JPK/700/5 JLD. 43 (3)
SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM)
PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN SISTEM LATIHAN PROGRAM
BERTAULIAH (SLaPB) BERASASKAN KOD AMALAN PENTAULIAHAN
PROGRAM TVET
(CODE OF PRACTICE FOR TVET PROGRAM ACCREDITATION – COPTPA)
15 MAC 2021
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
i/..
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………………..1
2.0 LATAR BELAKANG…………………………………………………………………….1
3.0 OBJEKTIF………………………………………………………………………………..2
4.0 TAFSIRAN………………………………………………………………………………..3
5.0 SENARAI RINGKASAN……………………………………………………………….. 5
6.0 PELAKSANAAN SPKM BERASASKAN KREDIT…………………………………. 6
6.1 CIRI-CIRI PELAKSANAAN BERASASKAN COPTPA
6.2 OBJEKTIF PELAKSANAAN SPKM BERASASKAN COPTPA
7.0 PENDAFTARAN PELATIH…………………………………………………………….6
7.1 KRITERIA PELATIH
7.2 SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN PELATIH
7.3 PROSEDUR PENDAFTARAN PELATIH
7.3.1 PROSEDUR UMUM
7.3.2 PENDAFTARAN PELATIH ULANG NILAI
7.3.3 PINDAAN MAKLUMAT PENDAFTARAN PELATIH
7.3.4 PENANGGUHAN LATIHAN
8.0 PELAKSANAAN LATIHAN……………………………………………………………..13
8.1 MODUL WAJIB
8.2 MODUL TERAS
8.3 MODUL PENDEDAHAN INDUSTRI DAN LATIHAN INDUSTRI
8.4 NILAI MATA KREDIT
8.5 TEMPOH LATIHAN
9.0 PENILAIAN………………………………………………………………………………….21
9.1 PELAKSANAAN PENILAIAN
9.2 PENILAIAN KERJA KURSUS (PKK)
9.3 PENILAIAN AKHIR
9.4 PROJEK AKHIR
9.5 PENDEDAHAN INDUSTRI (PI)
9.6 LATIHAN INDUSTRI (LI)
ii/..
10.0 GRED DAN MARKAH………………………………………………………………….31
11.0 PEREKODAN PENILAIAN DAN PENCAPAIAN……………………………………38
11.1 REKOD BUKTI PENCAPAIAN (RBP)
11.2 PEREKODAN PENILAIAN KERJA KURSUS (PKK)
11.3 PEREKODAN PENILAIAN AKHIR (PA)
12.0 VERIFIKASI PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)…………………………….40
12.1 SEBELUM PENILAIAN AKHIR
12.2 SEMASA PENILAIAN AKHIR
12.3 SELEPAS PENILAIAN AKHIR
13.0 PENILAIAN ULANG NILAI……………………………………………………………..42
13.1 PENILAIAN ULANG NILAI DALAMAN
13.2 PENILAIAN ULANGAN
13.3 PENILAIAN ULANG NILAI BAGI SEMUA KOMPONEN
14.0 JAMINAN KUALITI SPKM……………………………………………………………...43
14.1 PANEL PENILAIAN PUSAT BERTAULIAH (PPPB)
14.2 TANGGUNGJAWAB PPB
14.3 TANGGUNGFJAWAB PPD
14.4 TANGGUNGJAWAB PP
14.5 TANGGUNGJAWAB PPL
15.0 PERSIJILAN ………………………………………………………………………45
16.0 PEMAKAIAN…………………………………………………………………………….47
17.0 TARIKH KUAT KUASA………………………………………………………………..48
iii/..
