The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shikinhamid86, 2022-10-17 22:13:29

Akta & peraturan elektrik

Akta & peraturan elektrik

Keywords: Akta

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)

NAMA KURSUS PENDAWAI ELEKTRIK

AKTA BEKALAN, PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK DAN
TAJUK MODUL PIAWAIAN MS IEC 60364

TAJUK SUB MODUL Akta Bekalan Elektrik 1990 Dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994

OBJEKTIF PRESTASI / Menerangkan mengenai Akta Bekalan dan Peraturan-Peraturan
Performance Objective (PO) Elektrik dengan berpandukan buku Akta Bekalan Elektrik 1990 dan
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 supaya kerja-kerja pepasangan
elektrik mengikut standard yang ditetapkan.

KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M20/HP(1/4) MUKA: 1 DRP: 10
NAMA NO. K/P

TAJUK : . Akta dan Peraturan Elektrik

TUJUAN : Selepas tajuk ini pelatih boleh :-

1.Menerangkan istilah-istilah penggunaan dalam Akta Bekalan Elektrik 1990
2.Menerangkan keperluan peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990
3. Menerangkan peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam Akta Bekalan Elektrik
1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

PENERANGAN :

Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta
Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung
segala peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik,
pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana
pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan
kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan
keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud
yang berkaitan dengannya.

KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M20/HP(1/4) MUKA: 2 DRP: 10

DIFINASI AKTA BEKALAN ELEKTRIK

1.(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah mula
berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan
dalam Warta.

(2) Akta ini hendaklah terpakai seluruh Malaysia, walau bagaimanapun

Menteri boleh melalui perintah menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau
mana-mana peruntukan Akta di mana-mana negeri.

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KERJA-KERJA PEPASANGAN, PENGENDALIAN, DAN
PENYELIAAN ELEKTRIK :

Akta ini diwartakan pada 1990 sebagai satu panduan kepada perlaksanaan dan sebagai
peruntukan kepada mengawal selia industri pembekalan elektrik dari segi harga dan
perlesenan kepada mana – mana pepasangan elektrik di samping kepada operasi loji yang
mengunapakai bekalan elektrik.

Berikut disenaraikan Seksyen-Syeksen yang mana didalamnya terkandung maklumat serta
panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-kerja PEPASANGAN,
PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik. Dengan merujuk kepada buku Akta Bekalan Elektrik
1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, baca perkara dan keterangan tajuk utama pada
bahagian yang berkaitan dan lihat pada nombor seksyen dibahagian sebelah kirinya.
Berpandukan nombor seksyen tersebut cari dan baca secara terperinci huraian yang
terkandung di dalam Seksyen tersebut.

Contoh soalan dan mencari penyelesaian jawapan :

Soalan : En. Kamaruddin ingin memohon mendapatkan bekalan elektrik bagi premis
kediamannya yang baru disiapkan. Mengikut apa yang ditetapkan dalam Akta
Bekalan Elektrik 1990, apakah prosedur yang perlu beliau buat sebelum TNB
meluluskan bekalan elektrik ke premis beliau.

KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M20/HP(1/4) MUKA: 3 DRP: 10

Rujuk pada susunan seksyen bahagian Akta Bekalan Elektrik 1990

Jawapan bagi soalan ini terdapat dalam Seksyen 24 (2) iaitu :-
Jika mana-mana orang menghendaki pembekalan elektrik dibawah subseksyen
(1), dia hendaklah memberi suatu notis kepada pemegang lesen yang menyatakan :-

a) Premis-premis yang berkenaan dengannya bekalan itu dikehendaki;
b) Hari bila bekalan itu dikehendaki dimulakan;
c) Kuasa maksimum yang dikehendaki pada bila-bila masa; dan

d) Tempoh minimum yang selamanya bekalan dikehendaki diberikan.

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian
2. Tafsiran

BAHAGIAN II

3. Dibatalkan

BAHAGIAN III

FUNGSI, TUGAS DAN KUASA SURUHANJAYA

4. Fungsi dan tugas
4A. Pegawai diberi kuasa
5. Kuasa memasuki dengan waran atau selainnya, memeriksa, memeriksateliti, menyita, dsb.
6. Kuasa menyiasat
7. Kebolehterimaan pernyataan
8. Halangan, dsb. Suatu kesalahan

KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M20/HP(1/4) MUKA: 4 DRP: 10

