MAKANAN WARISAN PERPADUAN MELALUI E-MAJALAH 2023 SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA
05 Perpaduan Melalui Makanan Warisan Etnik 10 02 ISI KANDUNGAN 01 Ahli Kumpulan 03 04 06 Penghargaan Kepelbagaian Makanan Warisan Di Malaysia Makanan Tradisional Simbol Perpaduan Makanan Warisan Kaum Melayu “Nasi Lemak” 07 Makanan Warisan Kaum Cina “DimSum” 08 Makanan Warisan Kaum India “Roti Canai“ 09 Kesimpulan Rujukan 02
KUMPULAN 2 WAN NUR ALISA FATIN BINTI WAN NOOR ASMADI 294249 WAN NUR ALISA FATIN BINTI WAN NOOR ASMADI 294249 MANZLIYANI BINTI AB MAJIT 294292 MANZLIYANI BINTI AB MAJIT 294292 NUR SYAFIQAH AQILAH BINTI MUHAMMAD 294300 NUR SYAFIQAH AQILAH BINTI MUHAMMAD 294300 NURUL NABILA NAFISYA BINTI MOHD FAIRUZI 294310 NURUL NABILA NAFISYA BINTI MOHD FAIRUZI 294310 NUR FATIN NAZIRAH BINTI AHMAD HILMI 294317 NUR FATIN NAZIRAH BINTI AHMAD HILMI 294317 ANIS SYAHIRAH BINTI MOHD RAZALI 294353 ANIS SYAHIRAH BINTI MOHD RAZALI 294353 MUHAMMAD DANISH ILHAM BIN ZAHARIN 294404 MUHAMMAD DANISH ILHAM BIN ZAHARIN 294404 SHAIZATULHUSNA BINTI SHAIFUDDIN 294420 SHAIZATULHUSNA BINTI SHAIFUDDIN 294420 NURSAMIRAH BINTI IBRAHIM 294436 NURSAMIRAH BINTI IBRAHIM 294436 AHMAD HAZIM BIN MOHD NAZER 294450 AHMAD HAZIM BIN MOHD NAZER 294450 03
Bismillahirahmanirahim Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan ini bagi kod SADN 1033 Kenegaraan Malaysia dengan jayanya. Dengan kesempatan ini, kami ingin memberikan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr Shahrol Aman Bin Ahmad kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami semua untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Kami juga ingin berterima kasih kepada pensyarah teruntamanya kerana atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepajang masa tugasan ini dijalankan. Tidak dapat dilupakan juga buat para rakan - rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Dengan kerjasama yang diberikan, kami dapat merealisasikan untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada rakan - rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Segala bantuan yang dihulurkan semasa proses penyiapan tugasan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan tersebut mungkin tugasan ini tidak dapat diselesaikan dengan jayanya. Sekian, terima kasih. PENGHARGAAN 04
K E P E L B A G A I A N M A K A N A N W A R I S A N D I M A L A Y S I A Malaysia mempunyai banyak makanan tradisional yang dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang etnik dengan latar belakang budaya yang pelbagai, dengan pelbagai jenis makanan dan masakan tradisional. Selain pakaian dan permainan tradisional,makanan juga dapat menggambarkan budaya dan identiti masyarakat setempat.Makanan warisan ini didefinisikan sebagai makan yang dimakan pada zaman dahulu yang membawa kepada nilai tradisional, di mana ia dikaitkan dengan keaslian dan keunikan makanan tempatan dari segi rupa dan rasanya. Disebabkan oleh negara kita ini merupakan negara yang berbilang bangsa,maka terwujudlah kepelbagaian makanan warisan yang terdiri daripada kaum utama yang berada di Malaysia iaitu kaum Melayu,Cina dan India.Bagi setiap kaum ini,mereka mempunyai makanan warisan yang berbeza.Sebagai contohnya,kaum Melayu terkenal dengan nasi lema,kaum cina terkenal dengan dimsum dan begitu juga dengan kaum India yang terkenal dengan roti canai di mana semua rakyat Malaysia sangat menyukai juadah tersebut yang dihidangkan sebagai sarapan pagi mereka. 05
MAKANAN TRADISIONAL S I M B O L P E R P A D U A N Seperti yang kita ketahui bahawa Malaysia mempunyai bangsa yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Justeru itu, Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan warisan.Hal ini dapat menyemarakkan lagi perpaduan di antara semua kaum di Malaysia ini di mana kita dapat lihat kaum Cina dan India suka menikmati makanan warisan kaum Melayu iaitu nasi lemak. Begitu juga dengan sebaliknya. 06 Hal sedemikian dapat disemarakkan melalui komunikasi mereka sewaktu berurus niaga. Sebagai contohnya, kaum Melayu yang membeli makanan di kedai kaum India di mana berlakunya komunikasi antara mereka yang dapat menujukkan perpaduan dan saling harmat-menghormati antara mereka tanpa berlakunya sebarang ketidakpuasan hati atau rasis.
