The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Derma organ & Apakah hukumnya?

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nusyrfnsyah, 2020-12-07 07:16:50

DERMA ORGAN & HUKUMNYA

Derma organ & Apakah hukumnya?

DERMA ORGAN DAN
APA HUKUMNYA?

OLEH:

PROFESSOR DR. NURUL AISYAH MUSTAFFA

DEFINISI

❖ Pendermaan organ/ tisu ialah proses mendermakan
sebahagian organ atau tisu daripada tubuh badan kita untuk
tujuan pemindahan atau transplantasi kepada orang lain yang
memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu
tersebut. Selepas transplantasi (pemindahan) organ, seseorang
itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti
yang lebih baik.

ORGAN YANG BOLEH
DIDERMAKAN

ORGAN: TISU:
❖ Jantung * Injap jantung
❖ Paru-paru * Mata (kornea)
❖ Hati * Tulang
❖ Buah pinggang
* Kulit

JENIS PENDERMA

Penderma Hidup

❖ Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang
atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja. Terbahagi kepada 2
jenis :

❖ Pendermaan ada pertalian saudara (Living Related)
❖ Pendermaan tiada talian saudara (non-living Related)

JENIS PENDERMA

Penderma Kadaverik
❖Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah
meninggal dunia. Terbahagi 2 jenis:

❖Kematian Otak
❖Kematian Jantung Berhenti Berdegup

PANDANGAN DARI SUDUT
AGAMA

❖ Secara umumnya semua Agama mengiktiraf pendermaan organ sebagai amalan
yang mulia. Tiada agama yang menghalang penganutnya untuk melakukan
kebaikan. Agama Islam melalui Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan Hukum
Harus pada urusan pendermaan dan pemindahan organ pada bulan Jun 1970. Ianya
diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan
nyawa pesakit dan bukan untuk perniagaan (tiada unsur jual beli). Kaedah rawatan
transplantasi juga DIHARUSKAN sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat yang
lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma
masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas
dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT.

DALIL

❖ ‫ِم ْن أَ ْج ِل ذَ ِل َك َكتَ ْب َنا َع َلى بَ ِني إِ ْس َرائِي َل أَنَّهُ َم ْن قَتَ َل َن ْفساً ِبغَ ْي ِر َن ْف ٍس أَ ْو فَ َسا ٍد ِفي الأَ ْر ِض فَ َكأَ َّن َما قَتَ َل‬
ً‫ال َّنا َس َج ِميعاً َو َم ْن أَ ْحيَا َها فَ َكأَ َّن َما أَ ْحيَا النَّا َس َج ِميعا‬

❖ Maksudnya: Oleh sebab itu, kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani
Israel, bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana
orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana mebuat kerosakan di
muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.
Sesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia
telah memelihara kehidupan manusia semuanya

(Surah al-Maidah: 32)

FA T WA

❖ Al-Syatibi dalam kitabnya al-Muwafaqat berkata: “Sesungguhnya kebaikan dan keburukan berbeza. Tidak dapat
dikatakan bahawa padanya kebaikan sahaja, kerana kebaikan itu tetap ada bercampur dengan suruhan atau
kerumitan, samada sedikit atau banyak.

❖ Majma’ al-Fiqh al-Islami yang berada di bawah naungan Ri’ayah Rabitah ‘Alam al-Islami, Makkah al-Mukarramah
menyatakan bahawa keputusan yang telah dicapai oleh Majma’ Fiqh ini dalam persidangannya yang ke-8, iaitu dari
28 Rabiul Akhir 1405H hingga 7 Jamadil Awal 1405H adalah seperti berikut:

❖ Mengambil organ daripada badan manusia yang hidup dan meletakkannya ke badan manusia lain yang sangat
berhajat kepadanya demi menyelamatkan nyawa atau untuk membolehkan mana-mana organnya berfungsi semula
adalah satu perbuatan yang harus dan tidak berlawanan dengan suruhan menghormati manusia. Sebaliknya, ia
adalah sebagai suatu bantu an yang sangat besar dan kebaikan bagi yang menerimanya. Amalan ini diakui oleh
syarak dan terpuji khususnya jika ia memenuhi empat syarat:

❖ Hendaklah persetujuan memberi itu atas kerelaannya dan bukan dengan
paksaan.
❖ Hendaklah pemindahan organ itu merupakan usaha yang terakhir serta dalam
keadaan darurat bagi mengubati pesakit.
❖ Hendaklah dipastikan bahawa operasi mengambil organ dan
memindahkannya kepada pesakit itu pada umumnya Berjaya menghasilkan
faedah yang diharapkan.
❖ Janganlah orang yang diambil organnya itu menempuh bahaya yang akan
mengganggu keadaan hidupnya yang biasa. Ini adalah kerana kaedah syarak
menegaskan bahawa bahaya itu tidak boleh dihapuskan dengan melakukan
sesuatu yang mendatangkan bahaya lain yang sama berat dengannya.

