The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FPPP@UPNM, 2020-12-08 19:08:14

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

EDISI KEDUA

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

KANDUNGAN 1

PRAKATA 2

PENSYARAH / PENYELIA 2–4

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan (JPSMP) dan 5-6
Jabatan Pengurusan Logistik dan Pentadbiran (JPLP) 7
Jabatan Pengajian Strategi (JPS)
Jabatan Kenegaraan, Kepemimpinan dan Ketamadunan (JKKK) 8

PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK 8

1.0 PENDAHULUAN 8

2.0 KEPERLUAN ASAS 8
8
2.1 Pengenalan 9
2.2 Matlamat 9
2.3 Objektif 9
2.4 Hasil Pembelajaran 10
2.5 Penggunaan Bahasa 10
2.6 Pendaftaran 10
2.7 Pelantikan Penyelia 10
2.8 Pertukaran penyelia 10
2.9 Penyediaan Cadangan Kertas Akademik 11
2.10 Penyediaan Laporan kertas Akademik
2.11 Tanggungjawab Pelajar 11

3.0 PENILAIAN KERTAS AKADEMIK 11
11
3.1 Komponen Markah 12
a) Cadangan Kertas Akademik 12
b) Laporan kertas Akademik 12
12
3.2 Wajaran permarkahan
3.3 Penapisan Turnitin
3.4 Penyerahan Laporan Kertas Akademik

i

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

4.0 FORMAT KERTAS AKADEMIK 13

4.1 Bahagian Permulaan 13
a) Halaman Tajuk 14
b) Halaman Perakuan Hak Cipta 14
c) Halaman Perakuan Pelajar 14
d) Halaman Penghargaan 14
e) Halaman Abstrak 15
f) Jadual Kandungan 15
g) Senarai Kandungan 15
h) Senarai Jadual 15
i) Senarai Rajah 15
j) Senarai Singkatan 16
16
4.2 Bahagian Teks 16
a) Cadangan Kertas Akademik 16
b) Laporan Kertas Akademik 17
17
4.3 Bahagian Akhir 17
a) Rujukan
b) Lampiran 17

5.0 SPESIFIKASI TEKNIKAL KERTAS AKADEMIK 17
17
5.1 Jenis Tulisan dan Saiz Huruf 17
5.2 Muka Surat Kertas Akademik 18
5.3 Margin 19
5.4 Selang Baris 19
5.5 Perenggan 19
5.6 Petikan Dalam Teks 20
21 - 22
a) Menulis Sisipan Petikan Dalam Teks 23
b) Menulis Petikan yang melebihi 40 Patah Perkataan 23
c) Petikan Dalam Bahasa Asing
d) Ringkasan petikan 24 - 25
e) Memetik Rujukan Dalam Kertas Akademik 26
26
5.7 Penggunaan Nota Kaki 27
5.8 Ibid 27
5.9 Op Cit 27
5.10 Temubual 27
5.11 Penomboran Muka Surat 27
28
a) Bahagian Permulaan 28
b) Lampiran
5.12 Panjang kertas Akademik ii
5.13 Penggunaan Kertas
5.14 Penjilidan

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

a) Kulit Hadapan 28
b) Tulang Belakang 28

6.0 KONVENSI PENULISAN 29

6.1 Unit Pengukuran 29
6.2 Angka 29
6.3 Tanda Eliptikal 29
6.4 Simbol Peratusan 30

7.0 ETIKA PENULISAN KERTAS AKADEMIK 30

8.0 PENUTUP 31

9.0 RUJUKAN 31

LAMPIRAN 32

A Cadangan Tajuk Kertas Akademik
B Senarai kandungan
C Wajaran Pemarkahan
D Pengesahan Status Kertas Akademik
E Tulang belakang dan Kulit Muka Depan Kertas
F Halaman Tajuk (dalam Kertas Akademik)
G Halaman Perakuan Hak Cipta
H Halaman Perakuan Pelajar
I Contoh Penghargaan
J Contoh Abstrak
K Senarai Jadual
L Contoh Jadual
M Senarai Rajah
N Contoh Rajah
O Senarai Singkatan
P Senarai Rujukan Mengikut APA Style

iii

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

PRAKATA

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam sejahtera,

Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat
Allah Subhanahu Wataala, Tuhan yang menguasai seluas-luas lautan ilmu dan
hikmah, di langit dan di bumi.
Pertamanya, tahniah diucapkan diatas penghasilan dan pengemaskinian Buku
Panduan Penulisan Kertas Akademik Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
(FPPP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Edisi Kedua.
Panduan ini merangkumi spesifikasi teknikal, material yang harus digunakan, format,
kaedah penulisan dan rujukan. Terdapat dua format penulisan dalam buku panduan
ini iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pelajar perlu menggunakan format yang telah
ditetapkan oleh jabatan masing- masing bagi mewujudkan keseragaman.
Buku Panduan ini juga mengambilkira teknologi semasa dalam penyediaan dokumen
terutamanya penggunaan perisian komputer dalam penulisan dan pemprosesan data
serta penggunaan maklumat daripada internet. Format penulisan di dalam buku ini
akan dipersembahkan seperti format penulisan ilmiah yang sebenar sebagai contoh
dan panduan kepada pelajar.
Semoga buku panduan ini dapat memberi panduan yang sewajarnya dan menjadi
kayu pengukur kepada keseragaman dalam penulisan akademik oleh pelajar- pelajar
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM).
Sekian, terima kasih.
”KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”

LT KOL PROF. MADYA ARIFFIN BIN ISMAIL (BERSARA)
Dekan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

1

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERTAHANAN (JPSMP) DAN
JABATAN PENGURUSAN LOGISTIK DAN PENTADBIRAN (JPLP)
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

PENYELARAS

Program : Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan
(ZP45)

Penyelaras : Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik

Program : Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan
(ZP58)

Penyelaras : Kdr Ts. Dr. Haliza binti Mohd Zahari TLDM

PENSYARAH / PENYELIA

1. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan The
Profesor

2. Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din
Profesor

3. Prof. Dr. Haslinda binti Abdullah
Profesor

4. Lt Kol Prof. Madya Ariffin bin Ismail (Bersara)
Profesor Madya

5. Prof. Madya Dr. Hj. Hasan Al-Banna bin Mohamed
Profesor Madya

6. Kol Prof. Madya Dr. Mohd Nor bin Yahaya (Bersara)
Profesor Madya

7. Prof. Madya Dr. Zailin binti Zainal Ariffin
Profesor Madya

8. Prof. Madya Dr. Aida Nasirah binti Abdullah
Profesor Madya

9. Prof. Madya Ts. Rozita bin Husin
Profesor Madya

10. Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw
Profesor Madya

11. Prof. Madya Dr. Sayuti bin Ab Ghani
Profesor Madya

2

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

12. Kol Prof. Madya Dr. Burhanuddin bin Jalal (Bersara)
Profesor Madya

13. Lt Kol Prof. Madya Dr. Haji Noor Azmi bin Haji Mohd Zainol (Bersara)
Profesor Madya

14. Lt Kol Dr. Inderjit Singh A/L Tara Singh (Bersara)
Pensyarah Universiti

15. Lt Kol Dr. S. Ananthan a/l Subramaniam (Bersara)
Pensyarah Universiti

16. Lt Kol Dr. Mohd Juraimy bin Hj Kadir (Bersara)
Pensyarah Universiti

17. Lt Kol Dr. Mohamad Daud bin Hj. Johari (Bersara)
Pensyarah Universiti

18. Lt Kol Dr. (Ustaz) Hj Daud bin Hj Mohamed Salleh
Pensyarah Universiti

19. Kol Dr Hj Zahimi Bin Zainol Abidin.
Pensyarah Universiti

20. Mejar Jeneral Dato' Dr. Pakianathan Dawson @ A.Endry Nixon
(Bersara)
Felo Pengajar

21. Dr. Mohd Hamran bin Mohamad
Pensyarah Kanan

22. Dr. Rogis bin Baker
Pensyarah Kanan

23. Dr. Nur Surayya binti Mohd Saudi
Pensyarah Kanan

24. Dr. Hafizah binti Mat Nawi
Pensyarah Kanan

25. Dr. Amnah Saayah binti Ismail
Pensyarah Kanan

26. Dr Nor Nazimi binti Mohd Mustaffa
Pensyarah Kanan

27. Lt Kol Safar bin Yaacob (Bersara)
Pensyarah Kanan

28. Lt Kol Zamri bin Ismail
Pensyarah Kanan

3

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

29. Lt Kol Kamarulzaman bin Lamin (Bersara)
Felo

30. Lt Kdr Nik Ismail Rashed bin Che Ali TLDM (Bersara)
Pensyarah Kanan

31. Lt. Kol. Hj Mohamad Muntaha bin Hj Saleh
Pensyarah Kanan

32.. Encik Rashid bin Nordin
Pensyarah

33. Encik Azizul Hakim bin Mashkuri
Pensyarah

34. Puan Nurhana binti Mohamad Rafiuddin
Pensyarah

35. Puan Khairunnisa binti Mardzuki
Pensyarah

36. Puan Norlaila Mazura binti Mohaiyadin
Pensyarah

37. Encik Mohd Kamarul Amree bin Mohd Sarkam
Pensyarah

38. Kapt. Muhammad Syukri bin Haji Zahari
Pensyarah

4

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

JABATAN PENGAJIAN STRATEGIK (JPS)
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