18.0 SENARAI JADUAL
Jadual 1 Maklumat Pendaftaran Pelatih Mengikut Kategori Program
Jadual 2 Kadar Fi dan Caj bagi Pendaftaran Pelatih
Jadual 3 Komponen Core Abilities Bagi Tahap 1 hingga 5
Jadual 4 Struktur Kurikulum dan Nilai Kredit Setiap TAhap bagi Program
Jadual 5 Mengikut Tahap
Struktur Kurikulum dan Nilai Kredit Kumpulan Program Bertauliah bagi
Program Persijilan Tahap Tunggal (TT)
Jadual 6 Peratusan Julat Masa Aktiviti Terpandu / Bersemuka, Kendiri dan
Penilaian Bagi Modul Teras
Jadual 7 Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran Projek Akhir
Jadual 8 Penyediaan Set Soalan PA berdasarkan Kepada Nilai Kredit Cu / Modul
dan Tahap
Jadual 9 Skema Permarkahan Projek Akhir Oleh PP
Jadual 10
Jadual 11 Skema Permarkahan Projek Akhir oleh PPD dan PPL
Jadual 12
Jadual 13 Penentuan pelaksanaan PI dan LI bagi Program Persijilan Tahap
Jadual 14 Tunggal
Ringkasan Wajaran Peratus Penilaian Mengikut Tahap
Jadual 15
Jadual 16 Penggredan dan Pemarkahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Jadual 17 (SPKM) Berasaskan Kredit
Wajaran Peratus Komponen Penilaian Kerja Kursus, Penilaian Akhir
dan Elemen Penilaian Pengetahuan dan Prestasi Bagi Tahap 1 hingga
Tahap 5
Pembahagian Peratus Markah Penilaian Bagi Tahap Satu (1) Hingga
Tahap Tiga (3)
Pembahagian Peratus Markah Penilaian Bagi Tahap Empat (4) dan
Tahap Lima (5)
Markah Lulus Minimum Bagi Setiap Elemen Penilaian Pengetahuan dan
Prestasi
iv/..
19.0 SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1 Carta Alir Pendaftaran, Pelaksanaan Latihan dan Persijilan Pelatih Melalui
SLaPB Berasaskan COPTPA
Lampiran 2 Carta Alir Pendaftaran Pelatih Baharu / Ulang Nilai
Lampiran 3 Borang Senarai Semak Permohonan Pendaftaran Pelatih (JPK
/PENDAFTARAN/ 01/P4)
Lampiran 4 Course Outline of the Course And The Student Learning (SLT) Per Topic
Lampiran 5 Tempoh Latihan Minimum Program Secara Mengikut Tahap
(Multi-Tier-MT)
Lampiran 6 Tempoh Latihan Minimum Program Persijilan Tahap Tunggal (Single Tier-
Lampiran 7 ST)
Lampiran 8 Contoh Pengiraan Bagi Penetapan Masa Aktiviti Pembelajaran dan Penilaian
Modul Teras Bagi Program Tahap 1
RPK Modul Penyedia TVET
v/..
1.0 PENGENALAN
1.1 Panduan Pelaksanaan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) Berasaskan Kod
Amalan Pentauliahan Program TVET (Code of Practice for TVET Program
Accreditation – COPTPA) ini bertujuan untuk menerangkan tentang polisi dan dasar
pelaksanaan kredit bagi SLaPB di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
(SPKM) kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada penyedia latihan, pekerja dan
pengamal industri, majikan dan mana-mana individu yang berminat. Panduan ini
telah dibangunkan dengan mengambil kira keperluan COPTPA Sistem Akreditasi
Tunggal TVET yang telah diluluskan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2019.
1.2 Panduan ini tidak terpakai bagi program berikut:
a. Bidang pelancongan di bawah pelesenan Kementerian Pelancongan, Kesenian
dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC);
b. Program di bawah area Vokasional Training / Latihan Vokasional;
c. Standard Keterampilan Kebangsaan (National Competency Standard - NCS);
d. Program Modular;
e. Program Non Destructive Testing (NDT);
f. Program yang ditauliahkan berdasarkan Kod Amalan Pentauliahan Program
Kemahiran (KAPPK); dan
g. Mana-mana program yang ditentukan oleh KPPK.
2.0 LATAR BELAKANG
SPKM yang mula diperkenalkan pada tahun 1993 berkonsepkan Latihan Berasaskan
Keterampilan (Competency Based Training - CBT) menggunakan National Occupational
Skills Standard (NOSS) sebagai asas untuk mengukur keterampilan pelatih bagi tujuan
persijilan.
Selaras dengan keperluan COPTPA, SPKM telah ditambahbaik dengan pelaksanaan
kredit di mana pencapaian pelatih diberikan nilai kredit dan gred bagi memperjelaskan
tahap keterampilan yang dicapai. SPKM berasaskan kredit akan diguna pakai dalam
pelaksanaan latihan melalui kaedah pentauliahan SLaPB supaya kelayakan yang
dianugerahkan lebih diterima dan diiktiraf. Penambahbaikan ini merupakan satu inisiatif
yang dilaksanakan oleh JPK bagi:
1/..
a. meningkatkan kualiti dan keberkesanan pelaksanaan latihan kemahiran sedia
ada;
b. menyediakan laluan kerjaya yang lebih baik, fleksibel dan memberi peluang
kepada pelatih / individu untuk meningkatkan kepakaran dalam pelbagai
bidang; dan
c. memudahkan individu mendapatkan pengiktirafan.
