Page | 1 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025
Page | 2 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. KATA ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI 3 2. KATA ALUAN TUAN GURU BESAR 4 3. SURAT PELANTIKAN TUGAS 2023/2024 5 4. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 6 5. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025 7-8 6. ANJAKAN PPPM 9-10 7. PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS 25 11-13 8. NILAI DAN ETIKA KERJA 14-15 9. VISI DAN MISI JPN 16 10. HALATUJU SEKOLAH 17 11. PIAGAM PELANGGAN 18 12. LAGU SEKOLAH 19 13. RUKUN NEGARA, IKRAR SEKOLAH 20 14. COGAN KATA DAN LENCANA SEKOLAH 21 15. FOKUS DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN 22-23 16. PELAN BANGUNAN SEKOLAH 23 17. PELAN KEBAKARAN SEKOLAH 23 18. PERATURAN SEKOLAH 24-33 19. ETIKA PROFESION KEGURUAN 34-35 20. PENGGAL PERSEKOLAHAN 2023/2024 36 21. KALENDAR 2023/2024 37 22. HARI KELEPASAN AM DAN CUTI UMUM NEGERI JOHOR 38 23. SURAT AKU JANJI 39 24. SURAT PEKELILING 40 25. SENARAI NAMA GURU 41-44 26. SENARAI NAMA STAF 44 27. ENROLMEN GURU, STAF DAN PEKERJA SWASTA 45 28. PENGURUSAN PENTADBIRAN 46-47 29. PENGURUSAN KURIKULUM 49 30. JADUAL PEMANTAUAN 61-64 31. PENGURUSAN HEM 66 32. JADUAL GURU BERTUGAS 77-79 33. PENGURUSAN KOKURIKULUM 81 34. TAKWIM PENGURUSAN 133
Page | 3 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Kota Tinggi Mengungguli, Sehati Memperkasa Bangsa Pertama-tamanya ingin saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana pihak sekolah berjaya menghasikan Panduan Pengurusan Sekolah Tahun 2024/2025. Semoga niat dan keikhlasan tuan-tuan dan puanpuan untuk berkongsi ilmu sefahaman dalam bidang tugas semua pihak demi kemaslahatan dan kesejahteraan bersama, khususnya dalam membangunkan kecemerlangan pendidikan di sekolah akan terus diberkati. Saya penuh yakin dan percaya bahawa Panduan Pengurusan Sekolah Tahun 2024/2025 ini diterbitkan bagi memenuhi keperluan khusus untuk warga sekolah ini. Semua warga sekolah diharapkan dapat memanfaatkan panduan ini sebagai rujukan sepanjang masa dalam aspek memahami bidang tugas serta kerja buat yang telah digariskan berfokuskan hala tuju sekolah dalam mengupayakan Sekolah Berkualiti dan Kemerjadian Murid yang autentik. Hal ini juga diyakini selari dengan aspirasi yang dihasratkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan seiring dengan hasrat yang diwartakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi pihak warga Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah atas usaha serta komitmen pihak sekolah dalam menyediakan penerbitan Panduan Pengurusan Sekolah Tahun 2024/2025 dengan jayanya. Manfaatkan dan jadikanlah panduan ini sebagai titik tolak dan pemangkin dalam bidang pengurusan dan pelaksanaan tugas yang lebih terancang, sistematik serta berimpak tinggi. Akhir kata, “Mulakan dengan perkara yang baik, teruskan berbuat baik, untuk menikmati hasil yang terbaik”. Semoga usaha murni yang berterusan ini dapat dikekalkan dari semasa ke semasa demi kecermerlangan pendidikan negara Malaysia. Sekian, selamat menjalankan tugas dan terima kasih. (HAJI MOHAMAD FADIL BIN ISHAK) Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI
Page | 4 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SK TUNJUK LAUT KOTA TINGGI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Tremendous SKTL. Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana di atas limpah kurniaNya, kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus berada di SK Tunjuk Laut Kota Tinggi untuk berkongsi ilmu, menabur khidmat bakti, menyumbang idea dan tenaga demi kelangsungan kemajuan pendidikan. Saya juga ingin merakamkan ucapan “Selamat Kembali Ke Sekolah bagi Sesi 2024/25 dan tahniah atas segala kecemerlangan tahun 2023 kepada semua warga sekolah yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab walaupun kita berhadapan dengan pelbagai cabaran. Segala khidmat dan usaha yang telah diberikan sehingga menghasilkan kejayaan yang cemerlang di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan adalah menjadi kebanggaan bersama yang amat saya hargai. Bertepatan dengan konsep Sekolah Aspirasi Johor, pada tahun 2024/25 ini, pihak pentadbir telah membuat penambahbaikan dalam format pengurusan dan pembahagian tugas jawatankuasa di semua unit mengikut Standard Kualiti Pendidikan @ Sekolah. Adalah diharapkan semua guru dan warga sekolah dapat melaksanakan tugasan dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan keikhlasan yang tinggi dalam melaksanakan Program Aspirasi Johor bagi meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah, prestasi guru-guru, kejayaan akademik dan kemenjadian murid. Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, semua guru dikehendaki memantapkan diri dengan menguasai ilmu berasaskan teknologi bertepatan dengan era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Semua guru juga mesti terus menghayati falsafah dan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah memasuki gelombang ketiga, memperkukuhkan pendekatan Pendidikan Abad ke-21 dan meningkatkan amalan KBAT (7 elemen), selain dapat memantapkan penguasaan pentaksiran bilik darjah. Semua guru mesti terus menghayati sepenuhnya ke semua elemen dalam PPPM iaitu 11 Anjakan, 9 Bidang Keutamaan, 5 Aspirasi Sistem dan 6 Aspirasi Murid. Dalam merealisasikan matlamat Sekolah Aspirasi Johor, kemenjadian murid secara holistik menerusi keupayaan murid untuk melaksanakan pentaksiran pusat, pentaksiran bilik darjah, PAJSK dan kemahiran Psikometrik. Murid yang cemerlang ialah murid yang dapat memenuhi semua kriteria pentaksiran menerusi pencapaian terbaik di dalam dan di luar bilik darjah. Akhir kata, saya berharap guru-guru dapat merujuk kepada bahan Malaysian School Governance (MySg) yang diterbitkan oleh KPM sebagai sumber panduan terhadap tugas guru di sekolah. Semoga sesi persekolahan tahun 2024/25 dapat dilaksanakan dengan sempurna dan seiring dengan azam serta tekad kita semua bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme yang menuntut guru menyesuaikan diri dengan cabaran dalam sistem pendidikan masakini. Kesungguhan ini dapat diterjemahkan menerusi kejayaan cemerlang dalam akademik, serta kejayaan dalam kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin sepanjang tahun 2024/25. Sekian, terima kasih. ( SALIMI BIN JUMADI ) Guru Besar, SK Tunjuk Laut, Kota Tinggi, Johor. KATA ALU-ALUAN TUAN GURU BESAR
