SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
DI TAMAN BUKIT INDAH, JOHORBAHRU, JOHOR.
DISEDIAKAN OLEH:
LAU YING XIN
TINGKATAN:
2 SAPPHIRE
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
24/12/2022
SENARAI KANDUNGAN
Bil. Isi Kandungan Muka Surat
1. Penghargaan 1
2. Pendahuluan 2-3
3. 4
Objektif Kajian
4. KAJIAN KES 5
5. 6
Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
6. Hasil Kajian 7-9
i. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
ii. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi
Hijau yang terdapat di kawasan kajian Taman
Bukit Indah, Johor Bahru, Johor
iii. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
iv. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau
tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
v. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi
yang boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan
Teknologi Hijau yang sesuai
7. Rumusan 10
8. Rujukan 11
9. Lampiran 12-15
Lampiran - soal selidik
Penghargaan
Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi, Puan Hanifah Binti Jamaluddin
atas segala bimbangan, tunjuk ajar dan nasihat yang
amat berguna telah membantu saya menyempurnakan
projek ini. Terima kasih juga diucapkankepada Ibu
bapa saya, iaitu Encik Lau Kok Wai dan Puan Lim
Poh Hung kerana sering membantu bersama dalam
menyiapkan kerja lapangan ini. Tidak lupajuga
kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu
proses menyiapkan kerja lapangan ini seperti rakan-
rakan , penduduk di kawasan kajian dan lain-lain.
Sekian, terima kasih.
1
Pendahuluan
Saya, Lau Ying Xin merupakan pelajar Tingkatan 2 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ismail.Tajuk ini iaitu Teknologi
Hijau memudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan tinjauan
serta membuat rujukan daripada laman sesawang dan juga buku-
buku yang berkaitan.
Kawasan kajian ialah di Taman Bukit Indah, Johor Bahru kerana
ianya merupakan kawasan tempat tinggal saya. Saya telah
menetapkan empat 4 objektif kajian yang perlu saya capai untuk
melengkapkankerja lapangan saya iaitu
2.1 Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2.2 Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang
terdapat di kawasan kajian Taman Bukit Indah, Johor Bahru
2.3 Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
2.4 Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak
diterapkan dalam kehidupan seharian
2.5 Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh
dibuat bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai
Saya menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah
soal seldik dan kaedah naukan. Saya mengambil masa selama tiga
minggu untuk menyiapkan kerja lapangan saya
2
Berikit merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini:
Bil. Tarikh Aktiviti Catatan
1. 5-12-2022 Menerima taklimat dan tugasan kerja
lapangan Geografi iaitu guru mata
2. 6-12-2022 pelajaran iaitu Cikgu Hanifah binti
3. 8-12-2022 Jamaluddin
4. 10-12-2022 Berbincang dengan guru bentuk
pelaksanaan yang hendak dilakukan
5. 12-12-2022
Tajuk kerja lapangan - Amalan
6. 13-12-2022 TeknologiHijau di Kawasan Kajian
7. 15-12-2022
8. 16-12-2022 i) Merangka perancangan dan jadual
9. 19-12-2022 kerja mengenai aktiviti yang hendak
10. 21-12-2022 dilakukan
11. 22-12-2022
12. 24-12-2022 ii) Membuat catatan untuk kerja
lapangan dilaksanakan dengan betul
iii) Mencari maklumat tentang amalan
teknologi hijau dalam buku teks,buku-
buku rujukan Geografi dan melalui
Internet.