melalui makanan. Beberapa hidangan popular, seperti Mie Goreng, Bakso atau Lumpia, berakar umbi dalam warisan masakan Cina, tetapi telah mengalami penyesuaian dengan bahan-bahan tempatan dan gaya masakan yang unik. Percantuman melalui makanan warisan etnik juga boleh berlaku melalui festival makanan atau restoran yang mengkhusus dalam menyajikan hidangan daripada budaya yang berbeza. Ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba dan menghargai makanan tradisional pelbagai etnik tanpa perlu pergi jauh. Melalui gabungan melalui makanan warisan etnik, kita boleh meluaskan pandangan kita tentang budaya yang berbeza, meningkatkan toleransi dan memperkayakan pengalaman masakan kita. Ia juga boleh menyumbang kepada pemeliharaan dan promosi warisan budaya yang kaya dalam dunia kita yang semakin terhubung. P E R P A D U A N M E L A L U I M A K A N A N WA R I S A N E T N I K 07 Perpaduan melalui makanan warisan etnik ialah proses menggabungkan unsur makanan daripada pelbagai budaya etnik untuk mencipta pengalaman kulinari yang unik. Ia melibatkan penggabungan teknik memasak tradisional, ramuan dan cita rasa dari pelbagai kumpulan etnik. Makanan merupakan aspek penting dalam identiti budaya sesebuah kumpulan, dan pengadunan melalui makanan boleh menjadi wadah yang berkuasa untuk menggalakkan pemahaman, penghargaan dan penglibatan antara budaya. Ini membolehkan kita meneroka kepelbagaian warisan makanan dunia dan merapatkan jurang antara budaya yang berbeza. Contoh jelas gabungan melalui makanan warisan etnik ialah makanan laluan perdagangan, seperti Rendang yang berasal dari Indonesia dan telah menjadi hidangan ikonik di Malaysia. Rendang merupakan hidangan tradisional Minangkabau yang kemudiannya diterima pakai oleh pelbagai etnik di Malaysia dan mengalami perubahan bahan dan perisa mengikut cita rasa tempatan. Selain itu, pengaruh Cina dalam masakan Asia Tenggara adalah satu lagi contoh gabungan
Tradisi masakan Melayu merangkumi pelbagai jenis hidangan yang menjadi sebahagian daripada budaya Melayu di banyak negara termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan bahagian lain di Asia Tenggara. Masakan ini mencerminkan sejarah, tradisi dan kekayaan budaya Melayu. Berikut adalah beberapa contoh masakan tradisional Malaysia. Nasi Lemak: Nasi lemak ialah hidangan nasi khas Malaysia yang dimasak dalam santan (serut kelapa) dan daun pandan, dihidangkan bersama sambal (sos pedas), ikan bilis, kacang tanah, telur rebus dan timun. Rendang: Rendang ialah hidangan daging khas Melayu yang dimasak dalam campuran rempah, seperti serai (serai), lengkuas, kunyit, dan cili merah kering. Rendang biasanya dimasak dalam santan dan dimasak lama sehingga daging menjadi empuk dan rempah meresap ke dalamnya. Sate: Sate ialah makanan yang terdiri daripada daging yang dicucuk dalam lidi buluh dan dipanggang. Daging yang paling biasa digunakan ialah ayam, daging lembu atau kambing. Sate dihidangkan dengan kuah kacang yang kaya. MAKANAN WARISAN KAUM MELAYU NASI LEMAK 08 INI HANYALAH BEBERAPA CONTOH MAKANAN WARISAN MELAYU. SETIAP WILAYAH DAN SUB-KUMPULAN ETNIK MELAYU JUGA MEMPUNYAI HIDANGAN TERSENDIRI, MENCERMINKAN KEPELBAGAIAN DAN KEKAYAAN BUDAYA MELAYU DI SELURUH ASIA TENGGARA.
