ULASAN BUKU
DISEDIAKAN OLEH :
CHE ZUKI BIN CHE AT
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM
Tajuk :
Sahabat Dunia Akhirat.
Penulis :
Ustazah Asma’ Harun
Terbitan :
Galeri Ilmu
Tahun :
2020
No ISBN :
9789830978895
PAGE 1
"Seseorang itu mengikut agama (cara hidup)
sahabatnya. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang
kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut
dijadikan sahabat."
(Riwayat Abu Dawud, at-Tirmizi dan al-Baihaqi)
Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu
melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah,
mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,
melihat gerak-gerinya teringat akan kematian.
Jadilah dan pilihlah sahabat yang bukan sahaja
membahagiakan sahabatnya di dunia, bahkan
membantu untuk sama-sama mendapat bahagia di
akhirat sana. Persahabatan adalah nikmat yang indah
bagi setiap manusia. Sahabat yang baik adalah
anugerah daripada Allah Taala.
Penulis berasal dari keluarga besar yang dididik
dengan penuh kasih sayang, disiplin dan didikan
agama yang cukup sempurna.
PAGE 2
Penulis inginkan setiap pembaca dan pengikutnya di
media sosial menjadi sahabat yang baik dan memilih
sahabat yang baik supaya keindahan persahabatan
itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya di
dunia dan akhirat. Buku ini mempunyai grafik yang
cantik dari kulit ke kulit. Isinya padat dan
bermanfaat, disulam dengan ayat-ayat yang indah,
disertai potongan ayat dari Al Quran dan hadis.
Ianya bersifat umum dan bukan hanya
dikhususkan kepada kaum hawa. Bukunya tidak
tebal, tapi berjaya membuatkan saya menggunakan
begitu banyak nota pelekat untuk menandakan ayat,
nasihat atau cerita kesukaan saya.
PAGE 3
Nasihat daripada sahabat kepada sahabat. Setiap
nasihat disertakan bersama potongan ayat Al-quran
dan hadis daripada Rasulullah SAW dan ada juga
penulis ceritakan kisah yang dialami. Sangat penuh
dengan isi dan pengajaran yang boleh diterapkan
dalam kehidupan seharian.
Saya cadangkan buku ini kepada semua tidak
mengira jantina dan umur, lebih-lebih lagi pada yang
inginkan bacaan yang melunakkan hati dan
menyentap perasaan.
Selamat Membaca…
PAGE 4
PAGE 5