Pergi ke kawasan kajian
-Membuat pemerhatian tentang amalan
teknologi hijau yang dilakukan
Merekodkan kajian
Menulis penghargaan dan pendahuluan
Membuat soal selidik
- Menrekabentuk soal selidik
menggunakan Google Form
Memberi soal selidik kepada penduduk
kawasan kajian
Menganalisis data yang diberikan oleh
penduduk melalui Google Form
Menulis hasil kajian yang diperoleh
Menyiapkan kerja lapangan dan
menghantar kepada guru
3
Objektif Kajian
Diakhir kajian ini, saya akan dapat:
1) Menerangkan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang
terdapat di kawasan kajian iaitu Taman Bukit Indah, Johor
Bahru, Johor
3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidakditerapkan
dalam kehidupan seharian
5) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh
dibuat bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang
sesuai
4
Kawasan Kajian
Kawasan Kajian iaitu Taman Bukit Indah, Johor Bahru merupakan
kawasan perumahan saya.Taman Bukit Indah terletak di tenggara
kawasan Bukit Indah.Kawasan ini terdapat beberapa sekolah
antaranya SMK Bukit Indah .Kawasan ini dekat dengan Mutiara Rini
dan Perling.
Kawasan ini sesuai untuk menjalankan kajian teknologi hijau .Oleh
itu , kawasan ini sesuai untuk menjadi kawasan kajian kerja lapangan
ini .
Peta Kawasan Kajian
5
Kaedah Kajian
Antara kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah:
5.1 Pemerhatian
Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian tentang
petempatan dikawasan kajan saya. Saya telah melawat kawasan
kajan saya untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa domestik yang
terdapat di sini. Oleh itu, saya dapat mengumpul data yang tepat
dengan mudah dan cepat
5.2 Soal Selidik
Saya mengedarkan borang soal selidik menggunakan google
form'kepadapenduduk setempat . Saya terlebih dahulu menyediakan
borang yang mengandungi maklumat yang diperlukan untuk kajan
ini.Dengan ini , penduduk setempat dapat mengisi borang atas talian
dengan mudah.
5.3 Rujukan
Saya membuat rujukan laman web , majalah , buku teks dan
lain- lain.Kaedah ini memudahkan saya untuk membuat proses
dalam kerjalapangan ini.
6
Hasil Kajian
i) Definisi dan Konsep Teknologi Hijau
-Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan pengaplikasian
produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan
alam semula jadi danmeminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.
-Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra
alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita
menggunakan teknologihijau, kita menggunakan sumber-sumber
seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk
menghasilkan sesuatu produk.
-Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk
memulihara sumberdan alam semulajadi bagi menangani impak
negatif aktiviti manusia.
ii) Contoh amalan teknologi hijau yang terdapat di kawasan
kajian
Antara contoh amalan yang terdapat ialah :
a. Penjimatan tenaga
Penduduk di Taman Bukit Indah sentiasa menjimatkan tenaga
seperti tutup suis dan cabut plug peralatan elektrik yang tidak
menggunakan dan juga menetapkan suhu penyaman udara minimum
pada 24°C untuk menjimatkan tenaga. Dengan menjimatkan tenaga,
kita boleh meningkatkan masalah perubahan iklim, meningkatan
harga tariff dan meningkatkan kegawatan ekonomi
7
b. Menggunakan Pengangkutan awam dan Perkongsian kenderaan
Penduduk Taman Bukit Indah sering menggunakan pengangkutan
awam untuk pergi ke tempat bekerja. Terdapat banyak stesen bas di
kawasan bukit indah.Dengan ini penduduk di Taman Bukit Indah
sering menaiki bas untuk pergi ke tempat bekerja. Selain itu, murid-
murid SMK Taman Bukit Indah sering berkongsi kereta untuk pergi
ke sekolah. Hal ini akan menjimatkan kos dan juga mengurangkan
pelepasan asap yang mencemarkan udara seperti gas karbon
monoksida , gas karbon dioksida dan lain-lain.
c. Perkhidmatan Makanan
Taman Bukit Indah mempunyai banyak medan selera. Seperti 63
Food Court Restaurant, S11 Kopitiam, Restaurant sheng heng dan
sebagainya. Dengan ini, penduduk di Taman Bukit Indah sering
membungkus makanan membawa balik rumah. Penduduk di Taman
Bukit Indah selalunya menggunakan pembungkus makanan yang
mesra alam dan tidak menggunakan pembungkus makanan yang
dibuat daripada plastik atau styrofoam.