PENYELARAS

Program : Sarjana Muda Pengajian Strategi (ZP44)
Penyelaras : Dr. Noraini binti Zulkafli @ Zulkifli

PENSYARAH / PENYELIA

1. Prof. Dato’ Dr. Hamzah bin Ahmad
Profesor

2. Prof. Dr. Teh Yik Koon
Profesor

3. Prof. Ruhanas binti Harun
Profesor

4. Prof. Madya Dr. Wan Norhasniah binti Hj. Wan Husin
Profesor Madya

5. Prof. Madya Dr. Adam Leong Kok Wey
Profesor Madya

6. Kol Prof. Madya Dr. Mohd Zaini bin Salleh (Bersara)
Profesor Madya

7. Kol Abdul Latif bin Harun (Bersara)
Felo Kanan

8. Kol Sofian bin Kamaruddin (Bersara)
Felo Kanan

9. Mejar Jen Dato’ Abdul Rahim bin Haji Mohd Yusuff (Bersara)
Felo Pengajar

10. Lt Jen Dato’ Fadzil bin Mokhtar (Bersara)
Felo Pengajar

11. Dr. Salma binti Yusof
Pensyarah Kanan

12. Dr. Tharishini a/p Krishnan
Pensyarah Kanan

13. Dr. Norhazlina Fairuz binti Musa Kutty
Pensyarah Kanan

5

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

14. Dr. Nor Aishah binti Hanifa
Pensyarah Kanan

15. Kol Jamal Rodzi bin Dahari (Bersara)
Pensyarah Kanan

16. Kol Amirudin bin Dato Sulaiman
Pensyarah Kanan

17. Lt Kol Abdul Rahman bin Alavi (Bersara)
Felo

18. Puan Herlin Anak Aman
Pensyarah

19. Lt Kdr Mazura binti Md Saman TLDM (Bersara)
Pensyarah

20. Puan Hanis Shaheera binti Ahmad Hisham
Pensyarah

21. Encik Amer Fawwaz bin Mohamad Yasid
Pensyarah

22. Encik Azrul Azlan bin Abdul Rahman
Pensyarah

23. Puan Wong Chooi Ye
Pensyarah

6

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

JABATAN KENEGARAAN, KEPEMIMPINAN DAN KETAMADUNAN (JKKK)
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

PENYELARAS

Program : Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam (ZP63)
Penyelaras : Encik Redwan bin Yasin

PENSYARAH / PENYELIA

1. Prof. Madya Dr. Sayuti bin Ab Ghani
Profesor Madya

2. Kol Prof. Madya Dr. Burhanuddin bin Jalal (Bersara)
Profesor Madya

3. Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw
Profesor Madya

4. Lt Kol Prof. Madya Dr. Haji Noor Azmi bin Haji Mohd Zainol (Bersara)
Profesor Madya

5. Lt Kol Dr. (Ustaz) Hj Daud bin Hj Mohamed Salleh
Pensyarah Universiti

6. Kol Dr Hj Zahimi Bin Zainol Abidin.
Pensyarah Universiti

7. Dr. Amnah Saayah binti Ismail
Pensyarah Kanan

8. Dr Nor Nazimi binti Mohd Mustaffa
Pensyarah Kanan

9. Lt. Kol. Hj Mohamad Muntaha bin Hj Saleh
Pensyarah Kanan

10. Encik Redwan bin Yasin
Pensyarah

11. Encik Mohd Kamarul Amree bin Mohd Sarkam
Pensyarah

12. Kapt. Muhammad Syukri bin Haji Zahari
Pensyarah

7

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK

1.0 PENDAHULUAN

Penerbitan Buku Panduan Penulisan Kertas Akademik adalah selaras
dasar pengajian pendidikan untuk memperkemaskan tatacara yang teratur
bagi membantu menggalakkan minat penyelidikan di kalangan pelajar
sarjana muda. Sehubungan itu, buku ini bertujuan memberi panduan dan
membantu pelajar program akademik Fakulti Pengajian dan Pengurusan
Pertahanan (FPPP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
untuk menyiapkan penulisan Kertas Akademik. Pendekatan format
penulisan Bab Kertas Akademik ini mejurus kepada prosedur dalam
bentuk laporan kajian kuantitatif dan kualitatif.

Buku panduan ini penting supaya pelajar dapat memahami format
penyediaan Kertas Akademik secara konsisten, sistematik dan mudah
difahami. Setiap institusi pengajian tinggi mempunyai format teknikal dan
penulisan Kertas Akademik yang tersendiri. Namun begitu ianya perlu
mengikut prosedur yang selari digunakan dalam penyelidikan ke peringkat
nasional dan antarabangsa. Justeru, buku panduan ini dikemas kini bagi
mewujudkan keseragaman Kertas Akademik mengikut ketetapan Fakulti.

2.0 KEPERLUAN ASAS

2.1 Pengenalan

Bahagian ini akan menjelaskan tentang keperluan asas
mengenai tatacara dalam kursus Kertas Akademik DRM 3086 /
DMM 3426 / DKI 3466. Para pelajar dikehendaki menjalankan
satu kajian dalam bidang pengajian masing-masing sebagai
memenuhi salah satu syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda.

Peringkat permulaan para pelajar dikehendaki menyediakan
cadangan Kertas Akademik bagi tujuan kajian yang hendak
dijalankan menerusi kursus DRM 3063 / DFM 3223 / DKI 3313.
Cadangan kajian tersebut bertujuan untuk meyakinkan penyelia
bahawa kajian tersebut mempunyai potensi dari segi relevansi
dan signifikan. Seterusnya Laporan Kertas Akademik disediakan
dengan lengkap merangkumi Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4 dan
Bab 5.

2.2 Matlamat

Matlamat Kertas Akademik supaya mendapat pembelajaran dan
memperoleh pengetahuan dalam menjalankan sesuatu kaedah
saintifik kajian berkaitan bidang pengajian masing-masing. Ianya

8

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

juga sebagai memenuhi salah satu syarat pengijazahan program
Ijazah Sarjana Muda.

2.3 Objektif

Pembelajaran melalui Kertas Akademik diharapkan mencapai
beberapa objektif berikut:

i. Membimbing pelajar berdikari menjalankan kaedah
penyelidikan secara teratur dan sistematik.

ii. Memupuk budaya penyelidikan di kalangan pelajar dan
membolehkan penambahan ilmu pengetahuan bidang
pengajian masing-masing.

iii. Mengasah kebolehan pelajar meneroka sesuatu
persoalan kajian, menganalisis dan menyelesaikan
masalah serta rumusan.

iv. Mendisiplinkan pelajar menjalankan kajian mengikut
jangka masa yang ditetapkan.

v. Memberi pengalaman pelajar membentang cadangan
kajian dan mempertahankan dapatan kajian.

vi. Melatih pelajar menyediakan laporan ilmiah secara jujur
dan beretika dalam menjalankan kajian.