Page | 5 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 SEKOLAH KEBANGSAAN TUNJUK LAUT PETI SURAT 116, LADANG PASIR PANJANG 81900 KOTA TINGGI NO.TEL : 011-10897004 JOHOR DARUL TAKZIM. 019-7845969 JBA 3054 [email protected] __________________________________________________________________________________ Ruj Tuan : Ruj. Kami : SKTL.100-6/1/1( ) Tarikh : 3 Mac 2024 Semua Guru ( PPP ), Semua Staf Sokongan, SK Tunjuk Laut. Tuan, SURAT PELANTIKAN TUGAS 2024/2025 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan dilantik menjalankan tugas-tugas seperti yang tersenarai dalam Buku Pengurusan 2024/2025. Tuan juga diminta menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. 3. Semoga tuan dapat melaksanakan semua tugas yang diamanahkan dengan berkesan dan penuh tanggungjawab demi kemajuan pelajar dan sekolah. Sekian. ”MALAYSIA MADANI” ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (SALIMI BIN JUMADI) Guru Besar, SK Tunjuk Laut, Kota Tinggi, Johor. SURAT PERLANTIKAN TUGAS
Page | 6 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan Warga Negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan Negara. Kurikulum Kebangsaan adalah satu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan kemahiran, norma, nilai, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia. MATLAMAT PENDIDIKAN. ➢ Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ➢ Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. ➢ Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara ➢ Memberikan peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KURIKULUM KEBANGSAAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Page | 7 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 ➢ Dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan Negara dan dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi. ➢ Dokumen penting kea rah bergerak ke hadapan menerusi pendekatan secara inklusif dan komited melalui transformasi pembelajaran. ➢ Lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak dan merupakan rangka yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh serta mencakupi semua lapisan masyarakat. ➢ PPPM berhasrat mencapai lima keberhasilan bgi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. ➢ Selain keberhasilan system, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid dengan mempunyai enam cirri utama mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. TRANSFORMASI YANG DILAKSANAKAN DISUSUN DALAM TIGA GELOMBANG IAITU:- 1. Gelombang 1 (2113-2115); Mengubah sistem dengan member sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. 2. Gelombang 2 (2116-2021); Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem. 3. Gelombang 3 (2021-2125); Beranjak kearah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
Page | 8 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025
Page | 9 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025
Page | 10 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Page | 11 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Page | 12 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025
Page | 13 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 PEMIKIRAN KRITIS Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keaadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut PEMIKIRAN KREATIF Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai. Komponen pemikiran kreatif juga termasuk kebolehan seseorang berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah. KOLABORASI Kolaborasi adalahsatu proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diiginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Pendek kata, kolaborasi merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan dua atau sekelompok individu dalam melengkapkan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu permasalahan PERWATAKAN Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsipprinsip kekuatan moral dan integriti. Perwatakan yang baik adalah perkara yang paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang kerana ia mencermin jati diri dan sahsiah peribadi KOMUNIKASI Kemahiran Komunikasi adalah penting dalam proses Penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak. Dengan adanya kemahiran Komunikasi yang berkesan, perkongsian maklumat menjadi lebih mudah dan afektif KEMAHIRAN PAK-21
Page | 14 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 ❖ Niat yang betul ❖ Perlakuan yang betul ❖ Penggerak kearah kebaikan ❖ Memperkotakan apa yang dilakukan ❖ Disiplin dan beradab ❖ Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha ❖ Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan ❖ Bekerja dengan penuh tanggungjawab ❖ Berusaha mengikis sikap mementingkan diri ❖ Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan ❖ Bekerja kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara ❖ Bekerjasama dalam membanteras kelemahan musuh Negara ❖ Berpegang teguh kepada ajaran agama TERAS ETIKA PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PRINSIP ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Page | 15 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 Nilai Islam (1985) yang bersifat universal. 1. Kejujuran ( Honesty) 6. Kemaafan ( Forgiveness 2. Keadilan ( Justice) 7. Kesabaran ( Patience) 3. Kebenaran (Veracity) 8. Ketenteraman (Peacefulness ) 4. Keberanian (Courage ) 9. Senang didekati (Accessibility ) 5. Kesopanan ( Politeness ) 10. Belas kasihan / simpati ( Sympathy) Nilai-Nilai Kualiti:- 1. Integriti 6. Bekerjasama 2. Profesionalisme 7. Kreativiti dan inovasi 3. Kejujuran intelektual 8. Berorientasikan pelanggan 4. Neutraliti 9. Pengurusan diri 5. Kepimpinan 10. Pemajuan diri Nilai utama bersumberkan kepada prinsip dinyatakan dalam Rukun Negara, Perintah Am Bab D, Kempen Bersih, Cekap dan Amanah serta kepimpinan Melalui Teladan. 1. Taat setia 6. Adil dan Saksama 2. Amanah, bersih dan jujur 7. Prestasi cemerlang dan berkualiti 3. Bertanggung jawab 8. Perkhidmatan ramah mesra 4. Berkecuali 9. Sikap berjimat cermat 5. Ketepatan masa 10. Nilai tambah ( positif, responsive, berdaya cipta ) Nilai dan Etika Sekolah :- 1. Berkerjasama 2. Hormat-menghormati 3. Bertanggungjawab 4. Kesabaran NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
Page | 16 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 VISI DAN MISI VISI KPM MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA. MISI KPM
Page | 17 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 HALATUJU SEKOLAH
Page | 18 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 Kami warga SK Tunjuk Laut dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk : ❖ Memastikan iklim sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran serta merangsangkan cinta dan minat terhadap sekolah. ❖ Memastikan semua murid mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru bermula. ❖ Memastikan wujudnya budaya sekolah penyayang yang mana murid dan kakitangan badan sekolah dapat memahami dan menghayati serta mendukung norma, wawasan dan misi sekolah berkesan. ❖ Memastikan kami dapat memupuk perpaduan serta meningkatkan disiplin dan keyakinan diri serta menggalakkan interaksi sosial yang sihat dan harmonis dalam kalangan murid dan guru. ❖ Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan murid, masyarakat, PPD, JPN, KPM dan negara. ❖ Memberi layanan yang mesra dan adil kepada murid, ibu bapa dan masyarakat melalui perkhidmatan yang cekap, tindakan segera dan berterusan. ❖ Memastikan semua murid tahap 2 menyertai aktiviti kokurikulum serta menguasai kemahiran dalam PAJSK. ❖ Memastikan semua guru melepasi 5 hari latihan dalam setahun dan mendapat markah kredit 42 mata dalam SPLKPM. ❖ Memastikan suasana bilik guru dalam keadaan yang kondusif serta ceria. ❖ Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada pihak-pihak yang berkenaan. PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Page | 19 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 Harum wangi Oh namamu SKTL sekolahku Muridnya giat maju Untuk tingkatkan ilmu SKTL yang tercinta Namamu yang kupuja Kami berikrar dan bersedia Menjunjung wawasan mulia Berilmu beramal dan berbakti Menjadi pegangan kami Terus berusaha dan berdikari Mencapai jaya diri Maju terus maju sekolahku Lahirkan generasi berilmu Bersama-sama berganding bahu Menuju ke alaf baru LAGU SEKOLAH