3.0 OBJEKTIF
Objektif panduan ini adalah:
a. Menjelaskan Pelaksanaan SPKM melalui SLaPB berasaskan COPTPA.
b. Membantu personel PB SLaPB melaksanakan aktiviti berkaitan proses
pendaftaran pelatih, pelaksanaan latihan, penilaian dan persijilan.
c. Membantu dalam mengukur pencapaian keterampilan pelatih dengan lebih jelas;
dan
d. Memperkukuhkan kualiti latihan.
2/..
4.0 TAFSIRAN
Dalam panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Aktiviti Pembelajaran Kendiri Aktiviti pembelajaran tanpa pengawasan daripada
Buku Log Pelatih Pengajar TVET. Contohnya, aktiviti ulangkaji
“Latihan industri” (pembacaan dan persediaan untuk penilaian), tugasan
dan penulisan laporan.
Dokumen yang merekodkan pengalaman pelatih
dalam melaksanakan tugasan-tugasan berkaitan di
Industri LI yang disahkan oleh Penyelia di Industri
berkenaan.
Pendedahan kepada pelatih bagi mengaplikasikan
latihan di pusat bertauliah dengan pekerjaan sebenar
selaras dengan kehendak industri dalam bidang
berkaitan.
Aktiviti terpandu/bersemuka Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
Penyedia TVET dilaksanakan secara bersemuka di antara pelatih dan
Pengajar TVET. Contohnya aktiviti di dalam kelas
Rekod Bukti Pencapaian (pembelajaran teori), bengkel (pembelajaran amali),
Modul Penyedia TVET aktiviti penyediaan projek dan latihan industri.
Badan korporat, organisasi atau mana-mana badan
yang menjalankan program latihan kemahiran yang
membawa kepada penganugerahan kelayakan Sijil
Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia,
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dan Penyata
Pencapaian.
Portfolio yang mengandungi semua bukti penilaian
dan pencapaian pelatih yang dilaksanakan sepanjang
latihan.
Satu unit pembelajaran atau latihan yang
merangkumi sebahagian daripada kursus dan
dianggap sebagai satu komponen yang
3/..
Pendedahan Industri membentuk kompetensi bagi bidang kemahiran
Penilaian sesuatu pekerjaan.
Pengalaman pelatih yang diperolehi melalui
Program Persijilan lawatan lapangan di industri atau organisasi
Tunggal (Single Tier) yang bersesuaian dengan bidang mereka.
Program Modular Kaedah untuk mengukur kompetensi pelatih
merangkumi Penilaian Kerja Kursus dan
CU dominan Penilaian Akhir dengan pengawasan pengajar
Modul dominan TVET.
Tahap Suatu kaedah persijilan yang melibatkan
pelaksanaan kombinasi dua (2) atau lebih
program latihan kemahiran dalam laluan
program tersebut.
Program yang terdiri daripada satu atau
gabungan beberapa CU atau Work Aktiviti (WA)
yang boleh membawa kepada
penganugerahan Penyata Pencapaian (PC).
CU paling utama dalam NOSS yang dapat
mengukur keterampilan pelatih bagi tahap
berkenaan
Modul paling utama dalam struktur kurikulum yang
dapat mengukur keterampilan pelatih bagi tahap
berkenaan
4/..
5.0 SENARAI RINGKASAN
CBT Competency Based Training
COPTPA Code of Practice for TVET Programme Accreditation
CU Competency Unit
DKM Diploma Kemahiran Malaysia
DLKM Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
KPPK Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran
LI Latihan Industri
NCS National Competency Standard
NOSS National Occupational Skills Standard
PA Penilaian Akhir
PI Pendedahan Industri
PKK Penilaian Kerja Kursus
PPL Pegawai Pengesah Luaran
SKM Sijil Kemahiran Malaysia
MySPIKE Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia
SLaPB Sistem Latihan Program Bertauliah
SPKM Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
5/..
