JKA515E / 4 JKA515ETG1 PROJEK : ISU-ISU SOSIAL TERPILIH PROJECT : SELECTED SOCIAL ISSUES Academic Session 2022/2023 TUGASAN TG1 Name NOOR SHUHANA BINTI OSMAN Matric No. JK/12698/18 IC No. 811211025638 Regional Centre ALOR SETAR Phone No. House : H/P: 01115735403 811211025638 NOTE : 1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment. AS : Please use blue colour cover LR : Please use yellow colour cover 2. Complete all details. 3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.
PUSAT PENGAJIAN JARAK JAUH TAJUK: ANDARTU DALAM KALANGAN KAKITANGAN WANITA DI INSTITUSI PENJARA NEGERI KEDAH DISEDIAKAN OLEH: NOOR SHUHANA BINTI OSMAN JK/12698/18 811211-02-5638 DISEDIAKAN UNTUK: PN. SOIJAH BINTI LIKIN SIDANG AKADEMIK 2022/2023 JKA 515E ISU-ISU SOSIAL TERPILIH JUMLAH PATAH PERKATAAN: 10082
i JKA515E Project: Selected Social Issues DECLARATION OF AUTHORSHIP Name: NOOR SHUHANA BINTI OSMAN I.C. No.: 811211-02-5638 Matric No.: JK/12698/18 Supervisor: PUAN SOIJAH BINTI LIKIN Report Title: ANDARTU DALAM KALANGAN KAKITANGAN WANITA DI INSTITUSI PENJARA NEGERI KEDAH Word Count: 10082 Turnitin (%): 24 Please tick to confirm the following: I have read and understood Universiti Sains Malaysia’s Policy on Plagiarism. The final year project report I am submitting is entirely my own work except where otherwise indicated. I have clearly indicated the presence of all paraphrased material with appropriate references. I have clearly indicated the presence of all material I have quoted from other sources, including any diagrams, charts, tables or graphs. I have not copied from the work of any other candidate. I have not used the services of any agency/individual providing ghostwritten work in the preparation of this final year project report. Candidate’s signature: ___________________ Candidate’s name: NOOR SHUHANA BINTI OSMAN Date: 5/6/2023
ii Penghargaan بسم هللا الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam diucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), serta seluruh ahli keluarga dan sahabat Baginda. Bersyukur kehadrat Allah (s.w.t) yang telah memberi kesejahteraan dan kelapangan masa sehingga saya dapat menyiapkan Final Year Project (FYP) ini bagi menyempurnakan pengajian saya di peringkat Sarjana Muda. Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada penyelia saya Puan. Soijah binti Likin yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar kepada saya. Segala pengorbanan masa yang beliau peruntukkan dalam menyiapkan FYP ini, serta pelbagai ilmu yang dicurahkan dalam proses pembelajaran amatlah saya hargai. Demikian juga, tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Akademi Koreksional Malaysia iaitu TKP Dr. Kamsiah binti Kamin, Ketua Bahagian Akademik dan Latihan iaitu PP Mona Azura binti Ismail yang telah memberikan galakan dalam menyiapkan FYP serta individu-individu yang telah memberi kerjasama dalam kajian ini. Penghargaan istimewa kepada keluarga terutama kakak sulung saya iaitu Puan Hasliza binti Osman yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagian saya. Tidak lupa kepada Puan Noor Zuraini binti Mohamad Zakaria iaitu ibu angkat saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan, penyuntik semangat untuk saya menamatkan pengajian ini. Akhirnya didoakan buat semua yang membantu, semoga Allah (s.w.t) memberi keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Semoga hasil daripada kajian ini akan امين يا ربال االمين .bersama kita memanfaatkan dapat Sekian, terima kasih. Noor Shuhana binti Osman JK/12698/18 Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Sains Malaysia
iii Abstrak Kajian ini bertujuan mengkaji andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah. Kajian ini dijalankan di (4) empat buah institusi penjara dalam negeri Kedah. Soal selidik dijalankan ke atas 30 responden dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Objektif kajian adalah untuk menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kakitangan wanita hidup membujang. Selain itu, ianya bertujuan menghuraikan perancangan jangka panjang kehidupan mereka. Kajian yang dijalankan juga adalah bagi menghuraikan stigma masyarakat terhadap mereka. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk analisis kuantitatif. Data diterangkan dalam (5) lima bab untuk menjelaskan latar belakang, dan juga bagi menjawab permasalahan kajian. Bab satu membincangkan mengenai perkaraperkara asas dan halatuju kajian yang dijalankan. Bab dua menerangkan mengenai latar belakang responden mengikut data yang diterima. Bab tiga menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan golongan ini yang hidup membujang. Bab empat menjelaskan perancangan jangka panjang dalam kehidupan mereka. Bab lima menjelaskan tentang stigma masyarakat terhadap golongan tersebut. Bab enam kajian dikemukakan rumusan dan cadangan bagi penambahbaikan kajian. Kata kunci: Andartu, Kakitangan Wanita, Penjara
iv Abstract This study aims to examine andartu among female staff in Kedah state prison institutions. This study was conducted in (4) four prison institutions in the state of Kedah. The questionnaire was conducted on 30 respondents using a purposive sampling method. The objective of the study is to explain the factors that cause female staff to live single lives. In addition, it aims to describe the long-term planning of their lives. The research conducted is also to explain the stigma of society towards them. The method used in this study is in the form of quantitative analysis. The data is described in (5) five chapters to explain the background, and to answer the research problems. Chapter one discusses about the basic matters and direction of the research conducted. Chapter two explains the background of the respondents according to the data received. Chapter three explains the factors that cause this group to live celibate. Chapter four explains long-term planning in their lives. Chapter five explains about society's stigma against the group. Chapter six of the study presented a summary and suggestions for improving the study. Keywords: Unmarried Woman, Female Staff, Prison
v Senarai Kandungan ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Declaration of Authorship i Penghargaan ii Abstrak iii Abstract iv BAB SATU : PENDAHULUAN 1.0 Latar Belakang Kajian 1 1.1 Permasalahan Kajian 5 1.2 Objektif Kajian 7 1.3 Persoalan Kajian 7 1.4 Hipotesis Kajian / Andaian Kajian 8 1.5 Kepentingan Kajian/Sumbangan Kajian 8 1.6 Skop Kajian 9 1.7 Kerangka Konseptual Kajian 9 1.7.1 Definisi Operasional 11 1.7.1.1 Andartu 11 1.7.1.2 Kakitangan wanita 11 1.8 Sorotan Karya 12 1.9 Metodologi 13 1.9.1 Rekabentuk Kajian 14 1.9.2 Lokasi Kajian 15
vi 1.9.3 Jenis Data 15 1.9.3.1 Bahagian A 16 1.9.3.2 Bahagian B 16 1.9.4 Penganalisisan Data 17 1.9.5 Populasi dan Sampel 17 1.9.6 Kesimpulan 18 BAB DUA : LATAR BELAKANG RESPONDEN 2.0 Pengenalan 19 2.1 Umur 19 2.2 Tahap Pendidikan 20 2.3 Institusi Bertugas 21 2.4 Tempoh Perkhidmatan 22 2.5 Jawatan 23 2.6 Gred Perjawatan 24 2.7 Anggaran Jumlah Pendapatan Setiap Bulan 25 2.8 Kesimpulan 25 BAB TIGA : FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN ANDARTU DALAM KALANGAN KAKITANGAN WANITA DI INSTITUSI PENJARA NEGERI KEDAH HIDUP MEMBUJANG 3.0 Pengenalan 26
vii 3.1 Faktor Tidak Memiliki Pasangan Yang Bersesuaian 27 3.2 Faktor Situsasi, Fobia, Pergolakan dan Konflik 27 3.3 Faktor Tiada Lelaki Yang Mendekati Kakitangan Andartu 28 3.4 Perasaan Tidak Akan Menemui Kebahagian Apabila Berkahwin 28 3.5 Kesan Pengalaman Pahit Semasa Bercinta 29 3.6 Kesimpulan 30 BAB EMPAT : PERANCANGAN JANGKA PANJANG ANDARTU DALAM KALANGAN KAKITANGAN WANITA DI INSTITUSI PENJARA NEGERI KEDAH 4.0 Pengenalan 31 4.1 Perancangan Jangka Panjang Berkaitan Kewangan 32 4.2 Mengambil Anak Angkat 32 4.3 Menjalani Kehidupan Di Rumah Orang Tua 33 4.4 Melakukan Kerja Kebajikan 33 4.5 Mendalami Ilmu Agama Di Pusat Keagamaan 34 4.6 Pengurusan Perbelanjaan Wang Pencen 34 4.7 Kesimpulan 35 BAB LIMA : STIGMA MASYARAKAT TERHADAP ANDARTU DALAM KALANGAN KAKITANGAN WANITA DI INSTITUSI PENJARA NEGERI KEDAH 5.0 Pengenalan 36 5.1 Label, Stigma dan Stereotaip 36
viii 5.2 Kata-kata Ejekan 37 5.3 Gelaran Negatif 37 5.4 Sering Dibandingkan Dengan Rakan Seusia 38 5.5 Stigma Yang Berterusan 38 5.0 Kesimpulan 39 BAB ENAM : KESIMPULAN DAN CADANGAN 40 Rujukan 42 Lampiran A 44 Lampiran B 45 Lampiran C 51 Lampiran D 52 Lampiran E 65
1 BAB SATU PENDAHULUAN 1.0 Latar Belakang Kajian Dalam menjalani proses kehidupan, setiap individu tidak dapat lari dari melalui dan menjalani beberapa fasa mengikut usia. Masa dewasa merupakan salah satu fasa yang akan dilalui oleh setiap individu. Masa dewasa seseorang individu terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian yang pertama iaitu dewasa awal (18 hingga 40 tahun), dewasa pertengahan (40 hingga 60 tahun) dan dewasa akhir (60 tahun dan ke atas). Melihat kepada fasa ini, dapatlah dilihat bahawa masa dewasa ini sering digunakan oleh seseorang individu untuk menyesuaikan diri dengan tugas dan peranan baru sebagai individu dewasa. Perubahan usia individu akan menjadikan peranan dan tanggungjawab juga akan sentiasa berubah-ubah. Seiring dengan peredaran zaman atau senario masa kini, secara jelas kita dapat lihat bahawa gaya hidup seseorang individu dewasa juga mengalami perubahan. Pada masa kini, ramai individu dewasa masih lagi belum mendirikan rumahtangga terutamanya golongan wanita yang bekerja dan masih hidup membujang. Membujang (single) dikatakan sebagai satu fenomena yang bersifat global namun ianya bergantung kepada faktor, budaya, agama serta sejarah setempat. Kebiasaanya golongan wanita yang bekerja berbanding golongan lelaki seringkali dikaitkan dengan fenomena ini. Lantaran itu wanita yang bekerja dan berstatus bujang semakin hari semakin bertambah kerana perubahan sosial dan rata-ratanya mempunyai pekerjaan yang baik di samping ekonomi dan kewangan yang stabil untuk hidup berdikari terutamanya di bandar-bandar besar semakin meruncing.
