The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEM 2 BAB 3 KESEIMBANGAN PENDAPATAN DAN DASAR FISKAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgutang, 2021-07-08 07:28:38

LOMPANG DEFLASI LOMPANG INFLASI DAN PENGIRAAN

SEM 2 BAB 3 KESEIMBANGAN PENDAPATAN DAN DASAR FISKAL

Keywords: LOMPANG DEFLASI INFLASI

Lompang Deflasi (LD)

Lompang deflasi merupakan kekurangan perbelanjaan agregat untuk mencapai

perbelanjaan agregat pada tingkat guna tenaga penuh. Lompang inflasi berlaku apabila

perbelanjaan agregat sebenar (AE0) lebih rendah daripada perbelanjaan agregat

potensi (AEf)

Rumus lompang deflasi:

LD= Jurang KNK dengan Jurang KNK = Yf- Ye

Pengganda

Pengganda = 1 atau 1

1- MPC MPS

Alat dasar fiskal yang digunakan ialah:
•Meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G)

Rumus:
LD= Jurang KNK

Pengganda

dengan Jurang KNK = Yf- Ye

Pengganda = 1

1- MPC

•Menurunkan cukai (T)
•Turunkan T sebesar: MPC ( T)
Rumus untuk mengira penurunan T ialah:
F1 LD = -MPC ( T) atau
F2 T = Jurang KNK

Pengganda cukai

dengan
Pengganda cukai = -MPC

MPS

CONTOH
Mengira lompang deflasi dan bagaimana dasar fiskal mengatasi pengangguran
Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara AE-Y. Ye ialah
keseimbangan pendapatan negara sebenar AEF ialah perbelanjaan agregat potensi
sebuah ekonomi.

http://www.youtube.com/c/CikguTang

AE (RM juta) Y=AE
AEF
E0
Ef
AE0= 100+ 0.8Y

45° 750 Pendapatan negara
0 (RM juta)

Ye

(a) Hitung keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi ini.
(b) Hitung jurang KNK.
(c) Hitung lompang deflasi.
(d) Hitung jumlah perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk mengatasi lompang

deflasi.
(e) Hitung jumlah cukai yang diperlukan untuk mengatasi lompang deflasi.
(f) Sekiranya kerajaan menaikkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai secara

serentak, berapakah kenaikan jumlah perbelanjaan kerajaan dan cukai yang
diperlukan untuk menutup lompang deflasi?

Penyelesaian Masalah
(a) Y = 100+ 0.8 Y
Y- 0.8 Y = 100
0.2 Y = 100

http://www.youtube.com/c/CikguTang

Y = 100 / 0.2

Y = RM500 juta

Oleh itu, Ye = RM500 juta

Keseimbangan pendapatan negara (Y) ialah RM500 juta.

(b) Jurang KNK = Yf - Ye

= RM(750 – 500)

= RM250 juta

(c) LD= Jurang KNK Pengganda = 1

Pengganda 1 - MPC

= RM250 juta =1
5 1-0.8

= RM50 juta =5

Lompang deflasi ialah RM50 juta.
(d) Meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebesar LD, iaitu sebanyak RM50 juta.

(e) Menurunkan cukai sebanyak
LD = -MPC( T)
RM50 juta = -0.8( T)

RM50 juta = T
-0.8
-RM62.5 juta = T

atau Pengganda cukai = -MPC
T = Jurang KNK MPS
= -0.8
Pengganda cukai 0.2
= RM250 juta
=-4
-4

= -RM62.5 juta

Menurunkan cukai sebanyak RM62.5 juta menyebabkan naik sebanyak lompang
deflasi, iaitu -0.8 (-RM62.5 juta) = RM50 juta.

(f) Menaikkan G dan T secara serentak

AE bersih = G - MPC( T)
AE bersih ialah LD sebanyak RM50 juta Oleh sebab G = T

Maka, AE bersih = G - MPC( T)
LD = G - MPC( G)

http://www.youtube.com/c/CikguTang

RM50 juta = G - 0.8( G)
RM50 juta = G(1 – 0.8)
RM50 juta = 0.2 G
RM50 juta = G

0.2

RM250 juta = G
Oleh itu, meningkatkan G sebanyak RM250 juta dan meningkatkan T sebanyak RM250
juta, menyebabkan LD sebanyak RM50 juta dapat ditutup. Buktinya:
AE bersih = G - MPC( T)
LD = RM250 juta - 0.8(RM250 juta)
LD= RM(250 – 200) juta
LD = RM50 juta

