The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA PADAT SAINS TAHUN 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by papa_hannah76, 2022-12-09 21:59:09

NOTA SKAS T5

NOTA PADAT SAINS TAHUN 5

UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK

Kemahiran Proses Sains

- Ilmu sains adalah merupakan suatu kajian tentang ilmu pengetahuan yang
menerangkan tentang fenomena semula jadi di persekitaran kita.

- Proses pembelajaran sains boleh dijalankan dengan lebih berkesan serta efektif
dengan menggunakan kemahiran proses sains.

- Kemahiran proses sains adalah merangkumi:
1. Memerhati.
2. Mengelas.
3. Mengukur dan menggunakan nombor.
4. Membuat inferens.
5. Meramal.
6. Berkomunikasi.
7. Menggunakan hubungan ruang dan masa.
8. Mentafsir data.
9. Mendefinisi secara operasi.
10.Mengawal pemboleh ubah.
11.Membuat hipotesis.
12.Mengeksperimen.

Kemahiran Manipulatif

- Merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan
murid:

1. menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul;
2. menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat;
3. membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul;
4. mengendalikan spesimen hidup dengan betul dan cermat;
5. melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.

PERATURAN BILIK SAINS

1. Peraturan Am Bilik Sains
- Adalah penting bagi setiap murid-murid untuk mengamalkan peraturan bilik
sains ketika berada di dalam bilik sains.
- Berikut adalah peraturan am ketika berada di dalam bilik sains:
1. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik sains tanpa kebenarandan arahan guru.
2. Murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah, makanan dan minuman ke
dalam bilik sains.
3. Murid adalah dilarang sama sekali menyentuh sebarang radasdan bahan di
dalam bilik sains melainkan mendapat arahan guru untuk berbuat demikian.
4. Murid tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti di dalam bilik
sains tanpa kehadiran, kebenaran dan arahan guru.
5. Murid dilarang sama sekali bergurau, bermain dan berlari di dalam bilik sains.
6. Sebarang kerosakan radas mestilah dilaporkan kepada guru dengan segera.
7. Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam botol
asalnya.
8. Bahan kimia cecair yang tidak dikehendaki mestilah dibuang ke
dalam singki dan dibilas/disingkirkan dengan air.
9. Bahan-bahan pepejal mestilah dibuang ke dalam bakul sampah.
10.Semua radas mestilah dibersihkan dan dikembalikan ke tempat asalnya selepas
digunakan.
11.Bahan kimia dan radas sains tidak boleh dialihkan dan dibawa keluar dari bilik
sains tanpa kebenaran guru.
12.Murid mesti berdisiplin dan mengikut arahan guru sepanjang berada di dalam
bilik sains.
13.Murid mestilah membersih dan mengemas tempat masing-masing sebelum
meninggalkan bilik sains.

2. Langkah-langkah Keselamatan Bilik Sains
- Semua murid perlu mengetahui serta mengikuti langkah-langkah keselamatan
ketika berada di dalam bilik sains untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang
perkara yang tidak diingini.
- Berikut adalah langkah-langkah keselamatan ketika berada di dalam bilik sains:
1. Jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia tanpa kebenaran dan arahan guru.
2. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku, perlu dilapor kepada
guru dengan segera.
3. Baca semua label dengan teliti terlebih dahulu sebelum menggunakan
sebarang bahan kimia.
4. Bahan kimia pepejal mestilah dikendalikan dengan
menggunakan spatula atau sudu.
5. Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas menjalankan sebarang
eksperimen.
6. Nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan pemetik apiatau mancis.
Jangan sesekali menggunakan kertas.
7. Batang mancis yang bernyala mesti dipadamkan dengan air sebelum dibuang
ke dalam tong sampah.
8. Jauhkan sebarang bahan yang mudah terbakar daripada sumber api.
9. Bagi pelajar perempuan, ikat rambut yang panjang bagi mengelakkannya
daripada terkena api.
10.Semasa memanaskan bahan kimia di dalam tabung uji, jangan halakan mulut
tabung uji tersebut kearah diri sendiri atau rakan-rakan.
11.Pakai gogal (goggles) untuk melindungi mata dan sarung tangan untuk
melindungi tangan semasa menjalankan eksperimen yang berbahaya.
12.Pakai kot bilik sains (lab coat) untuk melindungi pakaian dan badan.
13.Pakai kasut untuk melindungi kaki.
14.Pakai sarung tangan atau gunakan penyepit untuk memegang sebarang bekas
yang panas.
15.Tutup pili gas (gas taps) dan suis elektrik selepas digunakan.
16.Jangan sentuh suis elektrik dengan keadaan tangan yang basah.
17.Gunakan berus dan penyodok untuk membersihkan serpihan kaca daripada
radas yang pecah.
18.Keadaan dan ruang di bilik sains mestilah bebas daripada
sebarang penghalang bagi mengelakkan kaki tersangkut semasa berjalan.
19.Semua murid mestilah memastikan bilik sains tidak penuh sesak pada setiap
masa supaya tidak menjejaskan lalu lintas jika berlakunya kecemasan.
20.Semua murid mestilah mengetahui kedudukan pintu keluar kecemasan.

