Ramai Yang Tak Tahu Asam Rong
Makanan Tradisi Pahang Ini
Dibuat Dari pada
Biji Getah
sajian tradisional yang telah diwarisi dari
zaman nenek-moyang kita lagi?
Dengar kata Asam Rong diperbuat dari biji
getah, betul ke?
Mari baca perkongsian di bawah.
Ramai yang belum mengetahui bahawa biji getah juga boleh menghasilkan juadah
yang enak. Asam Rong,
merupakan masakan tradisional yang menggunakan biji getah sebagai salah satu
ramuannya.
Perkataan asam adalah kaedah penyimpanan makanan yang diperam dalam
tempoh waktu tertentu.
Manakala rong pula merujuk bahagian isi dalam buah yang juga dipanggil isi rong.
Masakan yang dikenali dengan pelbagai variasi nama seperti asam rum atau asam
rom,
berasal dari daerah Jerantut di negeri Pahang.
Pada mulanya, penduduk dari kampung sekitar kawasan Hulu Tembeling,
membuat asam rong menggunakan buah perah.
Namun disebabkan kesukaran untuk mencari pokok perah yang hanya boleh
dijumpai di dalam hutan tebal,
mereka beralih kepada biji getah.
Ladang getah yang banyak dibuka di seluruh Jerantut memudahkan penduduk
kampung menjadikan biji getah sebagai ganti kepada buah perah.
Biji getah muda berwarna hijau dan bertukar kepada rona coklat gelap,
hitam atau kemerahan dengan tompokan coklat muda apabila sudah matang.
Biji getah yang gugur dikutip, dibasuh bersih dan kulitnya dipecahkan untuk
mendapatkan isi atau rong.
Bagi mempercepatkan proses mengeluarkan isi rong,
lesung batu akan digunakan untuk mengetuk kulit biji getah yang keras.
Isinya yang berwarna putih,
lembut dan kenyal akan dijemur selama beberapa hari sehingga kering dan kecut
sepenuhnya.
Ia perlu dijemur bagi menanggalkan selaput kulit daripada isi rong.
Setelah cukup kering, ia akan ditumbuk atau dikisar bersama garam dan cili menurut citarasa
individu sehingga sederhana hancur.
Kemudian ia disimpan di dalam bekas bertutup seperti tempayan atau balang di tempat yang kering
bagi mengelakkan berkulat dan rosak.
Proses penapaian selama beberapa minggu sehingga sebulan akan menghasilkan rasa kelat-kelat
lemak yang enak.
Selepas rong sempurna diperam, ia sedia digunakan sebagai pati tumisan dalam masakan.
Teksturnya yang kering berderai menjadikan ia bahan perencah serba guna yang boleh diubah suai
mengikut pelbagai jenis masakan.
Ia boleh dicampurkan ke dalam sayuran goreng, gulai, asam atau sambal bergantung kepada selera
masing-masing.
Gulai asam rong paling enak dimasak dengan ikan sungai seperti ikan patin, kenerak dan baung.
Namun ia juga sesuai dimasak bersama daging dan sayur-sayuran seperti labu atau pucuk paku.
Ia juga boleh dibuat sambal dengan mencampurkan cili,
ikan bilis dan dimakan bersama ulam-ulaman atau ikan kering.
Asam rong kini menjadi salah satu masakan warisan yang semakin dikenali di seluruh negeri Pahang
dan mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat.
Penggunaan biji getah sebagai bahan masakan menunjukkan kreativiti penduduk tempatan dari
kawasan luar bandar bagi memaksimakan penggunaan sumber alam yang terdapat di sekeliling
mereka.
Teknologi penapaian yang diwarisi sejak zaman berzaman juga membuktikan kebijaksanaan orang
Melayu dalam membuat persediaan menyimpan bekalan makanan untuk tempoh masa panjang.
Bagi masyarakat Melayu khususnya di Jerantut dan Hulu Tembeling,
asam rong adalah makanan yang wajib ada di dalam dapur mereka. Jika masyarakat Korea
berbangga dengan kimchi,
rakyat Pahang juga boleh berbangga dengan makanan tradisionalnya yang tak lapuk dek hujan dan
tak lekang dek panas.
Sekiranya anda teringin untuk mencuba asam rong yang asli,
bolehlah mula merancang perjalanan ke negeri Tok Gajah.
Pes AsamRong WalaWEy
Asam Rong bukan
sahaja boleh dimasak ikan sungai
sahaja
Tapi boleh di perbagaikan ,
Boleh juga masak ikan Laut
,Ayam,Daging ,Udang ,Sotong dan
masak sayur rampai
Apa saja masakkan kita oleh
olah sendiri
Asa
Ikan Patin Asam Rong
Udang Masak Asam Rong
Poh Paleh Sedapnye Weh
Ayam Masak Asam Rong
WalaWay
Makanan yang sangat popular
di Jerantut iaitu Gulai Asam Rom
yang terkenal dengan kepedasanya
menjadi kegilan ramai dan Pekan
kecil kawasan Jerantut Feri yang
kini mempunyai Feri Waterfront
untuk pelawat dan pelancong di
Jerantut.
Ikan
Patin Masak Asam Rong Biji Getah
Masakkan Tradisi Pahang
Tempat2 Menarik Menarik Yang
Patut Anda Lawati Apabila
Datang Ke Pahang
Pelbagai aktiviti yang boleh
dilakukan apabila berada
dipahang
Dan juga dapat meRasai
keenakkan makanan tradisi di
Pahang
Dengan ikan sungai yg sangat
popular
Gulai Ikan patin asam rong
Dan
Gulai ikan patin tempoyak