2 Melihat kepada laporan bancian penduduk tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jumlah wanita bujang berusia 30 tahun ke atas adalah seramai 4.8 juta orang dan dijangka akan berlaku pertambahan bilangannya ekoran golongan wanita yang bekerja terutamanya lebih mendominasi dalam hubungkaitnya berkahwin lewat sehingga bergelar andartu. Laporan surat khabar Berita Harian pada tahun 2016 pernah menyiarkan tentang bilangan penduduk wanita berumur hingga 49 tahun yang belum pernah berkahwin di Malaysia. Pada tahun 2010, seramai 507,673 orang wanita tidak berkahwin dan ianya telah meningkat kepada 837,334-orang wanita pada tahun 2010. Bedasarkan kepada data ini, Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail, berkata ianya jelas menunjukkan peningkatan jumlah andartu ekoran perkembangan dan perubahan sosiobudaya dan gaya hidup moden menjadi alasan utama wanita andartu lebih selesa hidup solo atau membujang lewat usia. Sebilangan berpendapat mereka bersedia dicemuh masyarakat dengan gelaran andartu daripada terpaksa menanggung derita akibat perkahwinan gagal di pertengahan jalan. Satu Malaysia telahpun mengetahui tentang keretakan rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof, pelakon Hafidz Roshdi dan pasangannya serta pelakon Farid Kamil dengan isterinya Diana Danielle sejak beberapa bulan yang lalu. Melihat kepada situasi ini, perkahwinan awalnya pada sepuluh tahun pertama adalah di dalam fasa perkahwinan yang paling mencabar. Pasangan kadangkala terpaksa berdepan dengan banyak konflik rumah tangga antaranya ialah sukar memahami pasangan, ada hubungan dengan perempuan lain hinggakan berkahwin secara senyap-senyap. Lesen ‘mengikut sunah’ seringkali dijadikan alasan untuk lelaki berkahwin lain tanpa memikirkan perasaan hati si isteri. Lantaran itu menjadikan isu kahwin cerai akibat perbuatan ‘khianat’ suami ini lamalama sudah menjadi satu trend. Usahkan sepuluh tahun, ada yang sesetengahnya berkahwin tidak sampai tiga bulan sudah ada yang bercerai. Secara jelas menunjukkan betapa rapuhnya nilai sebuah perkahwinan. Perkahwinan menjadi gagal bilamana terdapatnya situasi hilang hormat antara pasangan. Hal ini di mana terdapat pasangan yang mula mengasari antara satu sama lain yang berlaku ketika perbalahan kecil kemudian dipanjangkan sehingga
3 tercetusnya kata-kata yang kesat. Lantaran itu, kedua-dua pihak tidak mampu lagi meneruskan perhubungan dan anak-anak kadangkala menjadi mangsa perceraian. Kelemahan komunikasi juga menjadi asbab kepada perkara yang membawa kepada perceraian. Komunikasi yang lemah boleh membuatkan pasangan merasakan buruk sangka terhadap pasangan masing-masing seterusnya menyebabkan perbalahan. Perbalahan yang berpanjangan akan mencetuskan perceraian. Perbalahan dan konflik rumah tangga pada masa kini menampakkan lelaki sangat gigih berusaha untuk menyusahkan isteri. Ianya ibarat hilang segala budi, pengorbanan, kebaikan dan kebahagian yang pernah dilalui bersama sepanjang perkahwinan. Di samping itu, ramai pasangan yang berkahwin hanya kerana mereka ingin berkahwin. Mereka tidak pernah belajar ilmu perkahwinan demi mencari kebahagian bersama. Kalau belajar pun hanya semasa menyertai kursus perkahwinan yang hanya sehari. Rentetan dari itu, menjadikan pasangan tidak tahu bagaimana untuk mengatasi konflik rumah tangga dengan bijak. Lantas perceraian menjadi pilihan untuk mereka selesaikan masalah dalam perkahwinan. Ada juga pasangan yang berkahwin tetapi tidak mengetahui tanggungjawab mereka sebagai suami isteri. Ada sesetengah mereka yang masih lagi mengamalkan gaya hidup seolah-olah masih bujang dan berfoya-foya dengan rakan tanpa memikirkan kehendak pasangan masing-masing. Melihat kepada senario terkini yang berlaku seperti di atas, ianya menjadikan andartu secara jelas bersikap lebih berhati - hati, lebih teliti dan berwaspada. Andartu sentiasa berusaha sendiri mencari kegembiraan dan melakukan perkara-perkara yang menyenangkan perasaan mereka. Hal ini kerana katakanlah seseorang andartu berkahwin di usia lewat 30 an, sebolehnya apabila meninggalkan zaman bujang, ia bukanlah satu keputusan yang meletakkan kehidupan mereka untuk tahun-tahun yang akan datang dalam risiko di ambang perceraian atau konflik perhubungan. Kerana sudah pasti, bagi sesiapapun, keputusan untuk mendirikan rumahtangga bukanlah satu pilihan untuk disia-siakan. Trend berkahwin lewat seperti yang diketahui ianya bukanlah suatu perkara yang baharu. Di dalam masyarakat tradisional, perkahwinan dilihat sebagai elemen yang penting dalam sosialisasi masyarakat melalui pembentukan hubungan antara dua keluarga selain mengukuhkan tali persaudaraan (Fatimah Abdullah, et al., 2010). Lazimnya di Malaysia, seseorang wanita akan melangsungkan perkahwinan pada
4 usia yang tertentu, namun sehingga kini telah berlaku perubahan dalam usia perkahwinan. Perubahan usia perkahwinan terutamanya bagi wanita yang bekerja semakin ketara selaras pemodenan dunia dan pembangunan negara beserta kemajuan yang dikecapi. Sehinggakan dewasa ini, kahwin lewat terutamanya bagi wanita yang bekerja di dalam agensi kerajaan telah menjadi satu fenomena yang tidak dapat dinafikan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Golongan wanita bekerja berstatus bujang digelar andartu ekoran melebihi usia 30 tahun cenderung untuk hidup membujang secara sukarela walaupun ada yang menggelar golongan ini sebagai devian lantaran tidak menepati perkembangan kitaran hidup yang biasa. Sebenarnya, tidak ada seorang wanita pun yang sanggup digelar andartu. Walaupun andartu ini dilihat seperti masalah peribadi kepada wanita yang terlibat sahaja, tetapi adalah masalah bersama. Dalam masyarakat Melayu tradisional, wanita yang sudah berusia namun masih tidak berkahwin biasanya digelar anak dara tua ataupun andartu. Istilah ini bukanlah sesuatu yang janggal malah turut dimuatkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Walaupun tidak diketahui berapakah umur seseorang itu untuk digelar sebagai andartu, namun dalam kepercayaan masyarakat Melayu, jika sudah berusia 30 hingga 40 tahun dan belum berkahwin, mereka ini akan biasanya berisiko untuk dipanggil dengan gelaran begitu sama ada suka atau tidak dengan gelaran tersebut. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi isu ini sekaligus menyelesaikan masalah itu jika kita mampu. Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Lantaran itu, wanita sekarang lebih suka kepada pekerjaan yang mencabar menjadikan mereka lebih suka membujang hingga lewat usia. Keputusan membujang bukanlah sesuatu yang janggal. Trend hidup membujang menjadi sesuatu yang normal dan sesetengah daripada individu dan masyarakat dapat menerima dengan hati yang terbuka tentang fenomena tersebut. Oleh yang demikian, wanita yang tidak berkahwin atau andartu ini dianggap anomali kerana beliau bukan isteri dan bukan juga seorang ibu. Ini membawa kepada stigma andartu dan stereotaip negatif seperti ‘tidak matang’, ‘pentingkan diri’, ‘sunyi’, ‘tidak lengkap’ dan adakalanya ‘perampas suami orang’. Namun demikian, hakikatnya wanita bujang ini pelbagai sifatnya dan pengalaman serta pekerjaan
5 mereka sebenarnya menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan masyarakat dengan cara tersendiri, meskipun bukan sebagai isteri dan ibu. 1.1 Permasalahan Kajian Peningkatan jumlah wanita yang tidak berkahwin dewasa ini seringkali dikaitkan dengan peluang di dalam sektor pekerjaan yang membawa kepada kestabilan ekonomi lantas mengurangkan desakan untuk berkahwin. Meskipun penglibatan wanita bujang dalam dunia pekerjaan amat meluas, namun kajian kurang dijalankan dalam aspek ini. Hasil daripada kajian pengkaji terdahulu, didapati bahawa kerjaya adalah penting dalam kehidupan wanita bujang daripada dua aspek. Pertama, kerjaya menyediakan wanita bujang dengan sumber pendapatan dan seterusnya kestabilan ekonomi diri dan keluarga. Kedua, kerjaya memberikan wanita bujang sumber identiti yang dihormati. Namun begitu, masyarakat Melayu acapkali menyimpan pemikiran bahawa perkahwinan adalah perkara penting yang mesti dilaksanakan bilamana seseorang wanita yang mencapai umur selayaknya untuk berkahwin. Secara tipikalnya mereka beranggapan bahawa manusia perlu hidup dalam kelompok unit keluarga untuk mencari sokongan emosi dan fizikal sekaligus mempunyai keturunan. Kebiasaanya masyarakat yang sudah berkahwin beranggapan bahawa kehidupan individu yang bujang ini sebagai suatu masalah sosial (Nanik & Wiwin Hendriani, 2016). Mereka juga kadang kala tidak dapat menerima bahawa seorang wanita yang normal tidak berkahwin dapat mengecap bahagia dan kepuasan dalam hidup. Dalam sesetengah komuniti pula, ada yang mempunyai anggapan dan melayani wanita bujang yang tidak pernah berkahwin sebagai warganegara kelas kedua kerana tidak mendapat faedah atau kelebihan di tempat kerja sama seperti rakan sekerja yang berkahwin seperti bantuan kewangan, plan penjagaan kesihatan waima tuntutan elaun perpindahan bagi kakitangan wanita bujang juga berbeza walaupun terpaksa membayar kos yang sama dengan yang sudah berkahwin. Menurut Laporan Perangkaan Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2021, jumlah penduduk wanita adalah seramai 15.92 juta orang lebih tinggi pada