iii) Kepentingan Teknologi Hijau
Teknologi Hijau dapat meningkatkan kualiti udara dan air. Hal ini
demikian kerana gas karbon dioksida , gas karbon monoksida yang
mempunyai toksik dapat dikurangkan. Di samping itu , tekonologi
hijau juga boleh melindungi ekosistem dan pelbagaian hidup.Dengan
ini, alam sekitar akan menjadi lebih harmoni dan keseimbangan.
Selain itu, Industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan
Keluaran Dalam Negara Kasa(KDNK). Hal ini dapat meningkatkan
ekonomi negara dan memajukan negara. Tambahan pula ,tekonologi
hijau juga boleh mengurangkan peningkatan suhu .Hal ini kerana
teknologi hijau akan mengurangkan pelepasan gas-gas yang
dinyatakan diatas yang akan menipiskan lapisan ozon.
8
iv) Punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan
Mengikut soal selidik , punca utama amalan teknologi hijau tidak
diterapkan ialah kekurangan kesedaran dan kefahaman. Banyak
penduduk tidak faham apa maksud teknologi hijau dan apa yang
teknologi hijau boleh membantu dan meningkatkan kualiti
kehidupan penduduk. Selain itu, kekurangan penguatkuasaan . Pihak
kerajaan tidak mengambil berat tentang perkara teknologi hijau
.Akhirnya , kekurangan kepakaran .Sebahagian penduduktidak
pernah membuat kajian tentang teknologi hijau dan tidak
mempunyai ilmu tentang teknologi hijau. Di samping itu, masalah
kos juga merupakan punca yang penting.Pihak kerajaan tidak
memberi modal yang mencukup untuk memajukan teknologi hijau
di banyak kawasan . Hal ini akan menyebabkan tiada banyak orang
ingin mengeluarkan wang sendiri untukmelaksanakan amalan
teknologi hijau.
v) Langkah-langkah atau strategiyang sesuai untuk dilakukan
untukmeningkatkan penggunaan Teknologi Hijau
-Melaksanakan kempen atau ceramah untuk menyedarkan orang
ramai memahami ilmu tentang teknologi hijau
-Pihak kerajaan boleh menguatkuasaan undang – undang seperti
memberi saman kepada orang yang tidak mematuhi undang-undang
yang ditetapkan
-Pihak kerajaan boleh bekerjasama dengan pihak swasta untuk
mempromosikan produk Teknologi Hijau
-Kecekapan dalam pentadbiran untuk mempromosikan produk
Teknologi Hijau
9
Rumusan
Rumusan dapat dibuat disini, sokongan masyarakat dan juga
kerajaan dalam menerapkan teknologi hijau ini perlu dilihat dari
dua aspek. Pertama ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau
membangunkan teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta
sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk mudah yang
mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan
Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat
sekolah lagi untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih
tinggi pula, para penyelidik kita boleh menghasilkan teknologi
yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-
sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan
praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan
dan untuk tujuan eksport. Keduanya ialah penggunaan atau
aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses
kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan
bijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara- perkara
mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh
membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-
botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke
nimah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada
menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam.
Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah. Pengguna juga harus
mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga.
Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian
akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan
cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa,
namun penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan
alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan
langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan
hijau budaya hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk
mengamalkan budaya hijau
10
Rujukan
1. Buku Teks Geografi Tingkatan 25
2. https://question.pandai.org/note/read/gf-08-05-02/kssm-f2-gf-
05/teknologi-hijau
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
11
Borang Soal Selidik (Google Form)
https://forms.gle/KaiwNSdh3d9PJAyR9
QR Code
12
Analisa yang diperolehi daripada soal selidik (Google Form)
Yang diedarkan kepada 25 responden
13
14
15