6.0 PELAKSANAAN SPKM BERASASKAN COPTPA
6.1 Ciri-ciri pelaksanaan SPKM berasaskan COPTPA adalah seperti berikut:
a. Menggunakan NOSS yang mempunyai ciri-ciri dinamik, fleksibel dan
responsif;
b. Membolehkan kelayakan diperolehi mengikut kesesuaian masa, tempat dan
keupayaan individu;
c. Menyediakan kaedah pembelajaran latihan yang fleksibel dalam bentuk
sepenuh masa dan separuh masa bagi mendapatkan pengiktirafan
kelayakan;
d. Memberi nilai kredit kepada setiap kelayakan yang diiktiraf; dan
e. Menyimpan dan mengumpul kredit secara berterusan dengan menggunakan
pangkalan data dalam talian.
6.2 Objektif pelaksanaan SPKM berasaskan COPTPA adalah untuk:
a. Mengukur pencapaian dan keterampilan pelatih dengan lebih jelas dan
terperinci;
b. Meningkatkan tahap penerimaan dan mobiliti pemegang SKM/DKM/DLKM
/PC;
c. Menyediakan laluan kerjaya ke tahap yang lebih tinggi;
d. Meningkatkan peluang artikulasi ke peringkat kelayakan yang lebih tinggi;
dan
e. Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat.
7.0 PENDAFTARAN PELATIH
PB boleh menawarkan program latihan kemahiran hanya apabila telah mendapat
kelulusan pentauliahan bagi program yang dimohon. Apabila pelatih mula mengikuti
latihan, PB hendaklah mendaftarkan pelatih kepada JPK. Carta alir latihan dari mula
pelatih didaftarkan sehingga persijilan adalah seperti di Lampiran 1. Kriteria pelatih,
6/..
syarat-syarat pendaftaran pelatih dan prosedur pendaftaran pelatih diterangkan dalam
perenggan berikutnya.
7.1 Kriteria Pelatih
PB hendaklah memastikan pelatih yang hendak didaftarkan memenuhi kriteria-
kriteria berikut:
a. Tiada had umur
b. Bagi pelatih antarabangsa, syarat umur adalah 18 hingga 35 tahun.
c. Boleh membaca, menulis dan mengira dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris;
d. Mempunyai persijilan SPKM tahap terendah untuk mendaftar persijilan tahap
yang lebih tinggi dalam laluan program yang sama;
e. Memenuhi pra syarat atau apa-apa keperluan yang ditetapkan dalam NOSS
berkenaan;
f. Bagi pendaftaran pelatih program perantisan Pembangunan Sumber Manusia
Berhad (PSMB), pelatih perlu memenuhi semua kriteria dan syarat yang
ditetapkan oleh PSMB;
g. Memenuhi syarat-syarat tambahan lain yang ditetapkan oleh PB dan badan
perlesenan; dan
h. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh KPPK dari masa ke
semasa.
7.2 Syarat-Syarat Pendaftaran Pelatih
PB hendaklah mematuhi syarat-syarat pendaftaran pelatih seperti berikut:
a. PB dibenarkan mendaftarkan pelatih bagi program yang mempunyai tempoh
pentauliahan yang masih sah.
b. PB hendaklah mendaftarkan pelatih mengikut kapasiti yang diluluskan dan
jumlah kapasiti adalah merangkumi pelatih tempatan dan antarabangsa.
7/..
c. Pendaftaran pelatih antarabangsa perlu mendapat kelulusan bagi
pengambilan pelatih antarabangsa daripada JPK dan hendaklah mematuhi
pelaksanaan pengambilan pelatih antarabangsa seperti yang telah
ditetapkan.
d. Pusat Bertauliah hendaklah merancang pelaksanaan penilaian kerja kursus
dan penilaian akhir. Bagi penilaian akhir dalaman, PB hendaklah
mengemaskini tarikh penilaian akhir setiap CU atau modul melalui sistem
semasa pendaftaran pelatih.
e. Seorang Pegawai Penilai (PP) boleh dilantik untuk beberapa kumpulan
pelatih bagi program yang sama dalam tempoh 60 hari dari tarikh kumpulan
pelatih pertama (1) didaftarkan. PB perlu mematuhi syarat berikut:
i. Tarikh latihan yang sama
ii. Program yang sama bagi semua kumpulan pelatih terlibat
iii. Jumlah maksimum pelatih adalah 25 orang.