Page | 20 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 KAMI, PELAJAR-PELAJAR SK TUNJUK LAUT, DENGAN INI, BERIKRAR DAN BERJANJI, AKAN BERUSAHA, DENGAN SEDAYA UPAYA KAMI UNTUK, BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH, MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH, TAAT KEPADA IBU BAPA DAN GURU-GURU. IKRAR MURID RUKUN NEGARA
Page | 21 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 Cogan kata SK Tunjuk Laut ialah : “Ilmu, Amal, Bakti” Keterangannya : Ilmu bermakna pengetahuan dalam perkara dunia dan akhirat. Ilmu merupakan hal yang dituntut untuk mencari pengetahuan dan kepandaian. Amal bermakna perkara yang dilakukan, perbuatan atau pekerjaan yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Bakti bermakna perbuatan baik untuk memberikan jasa dan setia kepada sesuatu sebagai tanda bakti. Warga SK Tunjuk Laut digerakkan dan diberi rangsangan untuk merealisasikan wawasan negara menjelang tahun 2021. Sebagai anak wawasan, golongan ini seharusnya diberikan pendidikan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani dalam membentuk insan yang kamil. KETERANGAN : WARNA Merah, Biru, Kuning dan Putih melambangkan warna-warna bendera Malaysia. LAMBANG : Keris : Melambangkan daerah Kota Tinggi adalah satu daerah yang penuh dengan sejarah Melayu. Buku : Melambangkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Bulatan : Tiga bulatan bercantum melambangkan aktiviti kegiatan kokurikulum. Jalur-jalur: Melambangkan keadaan persekitaran sekolah. COGAN KATA SEKOLAH LENCANA SEKOLAH
Page | 22 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 KECEMERLANGAN MURID Untuk mencapai sasaran misi sekolah, setiap guru harus peka terhadap perkaraperkara berikut: 1.1 Sikap Guru a. Guru harus sentiasa mempertingkatkan diri dalam penguasaan pelbagai cabang dan bidang ilmu mengikut perkembangan dan keperluan semasa. b. Guru harus mempunyai anggapan bahawa setiap murid itu mempunyai potensi untuk berjaya dalam banyak bidang dan terpulanglah kepada guru untuk mengolahkan dan menyelesaikannya. c. Kita harus mengetahui bahawa betapa berpengaruhnya kuasa kurikulum tersirat ( hidden curriculum ). i. Apa yang guru lakukan memberikan impak kepada muridmurid. ii. Nilai-nilai murni perlu ditanamkan dengan serius dan berterusan sepanjang masa. d. Semua murid berhak untuk dikenali (“dilihat”) dan menjadi sebahagian daripada proses pendidikan. 1.2 Kemahiran Guru a. Guru perlu menjadi “pakar” bukan sahaja didalam opsyen mereka semata-mata, malah pakar menjadikan murid-murid kita “leaners fos life”. b. Guru perlu sentiasa mengamalkan TQM – Sentiasa mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk menyampaikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara berkesan dan mencapai objektifnya. Oleh itu, kita perlu memperbetulkan, memperbaiki dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contoh : i. Teknik bahasa merentasi kurikulum. ii. Teknik PdP “cooperative”. iii. Teknik berasaskan “research”. iv. Teknik putar ajar : uji semula – PdP – uji semula – uji semula. v. Teknik “ peer- group”. vi. Teknik rangsangan persekitaran. ( Penggunaan ABM yang menarik ). FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN
Page | 23 BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 1.3 Pendekatan Profesional Guru-guru perlu peka bahawa ada pelbagai faktor yang memberi impak kepada pembelajaran. Antaranya ialah: a. Iklim ( suasana yang “supportive” iaitu pujian untuk kejayaan). b. Pengurusan. i. Memahami matlamat sekolah. ii. Mengetahui sistem displin dan kaunseling. iii. Menepati masa. iv. Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan. c. Menyertai atau menjalankan ke semua program sekolah iaitu menjalankan ke semua aktiviti ko-kurikulum dengan bermatlamatkan kejayaan cemerlang. d. Diri. i. Cara berpakaian yang kemas dan lengkap dari segi kasut, tanda nama, aksesori tambahan dan lain-lain lagi. ii. Gaya berkomunikasi dari segi bahasa ilmu, terang dan mudah difahami, tiada slanga, lembut dan tiada “labelling”. e. Kerahsiaan. Segala maklumat yang dibincangkan dengan pihak pengurusan sekolah adalah ditakrifkan sebagai bahan RAHSIA dan perbincangan secara terbuka tidak dibenarkan ditempat terbuka seperti di kantin, tempat letak kenderaan, tempat menunggu dan semasa rehat dalam kawasan sekolah dan juga kepada yang tidak berkenaan. f. Jadual Penyeliaan Pengurusan. Penyeliaan atau pemantauan PdP, penyeliaan buku rampaian atau latihan dijalankan terhadap semua guru oleh pihak pentadbir dan ketuaketua panitia. Penyeliaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pentadbir.
23 | i l m u a m a l b a k t i BUKU PENGURUSAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) TAHUN 2024/2025 PELAN BANGUNAN 2024/2025 SK TUNJUK LAUT, KOTA TINGGI, JOHOR 1 IBNU RUSYD RUSD BILIK MUZIK 2 IBNU SINA 3 IBKHA4 IBNU BATUTAH 5 IBNHAITHA
BNU LDUN BILIK STUDIO NU AM 6 IBNU HAYYAN
23 | i l m u a m a l b a k t i BUKU PENGURUSAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) TAHUN 2024/2025 PELAN KEBAKARAN 2024/2SK TUNJUK LAUT, KOTA TING1 IBNU RUSYD 2 IBNSIN4 IBNUBATUTA
2025 GGI, JOHOR NU A 3 IBNU KHALDUN BILIK STUDIO U AH 5 IBNU HAITHAM 6 IBNU HAYYAN