UNIT 2: MANUSIA

2.1 Sistem Rangka Manusia dan Fungsinya
- Tulang-tulang di dalam tubuh manusia membentuk satu sistem
yang dikenali sebagai sistem rangka manusia.
- Sistem rangka manusia dibina daripada tulang-tulang di dalam
badan.

a. Sistem rangka manusia terdiri daripada:
- tengkorak
- tulang rusuk
- tulang belakang
- tulang tangan
- tulang kaki
b. Fungsi system rangka manusia
Tengkorak – melindungi otak dari kecederaan
Tulang rusuk – melindungi organ dalaman seperti peparu,
jantung dan hati
Tulang belakang – berfungsi untuk menyokong tubuh
Tulang tangan & kaki – berfungsi sebagai sokongan dan
pergerakan

Sistem Rangka Manusia

2.2 Kedudukan Sendi
- Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih tulang

a. Fungsi sendi
- Sendi membolehkan pergerakan dan kebolehlenturan
tubuh.
- Sendi pada tulang leher membolehkan pergerakan
kepala secara
pusingan atau putaran.
- Sendi pada tulang bahu, tulang tangan dan tulang
belakang membolehkan pergerakan bahagian atas
tubuh.
- Sendi pada tulang bahu membolehkan pergerakan
tangan ke belakang, ke hadapan, ke tepi atau membuat
putaran.
- Sendi pada tulang lutut dan tulang pinggul membolehkan
kaki
dibengkokkan dan diluruskan.

2.3 Kepentingan Sistem Rangka Manusia
- sistem sokongan dan pergerakan tubuh badan
- melindungi otak daripada kecederaan
- melindungi organ dalaman seperti jantung, peparu dan hati

2.4 Sistem Peredaran Darah Manusia
- Sistem ini mengangkut oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh
seperti karbon dioksida.
- Bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah
manusia ialah jantung, salur darah, darah dan peparu.
a. Jantung
- Jantung ialah organ yang mengepam darah ke peparu dan ke
seluruh bahagian tubuh
b. Peparu
- Jantung ialah organ yang mengepam darah ke peparu dan ke
seluruh bahagian tubuh
c. Salur Darah
- Salur darah ialah tiub laluan untuk darah mengalir.
- Salur darah mengangkut darah ke seluruh bahagian tubuh.
d. Darah
- Darah mengalir melalui rangkaian salur darah ke seluruh
bahagian tubuh.
- Darah mengangkut oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh.
- Bahan kumuh seperti karbon dioksida disingkirkan di peparu.

2.5 Laluan Peredaran Darah Manusia
- Ada salur darah yang mengangkut darah dari jantung ke seluruh
bahagian tubuh.
- Ada salur darah yang mengangkut darah dari bahagian tubuh
ke jantung.

- Sistem peredaran darah kita sangat berkait rapat dengan
sistem pernafasan.

- Apabila kita menarik nafas, udara yang mengandungi
lebih oksigen memasuki peparu dan diserap ke dalam
salur darah.

- Darah ini dikenali sebagai darah lebih oksigen. Jantung
mengepam
darah lebih oksigen ke seluruh bahagian tubuh.

- Setelah tubuh manusia menggunakan oksigen, karbon
dioksida terhasil dan diserap ke dalam darah

- Darah ini dikenali sebagai darah lebih karbon dioksida.
Darah
lebih karbon dioksida ini akan dibawa ke jantung

- Darah ini dikenali sebagai darah lebih karbon dioksida.
Darah
lebih karbon dioksida ini akan dibawa ke jantung

2.6 Kepentingan Sistem Peredaran Darah
- Mengangkut oksigen, nutrien dan air ke dalam tubuh
- Mengangkut karbon dioksida dan bahan kumuh lain untuk
disingkirkan dari tubuh.

2.7 Perkaitan Antara Sistem Di dalam Tubuh Manusia
- Setiap sistem saling berkait antara satu sama lain untuk
memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik.
- Sistem pernafasan: bergantung pada sistem peredaran darah
untuk membantu menyingkirkan karbon dioksida dari tubuh.
- Sistem rangka: melindungi tubuh dan organ-organ pernafasan
dan peredaran darah seperti peparu dan jantung.
- Sistem pencernaan: membekalkan nutrien kepada organ seperti
jantung supaya dapat terus berfungsi dengan baik.
- Situasi tercekik makanan mengganggu sistem pencernaan dan
pernafasan.
- Situasi tulang patah menjejaskan sistem rangka dan sistem
peredaran darah.

