Quotes Of The Day Inilah perjalanan diriku dalam mencuba meletakkan Harapan kepada orang yang aku harapkan tapi…. @unlucky_person
Satu Tidak perlu berharap kepada orang yang tidak sesekali menghargai diri kita kerana Semakin engkau tunjukkan effort semakin dirinya Akan menjauh Jangan sakitkan diri sendiri demi orang lain
Dua Terkadang terpaksa menebalkan muka kerana terpaksa bersemuka dengannya sebab apa? Sebab aku terlalu mencintai dirinya sedangkan Aku hanya dianggap kawan semata-mata Aku sedar aku bukan yang terbaik untuk nya Tapi aku tulus dalam ikhlas mencintai dirinya
Ketiga Tahun demi tahun aku mencintai tanpa aku Luahkan…. Dan akhirnya aku melepaskan juga kepadanya Aku ingat datangnya sinar kebahagiaan Alangkah hancurnya suasana yang indah:)kerana Hakikatnya Sebegitu aku dikecewakan oleh si dia yang aku terlalu meletakkan harapan sehingga air yang putih menjadi kelam
Keempat Betullah orang cakap mencintai tanpa memiliki Memang sakit Aku terpaksa menerima kenyataan yang aku bukan Orang diharap serta perjuangkannya Aku rebah saat aku diketepikan, aku rebah saat diperlekehkan ,aku rebah saat aku dikecewakan, Dan aku juga rebah saat aku ditinggalkan:)
Kelima Terlalu memberi effort kepada seseorang yang belum pasti akan kehadiran kita Maka tidak perlu untuk tersakiti kerana dia bukan pasti milik kita Jangan memaksa diri untuk membahagiakan orang lain, jika dia benar ikhlas mencintaimu Engkau tidak perlu memberi effort, dia akan datang dengan rela hati bukannya paksa diri
Keenam Setiap perjuangan mesti ada saja halangan, setiap percubaan yang ingin meluahkan perasaan mesti juga akan ada dikecewakan
Ketujuh Tidak perlu untuk rasa iri hati dengan seseorang yang belum pasti engkau dapat memiliki Tidak perlu membazir masa dengan perkara yang tidak dapat membahagiakan diri engkau sendiri Sedarlah bahawa engkau tidak mampu untuk memberi kebahagiaan kepada dirinya yang engkau cintai
Kelapan Sebelum engkau mengejar seseorang yang engkau inginkan maka kejarlah sang penciptanya Kerana apa? Kerana jika kamu mendekati atau selalu mengingati-Nya maka allah akan permudahkan urusanmu untuk mendekati seseorang yang engkau cintai.
Kesembilan Manisnya kenangan bermula dari titik pertemuan Jika pertemuan itu memberi erti perpisahan maka mungkin tidak ada siapa pun yang akan disakitkan Nasihat? Jangan terlalu mengemis dalam menyukai seseorang, mungkin dia sudah mempunyai pilihan Tak perlulah nak rasa ditinggalkan sebab memang dia bukan milik engkau yang engkau impikan
Kesepuluh Hadirnya seseorang dalam diri kita ini tidak semestinya untuk memberi sinaran baru Mungkin hadirnya seseorang itu untuk memberitahu kita tentang erti sebenar dalam percintaan
Kesebelas Sekarang aku dah tahu apa itu menyukai dalam diam Ertinya , dengan cara hilang tanpa berita dan hanya meninggalkan kesan luka yang mendalam Iaitu dipanggil DUKA…
Keduabelas Susah untuk melupakan seseorang yang kita terlalu menaruh perasaan… Terkadang mencintai tanpa memiliki itu lebih sakit berbanding seseorang yang dikecewakan Dia tahu yang aku mencintai dirinya tapi…aku hanya dianggap rakan seperjuangan Nasihat? Jangan mengejar seseorang yang bukan ikhlas mencintai mu , kerjarlah dan pandanglah orang sekeliling mu yang bersusah payah dalam mengejar cintamu
Ketigabelas Mencintai wanita itu perit dan menyakitkan jika mencintai wanita yang tidak mencintai kita… Sedarlah bahawa kita tidak mampu untuk memberi sesuatu yang dia mahukan Jika engkau setulus manapun dalam mencintainya, hakikat demikian dia tidak akan pandang sebab apa? Sebab wanita pada zaman sekarang mementingkan rupa paras yang elok berbanding sikap perangai yang kita tidak tahu baik atau pun buruk
Keempatbelas Manusia kan akan mula menghargai diri kita apabila kita sudah tidak wujud di alam dunia Seperti jugak seseorang yang kita tulus dalam mencintainya… hakikat demikian dia akan mula mengharagi dan mula menyedari apabila kita sudah tidak muncul seperti rutin-rutin yang biasa kita lakukan
Kelimabelas Hati seseorang akan hancur apabila harapannya dikecewakan dan dipermainkan Perasaan apabila seseorang itu betul-betul ikhlas mencintai akan berubah Jika wanita itu mempersendakan sikap yang dilakukan oleh seseorang yang mencintai dirinya
Keenambelas Berhentilah dalam mengejar di alam percintaan kerana ia bukan membawa manfaat Bahkan hanya mencipta DUKA yang tidak dapat dilupakan Terpaksa melayan karenah isi hati yang penuh dengan perasaan kasih kepada seseorang sedangkan dia tidak menganggap lebih daripada apa yang engkau fikirkan:)
Keetujuhbelas Terpaksa mengundurkan diri dalam harapan aku kepada orang yang aku sayangi Terpaksa sedar diri kerana aku tidak layak dalam alam percintaan ini Terpaksa merasai apa itu erti tersakiti:) Terpaksa melepaskan perasaan yang aku terlalu impikan selama ini
Kelapanbelas Setiap masa aku fikirkan cara untuk mendekati seseorang yang telah aku harapkan Masa yang aku perjuangkan terkadang rasa tidak berguna Mengejar dalam kesulitan itu lebih perit jika kejar dalam kesenangan Kerana apa? Jika kita mengejar dalam kesulitan itu kita terpaksa menahan rasa iri hati melihat orang lain mendekati dirinya…
Kesembilanbelas Aku melihat dari sudut raut wajahnya, kadangkadang aku rasa macam dia ingin mendekati diri aku tapi sebaliknya Sebab? Dia ingin melihat diri kamu dalam mengejar dirinya atau erti kata lain ingin melihat sejauh mana usaha mu dalam mengejar dia… Tapi aku tidak percaya akan pernyataan sedemikian kerana wanita pada masa kini hanya melihat rupa paras daripada usaha yang sudah diperjuangkan
Keduapuluh Pelajaran itu lebih penting daripada perkara yang sia-sia contohnya alam percintaan Tidak guna engkau mampu menjaga seseorang jikalau engkau tidak mampu untuk menunjukkan kejayaan dalam pelajaran Rela dikecewakan oleh seseorang yang engkau harapkan daripada dihancurkan dengan pelajaran yang akan membantu engkau pada masa yang akan datang
Ke-21 Jangan berharap dia bisa mencintaimu Belajarlah mencintai diri sendiri Sedarlah kawan bahawa dia hanya hadir untuk mengubati bukannya takdir bersama kita sendiri…
Ke-22 Terima kasih sebab hadir di dalam suatu acara Hadir mu sudah cukup meskipun aku tidak dapat menawan hatimu Terima kasih juga kerana sudah membahagiakan diriku walau demikian aku tahu kamu sedang cuba memperjuangkan orang yang kamu suka Terima kasih lagi sekali kerana sudah membuat aku sedar apa itu erti tersakiti:)