2.4 Hasil Pembelajaran

Melalui penghasilan Kertas Akademik, pelajar akan berupaya:

i. Mempunyai pengalaman menghasilkan laporan
penyelidikan secara ilmiah yang teratur.

ii. Mengenal pasti dan menyelesaikan pernyataan masalah
mengikut objektif, metodologi dan analisis dalam
pembuatan keputusan.

iii. Berdikari dan beretika dalam menjalankan kajian masa
depan.

iv. Menyampaikan dapatan kajian secara lisan dengan fakta
yang diyakini.

v. Mendapat pendedahan menjalankan penyelidikan secara
sistematik serta boleh mempraktik ke peringkat Sarjana.

2.5 Penggunaan Bahasa

Penggunaan penulisan Kertas Akademik dalam Bahasa
Malaysia mengikut persetujuan penyelia. Walau bagaimana pun,
pelajar digalakkan membuat penulisan Kertas Akademik dalam
Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa Malaysia dan Inggeris
mestilah seragam keseluruhan penulisan. Penggunaan bahasa
pasar, ‘rojak’, SMS (Short Message System), singkatan ayat
ataupun bahasa ‘chatting’ ditegah sama sekali.

9

2.6 BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
2.7 FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

2.8 Pendaftaran
2.9
2.10 Pelajar diwajibkan mendaftar kursus Kaedah Penyelidikan DRM
3063 / DFM 3223/ DKI 3313 (3 kredit) sebelum mengambil
kursus Kertas Akademik DMM 3426 / DSS 3376 / DKI 3466 (6
kredit) bagi penyediaan laporan Kertas Akademik.

Pelantikan Penyelia

Pelajar boleh mencadangkan nama penyelia di kalangan
pensyarah jabatan masing-masing. Namun pihak jabatan akan
menetapkan penyelia yang sesuai berdasarkan kepakaran
beliau dengan tajuk dan fokus kajian yang dicadangkan oleh
pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk bertemu
dengan penyelia sebaik sahaja dimaklumkan nama penyelia
untuk berbincang dengan lebih lanjut berkenaan Kertas
Akademik masing-masing.

Pertukaran Penyelia

Pelajar tidak dibenarkan menukar penyelia melainkan dengan
kebenaran Jawatankuasa Kertas Akademik jabatan masing-
masing melalui permohonan rasmi secara bertulis.

Penyediaan Cadangan Kertas Akademik

i. Peringkat permulaan pelajar mestilah menyerahkan
Borang Cadangan Tajuk Kertas Akademik kepada
Penyelaras Kertas Akademik selewat-lewatnya pada
minggu ketiga semester empat bermula. Rujuk
Lampiran A.

Penyediaan Laporan Kertas Akademik

i. Laporan Kertas Akademik merupakan penghasilan tesis
Sarjana Muda yang telah mematuhi jadual kerja aktiviti
kajian. Bagi laporan Kertas Akademik terbahagi kepada
Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4 dan Bab 5. Kandungan format
bab laporan Kertas Akademik yang disyorkan mengikut
Lampiran B (i) & (ii).

ii. Penyerahan draf laporan akhir Kertas Akademik tanpa jilid
bersama Borang Semakan Format hendaklah disampaikan
kepada Penyelaras Kertas Akademik mengikut tarikh
Jadual Laporan Kertas Akademik yang diedarkan oleh
penyelaras Kertas Akademik.

10

2.11 BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Tanggungjawab Pelajar

Tanggungjawab utama pelajar adalah menyiapkan Kertas
Akademik dalam tempoh masa yang ditetapkan. Antara
tanggungjawab pelajar yang dikehendaki adalah seperti berikut:

i. Kerap mengadakan temu janji dan interaksi dengan
penyelia dari masa ke semasa.

ii. Menyediakan Buku Log yang perlu dicatat setiap kali
pertemuan atau perundingan kemajuan kajian dengan
penyelia.

iii. Memberitahu penyelia jika sekiranya berlaku perubahan
status pendaftaran kursus atau cuti sakit.

iv. Menyerahkan draf penulisan atau kemas kini Kertas
Akademik dari semasa ke semasa kepada penyelia
mengikut jadual.

v. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Kertas
Akademik atau penyelaras Kertas Akademik jika berlaku
masalah penyeliaan.

3.0 PENILAIAN KERTAS AKADEMIK

3.1 Komponen Markah

Penilaian oleh panel penilai dan penyelia adalah berdasarkan
kepada pencapaian dan kesungguhan pelajar serta penghasilan
Kertas Akademik. Komponen markah yang diambil kira adalah
seperti berikut:

(a) Cadangan Kertas Akademik

i. Isi Kandungan:
 Pernyataan Masalah dan Objektif
 Skop
 Kepentingan Kajian
 Kajian Literatur
 Kaedah Pengumpulan Data
 Rujukan (ketepatan dan terkini)

ii. Etika Kajian:
 Ketulenan Penulisan Kajian
 Menetapi Masa dan Jadual Kerja
 Daya Usaha dan Komitmen
 Mematuhi Komen Penyelia dan Penilai

iii. Kejelasan Penulisan
 Mutu (tata bahasa)
 Gaya Bahasa (akademik)

11

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

(b) Laporan Kertas Akademik

i. Isi Kandungan:
 Abstrak
 Penyataan Masalah dan Objektif
 Sorotan Literatur
 Ketepatan Metodologi
 Kaedah Penganalisisan Data
 Tafsiran Data
 Dapatan Kajian dan Perbincangan
 Kesimpulan dan Rumusan
 Rujukan (ketepatan dan terkini)

ii. Etika Penyelidikan:
 Ketulenan Penulisan Kajian
 Menetapi Masa dan Jadual Kerja
 Daya Usaha dan Komitmen
 Mematuhi Komen Penyelia dan Penilai
 Penggunaan Buku Log
 Kumpul dan Simpan Data

iii. Persembahan Kajian:
 Tertib dan Susunan Kerja Kajian
 Mematuhi Format Kertas Akademik
 Penghujahan Dapatan Kajian
 Keputusan dan Kesimpulan
 Sumbangan Kajian
 Cadangan Kajian Lanjutan

iv. Kejelasan Penulisan:
 Mutu (tata bahasa)
 Gaya Bahasa (akademik)

3.2 Wajaran markah adalah seperti dalam Lampiran C (i) dan
(ii).

3.3 Penapisan Turnit-in diwajibkan.

3.4 Penyerahan Laporan Kertas Akademik

Pelajar perlu membuat pembetulan atau tambah baik Laporan
Kertas Akademik atas nasihat penyelia. Seterusnya pelajar perlu
mengikuti prosedur berikut:

i. Laporan akhir Kertas Akademik tanpa jilid selepas
pembetulan mesti dihantar kepada Penyelia pada

12

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

minggu ke-14 semester kelima atau mengikut Jadual
Kertas Akademik seperti yang telah ditetapkan.

ii. Pelajar perlu menghantar salinan Laporan Kertas
Akademik Tanpa Jilid kepada Penyelaras. Seterusnya
Kertas Akademik akan diagihkan kepada Penyelia.

iii. Penyelia mengembalikan Laporan Kertas Akademik
Tanpa Jilid kepada pelajar untuk membenarkan dihantar
ke fakulti serta mengisi Borang Pengesahan Status Kertas
Akademik seperti Lampiran D.

iv. Pelajar menyiapkan halaman Pengesahan Status,
Pengesahan Penyelia, Perakuan Hak Cipta (jika perlu)
dan Perakuan Pelajar.

v. Tugas akhir pelajar menghantar 1 salinan Cakera Padat
(Catat Nama dan No. Matrik) dalam format Pdf ke Pejabat
Fakulti serta menandatangani Buku Serahan Kertas
Akademik.

vi. Kertas Akademik yang lewat diterima akan dipotong
markah. Kegagalan menghantar Laporan Kertas
Akademik akan diberi Gred E (Gagal).

4.0 FORMAT KERTAS AKADEMIK

Format Kertas Akademik secara umumnya mengandungi tiga bahagian
utama iaitu bahagian permulaan, teks dan akhir.

