KATA ALUAN PENGARAH YANG BERUSAHA TS. HJ. HAMDAN BIN SAMDIN PENGARAH POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera, Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) berjaya menganjurkan Pertandingan Kemahiran PolyCCSkills 2024 bagi bidang Chemical Laboratory Technology. PTSN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti kerana telah memberi peluang dan kepercayaan kepada PTSN bagi menganjurkan program yang berprestij ini. PTSN juga ingin berterima kasih kepada Politeknik yang telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. Program PolyCCSkills ini diadakan bertepatan dengan matlamat JPPKK untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi negara dalam mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Selain itu, PolyCCSkills 2024 ini akan menjadi satu platform untuk mencungkil bakat pelajar politeknik dan kolej komuniti di seluruh tanah air yang berpotensi dalam bidang kemahiran sebagai persediaan bagi penyertaan pasukan politeknik ke peringkat yang lebih tinggi sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta, pensyarah dan para panel penilai yang sudi melibatkan diri dalam menjayakan acara gemilang ini. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada para jurulatih yang telah bertungkus lumus dalam melatih para peserta bagi memberikan saingan yang terbaik serta menaikkan lagi taraf pertandingan ke tahap yang lebih tinggi. Akhir kata, ucapan setinggi tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Penganjuran PolyCCSkills 2024 bagi bidang Chemical Laboratory Technology atas komitmen yang tinggi sehingga dapat merealisasikan program ini. Sekian, terima kasih.
PENGENALAN PolyCCSkills merupakan satu penjenamaan yang menjadi simbol transformasi latihan kemahiran pelajar bagi melambangkan jangkauan kemahiran ke aras paling cemerlang hasil daripada aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan keperluan pembangunan negara. Aktiviti PolyCCSkills meliputi latihan, platform perkongsian ilmu serta pengendalian pertandingan kemahiran di peringkat nasional dan antarabangsa yang mana penganjurannya adalah untuk memupuk usaha bagi menarik minat para pelajar agar lebih berkeyakinan dan menghargai bidang kemahiran. PolyCCSkills ini juga bertujuan untuk memberi nilai tambah dan melahirkan para graduan yang berkemahiran dan cemerlang seiring dengan kehendak pasaran industri. Sejarah perjalanan PolyCCSkills ini adalah telah dilaksanakan buat julung kalinya bermula pada tahun 2014 dengan 5 bidang dipertandingkan di Politeknik Mukah. Pertandingan ini diteruskan dengan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Politeknik Merlimau dengan peningkatan bidang yang dipertandingkan dari masa ke semasa. Mulai tahun 2017, sebanyak 14 bidang telah dilaksanakan mengikut zon dengan Politeknik Tuanku Sirajuddin sebagai urusetia induk Zon Utara. Pada tahun 2018, PolyCCskills dilaksanakan di Zon Tengah dimana PSA telah dilantik sebagai urusetia induk dengan kerjasama PSIS, PNS, PUO dan PMS. Pada tahun ini, PUO telah dilantik sebagai urusetia induk PolyCCSkills 2024 dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) telah terpilih sebagai lokasi pertandingan bagi bidang Chemical Laboratory Technology. PolyCCSkills adalah satu inisiatif Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang bukan sahaja telah dapat menyatukan semua politeknik tetapi juga telah berjaya mencungkil bakat dan kemahiran pelajar Politeknik ke arena pertandingan yang lebih tinggi.
