
Pada permulaannya haruslah mengadakan perbincangan dengan majikan
akan konteks yang hendak di tonjolkan dalam video korporat syarikat. (
Pre-Production)
Selain itu juga haruslah mengambil kira aspek utama yang mewakili
syarikat tersebut.

Prosedur

Menjalankan perbincangan dan rangka kerja
Membuat rakaman mengikut rangka kerja yang dibincangkan
Membuat suntingan berdasarkan rangka kerja
Melakukan penambahbaikan atas kekurangan yang berlaku

Rajah 4.3.2 Suntingan Video

Perisian

Hendaklah menonjolkan imej yang di bawa syarikat
Mengetahui bidang utama syarikat sebelum menonjolkan aspek yang
lain
Sentiasa memasukkan maklumat dengan betul bagi menjaga imej
syarikat.

Komen dan cadangan

Sentiasa memeriksa rakaman sebelum mengimport ke dalam
komputer. Membuat pengkelasan fail bagi memudahkan
kerja.

Bab 5 Dapatan & Cadangan

Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politekik merupakan satu langkah yang bijak bagi
memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Berpandukan
kepada Objektif Program Latihan Industri memang mempunyai kebaikan yang lebih daripada
keburukkannya.

Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri di syarikat ini, saya telah
menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini. Pendapat ini bukanlah
bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan syarikat. Hal ini adalah ikhlas
dari pemerhatian saya selama menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen
yang membina supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek.

Di sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan persekitaran
professional iaitu dalam mengenal pasti tugas - tugas seorang pekerja. Dari situ, saya dapat meli-
hat bagaimana seorang pekerja dapat memainkan peranannya. Hubungan yang agak baik antara
saya, rakan – rakan dan kakitangan di Asia Techbiz Sdn Bhd telah mewujudkan suasana yang
begitu ceria dan menyeronokkan antara kami semua dan secara tidak langsung dapat mengerat-
kan hubungan silaturrahim dan menjalinkan persahabatan yang pastinya meninggalkan banyak
kenangan manis, suka dan duka.
Latihan Industri sememangnya melatih kita di dalam mengabungkan pengetahuan-pengetahuan
atau teori-teori yang telah kita pelajari sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam amalan
harian supaya ia dapat meluaskan lagi pengetahuan kita. Hasilnya apa yang telah dipelajari
semasa di Politeknik Tuanku Syed sirajuddin dapat membantu saya dalam mengenai kerja-kerja
yang melakukan pekerjaan yang diberikan dengan jayanya.

Syarikat ini menitik beratkan tentang kesihatan, keselamatan dan kebersihan di perseki-
taran dan syarikat ini juga sangat menitik keselamatan agar terhindar daripada sebarang kema-
langan semasa melakukan kerja atau sebagainya. Kesihatan pulak menitik beratkan agar virus
tidak merebak kepada orang lain. Kebersihan sangat dititik berat agar tidak berlaku kemalangan
yang bahaya jika tidak menjaga kebersihan semasa melakukan tugas.

Saya juga memberikan beberapa cadangan dan berharap agar cadangan saya ini dapat
dipertimbangkan. Antaranya ialah :

Pihak syarikat perlu menyediakan meja lebih untuk staf kerana meja yang lebih itu
boleh diduduk oleh pelajar praktikal. Hal ini kerana, pelajar praktikal tidak perlu menumpang
duduk di meja staf yang sedia ada. Kerana ia mungkin akan menyusahkan atau mengganggu staf
yang duduk di meja tersebut untuk melakukan kerja mereka dan mungkin pelajar akan rasa
bersalah kerana mengganggu mereka untuk melakukan tugas mereka

Pihak syarikat perlu menyediakan jadual tugas kepada para pelajar supaya para pelajar
dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancang mengikut pada jadual yang telah disediakan.
Hal ini, para pelajar tidak akan rasa terasing dengan staf-staf lain dan tidak akan membuang
masa begitu sahaja sekiranya pelajar mempunyai banyak masa yang terluang.

Pihak pelajar mempunyai sifat saling membantu jika staf-staf memerlukan bantuan
sekiranya perlu. Agar setiap pertolongan dapat memberi pelajaran baru kepada pelajar, tidak
kira lari daripada bidang yang diambil semasa mempelajari di pusat pengajian.

Bab 6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, latihan industri yang dilaksanakan oleh pelajar semester akhir adalah amat
berguna terutamanya bagi diri saya. Dengan adanya latihan industri menjadi satu landasan bagi saya untuk
mengenali bidang kerja yang sebenar serta lebih luas. Di samping itu, ilmu yang diperoleh sepanjang
pengajian di Politeknik di aplikasikan sepenuhnya dalam dunia pekerjaan. Perbezaan semasa pengajian di
Politeknik dan menjalani latihan praktikal adalah amat berbeza sekali terutamanya mengenali dan mema-
hami cara gerak kerja. Justeru, latihan ini amat baik dan wajar diteruskan bagi melahirkan graduan yang
lebih berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan profesional yang dinamik.

Dalam tempoh menjalani latihan industri di banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya terima
ketika melakukan latihan industri. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna untuk memajukan diri
dan membantu untuk kemudahan di masa hadapan. Saya juga telah banyak didedahkan dengan pelbagai
aktiviti serta tugas di jabatan ini secara tidak langsung saya juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan
peranan setiap kakitangan di dalam syarikat itu. Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah
baik kepada para pelajar terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif
dan berpengetahuan tinggi. Pelajar juga dapat mengenal pasti dan menangani masalah-masalah yang sering
timbul dalam situasi pekerjaan yang sebenar.

Dari segi perhubungan dengan staf-staf, tiada sebarang masalah yang saya hadapi. Ini kerana sikap setiap
pekerja yang ceria dan begitu prihatin terhadap setiap gerak kerja yang saya lakukan. Kerjasama yang dihu-
lurkan oleh kakitangan jabatan amat membanggakan. Selain itu, kerajinan dan keprihatinan dalam setiap
masalah yang timbul mencenderungkan diri saya untuk menjadikan mereka sebagai contoh. Di samping
itu, latihan industri melatih diri saya untuk sentiasa menepati masa. Secara tidak langsung latihan industri
mendidik diri saya supaya menjadi seorang yang berdisiplin dengan masa. Selain itu, latihan industri juga
telah mendedahkan kepada saya mengenai semangat kerja berpasukan dan bertukar-tukar pendapat serta
idea yang bernas dengan kakitangan yang lain.

Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh setiap pelajar sepanjang menjalani latihan industri
berbeza antara satu sama lain, namun apa yang penting ialah setiap individu mestilah bersikap lebih positif
dalam menghadapi setiap situasi supaya pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan pada masa akan
datang.

Melalui latihan industri ini, jelaslah bahawa objektif latihan telah tercapai sepanjang 20 minggu bermula
01 Julai 2019 sehingga 15 November 2019. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pendedahan yang telah
diberikan kepada pelajar sepanjang latihan industri ini sangat berguna dan perlu dimanfaatkan dengan
betul pada masa hadapan. Latihan industri juga dapat merealisasikan wawasan negara menjelang tahun
2020 dengan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkeperibadian tinggi serta taat dalam men-
jalankan perintah agama.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung ataupun secara tidak langsung yang telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna. Jasa dan
bantuan mereka tidak dapat saya lupakan. Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak Lagenda System
Sale and Services dan Asia Techbiz Sdn Bhd dan atas sebarang kesilapan dan kekhilafan yang terkandung
di dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia menerima teguran yang membina.




Click to View FlipBook Version