24 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 1. WAKTU PERSEKOLAHAN 1.1 Semua guru dianggap mahir menggunakan jam dan menguruskan waktu. 1.2 Guru-guru perlu hadir ke sekolah selewat-lewatnya 15 minit sebelum waktu PdP pertama setiap hari persekolahan. 1.3 Guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan pagi setiap hari untuk : a. Menyampaikan maklumat terkini. b. Tindakan-tindakan displin. c. Memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid-murid. 2. KEHADIRAN 2.1 Semua guru mestilah hadir 15 minit awal pada masa yang ditetapkan untuk bertugas waktu sekolah dan juga pada waktu aktiviti ko-kurikulum dijalankan. Semua guru wajib hadir dalam semua upacara rasmi sekolah. 3. BUKU KEDATANGAN SEKOLAH 3.1 Setiap guru perlu menandatangani Buku Kehadiran Sekolah sebaik sahaja hadir di sekolah dan sewaktu pulang. 3.2 Guru yang tidak menandatangani Buku Kehadiran Sekolah adalah dianggap tidak hadir ke sekolah. 3.3 Guru yang tidak mencatatkan masa meninggalkan sekolah ( balik ) dianggap guru itu masih berada di sekolah. 3.4 Seseorang guru yang tidak hadir bertugas mestilah menghubungi dan memaklumkan kepada Tuan Guru Besar atau GPK dan menyatakan sebab ketidakhadiran bertugas. 4. PERHIMPUNAN 4.1 Semua guru dan murid-murid WAJIB hadir perhimpunan rasmi mingguan yang mana merupakan salah satu waktu yang telah diperuntukan dalam waktu PdP. Ianya dijalankan pada setiap hari Ahad waktu pertama PdP. Sekiranya guru tidak dapat hadir bersama, sila maklumkan kepada Tuan Guru Besar. 4.2 Perhimpunan sekolah dijalankan oleh guru bertugas mingguan dan juga pengawas bertugas. 5. JADUAL BERTUGAS 5.1 Semua guru perlu mengikuti jadual PdP, jadual Ko-Kurikulum dan Jadual Guru Bertugas Mingguan serta jadual program-program sekolah yang lain. 6. JADUAL WAKTU 6.1 Semua guru perlu mematuhi jadual waktu PdP yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan sila maklumkan dan berbincang dengan Tuan Guru Besar ataupun GPK 1. PERATURAN SEKOLAH
25 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 7. JADUAL WAKTU RELIEF / JADUAL WAKTU GURU GANTI 7.1 Guru dikehendaki mematuhi jadual guru ganti dan berada dikelas sebagaimana yang diarahkan oleh Tuan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1. 7.2 Jadual Relief / Jadual guru ganti adalah dianggap sebagai waktu kerja atau mengajar dan menjalankan tugas dan proses PdP jika bertugas di kelas yang guru berkenaan mengajar sesuatu mata pelajaran. 7.3 Jika guru diarahkan mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru bercuti, guru berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut. Proses PdP perlulah direkodkan didalam Buku Persediaan Mengajar ataupun Fail Persediaan Mengajar. 8. JADUAL PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN 8.1 Penyeliaan atau pemantauan PdP, Penyeliaan Buku Rampaian atau Buku Latihan dijalankan kepada semua guru oleh pihak pentadbir ataupun ketua-ketua panitia. Pemantauan dan penyeliaan ini mengikut jadual yang telah ditetapkan. 9. GURU KELAS 9.1 Guru kelas perlulah memastikan segala resit-resit bayaran yang telah digunakan ataupun belum digunakan hendaklah dikembalikan ke pejabat sekolah sebaik sahaja kutipan dilakukan ataupun selewat-lewatnya akhir bulan Mac mengikut mana yang terdahulu. 9.2 Guru kelas ataupun guru yang mengajar adalah orang yang paling tepat untuk mendisplinkan murid-murid didalam kelasnya. 9.3 Guru perlu mengetahui latar belakang murid-murid, kemampuan serta masalah yang mereka hadapi. 9.4 Guru perlu cuba rapati anak didik mereka dan terangkan kepada mereka dengan baik berkaitan polisi sekolah agar mereka dapat memahami dan menjadi penyokong terhadap polisi tersebut. 9.5 Guru mesti melaporkan masalah murid kepada mereka yang berkenaan iaitu guru kaunselor yang dilantik oleh pihak sekolah, Jawatankuasa kebajikan, Penolonh Kanan HEM dan Tuan Guru Besar. 9.6 Guru perlu menggalakan anak murid mereka membina sikap dan nilai “ SelfRespect” dan “ Respect for others”. 9.7 Guru perlu menggalakkan murid-murid bersiap sedia untuk PdP dan membuat kerja rumah serta sikap dan nilai yang teliti dan kemas semasa menyempurnakan tugasan mereka. 9.8 Guru perlu menggalakkan murid-murid aktif dan mengambil bahagian didalam aktiviti harian sekolah. 9.9 Guru perlu menggalakkan murid-murid mengadakan perbincangan berkaitan PdP bersama rakan-rakan dan juga guru. ( Hindarkan sikap malu bertanya ). 9.10 Guru kelas dan murid bersama-sama menceriakan dan membersihkan kelas setiap masa. 9.11 Guru kelas perlu menyiasat dan mendapatkan maklumat ketidakhadiran murid mereka. 9.12 Guru perlu tegas dan juga menyatakan dan mengetahui kemauan dan pencapaian murid mereka. 10. GURU MATA PELAJARAN 10.1 Guru perlu menggalakkan sikap positif dikalangan anak murid mereka. 10.2 Guru perlu sentiasa untuk proses PdP. 10.3 Guru mestilah menepati masa, riang, tegas dan adil. 10.4 Guru perlulah pandai menangani kerenah anak murid mereka. 10.5 Guru perlulah bijak mengawal kelas.
26 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 10.6 Guru hendaklah menyelesaikan sendiri sebarang masalah displin yang berkaitan PdP. Sekiranya perlu bantuan bolehlah berbincang dengan guru displin dan pihak pebtadbir. 10.7 Guru perlu menyemak segala kerja rumah dan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. 11. GURU TIDAK HADIR BERTUGAS 11.1 Guru perlu memastikan ketidakhadiran mereka dimaklumkan kepada Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Pembantu Tadbir untuk tujuan perekodan ekehadiran, membuat jadual relief dan sebagainya. 11.2 Guru yang tidak hadir perlu menyediakan bahan untuk kelas PdP mereka dan diserahkan kepada Guru Penolong Kanan 1 untuk diserahkan semula kepada guru ganti. 11.3 Sekiranya guru tidak hadir bertugas disebabkan sakit, maka perlu ada sijil sakit dari dari badan atau pihak yang mendapat tauliah dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan perlulah diserahkan kepada Tuan Guru Besar. 12. BUKU REKOD / FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR 12.1 Buku rekod persediaan mengajar guru boleh disediakan dalam bentuk FAIL dan Buku persediaan yang dibekalkan oleh pihak sekolah. 12.2 Buku rekod / Fail persediaan mengajar perlulah dilengkapkan dan dihantar pada hari pertama persekolahan kerana PdP bermula pada hari pertama persekolahan. 12.3 Buku rekod / Fail persediaan mengajar hendaklah dihantar ke pejabat sekolah pada setiap hari Khamis setelah tamat waktu persekolahan. 13. BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID 13.1 Guru kelas perlu melengkapkan segala butiran didalamnya dengan sempurna, tepat dan terkini. 13.2 Nama murid hendaklah ditulis dengan jelas, mengikut abjad dan didahulukan dengan murid lelaki barulah diikuti dengan murid perempuan. 13.3 Guru kelas perlulah memastikan setiap murid mempunyai nombor pendaftaran sekolah dengan tepat. 13.4 Semua kesalahan yang berlaku tidak dibenarkan dipadam menggunakan pemadam dan “liquid paper” ataupun bahan yang seumpamanya. 13.5 Semua guru perlulah membaca arahan yang tercatat didalam buku tersebut dengan teliti. 13.6 Buku Kehadiran murid ini tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Tuan Guru Besar. 13.7 Buru Kehadiran Murid ini hendaklah berada di pejabat sekolah untuk direkodkan pada masa pertama oleh guru kelas ataupun guru pembantu. 13.8 Hanya guru sahaja yang dibenarkan menanda dan menulis butiran kedatangan murid. 13.9 Pastikan register ditutup dan dilengkapkan setiap bulan. 13.10 Register perlu dihantar ke pejabat setiap hari sebelum waktu keempat iaitu 9.00 pagi. 13.11 Menghantar surat amaran ketidakhadiran dengan serta merta mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 14. PENDAFTARAN MURID BARU 14.1 Semua pendaftaran murid baru perlulah dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM.