MAKLUMAT PERTANDINGAN
ATURCARA MAJLIS UMUM JADUAL UMUMPERTANDINGAN KEMAHIRAN PELAJAR POLITEKNIKDAN KOLEJ KOMUNITI (POLYCCSKILLS)2024 Tarikh Masa Lokasi Aktiviti 1 Julai (Isnin) 8.00 pagi – 1.00 petang a. Politeknik Ungku Omar b. Politeknik Sultan Azlan Shah c. Kolej Komuniti Chenderoh d. Kolej Komuniti Sungai Siput e. Kolej Komuniti Batu Gajah f. Kolej Komuniti Teluk Intan g. Kolej Komuniti Taiping h. Politeknik Banting i. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail Pendaftaran peserta 2.00 petang - 6.00 petang Taklimat Teknikal dan Penyesuaian tapak 2 Julai (Selasa) 8.00 pagi – 1.00 petang Pertandingan hari pertama Proses pemarkahan mengikut bidang 3 Julai (Rabu) 2.00 petang – 6.00 petang Pertandingan hari kedua Proses pemarkahan mengikut bidang 4 Julai (Khamis) 8.00 pagi – 1.00 petang Politeknik Ungku Omar Penyelarasan markah keseluruhan 2.00 petang – 5.00 petang Majlis Anugerah PolyCCSkills 2024 Nota: Tarikh dan masa pertandingan adalah tertakluk mengikut bidang kemahiran
ATURCARA MAJLIS PROGRAM PERTANDINGAN KEMAHIRAN PELAJAR BIDANG CHEMICAL LABORATORY TECHNOLOGY (POLYCCSKILLS) 2024 1 JULAI 2024 Masa Aktiviti 8.00 pagi – 2.00 petang Perjalanan 2.00 petang – 3.00 petang Pendaftaran 3.00 petang – 5.00 petang Taklimat Pendaftaran 2 JULAI 2024 MASA Aktiviti 7.30 pagi – 8.30 pagi Sarapan 8.30 pagi – 12.30 tengah hari Pertandingan – Preparation of Solutions 12.30 tengah hari – 1.00 petang Penjurian 1.00 petang – 2.00 petang Rehat 2.00 petang – 6.00 petang Pertandingan – Saponification Reaction of Cooking Oil 6.00 petang – 6.30 petang Penjurian 6.30 petang Bersurai 3 JULAI 2024 MASA Aktiviti 7.30 pagi – 8.30 pagi Sarapan 8.30 pagi – 12.30 tengah hari Pertandingan- Analysis of Soap Sample 12.30 tengah hari – 1.00 petang Penjurian 1.00 petang – 2.00 petang Rehat 2.00 petang – 2.15 petang Ulasan Ketua Juri 2.15 petang - 2.45 petang Ucapan Pengarah Ptsn 2.45 petang - 3.30 petang Penyampaian Hadiah 3.30 petang – 4.00 petang Sesi Bergambar 4.00 petang Bersurai 4 JULAI 2024 Perjalanan Pulang Ke Politeknik Masing-Masing
PENGISIAN PROGRAM BIL SLOT AKTIVITI OUTCOME 1. Slot 1 Preparation of solutions Menghasilkan bahan kimia mengikut prosedur dan teknik yang betul 2. Slot 2 Saponification reaction of cooking oil Menghasilkan sabun mengikut prosedur dan teknik yang betul 3. Slot 3 Analysis of soap sample Melakukan analisis mengikut prosedur dan teknik yang betul
SENARAI JURULATIH BIL. NAMA JURULATIH BIDANG POLITEKNIK 1. ChM. Mohd Fahmi Bin Mat Zin Chemical Laboratory Technology Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 2. Fauziah Shaheen Binti Sheh Rahman Chemical Laboratory Technology Politeknik Nilai 3. Nurul Izzah Binti Shaarani Chemical Laboratory Technology Politeknik Nilai 4. ChM. Siti Rasyidah Binti Sapie Chemical Laboratory Technology Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 5. Maratun Najiha Binti Abu Tahari Chemical Laboratory Technology Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 6. Azini Amiza Binti Hashim Chemical Laboratory Technology Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 7. ChM. Muhammad 'Azim Bin Jamaluddin Chemical Laboratory Technology Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
SENARAI PESERTA BIL. NAMA PESERTA INSTITUT 1. Maatesh A/L Murali Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 2. Amirul Hakim Bin Shahrulanuar Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 3. Putri Nurin Irdina Binti Mohd Yusri Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 4. Shervin A/L Ganesh Politeknik Nilai 5. Aqil Rusyaidi Bin Rahimi Politeknik Nilai 6. Erysa Erryanne Faey Harold Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 7. Pravin A/L Veloo Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 8. Suguna A/P Munusamy Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 9. Nurul Alia Izzati Binti Mahmud Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 10. Farish Imran Bin Khairul Nizam Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 11. Ahmad Hafiy Hariz Bin Assrul Hisham Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 12. Muhammad Hanapi Bin Md Yusof Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 13. Sabrina Binti Suhaimi Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 14. Aiman Bin Emran Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 15. Ammar Hazman Bin Mohd Yunus Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 16. Fasha Ayuni Binti Parlan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
PETA LOKASI
SENARAI JAWATANKUASA
BENGKEL LATIHAN PUSAT PERSEDIAAN PELAJAR DAN JURULATIH