2.8 Kepentingan Penjagaan Semua Sistem di dalam Tubuh
Manusia.
- Penjagaan jantung yang baik membantu sistem peredaran
berfungsi dengan baik.
- Tabiat buruk seperti merokok mengganggu sistem pernafasan
- Minum air dengan secukupnya dapat membantu sistem
pencernaan berfungsi dengan baik.

2.9 Memelihara Sistem di dalam Tubuh Manusia

Setiap sistem di dalam tubuh perlulah dijaga supaya tubuh
manusia dapat berfungsi dengan baik.

Sistem Tubuh Cara Memelihara
Sistem Rangka Mengambil makanan yang kaya
dengan kalsium
Sistem Pernafasan Melakukan aktiviti fizikal
Sistem Peredaran Darah Memakai alat pelindung dan tali
Sistem Pencernaan pinggang keledar

Menghindari rokok

Tinggal di persekitaran yang bersih

Basuh tangan dengan kerap
Kurangkan pengambilan makanan
yang mengandungi lemak dan
kandungan gula yang tinggi
Bersenam
Makan makanan yang kaya dengan
serat
Minum air dengan secukupnya

UNIT 3: HAIWAN

Kemandirian spesies haiwan ialah keupayaan haiwan untuk
mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan.

1. Berlindung daripada musuh
- Haiwan sering diancam oleh musuh yang terdapat
disekelilingnya.
- Ciri-ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri
daripada musuh
- Haiwan adalah perlu untuk melindungi diri mereka daripada
ancaman musuh.
- Musuh bagi sesuatu haiwan itu adalah:
o Manusia.
o Haiwan pemangsa.
- Manusia dan haiwan pemangsa adalah sentiasa memburu
sesuatu haiwan itu untuk dijadikan makanan.
- Lima ciri-ciri khas haiwan yang tertentu bagi tujuan
menyelamatkan diri daripada ancaman musuh.
o Berduri tajam
o Bercangkerang keras
o Bersisik keras
o Bertanduk
o Berbisa

Ciri-ciri khas Tujuan Haiwan
Mencederakan musuh Landak, Ikan buntal
Duri tajam Ketam, penyu, umang-
yang mendekati.
Cengkerang Melindungi badan umang, dll.
keras daripada kecederaan. Buaya, tenggiling, dll.
Melindungi badan
Sisik keras daripada kecederaan Kerbau, lembu, rusa, dll.
Mencederakan atau Kala jengking, lipan, ular,
Tanduk membunuh musuh.
tajam Mencederakan atau dll.
Sengatan membunuh musuh. Pepijat, kumbang, lipas
berbisa Musuh tidak dapat
Rama-rama, ulat
Bau busuk mendekati beluncas

Corak Memperdayakan musuh
mengelirukan

- Lima tingkah laku khas haiwan melindungi diri daripada musuh:

1. Menggulungkan diri
2. Menyamar
3. Memutuskan anggota badan
4. Memasukkan anggota badan
5. Hidup dalam kumpulan

Tingkah laku Tujuan Haiwan
khas
Tenggiling,
Menggulungkan diri. Menyusahkan serangan ulat gonggok,
musuh. dll.
Mentadak
Menyamar Menyembunyikan diri pada Sesumpah
persekitaran.
Cicak, sotong
Memutuskan anggota Pergerakan anggota badan kurita.
badan. yang terputus boleh
mengelirukan musuh. Kura-kura,
siput babi, dll.
Memasukkan badan Melindungi badan daripada
Ikan bilis,
ke dalam cengkerang. kecederaan. gajah, dll.

Bersama-sama

Hidup berkumpulan. mempertahankan diri

daripada serangan musuh.

2. Berlindung daripada Cuaca Melampau

- Sesetengah haiwan tinggal di tempat yang sangat panas dan
sejuk.

- Cuaca melampau ini memerlukan haiwan mempunyai ciri dan
tingkah laku khas untuk melindungi dirinya.

3. Kemandirian Spesis

- Kemandirian spesies bermaksud keupayaan haiwan mengekalkan
spesies dan mengelakkan spesiesnya pupus.

- Untuk mengekalkan spesiesnya, haiwan akan:
o Bertelur
o Beranak

- Cara-cara kemandirian haiwan yang bertelur:

- Setelah beranak dan telurnya menetas, haiwan mempunyai
pelbagai cara untuk menjaga anaknya.

- Cara-cara kemandirian haiwan yang beranak:

4. Haiwan Imaginasiku
Lakarkan haiwan imaginasi berdasarkan ciri-ciri khas, tingkahlaku
khas serta perlindungan daripada cuaca melampau. Berikan
penerangan ringkas tentang haiwan istimewa anda itu.

Kepentingan Kemandirian Spesies

- Haiwan perlu menjaga telur dan anak-anaknya agar dilindungi
daripada musuh dan bahaya.

- Ini akan memastikan haiwan tersebut terus hidup dan
mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan.

- Jika anak dan telur mereka dibiarkan, anak dan telurnya akan:
o Dibunuh dan dimakan oleh musuh.
o Dikutip dan diambil oleh manusia.
o Mati kerana kelaparan.