4.1 Bahagian Permulaan

Bahagian permulaan format Kertas Akademik terdiri daripada
susunan item yang disyorkan. Jadual berikut contoh susunan
halaman muka surat dalam Kertas Akademik:

Item Catatan
i. Kulit Depan Contoh Format Kulit Depan rujuk Lampiran
E.
ii. Halaman Kosong
iii. Pengesahan Status Tidak ditulis nombor muka surat tetapi
iv. Halaman Tajuk dikira muka surat i

v. Perakuan Hak Cipta Dwibahasa Malaysia dan
vi. Perakuan Pelajar
vii. Penghargaan
viii. Abstrak

13

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Inggeris.

ix. Jadual Kandungan
x. Senarai Kandungan
xi. Senarai Jadual
xii. Senarai Rajah
xiii. Senarai Singkatan

(a) Halaman Tajuk

Halaman ini perlu mengandungi perkara berikut:

i) Tajuk penuh Kertas Akademik dengan huruf besar.
ii) Nama penuh penulis dengan huruf besar.
iii) Pernyataan dikemukakan kepada Fakulti Pengajian

dan Pengurusan Pertahanan.
iv) Menyatakan Jenis Sarjana Muda.
v) Bulan dan tahun penghantaran.

Tajuk hendaklah menggambarkan isi kandungan Kertas
Akademik dengan tepat dan jelas. Rujuk Lampiran F.

(b) Halaman Perakuan Hak Cipta

Kenyataan berikut perlu ditulis di halaman ini:

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan
ulang dan atau membuat salinan mana-mana bahagian
bab, ilustrasi atau isi kandungan Kertas Akademik ini dalam
apa jua bentuk dan dengan cara apa jua pun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanika, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis dari Dekan Fakulti
Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia. Rujuk Lampiran G.

(c) Halaman Perakuan Pelajar

Halaman ini mengandungi tandatangan pelajar yang
mengakui bahawa Kertas Akademik tersebut adalah hasil
kerjanya sendiri. Halaman ini juga mengandungi
tandatangan penyelia yang mengesahkan bahawa Kertas
Akademik telah diteliti terima. Rujuk Lampiran H.

(d) Halaman Penghargaan

Penghargaan biasanya mengandungi luahan ucapan
terima kasih kepada individu dan institusi agensi yang telah
memberi kerjasama, pandangan dan panduan sepanjang
proses menyiapkan kajian. Rujuk Lampiran I.

14

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

(e) Halaman Abstrak

Abstrak adalah rumusan keseluruhan penulisan Kertas
Akademik dan perlu diberi perhatian sewajarnya
sebagaimana teks utama. Ulasan karya tidak dinyatakan
dalam abstrak. Nama singkatan mesti ditulis lengkap pada
penggunaan pertama kali. Abstrak tidak boleh melebihi 300
perkataan dan selang satu baris sahaja. Bagi kajian yang
menggunakan kaedah kualitatif, abstrak perlu meliputi
penyataan masalah, objektif kajian, teori/ konsep kajian,
metod kajian dan dapatan kajian. Manakala bagi kajian
yang menggunakan kaedah kuantitatif, abstrak meliputi
objektif, sampel, metodologi, analisis, dapatan serta
kesimpulan kajian. Rujuk Lampiran J.

(f) Jadual Kandungan

Jadual kandungan mengandungi susunan item bahagian
permulaan Kertas Akademik dengan dimulai muka surat ii,
iii, dan seterusnya. Rujuk Lampiran K.

(g) Senarai Kandungan

Senarai kandungan mengandungi bahagian teks Kertas
Akademik mengikut Bab berturutan serta nombor muka
surat yang selaras dengan susunan topik kajian. Rujuk
Lampiran L.

(h) Senarai Jadual

Senarai Jadual hendaklah dinomborkan secara berturutan.
Semua tajuk jadual dikumpulkan dalam Senarai Jadual.
Contoh: Jadual 1, 2, 3, 4 dan seterusnya beserta tajuk dan
muka surat. Rujuk Lampiran M.

Dalam penulisan Kertas Akademik kedudukan jadual perlu
diletakkan selepas huraiannya. Nombor dan tajuk jadual
hendaklah ditaip selang sebaris di atas jadual. Saiz font
10. dan gaya penulisan perlu sentiasa konsisten. Manakala
sumber rujukan perlu ditulis di bawah jadual. Rujuk
Lampiran N.

(i) Senarai Rajah

Senarai Rajah termasuk graf, gambarajah, peta, carta,
diagram, lukisan dan cetakan imej. Semua ini dinomborkan
berturutan seperti Jadual 1, 2, 3, 4, dan seterusnya beserta
tajuk dan muka surat. Rujuk Lampiran 0.

Dalam penulisan Kertas Akademik kedudukan rajah perlu
diletakkan selepas huraiannya di dalam teks. Nombor dan
tajuk rajah hendaklah ditaip selang sebaris di bawah rajah.
Saiz font 10 atau 11 digunakan untuk setiap perkataan

15

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

utama di dalam rajah. Perlu dinyatakan sumber rujukan
rajah terletak di bawah tajuk. Rujuk Lampiran P.

(j) Senarai Singkatan

Senarai Singkatan terdiri daripada pelbagai jenis singkatan
atau abbreviasi dan akronim yang digunakan dalam Kertas
Akademik seperti ALK, FPPP, HEPA, UPNM. Justeru, perlu
dikumpulkan dalam Senarai Singkatan walaupun pada
permulaan teks telah memaklumkan nama singkatan
tersebut. Ianya memudahkan pembaca memahami maksud
bagi mereka yang tidak tahu erti singkatan tersebut. Rujuk
Lampiran Q.

4.2 Bahagian Teks

(a) Cadangan Kertas Akademik (Kuantitatif)

Bagi bahagian teks Cadangan Kertas Akademik seperti
berikut:

Kuantitatif Kualitatif

(ZP45 / ZP58) (ZP44 / ZP63)
Bab 1 – Pengenalan
Bab 2 – Sorotan Literatur Proposal
Bab 3 – Kaedah Penyelidikan
1. Latar Belakang
2. Penyataan Masalah
3. Objektif Kajian
4. Methodologi
5. Sorotan Literatur
6. Kerangka Konsep
7. Skop dan Limitasi
8. Signifikasi

(b) Laporan Kertas Akademik

Bagi bahagian teks Laporan Kertas Akademik seperti berikut:

Kuantitatif Kualitatif
(ZP44 / ZP63)
(ZP45 / ZP58) Bab 1 - Proposal
Bab 1 – Pengenalan Bab 2 – Objektif 1
Bab 2 – Sorotan Literatur Bab 3 – Objektif 2
Bab 3 – Kaedah Penyelidikan Bab 4 – Objektif 3
Bab 4 – Dapatan Kajian dan
Bab 5 – Kesimpulan
Perbincangan
Bab 5 – Kesimpulan

Rujuk Lampiran C(i) – Kuantitatif dan
Rujuk Lampiran C(ii) – Kualitatif

16

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

4.3 Bahagian Akhir

(a) Rujukan

Rujukan dalam penulisan Kertas Akademik digunakan untuk
menyatakan sumber maklumat yang diperolehi daripada
bahan ilmiah atau bercetak seperti buku, jurnal, laporan,
majalah, surat khabar atau pun melalui Internet. Rujukan
dikehendaki menggunakan versi gaya penulisan APA Style
dengan font 12 Times New Roman. Rujuk Lampiran P.

(b) Lampiran

Terdapat dokumen atau data yang penting berkaitan dengan
kajian Kertas Akademik hendaklah dijadikan bahan lampiran
seperti borang soal selidik dan data output SPSS.
Lampiran hendaklah disusun mengikut turutan nombor 1, 2 ...
10.

5.0 SPESIFIKASI TEKNIKAL KERTAS AKADEMIK

Penulisan Kertas Akademik hendaklah bertaip menggunakan komputer dan
dicetak dengan kertas berkualiti. Pelajar dinasihatkan mengikut format dan
spesifikasi teknikal Kertas Akademik sebelum mencetak draf laporan akhir
untuk dijilid.

5.1 Jenis Tulisan dan Saiz Huruf

Keseluruhan laporan termasuk tajuk dan nombor muka surat ditaip
menggunakan Times New Roman. Gunakan saiz huruf 12 dan tidak
ditulis condong kecuali nama saintifik dan perkataan bahasa
berlainan. Tajuk mestilah ditulis dengan menggunakan format Bold.
Bagi saiz tulisan teks di dalam jadual atau rajah menggunakan saiz
huruf 10.