Lompang Inflasi (LI)
Lompang inflasi merupakan lebihan perbelanjaan agregat yang berlaku pada tingkat
guna tenaga penuh. Lompang inflasi berlaku apabila perbelanjaan agregat sebenar
(AE0) lebih tinggi daripada perbelanjaan agregat potensi (AEf)
Rumus lompang inflasi:
LI= Jurang KNK dengan Jurang KNK = Yf- Ye

Pengganda

Pengganda = 1 atau 1

1- MPC MPS

Alat dasar fiskal yang digunakan ialah:

(a) Menurunkan perbelanjaan kerajaan (G)

Rumus:

LI= Jurang KNK

Pengganda

dengan Jurang KNK = Yf- Ye

Pengganda = 1

1- MPC

(b) Meningkatkan cukai (T)
(i) Turunkan T sebesar: MPC ( T)
Rumus untuk mengira peningkatan T ialah:
F1 LI = -MPC ( T) atau
F2 T = Jurang KNK
Pengganda cukai
dengan
Pengganda cukai = -MPC
MPS

http://www.youtube.com/c/CikguTang

CONTOH
Mengira lompang inflasi dan bagaimana dasar fiskal mengatasi pengangguran

Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.
YF ialah keseimbangan pendapatan negara potensi dan AE0 ialah perbelanjaan agregat
sebenar.

AE (RM juta)

Y=AE

AE0= 150+ 0.8Y

E0

AEF
Ef

45° Ye Pendapatan negara
0 (RM juta)

500

(a) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan.
(b) Adakah ekonomi ini mengalami lompang deflasi atau lompang inflasi?

Jelaskan.
(c) Hitung jurang KNK.
(d) Hitung:

(i) jumlah perbelanjaan kerajaan

http://www.youtube.com/c/CikguTang

(ii) jumlah cukai yang diperlukan untuk mengatasi mengatasi masalah tersebut.
(e) Sekiranya kerajaan menurunkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai
secara serentak, berapakah penurunan jumlah perbelanjaan kerajaan dan cukai yang
diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut?

Penyelesaian Masalah

(a) Pendapatan negara pada tingkat keseimbangan:

Y = 150 + 0.8 Y
Y-0.8 Y = 150
0.2 Y = 150

Y =150
0.2

Y = 750
Pendapatan negara pada tingkat keseimbangan (Ye) ialah RM750 juta.

(b) Ekonomi ini mengalami lompang inflasi kerana pendapatan negara sebenar
(Y0) melebihi pendapatan negara potensi (Yf).

(c) Jurang KNK = Yf - Ye
= RM500 juta - RM750 juta
= -RM250 juta

(d) (i) Turunkan perbelanjaan kerajaan sebanyak lompang inflasi:

LI = Yf - Ye Pengganda = 1
Pengganda 1 - MPC

=500 - 750 =1

5 1-0.8

= -250 =5
5

= - RM50 juta

Perbelanjaan kerajaan perlu turun sebanyak RM50 juta.

(ii) Naikkan cukai sebanyak: LI = -MPC( T) atau Yf - Ye
Pengganda cukai

LI = -MPC( T)

-50 = -0.8( T)
-50 = T
-0.8

http://www.youtube.com/c/CikguTang

RM62.5 juta = T
Cukai perlu dinaikkan sebanyak RM62.5 juta supaya C turun sebanyak lompang inflasi,
iaitu -0.8(RM62.5 juta) = -RM50 juta.

atau

T = Yf - Ye Pengganda cukai= -MPC

Pengganda cukai MPS

= -250 =-0.8

-4 0.2

=RM62.5 juta =-4

Cukai perlu dinaikkan sebanyak RM62.5 juta.
(e) Menurunkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai secara serentak

AE bersih = G - MPC( T)

AE bersih ialah LI sebanyak RM50 juta

G = T

Oleh itu,
AE bersih = G - MPC( T)

LI = G - MPC( G)

-RM50 juta = G - 0.8( G)
-RM50 juta = G(1 – 0.8)
-RM50 juta = 0.2 G
-RM50 juta = G

0.2

-RM250 juta = G

Oleh itu, menurunkan G sebanyak RM250 juta dan turunkan T sebanyak RM250 juta,
menyebabkan LI sebanyak RM50 juta dapat ditutup. Buktinya:
AE bersih = G - MPC( T)
LI = -RM250 juta - 0.8(-RM250 juta)
LI = -RM250 juta - (-RM200 juta)

LI = -RM50 juta

http://www.youtube.com/c/CikguTang


Click to View FlipBook Version