6 Suku Tahun Pertama 2020 iaitu 15.83 juta orang. Jumlah ini jelas menunjukkan peningkatan terhadap bilangan penduduk wanita. Namun demikian, tidak semestinya setiap individu khususnya wanita yang mencapai tahap usia berkahwin melangkah ke gerbang perkahwinan tepat pada waktunya. Perkahwinan merupakan asas kepada pembentukan dan pengukuhan sesebuah keluarga. Hal ini kerana pembentukan keluarga dan penghasilan jurai keturunan yang sah selain memastikan kehidupan manusia tidak pupus di muka bumi. Dalam konteks wanita khususnya yang bekerjaya masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kemungkinan dan juga faktor yang menyumbang kepada tingkah laku membujang lewat usia. Pemodenan dan urbanisasi di samping kerjaya dan pendapatan yang stabil dikecapi oleh golongan wanita amat mempengaruhi fenomena membujang lewat usia sehingga bergelar andartu. Walaubagaimanapun, masa kini, maksud dalam nilai perkahwinan dan kekeluargaan dilihat sudah mengalami perubahan. Pergerakan nilai tersebut berlaku dengan lebih ketara apabila terdapat pelbagai pembuktian yang menunjukkan wanita yang bekerjaya membujang lewat usia. Lantaran itu, masalah atau fenomena membujang lewat usia dalam kalangan wanita khususnya kakitangan wanita di dalam institusi penjara semakin hari semakin meningkat. Jumlah tersebut juga mewujudkan peningkatan yang tinggi terhadap golongan andartu yang mana mereka ini merupakan individu yang berstatus bujang atau tidak pernah berkahwin di Malaysia (Rozumah dan Rumayah, 2016). Seiring dengan peredaran zaman, Malaysia di dalam kategori negara-negara Asia juga seperti negara-negara barat iaitu Eropah dan Amerika yang mana pilihan untuk menjadi wanita bujang dan tidak berkahwin telah berkembang menjadi suatu gaya hidup (Nanik & Wiwin Hendriani, 2016). Ini dapat dikaitkan dengan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji dengan mengkaji hubungkaitnya pertambahan bilangan andartu di dalam perkhidmatan bagi sektor awam khususnya kakitangan wanita di institusi penjara dalam Negeri Kedah. Sehingga kini, belum ada kajian yang dilakukan untuk mengetahui punca-punca dan faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan kakitangan wanita andartu ini dibuat oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia atau pengkaji-pengkaji yang lain. Pengkaji akan menjelaskan mengapa kakitangan wanita berumur lebih 30 tahun
7 masih hidup secara bujang walaupun usia mereka telah melebihi had umur untuk berkahwin. Di samping itu, kajian ini juga akan menerangkan bagaimana kakitangan wanita yang bergelar andartu berhadapan atau mendepani golongan masyarakat yang mana seringkali berpandangan negatif terhadap mereka. Malah, kajian ini akan mengupas bagaimana kakitangan wanita andartu ini membuat perancangan jangka panjang walaupun mereka menjalani kehidupan secara bujang tanpa menganggu gugat perjalanan proses kerja mereka dalam menjayakan visi dan misi jabatan. Secara keseluruhannya didapati bahawa terdapat justifikasi menunjukkan signifikan kepada kajian yang akan dijalankan ini. 1.2 Objektif Kajian Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara Negeri Kedah. Setelah kajian ini selesai dijalankan, beberapa perkara dapat diketahui. Kajian ini berasaskan kepada objektif-objektif berikut: i. Menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan hidup membujang. ii. Menghuraikan perancangan jangka panjang kehidupan mereka. iii. Menghuraikan stigma oleh masyarakat terhadap mereka. 1.3 Persoalan Kajian Berikut adalah persoalan yang diutarakan dalam kajian ini: i. Apakah faktor-faktor berlakunya hidup membujang? ii. Apakah perancangan jangka panjang kehidupan mereka? iii. Apakah stigma masyarakat terhadap mereka?
8 1.4 Hipotesis Kajian / Andaian Kajian Fraenkel (1993) menyatakan bahawa, hipotesis merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan. Sebanyak dua (2) hipotesis kajian dibentuk bagi mencapai objektif kajian ini dan seterusnya menjawab persoalan kajian iaitu: Ho1 Tidak terdapat hubungan di antara faktor kakitangan wanita membujang dengan tahap usia. Ho2 Tidak terdapat hubungan di antara faktor untuk kakitangan wanita membujang dengan gred perjawatan. Ho3 Tidak terdapat hubungan dengan stigma yang diterima oleh masyarakat terhadap mereka 1.5 Kepentingan Kajian/Sumbangan Kajian Kepentingan kajian ini dilihat apabila ia secara tidak langsung membolehkan pengkaji meneroka dan memahami setiap faktor yang menyebabkan kakitangan wanita bekerja dalam institusi penjara di Negeri Kedah menjadi seorang andartu. Di samping itu, pengkaji akan dapat memahami dengan lebih mendalam tentang perancangan jangka panjang kakitangan wanita andartu ini dalam kehidupan mereka. Pengkaji secara lebih dekat juga akan mengetahui perasaan kakitangan wanita andartu ini dalam mendepani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan ini. Kajian yang dibentangkan ini juga mempersoalkan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh kakitangan wanita membujang dengan tahap usia dan gred perjawatan di dalam institusi penjara Negeri Kedah. Hasil kajian ini akan berupaya mentafsir bahawa kakitangan wanita yang bergelar andartu ini adalah golongan penting yang sama-sama membantu menjayakan visi dan misi jabatan dalam mendokong usaha peneraju perkhidmatan korektif. Kajian ini perlu diketengahkan kerana rujukan kepada kajian ini adalah amat terhad dan kurang dilaksanakan lantaran kebolehcapaian pengkaji-pengkaji terhadap isu ini yang mana ianya dianggap begitu sensitif bagi sesetengah pihak. Dapatan kajian diharapkan
9 boleh memberi input dan suatu penjelasan yang tepat berkaitan permasalahan isu andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara Negeri Kedah ini. Pihak-pihak yang mungkin berkepentingan dalam kajian ini antaranya: i. Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, ii. Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah, iii. Pengkaji- pengkaji akademik dari institut pengajian di dalam dan luar negara. 1.6 Skop Kajian Skop kajian ini tertumpu kepada faktor-faktor yang menjurus kepada andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara Negeri Kedah. Andartu yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah kakitangan wanita berumur 30 tahun ke atas. Kajian ini tertumpu kepada responden kakitangan wanita di institusi Penjara Alor Setar, Penjara Sungai Petani, Penjara Pokok Sena, dan juga di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Oleh kerana responden kajian ini memenuhi kriteria yang ditetapkan maka dapatan kajian hanya tertumpu kepada andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah sahaja dan tidak melibatkan keseluruhan andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara seluruh Malaysia. 1.7 Kerangka Konseptual Kajian Golongan wanita yang tidak berkahwin telah menjadi satu kategori sosial tersendiri dengan ciri-ciri yang khas, yang mana ianya seringkali bersifat negatif atau tidak normal. Hal ini kerana, golongan ini kerapkali lebih cenderung dibuat perbandingan dengan individu yang sudah berkahwin. Teori identiti sosial (Tajfel & Turner, 1979), menjelaskan bahawa pengkategorian sosial ini merupakan kategori kognitif yang dilakukan oleh setiap individu. Pengkategorian ini terbentuk berdasarkan kesamaan atau perbezaan ciri-ciri setiap individu yang ada dalam atau luar kelompok kategori. Dengan wujudnya kategori sosial ini, ianya turut menyebabkan nilai-nilai psikologi pada harga diri individu turut wujud. Jika status
10 sesuatu kelompok itu dipandang negatif, maka keseluruhan individu dalam kelompok tersebut turut menerima pandangan negatif tersebut dan seterusnya menyebabkan imej dan harga diri tercalar ekoran pemikiran jumud itu tadi. Diperjelaskan di sini bahawa teori identiti sosial menentukan tiga proses mental yang dilalui oleh kakitangan wanita yang bergelar andartu iaitu pengkategorian sosial, pengenalan sosial dan perbandingan sosial yang mana ianya melibatkan andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara dalam Negeri Kedah. PEMBOLEHUBAH TIDAK BERSANDAR PEMBOLEHUBAH BERSANDAR Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian Membuat perancangan jangkamasa panjang Belum bertemu dengan jodoh yang sesuai Bersikap terlalu memilih pasangan Andartu dalam kakitangan wanita di institusi Penjara Negeri Kedah Teori Identiti Sosial (Tajfel & Turner, 1979)