27 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 14.2 Guru SPBT perlulah dimaklumkan perkara tersebut bagi urusan pengedaran buku teks dan urusan yang berkaitan SPBT. 14.3 Guru perlu memastikan murid baru mendaftar tersebut membawa bahan –bahan yang diperlukan oleh pihak sekolah seperti Kad Kesihatan, Kad Profil dan sebagainya. 15. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 15.1 Guru tidak digalakkan duduk semasa mengajar didalam kelas. 15.2 Guru diingatkan mengelak menanda buku-buku latihan dan seumpamanya didalam kelas semasa PdP berjalan. Semasa murid-murid menulis ataupun melengkapkan tugasan mereka guru hendaklah membantu murid yang lemah dan mengawasi murid kerja dan perlakuan yang mereka lakukan. 15.3 Guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah berpakaian sukan lengkap dan bagi guru lelaki tidak dibenarkan memakai kasut kulit dan bagi guru perempuan tidak dibenarkan memakai kasut tumit tinggi. Sekiranya hari hujan ataupun cuaca tidak mengizinkan PdP pendidikan jasmani boleh dilakukan didalam kelas dengan menjalankan aktiviti yang bersesuaian. 15.4 Setiap guru perlulah berusaha menggunakan atau mengikuti Program TV pendidikan dan merekodkan didalam buku penggunaannya. 15.5 Penggunaan buku kerja tambahan tidak diwajibkan, walaupun begitu jika difikirkan perlu guru harus memaklumkan kepada Tuan Guru Besar. 16. PENGGUNAAN BILIK PERPUSTAKAAN 16.1 Guru boleh merancang pengajaran yang sesuai dengan menggunakan perpustakaan. Guru tidak dibenarkan membawa murid-murid ke bilik perpustakaan sewaktu mengajar dan meninggalkan mereka disitu. Makan dan minum tidak dibenarkan sama sekali dan juga perlu mengikuti segala peraturan yang terdapat didalam bilik perpustakaan semasa berada didalamnya. 17. KAD PROFIL 17.1 Guru kelas perlu memastikan semua murid-murid mempunyai kad profil yang telah dikemaskini. Jika didapati hilang perlulah digantikan dengan yang baru. 18. SESEORANG ORANG MURID YANG BERTUKAR SEKOLAH 18.1 Guru kelas perlu mengambil tindakan berikut: a. Memaklumkan kepada GPK HEM. b. Memberikan kepada murid tersebut : 1. Buku / Kad profil murid. 2. Surat pertukaran / sijil berhenti sekolah. 3. Rekod PBS. 4. Lain-lain dokumen mengikut perkembangan semasa. c. Guru mestilah mencatatkan dalam Buku Daftar Kedatangan maklumat yang dikehendaki. d. Guru perlu mengambil semula buku teks atau tidak perlu mengikut arahan terkini. e. Guru perlu memungut segala bayaran yang belum dijelaskan.
28 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 19. MURID YANG KURANG SIHAT 19.1 Murid yang kurang sihat tidak boleh melakukan pergerakan-pergerakan yang berat adalah menjadi tanggungjawab guru kelas untuk memaklumkan kepada semua guru. 20. MURID YANG CEDERA ATAU SAKIT 20.1 Jika terdapat murid yang cedera atau sakit semasa berada di sekolah, perkara ini mestilah dimaklumkan kepada GPK HEM dan juga guru bertugas. Jika difikirkan mustahak, murid tersebut perlu dibawa ke Klinik atau Hospital yang berdekatan ataupun dihantar pulang. Jika murid tersebut dimasukkan ke wad, guru yang bertugas atau guru yang terbabit mestilah menghubungi penjaga murid tersebut dan seterusnya mengambil tindakan yang selanjutnya. 21. KEBENARAN MENINGGALKAN SEKOLAH 21.1 Semua guru dan kakitangan sekolah yang meninggalkan sekolah pada waktu persekolahan, mestilah mendapat kebenaran daripada Tuan Guru Besar. Masa sebenar keluar dan kembali semula ke sekolah dan tujuan keluar perlu dinyatakan. 22. CUTI REHAT KHAS ( CRK ) 22.1 Cuti Rehat Khas ( CRK ) mengikut pekeliling JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld. 3 (19) boleh diambil tidak melebihi sepuluh (10) hari setahun apabila ada kes yang benar-benar wujud dan mendapat kebenaran bertulis melalui borang dari Guru Besar. 22.2 Syarat-syarat membolehkan cuti tersebut ialah : a. Untuk menziarahi “AHLI KELUARGA” atau “AHLI KELUARGA YANG RAPAT” yang sakit tenat atau meninggal dunia. b. Untuk menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh seseorang pegawai perkhidmatan pendidikan itu. c. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir atau sebagainya. d. Menunaikan Fardhu Haji – sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang ditetapkan mengikut pekeliling perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1984 tidak mencukupi. e. Kursus suaikenal bagi kursus luar kampus. f. Majlis Konvokesyen bagi Pegawai perkhidmatan pendidikan atau “ahli keluarga”. g. Menghadiri temuduga perlantikan dalam perkhidmatan pendidikan, Kementerian pelajaran, Jabatan Pendidikan awam atau Jabatan Pendidikan Negeri. h. Perkahwinan Pegawai perkhidmatan Pendidikan berkenaan atau anakanak mereka. i. Menghantar “Ahli Keluarga” atau “Ahli Keluarga Rapat” menunaikan Fardu Haji. j. Menghantar anak ke Institut Pengajian Tinggi atau Sekolah Berasrama Penuh. 22.3 Takrif “Ahli Keluarga” ertinya suami atau isteri dan anak guru itu. Takrif “Ahli keluarga Rapat” ertinya ibu, bapa, adik beradik, mertua, datuk atau nenek isteri atau suami.