NASI LEMAK Di negara kita, kita mempunyai bunga istimewa yang dipanggil sebagai "Bunga Raya " . Dengan itu, kita mempunyai makanan istimewa yang bernama Nasi Lemak. Nasi lemak bagi penduduk Malaysia sudahpun menjadi ruji makanan yang wajib dimakan setiap pagi, selalunya pada waktu sarapan pagi. Nasi yang berlemak dan berkrim daripada santan kelapa itu menjadikan namanya nasi lemak. Dengan rasa nasi yang lemak ditambah dengan bawang putih, halia dan serai yang dimasak sekali dengan nasi, ia meningkatkan lagi aroma dan rasa terhadap nasi tersebut. Nasi lemak bertambah enak apabila ia digaulkan bersama sambal bilis yang pedas-pedas manis,telur rebus yang pejal, ikan bilis yang rangup, kacang goreng dan timun. 09 Bercerita tentang keenakan nasi lemak, apakah sejarah yang menyebabkan wujudnya Nasi Lemak? Sejarah nasi lemak wujud bermula di pinggir pantai dimana ketika itu masyarakat Melayu mula menetap. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di sekeliling kawasan tempat tinggal mereka contohnya santan yang boleh didapati daripada buah kelapa , kangkung yang banyak tumbuh meliar di hutan, dan ikan yang boleh ditangkap di laut, maka terhasillah nasi lemak. Daun pisang juga digunakan sebagai bungkusan , dipercayai daun pisang pada sewaktu dahulu dijadikan sebagai bungkusan makanan bagi memudahkan para petani untuk membawa bekalan ketika bekerja di bendang.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT NASI LEMAK 10 BERAS HALIA DAUN PANDAN SANTAN NASI CILI KERING SAMBL IKAN BILIS SAMBAL TUMIS
11 CARA MEMBUAT NASI LEMAK 1. Basuh beras dengan menggunakan air yang bersih dan tapiskan 2. Masukkan hirisan bawang dan halia di dalam periuk 3. Masukan daun pandan dan santan serta garam 4. Letakkan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk dan gaulkan dengan sebati 5. Kacau nasi tersebut apabila sudah masak 6. Hidangkan nasi tersebut dengan hirisan timun, telur, ikan bilis dan sambal 11
RUPA DAN RASA NASI LEMAK Nasi lemak dihidangkan bersama telur, timun, ikan bilas dan kacang serta berlapitkan dengan sehelai daun pisang . Nasi Lemak asalnya dinamakan oleh nasi itu sendiri yang berlemak kerana mengandungi santan. Selain itu, nasi lemak juga menjadi pelengkap hidangan jikalau mempunyai hirisan timu, telur, kacang tanah, ikan bilis dan sambal. 12
Kek nasi lemak ialah span kek diganti dengan nasi, aising digantikan dengan timun, hiasan atas diganti dengan sambal dan taburan manis diganti dengan kacang dan juga ikan bilis. Pada zaman dahulu, kehidupan masyarakat Tanah Melayu adalah sederhana. Semuanya mudah kerana kebahagiaan bukanlah matlamat utama masyarakat ketika itu. Sebaliknya, matlamat yang ingin dicapai ialah keselesaan hidup. Nasi lemak tradisional menjadi pilihan sarapan pagi petani atau nelayan yang menghabiskan harihari mereka menghantuk tulang di sungai dan laut. Jadi nasi sebagai ulam hanya dihidangkan bersama sambal, timun, telur rebus dan ikan bilis yang dibalut daun pisang. Kini, Malaysia sudah semakin moden. Masyarakat Malaysia kebanyakannya adalah penduduk bandar yang sofistikated dan sentiasa mengharapkan inovasi. Akibatnya, kebanyakan hidangan klasik Malaysia, termasuk nasi lemak, datang dengan pelbagai gimik dan hidangan baharu. Nasi lemak kini dijadikan bahan promosi untuk menarik perhatian berbanding tertumpu kepada rasa dan kualiti makanan itu sendiri. EVOLUSI MAKANAN TRADISIONAL MELAYU “NASI LEMAK” KEK NASI LEMAK Nasi lemak kitkat Nasi lemak aiskrim Nasi Lemak Aiskrim ialah aiskrim yang ditabur dengan kacang, ikan bilis goreng dan diletakkan sambal serta telur puyuh rebus. Coklat jenama kitkat mengeluarkan perisa baharu iaitu Nasi Lemak KitKat. Anda boleh mendapatkan coklat KitKat berperisa nasi lemak untuk masa terhad. 