i-Dakwah MPU23012 PENGAJIAN ISLAM Apa itu ICT ? Kepentingan dan Hukum Kesan ICT dakwah dalam dakwah ? MAJALAH PENDIDIKAN ROHANI Harga : RM12.00 (SM) RM14.00 (SS) Vol.04/May2023 APAKAH PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI
Isi Kandungan Sidang Ridaksi Majalah Pengenalan Dakwah + Online Perkara yang perlu ada dalam dakwah Faedah menguasai teknologi maklumat Berdakwah Melalui Internet Kesan ict dalam dakwah Rukun Dakwah Keperluan nilai dan etika dalam dakwah ict Cadangan berdakwah menggunakan ICT Faedah menguasai ict Peranan ICT dalam perkembangan dakwah Perbandingan dakwah menerusi ICT dan bukan ICT Objektif ICT dalam dakwah Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.
REDAKSI MAJALAH Putera Danish bin Mohamad Zubir 06DPR22F1085 Aiman Daneal Maizan bin Mazlan 06DPR22F1074 Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Majalah E-folio merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Kursus Pengajian Islam (MPU23012) Tugasan ini telah mengetengahhan konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu Islam dan cabaran semasa. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DPR2C Jabatan Perdagangan bagi pengajian sesi 2 2023 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya emajalah untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan Ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang Islam sebagai cara hidup iaitu Mana- mana penunjuk prestasi kehidupan seorang Muslim. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang jauh ke arah pembentukan modal insan yang holistik. Sidang Dari Pena Penasihat EDITOR PENULIS Putera Danish bin Mohamad Zubir 06DPR22F1085 1
Peranan ICT dalam perkembangan dakwah pada era globalisasi Kalau dilihat perkembangan dakwah Islam dari dahulu sehingga kini, ternyata bahawa para pendakwah khususnya dan umat Islam umumnya tidaklah mengggunakan sesuatu media tertentu, dan tidak pula menghadkan kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Oleh yang demikian, Dalam perkembangan di alaf baru kini, teknologi maklumat (ICT) telah menjadi medium terpenting dalam komunikasi. Dilihat kepada perkembangan Internet umpamanya, perbezaan nisbah kuantiti laman web dan blog agama selain Islam,telah mengatasi bilangan web dan blog Islam itu sendiri. Justeru itu,telah menjadi tanggungjawab para Pendakwah,untuk membina lebih banyak laman web dan blog,seperti yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi. Laman web dan blog seumpama itu, sudah tentu mampu menyampai dan mengisikan ruang-ruang maklumat mengenai Islam. Para Pendakwah mestilah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kemahiran komputeran. 2
Dakwah + O n l i n e Dakwah ialah kegiatan menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruh orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran agama islam. 2023 Dalam era globalisasi yang semakin maju ini, kegiatan dakwah adalah lebih praktikal dan lebih mudah tersebar luas menggunakan platform online seperti media sosial berbanding kaedah tradisional. Namun, masih terdapat kelemahannya. 3