11 1.7.1 Definisi Operasional Definisi operasional merupakan sejumlah perkataan yang dipilih oleh pengkaji untuk diberkan huraian supaya tidak mengelirukan pembaca yang berkemungkinan mempunyai maksud lain seperti yang difahami oleh pengkaji (Ahmad Sunawari, 2009). Dalam kajian ini, terdapat dua konsep operasional yang diberikan definisi iaitu: 1.7.1.1 Andartu Dari sudut etimologi, andartu adalah singkatan untuk frasa “anak dara tua”. Merujuk kepada seorang perempuan yang sudah berusia lewat tapi belum berkahwin. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat pula menyatakan gelaran atau panggilan yang bermaksud anak dara tua. Terdapat berbagai istilah yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam melabelkan golongan ini. Di antaranya ‘anak tak laku’ dan ‘bujang terlajak’. Bagi masyarakat Barat istilah yang sering digunakan adalah ‘spinster’. Menurut ‘Dictionary of Sociology’, ‘spinster’ ialah istilah yang diberikan di England dan Amerika Syarikat terutama dalam abad ke-17. Istilah ini merujuk kepada wanita belum berkahwin yang lanjut usianya melebihi daripada usia yang sepatutnya bagi wanita berkahwin. Keadaan ini merujuk kepada budaya masyarakat pada masa itu yang menyebabkan wanita tidak berkahwin dianggap sebagai sesuatu kegagalan sosial. 1.7.1.2 Kakitangan wanita Klasifikasi kakitangan wanita yang diterjemahkan dalam kajian ini merupakan kakitangan wanita yang bertugas di institusi penjara dalam negeri Kedah dan belum mendirikan rumah tangga meskipun usia mereka sudah mencecah 30-an ke atas. 1.8 Sorotan Karya Bab ini memperlihatkan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu berhubung dengan kajian wanita bekerja yang sehingga merasakan diri mereka selesa hidup secara bujang dan berdikari sehingga melebihi usia sepatutnya
12 berkahwin. Secara tidak langsung, sorotan karya ini bertindak sebagai panduan dalam membantu kelancaran perjalanan kajian. Kaum wanita dikatakan berjaya menghabisakan belajar di peringkat sekolah dan seterusnya menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi berbanding lelaki. Keadaan wanita yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan kemampuan kewangan yang stabil membuatkan wanita melengah-lengahkan perkahwinan kerana mampu menjalani kehidupan sendiri. Perkara paling penting di sini adalah, perubahan dalam pendidikan dan kerjaya telah membuatkan kaum wanita semakin memahami perubahan sosial dalam kalangan masayarakat sekeliling, yang mana kedua-dua faktor adalah penting bagi menjamin kehidupan pada masa akan datang (Jones, 1981). Dalam kajian Siti Rohana Mat Saari (1993), pula menjelaskan punca paling besar wanita lambat berkahwin adalah terlalu memilih dan mempunyai tanggungjawab kepada keluarga. Siti Rohana Mat Saari (1993) juga menyatakan wanita sering melewatkan perkahwinan kerana terlalu memilih, kerjaya yang stabil di samping mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan menyerahkan urusan perkahwinan dengan berserah kepada takdir tanpa berusaha. Gordon (2003) dalam kajiannya mendapati bahawa wanita yang berpendidikan tinggi, mempunyai kewangan yang kukuh dan stabil lebih selesa untuk tidak berkahwin. Gordon (2003) juga mendapati wanita selesa hidup membujang kerana memperolehi peluang yang luas untuk perkembangan diri. Dapatan kajiannya juga mendapati individu bujang untuk penyesuaian masa kendiri kerana tidak mempunyai pasangan dan tidak mempunyai tanggungjawab dalam perhubungan. Sarjana terdahulu Buunk dan Van Driel (1989), Macklin (1987), Stein (1976) telah mengenalpasti beberapa faktor yang dianggap telah mendorong kepada peningkatan golongan bujang. Antara faktor tersebut adalah timbulnya cara gaya hidup yang lebih pelbagai dan peluang pekerjaan bagi kaum wanita. Stein (1976) juga telah mengemukakan faktor bagi menerangkan mengapa sesetengah wanita memilih untuk membujang dari kehidupan berkahwin. Faktor pertama adalah, mereka lebih mempunyai lebih banyak kebebasan untuk membuat pelbagai keputusan serta aktiviti. Seterusnya ialah, dengan status bujang, kaum
13 wanita boleh berpindah randah mengikut keselesaan tanpa membawa atau memikirkan bebanan yang biasanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin. Kajian-kajian lepas mendapati terdapat banyak kelebihan yang diperoleh seseorang wanita apabila tidak berkahwin. Wanita dalam golongan ini lebih pandai berdikari dan bebas membuat keputusan dalam hidup tanpa perlu mendengar pendapat dari seorang lelaki (Baumbush, 2004). Kimberly McErlean (2012), pula menjelaskan bahawa wanita yang tidak berkahwin ini bebas membuat keputusan sendiri, berdikari dan mempunyai masa terluang untuk diri sendiri. Merujuk kepada Nurul Ain Hassan dan Suresh Kumar N Vellymalay (2018) pula mendapati wanita bekerjaya membujang lewat usia seterusnya menjadi andartu kerana untuk merealisasikan hasrat dan impian keluarga, terikat dengan komitmen kerja. Dalam kajian yang telah dilakukan itu juga mendapati ada diantara mereka yang mempunyai sikap kurang yakin terhadap perkahwinan ekoran mengalami pengalaman putus cinta dan merasa kecewa yang berpanjangan. Faktor ini merupakan perkara utama yang diperolehi dalam kajian mereka yang membawa kepada punca kahwin lewat. Mereka juga menghadapi cabaran paling besar akibat pandangan serong dan penghinaan daripada jiran, rakan sekerja akibat berkahwin lewat. Berdasarkan kajian terdahulu, terdapat pelbagai pendapat yang mendapati wanita bekerja lebih memilih membujang. Oleh itu, diharapkan dapatan kajian ini mendorong kepada kajian yang selanjutnya berkenaan mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah. 1.9 Metodologi Menurut Hornby (1985), metodologi adalah satu set kaedah. Oleh itu, ianya menjelaskan rekabentuk kajian, sampel kajian, prosedur atau proses menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan oleh pengkaji. Metodologi kajian adalah mengemukan kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam pengutipan dan analisis data kajian (Arikunto, 2010). Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji lebih mendalam tentang faktor-faktor andartu dalam
14 kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah. Bagi mencapai bab ini, ianya akan meliputi reka bentuk kajian, peserta dan lokasi kajian, jenis data, penganalisisan data, populasi dan sampel bagi memperkukuhkan pengesahan dapatan kajian dan etika kajian. Satu set soalselidik juga dibina oleh pengkaji untuk mengumpulkan data. 1.9.1 Rekabentuk Kajian Menurut Chua Yan Piaw (2014), dalam dunia penyelidikan, hasil kajian ditentukan oleh tujuan kajian. Di dalam sesuatu kajian yang hendak dijalankan ianya memerlukan reka bentuk kajian yang kukuh. Hal ini penting kerana ianya akan menjawab persoalan kajian apabila maklumat-maklumat yang didapati boleh diguna pakai dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu reka bentuk kajian tinjauan melalui metod soal selidik untuk megumpul data-data bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kajian ini. Pendekatan dalam kaedah kajian kuantitatif ini juga bertujuan meneroka dan memahami secara mendalam tentang kehidupan andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah. Pengkaji mengambil keputusan untuk menjalankan kajian menggunakan kaedah kuantitatif dengan penggunaan borang soal selidik disebabkan beberapa pertimbangan. Kaedah penggunaan borang soal selidik dalam kajian ini merupakan cara yang paling popular dalam kajian sains sosial (Vaus, 1990) dan merupakan cara yang efesien bagi mengumpul data kerana ianya mudah dianalisis, jimat, sesuai bagi mengumpul data yang sensitif. Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup dengan pilihan. Jenis soalan ini mudah dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan. Kajian akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian kuantitatif iaitu pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana dapat menerangkan sesuatu masalah atau fenomena secara saintifik bagi mencapai matlamat yang dikehendaki oleh pengkaji. Selain itu, pendekatan ini memberikan pendekatan yang tepat kerana pengumpulan