Contoh pelaksanaan adalah seperti di Rajah 1.
Rajah 1: Pelaksanaan pendaftaran pelatih menggunakan PP yang sama bagi
beberapa kumpulan pelatih
60 hari
KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3 KUMPULAN 4
Contoh : Tarikh mula dan tarikh tamat latihan bagi empat (4) kumpulan
pelatih ini sama iaitu 1/1/2021 - 31/12/2021
f. PB hendaklah menggantikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
tertinggal bagi kumpulan pelatih kedua dan kumpulan pelatih seterusnya
dalam tempoh 60 hari tersebut.
8/..
g. Penambahan pelatih ke dalam kumpulan pelatih yang telah sah berdaftar
adalah tidak dibenarkan.
h. Pendaftaran pelatih boleh dibuat sepanjang tahun kepada JPK beserta
bayaran dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelatih mula latihan. Pendaftaran
pelatih yang dibuat lebih daripada 60 hari dari tarikh pelatih mula latihan tidak
akan dipertimbangkan.
Contoh : Sekiranya tarikh mula latihan kumpulan pelatih adalah 1 Januari
2018, tarikh penerimaan dokumen pendaftaran beserta bayaran hendaklah
pada atau sebelum 28 Februari 2018.
i. Maklumat pendaftaran pelatih mengikut kategori program adalah seperti di
Jadual 1.
Jadual 1 : Maklumat Pendaftaran Pelatih Mengikut Kategori Program
Bil Kategori Bila Pelatih perlu didaftarkan Tahap
Program didaftarkan
1. Mengikut Dalam tempoh 60 hari dari tarikh Tahap program
Tahap
mula latihan berkenaan
Tahap tertinggi
2. Tahap Dalam tempoh 60 hari dari tarikh kumpulan
Tunggal mula latihan program
bertauliah
j. Pelatih hendaklah didaftarkan mengikut kategori program, mod latihan dan
tempoh latihan yang diluluskan oleh JPK kepada program berkenaan.
k. Pendaftaran pelatih tidak dibenarkan jika;
i. Program dikenakan tindakan penguatkuasaan.
ii. PB memohon untuk menamatkan program bertauliah.
iii. Program diluluskan hanya untuk menyelesaikan kumpulan pelatih
sedia ada.
7.3 Prosedur Pendaftaran Pelatih
Prosedur pendaftaran pelatih dibahagikan kepada dua (2) seperti berikut:
7.3.1 Prosedur Umum
a. Pendaftaran pelatih hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian.
9/..
b. PB boleh membuat bayaran pendaftaran pelatih kepada JPK secara
dalam talian (FPX), Pesanan Tempatan (sistem e-Perolehan), Bank
Deraf atau Kiriman Wang.
c. PB hendaklah memilih salah satu bentuk bayaran bagi pendaftaran
satu kumpulan pelatih seperti dinyatakan pada Lampiran 2.
d. Kadar Fi dan Caj seperti Jadual 2 hendaklah dibuat atas nama
Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.
Jadual 2: Kadar Fi Dan Caj Bagi Pendaftaran Pelatih
Kadar Fi dan Caj (RM)
Setiap Pelatih
Bil Jenis Pendaftaran Pelatih Warganegara Bukan
/ Pemastautin Warganegar
Tetap a
1. Program Mengikut Tahap 100.00 200.00
2. Program Tahap Tunggal 100.00 200.00
3. Pendaftaran Ulang Nilai 100.00 200.00
e. Prosedur pendaftaran pelatih adalah seperti carta alir di Lampiran 2.
f. Pelatih disahkan berdaftar setelah resit pendaftaran dikeluarkan
(status Approve Lock).
g. Kegagalan PB untuk mematuhi prosedur yang ditetapkan boleh
menyebabkan permohonan pendaftaran pelatih ditolak.
7.3.2 Pendaftaran Pelatih Ulang Nilai
a. Pendaftaran pelatih ulang nilai boleh dikemukakan secara dalam
talian selepas pengesahan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Pengesahan Pensijilan SPKM (JPPS).
b. Ulang nilai dibenarkan di PB yang sama dalam tempoh satu (1)
tahun dari tarikh keputusan JPPS kali pertama.
c. Bayaran hendaklah merujuk kepada kadar Fi dan Caj di Jadual 2.
d. Pelatih yang masih belum terampil selepas tamat tempoh penilaian
ulang nilai yang dibenarkan boleh didaftarkan semula sebagai
10/..
pelatih baharu dan menjalani semula latihan serta penilaian program
berkenaan.
