The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chezukicheat, 2022-10-10 00:33:12

67 Kisah LEGENDA Warisan Melayu

67 Kisah LEGENDA Warisan Melayu

ULASAN BUKU

DISEDIAKAN OLEH :
CHE ZUKI BIN CHE AT
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM

Tajuk: 67 Kisah LEGENDA Warisan Melayu
Penulis : Seri Asmah
Tahun Terbitan : 2015
Terbitan: SAM Synergy Media Sdn Bhd,

Kuala Lumpur.
Muka surat : 283 muka surat.
ISBN: 9789674444600
Rak : K 398.2 SER

PAGE 1

Menurut pakar kaunseling, cerita
dapat membantu membentuk
keperibadian seseorang kanak-kanak.
Oleh itu, salah satu cara untuk
menasihati kanak-kanak boleh
dilakukan dengan menggunakan kaedah
bercerita. Cara ini cukup berkesan
kerana anak anda mampu menyerap
dengan mudah gambaran mengenai
sesuatu kebaikan dan keburukan
melalui isi sesebuah cerita.

PAGE 2

Legenda dikenali juga sebagai dongeng
sejarah, kerana cerita legenda selalunya
mengenai seseorang tokoh yang terkenal
di sesuatu tempat. Masyarakat percaya
bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan
wujud dalam sejarah. Kebenaran sejarah

cuba dibuktikan dengan mengaitkan
beberapa kesan di tempat tersebut.
Tokoh legenda merupakan tokoh yang
tiada tolok bandingnya. Dari itu beliau
diberi sepenuh kebanggaan masyarakat
setempat. Beliau juga amat istimewa
yang mempunyai kelebihan yang tinggi.

PAGE 3

Kebanyakan Kisah yang terdapat di dalam buku ini
dikumpulkan dari seluruh pelosok daerah

nusantara yang dahulunya kawasan tersebut
merupakan satu lingkungan geografi politik yang

kewujudannya berbeza pada zaman ini. Kini,
kewujudannya terpisah atas nama negara-negara
yang terdapat di asia tenggara. Buku ini terdiri
dari pelbagai cerita rakyat yang meliputi legenda,

mitos, dongeng dan sejarah. Cerita-cerita yang
terdapat di dalam buku ini sarat dengan hikmah
dan nilai moral yang dapat diambil dan dijadikan

pengajaran bagi kanak-kanak seperti nilai
kejujuran, mencintai sesama makhluk tuhan, kisah

kepahlawanan, anak derhaka, kesabaran,
pengorbanan, kasih sayang, kerugian bagi orang
yang sombong dan banyak lagi pengajaran yang

ada.

PAGE 4

Buku ini mempunyai gambar-gambar
berwarna yang boleh menarik minat pembaca dan
bahasa yang digunakan oleh penulis juga sesuai
untuk semua lapisan pembaca.

Namun penting untuk diingatkan kepada ibu
bapa, penjaga dan guru harus sentiasa
menjelaskan kepada anak mereka mengenai cerita-
cerita yang berada di luar pemikiran atau tidak
masuk akal bahawa semua itu merupakan cerita
dongeng semata-mata. Bukan semua cerita itu
betul, oleh itu jangan terlalu mempercayainya.
Contohnya cerita mengenai kesaktian seseorang
sehingga boleh mengubah sesuatu dengan kata-
katanya atau perbuatannya dan haiwan yang
boleh berkelakuan seperti manusia dan sebagainya.

PAGE 5

Semua aspek tersebut hanyalah salah
satu dari daya tarikan cerita-cerita tersebut
dan bertujuan untuk merangsang imaginasi
kanak-kanak dalam mencerna isi sesebuah
cerita.Tidak ada maksud untuk menyesatkan.
Jadi apa yang perlu ditekankan kepada kanak-
kanak adalah hikmah atau nilai moral yang
terdapat di dalamnya.Oleh itu, Pada akhir
setiap cerita turut diselitkan kata-kata
hikmah atau nilai moral yang terkandung di
dalam cerita tersebut. Dengan cara ini, kanak-
kanak dapat meniru perkara-perkara yang
positif dan mempraktikkan dalam kehidupan
seharian.

PAGE 6

PAGE 7


Click to View FlipBook Version