5. Rantaian Makanan
- Semua hidupan memerlukan makanan untuk hidup.
- Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.
- Tumbuhan hijau tidak makan untuk mendapatkan tenaga.

Tumbuhan memperoleh tenaga daripada cahaya matahari
untuk mensintesis makanannya sendiri.
- Haiwan tidak boleh membuat makanannya sendiri. Haiwan
mendapat makanan daripada tumbuhan atau haiwan lain.
- Oleh itu, tumbuhan adalah sumber makanan utama bagi
sesetengah haiwan.
- Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar dan haiwan dikenali
sebagai pengguna.
- Haiwan makan haiwan lain atau tumbuhan untuk memperoleh
tenaga.
- Hidupan ini juga dapat dikaitkan dengan hubungan perpindahan
tenaga
- Haiwan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan berdasarkan
makanan yang dimakan.
• Herbivor - Haiwan yang makan tumbuhan sahaja
• Karnivor - Haiwan yang makan haiwan lain
• Omnivor - Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain
- Sesuatu rantai makanan boleh disusun secara lurus dan diwakili
sebagai :

- Tanda “ ----> ” dalam sesuatu rantai makanan membawa maksud
“ dimakan oleh”.

- Contoh rantai makanan :

Rumput ------> Belalang ---------> Katak -----------> Helang
(pengeluar) (pengguna primer) (pengguna sekunder) (pengguna
tertier)

a)rumput dimakan oleh belalang

b)belalang dimakan oleh katak

c)katak dimakan oleh helang

- Contoh rantai makanan dalam habitat

a) Sawah padi

Padi ------> Tikus -------> Ular -------> Helang

b) Kolam

Rumpai air---------> Berudu ----------> Ikan kecil ----------> Ikan besar

6. Hubungan makanan dengan proses Fotosintesis
- Hubungan dalam rantai makanan juga menyebabkan

perpindahan tenaga.
- Berdasarkan pengguna dan pengeluar yang dikenalpasti,

perpindahan tenaga dalam beberapa rantai makanan dapat
dibina.

7. Siratan Makanan
- Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan di

dalam suatu habitat.
- Tumbuhan mungkin dimakan oleh lebih daripada sejenis haiwan.
- Seekor haiwan mungkin makan lebih daripada sejenis makanan.
- Beberapa rantai makanan boleh dijalinkan untuk membentuk

satu siratan makanan.
- Rantai makanan boleh digabungkan untuk membentuk satu

siratan makanan.
- Siratan makanan adalah penting kerana mengawal bilangan

hidupan dalam suatu habitat.
- Perubahan populasi spesies tertentu dalam satu siratan makanan

akan memberi kesan kepada spesies lain dalam siratan makanan
itu.

- Contoh siratan makanan:

Kepentingan Siratan Makanan
- Memastikan kemandirian spesies – jika sesuatu haiwan hanya
memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu
telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran.
- Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai
sumber.
- Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan
akan berubah dan menyebabkan keseimbangan alam
terganggu.
- Contohnya pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan
mempengaruhi bilangan ular.
- Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam
siratan makanan.

UNIT 4: PROSES HIDUP TUMBUHAN

Berlindung daripada Musuh

1. Tumbuhan mempunyai ciri khas bagi melindungi diri daripada
musuh.

Penyesuaian Terhadap Iklim dan Musim

1. Tumbuhan mempunyai ciri khas untuk menyesuaikan diri
dengan iklim dan perubahan musim.

Pencaran Biji Benih

1. Pencaran ialah cara untuk membawa biji benih jauh
daripada induknya.

2. Cara pencaran dikenali sebagai agen pencaran biji benih.

Kepentingan Kemandirian Spesis Haiwan dan Tumbuh-
tumbuhan.

1. Pelbagai hidupan saling bergantung untuk mengekalkan
keseimbangan alam.

2. Tumbuh-tumbuhan merupakan sumber makanan kepada
hidupan lain seperti haiwan dan manusia

3. Haiwan dan manusia pula membekalkan baja atau nutrien
kepada tumbuh-tumbuhan melalui proses pereputan.

4. Hidupan seperti haiwan dan manusia menyumbang kepada
kemandirian spesies
tumbuh-tumbuhan dengan membantu memencarkan biji
benih dan buah tumbuh-tumbuhan.

5. Haiwan membina sarang daripada tumbuh-tumbuhan untuk
mendapatkan perlindungan.

6. Tumbuh-tumbuhan juga membekalkan oksigen kepada
hidupan lain ketika proses fotosintesis

Kepentingan Pencaran Bijih Benih

1. Pencaran membolehkan biji benih disebarkan ke tempat lain.
2. Biji benih dan buah penting dipencarkan jauh daripada

induknya untuk:
1. Mengurangkan persaingan antara tumbuhan.
2. Memastikan kemandirian spesiesnya.
3. Mengelakkan kepupusan spesiesnya.