13
Makanan Cina sangat terkenal dan popular di negara ini. Sebabnya mencampurkan buah-buahan, sayur-sayuran, beberapa rempah ratus dan sos dll. Penggunaan teknik Cina yang betul boleh menjadikan hidangan dengan daging dan sayur-sayuran menjadi hidangan yang lazat. Selain itu, masakan Cina juga menunjukkan seni pastri, apabila membuat manisan atau kek, memanggang, mengukus, dan memanggang sering digunakan sebagai ganti menggoreng. Seperti kuih bulan, dim sum dan Yong Tau Foo. Masyarakat Cina mempunyai makanan tradisional yang tersendiri dengan makna dan perlambangan yang tersendiri. Makanan tradisional ini telah diwarisi turun-temurun dalam masyarakat Cina, maka ia tidak akan hilang. Ini bagi memastikan generasi akan datang dapat merasai masakan tradisional etnik masing-masing. Masakan Cina di Malaysia terdiri daripada gaya masakan yang berbeza, terutamanya Hokkien, Hainan, Kantonis, Hakka dan Teochew. Dari masa ke masa, campuran bahan dan makanan dari budaya yang berbeza telah mula muncul, dan banyak perisa yang berbeza telah muncul. DIMSUM 14
DIMSUM PENGENALAN MAKANAN WARISAN KAUM CINA Dimsum merupakan menu makanan tradisional Cina yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di negara kita ini tidak perlu lagi diperkenalkan. Ada banyak bentuk dimsum ini, dan cara pembuatan dimsum bebola cukup rumit dan memerlukan kepakaran yang agak tinggi agar keenakannya yang padat dengan isi dapat dirasa. 15 Dimsum ialah suapan makanan ringan atau hidangan Cina yang merupakan salah satu warisan kulinari khas dari China. Makanan ini biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan ringan yang diperbuat daripada daging, sayur-sayuran, atau makanan laut yang dibalut dengan doh kulit yang nipis. Dimsum sering dihidangkan sebagai hidangan ringan atau snek dan biasanya dihidangkan bersama sos pedas atau masin di restoran Cina atau restoran dimsum.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT DIMSUM 16 KULIT DIMSUM DADA AYAM BAWANG TEPUNG JAGUNG GULA&GARAM SERBUK LADA HITAM LOBAK MERAH MINYAK BIJAN
CARA MEMBUAT DIMSUM 17 1. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan 1/3 air panas, kemudian gaul sehingga menjadi doh dan tidak melekit pada tangan. 2. Campurkan isi ayam, lada sudah, bawang dan cendawan yang dicincang halus. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati. 3. Ambil kulit wantan, kemudian masukkan dan bungkus campuran tersebut. Bentuk kulit wantan seperti cawan di dalam genggaman tangan. Tekan-tekankan isian supaya Dim Sum padat. Kemudian, calitkan telur di atas permukaan Dim Sum. 4. Masukkan Dim Sum ke dalam pengukus. Kukuskan dalam lebih kurang 6 minit - 10 minit. Kemudian buka pengukus tersebut dan keluarkan Dim Sum yang sudah masak dan ia sudah boleh dinikmati.
