Sejarah Ikan Patin Yang Ramai Tak
Tahu
Ikan patin atau in englishnya disebut sebagai Iridescent
Shark Catfish ialah antara ikan yang popular di Malaysia.
Rasanya yang lembut, sedap dan berlemak kerap dimasak
dengan resepi masak tempoyak atau pun pais tempoyak.
Jom kita ketahui lebih mendalam tentang ikan ini.
Temerloh dan Maran adalah antara daerah yang paling
banyak sangkar ikan patin ini. Spesies yang paling
banyak dikomersialkan ialah Pangasianodon
hypophthalmus.
Terdapat beberapa jenis ikan patin yang popular di
Malaysia iaitu :
Patin kolam (biasanya berwarna hitam dan berbau sedikit
hanyir)
Patin Sangkar (bewarna hitam dan putih dan yang
popular di restoran dan kedai makan)Patin Sungai
(bewarna cerah atau kelabu) dan jenis-jenisnya ialah :
Patin Buah (Pangasius nasutus)
Patin Muncung (Helicophagus wandersii)
Patin Juara (Pseudolais micronemus, pernah dikenali
sebagai Pangasius micronemus)
Ikan patin sangkar dijual pada harga RM15-RM17 di sekitar
Temerloh, Maran, Jerantut dan Bera. Manakala harga ikan
patin sungai liar yang ditangkap boleh mencecah sehingga
ratusan ringgit sekilogram bergantung kepada jenisnya.
Sekiranya anda seorang peminat ikan sungai ini, bolehlah
melawat Pasar Tani di Maran, Temerloh atau Jerantut
pada setiap hari pagi Ahad.
.Ikan Patin Buah - Pangasius
Nasutus
Ciri-ciri:
Mempunyai tubuh badan yang lebih bulat
Perut ikan buncit dan besar
Kepalanya berbentuk bulat
Ikan Patin Muncung - Pangasius
hypophthmus
Ciri-ciri:
Mempunyai tubuh badan yang panjang
Mempunyai tubuh yang kurus
Kepalanya berbentuk tirus
Sedikit warna merah di sirip dan ekor
Ikan Patin Juara - Pengasius
Micromenus
Ciri-ciri:
Mempunyai tubuh bulat dan pendek
Mempunyai tubuh yang kecil berbanding jenis patin yang
lain
Kepalanya berbentuk bulat
Ikan Patin Lawang - Pangasius
Sutch
Ciri-ciri:
Mempunyai tubuh panjang dan bulat
Mempunyai tubuh yang seperti patin buah
Kepalanya berbentuk bulat
Mampu membesar sehingga lebih 20 kg
Sedikit warna merah di sirip dan ekor
Bercerita mengenai jenis ikan2 patin
Sejarah ikan patin yg terkenal di
Temerloh titik tengah semenanjung
Rata2 pelancong dari seluruh malaysia dan juga luar
negara datang ke pahang khususnye di temerloh datang
untuk menikmati kelazatan Gulai ikan patin tempoyak &
Pais Ikan Patin temerloh
Restoran2 dan gerai di temerloh banyak yg menjual gulai
ikan patin sungai ,ikanpatin sangkar dan patin kolam
Ramai pelancung lebih mengemari ikan patin sungai
walaupon harganye agak mahal rm100 lebih perkilo tapi
disebabkan kelazatandan keenakkan ikan patin sungai yg
asli, pelancung tidak lokek dek kerana hanye di temerloh
sahaja dapat merasai keenakkan ikan sungai yg tak ada
di negeri lain
Ada juga ikan sangkar yg harganye agak murah hanye
rm18 perkilo Berbanding sungai yg asli rasanye juga enak
Dan ada juga patin kolam tapi rasenye tak seenak ikan
patin sungai asli dan sangkar harganye lagi murah
Patin kolam kurang dapat sambutan kerana rasa nye
tidak menepati citarasa
Kerana rasenye tidak seenak ikan patin sungai asli dan
ikan patin sangkar sungai
Sekiranye anda datang ke pahang jangan lepaskan
peluang untuk menikmati kelazatan ikan patin di daerah
temerloh
Gulai patin tempoyak & Pais patin tempoyak
Semenj
Nak masak ikan patin tempoyak tak lengkap kalau tak
ada tempoyaknye
Nak buat tempoyak perlu la ada durianye kena la tunggu
durian gugur dulu baru boleh buat tempoyak
Betul tak ???