Kepentingan Tumbuhan

1. Tumbuhan membekalkan sumber makanan kepada haiwan.
2. Tumbuhan membekalkan habitat tempat tinggal kepada

haiwan.
3. Tumbuhan membekalkan tempat perlindungan kepada

haiwan.
4. Haiwan dan tumbuhan saling bergantung antara satu sama

lain untuk hidup.

UNIT 5: ELEKTRIK

(A) Sumber Tenaga Elektrik
1. Tenaga elektrik tidak dapat dilihat tetapi fungsinya boleh diperhatikan pada
setiap masa.
2. Tenaga elektrik digunakan untuk menghasilkan cahaya, haba, bunyi dan
menggerakkan sesuatu objek
3. Terdapat 7 sumber tenaga elektrik:

(B) Litar Bersiri dan Litar Selari

(B) Litar Bersiri dan Litar Selari

(C) Lakaran Litar Selari dan Litar Bersiri

(B) Litar Elektrik Lengkap
1. Litar elektrik terdiri daripada 4 komponen asas, iaitu:
1. Sel kering
2. Mentol
3. Suis
4. Wayar

(D) Lakaran menggunakan simbol
1. Penggunaan simbol komponen akan memudahkan lakaran litar elektrik dan menjimatkan
masa.

(E) Faktor yang mempengaruhi Kecerahan Mentol
1. Kecerahan mentol akan dipengaruhi oleh
1. Bilangan mentol
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan mentol dan
kecerahan mentol.
2. Hubungan: Semakin banyak mentol dalam litar elektrik, semakin malap
kecerahan mentol.
2. Bilangan sel kering
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan sel kering dan
kecerahan mentol.
2. Hubungan: Semakin banyak bilangan sel kering dalam litar elektrik,
semakin cerah kecerahan mentol.

(F) Fungsi Suis
1. Suis ialah alat yang digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar elektrik.
2. Apabila suis ditutup, mentol pada litar elektrik akan menyala. Litar ini dipanggil litar elektrik
lengkap.
3. Apabila suis terbuka, mentol tidak menyala. Ini kerana arus elektrik tidak dapat mengalir
melalui litar elektrik yang tidak lengkap.

(G) Faktor yang mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik

1. Tenaga elektrik menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan selesa.

2. Penggunaan peralatan elektrik secara tidak berhemah menyebabkan penggunaan tenaga
elektrik yang tinggi.

3. Cara penggunaan elektrik secara berhemah

a. Menggunakan kipas berbanding dengan penyaman udara.

b. Menutup suis lampu semasa tidur.

c. Tidak membiarkan peralatan elektrik terpasang jika tidak digunakan.

d. Tidak membiarkan peti sejuk terbuka untuk jangka masa yang lama.

(H) Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik

1. Berikut merupakan beberapa kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik:
1. Memegang suis dengan tangan yang basah.
2. Membiarkan peralatan elektrik terpasang lama.
3. Menggunakan wayar yang rosak.
4. Mencucuk soket menggunakan bahan konduktor elektrik.
5. Tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan
peralatan elektrik.
6. Tidak mempelajari kaedah yang betul semasa menggunakan peralatan elektrik di
rumah.

2. Kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik akan menyebabkan:
1. Renjatan elektrik
2. Kebakaran
3. Kulit melecur
4. Kejutan Elektrik

(H) Mengendalikan peralatan elektrik dengan selamat

1. Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik perlulah
dititikberatkan:
1. Elakkan membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis terpasang.
2. Elakkan membuka atau menutup suis dengan tangan yang basah.
3. Elakkan memasang plag 2 pin dengan bahan konduktor elektrik.
4. Pasang palam plastik khas untuk memasang plag 2 pin.
5. Pastikan peralatan elektrik dipantau semasa menggunakannya.
6. Elakkan memasang terlalu banyak plag pada sesuatu soket.
7. Elakkan membiarkan seterika seketika di atas pakaian.
8. Elakkan bermain layang-layang berhampiran dengan kabel elektrik.
9. Jangan guna peralatan elektrik yang sudah rosak.
10. Jangan cuba membaiki sendiri peralatan elektrik yang rosak.

UNIT 6: HABA

(A) Haba dan Suhu

1. Haba ialah suatu bentuk tenaga yang dipindahkan
kerana terdapat perbezaan suhu.

2. Suhu ialah darjah kepanasan atau darjah
kesejukan suatu bahan. Unit piawai bagi suhu
ialah darjah celsius (°C).

3. Unit lain bagi ukuran suhu ialah darjah Fahrenheit (°F).
4. Termometer ialah alat yang digunakan untuk mengukur

suhu.
5. Apabila menyukat bahan yang panas, jalur perak dalam

termometer menjadi panjang dan menunjukkan bacaan
suhu yang tinggi.
6. Apabila menyukat bahan yang sejuk, jalur perak dalam
termometer menjadi pendek dan menunjukkan bacaan
suhu yang rendah.