R U P A D A N R A S A D I M S U M 18 Dim sum disajikan dalam pelbagai variasi. Terdapat tujuh jenis yang popular di Malaysia antaranya adalah Siu Mai yang merupakan pangsit bundar yang berbentuk keranjang. Siu Mai umumnya dihasilakn daripada bungkusan tepung gandum yang nipis yang diisi dengan isi ayam. Selain itu, Har gao atau Hakau yang berbentuk bulan sabit yang berinti daging atau udang. Dim sum bukanlah satu makanan utama, tetapi hanya sebagai hidangan ringan. Dim sum yang mengandungi jenis variasi betuk dan rupa dapat menarik minat orang ramai. Hal ini kerana rupa Dim sum yang menarik, pilihan warna yang ceria. Dim sum juga merupakan makanan yang menyihatkan. Kandungan bahan segar yang premium yang digunakan antaranya adalah isi ayam , udang dan sayuran yang segar membuatkan kita dapat menikmati Dim sum "homemade " yang sungguh memuaskan
EVOLUSI MAKANAN TRADISIONAL CINA “DIMSUM” 19 DIMSUM DIYAKINI BERASAL DARI PRAKTIK MENYAJIKAN MAKANAN KECIL SEBAGAI CEMILAN DI JALAN-JALAN GUANGDONG PADA MASA LALU. AWALNYA, DIMSUM DISAJIKAN SEBAGAI MAKANAN RINGAN YANG DIKONSUMSI OLEH PARA PEKERJA DI PAGI HARI ATAU SEBAGAI CEMILAN DI SIANG HARI. DIMSUM TELAH MENGALAMI PENGARUH DARI BUDAYA DAN MASAKAN LAIN SEIRING BERJALANNYA WAKTU. SELAMA ABAD KE-19, PENGARUH BUDAYA EROPAH MULAI MEMPENGARUHI DIMSUM, YANG MENGARAH PADA ADOPSI TEKNIK MEMASAK BARAT SEPERTI PENGGUNAAN DAGING CINCANG DAN PENGGUNAAN RAGOUT DALAM HIDANGAN. DIMSUM AWALNYA TERDIRI DARI HIDANGAN SEPERTI SIOMAY, BOLA IKAN, DAN PAO (MANTAO), TETAPI SEIRING WAKTU, SEMAKIN BANYAK VARIASI DIMSUM YANG DIKEMBANGKAN. CONTOHNYA TERMASUK HAR GOW (DIMSUM UDANG), SIUMAY (DIMSUM IKAN), CHAR SIU BAO (MANTAO DENGAN DAGING PANGGANG), DAN BANYAK LAGI. PERKEMBANGAN TEKNIK MEMASAK DAN PERALATAN MEMASAK JUGA MEMPENGARUHI EVOLUSI DIMSUM. MISALNYA, PENGGUNAAN PANCI KUKUS MENJADI SANGAT UMUM DALAM MEMASAK DIMSUM, DAN ITU MEMBANTU MENCIPTAKAN TEKSTUR DAN RASA YANG KHAS. DALAM BEBERAPA DEKAD TERAKHIR, DIMSUM TELAH MENDAPATKAN POPULARITAS DI SELURUH DUNIA. RESTORAN DIMSUM DAN WARUNG DIMSUM INTERNASIONAL TELAH MUNCUL DI BERBAGAI NEGARA, DAN VARIASI DIMSUM TELAH DISESUAIKAN DENGAN SELERA DAN KEBIASAAN MAKAN LOKAL. HAL INI MENGARAH PADA ADOPSI ELEMEN-ELEMEN BARU DALAM DIMSUM, TERMASUK PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN NON-TRADISIONAL DAN TEKNIK MEMASAK YANG BERBEZA.