BAHAGIAN IV

PEPASANGAN BERLESEN DAN BERDAFTAR

9. Lesen dikehendaki bagi penggunaan pepasangan : terma, syarat dan kandungan
lesen

10. Kuasa untuk memasuki dan memeriksateliti tanah
11. Kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud pembinaan
12. Talian bekalan dan kelengkapan lain di atas tanah Kerajaan
13. Penyenggaraan, pembaikan dan peningkatan pepasangan
14. Pengalihan atau pengubahpindaan talian bekalan, dsb.
15. Kecualian bagi perjanjian izin-lalu
16. Pampasan
17. Pengurangan atau penghentian bekalan : liabiliti
18. Cagaran : penggantungan dan pembatalan lesen
19. Sekatan penggunaan untuk maksud-maksud yang dinyatakan
20. Pengecualian kelengkapan daripada distres dan penahanan
21. Pendaftaran pepasangan
22. Pemeriksaan berkala pepasangan

BAHAGIAN V
KAWALAN KOMPETEN

23. Orang-orang yang menjaga

BAHAGIAN VA

PENGGUNAAN ELEKTRIK DENGAN CEKAP
23A. Menteri hendaklah menentukan standard, dll.
23B. Pepasangan hendaklah memenuhi kehendak
23C. Kelengkapan hendaklah memenuhi kehendak

BAHAGIAN VI

PEMBEKALAN OLEH PEMEGANG LESEN

24. Kewajipan membekal apabila diminta
25. Kekecualian kepada kewajipan membekalkan elektrik
26. Kuasa menentukan tarif
26A. Pemegang lesen boleh mengenakan surcaj
27. Kuasa mendapatkan kembali perbelanjaan
28. Kuasa menghendaki cagaran
28A. Pemulangan cagaran dan bunga
29. Perjanjian Khas mengenai bekalan
30. Penentuan pertikaian
31. Pemastian harga maksimum bagi penjualan semula elektrik
32. Caj bagi bekalan elektrik hendaklah ditentukan melalui meter yang sesuai

KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M20/HP(1/4) MUKA: 6 DRP: 10

BAHAGIAN VII

PEMBERITAHUAN KEMALANGAN ATAU KEBAKARAN
33. Kemalangan serius hendaklah dilaporkan. Penyiasatan oleh Suruhanjaya

BAHAGIAN VIII

SIASATAN DAN TIMBANGTARA

34. Prosedur berhubungan dengan siasatan dan timbangtara
35. Kuasa mengadakan siasatan
36. Timbangtara

BAHAGIAN IX

KESALAHAN DAN PENALTI
37. Kesalahan-kesalahan
38. Pemotongan bekalan elektrik
39. Liabiliti tidak terjejas
40. Beban pembuktian
41. Pampasan kerana kerosakan
42. Pendakwaan
43. Pengkompaunan
44. hadiah untuk maklumat

BAHAGIAN X

AM
45. Langkah awasan semasa melaksanakan kerja
46. Gangguan elektrik terhadap talian pengisyarat Kerajaan
47. Langkah awasan terhadap elektrik atmosfera
48. Sekatan terhadap sambungan dengan bumi
49. Prosedur dalam hal kecacatan berbahaya pada pepasangan atau bahagiannya
50. Larangan mengambil kanak-kanak bekerja
51. Kuasa-kuasa khas darurat

52. Kuasa untuk mengisytiharkan sumber-sumber air

BAHAGIAN XI

KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN

53. Kuasa untuk membuat peraturan

BAHAGIAN XII

PELBAGAI
54. Pengecualian
55. Peruntukan peralihan dan sekatan yang dikenakan pada lesen yang dikeluarkan
sebelum Akta ini
56. Pemansuhan Akta Elektrik 1949 dan Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 dan kecualian
berkenaan dengannya

KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M20/HP(1/4) MUKA: 6 DRP: 10

PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 AKTA 447
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KERJA-KERJA PEPASANGAN, PENGENDALIAN, DAN
PENYELIAAN ELEKTRIK :

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan Elektrik
1990, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan
hendaklah, tertakluk kepada subperaturan (2), mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1994.

(2) Tertakluk kepada subperaturan (1) peraturan-peraturan yang berikut hendaklah
mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1996:
(a) peraturan 13;
(b) subperaturan 23(2), 23(3) dan 23(4);
(c) perenggan 78(2)(c);
(d) perenggan 78(3)(c};
(e) perenggan 78(4)(c);
(f) perenggan 78(5)(c);
(g) perenggan 81(c);
(h) perenggan 85(c);
(i) peraturan 88; dan
(j) peraturan 57.

Berikut disenaraikan Peraturan-Peraturan yang mana didalamnya terkandung maklumat
serta panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-kerja
PEPASANGAN, PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik. Dengan merujuk kepada buku Akta
& Peraturan Elektrik, baca perkara dan keterangan tajuk utama pada bahagian yang
berkaitan dan lihat pada nombor Peraturan dibahagian sebelah kirinya. Berpandukan
nombor tersebut cari dan baca secara terperinci apa yang terkandung di dalam Peraturan
tersebut.

KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M20/HP(1/4) MUKA: 7 DRP: 10

BAHAGIAN II

PEPASANGAN

Pendaftaran Pepasangan

Peraturan

3. Permohonan bagi pendaftaran pepasangan
4. Fee bagi pendaftaran pepasangan
5. Pemeriksaan dan ujian pepasangan
6. Fee bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan
6A. Daftar
7. Pembatalan Perakuan Pendaftaran Pepasangan

Lesen bagi Pepasangan

8. Lesen bagi pepasangan awam
9. Lesen bagi pepasangan persendirian
10. Fi bagi pepasangan awam atau persendirian

Penyeliaan dan Ujian Pepasangan

11. Kelulusan bagi memulakan pendawaian
12. Penyeliaan dan penyiapan pepasangan
13. Ujian pepasangan
14. Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian

Bahan, Kelengkapan dan kaedah Pepasangan

15. Radas, konduktor, aksesori dsb.
16. Suis, fius suis, suis fius, pemutus litar, penyentuh, fius, dsb.
17. Janakuasa, motor, pengubah, dsb.
18. Cara pengasingan

Pepasangan Papan Suis

19. Susunan papan suis secara am
20. Mengendalikan papan suis
21. Papan suis dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi

KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M20/HP(1/4) MUKA: 8 DRP: 10

Talian Bekalan Bawah Tanah

Peraturan

22. Sesalur dan sambungan bawah tanah
23. Cantuman, sambungan atau penamatan

Radas Mudah Alih

24. Radas mudah alih secara am.
25. Radas mudah alih di atas kapal korek atau struktur terapung.

Pemasangan Papan Tanda Elektrik

26. Papan tanda elektrik.
27. Suis bomba, notis dan pengubah.
28. Langkah-langkah yang hendaklah diambil oleh pemunya atau pengurusan.

Pepasangan Lain

29. Pepasangan yang tidak digunakan.
30. Kuasa Suruhanjaya membuat pelarasan atau pindaan kepada pepasangan.
31. Pepasangan bagi peleburan elektrik. X-ray, dsb.
32. Pepasangan di tempat-tempat hiburan awam.
33. Pepasangan di atas kapal korek atau struktur terapung.

Pembumian Pepasangan

34. Pembumian bahagian logam, poin neutral, dsb.
35. Kaedah pembumian.
36. Perlindungan terhadap arus kebocoran bumi.

Kehendak-Kehendak Am Pepasangan

37. Ruang bagi papan suis atau kelengkapan.
38. Notis.
39. Arahan bagi rawatan renjatan elektrik.
40. Alat pemadam api.

Pepasangan Talian Aerial

41. Syarat-syarat am talian aerial
42. Talian aerial dikendalikan pada voltan rendah
43. Talian aerial dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi

KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M20/HP(1/4) MUKA: 9 DRP: 10

Pemeriksaan Tetap oleh Orang Kompeten

Peraturan

66. Pepasangan hendaklah dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten.
67. Orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan.
68. Kewajipan Jurutera atau Penyelia memeriksa dan melapor.
69. Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan.
70. Kewajipan memberitahu dan membaiki kecacatan.

BAHAGIAN IV
PENYENGGARAAN

Penyenggaraan Pepasangan

110. Pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan pepasangan, dsb.
111. Orang kompeten mengusahakan kerja penyenggaraan.
112. Langkah awasan keselamatan yang mencukupi hendaklah diambil semasa kerja.
113. Orang kompeten hendaklah mengeluarkan arahan bertulis.

RUJUKAN : Akta Bekalan Elektrik 1990 & Peraturan-
Peraturan Elektrik 1994

KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M20/HP(1/4) MUKA: 10 DRP: 10

Pemeriksaan Tetap oleh Orang Kompeten

Peraturan

66. Pepasangan hendaklah dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten.
67. Orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan.
68. Kewajipan Jurutera atau Penyelia memeriksa dan melapor.
69. Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan.
70. Kewajipan memberitahu dan membaiki kecacatan.

BAHAGIAN IV
PENYENGGARAAN

Penyenggaraan Pepasangan

110. Pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan pepasangan, dsb.
111. Orang kompeten mengusahakan kerja penyenggaraan.
112. Langkah awasan keselamatan yang mencukupi hendaklah diambil semasa kerja.
113. Orang kompeten hendaklah mengeluarkan arahan bertulis.

RUJUKAN : Akta Bekalan Elektrik 1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994


Click to View FlipBook Version