ULASAN BUKU
DISEDIAKAN OLEH :
CHE ZUKI BIN CHE AT
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM
Tajuk: Pembinaan Rumah Kediaman
Menurut Perspektif Islam
Penulis : Azman Ab Rahman &
Zahari Mahad Musa
Tahun Terbitan : 2017
Terbitan: Penerbit USIM, Nilai, Negeri
Sembilan.
Muka surat : 158 muka surat.
ISBN: 978-967-440-344-7
Rak : 690.837 PEM
PAGE 1
Buku Pembinaan Rumah Kediaman
Menurut Perspektif Islam ialah hasil
usaha pensyarah USIM dalam
merealisasikan ilmu Naqli dan Aqli
dalam pembinaan rumah kediaman.
Penulis menerangkan mengenai prinsip
rumah kediaman dalam Islam dan ciri-
ciri yang ada turut dikupas secara
mendalam seperti aspek keselamatan,
privasi, pencahayaan dan sebagainya.
Seterusnya, aspek-aspek yang
digabungkan antara pandangan Islam
melalui al-Quran dan hadis serta
pendekatan teknologi kejuruteraan
diterangkan secara jelas. Tujuan buku ini
diterbitkan bagi memenuhi kesemua ciri-
ciri rumah kediaman tersebut.
PAGE 2
Mempunyai 9 bab yang memberi
panduan mengenai pembinaan rumah
kediaman yang perlu dilihat melalui
pendekatan Islam dan teknologi
kejuruteraan. Penulis membawakan
hujah, maklumat serta contoh dalil
melalui penulisan dan bahasa yang cukup
mudah difahami oleh pembaca dan
menarik untuk dibaca. Penulis berjaya
menggarap idea dengan mengaitkan ciri-
ciri pembinaan rumah kediaman yang
bukan tertumpu pada pembinaan fizikal
semata-mata malah merangkumi semua
aspek – aspek yang telah dinyatakan
dalam halaman yang kedua. Ia memberi
gambaran fungsi rumah kediaman dalam
membentuk peribadi Muslim sejati.
PAGE 3
Antara tajuk yang menarik di dalam
buku ini adalah penulis menekankan
aspek privasi dengan sangat mendalam
dalam bab kelima. Hal ini meliputi
kedudukan privasi rumah kediaman
dalam Islam serta implikasi hukum
privasi tersebut. Perkara tersebut
sangatlah dititikberatkan dalam Islam
apabila penulis berkongsi tentang ruang
dan masa yang perlu dijaga bagi
melindungi aurat yang istilah
‘awrah telah disebut sebanyak empat kali
dalam al-Quran. Hal ini menunjukkan
bab ‘awrah sangat penting dalam Islam.
Contohnya, reka bentuk bagi pintu
hadapan atau belakang seharusnya tidak
menghadap terus ke arah jalan raya dan
ruang tamu pula perlu diasingkan
daripada ruang keluarga.
PAGE 4
Hikmah pensyariatan hukum ini bagi
mengelakkan sebarang perkara yang tidak
diingini bagi menjaga aib penghuni dan
memberi masa kepada tuan rumah untuk
bersedia menerima tetamu.
Walau bagaimanapun, penulis tidak
membuat perbandingan ciri rumah moden
kini dengan ciri rumah yang berpandukan
syariah. Contohnya, kebanyakan rumah
moden Malaysia kini mengikut konsep hiasan
dalaman gaya Barat, pemaju telah membina
rumah berkonsepkan ruang terbuka yang
menampakkan ruang dapur. Hal ini
bertentangan dengan konsep ruang dalam
yang patut diasingkan ruang untuk tetamu
dan ruang keluarga sahaja sebagaimana yang
telah dijelaskan oleh penulis dalam bab lima.
PAGE 5
Secara kesimpulannya, buku ini sangat
relevan untuk dijadikan panduan terutama
bagi golongan yang terlibat dalam pembinaan
rumah kediaman serta mereka yang ingin
memiliki rumah kediaman sendiri. Malahan,
bahan bacaan seperti ini masih kurang berada
di pasaran. Pembinaan rumah kediaman yang
menepati syarak dan teknologi kejuruteraan
mampu menjadikan sesebuah rumah
kediaman itu selesa, seimbang dan aman.
Kandungannya sangat memberi manfaat
terutama kepada golongan muslim khususnya
dalam menilai pemilihan rumah kediaman
yang ingin diduduki untuk tempoh yang lama.
Semoga kewujudan rumah kediaman
bercirikan Islam khususnya di negara kita
suatu hari nanti menjadi kenyataan.
PAGE 6
PAGE 7