M A K A N A N W A R I S A N K A U M I N D I A Setiap kaum mempunyai makanan warisan yang tersendiri. Masyarakat kaum India juga tidak ketinggalan dalam mewujudkan identiti mereka dalam bentuk makanan. Seperti yang kita sedia maklum, masakan India terkenal disebabkan mereka menggunkan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran dalam masakannya yang menjadikan makanan kaum tersebut unik. Kepercayaan mereka terhadap agama dan budaya India telah mempengaruhi pembetukan masakannya. Masakan India adalah hasil daripada hubungan kebudayaan sub benua yang besar dengan Parsi, Greece kuno, Mongol dan Asia Barat yang menjadikannya gabungan unik dari pelbagai masakan Asia. ROTI CANAI 20
ROTI CANAI PENGENALAN MAKANAN WARISAN KAUM INDIA Kita kaum melayu atau kaum cina tapi minat makanan kaum India .Boleh ke makan ? Mestilah boleh kan kita satu Malaysia .Kesemua makanan warisan kaum india sedap-sedap belaka seperti vadai ,tosai , ayam tandoori dan juga menu yang digemari oleh semua rakyat Malaysia iaitu roti canai .Seperti yang kita tahu roti canai merupakan hidangan yang boleh di nikmati ketika sarapan pagi ,tegahhari ,petang mahupun malam .Kebiasaanya ,roti canai juga boleh dimakan dengan teh tarik atau teh ais .Selain itu ,kuah yang dihidangkan juga iaitu kuah dal ,kuah kari dan kita tidak terpisah juga dengan rasa kepedasan iaitu sambal ikan bilis 21 Kita sudah sedikit sebanyak mengetahui tentang roti canai .Seterusnya ,mari kita mengenali lebih mendalam tentang roti canai .Latar belakang roti canai dalam konteks Bahasa Melayu ialah roti, hasil dari gerak geri penebar roti tersebut dalam membuat roti tersebut. Ia juga ada menyatakan datangnya nama dari bandar Chennai ,India kerana ramai penebar roti berasal dari sana.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT ROTI CANAI 22 TEPUNG GANDUM GULA AIR TELUR PLANTA SUSU PEKAT GARAM
CARA MEMBUAT ROTI CANAI Dalam sebuah mangkuk besar,campurkantepungroti,garam, dangula. Adunrata menggunakansendokatautangan anda. Tambahkanairpanas sedikit-sedikitke dalam campurantepungsambil terus mengaduk. Tujuannya adalahuntuk membentukadunanyanglembut danelastis. Anda mungkintidakperlu menggunakanseluruhjumlahair tergantung pada tekstur tepungyangandagunakan. Setelahadunanterbentuk,keluarkan dari mangkuk danletakkan di ataspermukaanyang ditaburi sedikit tepung. Mulailah menguleni adonanselama sekitar10-15 menit atausampai adonanhalus danlentur. Setelah diulen, letakkanadunankembalike dalam mangkuk dantutup dengankain bersih. Biarkanadonanistirahat selama sekitar1-2 jam agar adonan mengembang. Setelahistirahat, bagi adunan menjadi beberapa bagiankecil (sekitar bola teniskecil). Ambil satu bahagian dan gilas menggunakanrollingpinhingga tipis seperti lembaran. Sapupermukaan dengan margarinatau mentegacair. Ambilujungadunan danlipatkearahtengah,kemudianlipat lagi dari sisi lainsehingga membentuksegitigakecil. Gilas lagihingga tipis. Panaskanperiuk dengansedikit minyakgoreng. Panggangadonanroticanai satuper satu di atas denganapi sedang-tinggi. Balikroticanai jika sudahkecokelatan di satusisi dan masakhinggakedua sisinyakecokelatan. Angkat roticanai dari wajan danletakkan di ataspiring. Ulangi langkah 6-7 untukadonanyanglain. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 23
RUPA DAN RASA ROTI CANAI RUPA Roti canai biasanya memiliki bentuk bundar atau oval tipis. Ukurannya cukup besar dan tipis seperti lembaran. Permukaannya berwarna kecokelatan atau kekuningan karena dipanggang di atas wajan dengan minyak. Roti canai mempunyai lapisan yang renyah di luar dan serat-serat yang terlihat di dalamnya akibat proses pengulenan dan lipatan yang dilakukan saat pembuatan. RASA Roti canai sedikit garing di luar Bahagian luar roti canai memiliki tekstur yang berminyak sedikit Di dalamnya, roti canai lembut dan berongga-ongga. Rasa roti canai yang sederhana dan netral membuatnya menjadi pasangan yang cocok untuk hidangan kuah kari atau hidangan pendamping lainnya. 24
EVOLUSI MAKANAN TRADISIONAL INDIA “ROTI CANAI” ROTI CANAI SARANG BURUNG ROTI CANAI SARDIN ROTI CANAI TSUNAMI Hidanganutamayang berasaskangandum merupakan bahanutama danpenghasilannya menjadi sebuahjuadahyang mampu menghubungkanantara budaya dan bangsa. Cita rasa bagiRoticanai telahterpahat di beberapa buahnegara iaituindonesia, brunei, singapura, myanmar, thailand danterutamanya malaysia. roticanai ini telah diletakkansebagai hidangantradisiutama sepertinasi lemak. juadahroticanai ini sentiasa dihidangkan bersamakual dal,kari, sambal bilis danada juga dihidangkan bersama susupekat. 25 kombinasi antara roti canai bersama daging cincang merupakan satu kombinasi yang sangat enak bila dimakan bersama beserta dengan telur mata. Ia juga dihiasi dengan beberapa potongan daun bawang di atas roti canai tersebut, Kandungan rot canai tsunami ini merupakan roti banjir yang ditambah dengan dua biji telur separuh masak dan disirami juga dengankual dhal yang bercampur sekali dengan sambal ikan bilis. Dengan penambahan semua bahan, ia akan menambahkan selera lagi kepada pelanggan Roti canai sardin ini merupakan satu kelainan dari roti lain dimana isi roti tersebut mengandungi sardin. Ia juga dihidangkan sekali bersama kuah dal dan sambal ikan bilis. Dengan ada nya isi sardin ini, ia akan menambahkan lagi cita rasa terhadap makanan tersebut.