Perkara yang perlu ada dalam dakwah Gambar di tepi menunjukkan kaedah dakwah iaitu melalui lisan yang telah menjadi medium perantaraan untuk penyebaran Islam sejak zaman dahulu lagi. Dakwah juga tidak terhad kepada medium yang tertentu sahaja contohnya kaedah penulisan juga turut digunakan. Di Malaysia pada hari ini, dakwah Islam turut disebarkan melalui filem, video, imej dan sebagainya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan Internet untuk melakukan aktiviti dakwah. Oleh itu, para pendakwah perlulah mengintegrasikan teknologi maklumat dan dakwah pada zaman kini. Mukmin yang menyampaikan dakwah atau ilmu perlu memastikan dirinya dipandu oleh bimbingan guru yang boleh membawanya menjadi seorang pendakwah, Pendakwah haruslah memiliki ilmu yang tinggi dan mendalam. bukan diasaskan oleh populariti yang dicipta dengan tujuan lain Pendakwah yang baik faqih dalam ilmu, ikhlas pekerjaannya untuk mendidik ummah dan mempunyai niat memajukan ummah dengan kebijaksanaan ilmu yang tinggi. ICT atau dikenali dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. keberkesanan dakwah menerusi ICT dan bukan ICT Definisi ICT 4
Faedah menguasai teknologi maklumat 1. 2. 3. 4. Meningkatkan pengetahuan am Menjimatkan masa dalam pelbagai urusan Memudahkan komunikasi Memperkasakan kemahiran diri 5
Berdakwah Melalui Internet Dr Abu Bakar Abdul Majeed ejak zaman dahulu, orang-orang yang terlibat dalam kegiatan dakwah selalu berusaha menyampaikan himbauan agama melalui berbagai cara dan media. Menggunakan teknologi umum dan terkini adalah hal yang lumrah bagi para pendakwah. Menurut sejarah, kitab suci Alquran pertama kali tercatat dalam bentuk tulisan pada masa pemerintahan Saidina Usman ibn. Affan (r.a.). Tujuan pelestarian Al-Quran dalam sebuah buku adalah untuk melestarikan isinya untuk dibaca dan dihayati oleh generasi mendatang. Salinan kitab suci tulisan tangan seperti Baitul Qur'an Kuwait ini sekarang mengambil waktu agak lama untuk disediakan. Hal ini pasti telah menghadkan keberkesanan dan kemampuan kerja-kerja dakwah. S Namun, pada tahun 1456 Masihi, Gutenberg berjaya mencipta mesin cetak. Kewujudan mesin cetak mempercepatkan usaha menyiapkan teks agama. Kos bahan juga dikurangkan apabila salinan boleh disediakan dalam jumlah yang banyak. Media cetak telah menjadi saluran utama untuk aktiviti pembangunan agama sehingga ke abad ke-20. Abad ke20 adalah abad revolusi komunikasi. Sekitar tahun 1910-an komunikasi baru telah diperkenalkan iaitu media elektronik. Peranti pertama yang dihasilkan ialah radio. Siaran radio boleh disebarkan secara meluas ke seluruh pelusuk dunia. Seruan pendakwah dapat diperhatikan oleh khalayak yang lebih besar. Hari ini, kita dapati banyak stesen radio tempatan dan nasional menawarkan pelbagai program keagamaan untuk menjalankan aktiviti dakwah. Kuliah pendakwah diselang-seli dengan maklum balas daripada hadirin yang datang untuk mengulas atau bertanyakan soalan. Selepas radio, televisyen diperkenalkan sebagai media komunikasi elektronik. Ini berlaku sekitar pertengahan abad ke-20. Kemunculan televisyen menyediakan saluran baru. Selain bunyi, grafik dalam bentuk statik atau video juga boleh dipaparkan dalam pengaturcaraan keagamaan. Maklumat boleh disampaikan dengan lebih realistik. Keberkesanan dakwah juga semakin meningkat. Pada mulanya, penonton televisyen sangat terhad. Namun, dengan adanya satelit, siaran televisyen boleh disiarkan ke seluruh dunia. Selain daripada televisyen satelit, pemasangan televisyen interaktif juga dijangka merevolusikan kaedah komunikasi melalui media elektronik.. 6
