N A M A : A I M U N I N A J I H A H B I N T I Z A N I A N G K A G I L I R A N : 2 0 2 2 1 0 2 3 1 0 0 7 1 U N I T : 2 P P I S M P B A H A S A M E L A Y U 4
KERANCUAN DALAM BAHASA MELAYU Prof. Dr. Teo Kok Seong
ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 6 RUJUKAN PENGENALAN DEFINISI RANAH RASMI ASPEK KERANCUAN KESAN KERANCUAN 5 KESIMPULAN PEMBANTERASAN KERANCUAN DALAM BAHASA MELAYU 7
PENGHARGAAN Bersyukur ke atas hadrat Illahi di atas kurniaan dan izin-Nya saya dapat menyempurnakan kerja kursus yang telah ditugaskan kepada saya dengan jayanya dalam jangka masa yang telah ditetapkan bagi subjek ini. Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan rasa syukur dan menghadiahkan jutaan terima kasih kepada pensyarah terbaik saya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan beliau, sudah pasti saya tidak mampu untuk memberikan komitmen yang terbaik dalam tugasan yang diberikan ini. Tidak dilupakan juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan sokongan moral kepada saya untuk terus semangat berjuang menyiapkan tugasan ini. Berkat doa dari kedua ibu bapa, saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan mudah sekali.
PENGENALAN Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara yang perlu digunakan dalam komunikasi antara masyarakat dan pihak kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Perkara 152 Fasal 6 Perlembagaan Negara dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 Seksyen 1 telah menyatakan hasrat penggunaan bahasa Melayu tersebut. Kehendak tersebut perlu difahami dengan jelas supaya dapat dicapai dengan berkesan. Menurut Mohamed (2019), penggunaan bahasa Melayu perlu ditingkatkan bagi mewujudkan keharmonian serta perpaduan juga dapat dikukuhkan lagi dalam kalangan masyarakat.
DEFINISI RANAH RASMI Menurut Sharifah (2014), ranah rasmi merupakan satu platform yang boleh membuat perubahan serta sikap masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum terhadap kewibawaan dan prestij bahasa Melayu. Ranah rasmi juga merupakan satu medan yang membawa pengaruh luas bagi menguasai kehidupan masyarakat dalam sesebuah negara tersebut. Bahasa yang digunakan dalam ranah rasmi ini ialah bahasa yang mempunyai sanjungan dalam sesebuah negara oleh pelbagai pihak yang terlibat. Ragam baku bahasa Melayu merupakan ragam bahasa yang digunakan dalam ranah rasmi ini. Sifatnya yang bestari dengan memiliki ciri-ciri linguistik yang baik. Penggunaan ragam tersebut boleh dicontohi oleh masyarakat dengan cara pengucapan yang baik serta menunjukkan pembentukan peradaban sesebuah bangsa dan negara.
ASPEK KERANCUAN DALAM BAHASA MELAYU 1. Kerancuan dalam bentuk pelanggaran peraturan nahu baku bahasa Melayu dalam ranah rasmi. 2. 3. Bentuk dan penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Pengunaan bahasa Melayu dalam ranah rasmi digantikan dengan bahasa Inggeris sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
KERANCUAN DALAM BENTUK PELANGGARAN PERATURAN NAHU BAKU BAHASA MELAYU DALAM RANAH RASMI CONTOH Kelancaran membaca bagi seseorang akan terganggu disebabkan oleh kesalahan ejaan dalam sesuatu bentuk penulisan dan menyukarkan pembaca memahami isi kandungan atau fakta yang terkandung dalam sesebuah ayat (Paimah, 2004). Kesalahan ejaan bagi kata sendi nama "di" yang digunakan dalam ayat sebagai "disana". Kesalahan ejaan bagi kata sendi nama "ke" yang digunakan sebagai "kesini". Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia telah mengasaskan peraturan baharu iaitu perkataan "di" dan "ke" perlu dieja mengikut dua rumus yang berbeza mengikut peraturan nahu iaitu ditulis secara berpisah dengan perkataan d belakangnya. Kesalahan ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang telah dilancarkan masih giat digunakan lagi. Hal ini kerana sebilangan besar kumpulan etnik Melayu tidak dapat memahami dan menguasainya dengan walaupun bukan penutur aktif. Penggunaan bahasa Melayu yang terbina perlu dipupuk dengan sifatnya yang bestari di mana tidak rancu dari segi pembakuan nahu bahasa Melayu dalam ranah rasmi (Seong, T. K., 2006)
BENTUK DAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG BERCAMPUR ADUK DENGAN BAHASA INGGERIS Amalan bahasa yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris telah mula menjadi seperti budaya nasional di mana ia berlaku secara berleluasa di seluruh negara dan diminati oleh pelbagai pihak dan lapisan masyarakat. . Bentuk dan penggunaan campur aduk ini dianggap sebagai kes pelanggaran atau pencabulan peraturan linguistik bahasa Melayu (Seong, T. K., 2006). Hal ini kerana perkataan bahasa Inggeris yang digunakan itu tidak pernah diserap ke dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat bahasa Inggeris yang digunakan sebegitu bukan gaya wacana atau berbahasa yang dibenarkan dalam bahasa Melayu iaitu dalam konteks pembakuan bahasa Melayu. Penukaran kod tempelan Penukaran kod dalam ayat Penukaran kod di antara ayat Penukaran kod dalam perkataan Terdapat empat bentuk campur aduk bahasa Melayu yang disebut iaitu: Campur aduk dalam perkataan, ayat atau wacana, dikenali sebagai "penukaran kod" dalam disiplin bahasa atau linguistik dan sebagai "bahasa rojak" dalam kalangan masyarakat Malaysia (Seong, T. K., 2006). Penukaran kod atau bahasa rojak berlaku dalam bahasa Melayu apabila kata-kata bahasa Inggeris yang bukan kata pinjaman atau serapan digunakan semasa berbahasa Melayu.