7.3.3 Pindaan Maklumat Pendaftaran Pelatih
7.3.3.1 Pindaan Nama Atau Nombor Kad Pengenalan Pelatih
a. Pindaan maklumat pelatih setelah pendaftaran disahkan
hanya boleh dibuat oleh PB sahaja dan tertakluk kepada
syarat berikut:
i. Pindaan maklumat pelatih hanya boleh dibuat
bagi kesilapan abjad pada ejaan nama atau
kesilapan digit pada nombor kad pengenalan.
ii. Sekiranya pindaan melibatkan kesilapan pada
kedua-dua nama dan nombor kad pengenalan,
pendaftaran pelatih berkenaan perlu dibatalkan
dan didaftarkan semula beserta bayaran fi.
b. PB hendaklah mengemukakan permohonan pindaan
maklumat pelatih merujuk kepada borang semak
permohonan pendaftaran pelatih seperti di Lampiran 3.
7.3.3.2 Pindaan Tarikh Latihan
a. PB hanya dibenarkan untuk memohon pindaan tarikh
tamat latihan sahaja.
b. PB hendaklah mengemukakan permohonan pindaan
maklumat pelatih merujuk kepada borang senarai semak
permohonan pendaftaran pelatih seperti di Lampiran 3.
7.3.3.4 Pindaan Program
Pindaan program bagi pelatih yang telah sah berdaftar adalah
dibenarkan dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
11/..
a. PB hendaklah mengemukakan permohonan bagi
membatalkan pendaftaran pelatih. Bayaran pendaftaran
terdahulu tidak akan dikembalikan.
b. Pelatih perlu didaftarkan semula bagi program baharu
beserta bayaran fi pendaftaran baharu.
7.3.3.5 Pemindahan Pelatih Disebabkan Oleh Penamatan PB Atau
Program
a. PB asal perlu mengemukakan salinan undertaking letter
bagi menyelesaikan pelatih sedia ada dan surat/
dokumen persetujuan perpindahan pelatih ke PB baharu.
b. PB baharu perlu mendaftarkan semula pelatih tersebut
kepada JPK.
c. Tiada bayaran pendaftaran dikenakan.
d. Tempoh latihan dibenarkan mengikut pendaftaran asal
sekiranya PB boleh mengemukakan bukti latihan, rekod
kehadiran dan penilaian pelatih terdahulu di PB asal.
7.3.3.6 Pindaan Nama Pusat Bertauliah
a. Semua pelatih yang berdaftar dikekalkan mengikut rekod
pendaftaran sedia ada seperti nombor kumpulan,
maklumat program serta tarikh mula dan tamat latihan.
b. Persijilan pelatih akan mengikut nama PB yang terkini.
7.3.3.7 Pindaan Tarikh Tamat Latihan Bagi PB Berpindah Premis
a. PB yang berhasrat untuk berpindah premis hendaklah
mengemukakan permohonan pindaan tarikh tamat latihan
bagi kumpulan pelatih yang terlibat dengan
mengemukakan borang Pendaftaran Pelatih seperti di
Lampiran 3.
12/..
b. Semua pelatih yang berdaftar dikekalkan mengikut rekod
pendaftaran sediaada seperti nombor kumpulan,
maklumat program dan tarikh mula latihan. Tarikh tamat
latihan adalah tertakluk kepada kelulusan.
c. PB hendaklah bertanggungjawab menyelesaikan latihan
dan persijilan pelatih sedia ada di premis baharu yang
diluluskan.
7.3.3.8 Pembatalan Pelatih
a. Permohonan pembatalan pelatih yang dilakukan oleh PB
boleh dibuat secara dalam talian.
b. Bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya
pendaftaran pelatih telah dibatalkan atau tidak
menamatkan latihan dalam tempoh latihan yang
ditetapkan.
c. Bayaran pendaftaran pelatih yang dibatalkan tidak boleh
diganti dengan pelatih yang lain.
7.4 Penangguhan Latihan
Permohonan hendaklah dilakukan seperti berikut:-
a. PB perlu mengemukakan permohonan penangguhan latihan secara atas talian.
b. Tempoh maksimum penangguhan yang dibenarkan adalah enam (6) bulan dan
ianya bermula dari tarikh kelulusan penangguhan tersebut oleh JPK.