KESAN ICT DALAM DAKWAH Topik Utama Positif Negatif emunculan teknologi multimedia adalah anugerah istimewa dunia dakwah. Dengan adanya teknologi multimedia, tugas dakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan. Dengan teknologi ini, seluruh dunia ibarat sebuah kampung elektronik. Keupayaan untuk menghantar, menerima dan memproses maklumat telah diperluaskan. Penerimaan ilmu bukan lagi hanya melalui perantara antara pendakwah dan sasarannya, tetapi melalui komputer.Bilik seminar tidak lagi terhad kepada binaan bata dan kayu, tetapi dunia maya. K Selain itu, dengan adanya kemudahan multimedia, aktiviti dakwah juga dapat dijalankan dengan berkesan dan cekap. Dunia hari ini heboh dengan "e-niaga" atau "edagang" dan dunia perniagaan, dan konsep dakwah yang juga dikenali sebagai e-dakwah. setiap agensi kerajaan dan NGO akan menjalankan dakwah melalui laman web yang disediakan, merangkumi pelbagai aspek termasuk bilik tazkirah, pandangan dan isu agama. Selain itu, kemajuan dalam bidang multimedia telah meningkatkan kualiti dakwah. Perkembangan multimedia secara langsung atau tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan kefahaman manusia terhadap isu agama. Semua kerja dapat dilakukan dengan cepat dan cekap. Contohnya, dengan menggunakan e-mel, maklumat boleh dihantar dengan cepat merentasi sempadan, masa dan ruang. PENGARUH BUDAYA ASING ICT sangat berpengaruh dan banyak asing dari luar negeri dipublikasikan di media lokal. Selain pengaruh tersebut, ada unsur negatif yang menular dalam budaya lokal. Situasi seperti itu akan membuat dakwah yang disampaikan tidak tepat dan menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. MENJEJASKAN KESIHATAN Memang tidak dinafikan penggunaan ICT boleh menjejaskan kesihatan. Ini kerana sesetengah ICT mengeluarkan sinaran elektromagnet yang telah dikaitkan dengan kanser dan keguguran. KESAHIHAN MAKLUMAT. Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al- Quran Allah berfirman yang bermaksud : "Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah kamu berwaspada (berhati-hati) akan kebenarannya". 7
Rukun Dakwah 1. 2. 3. 4. Maudhu' al - Da'wah / Topik utama dakwah. Al - Qaim bi al - Da'wah (Al - Da'ie) / Para Pendakwah. Al-Orang yang menerima dakwah/Peneri ma dakwah. Uslub Al-Da'wah/ Pendekatan dalam berdakwah. 8
K E P E R L U A N N I L A I D A N E T I K A D A L A M D A K W A H I C T Kehadiran ICT merupakan media yang boleh dielakkan. Ini kerana ia telah menjadi tamadun baru dalam dunia maklumat dan komunikasi di peringkat global. Dengan kewujudan ICT, banyak maklumat boleh disiasat oleh orang di seluruh dunia, tidak kira sama ada untuk kepentingan peribadi, pendidikan, perniagaan dan lain- lain. Kemunculan rangkaian ICT dianggap sebagai revolusi dalam dunia komunikasi dan maklumat. Ketika pertama kall ianya diperkenalkan oleh para ilmuan barat, hampir dari kebanyakan tokoh Islam memandangnya dengan rasa curiga, takut ia akan memberikan kesan yang negatif dalam dunia masyarakat muslim yang mungkin boleh menimbulkan krisis kebudayaan, keruntuhan moral, hilang hormat terhadap norma- norma agama dan penyelewengan ilmu yang menjadi faktor kecurigaan mereka. Oleh yang demikian, ia memerlukan standard etika yang syumul bagi menangani sebarang kemungkinan yang timbul dari ledakan ICT. Duke | 102 9
CADANGAN BERDAKWAH MENGGUNAKAN ICT 21/02/2023 #12 "Antara Cadangan Berdakwah Menggunakan ICT" 1. Komunikasi yang baik antara pendakwah dengan pendengar. 2. Menyediakan pelbagai bahan dakwah yang kreatif,ringkas,padat dan mudah difahami. 3. Menggunakan bahasa dan tulisan yang mudah difahami serta menarik. Berdakwah menerusi alam maya banyak menarik perhatian anak muda pada masa sekarang. Seperti mana yang kita dapat lihat pelbagai media sosial digunakan para penyebar dakwah untuk menyebar dakwah di kalangan anak muda tidak terkecuali orang dewasa mahupun yang tua. Namun kini,ramai yang berdakwah menggunakan ICT adalah suatu landasan paling sesuai untuk berkomunikasi dan mendekati generasi muda ialah di Internet dan media sosial. Anjakan paradigma usaha dakwah itu sampai kepada semua golongan di mana sahaja mereka berada.Ini bersesuaian dengan hobi generasi muda yang lebih banyak menghabiskan waktu sepenuhnys di internet, #12 10