EMPAT BENTUK GEJALA CAMPUR ADUK BAHASA MELAYU BENTUK PERTAMA BENTUK KEEMPAT BENTUK KETIGA "Penukaran kod tempelan" membawa maksud campur aduk bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang melibatkan penggunaan hanya sepatah perkataan bahasa Inggeris dalam ungkapan yang hampir keseluruhannya diucapkan dalam bahasa Melayu. Contoh: So, perjanjian itu akan terbatal jika terdapat melanggar perjanjian. "Penukaran kod dalam perkataan" yang menggunakan bahasa lain, seperti bahasa Inggeris dalam pembentukan perkataan bahasa Melayu. Contoh : Terdelete, Ditransfer Bentuk Ketiga: "Penukaran kod di antara ayat" yang berlaku ketika penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa lain itu dan terjadi di antara ayat. Contoh: Saya berharap perkara begini tidak berlaku lagi. I promise you it won't happen again. BENTUK KEDUA "Penukaran kod dalam ayat" berlaku jika penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa lain terjadi dalam ayat yang sama (Seong, T. K., 2006). Contoh: Semua pelajar diminta switch off telefon bimbit masing-masing sebelum majlis bermula sebentar sahaja lagi.
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM RANAH RASMI DIGANTIKAN DENGAN BAHASA INGGERIS SAMA ADA SEBAHAGIAN ATAU SEPENUHNYA Sejak kebelakangan ini, sesetengah pihak telah didapati tidak menggunakan bahasa Melayu dalam pengucapan di upacara atau majlis rasmi yang secara keseluruhannya dihadiri oleh rakyat Malaysia (Seong, T. K., 2006). Dasar Bahasa Negara perlu ditegaskan semula bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai kedudukan bahasa Melayu yang sentiasa diutamakan, khususnya dalam penggunaan dalam ranah rasmi. Bahasa Melayu: Membangunkan negara, sebagai alat penjana dan pengungkap kemajuan bangsa Malaysia. Bahasa Inggeris: Bahasa sumber ilmu dan bahasa ilmu untuk bidang sains dan teknologi sahaja, selain daripada menjadi alat perhubungan antarabangsa Contohnya, bidang penyiaran yang bersikap proaktif mula menggunakan bahasa Inggeris, sama ada dengan bahasa Melayu atau sepenuhnya, sebagai bahasa media massa elektronik, dalam mengelolakan sesebuah rancangan (Seong, T. K., 2006).
Bahasa Melayu menjadi mundur Peralihan bahasa KESAN KERANCUAN DALAM BAHASA MELAYU Kualiti rendah disebabkan oleh penggunaan yang melanggar hukum dan peraturan serta bahasa Inggeris bercampur aduk akan memberi kesan kepada kerancuan dalam bahasa Melayu. Kemunduran pada bahasa Melayu boleh menyebabkan berlaku kepupusan pada bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa tersebut tidak lagi disanjungi dengan baik dan akan digantikan oleh penggunaan bahasa Inggeris. Penggantian penggunaan bahasa Melayu yang diberhentikan oleh bahasa sesebuah masyarakat dan kemudian digantikan dengan masyarakat yang lebih maju dan berprestij dalam ranah rasmi. Keadaan yang berlaku telah menimbulkan suasana yang kurang baik antara penggunaan dua bahasa tersebut.
PEMERINTAH IDEOLOGI BAHASA BUDAYA LINGUISTIK Bahasa Melayu secara keseluruhannya digunakan dalam ranah rasmi. Tidak campur adukkan penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Menggunakan bahasa Melayu dengan baik dari aspek kelakukan. Memartabatkan semula bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Mengamalkan cara bercakap dan berbahasa yang tidak mempunyai sebarang kerancuan. Menggunakan bahasa Melayu dalam memahami dan mencatat ulasan berhubung kuasa politik (Seong, T. K., 2006).
KESIMPULAN Kesimpulannya, penggunaan bahasa Melayu perlu ditingkatkan dalam kalangan masyarakat Melayu supaya martabat bahasa Melayu boleh menjadi kuat dan hebat sebagai bahasa yang berkebolehan mencapai peradaban yang tinggi untuk bangsa Malaysia. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa moden pada peringkat tertinggi dalam aspek pendidikan bahasa. Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu perlulah dijaga sebaik mungkin supaya berkembang maju dalam pelbagai aspek. Kerancuan dalam bahasa Melayu telah menjadi salah satu gaya hidup yang penting dalam kalangan generasi muda bagi menunjukkan mereka mengikuti perkembangan semasa (Saidatul, 2020).
RUJUKAN
SEKIAN TERIMA KASIH