Bahan2 yang di perlukan untuk masak gulai patin @ Gulai
Talapia tempoyak
Bunga Kantan
Daun Kesum
Daun kunyit
Kunyit
Tempoyak
Cili padi
Sekarang Nak makan gulai patin tempoyak, pais patin
tempoyak x yah susah2 lagi nak menyediakan bahan2
dengan Pes Tempoyak Walawey
semudah ABC
Durian Tekam Resort
Rahsia Keenakkan gulai patin
temerloh ramuan dia di tambah
dengan buah belimbing buluh
sebagai perasa untuk kemasaman
gulai tersebut rasanya lebih enak
Berbeza dengan
menggunakan asam keping
Sekarang tak perlu susah2 lagi hendak merentas negeri @
daerah untuk datang ke temerloh semata2 nak makan
gulai tempoyak
Anda boleh masaknye sendiri dengan
Pes Tempoyak Musang King Walaway
Boleh di perbagaikan masak
Gulai Patin tempoyak
Pais Patin tempoyal
Sambal udang petai
Sambal sotong petai
Sambal ikan bilis petai
Pes Tempoyak Musang King Walaway
Boleh buat Pais Patin Tempoyak
Dengan pes tempoyak
musang king
Memudahkan kerja2 memasak
Di dapur semua bahan2 dah siap
Tak perlu lagi susah2 menumbuk
Cili ,tumbuk bawang ,kunyit
Nak beli tempoyak bagai sepeket
boleh masak seekor ikan patin,
ikan tilapia,ayam sebelah,
Udang,Sotong
Boleh di olah sendiri ikut selera
Masing2
Cara2 nak masak Gulai patin tempoyang dengan
menggunakan Pes Tempoyak Musang King
Resepi Gulai Patin Tempoyak
-Pes Tempoyak musang King Walaway
-Ikan Patin patin (atau apa saja jenis ikan yg sesuai)
Ayam/Cendawan/Keladi/Bebola ayam @ Bebola Ikan
-Daun kesum *
-Bunga kantan *
-Daun kunyit *
-Buah belimbing buluh kalau ada *
tak ada belimbing boleh guna asam keping
jika masih tak masam
-Air secukupnye
Masukkan semua bahan2 yg bertanda kedalam periuk
Kecuali ikan
Masakkan dulu hingga mengelegak
Bila kuah dah mengelegak baru masukkan ikan dan
tambah bahan perisa jika perlu
Masak dalam 4 ke 5 minit sahaja
Dah boleh tutup api dah masak
Resepi Pais Tempoyak
-Pes tempoyak musang king walaway
-Ikan Patin seekor
-Daun kesum racik halus2*
-Daun kunyit racik halus2*
-Bunga kantan racik halus2*
-Daun kunyit 3 helai ambik daun yg lebar utk alas ikan
-Aluminium fall
Cara2 nak masak pais tempoyak menggunakan
Gaulkan semua semua bahan2 bertanda dengan pes
tempoyak musang king tambahkan garam @ secukup rase
jika perlu
Ambil aluminium fall alaskan dengan daun kunyit dan
letak ikan yg telah di gaulan dengan pes tadi
Dan bungkus kemas2 dah boleh bakar hingga masak
Ikut suhu oven anda sendiri,periuk ajaib @ Air Fryer
P/S alas dengan daun kunyit menjadikan aroma ikan kita
akan lebih enak
Resepi Sambal Udang Petai Tempoyak
Bahan2nya
-Pes Tempoyak Musang King Walaway
-Udang/Sotong/Ikan bilis*
-Petai (pilihan)
-Minyak untuk menumis
-Serai
Cara2 Memasaknya
-Panaskan minyak 2 ke 3 sudu
-Masukkan pes tempoyak musang king walaway
-Tumis sebentar hingga naik bau
-Masukkan bahan2 bertanda *
-Masukkan petai jika suka
-Masakkan hingga sempurna
Dah siap
AAA jom makan
Resepi Pucuk Ubi Tempoyak Petai
-Pes tempoyak musang king walaway
-1 ikat daun pucuk ubi kayu (rebus dan potong)
-3 helai daun kunyit (potong halus)
-6 helai daun kaduk (potong halus)
-3 batang serai (potong nipis)
-6 helai daun limau purut (potong halus)
-6 helai daun kaduk (potong halus}
-1 genggam ikan bilis
-4 papan petai
-Terung pipit
-500ml santan pekat
-2 3 cawan air
- asam keping jika perlu
-garam, gula secukup rasa
Masukkan santan pekat dalam periuk, masukkan serai, daun limau
purut, daun kunyit, pucuk ubi, daun kaduk, asam keping dan petai.
Masukkan air, tempoyak, garam dan gula. Masak menggunakan
api perlahan dan biar mendidih lama sehingga pekat
Bila dah nampak sebati dan pekat, boleh la angkat dan hidang.
Yang paling tak tahan, lauk nie boleh buat kita nak makan tak
berhenti