8.0 PELAKSANAAN LATIHAN
Pelaksanaan latihan adalah berasaskan kepada struktur kurikulum program yang
dibahagikan kepada tiga (3) bahagian utama iaitu Modul Wajib, Modul Teras dan
Pendedahan Industri (PI) / Latihan Industri (LI) seperti berikut:
13/..
8.1 Modul Wajib
Modul Wajib terdiri daripada komponen Core Abilities dan Modul Penyedia TVET
yang melibatkan pelaksanaan program Tahap 1 hingga Tahap 5 yang dijalankan
di PB.
8.1.1 Core Abilties
Core Abilities ialah kemahiran generik yang diperlukan oleh seseorang
pekerja mahir bagi semua bidang pekerjaan di Malaysia. Komponen Core
Abilities adalah seperti Jadual 3.
Jadual 3: Komponen Core Abilities Bagi Tahap 1 hingga 5
CORE Level 1 Level 2 TAHAP Level 4 Level 5
ABILITIES CA Title CA Title Level 3 CA Title
GROUP CA Title CA Title Communication
Communication Management
Communication Basic Working Application Effective Effective Skill
Communication Communication Communication
Interpersonal Collaboration Organizational
Interpersonal Personal Behaviour Leadership Management Skill
Skill Behaviour Skill Skill Organization
Work Place Behaviour
Culture Work Place Awareness
Behaviour Ethics
Etiquette Work Place Health, Safety Etiquette Etiquette
Management Ethics And Health, Safety Practices Management Skill
Awareness Environment and
Adaptation Environment
Health, Safety Consciousness Health, Safety and Health, Safety and
Information
Health, Safety & And Technology Environment Environment
Awareness
Environment Environmental Monitoring Cognition
Administrative
Awareness Skill
Using Information Information
Technology Technology Technology
Application Management
Management
Skills Relationship Networking
Management Skill
Change Capability
Management Change
Change Management
Strategic Management Implementation
Thinking Awareness
JAM LATIHAN
Strategic Thinking Strategic
Skill Resolution
40 40 80 80 80
14/..
8.1.2 Modul Penyedia TVET
a. Ia merupakan satu kumpulan kompetensi berkaitan kesedaran,
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang refleks kepada sesuatu
bidang pekerjaan dan pelatih layak diberikan kredit di atas
pencapaiannya. Modul ini merupakan modul tambahan yang
ditawarkan oleh institusi sebagai nilai tambah kepada pelatih dan
hendaklah dibangunkan berdasarkan pilihan berikut:
i. Mana-mana Competency Unit (CU) elektif (NOSS format CU)
atau Duty (NOSS format Duti/Task) dalam kumpulan Malaysian
Standard Industrial Classification (MISC) yang sama;
ii. Kombinasi Work Activities (WA) daripada beberapa CU NOSS
(NOSS format CU) atau Task (NOSS format Duty/Task) dalam
kumpulan MSIC yang sama;
iii. Mana-mana National Competency Standard (NCS) yang
berkaitan dengan program yang ditawarkan;
iv. Modul keusahawanan; atau
v. Mata pelajaran umum.
vi. Lain-lain modul yang memberi nilai tambah dalam pelaksanaan
program.
b. PB perlu membangunkan course outline bagi semua Modul Penyedia
TVET seperti contoh di Lampiran 4.
c. Penilaian bagi modul penyedia TVET terdiri daripada
i. Penilaian Kerja Kursus Teori;
ii. Penilaian Kerja Kursus Amali;
iii. Penilaian Akhir Teori;
iv. Penilaian Akhir Amali; atau
v. Gabungan mana-mana empat (4) di atas
15/..
8.2 Modul Teras
Modul Teras adalah merujuk kepada kurikulum latihan berasaskan NOSS
program berkenaan yang merangkumi sekurang-kurangnya 60 hingga 70 peratus
komponen praktikal. Projek Akhir adalah merupakan salah satu komponen Modul
Teras bagi program Tahap 4 dan 5.
8.3 Modul Pendedahan Industri (PI) dan Latihan Industri (LI)
PI dilaksanakan pada program Tahap 1 dan Tahap 2. Modul ini tidak membawa
sebarang nilai kredit. LI dilaksanakan pada program Tahap 3, Tahap 4 dan Tahap 5
dengan memberi nilai kredit kepada pelatih.