KESIMPULAN 26 Masyarakat Malaysia mempunyai latar belakang yang berbeza serta penduduknya yang pelbagai, iaitu Melayu, Cina, dan India, masingmasing mempunyai tradisi budaya mereka sendiri. Satu perkara yang menyatukan semua kaum ialah kecintaan mereka terhadap makanan tradisional. Kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia mampu untuk merapatkan lagi hubungan dan mengeratkan perpaduan antara kaum yang berbeza. Setiap kaum mempunyai hidangan istimewa mereka sendiri dan apabila mereka berkumpul untuk sesuatu acara atau perayaan, mereka semua akan berkongsi makanan mereka. Kepelbagaian pilihan makanan antara kaum di Malaysia berperanan bagi mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat majmuk. Kesan makanan tradisional terhadap hubungan kaum sering dilihat dari perspektif yang sempit, tetapi pada hakikatnya, kepelbagaiannya boleh mendekatkan manusia. Pelbagai makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia boleh memberi impak yang besar kepada keharmonian dan perpaduan di negara ini. Melalui makanan inilah rakyat Malaysia dapat mendalami pemahaman dan penghayatan mereka terhadap warisan budaya pelbagai kaum. Setiap jenis makanan tradisional mempunyai keistimewaan tersendiri yang mampu menarik minat orang ramai untuk mencuba dan merasainya, mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan cara ini, kepelbagaian makanan tradisional di Malaysia menyumbang kepada tahap persefahaman dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
RUJUKAN 27 1. Nairazi2u. ( May 26, 2021). Sejarah Roti Canai dan Asal Usul. Roti Canai Dillah Manir. https://roticanaidillahmanir.wordpress.com/2021/05/26/sejara h-roti-canai-dan-asal-usul/ 2. Azrene Jasmine. (February 8, 2018). Nasib Si Nasi Lemak : Pelik, Aneh atau Inovatif. Butterkicap. https://www.butterkicap.com/open-house/nasib-si-nasi-lemak 3. Wikimedia Foundation. (2023, March 26). Masakan India. Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Masakan_India 4. Masak, D., & Masak, D. (2021, June 25). Resepi Dim Sum Homemade Yang Mudah Dibuat Dirumah, Dijamin Bersih Dan Halal! Daily Masak. https://dailymasak.com/hi-tea/resepi-dimsum-homemade-yang-mudah-dibuat-dirumah-dijamin-bersihdan-halal.html 5. Wikimedia Foundation. (2023, June 6). Roti Canai. Wikipedia. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Roti_canai 6. Sejarah roti canai dan asal usul. (2021, May 26). Sejarah Roti Canai Dan Asal Usul – Roti Canai Dillah Manir. https://roticanaidillahmanir.wordpress.com/2021/05/26/sejara h-roti-canai-dan-asal-usul/ 7. U., & complete profile, V. M. (2012, October 10). Pengenalan sejarah Makanan Tradisional di Malaysia. MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA: Pengenalan Sejarah Makanan Tradisional Di Malaysia. http://cikguchoonmoi.blogspot.com/2012/10/pengenalansejarah-makanan-tradisional.html
TERIMA KASIH 26