5.2 Muka Surat Kertas Akademik

Kertas Akademik dicadangkan di antara 60 hingga 100 muka surat
termasuk lampiran yang disertakan. Jika kurang atau melebihi dari
jumlah yang ditetapkan, pelajar perlu mendapatkan persetujuan
penyelia masing-masing.

5.3 Margin

Jarak margin sebelah kiri 40mm (4cm). Manakala jarak margin
kanan, atas dan bawah pula hendaklah 25mm (2.5 cm). Ketetapan

17

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

margin adalah untuk memudahkan keseragaman proses penjilidan
Kertas Akademik.

2.5cm
m

4cm 2.5cm

2.5cm

5.4 Selang Baris
Kertas Akademik perlu ditaip selang dua-baris (double spacing).
Untuk sub-para perlu ditaip selang dua-baris, Manakala, sub-
heading ditaip selang empat baris (2 x double spacing) diperlukan
antara bahagian. Walau bagaimanapun, berikut hendaklah ditaip
selang sebaris (single spacing) iaitu:
i. Sesuatu petikan melebihi tiga baris yang dieditkan dalam
bentuk blok.
ii. Rujukan (kecuali selang antara dua rujukan).
iii. Tajuk jadual atau gambarajah.
iv. Nota di bawah jadual atau gambarajah.
v. Lampiran contoh soal selidik dan surat menyurat.
vi. Penerangan berbentuk nota kaki (kualitatif sahaja).

18

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

5.5 Perenggan

Perkataan pertama pada permulaan ayat dalam sesuatu perenggan
harus dimulakan dari margin kiri, tidak dimulakan dari beberapa
ruang ke kanan (tanpa tab). Begitu juga apabila ingin memulakan
perenggan berikutnya. Contoh perenggan adalah seperti berikut :

Ramai daripada para analisis politik, antaranya Rahman (2018),
Noraini (2019) dan Halizahari (2020), beranggapan bahawa
ekonomi Amerika Syarikat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Antaranya adalah …………………………
……………………………………………………………………..

Perniagaan yang dikuasai oleh individu-individu tersebar luas di
beberapa buah Negara …………………………………
……………………………………………………………………..

Nota : Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau
idea yang sama. Dalam penulisan, pembinaan perenggan
adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan.
Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu
memulakan perenggan baru. Satu perenggan memerlukan
sekurang- kurangnya lapan (8) baris.

5.6 Petikan dalam Teks

Terdapat beberapa cara untuk menulis petikan di dalam teks. Pelajar
perlu menguasai cara-cara tersebut dan menggunakannya mengikut
kesesuaian. Berikut disertakan tiga contoh menulis petikan di dalam
teks dalam Kertas Akademik iaitu;

a) Menulis Sisipan Petikan Dalam Teks

Memasukkan sisipan dalam teks dilakukan apabila petikan
berkenaan terdiri daripada ayat atau rangkai kata tertentu
sahaja. Ayat atau rangkai kata berkenaan adalah sederhana
panjang dan tidak melebihi 40 patah perkataan. Apabila petikan
mahu disisipkan dalam teks, ayat atau rangkai kata berkenaan
perlu dimasukkan dalam tanda pengikat kata atau petik ( “ ” )
seperti contoh di bawah:

19

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Contoh Petikan Yang Disisip

Contoh 1:

Kajian Noraini dan Haliza mendapati sifat mesra-dingin,
yang dianggap oleh mereka sebagai “... ciri-ciri peribadi
yang membawa kandungan sosial dan bukannya
ideologikal” (1988: 120), muncul sebagai dimensi
terpenting

Contoh 2:

Watak Ungging dalam novel Pindah adalah seorang
Penan yang “rajin berhuma, kuat berkebun lada, cekap
berburu dan berani pula” (Jong, 1988; 39). Tubuhnya yang
tegap membuktikan keupayaannya berkerja. Hutan
menjadi punca rezekinya yang lumayan. “Kalau berburu
waktu siang pasti seekor dua lotong, monyet, seekor dua
burung empuna, segayan ataupun imbok terpanggul di
bahunya ketika pulang” (Jong, 1988; 75). Dia menjadi wira
dalam masyarakatnya yang mementingkan kemahiran
berburu.

b) Menulis Petikan Yang Melebihi 40 Patah Perkataan

Apabila tulisan ilmiah yang anda hasilkan mengguna petikan
yang melebihi 40 patah perkataan, petikan berkenaan perlu
ditulis dalam perenggan yang tersendiri. Perenggan itu pula
perlu dimasukkan satu tab ke dalam di bahagian kanan dan kiri
perenggan itu berbanding teks yang lain. Jadi, perenggan ini
wujud secara berasingan daripada teks dan berbeza daripada
perenggan yang lain. Dua contoh di bawah memaparkan
bagaimana cara menulis petikan jenis ini.

Contoh Petikan Yang Melebihi 40 Patah Perkataan

Contoh 1:

Noraini (2020: 253) mencadangkan:

“Insiden-insiden kritis yang mengandungi unsur-unsur
kepimpinan yang berlaku dalam masa pemimpin karismatik
ini menguruskan umatnya secara jarak jauh dalam hubungan
dengan khalayak ramai, dengan kelompok kecil atau dengan

20

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

umatnya secara individu perlu digali daripada
perbendaharaan sejarah Islam untuk membolehkan kita
menarik kesimpulan tentang proposisi-proposisi Islam
tentang kepimpinan dan menimba hipotesis-hipotesis yang
boleh diuji”.

Contoh 2:

Masyarakat Lun Bawang sangat menghormati semangat padi
kerana mengenang jasa dan pengorbanan dua beradik yang
sanggup berkorban demi kelangsungan masyarakat mereka.
Ini dijelaskan dalam novel Anak Ruma’ Kadang seperti
petikan di bawah;

“Lama-kelamaan, kerana kebuluran, budak lelaki itu pun
mengambil keputusan untuk membunuh adik perempuannya
itu. Kemudian dia menarik mayat adiknya itu atas ladang
sehingga tanah itu berlumuran dengan darahnya. Di mana
darah adiknya jatuh, di situlah padi dan tumbuh-tumbuhan
yang boleh dimakan tumbuh. Akhirnya, si abang pun
mempunyai makan yang mencukupi daripada padi yang telah
tumbuh itu. Inilah sebabnya orang Lun Bawang pada masa
silam menganggap pembaziran terhadap beras sebagai satu
tindakan yang jahat dan tidak menghormati budak
perempuan yang yang rela mengorbankan dirinya untuk
mereka”.

(Rahman, 2020; 45-46)

c) Petikan Dalam Bahasa Asing

Cara menulis petikan dalam bahasa asing terdiri daripada
kedua-dua cara di atas. Sekiranya petikan berkenaan terdiri
daripada ayat atau rangkai kata yang kurang daripada 40 patah
perkataan, petikan ini disisipkan dalam teks, manakala bagi
sumber petikan yang berjumlah 40 patah perkataan atau lebih,
petikan berkenaan perlu dimasukkan dalam perenggan yang
tersendiri.Walau bagaimanapun, petikan dalam bahasa asing ini
seperti bahasa Inggeris, petikan berkenaan perlu dicondongkan.

Contoh Petikan Bahasa Asing

Nota: Jika pelajar menulis dalam bahasa Inggeris, maka petikan
tidak perlu dicondongkan.

21

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Contoh 1:

Haliza menyatakan bahawa "fostering and growing
awareness of our collective denial of a shared responsibility
for the relocation of the boundary between culture and
nature" (2020;14) sebagai hala tuju kritikan ekologi yang
menggabungkan antara sastera dan alam sekitar.

Contoh 2:

Mengikut Global English Newsletter (2002):
“…the knowledge business is becoming increasingly global.
In science, technology, medicine, economics, and other
social sciences, disciplinary knowledge is mediated through
international journals, conferences…English plays a central
role in the construction of such global knowledges, …”

Contoh 3:

Perincian tentang masyarakat Penan boleh dilihat seperti
berikut;

There are a number of significant differences between
Eastern and Western Penan with regard to subsistence
technology, settlement patterns, social organization, and in
the tenor of social relationships. Western Penan
communities tend to be much larger than those of Eastern
Penan and are enduring social aggregates characterized by
long-term stability and a strong sense of community
solidarity. Smaller Eastern Penan bands are much more
fluid with respect to composition and much more ephemeral
with respect to long-term historical identity. Today nearly all
Penan have settled and taken up agriculture.