(B) Teknik Menggunakan Termometer

1. Cecair di dalam termometer akan mengembang atau
mengecut apabila terdedah kepada suhu persekitaran
yang berbeza.

2. Pegang batang termometer secara tegak.
3. Letakkan termometer ke dalam air. Elakkan bebuli merkuri

tersentuh dasar bekas. Tunggu sehingga aras merkuri
berhenti bergerak.
4. Laraskan kedudukan mata pada meniskus merkuri. Baca
bacaan suhu.

(C) Perubahan Suhu Air

1. Suhu di persekitaran kita sentiasa berubah.
2. Suhu air juga berubah mengikut suhu persekitarannya.
3. Takat beku air air ialah 0 °C dan takat didih air ialah

100 °C
4. Suhu air menaik apabila air dipanaskan.
5. Suhu air menurun apabila air disejukkan.

(D) Air pada Suhu Bilik

1. Haba ialah satu bentuk tenaga. Haba mengalir dari
bahan yang lebih panas kepada bahan yang lebih sejuk.

2. Haba daripada air panas mengalir ke persekitaran dari
tempat yang panas ke tempat yang sejuk. Contoh, sudu
besi menjadi panas kerana menerima tenaga haba
daripada air panas.

3. Sesuatu bahan menjadi panas apabila menerima haba.
Suhu akan meningkat apabila menerima haba.

4. Sesuatu bahan menjadi sejuk apabila kehilangan haba.
Suhu akan menurun apabila kehilangan haba.

(E) Pengembangan dan Pengecutan Bahan

1. Bahan akan mengembang apabila menerima haba.
2. Bahan akan mengecut apabila kehilangan haba.
3. Pengembangan dan pengecutan bagi PEPEJAL:

EKSPERIMEN 1 (muka surat 155)
1. Sebelum bebola besi dipanaskan, bola besi itu boleh
melalui gelang.
2. Selepas bebola besi dipanaskan, bola besi
mengembang dan tidak boleh melalui gelang.
3. Selepas bebola besi disejukkan, bola besi mengecut
dan boleh melalui gelang semula.

4. Pengembangan dan pengecutan bagi CECAIR:
EKSPERIMEN 2 (muka surat 156)
1. Anak panah menunjukkan aras air berwarna di
dalam salur kaca sebelum dipanaskan.
2. Apabila air berwarna dipanaskan, air berwarna
mengembang menyebabkan arasnya di dalam
salur kaca meningkat.
3. Apabila air berwarna disejukkan, air berwarna
mengecut dan menyebabkan arasnya di dalam
salur kaca menurun.

5. Pengembangan dan pengecutan bagi GAS:
EKSPERIMEN 3 (muka surat 157)
1. Saiz belon sebelum dipanaskan direkodkan.
2. Apabila udara di dalam belon dipanaskan, udara
mengembang dan menyebabkan belon
mengembang.
3. Apabila udara di dalam belon disejukkan, udara
mengecut dan menyebabkan belon mengempis.

(F) Kepentingan Prinsip Pengembangan dan
Pengecutan Bahan

1. Kesan haba ke atas bahan akan menyebabkan bahan
mengalami pengembangan atau pengecutan.

2. Ruang pada penyambung besi di jambatan.
Ruang yang terdapat pada penyambung besi di
jambatan membolehkan jambatan mengembang
ketika suhu persekitaran meningkat.

3. Ruang pada penyambung landasan kereta api.
Ruang yang terdapat pada penyambung landasan
kereta api membolehkan landasan mengembang ketika
suhu persekitaran meningkat.

4. Kabel elektrik.
Kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang
untuk membolehkan wayar mengecut apabila suhu
menurun.

5. Laluan pejalan kaki.
Ruang-ruang dibuat di antara kepingan konkrit
pada laluan pejalan kaki untuk membolehkan
pengembangan pada hari panas.

6. Merkuri pada termometer.
Penggunaan sifat merkuri pada termometer yang
mudah mengembang dan mengecut untuk mengukur
suhu badan.

UNIT 7: PENGARATAN

1. Karat merupakan selaput perang kemerah-merahan yang
terbentuk pada permukaan besi.

2. Objek yang diperbuat daripada besi akan berkarat.
3. Objek yang tidak diperbuat daripada besi, tidak berkarat.
4. Terdapat dua faktor yang menyebabkan pengaratan:

- Kehadiran air
- Kehadiran udara

A. Ciri-ciri objek yang berkarat
1. Permukaan objek berwarna perang kemerah-merahan.
2. Permukaan objek pudar, kasar dan rapuh.

B. Objek yang berkarat
1. Objek di persekitaran kita diperbuat daripada pelbagai jenis
bahan.
2. Ada bahan yang boleh berkarat dan ada yang tidak boleh
berkarat.
3. Objek yang diperbuat daripada besi akan berkarat.
4. Objek yang tidak diperbuat daripada besi, tidak berkarat.

C. Faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan.
Contoh hasil eksperimen:

D. Cara mencegah pengaratan.
Pengaratan dapat dicegah dengan menghalang objek besi
daripada terdedah kepada air dan udara.

E. Kepentingan Pencegahan Pengaratan
1. Menjadikan objek besi bersih, kelihatan cantik, berkilat dan
menarik.
2. Menjadikan objek besi tahan lebih lama.
3. Menjadikan objek besi selamat untuk digunakan.
4. Menjimatkan kos kerana objek besi tidak perlu ditukar
dengan kerap.

UNIT 9: JIRIM

(A) Pepejal, Cecair dan Gas

1. Jirim ialah objek yang mempunyai jisim, memenuhi
ruang dan boleh dilihat, disentuh atau dirasa.

2. Jirim boleh wujud dalam 3 keadaan:
Pepejal, Cecair dan Gas.

(B) Sifat Jirim

1. Berikut menunjukkan ciri-ciri pepejal, cecair dan gas:

(C) Tiga Keadaan Jirim Air

1. Air wujud dalam tiga keadaan, iaitu:
1. Pepejal (ais)
2. Cecair (air)
3. Gas (wap air)

2. Air dalam keadaan pepejal dikenali sebagai ais.
3. Air dalam keadaan cecair dikenali sebagai air.
4. Air dalam keadaan gas dikenali sebagai wap air.
5. Apabila air dipanaskan dan disejukkan, ia akan berubah

kepada bentuk yang lain.

(D) Perubahan Keadaan Jirim Air

1. Air boleh berubah daripada satu keadaan
jirim kepada keadaan jirim yang lain.

2. Air dan jirim boleh berubah keadaan melalui
proses pembekuan, peleburan, pendidihan, penyejatan
dan kondensasi.

3. Jadual berikut menunjukkan ringkasan perubahan
keadaan bahan bagi setiap proses.

(E) Awan dan Hujan

1. Maksud: Proses berulang di mana pergerakan air dari
permukaan Bumi ke udara dan akhirnya turun ke
permukaan Bumi semula.

2. Sepanjang proses kitaran ini, beberapa proses
perubahan keadaan air berlaku:
1. Air di bumi akan tersejat sebagai wap air dan naik
ke atas: Cecair -> Gas (Penyejatan)
2. Wap air yang terkumpul akan membentuk awan.
3. Dalam suatu tempoh masa, awan terkondensasi
menjadi hujan: Gas -> Cecair (Kondensasi)

(F) Kepentingan Kitaran Air Semula Jadi

1. Kitaran air semula jadi sangat penting untuk:
1. Membekalkan sumber air bersih yang berterusan
kepada semua hidupan.
2. Memastikan bekalan air di Bumi sentiasa
mencukupi.
3. Menyejukkan permukaan Bumi.

2. Kitaran air semula jadi yang terjejas akan menyukarkan
kehidupan dan akan menyebabkan bencana,
kematian, dan kemusnahan.

Unit 9: FASA BULAN DAN BURUJ

A) Cahaya Bulan

1. Bulan merupakan satelit semula jadi paling
cerah yang dapt dikenalpasti di langit pada
waktu malam.

2. Bulan tidak mengeluarkan cahaya, tetapi
memantulkan cahaya Matahari untuk sampai
ke mata kita.

3. Seperti Bumi, Bulan berputar pada
paksinya dan pada masa yang sama beredar
mengikut orbitnya mengelilingi Bumi.

B) Bulan Berputar, Bulan Beredar

1. Bulan berputar pada paksinya dalam masa 27
1/3 hari dari Barat ke Timur.

2. Bulan beredar mengelilingi Bumi juga dalam
masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur.

3. Arah putaran dan peredaran Bulan adalah
sama, iaitu mengikut arah lawan jam.

4. Tempoh edaran dan putaran Bumi adalah
sama, menyebakkan kita sentiasa melihat
permukaan Bulan yang sama.

C) Fasa Bulan

1. Peredaran Bulan mengelilingi Bumi
menyebabkan bentuk-bentuk bulan yang dilihat
kelihatan berubah.

2. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali
sebagai Fasa Bulan.

3. Semasa Bulan mengelilingi Bumi, kedudukan
Bulan berubah dengan masa. Ini menyebabkan
fasa Bulan:

a. Bahagian permukaan Bulan yang gelap
menghadap Bumi disebut anak bulan.

b. Sebahagian kecil permukaan Bulan yang
disinari menghadap Bumi disebut bulan
sabit.

c. Separuh bahagian permukaan Bulan yang
terang menghadap Bumi disebut bulan
separa.

d. Keseluruhan bahagian permukaan Bulan
yang disinari menghadap Bumi disebut bulan
purnama.