29 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 23. GURU-GURU YANG INGIN KELUAR NEGERI 23.1 Guru-guru yang ingin ke luar negeri Johor dalam tempoh yang agak panjang perlu memaklumkan kepada pihak sekolah dan meninggalkan alamat atau nombor telefon untuk memudahkan dihubungi. 23.2 Untuk ke luar negara, guru-guru mestilah mengisi borang-borang khas lima minggu sebelum lawatan dibuat. 24. MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN 24.1 Tiap-tiap panitia matapelajaran dikehendaki mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun (2 kali sepenggal). Mesyuarat ini hendaklah diadakan sebelum Jawatankuasa sekolah mengadakan mesyuarat. Salinan minit hendaklah diedarkan kepada semua guru yang terlibat dan juga kepada guru Besar. 25. KEBERSIHAN DIRI 25.1 Adalah menjadi tanggungjawab guru darjah untuk memastikan murid-murid datang ke sekolah berpakaian lengkap, kemas, dan bersih. Rambut disikat dengan rapi dan memakai lencana sekolah. Murid-murid yang tidak mahu mematuhi peraturan sekolah perlu dinasihatkan selalu. 26. KEBERSIHAN BILIK DARJAH 26.1 Kebersihan bilik darjah adalah tanggungjawab guru darjah. Guru darjah hendaklah menentukan bahawa bilik darjah sentias bersih dan kemas sepanjang masa. 27. BUKU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT ) 27.1 Semua guru darjah hendaklah mengambil inisiatif menjaga keselamatan buku murid kelas masing-masing. 28. PENGAWAS SEKOLAH 28.1 Semua pengawas dan ketua pengawas hendaklah dipilih sebelum minggu akhir pertama persekolahan oleh guru pengawas. Pengawas ini akan diorentasikan dan mengangkat sumpah jawatan dan akan dilantik secara rasmi diperhimpunan sekolah. 29. GURU TIDAK HADIR KE SEKOLAH 29.1 Guru yang tidak hadir ke sekolah kerana cuti sakit panjang atau lain-lain hal yang menyebabkan bercuti panjang perlu mendapatkan kebenaran dan perlu dimaklumkan kepada Tuan Guru Besar. 30. KEGIATAN DI LUAR SEKOLAH 30.1 Untuk menyertai pertandingan, latihan pertunjukan, perkhemahan, pameran atau lawatan yang dijalankan di luar sekolah guru perlulah memaklumkan kepada Tuan Guru Besar dan mendapat kebenarannya. 30.2 Kebenaran bertulis daripada Ibu Bapa atau penjaga mestilah diperolehi.
30 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 31. JURULATIH ATAU PENCERAMAH DARI LUAR 31.1 Guru yang menjemput jurulatih atau penceramah luar, ianya perlulah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada Tuan Guru Besar. 31.2 Guru penasihat mestilah sentiasa mengawasi setiap aktiviti, latihan atau syarahan yang disampaikan. 32. SURAT MENYURAT ATAU PENYERTAAN 32.1 Segala surat menyurat mestilah ditandatangani atupun melalui Tuan Guru Besar. 32.2 Segala penerbitan hendaklah dibuat dengan kebenaran Tuan Guru Besar. 33. PENTADBIRAN KEWANGAN 33.1 Pungutan Yuran. a. Serah terus kepada yang berkenaan. Jangan disimpan. Isi resit pejabat dengan segera dan serahkan kepada pejabat. 33.2 Pembelian keperluan P&P. a. Setiap pembelian yang menginginkan peruntukan Local Order atau Pesanan Kerajaan hanya guru berkenaan sahaja yang dibenarkan membeli dan mengisi Local Order. 34. KEWANGAN 34.1 Segala urusan kewangan persatuan, unit-unit atau badan-badan lain hendaklah dengan kebenaran dan pengetahuan Tuan Guru Besar. Penyata kewangan perlu disediakan dengan jelas dan dikemaskini. 35. PENDAFTARAN 35.1 Pasukan beruniform sekolah mestilah didaftarkan dibawah pasukan negeri. 36. MENJADI AHLI BADAN BERUNIFORM DI LUAR SEKOLAH 36.1 Murid sekolah dilarang menjadi ahli pasukan di luar sekolah tanpa kebenaran Tuan Guru Besar. 37. LAPORAN PANITIA / UNIT-UNIT / KELAB-KELAB DAN PERSATUAN 37.1 Guru yang berkaitan dikehendaki membuat satu laporan tahunan yang lengkap pada penghujung penggal persekolahan berkenaan dengan kegiatan, komen dan cadangan-cadangan yang difikirkan sesuai mengikut format SPSK. 38. REKOD KEJAYAAN ATAU PENCAPAIAN 38.1 Semua bentuk pencapaian dalam bidang masing-masing, guru berkenaan bertanggungjawab merekod dan memberitahu kepada guru penolong kanan untuk dicatatkan dipapan kenyataan. 39. PERINTAH AM 39.1 Guru mestilah membaca dan memahami Buku Perintah Am khususnya ada kaitannya dengan tugas dan jawatan.
31 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 40. PERSEDIAAN RAWATAN KEPADA MURID 40.1 Surat kebenaran mesti ditandatangai oleh ibubapa atau penjaga. 40.2 Sediakan surat beranak ( lawatan pertama untuk tahun 1). 40.3 Kad kesihatan dipenuhi atau dikemaskini oleh guru kelas ( jika berkaitan) rawatan oleh Pegawai Kesihatan. 40.4 Suntikan-suntikan BCG atau suntikan tambahan. 40.5 Pemberian ubat cacing, kuku dan lain-lain. 41. BILIK GURU ATAU STAF 41.1 Bilik guru dan staf dikendalikan oleh Jawatankuasa Bilik Guru dan Staf. Semua guru dan Staf secara automatik kepada jawatankuasa ini. 41.2 Kebersihan dan keselamatan bilik guru dan staf menjadi tanggungjawab semua guru dan staf menjaganya. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat didalamnya. 41.3 Guru hanya dibenarkan berada semasa mereka tidak mengajar dibilik darjah. Masa inilah dianggap sebagai “non-teaching” dan bukannya “free period”. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan masa tersebut ( di bilik guru dan staf) untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran tersebut. 41.4 Guru-guru yang sedang berada di bilik staf hendaklah memastikan suasana dibilik guru dan staf tidak mengganggu ketenteraman sekolah. 42. KURSUS-KURSUS PROFESIONALISME 42.1 Semua guru diwajibkan mengikuti apa jua kursus yang berkaitan dengan profesion yang dianjurkan oleh KPM dan jabatan atau yang berkaitan dengannya apabila mendapat arahan dari pihak pentadbir. 42.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan mengambil atau mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian. 43. MENGHADIRI MESYUARAT 43.1 Semua mesyuarat yang berkaitan dan diadakan di peringkat sekolah, PPD, JPN dan Kementerian adalah wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan atau masalah, pengganti perlu dicari dan dimaklumkan secara rasmi kepada Tuan Guru Besar. 43.2 Semua mesyuarat, kursus dan kegiata-kegiatan yang dihadiri diluar sekolah hendaklah dilaporkan kepada Tuan Guru Besar. 44. KENYATAAN KEPADA MEDIA 44.1 Semua guru dan staf sokongan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak media mengenai apa jua perkara. Sila maklumkan kepada Tuan Guru Besar. 45. LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN 45.1 Orang yang pertama keluar perlu terus menuju ke padang mengikut laluan kecemasan yang ditetapkan. 45.2 Ketua latihan kebakaran dan kecemasan perlu membawa Buku Kedatangan Murid. 45.3 Murid-murid yang lain mengikut dengan senyap dan berjalan menuju dengan pantas ke padang, beratur dan meninggalkan semua harta benda mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan.