22

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

d) Ringkasan petikan (paraphrases)

Apabila meringkaskan petikan dengan menggunakan ayat atau
bahasa sendiri, pelajar perlu memetik/ menyatakan pengarang
asal bersama tahun dan muka surat.

Contoh 1:

Pasukan Pertahanan Diri Laut merupakan pasukan
separa tentera yang ditubuhkan di bawah Pasukan
Pertahanan Diri Jepun mengikut undang- undang
Pasukan Pertahanan Diri 1954 bagi mengawasi
keselamatan maritim negara Jepun (Yoshinaga, 2020,
hlmn 24).

Atau

Yoshinaga (2020, Hlmn 24) menyatakan Pasukan
Pertahanan Diri Laut merupakan pasukan separa tentera
yang ditubuhkan di bawah Pasukan Pertahanan Diri
Jepun mengikut undang- undang Pasukan Pertahanan
Diri 1954 bagi mengawasi keselamatan maritim negara
Jepun.

e) Memetik Rujukan dalam Kertas Akademik

Berikut merupakan contoh cara memetik rujukan mengikut
format APA daripada sumber rujukan.

Jenis Pertama kali Memetik Pertama kali Memetik
Petikan memetik sumber kali memetik sumber kali
sumber, sumber kedua apabila
kedua apabila
menggunakan menggunakan penulis penulis
format dinamakan
format dinamakan dalam ayat
kurungan pada kurungan di dalam ayat
akhir ayat
akhir ayat

Satu ….... (Noraini, ….... (Noraini, Noraini (2020) Noraini (2020)
pengarang 2020, hlmn. 24). 2020, hlmn. 20).
menyatakan menyatakan
“….” (hlmn 20). “….” (hlmn 40).

Dua …..(Noraini & …..(Noraini & Noraini dan Noraini dan
pengarang Haliza, 2020, Haliza, 2020,
hlmn. 15) hlmn. 10) Haliza (2020) Haliza (2020)

menyatakan menyatakan
“…” (hlmn 13). “…” (hlmn 33).

Tiga …. (Noraini et. …… (Noraini et Noraini et. al. Noraini et al
hingga al., 2020, hlmn. al., 2020, hlmn (2020)
56) 50) (2020) menerangkan
lima (hlmn 22)
pengarang menghujahkan
…. (hlmn 7).

23

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Enam dan …..(Noraini et …..(Noraini et Noraini et al Noraini et al
lebih al., 2020, hlmn. al., 2020, hlmn. (2020) (2020)
23) 26) berpendapat berpendapat
pengarang “…..” (hlmn “…..” (hlmn
(TransCanada, ....(TransCanad 15). 77).
Organisas 2020, hlmn 11) a, 2020, hlmn
i, institusi 14) TransCanada TransCanada
…. (World (2020) (2020)
Kumpulan Health ……. (WHO, melaporkan …. melaporkan ….
pengarang Organization 2020, Fostering (hlmn 33). (hlmn 38).
, tiada no [WHO], WHO, Health Security,
2020,Fostering para. 8 World Health WHO
muka Health Security, Organization menyatakan
surat para 1) (WHO, 2020) ….(Fostering
menemui ….. Health
(Fostering Security, para
Health 2)
Security, para
1).

Nota: Jika pelajar menulis dalam Bahasa Inggeris, perkataan halaman (hlmn) boleh
ditukar kepada page (p.). Penggunaan “para” merujuk kepada petikan internet yang

tidak mempunyai nombor halaman.

5.7 Penggunaan Nota Kaki

(Tertakluk kepada Penulisan Kualitatif sahaja)

Kaedah penulisan nota kaki biasa digunakan dalam penulisan
bercorak Chicago (Chicago style). Penggunaan nota kaki dalam
penulisan laporan Kertas Akademik tertakluk kepada perbincangan
dengan penyelia. Seandainya kaedah ini dipersetujui,
penulisannya hendaklah seragam bagi keseluruhan penulisan
laporan Kertas Akademik. Pelajar perlu memberi perhatian kepada
cara penulisan sumber-sumber rujukan pada nota kaki yang agak
berbeza sedikit dari penulisan Rujukan. Angka pada nota kaki
ditulis menggunakan huruf superscript. Perlu diingatkan,
penggunaan nota kaki adalah untuk menerangkan atau memberi
maklumat tambahan mengenai perkara yang terdapat dalam
kandungan teks pada halaman yang berkenaan. Sistem catatan
bawah ini juga digunakan untuk memberi sumber rujukan.
Penggunaan catatan bawah hanya digunakan jika perlu
sahaja.

24

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

a. Penomboran menggunakan nombor superskrip pada

tempat yang berkenaan dalam sesuatu halaman teks.

b. Gunakan nombor superskrip yang sama di bahagian

Cara bawah halaman itu beserta catatan atau maklumat

a. penomboran tambahan.
Nota Kaki c. Panjang garis pemisah antara teks dengan catatan

bawah hendaklah tidak kurang daripada 40mm.

d. Nombor yang digunakan hendaklah berturutan bermula

dengan nombor 1 dan bersambungan dengan bab

seterusnya

Berikan maklumat yang lengkap.

b. Pembutiran a) Nama pengarang diikuti koma
Nota Kaki b) Tahun diikuti koma

c) Halaman diikuti noktah

c. Cara menulis a) Tulisan Times New Roman dan Saiz huruf 10.
b) Catatan bawah hendaklah ditaip selang satu langkau.
Nota Kaki c) Nota kaki ditulis selepas noktah.

Faktor a) Penulis mempunyai artikel/ buku yang ditulis pada

d. penggunaan tahun yang sama.

Nota Kaki b) Sebagai penerangan terhadap sesuatu.

Contoh 1 (Rujukan yang sama digunakan)

Berbeza dengan Selat Sunda dan Lombok, kedua-dua

laluan ini bukanlah laluan antarabangsa kerana ia berada di

dalam laluan Achipelagic Sea Lanes (Artikel 53-
UNCLOS).1 Ia memberikan kuasa kepada sesebuah negara

untuk menambah peraturan sendiri (selagi tidak
berlawanan dengan peraturan yang ditetapkan IMO).2 Di

dalam kes ini Selat Sunda dan Selat Lombok berada di

dalam wilayah kedaulatan Indonesia. Oleh itu kerajaan

Indonesia mempunyai kuasa untuk memastikan perairan

e. Contoh tersebut selamat untuk dilalui serta selamat dari ancaman

jenayah maritim.3 Untuk penggunaan

kali pertama

----------------------------------------------------------

1 Forbes, V. L. (2019). Indonesia Archipelago. London:

Pearson. Hlmn 34. Untuk penggunaan

2 Forbes, V. L. (2019). Hlmn 33. rujukan sama .

3Forbes, V. L. (2019). Sunda Straits vs Lombok Straits.

New York: Oxford.Hlmn 90 Penulis dan tahun

sama, artikel

berbeza

25

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Contoh 2 (Menerangkan sesuatu)
Manakala Selat Lombok pula adalah lebih selamat untuk
dilalui oleh kapal berbanding Selat Sunda tetapi ia
memerlukan perjalanan yang lebih jauh.1
----------------------------
1 Perjalanan dari Pelabuhan Ras Tanura (Arab Saudi) ke
Yokohama, Jepun adalah sejauh 6,600nm menggunakan
laluan Selat Melaka, tetapi ia menjadi 7,500nm jika
menggunakan laluan Selat Lombok. Penambahan jarak
dan masa perjalanan ini telah menyebabkan sesebuah
kapal perlu menambah nilai pelayaran kepada ASD84
sehingga ASD250 juta setahun (Noraini 2020: 2)

5.8 Ibid
Digunakan apabila pelajar ingin merujuk sumber yang sama
berulang kali. Sekiranya pelajar merujuk kepada muka surat
tertentu dari bahan rujukan yang sama, maka muka surat tersebut
perlu ditulis selepas maklumat penerbitan seperti pada nota kaki di
bawah.