D) Takwim Qamari

1. Takwim yang kita gunakan ialah Takwim Masihi
yang menunjukkan kedudukan Bumi semasa
edarannya mengelilingi Matahari.

2. Takwim yang dibina berdasarkan fasa Bulan
dikenali sebagai Takwim Qamari.

E) Buruj

1. Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan
membentuk corak tertentu di langit pada waktu
malam.

2. Tidak semua buruj dapat dilihat dari semua lokasi
di bumi.

3. Kedudukan buruj

Hemisfera Utara – Buruj Biduk

Hemisfera Selatan – Buruj Pari, Buruj Skorpio

Hemisfera Utaran dan Selatan – Buruj Belantik

4. Jika disambungkan gugusan bintang, ia akan
membentuk corak pada buruj tersebut.

Buruj Biduk Terbentuk daripada gugusan
Buruj Belantik tujuh bintang. Buruj
Buruj Pari ini membentuk corak seperti
Buruj Skorpio gayung atau senduk.
Membentuk corak seperti
pemburu yang memakai tali
pinggang dan memegang
senjata
merupakan buruj yang paling
kecil. Buruj ini terdiri daripada
gugusan empat bintang yang
membentuk corak seperti
layang-layang.
Terdiri daripada gugusan
bintang yang membentuk corak
seperti kala jengking

F) Kegunaan Buruj
1. Buruj sangat berguna kerana membantu manusia untuk
mengenal pasti bintang-bintang tertentu di langit.
2. Buruj sebagai petunjuk arah
- Buruj digunakan sebagai kompas untuk menentukan
arah bagi pengembara dan pelayar

3. Buruj sebagai petunjuk musim
- Buruj Biduk digunakan sebagai petunjuk musim
menanam.
- Buruj Belantik digunakan sebagai petunjuk musim sejuk.
- Buruj Skorpio digunakan sebagai petunjuk musim menuai

4. Pelayar dan pengembara menggunakan buruj
untuk menunjukkan arah yang betul.
1. Buruj Biduk – Arah Utara
2. Buruj Belantik – arah Utara
3. Buruj Pari – Arah Selatan

5. Penentuan musim
1. Musim bunga – Buruj Biduk
2. Musim panas – Buruj Skorpio
3. Musim luruh – Buruj Akuarius
4. Musim sejuk – Buruj Belantik

6. Ahli astronomi menggunakan buruj untuk mengkaji dan
mengenal pasti bintang-bintang di alam semesta.

UNIT 12: MESIN

A) Mesin dan Kehidupan

1. Mesin membantu untuk memudahkan kerja manusia.
2. Mesin ialah alat atau perkakasan yang membantu kita

melakukan sesuatu kerja dengan lebih mudah dan cepat.
3. Mesin ialah peralatan mekanikal yang memudahkan kita

mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah
arah pergerakan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang
dikenakan pada beban.
4. Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk
melakukan kerja ke atas satu beban.
5. Beberapa mesin ringkas yang digabungkan akan membentuk
mesin kompleks.

B) Kombinasi Fungsi Mesin Ringkas

1. Mesin ringkas ialah alat yang membolehkan
kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan
cepat.

2. Terdapat 7 jenis mesin ringkas.



Kombinasi Fungsi Mesin Ringkas

1. Mesin kompleks ialah alat atau objek yang
terdiri daripada gabungan lebih daripada satu
mesin ringkas.

2. Contoh-contoh mesin kompleks:

C) Kepentingan Kombinasi Mesin Ringkas

1. Kombinasi beberapa mesin ringkas yang
sesuai pada suatu alat penting untuk
memastikan alat tersebut dapat berfungsi
dengan sempurna.

2. Kepentingan penciptaan mesin:
a. Meningkatkan produktiviti pengeluaran.
b. Membantu mempercepat dan
memudahkan kerja.
c.Dapat mengangkut barang yang berat
atau besar dalam kuantiti yang banyak.
d. Masa perjalanan dan penghantaran dari
satu tempat ke tempat yang lain menjadi
lebih singkat.
e. Komunikasi menjadi lebih mudah dan
cepat walaupun pada jarak yang jauh.

D) Kepentingan ciri-ciri penciptaan
alat yang lestari

1. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah.
2. Mesin yang lestari bermaksud mesin yang

tahan lama, tidak mudah rosak,
menguntungkan, tidak memberi kesan buruk
kepada alam sekitar, mudah dan selamat
digunakan.
3. Ciri-ciri penciptaan alat yang lestari.
a.Bahan yang sesuai
b.Jangka hayat alat yang lebih panjang
c.Mudah diselenggarakan.
d.Kos rendah dan jimat
e.Mesra alam
f. Selamat digunakan.

4. Ciri-ciri penciptaan alat yang lestari adalah

penting untuk kemudahkan dan mempercepat
kerja serta menjimatkan masa, kos dan tenaga.

5. Produk industri dapat diurus dengan lebih

mudah, cepat dan selamat dengan
melibatkan kos yang minimum.


Click to View FlipBook Version