32 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 45.4 Setibanya dipadang, semua murid beratur mengikut kelas masing-masing. 45.5 Ketua kelas menyemak kedatangan dan melaporkan kepada guru bertugas di padang. 45.6 Guru perlu ke tempat perhimpunan dipadang dan berdiri bersama-sama murid-murid. 45.7 Guru kebakaran dan kecemasan perlu meronda semua kawasan dan pastikan semuanya berada dalam keadaan selamat dan melaporkan kepada jawatankuasa latihan kebakaran sekiranya berlaku perkara sebaliknya. 45.8 Setelah semua selesai, semua murid kembali ke kelas dengan keadaan tertib, pantas dan senyap. 46. PELAWAT ATAU ORANG YANG TIDAK DIKENALI 46.1 Sekiranya guru melihat atau terjumpa seseorang yang tidak dikenali, sila bertanya siapa dan hulurkan bantuan dan mengarahkan mereka ke pejabat sekolah. 46.2 Semua pelawat diwajibkan melaporkan ke pejabat atau perlu memakai Tag PELAWAT. 46.3 Murid-murid dilarang membawa keluarga atau kawan-kawan dan orang luar masuk ke dalam kelas atau sekolah tanpa kebenaran dari pihak pentadbir ataupun pengurusan sekolah. 46.4 Juru jual adalah dilarang masuk ke dalam bilik guru atau lain-lain kawasan di bangunan sekolah kecuali diruang yang dibenarkan oleh pihak pentadbir sekolah. 47. PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 47.1 Semua guru diwajibkan mengetahui dengan mendalam peraturan-peraturan sekolah. 48. URUSAN DI PEJABAT 48.1 Pejabat adalah cermin pentadbiran sekolah. Ianya harus memperlihatkan budaya kerja iaitu tekun, senyap, kemas dan efisien iaitu cekap, cepat, tepat dan tegas. 48.2 Oleh itu urusan ke pejabat hanya untuk URUSAN RASMI sahaja. 49. DISPLIN MURID 49.1 Galakkan murid-murid memikirkan AKIBATNYA apabila melakukan sesuatu yang bertentangan. Ini akan menghindarkan daripada tindakan displin. 50. PERGERAKAN MURID 50.1 Guru-guru dilarang membenarkan murid-murid balik awal tanpa kebenaran daripada Tuan Guru Besar. 50.2 Pergerakan murid-murid semasa kelas sedang dijalankan harus di tahap minimum. 50.3 Sekiranya murid-murid perlu bergerak kerana arahan guru, pastikan mereka mamakai Tag “ PAS KELUAR” dan harus mendapat tandatangan orang yang dijumpai setiap masa. 50.4 Murid-murid tidak harus ke tandas kalau tidak kerana “Darurat”. 50.5 Murid-murid dikehendaki beratur sewaktu berjalan ke makmal, bengkel kemahiran hidup, pusat sumber, perpustakaan dan padang.
33 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 51. KAUNSELING 51.1 Guru kaunseling adalah profesional yang boleh memberi bantuan kepada murid, guru, staf sokongan dan ibubapa secara rahsia. 51.2 Seseorang murid dibenarkan berjumpa dengan guru kaunseling yang dilantik oleh pihak sekolah pada bila-bila masa walaupun semasa berjalan PdP dengan syarat guru sendiri yang menghantarnya dengan memberikan nota sekiranya seseorang murid itu kelihatan bermasalah. 52. BUKU TEKS SPBT 52.1 Hanya untuk murid-murid yang layak. Yang tidak layak akan diberikan pinjaman sekiranya memohon secara bertulis dengan syarat ada lebihan buku teks. 52.2 Pastikan buku teks SPBT dijaga dengan baik, bersampul dan tidak diconteng. Sekiranya hilang, mesti diganti. 52.3 Murid-murid yang cuai menjaga buku pinjaman buku teks harus didenda.
34 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionnya dan akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Seorang guru tidak harus bertingkah laku yang boleh membawa jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannnya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 5 Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. 6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaan. 7. Dia haruslah bertugas sebagai ”pengganti ibu bapa” dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. 8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. 9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan muridmuridnya dan memandu mereka mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. 10. Dia harus menghormati setiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. 11. Dia haruslah tidak bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Dia tidaklah harus mengajar ssuatu yang boleh merosakkan kepentingan muridmurid, masyarakat awam dan negara. 13. Dia haruslah menanam sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. 14. Dia tidak haruslah menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. ETIKA PROFESION KEGURUAN
35 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 TIDAK MELENGKAP DAN MENGHANTAR BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR Definisi “Peraturan Perkhidmatan (Kurikulum Keb. 1997) berkuatkuasa pada 1 Januari 1998” Rujukan Warta Kerajaan P. U. (A) 531 bertarikh 31 Disember 1997 Fasal (B) menyatakan: “Seseorang guru dalam sesebuah sekolah …………… hendaklah menyimpan dan menyelenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat pada hari akhir persekolahan setiap minggu …………… yang akan diajar pada minggu berikutnya ……………… dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan ………………….” Perkara 135. Seseorang yang melakukan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 510) yang baginya tiada penalty diperuntukan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Perlanggaran Tata Kelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993, 3 (2) Seseorang pegawai tidak boleh --- (a) tidak bertanggungjawab (b) ingkar perintah atau kelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah GURU TIDAK MASUK KELAS/TIDAK HADIR KOKURIKULUM Definisi “Seseorang guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak menghadiri kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual / takwim adalah dianggap telah melanggar Peraturan Sekolah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib”. Perlanggaran Tata Kelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tataertib) 1993 : 3 (2) Seseorang pegawai tidak boleh (g) tidak bertanggungjawab (i) ingkar perintah atau kelakuan dengan apa-apa cara yang bolrh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah
36 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 KUMPULAN A: Sekolah-sekolah di negeri: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu PENGGAL MULA SEKOLAH AKHIR SEKOLAH JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 10.03.2024 31.03.2024 16 11 01.04.2024 30.04.2024 17 01.05.2024 23.05.2024 15 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1 SESI 2024/2025 1 24.05.2024 - 2.06.2024 10 2 03.06.2024 30.06.2024 18 15 01.07.2024 31.07.2024 22 01.08.2024 31.08.2024 21 01.09.2024 12.09.2024 10 JUMLAH HARI 71 CUTI PENGGAL 2 SESI 2024/2025 1 13.09.2024 - 21.09.2024 9 3 22.09.2024 30.09.2024 7 13 01.10.2024 31.10.2024 21 01.11.2024 30.11.2024 20 01.12.2024 19.12.2024 15 JUMLAH HARI 63 CUTI PENGGAL 3 SESI 2022/2023 1 20.12.2024 - 28.12.2024 23 29.12.2024 31.12.2024 3 01.01.2025 16.01.2025 12 3 JUMLAH HARI 15 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023 4 17.01.2025 - 15.02.2025 30 HARI GANTI: Hari ganti ialah hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi menggantikan hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab yang diluluskan oleh Pendaftar. Hari ganti persekolahan bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A boleh diambil daripada mana-mana hari Sabtu minggu ke 2 atau ke 4 dalam mana-mana bulan pada tahun 2022 jika guru besar atau pengetua mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dari satu ratus sembilan puluh (190) hari TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025
37 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025