1 Kate, L. T. A Manual for Writers of Research Papers, Theses,
and Dissertations. 7th ed. (London: The University ofChicago
Press, 2007), hlm 21.

2 Ibid.  Jika halaman yang dirujuk sama dengan nota kaki
pertama

3 Ibid, 130.  Jika halaman yang dirujuk berlainan dengan
nota kaki pertama

5.9 Op cit
Singkatan kepada perkataan opera citato, yang bermaksud “dipetik
dari” adalah asing dan tidak digunakan lagi pada nota kaki

26

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

5.10 Temubual

Temubual dijalankan apabila pelajar ingin mendapatkan data
primer untuk Kertas Akademik. Terdapat dua jenis temu bual yang
dilakukan iaitu bersemuka dan menerusi mel-eletronik. Temubual
menerusi Mel-eletronik dilakukan kerana responden gagal untuk
ditemubual secara bersemuka. Soalan bagi temubual terbahagi
kepada dua jenis iaitu berstruktur dan semi- struktur. Untuk
menjalankan temubual, pelajar perlu mendapatkan surat
kebenaran dari Jabatan. Surat tersebut perlu dimohon melalui
penyelaras Kertas Akademik. Namun begitu, temubual tidak
diwajibkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

5.11 Penomboran Muka Surat

Semua muka surat perlu dinomborkan tengah muka surat di
bawah. Halaman dinomborkan secara berturutan termasuk
halaman untuk jadual, gambar rajah dan lampiran.

(a) Bahagian Permulaan

Halaman sebelum Bab 1 mesti dinomborkan dengan huruf
Roman iaitu i, ii, iii dan seterusnya. Halaman Tajuk tidak perlu
dinomborkan walaupun dikira sebagai muka surat i. Muka
surat 1 bermula dengan halaman Pengenalan atau Bab 1.

(b) Lampiran

Setiap lampiran perlu dibezakan dengan menggunakan huruf
besar bermula dengan A, B, C dan seterusnya. Halaman
untuk lampiran juga perlu dinomborkan berturutan daripada
muka surat sebelumnya.

5.12 Panjang Kertas Akademik

Panjang teks yang dicadangkan adalah di antara 10 000 hingga
11 000 perkataan sahaja. Ini tidak termasuk lampiran yang
disertakan. Jika melebihi dari kadar yang ditetapkan, pelajar
hendaklah mendapatkan kebenaran penyelia. Markah akan ditolak
jika melebihi had perkataan yang dibenarkan.

27

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

5.13 Penggunaan Kertas

Gunakan kertas simili putih 80gsm ataupun sama kualiti
dengannya. Saiz kertas ialah A4 ataupun berukuran 210 mm x 297
mm.

5.14 Penjilidan

Kertas Akademik hendaklah Kertas Akademik dijilid dalam bentuk
kulit keras (hard cover) berwarna biru gelap (Kod: B 546) bagi
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan,
Hitam bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi.

Kertas Akademik yang sudah berjilid perlu dihantar sebanyak satu
(1) salinan kepada Penyelaras Kertas Akademik. Manakala dua (2)
salinan untuk Penyelia dan Pelajar sendiri. Satu (1) salinan dalam
berbentuk cakera padat (Pdf format) hendaklah dilampirkan dalam
poket dibuat khas di bahagian dalam kulit belakang Kertas
Akademik.

(a) Kulit Hadapan
Bentuk kulit muka hadapan hendaklah mempunyai tajuk,
nama pelajar, nama program Sarjana Muda, Fakulti dan
UPNM serta bulan, tahun penyerahan Kertas Akademik.
Manakala dicetak saiz huruf besar font 18 jenis Arial
bertulisan emas. Rujuk contoh di Lampiran E.

(b) Tulang Belakang
Di bahagian tulang belakang Kertas Akademik perlu tertera
nama pelajar, singkatan nama ijazah, tahun penyerahan dan
UPNM. Hendaklah dicetak saiz huruf besar font 18 jenis Arial
bertulisan emas seperti di Lampiran E.

28

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

6.0 KONVENSI PENULISAN

Konvensi penulisan melibatkan angka, singkatan dan simbol yang lazim
digunakan dalam laporan penyelidikan.

6.1 Unit Pengukuran

Menggunakan unit ukuran antarabangsa terutamanya Standard
International seperti:

1 liter (1 L)
20 mililiter (20 ml)
20 kilometer (20 km)
20 gram (20 g)
5 kilogram (5 kg)
5 tan metrik (5 t)
5 hektar (5 ha)
500 Ringgit Malaysia (RM500)
100 U.S. Dollars (USD100)

Angka sebelum unit ukuran tidak boleh dieja. Contohnya, 5 kg
bukannya lima kg kecuali jika angka tersebut pada permulaan
ayat.

6.2 Angka

Semua angka integer kurang dari 10 perlu dieja kecuali bersama
dengan unit ukuran. Contohnya, 5 kg, atau 20 ml.

Penggunaan angka, contoh:

a) Untuk bilangan kurang daripada 10. Di dalam bilik itu
terdapat empat buah kerusi, dua buah meja dan lapan
pasang kasut.

b) Jumlah teksi yang telah diluluskan mengikut negeri
sejak lima tahun yang lepas ialah 8, 53, 27, 38, 51 dan
90.

6.3 Tanda Eliptikal

Penulis menggunakan tanda eliptikal untuk menunjukkan
bahagian yang dibuang daripada bahan rujukan. Tanda elipsis
mengandungi tiga (3) tanda titik ( . . .). Apabila tanda elipsis
diletakkan pada hujung ayat, tanda titik akan menjadi empat
yang mana titik ke empat itu adalah noktah.

29

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Sebagai contoh:

Khadijah (1985) menulis mengenai konferen:

Konferen yang diadakan di Kuala Lumpur ... bersetuju
bahawa krisis pendidikan yang dinyatakan dalam dokumen
tersebut adalah benar ... .

6.4 Simbol Peratusan

Penggunaan simbol % boleh digunakan menggantikan
perkataan peratusan, contohnya, 27.3%, dan ditaip tanpa
selang. Jika penulis memilih secara tulisan 27.3 peratus maka
perlu konsisten memilih simbol atau tulisan pada keseluruhan
Kertas Akademik.

7.0 ETIKA PENULISAN KERTAS AKADEMIK

Seorang penyelidik perlu mempunyai etika yang tinggi di dalam
menjalankan penyelidikan. Sebuah kajian akan terhasil apabila segala
usaha dilakukan mengikut tatacara yang tertib. Perbuatan menipu, meniru,
menciplak atau plagiat merupakan perbuatan yang tidak beretika
terutamanya dalam menyiapkan laporan kajian.

Berikut adalah antara perkara yang dianggap tidak beretika dalam
melaksanakan kajian:

i. Peniruan petikan dari teks tanpa dinyatakan sumber seolah-olah
penulisan sendiri. Seharusnya petikan berkenaan mestilah
dinyatakan pengarang asal.

ii. Idea atau kajian yang diambil terus dari sesuatu rujukan tanpa
menyatakan sumbernya.

iii. Menterjemahkan petikan dari mana-mana teks atau sumber dari
bahasa asal kepada Bahasa lain tanpa sumber rujukan seolah-olah
penulisan sendiri.

iv. Penipuan menggunakan laporan atau penulisan kajian yang
terdahulu diubah suai data dijadikan sebagai hasil kerja sendiri.

v. Perbuatan meminta orang lain menyempurnakan Kertas Akademik.

Jika diketahui, mana-mana pelajar yang terlibat dengan aktiviti tidak
beretika atau salah laku akademik akan diberikan Gred E (Gagal).
Kegagalan Kertas Akademik boleh menyebabkan pelajar tidak boleh
bergraduat.

30

BUKU PANDUAN PENULISAN KERTAS AKADEMIK
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

8.0 PENUTUP
Buku panduan ini disediakan sebagai garis panudan dan rujukan bagi
pelajar di dalam menyiapkan laporan Kertas Akademik. Ianya juga
bertujuan untuk memberi kefahaman dan keseragaman format penulisan
Kertas Akademik bagi pelajar di Fakulti Pengajian dan Pengurusan
Pertahanan.