15 data yang seragam dan bagi kajian yang menggunakan statistik untuk menganalisis data. Di samping itu, kaedah ini adalah lebih bersesuaian dengan kajian ini kerana ianya lebih mudah dianalisis berbanding kaedah-kaedah lain. Selain itu, kaedah ini sesuai digunakan bagi mengumpul data berkenaan dengan faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan kajian ini. Menurut Patten (2001), menjelaskan bahawa kaedah soal selidik merupakan cara yang efisien bagi mengumpul data kerana ia mudah dianalisis, menjimatkan dan sesuai bagi mengumpul data yang sensitif tetapi mempunyai masalah dari segi kadar respon atau maklum balas. 1.9.2 Lokasi Kajian Bagi kajian ini, lokasi institusi penjara dalam negeri Kedah yang dikenalpasti adalah di institusi Penjara Alor Setar, Penjara Sungai Petani, Penjara Pokok Sena, dan juga di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Selain itu juga, sehingga kini belum ada kajian yang dibuat di keempat-empat institusi berkaitan atau berhubung dengan topik yang dikaji. 1.9.3 Jenis Data Sebelum menjalankan kajian ini, pengkaji akan memohon kebenaran beserta proposal bertulis kepada Pengarah Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang, Selangor bagi menjalankan kajian di keempat-empat institusi yang telah dinyatakan. Pengkaji mengumpul data dengan dua kaedah iaitu data primer dan data sekunder. Data primer adalah data yang diperolehi oleh pengkaji berdasarkan soal selidik yang dilakukan. Data sekunder turut digunakan oleh pengkaji iaitu berdasarkan kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sama ada dalam bentuk jurnal, tesis, buku, majalah dan sebagainya. Oleh yang demikian, dalam kajian ini pengkaji lebih menggunakan data primer bagi melengkapkan hasil kajian. Kandungan dalam soal selidik adalah mudah difahami dan ringkas serta mudah dijawab untuk responden yang terlibat. Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Malah pengkaji dapat membuat
16 analisis jawapan dengan cepat. Menurut Chua (2010), borang soal selidik berfungsi sebagai suatu medium pengukuran untuk mengukur nilai sebenar bagi mencapai konsep dalam hipotesis kajian. Malahan juga sebagai penambahan untuk mencapai objektif kajian. Tujuan soal selidik adalah untuk mengetahui ketepatan objektif dalam kajian Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah berkaitan maklumat diri dan bahagian kedua pula soalan tertutup yang mana responden perlu menjawab kesemua soalan yang diberikan. 1.9.3.1 Bahagian A Bahagian ini mengenai maklumat diri berkaitan responden. Soalan dalam bahagian ini mengandungi nombor patil, umur, status perkahwinan, institusi bertugas, tahap pendidikan, tempoh dalam perkhidmatan, jawatan, gred dan juga gaji. 1.9.3.2 Bahagian B Dalam bahagian B pula, iaitu bahagian terakhir dalam soal selidik, pengkaji akan mengkaji perkaitan hubungkait andartu dalam kakitangan wanita di keempatempat institusi penjara yang terlibat yang mana dilihat dari faktor membujang disebabkan dengan tahap usia dan juga disebabkan oleh gred di dalam perjawatan. Jenis skala Likert yang digunakan ialah Likert (1932) yang mencadangkan bahawa indeks seharusnya dibina dengan menambahkan item-item yang berkaitan dengan sesuatu konsep. Skala Likert dalam Bahagian B menggunakan skala Likert 5 skala iaitu: 1 2 3 4 5 Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat Setuju
17 1.9.4 Penganalisisan Data Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ia dapat mengetahui tentang fakta yang mana berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Kaedah ini adalah kaedah paling popular yang digunakan oleh para pengkaji untuk mendapatkan data premier. Data yang dikumpulkan melalui soal selidik (google form) akan diproses dengan menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan rumusan daripada data yang diperoleh. Penggunaan Microsoft Excel akan membantu memudahkan kajian ini dengan menjimatkan masa untuk menganalisis data dengan tepat dan mudah. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik (google form) akan membantu mendapatkan diagram lingkaran (pie chart). 1.9.5 Populasi dan Sampel Sampel kajian merupakan sebahagian daripada objek, atau subjek kajian (Polit & Hungler), 2004. Sampel dijelaskan sebagai subset kepada populasi. Manakala persampelan pula adalah proses pemilihan sebahagian daripada populasi untuk mewakili populasi. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan secara rawak. Populasi kajian adalah merangkumi kakitangan wanita di 4 institusi penjara dalam Negeri Kedah. Dalam kajian ini, populasi kajian adalah merujuk kepada kakitangan wanita yang berumur 30 tahun dan keatas dan masih belum pernah berkahwin. Oleh kerana populasi yang ingin dikaji adalah besar, maka pengkaji perlu melakukan persampelan. Persampelan kajian dibuat melalui kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan secara rawak yang mana melibatkan seramai 30 sampel. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan. Bagi kajian ini, sampel dipilih berdasarkan kakitangan wanita yang berusia 30 tahun ke atas dan masih berstatus bujang.
18 1.9.6 Kesimpulan Bab pertama ini telah menerangkan perkara-perkara asas dan halatuju kajian yang dijalankan. Latarbelakang kajian, pernyataan masalah serta persoalan yang ingin dijawab melalui kajian ini telah dinyatakan dengan jelas. Tujuan dan objektif kajian, kerangka konseptual kajian, definisi operasional, metodologi, rekabentuk kajian, jenis kajian, jenis data, penganalisaan data, populasi dan sampel juga telah diterangkan dengan jelas. Bab seterusnya akan membincangkan keputusan ujian yang diperolehi dalam kajian ini.
19 BAB DUA LATAR BELAKANG RESPONDEN 2.0 Pengenalan Dalam membincangkan permasalahan yang telah diketengahkan iaitu andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah ianya akan hanya berpandukan kepada maklumat - maklumat yang diperolehi melalui soalan kaji selidik serta pengalaman penulis sendiri. Di antara sub topik yang akan diperjelaskan di dalam bab ini adalah maklumat diri atau latar belakang responden seperti berikut: 2.1 Umur Rajah 2.1.1: Peratusan Umur Kakitangan Andartu Dalam Kalangan Kakitangan Wanita Di Institusi Penjara Negeri Kedah Berdasarkan rajah 2.1.1, hasil dapatan kajian menunjukkan kakitangan wanita andartu yang berumur 30 hingga 40 tahun adalah seramai 15 orang atau mewakili 50%. Manakala andartu dalam kakitangan wanita di institusi Penjara Negeri Kedah yang berumur 41 hingga 50 tahun pula adalah seramai 12 orang atau mewakili sebanyak 40% dan kemudiannya diikuti pula oleh andartu kakitangan wanita yang
20 berusia 51 hingga 60 tahun dengan 10% berjumlah seramai tiga orang. Peratusan yang diperolehi jelas menunjukkan andartu kakitangan wanita dalam kalangan kakitangan wanita di institusi Penjara Negeri Kedah lebih didominasi oleh kakitangan yang berusia 30 hingga 40 tahun. 2.2 Tahap Pendidikan Rajah 2.2.1: Peratusan Tahap Pendidikan Kakitangan Andartu Dalam Kalangan Kakitangan Wanita Di Institusi Penjara Negeri Kedah Rajah 2.2.1 di atas menunjukkan peratusan tahap pendidikan kakitangan andartu dalam kalangan wanita di institusi Penjara Negara Kedah. Hasil dapatan melalui soalan kaji selidik menjelaskan bahawa kakitangan andartu yang berkelayakan diploma lebih mendominasi iaitu 33.3% atau mewakili 10 orang. Di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pula menunjukkan 30.0% atau sembilan orang kakitangan. Manakala 20.0% pula diwakili oleh kakitangan yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau seramai enam orang. Bagi kakitangan yang memiliki kelulusan tahap ijazah pula adalah seramai lima orang atau mewakili 16.7%. Melalui rajah di atas jelas menunjukkan kakitangan yang memiliki diploma adalah lebih ramai berbanding kakitangan yang memiliki ijazah yang mana peratus perbezaan adalah 6.6%. Keempat-empat tahap pendidikan ini menunjukkan bahawa setiap kakitangan wanita yang bertugas di institusi penjara dalam negeri Kedah mempunyai kelayakan akademik yang pelbagai.
21 2.3 Institusi Bertugas Rajah 2.3.1: Peratusan Institusi Bertugas Kakitangan Andartu Dalam Kalangan Kakitangan Wanita Di Institusi Penjara Negeri Kedah Andartu kakitangan wanita di Penjara Pokok Sena di dalam rajah 2.3.1 telah menunjukkan peratusan tertinggi. Seramai 30 orang kakitangan telah terlibat dan hasil yang diperolehi jelas menunjukkan seramai 33.3% atau 10 orang yang bertugas di Penjara Pokok Sena. Manakala 20.0% pula telah melibatkan andartu kakitangan wanita yang masing-masing enam orang bertugas di Akademi Koreksional Malaysia dan juga di Penjara Sungai Petani. Sebanyak 26.7% atau seramai lapan orang pula adalah andartu kakitangan wanita yang bertugas di Penjara Alor Setar. Jumlah 30 orang andartu dalam kakitangan wanita yang terlibat ini menghasilkan 100% keputusan kajian yang mewakili keempat-empat institusi penjara yang terlibat. Hasil kajian menunjukkan bahawa andartu dalam kalangan kakitangan wanita mempunyai bilangan yang tinggi adalah di Penjara Pokok Sena sebanyak 33.3%. Kemudiannya diikuti pula oleh Penjara Sungai Petani yang menunjukkan peratusan sebanyak 26.7%. Manakala di Penjara Sungai Petani dan Akademi Koreksional Malaysia, adalah sebanyak 20.0%.