Faedah menguasai ict 1. 2. 3. 4. MENERANGKAN TANDA DAN HASIL YANG BERFAEDAH KEPADA IMAN DAN PENGHAYATAN SESEORANG. MENOLONG MEMAHAMI DALIL AGAMA DAN TAFSIR YANG SESUAI DENGAN MINDA SEMASA. MENOLONG PENDAKWAH MEMAHAMI JIWA GOLONGAN SASARAN PENUMPUAN GOLONGAN SASARAN DAN CARA MEMPENGARUHI JIWA MEREKA DENGAN LEBIH MUDAH BOLEH MENAMBAH MAKLUMAT UNTUK MEMAHAMI RAHSIA HUKUM SYARAK YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA PENAMBAHAN IMAN 11
PERANAN ICT DALAM PERKEMBANGAN DAKWAH Disebabkan oleh perkembangan pesat teknologi ICT, pelbagai laman web maklumat dakwah dan ilmu agama telah muncul mengikut zaman, dan maklumat ini boleh diakses dengan mudah dari segenap pelusuk masyarakat. Dakwah boleh dilakukan dengan mudah menggunakan teknologi ICT yang boleh menghantar dan menerima mesej. Ini menjadikan dakwah lebih efisien dan berkesan serta kualiti dakwah bertambah baik Penerapan teknologi komunikasi maklumat dan media elektronik dalam dakwah dan pendidikan telah menyebabkan kesan yang besar dalam masyarakat kita. Ini kerana kerajaan mempunyai sambutan yang menarik melalui media ini 12
PERBANDINGAN DAKWAH MENERUSI ICT DAN BUKAN ICT KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DALAM DAKWAH Jika dilihat perkembangan dakwah Islamiah dari dahulu hingga sekarang, para pendakwah khususnya dan umat Islam amnya tidak menggunakan media tertentu dan tidak terhad kepada media khusus yang boleh digunakan untuk kerja dakwah. Islam tersebar ke seluruh dunia. Di Malaysia, sejak zaman berzaman, dakwah Islamiah dilaksanakan melalui komunikasi lisan dan bertulis secara individu dan kelompok, secara bersemuka atau melalui penyebaran bahan bertulis dan sebagainya, malah seiring dengan perkembangan zaman yang dimilikinya. berpengalaman, dakwah Islam juga telah dijalankan melalui filem, video. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menggunakan teknologi terkini termasuk penggunaan Internet dalam aktiviti dakwahnya. Oleh itu, dalam perkembangan alaf baru, teknologi maklumat (ICT) telah menjadi medium komunikasi yang paling penting. sebagai contoh, pembangunan Internet, pernah nisbah laman web dan blog agama bukan Islam telah melebihi bilangan laman web dan blog Islam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab para pendakwah untuk membina lebih banyak laman web dan blog, seperti yang telah dilakukan oleh Dr. Yusuf al- Qardawi, Hasrizal Jamil, dll. Setelah diteliti, penggunaan media elektronik khususnya radio dan televisyen sebagai media propaganda mula dilaksanakan oleh kerajaan sendiri. Program siaran itu mendapat sambutan yang bersemangat dan menyeluruh daripada penonton. Oleh itu, adalah penting bagi umat Islam untuk menyedari bahawa Islam tidak menyekat umatnya daripada menggunakan mana-mana media yang boleh berjaya berdakwah kepada seluruh umat manusia. 13
OBJEKTIF ICT DALAM DAKWAH Untuk mengajak orang yang Islam dan bukan Islam untuk memahami ajaran Islam seperti disebutkan dalam al- Quran. Untuk memudahkan cara bentuk penyampaian ajaran islam kepada generasi pada masa kini. Membina semula masyarakat berasaskan tanggungjawab kemasyarakatan yang di asaskan atas dasar Islam 14
RUJUKAN https:// www.academia.edu/ 1548277/ Peranan_ICT_dalam menyebarkan_da'wah di_era_globalisasi https:// core.ac.uk/ download/ pdf/ 12006937.pdf http://an-nuur98.blogspot.com/2018/03/peranan-teknodaie-dalam-berdakwah-di.html?m=1 1. 2. 3. 15