9.0 RUJUKAN
a) Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan. (2011). Panduan
dan log kertas akademik sarjana muda. Kuala Lumpur: Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia.
b) Jabatan Pengajian Strategi. (2017). Garis Panduan Penulisan Projek
Sarjana Muda. Kuala Lumpur: Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia.

31

LAMPIRAN

A Cadangan Tajuk Kertas Akademik
B Senarai kandungan
C Wajaran Pemarkahan
D Pengesahan Status Kertas Akademik
E Tulang belakang dan Kulit Muka Depan Kertas
F Halaman Tajuk (dalam Kertas Akademik)
G Halaman Perakuan Hak Cipta
H Halaman Perakuan Pelajar
I Contoh Penghargaan
J Contoh Abstrak
K Senarai Jadual
L Contoh Jadual
M Senarai Rajah
N Contoh Rajah
O Senarai Singkatan
P Senarai Rujukan Mengikut APA Style

LAMPIRAN A
UPNM.K.AKAD AK- 3/01

CADANGAN TAJUK KERTAS AKADEMIK

Nama Pelajar: ______________________________________________________
Program: __________________________________________________________
Jabatan: __________________________________________________________
No. Matrik:__________________ No. Tentera / No. K/P:____________________
PNG: _______________________PNGK :________________________________
Nama Penasihat Akademik:___________________________________________
Bidang Pengkhususan Kajian: ________________________________________

Cadangan Tajuk Kajian:

1. ___________________________________________________________
___________________________________________________________

2. ___________________________________________________________
___________________________________________________________

Cadangan Nama penyelia:
Pilihan Pertama: ____________________________________________________
Pilihan Kedua: ______________________________________________________

UPNM. K.AKAD 2/05

____________________________________________________________________

Untuk kegunaan JK Kertas Akademik:

Tajuk dilulus penuh ()

Tajuk dilulus bersyarat ()

Syarat:
……………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………..

Tajuk ditolak ()

Sebab ditolak:
……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

Jika tajuk ditolak: Sila berbincang dengan penyelia dan serahkan tajuk Kertas

Akademik yang baru seminggu selepas tarikh penolakan kepada Penyelaras /

Urusetia Kertas Akademik.

Tandatangan Penyelaras Kertas Akademik:……………………………
Tarikh Mesyuarat JK Kertas Akademik:………………………

SENARAI KANDUNGAN LAMPIRAN B (i)
(ZP45 &ZP58)
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pendahuluan LAMPIRAN B (ii)
1.2 Latar Belakang Kajian SENARAI
1.3 Penyataan Masalah KANDUNGAN
1.4 Objektif Kajian hendaklah ditulis
1.5 Persoalan Kajian (Pilihan) dalam 1.5 SPACING
1.6 Skop Kajian yang bermula
1.7 Kepentingan Kajian daripada ABSTRAK
hinggalah kepada
BAB 2 : SOROTAN LITERATUR bahagian
2.1 Pendahuluan LAMPIRAN.
2.2 Takrif Konseptual /Operational / Istilah (Pilih Satu) SENARAI
2.3 Kajian Terdahulu Berkaitan LAMPIRAN
2.4 Model / Konsep / Teori Berkaitan hendaklah disusun
2.5 Kerangka Model / Konseptual / Teoritikal (Pilih Satu) mengikut turutan
2.6 Hipotesis Kajian nombor 1, 2..10.
2.7 Kesimpulan Tulisan: Times New
Roman, saiz huruf
BAB 3 : METODOLOGI 12.
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Kaedah Pengumpulan Data
3.4 Pensampelan Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Etika Kajian
3.7 Kajian Rintis
3.8 Kaedah Penganalisisan
3.9 Kesimpulan

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pendahuluan
4.2 Data Demografi
4.3 Penganalisisan Data
4.4 Perbincangan
4.5 Kesimpulan

BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Ringkasan Dapatan Kajian
5.3 Kesimpulan / Rumusan
5.4 Sumbangan Kajian
5.5 Limitasi Kajian
5.6 Cadangan Kajian Masa hadapan

RUJUKAN
SENARAI LAMPIRAN

SENARAI KANDUNGAN LAMPIRAN B (ii)
(ZP44 & ZP63)
KANDUNGAN MUKASURAT
Perakuan Hak cipta ii LAMPIRAN B (ii)
Perakuan Pelajar iii SENARAI
Abstrak/Abstract iv-v KANDUNGAN
Penghargaan vi hendaklah ditulis dalam
Senarai Jadual vii 1.5 SPACING yang
Senarai Gambarajah viii bermula daripada
Senarai Singkatan ix ABSTRAK hinggalah
Senarai Kandungan x kepada bahagian
LAMPIRAN. SENARAI
BAB 1 : PENDAHULUAN 1 LAMPIRAN hendaklah
1.1 Pengenalan 3 disusun mengikut
1.2 PenyataanMasalah 7 turutan nombor 1,
1.3 Objektif / Permasalahan Kajian 8 2..10.
1.4 Ulasan Karya 9 Tulisan: Times New
1.5 Kerangka Konsep 11 Roman, saiz huruf 12.
1.6 Metodologi kajian 13
1.7 Skop dan limitasi kajian 14
1.8 Signifikasi kajian 15
1.9 Pembahagian Bab

BAB 2 : OBJEKTIF 1
BAB 3 : OBJEKTIF 2
BAB 4 : OBJEKTIF 3
BAB 5: KESIMPULAN

RUJUKAN

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN C (i)

WAJARAN PEMARKAHAN (ZP45 & ZP58)

1.1 Pemarkahan Kertas Akademik seperti berikut:

a. Penilaian Penyelia Kertas Akademik : 100 %

Penilaian penyelia merangkumi komponen-komponen berikut:
Pembahagian Markah

Terdapat dua pihak yang akan membuat penilaian Kertas Akademik bagi
setiap pelajar iaitu panel penilai dan penyelia masing-masing. Pemarkahan
Kertas Akademik diberi mengikut pembahagian berikut:

(a) Cadangan Kertas Akademik (DRM 3063/ DFM 3223/ DKI 3313)

Bil. Kriteria Markah
40
i Penilaian berkenaan pemahaman terhadap 60
Metodologi kajian 100

ii Kertas Kerja Cadangan Kertas Akademik oleh
Penyelia

Jumlah

(b) Laporan Kertas Akademik Muda (DRM 3086 / DMM 3426/
DKI 3466)

Bil. Kriteria Markah
90
i Laporan Akhir Tanpa Jilid Kertas Akademik oleh 10
Penyelia 100

ii Rundingan

Jumlah

1.2 Sekiranya pelajar mendapat markah 80 Peratus (A) dan ke atas, maka satu
jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menilai kembali markah yang
diperolehi.

1.3 Pelajar perlu mendapatkan persetujuan dari penyelia berkenaan
pembetulan yang dibuat sebelum menghantar Kertas Akademik masing-
masing dalam bentuk Cakera Padat (CD).

LAMPIRAN C (ii)

Wajaran Pemarkahan (ZP44 & ZP63)
1.1 Pemarkahan Kertas seperti berikut:

a. Penilaian Penyelia Kertas Akademik : 100%
Penilaian penyelia merangkumi komponen-komponen berikut:

Bil. Kriteria Markah
i. Latar Belakang kajian 5
ii. Permasalahan kajian 5
iii. Objektif kajian 5
iv. Metodologi 5
v. Ulasan karya 10
vi. Kerangka konseptual 10
vii. Skop dan limitasi 5
viii. Signifikasi 5
ix. Isi kandungan 10
x. Data analisis 10
xi. Petikan 5
xii. Bahasa dan Tatabahasa 5
xiii. Abstrak 5
xiv. Rujukan Stail APA 5
xv. Rundingan 10

Jumlah 100

1.2 Sekiranya pelajar mendapat markah 80 Peratus (A) dan ke atas, maka satu
jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menilai kembali markah yang
diperolehi.

1.3 Pelajar perlu mendapatkan persetujuan dari penyelia berkenaan
pembetulan yang dibuat sebelum menghantar Kertas Akademik masing-
masing dalam bentuk Cakera Padat (CD).
















Click to View FlipBook Version