22 2.4 Tempoh Perkhidmatan Rajah 2.4.1: Peratusan Tempoh Perkhidmatan Kakitangan Andartu Dalam Kalangan Kakitangan Wanita Di Institusi Penjara Negeri Kedah Merujuk kepada rajah 2.4.1, tempoh perkhidmatan bagi kakitangan andartu dalam kalangan wanita di institusi Penjara Negeri kedah adalah melibatkan 6 kategori yang mana bermula kurang dari 5 tahun, 6-10 tahun, 11-15 tahun, 16-20 tahun, 20-25 tahun hinggalah yang melebihi tempoh 25 tahun perkhidmatan. Dapatan kajian yang telah diperolehi telah menunjukkan tiga orang atau mewakili 10.0% andartu dalam kakitangan wanita berkerja kurang dari lima tahun dan juga terdapat andartu dalam kalangan kakitangan wanita yang telah pun berkhidmat lebih dari 25 tahun. Mereka yang berkhidmat lebih dari 25 tahun ini adalah seramai tiga orang. Melihat kepada tempoh perkhidmatan 16-20 tahun pula menunjukkan sebanyak tujuh orang atau pun 23.3%. Peratusan yang sama juga iaitu sebanyak 23.3 melibatkan mereka yang telah berkhidmat pada tempoh 20-25 tahun. Selain itu, sebanyak 16.7% atau mewakili lima orang adalah mereka yang bekerja dalam tempoh 6-10 tahun dan 11-15 tahun. Keenam-enam kategori ini melengkapkan peratusan yang telah diterima dalam kajian ini.
23 2.5 Jawatan Rajah 2.5.1: Peratusan Jawatan Kakitangan Andartu Dalam Kalangan Kakitangan Wanita Di Institusi Penjara Negeri Kedah Peratusan pada rajah 2.5.1 menunjukkan perjawatan bermula daripada wadar penjara hingga kakitangan awam yang berkhidmat di dalam institusi penjara Negeri Kedah. Hasil kajian telah mendapati andartu tertinggi adalah dari perjawatan Sarjan Penjara yang mana peratusannya adalah 26.7% ataupun lapan orang. Bagi Penolong Penguasa Penjara satu orang, Sarjan Major Penjara satu orang dan Sub Inspektor Penjara satu orang masing-masing mewakili 3.3%. Manakala 10.0% atau tiga orang masing-masing diwakili oleh Wadar Penjara dan Ketua Inspektor Penjara. Andartu dalam kalangan Inspektor Penjara pula adalah sebanyak 23.3% ataupun tujuh orang. Manakala 6.7% atau dua orang pula adalah mewakili Kopral Penjara. Sebanyak 13.3% atau empat orang pula adalah mewakili kakitangan awam. Jadi jelas menunjukkan bahawa Sarjan Penjara lebih mendominasi peratusan jawatan kakitangan andartu dalam kalangan kakitangan wanita di Institusi Penjara Negeri Kedah.
24 2.6 Gred Perjawatan 2.6.1: Peratusan Gred Perjawatan Kakitangan Andartu Dalam Kalangan Kakitangan Wanita Di Institusi Penjara Negeri Kedah Bagi gred perjawatan merujuk kepada rajah 2.6.1 jelas menunjukkan bahawa tiada langsung melibatkan gred 41 ke atas. Hasil kajian jelas mendapati gred perjawatan kakitangan andartu dalam kakitangan wanita di Institusi Penjara Negeri Kedah di paling atas ialah gred 22-28 yang berjumlah seramai 12 orang dan mencatatkan 40.0%, berbanding dengan dua orang daripada gred 38-40 iaitu hanya 6.7%. Manakala 16.7% atau lima orang pula adalah mewakili andartu dalam gred 19- 20. Melihat kepada gred perjawatan 29-32 seramai 11 orang dan ianya menunjukkan 36.7%. Dapatan kajian dalam gred perjawatan menunjukkan gred perjawatan yang tertinggi dalam jumlah andartu kakitangan wanita adalah dari gred 22-28 dan yang paling rendah peratusannya adalah dari gred perjawatan 38-40.
25 2.7 Anggaran Jumlah Pendapatan Setiap Bulan 2.7.1: Peratusan Anggaran Jumlah Pendapatan Setiap Bulan Kakitangan Andartu Dalam Kalangan Wanita Di Institusi Penjara Negeri Kedah Bagi rajah 2.7.1 mendapati 11 orang ataupun 36.7% adalah dari mereka yang mempunyai gaji bermula dari RM4001-5000 setiap bulan. Seramai 10 orang atau 33.3% adalah kakitangan yang mempunyai pendapatan RM3001-RM4000. Bagi kakitangan andartu yang mempunyai gaji bulanan RM5001-6000 adalah seramai satu orang dengan peratusan 3.3%. Hasil kajian juga mendapati satu orang kakitangan ataupun 3.3% dengan gaji di bawah RM2000. Bagi gaji RM2001-3000 pula melibatkan tujuh orang responden ataupun mewakili 23.3%. Hasil dapatan ini jelas menunjukkan peratusan yang bergaji kecil terlalu sedikit berbanding yang bergaji besar. Hasil dapatan ini juga menunjukkan andartu yang menerima anggaran jumlah pendapatan setiap bulan didominasi oleh mereka yang berpendapatan RM4001-RM5000. 2.8 Kesimpulan Bab kedua ini telah menerangkan dapatan kajian daripada responden tentang umur, tahap pendidikan, institusi sedang bertugas, tempoh perkhidmatan, jawatan, gred perjawatan serta juga anggaran jumlah pendapatan setiap bulan. Semua maklumat diri yang melibatkan responden juga telah diterangkan dengan jelas. Bab berikutnya akan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah.
26 BAB TIGA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN ANDARTU DALAM KALANGAN KAKITANGAN WANITA DI INSTITUSI PENJARA NEGERI KEDAH HIDUP MEMBUJANG 3.0 Pengenalan Ketika ramai orang di dalam dunia ini yang hidup dengan pasangan selepas menempuh alam perkahwinan, namun ada segelintir yang masih membujang. Trend berkahwin lewat pada hari ini dilihat semakin ketara ekoran pembangunan negara dan selaras dengan pemodenan dunia beserta adanya kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini. Dalam konteks negara kita, terdapat perubahan dalam trend perkahwinan terutamanya yang melibatkan wanita bekerjaya. Justeru itu terdapat beberapa faktor utama yang telah menyebabkan andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah ini dan ianya akan diperjelaskan dengan lebih terperinci lagi di dalam bab ketiga ini. Rajah 3.0: Faktor-faktor yang menyebabkan hidup membujang
27 3.1 Faktor Tidak Memiliki Pasangan Yang Bersesuaian Faktor utama berlakunya andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah adalah rata-rata mereka tidak memiliki pasangan yang bersesuaian. Perkara ini telah menjadikan alasan utama mereka memilih untuk hidup membujang sehingga bergelar andartu. Golongan ini sebenarnya bukan tidak mahu berkahwin. Mereka sebenarnya mempunyai niat untuk memiliki pasangan, menamatkan zaman bujang tetapi disebabkan tiada pasangan yang bersesuaian menenjadikan mereka menganggap lebih baik bersendiri sahaja. Berbanding pada zaman dahulu, perkahwinan dibina ekoran faktor desakan dan ada yang telah berkahwin disebabkan oleh pilihan keluarga. Berlainan pula dengan era yang moden sekarang ini, mereka mahu memilih sendiri pasangan mereka dan situasi ini menjadikan mereka sukar mendapatkan pasangan yang sempurna di mata mereka ataupun yang memenuhi kriteria yang mereka inginkan. Justeru itu, dilihat di sini bahawa andartu dalam kakitangan wanita membuat penilaian bijak dalam menerima seseorang itu sebagai pasangan mereka bagi menjadi pasangan serasi untuk jangka masa yang panjang. Penilaian bijak dalam mendapatkan pasangan yang bersesuaian bukan terlalu memilih tetapi sebagai langkah membina ikatan yang bahagia pada mereka. 3.2 Faktor Situsasi, Fobia, Pergolakan dan Konflik Faktor kedua terjadinya andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah adalah kerana mengalami situasi seperti fobia dengan orang sekeliling ekoran terlalu banyak pergolakan dan konflik rumahtangga zaman sekarang sehingga berasa takut untuk berkahwin. Situasi ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai ‘Gamophobia’ yang mana ada di antara mereka pernah mengalami trauma seperti pengalaman ibu dan bapa mereka yang sudah bercerai, atau melihat kepada kegagalan hidup berpasangan orang lain. Perkara atau pengalaman sebegini sebenarnya telah mendorong mereka untuk tidak berkahwin dan lebih rela hidup membujang sampai ke tua. Justeru itu, menyebabkan mereka takut kepada alam perkahwinan dan menimbulkan rasa tidak yakin pada diri sendiri atau pasangan terutamanya untuk memberikan komitmen kepada kehidupan baru dalam perkahwinan.