38 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 HARI KELEPASAN AM & CUTI UMUM NEGERI JOHOR TAHUN 2019
39 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 SURAT AKU JANJI Saya,………………………………...........................…..........................Kad Pengenalan :.......................................... Beralamat di SK Tunjuk Laut, 81900 Kota Tinggi, Johor Dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Perauran-peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993, Perintah-perintah Am, Pekeliling dan Surat-surat Pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji , sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 bahawa saya : (i) Akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan; (ii) Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat , bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; (iii) Tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; (iv) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya; (v) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam; (vi) Tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri; (vii) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; (viii) Tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam lain berhubung dengan perkhidmatan awam; Dan (ix) Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah Saya sesunguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993. ……………………… ............………………………. (Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai) Di hadapan saya, ................................... (SALIMI BIN JUMADI) Rujukan : JPNJ/FP : ______________
40 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 SEKOLAH KEBANGSAAN TUNJUK LAUT PETI SURAT 116, LADANG PASIR PANJANG 81900 KOTA TINGGI JOHOR DARUL TAKZIM. JBA 3054 NO.TEL : 019-7400973 No. Ruj Kami : JBA3054/SKTL/07/06/001/(01) Tarikh : 1 MAC 2024 Kepada, Semua Guru SK Tunjuk Laut, 81900 Kota Tinggi, Johor. SURAT PEKELILING SEKOLAH 1/2113 MENGAWAL WAKTU INSTRUKSIONAL --------------------------------------------------- Pihak sekolah sering mendapat rungutan daripada para ibu bapa,pelajar serta guru-guru sendiri tentang gangguan waktu instruksional iaitu waktu diperuntukan untuk proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam jadual waktu. 2. Gangguan merupakan aktiviti yang sengaja atau tidak sengaja yang mengambil alih peruntukan masa ditetapkan untuk P & P. Selain daripada melanggar peraturan,gangguan ini menghalang tercapainya impian menjadikan sekolah ini sekolah cemerlang. 3.1 Tindakan Pihak Guru Berikut adalah tindakan-tindakan yang mesti diambil oleh semua guru supaya masa P & P tidak dikorbankan. ( Kesedaran ) Sila sedar bahawa setiap detik masa dalam kelas seharusnya boleh membuahkan hasil pembelajaran dan mempertahankan waktu instruksional 3.2 Jadual Waktu Patuhi masa P & P seperti dalam jadual waktu,jangan lewat masuk kelas,jangan tamatkan Proses P & P sebelum masa yang sepatutnya. 3.3 Bilik Darjah Prihatin terhadap susun atur dan keadaan fizikal kelas. Wujudkan suasana bilik darjah yang tenteram secepat mungkin semasa permulaan setiap pelajaran. 3.4 Rancangan Pelajaran Pastikan setiap pelajaran dirancang dengan teliti. Kehilangan waktu P & P secara terselindung akan berlaku jika pelajaran tidak dirancang dari awal hingga akhir. 3.5 Pengurusan Disiplin Elakkan penggunaan waktu P & P untuk mengurus disiplin pelajar. Walaupun pengurusan dsiplin tidak boleh dipandang ringan. Sila patuhi dasar bahawa keperluan mendidik jauh mengatasi keperluan lain. Jangan korbankan waktu P & P yang boleh menfaatkan 40 pelajar untuk menguruskan masaalah disiplin 4 pelajar. Pengurusan disiplin mesti mantap supaya ia dapat membawa situasi tanpa kalah ( no loss situation ). 3.6 Pengurusan Aktiviti Kokurikulum dan Ko Akademik Aktiviti kokurikulum dan ko akademik merupakan antara bahagian yang penting dalam persekolahan tetapi prioriti ialah P & P. Jangan bercanggah prioriti. Sentiasa utamakan prioriti. Akta Pendidikan ( 1996) menetapkan waktu instruksional berasingan daripada waktu pendidikan yang lain. Sila mengikut waktu yang telah ditetapkan untuk pengurusan aktiviti kokurikulum dan ko akademik. Contoh : Hari Sabtu atau waktu lapang sebelum atau selepas P & P. Satu Aspek tidak seharusnya menceroboh ke aspek yang satu lagi. 4. Diharapkan semua guru dapat mematuhi segala saranan di atas supaya tiada lagi gangguan waktu instruksional demi untuk mencapai visi SK Tunjuk Laut – Sekolah Cemerlang Menjelang Tahun 2119 – Waktu instruksional hendaklah sentiasa diutamakan. Sekian, terima kasih. ‘YANG MENJALANKAN AMANAH’ (SALIMI BIN JUMADI) Guru Besar SK Tunjuk Laut.
41 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 GURU BESAR SALIMI BIN JUMADI DG 44 IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN SIJIL PERGURUAN ASAS GPK PENTADBIRAN KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL MANAP DG44 IJAZAH SARJANA MUDA SIJIL PERGURUAN ASAS GPK HAL EHWAL MURID HJ MAHAYUDDIN BIN MUHAMMAD DG44 IJAZAH SARJANA MUDA DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA GPK KOKURIKULUM NOR MOHAMED BIN ISMAIL@SANDARI DG48 IJAZAH SARJANA IJAZAH SARJANA MUDA DIPLOMA PENDIDIKAN ROSIAH BT RASUL DG44 IJAZAH SARJANA MUDA DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA SENARAI NAMA GURU
42 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 KHAIRUN NIZAM BIN A. RAZAK DG44 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH NORASYIDAH BT ABD RASIP DG44 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH ANAS BIN SOLLEH DG44 IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUAN (PRASEKOLAH) NORAIHAN BT MOHAMAD DG42 IJAZAH SARJANA MUDA DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA NORSHILA BINTI ROSLIN DG44 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN PEMULIHAN PENDIDIKAN RENDAH) SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) WAN ZUL AZIZI BIN WAN AHMAD DG41 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK
43 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 MUHAMMAD FAUZAN BIN ZOLKANINE DG41 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IBRAHIM AL ADHAM BIN HAMDANI DG 41 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN WAN MUHAMMAD HANIF BIN WAN ZAIDI DG 41 IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH (FIQH WA USULAH) DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN ABDULLAH ‘AFIF BIN SAID DG 41 IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN (TAFSIR & ULUM ALQURAN) DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN MOHAMAD HARIZ BIN MOHAMAD HEDAIR DG 41 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DIPLOMA PERHUBUNGAN AWAM MUHAMMAD AFIQ FAHMI BIN ABD KARIM DG 41 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM
44 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 FATIN AINA BINTI BAHARUL RASHID DG 41 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SENI DENGAN KEPUJIAN AIZAN BINTI ABDUL MANAN PEMBANTU TADBIR N22 HOOD BIN ESA PEMBANTU AM PEJABAT N11 SITI SELAME BINTI SUHANA PEMBANTU PENGURUSAN N17 NURHAFIZAN BINTI MOHD HAMIZAN PEMBANTU PENGURUSAN N17 SENARAI NAMA STAF
45 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025 GURU GURU GRED LELAKI PEREMPUAN JUMLAH DG 41 7 1 8 DG 42 0 1 1 DG 44 4 3 9 DG 48 2 - - JUMLAH 13 5 18 STAF GRED LELAKI PEREMPUAN JUMLAH N22 - 1 1 N19 - 2 2 N11 1 - 1 JUMLAH 2 3 4 PEKERJA SWASTA GRED LELAKI PEREMPUAN JUMLAH PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH 4 - 4 PEMBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH 2 2 4 JUMLAH 6 2 8 ENROLMEN GURU, STAF DAN PEKERJA SWASTA
46 | P a g e PENGURUSAN PENTADBIRAN SK TUNJUK LAUT ( JBA 3054 ) 2024/2025