‫ِإذَا َضا َق الأَ ْم ُر ِاتَّ َسع‬
Maksudnya: “Apabila sesuatu perkara sempit hendaklah diperluaskan.”

DIBOLEHKAN DARI SEGI SYARAK DALAM BEBERAPA KEADAAN SEPERTI BERIKUT:

❖ Mengambil organ daripada orang yang telah mati demi menyelamatkan manusia lain yang
sangat memerlukannya, dengan syarat hendaklah orang yang diambil daripadanya itu adalah
seorang mukallaf dan telah mengizinkannya semasa hidup.
❖ Mengambil oragan daripada binatang yang halal dimakan dan telah disembelih atau selain
daripada itu, dalam keadaan darurat untuk digantikan bagi manusia yang memerlukannya.
❖ Mengambil sebahagian daripada badan manusia untuk menampalkan atau dipindahkan ke
bahagian lain daripada badannya sendiri mengikut keadaan yang diperlukan.
❖ Memasukkan sesuatu benda ke dalam badan manusia sebagai cara berubat daripada penyakit
contohnya, besi ke tulang atau bateri ke bahagian jantung dan seumpamanya. Majma’ al-Fiqh al-
Islami berpendapat bahawa kesemua hokum di atas mengikut syarat-syarat yang disebutkan tadi
adalah harus.

‫اَل َّض َر ُر يُ َزا ُل‬
❖ Maksudnya: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan.”

SIAPA YANG LAYAK UNTUK
MENDERMA

❖ Sesiapa pun boleh mendaftar menjadi pengikrar penderma organ dan
tisu kecuali mereka yang menghidap penyakit berjangkit seperti HIV
AIDS, Hepatitis B dan C, Siflis. Untuk mereka yang berumur kurang dari
18 tahun, kebenaran bertulis dari ibubapa adalah diperlukan. Semua
pengikrar penderma organ dinasihatkan agar memberitahu ahli keluarga
tentang hasrat mereka untuk mendermakan organ selepas mereka
meninggal dunia. Ini akan memudahkan keluarga untuk memberikan
kebenaran untuk pengambilan organ dan tisu selepas kematian mereka

BAGAIMANA UNTUK MENJADI
SEORANG PENDERMA

❖ Mereka yang berhasrat untuk mendermakan organ selepas kematian
boleh mengisi borang pendaftaran pengikar penderma organ yang boleh
didapati di semua Hospital Kerajaan, Jabatan Kesihatan Daerah-Daerah,
Pusat-Pusat Kesihatan Daerah, Pusat Sumber Transplan Hospital Raja
Permaisuri Bainun, Ipoh, Pusat Sumber Transplan Hospital Pulau Pinang,
Pusat Sumber Transplan Hospital Sultanah Aminah, Johor, atau memuat
turun borang di laman web Pusat Sumber Transplan Nasional.

KELEBIHAN

❖ Pengecualian bayaran bil hospital

Selaras dengan seksyen 16(13) Perintah Fi (Perubatan) 1982, Ketua Setiausaha
Perbendaharaan telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran bil hospital
bagi penderma organ di hospital kerajaan dari tarikh kemasukan hospital. Arahan ini
berkuatkuasa pada 29 Disember 2003, seperti mana surat Kementerian Kewangan
KK/BP(S)09/692/79 Jld.3.s.k.4/2003(4) Bagi pendermaan organ dan tisu di hospital
swasta pula, segala pembiayaan bil hospital dari mula pesakit itu dimasukkan sehingga
disahkan meninggal dunia adalah tanggungjawab keluarga atau waris itu sendiri.

❖ Pahala yang berpanjangan
Rujuk Hadis Dan Dalil Sahih

KONLUSI

Pendermaan organ adalah suatu amalan yang berteraskan
kebajikan, keikhlasan dan tidak mengharapkan sebarang balasan
atau habuan. Tidaklah dapat diukur dengan wang ringgit betapa
tinggi nilai organ manusia walau sekecil buah pinggang sekalipun.

Kerana itu dinamakan 'derma' organ. Sekiranya kita tulus dan
ikhlas, ganjaran yang lebih besar menanti kita di kehidupan yang

seterusnya seperti yang disebut dalam hadis.

HADIS

❖ Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tujuh golongan yang akan Allah naungi pada
hari di mana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu pemimpin yang adil,
pemuda yang tumbuh di atas ketaatan kepada Allah, laki-laki yang hatinya senantiasa
terikat dengan mesjid, dua orang yang mencintai karena Allah, bertemu dan berpisah
karena-Nya, seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan

memiliki kedudukan, namun ia berkata: sesungguhnya aku takut kepada Allah,
seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan

kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya dan seseorang
yang mengingat Allah di waktu sendiri hingga meneteslah air matanya.”
❖ (HR Bukhari Muslim).

Thank you

Stay safe everyone


Click to View FlipBook Version