28 3.3 Faktor Tiada Lelaki Yang Mendekati Kakitangan Andartu Tiada lelaki yang mendekati kakitangan andartu wanita sehingga meyebabkan mereka memilih membujang telah menjadi faktor ketiga. Pemakaian uniform telah menyebabkan kakitangan wanita dilihat kasar pada sesetengah lelaki. Ada antaranya nampak tegas dan mempunyai perwatakan yang kasar seperti lelaki sehinggakan kaum lelaki takut untuk mendekati mereka. Dalam hal ini jelas membuktikan andartu kakitangan wanita dilihat mampu berdikari kerana mereka mampu mencari sumber pendapatan sendiri. Situasi ini juga memperlihatkan dan memperjelaskan bahawa lelaki yang takut untuk mendekati kakitangan wanita tersebut ekoran melihat kakitangan wanita itu mempunyai kerjaya. Dalam hal ini andartu sepatutnya bersyukur kerana mampu hidup sendiri dan tidak menyusahkan sesiapa kerana mempunyai pendapatan tetap dan beruntung kerana tidak didekati oleh lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan di atas status mereka. 3.4 Perasaan Tidak Akan Menemui Kebahagian Apabila Berkahwin Faktor yang berikutnya adalah mereka merasakan tidak akan bahagia apabila berkahwin. Hal ini menjadikan andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah takut untuk mengambil keputusan untuk berkahwin. Berkahwin atau tidak berkahwin adalah pilihan terhadap mereka. Perkahwinan bukanlah sebuah kisah dongeng dan keputusan untuk berkahwin perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab dan perlulah bersedia untuk situasi perkahwinan tersebut. Mempunyai wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta benda bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagian. Dalam hal ini, didapati andartu dalam kakitangan wanita sering berfikir tidak akan bahagia kerana ada sesetengah perkahwinan di mata mereka hanya suatu yang pura-pura. Mereka melihat ada perkahwinan yang ‘berlakon’ untuk disanjungi walaupun hakikatnya jauh di sudut hati tiada sedikit pun rasa tenang dan bahagia.
29 3.5 Kesan Pengalaman Pahit Semasa Bercinta Selain itu, pengalaman pahit dalam bercinta telah membuatkan mereka lebih rela membujang. Setiap orang mesti pernah merasai pengalaman bercinta dan sudah semestinya mengalami pahit manis dalam percintaan tersebut. Begitu juga yang dialami oleh andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah. Seperti yang kita sedia maklum, percintaan tidak semestinya yang indah-indah sahaja. Percintaan yang ‘buruk-buruk’ pun ada juga. Maka situasi tersebut menjadikan mereka berasa tawar hati untuk bercinta dan menyebabkan mereka memilih membujang. Bercinta akan menyebabkan mereka berasa sakit hati ekoran melalui episod putus cinta dan pengalaman pahit telah menjadikan mereka berasa serik untuk mengimpikan kehidupan berpasangan dan memikirkan kehidupan berumah tangga. Ada di antara mereka mengenali lelaki yang hanya bersikap ‘mainmain’ dan tidak mempunyai niat untuk menghalalkan sebagai isteri. Jadi, dari mengalami masalah yang sama, mereka memilih untuk membujang lewat usia walaupun bergelar andartu. Adalah lebih baik menjaga diri sendiri, keluarga dan fokus terhadap kerjaya dari mempunyai pasangan yang ‘toksik’. Namun begitu, andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah memilih tidak bersetuju mereka menjadi andartu kerana mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan membuatkan mereka tidak mahu berkahwin. Dalam pada itu juga, mereka menolak perkaitan gred perjawatan menyebabkan mereka mahu meneruskan kehidupan secara membujang lewat usia kerana beranggapan mereka hanya sesuai berkahwin dengan lelaki yang sama gred perjawatan mereka. Mereka juga menolak tentang perkaitan bahawa pekerjaan mereka menjadi faktor utama mereka menolak perkahwinan dan memilih untuk hidup membujang lewat usia. Hakikatnya mereka bukan menolak perkahwinan tetapi menerima dengan redha tentang ketentuan takdir hidup mereka. Kehidupan harus diteruskan dengan khidmat bakti pada agama, bangsa dan negara walaupun dipandang sinis oleh masyarakat.
30 3.6 Kesimpulan Bab ketiga ini secara jelas telah memperincikan faktor-faktor terjadinya andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah. Biarpun perkahwinan itu merupakan satu tuntutan hidup dan mempunyai kesignifikan yang tinggi dalam kehidupan manusia. Kepentingan dan keperluan perkahwinan telah berubah mengikut zaman dan tidak semestinya perlu berkahwin untuk menutup mulut masyarakat dan hidup penuh kepura-puraan demi tidak mahu rasa malu dalam hidup. Keupayaan ekonomi dan peningkatan diri hasil pendidikan membuatkan andartu ini lebih berhati-hati dalam menentukan bila dan dengan siapa rela ingin berkahwin. Bab berikutnya akan membincangkan tentang perancangan jangka panjang andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah.
31 BAB EMPAT PERANCANGAN JANGKA PANJANG ANDARTU DALAM KALANGAN KAKITANGAN WANITA DI INSTITUSI PENJARA NEGERI KEDAH 4.0 Pengenalan Di Malaysia, penduduk yang berusia 50 tahun dan ke atas akan memasuki kategori pembujangan kekal dan tidak akan berkahwin sepanjang usia. Senario ini membuatkan andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah telah membuat perancangan jangka panjang kehidupan mereka. Jadi, bab ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan perancangan jangka panjang golongan ini. Rajah 4.0: Perancangan Jangka Panjang
32 4.1 Perancangan Jangka Panjang Berkaitan Kewangan Melihat kepada rajah 4.0, andartu membuat perancangan jangka panjang berkaitan kewangan. Mereka dilihat menitikberatkan perancangan jangka panjang dalam kehidupan bagi memastikan kehidupan mereka lebih sejahtera. Sebagai andartu yang bekerjaya dan hidup di era moden, mereka telah membuat perancangan jangka panjang terutamanya mengenai kewangan bagi tujuan mencapai kejayaan hidup. Dalam hal ini dilihat andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah tidak bergantung kepada orang lain terutamanya untuk merancang dan menjamin kewangan mereka. Aspek perancangan kewangan penting pada mereka bagi menghadapi cabaran dan ketidaktentuan seperti pandemik, kemalangan dan kematian. Andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah dilihat juga telah bersedia dalam perancangan kewangan dan mereka juga mempunyai simpanan untuk kegunaan kecemasan kelak. Perkara paling penting, pada mereka perancangan kewangan ini adalah perkara paling utama yang mereka titikberatkan bagi menjamin kualiti kehidupan yang baik sewaktu bersara kelak. 4.2 Mengambil Anak Angkat Andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah juga dilhat merancang mengambil anak angkat untuk menemani dan menjaga mereka di masa tua. Pengambilan anak angkat bagi wanita bujang telah menjadi satu fenomena pada zaman sekarang ini. Memandangkan umur andartu adalah lebih dari 30 tahun, secara jelas memperlihatkan sifat keibuan yang tinggi. Kerjaya juga aspek utama bagi andartu kerana dilihat mampu untuk menyara kehidupannya dengan anak angkat tersebut. Tidak dinafikan perasaan sunyi sentiasa mengiringi setiap andartu. Bagi kebanyakan wanita bujang terutamanya andartu mengambil anak angkat adalah satu pilihan kerana tidak bertemu jodoh yang sesuai. Dalam pada itu, ada di antara mereka yang mahukan anak tetapi tidak mahu bersuami. Anak angkat itu diharap dapat mengisi kesunyian hidup tanpa suami malah anak angkat tersebut juga diharap dapat menemani mereka semasa mereka tua nanti.
33 Mengambil anak angkat adalah suatu langkah praktikal kerana mereka mahukan kerjaya dan tidak mahu masalah dalam perkahwinan mengganggu kerjaya mereka. 4.3 Menjalani Kehidupan Di Rumah Orang Tua Perancangan jangka panjang andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah juga adalah untuk menjalani kehidupan di rumah orang-orang tua seandainya masih berstatus bujang. Pemilihan perancangan ini kerana mereka tidak mahu menyusahkan keluarga terdekat mereka. Mereka juga takut mereka menjadi beban kepada keluarga. Jadi hidup di rumah orang-orang tua adalah pilihan terbaik bagi menjalani kesejahteraan hidup mereka. Mereka juga bimbang sekiranya berlaku situasi luar jangka samaada mereka sakit, ianya akan memberikan masalah pada keluarga. Sudahlah tiada tempat bergantung, hidup seorang diri, pengabaian terhadap mereka pasti berlaku. Jadi bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku perancangan hidup di rumah orang-orang tua adalah langkah tepat dalam menjalani hari tua mereka. Secara jelas rumah orang-orang tua tersebut dapat memberikan jagaan dan perlindungan bilamana mereka menjejaki usia emas. 4.4 Melakukan Kerja Kebajikan Apabila sampai waktunya, andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah pasti akan bersara dari pekerjaan. Terdapat dalam kalangan mereka memilih untuk melakukan kerja-kerja kebajikan sebagai memenuhi jadual kehidupan. Secara fitrahnya, kerja-kerja berbentuk kebajikan ataupun aktiviti yang melibatkan interaksi sesama manusia akan menjadikan kita semakin sihat. Menyertai persatuan atau badan bukan kerajaan secara tidak langsung akan membantu menjaga kesihatan mental dan kehidupan bilamana andartu bersara kelak. Realitinya, perancangan ini adalah bagi menggantikan kerjaya asal dan akan membantu meningkatkan kesihatan mental. Walaupun akan bergelar pesara, andartu dilihat bersedia dalam membuat perancangan yang amat berfaedah setelah
34 bersara nanti. Perancangan ini secara jelas juga akan membawa kecerdasan akal dan membina kestabilan emosi mereka. 4.5 Mendalami Ilmu Agama Di Pusat Keagamaan Memilih memasuki rumah atau ‘pondok’ atau pusat keagamaan bagi mendalami ilmu agama seandainya masih berstatus bujang lewat usia bagi memenuhi kehidupan juga adalah perancangan jangka panjang andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah. Hal ini membolehkan kelebihan masa yang ada atau waktu lapang mereka bolehlah diisi dengan mengikuti pengajian, kuliah dan menuntut ilmu. Berpuluh-puluh tahun bekerja demi berbakti kepada bangsa dan negara, persaraan menjadi waktu yang diidamkan mereka bagi mencari ilmu bekalan untuk akhirat. ‘Pondok’ atau pusat keagamaan adalah suatu tempat yang sangat relevan bagi mendalami ilmu agama. Andartu memilih memasuki tempat ini kerana mereka mahu mengisi masa mereka dengan perkara yang bermanfaat. 4.6 Pengurusan Perbelanjaan Wang Pencen Wang pencen yang bakal diterima mereka diharapkan mencukupi untuk menampung kehidupan harian hingga meniti usia tua. Andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah juga tidak akan terlepas dari mengalami perubahan dalam kehidupan mereka. Mereka pasti akan mengakhiri bidang pekerjaan mereka samaada wajib atau secara pilihan. Semasa bekerja andartu dilihat mempunyai keupayaan namun apabila bersara pastinya mengalami kedudukan yang berkurangan. Jadi wang pencen yang bakal diterima mereka akan dibelanjakan dengan penuh hemah bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. Paling utama andartu adalah insan beruntung kerana sebagai penjawat awam mereka akan dilindungi skim pencen selepas persaraan. Secara tidak langsung mereka juga tidak perlu risau hilang sumber pendapatan walaupun tidak lagi bekerja atau tidak mampu meneruskan perkhidmatan.
35 4.7 Kesimpulan Di dalam bab keempat ini jelas memperlihatkan andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah telah mempersiapkan diri mereka dalam meneruskan kehidupan mereka walaupun berstatus andartu. Perancangan strategik menjadikan mereka individu yang tidak boleh dipandang sebelah mata kerana mereka merupakan individu yang bijak dalam mengatur kehidupan meraka tanpa mengharap belas kasihan dari orang lain. Bab yang seterusnya akan menghuraikan stigma yang diterima golongan ini oleh masyarakat.
36 BAB LIMA STIGMA MASYARAKAT TERHADAP ANDARTU DALAM KALANGAN KAKITANGAN WANITA DI INSTITUSI PENJARA NEGERI KEDAH 5.0 Pengenalan Menjadi seorang andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah bukanlah suatu yang mudah. Mereka seringkali mendapat stigma negatif kerana kehidupan mereka tidak memenuhi piawaian ideal masyarakat. Lazimnya stigma dalam kalangan masyarakat adalah melalui keluarga, rakan sekerja mahupun saudara yang dekat serta jauh. Situasi ini memberikan interpretasi bahawa andartu yang tidak berkahwin pasti bakal mengalami pelbagai masalah dalam kehidupan. Hakikatnya tiada seorang wanita pun mahu menjadi andartu kerana berkahwin itu adalah fitrah manusia. Jadi, bab kelima akan mengupas tentang stigma yang dialami oleh golongan ini dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Rajah 5.0: Stigma yang diterima oleh masyarakat 5.1 Label, Stigma dan Stereotaip Ketidaklengkapan dan ketiadaan peranan sebagai isteri menjadikan golongan ini terserlah melalui label, stigma serta stereotaip yang biasa digunakan oleh
37 masyarakat. Andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah seringkali menerima soalan-soalan dan penghinaan masyarakat berkaitan dengan mengapa masih belum mendirikan rumahtangga atau masih belum berkahwin membuatkan golongan ini telah menjadi ‘lali’. Hal ini kerana perkahwinan adalah suatu nilai kemestian yang telah dibentuk oleh mentaliti masyarakat. Kajian ini juga membuktikan bahawa walaupun masyarakat menyatakan perkahwinan itu sesuatu yang menjadi kemestian dalam kehidupan, kata-kata seperti ‘tidak laku’, ‘terlalu memilih’, membuatkan andartu dalam dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah sebulat suara tidak merasa kecewa dengan penghinaan tersebut. Rajah 5.0 menunjukkan bahawa mereka langsung tidak merasa kecewa dengan situasi tersebut. 5.2 Kata-kata Ejekan Ejekan atau kata-kata negatif seperti, “kahwin lambat nanti susah dapat anak”, “andartu hantaran murah”, “kahwin lambat nanti jadi isteri kedua, jaga anak tiri”, “kalau tak kahwin nanti esok-esok tak ada siapa jaga, duduk rumah orang tua”, “tua nanti siapa nak jaga, sering dilemparkan sesetengah masyarakat yang bermulut jahat. Berdasarkan rajah 5.0, andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah sebenarnya menerima kecaman hebat tersebut dan mereka tidak sesekali berasa malu dengan status mereka. Golongan andartu ini sebenarnya telah menerima ketentuan dalam kehidupan mereka. Mereka juga sebenarnya menghormati diri mereka dengan menjaga kehormatan diri mereka biarpun berdepan ejekan-ejekan dan kecaman masyarakat. Walaupun berstatus andartu, mereka sebenarnya berada dalam situasi terhormat kerana mempunyai kerjaya dalam kehidupan mereka. Masyarakat akan terus berkata-kata namun pada mereka ianya ibarat ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’. 5.3 Gelaran Negatif Terkait dengan penjelasan di atas, andartu menyifatkan gelaran yang negatif terhadap mereka tidak sedikitpun membuatkan mereka sedih dengan masyarakat.
38 Hal ini kerana masyarakat hanya tahu mencemuh, mengeji, mengecam serta melabel andartu dengan pelbagai macam. Masyarakat bebas membuat tindakan sedemikian, tetapi andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah sebenarnya bahagia dengan kehidupan mereka. Ada sesetengah berbahagia apabila berkahwin dan mempunyai anak yang kononnya dapat menghilangkan sunyi. Tetapi ada sesetengah masyarakat yang telah berkahwin sebenarnya mengimpikan kehidupan seperti andartu yang bebas kesana kemari. Andartu lebih bijak mencorakkan kehidupan sebenarnya walaupun banyak tanggapan masyarakat merasakan andartu sering kesunyian tetapi hakikatnya golongan ini lebih hidup bahagia dan tenang menyelusuri kehidupan harian mereka. 5.4 Sering Dibandingkan Dengan Rakan Seusia Andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah juga adakalanya dibandingkan dengan kawan-kawan seusia mereka. Sungguhpun begitu meraka sebenarnya menerima dengan hati yang terbuka bahawa mereka itu seorang andartu. Situasi ini jelas menggambarkan bahawa mereka telah membuang rasa malu dan rendah diri jika berada bersama dengan kawan-kawan seusia mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan dengan usia golongan ini, menjadikan perkahwinan telah menjadi suatu perkara yang tidak begitu penting dan tidak semestinya perlu berkahwin kecuali mereka telah menjumpai calon yang sesuai di mata mereka. Paling utama perkahwinan adalah pemilihan mereka sendiri bukannya untuk keluarga ataupun seluruh masyarakat. 5.5 Stigma Yang Berterusan Apa yang ingin ditekankan di sini, walaupun bermacam kata-kata atau stigma yang diterima oleh masyarakat, sebenarnya sedikitpun tidak mengganggu kehidupan seharian andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah. Stigma, kecaman dan juga stereotaip akan terus diterima oleh mereka selagi dunia belum kiamat. Bukanlah golongan ini tidak mengambil cakna tentang kehidupan mereka, tetapi selagi hidup bertunjangkan agama dan tahu menjaga adab
39 sopan serta kehormatan diri, hidup akan kekal tenang dari mendapat pasangan ‘neraka’. Tidak perlu menutup mulut masyarakat dengan menunjukkan perlu berkahwin tetapi hidup tidak bahagia dan hanya pura-pura demi menolak kecaman masyarakat yang akhirnya memakan diri sendiri. 5.0 Kesimpulan Bab kelima secara jelas telah memperincikan tentang stigma yang diterima adalah dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional memandangkan wanita bujang yang lewat usia terdiri dari wanita yang berkarier. Walaubagaimanapun, didapati bahawa wanita tersebut tidak semuanya sedih dengan ketentuan menjadi bujang walau sudah lewat usia. Andartu dalam kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah dilihat berjaya menangani stigma ‘lapuk’ dengan membina identiti yang dihormati. Bab seterusnya akan menyentuh tentang kesimpulan kajian yang telah dilakukan ini.
40 BAB ENAM KESIMPULAN DAN CADANGAN Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, rumusan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian diutarakan sebagai refleksi kepada keseluruhan kajian ini. Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian secara jelas telah menunjukkan golongan ini tidak pernah menjadikan status mereka sebagai kekurangan dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Golongan ini seringkali dipinggirkan berbanding dengan lelaki berumur 30 tahun ke atas yang masih bujang. Mempunyai status yang sama tetapi andartu wanita lebih cenderung diejek dan dipandang hina. Walaupun menerima penghinaan, golongan andartu ini tidak pernah menjadikan alasan mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Kekurangan mereka adalah tidak mempunyai suami, tetapi hidup mereka ini berdasarkan dapatan kajian, mereka lebih tenang dan hidup bahagia berbanding dengan individu yang berkahwin. Golongan ini secara jelas bukanlah membenci perkahwinan tetapi mereka lebih berhati-hati supaya tidak menerima nasib seperti kawan-kawan mereka yang mengalami masalah dalam perkahwinan. Setelah menjalankan kajian, pemahaman mengenai andartu dalam kalangan kakitangan wanita di institusi penjara negeri Kedah dapat difahami dengan lebih jelas. Golongan ini sebenarnya banyak membantu dalam menjayakan visi dan misi Jabatan Penjara Malaysia khususnya bagi institusi penjara di negeri Kedah. Bertugas dengan memberikan komitmen yang padu pada jabatan kerana meraka sedar akan tanggungjawab yang telah diberikan terhadap mereka. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa andartu dalam kakitangan wanita telah redha dalam kehidupan mereka walaupun berbagai kejian dan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap mereka. Secara jelas juga mereka tidak pernah berasa sedih dan kekurangan kerana ketiadaan individu bergelar suami. Mereka