8.4 Nilai Mata Kredit
8.4.1 Nilai 1 kredit adalah bersamaan 40 jam notional dan jumlah kredit
minimum menentukan norma tempoh latihan bagi setiap tahap.
8.4.2 Kredit diberikan bagi setiap CU atau modul yang telah dilengkapkan oleh
pelatih.
i. Perekodan penilaian dan penjanaan gred mengikut CU atau modul
serta pangkalan data persijilan diuruskan secara dalam talian.
ii. Struktur Kurikulum dan Nilai Kredit Setiap Tahap Bagi Pelaksanaan
Kredit Melalui Kaedah SLaPB adalah seperti di Jadual 4.
iii. Struktur Kurikulum dan Nilai Kredit Kumpulan Program Bertauliah
Bagi Program Tahap Tunggal dalam Pelaksanaan Kredit Melalui
Kaedah SLaPB adalah seperti di Jadual 5.
16/..
Jadual 4: Struktur Kurikulum dan Nilai Kredit Setiap Tahap Bagi Program Mengikut
Tahap
Kelayakan/ Struktur Kurikulum Kredit Minimum
Tahap Mengikut Tahap
Sijil / Tahap 1 1. Modul Wajib
a. Core Abilities 1
b. Modul Penyedia TVET 1
2. Modul Teras 13
a. NOSS
Sijil 3. Pendedahan Industri 0
Tahap 2 JUMLAH KREDIT BERGRADUAT MINIMUM 15
SKM TAHAP 1
1
/ 1. Modul Wajib 1
a. Core Abilities
13
b. Modul Penyedia TVET
2. Modul Teras
a. NOSS
3. Pendedahan Industri 0
Sijil/ JUMLAH KREDIT BERGRADUAT MINIMUM 15
Tahap 3 SKM TAHAP 2
2
1. Modul Wajib 2
a. Core Abilities 20
b. Modul Penyedia TVET
2. Modul Teras
(70% daripadanya mesti berorientasikan praktikal)
3. Latihan Industri (3 bulan) 6
Diploma/ JUMLAH KREDIT BERGRADUAT MINIMUM 30
Tahap 4 SKM TAHAP 3 2
1. Modul Wajib
a. Core Abilities
17/..
Kelayakan/ Struktur Kurikulum Kredit Minimum
Tahap Mengikut Tahap
b. Modul Penyedia TVET
Diploma 1
Lanjutan/ 2. Modul Teras
Tahap 5 a. NOSS 15
b. Projek Akhir 4
8
3. Latihan Industri (4 bulan) 30
JUMLAH KREDIT BERGRADUAT MINIMUM 2
DKM TAHAP 4 6
1. Modul Wajib 20
a. Core Abilities 4
b. Modul Penyedia TVET 8
40
2. Modul Teras
a. NOSS
b. Projek Akhir
3. Latihan Industri (4 bulan)
JUMLAH KREDIT BERGRADUAT MINIMUM
DLKM TAHAP 5
Jadual 5: Struktur Kurikulum dan Nilai Kredit Kumpulan Program Bertauliah Bagi
Program Persijilan Tahap Tunggal (TT)
Kumpulan Bertauliah / Struktur Kurikulum KREDIT
Kombinasi Tahap MINIMUM
1. Modul Wajib
Tahap Tunggal (TT) 1 a. Core Abilities 2
(Kombinasi Tahap 1 dan b. Modul Penyedia TVET 2
Tahap 2) 2. Modul Teras 26
a. NOSS
0
3. Pendedahan Industri 30*
JUMLAH KREDIT BERGRADUAT
MINIMUM SKM TAHAP 2
18/..
Tahap Tunggal (TT) 2 1. Modul Wajib
Kombinasi Tahap 1, Tahap 2 a. Core Abilities 4
dan Tahap 3 b. Modul Penyedia TVET 4
atau 46
2. Modul Teras 6
60*
a. NOSS 6
11
Tahap Tungga (TT) 3 3. Latihan Industri (3 bulan) 61
Kombinasi Tahap 2 dan 4
JUMLAH KREDIT BERGRADUAT 8
Tahap 3 MINIMUM SKM TAHAP 3
90*
Tahap Tunggal (TT) 4 1. Modul Wajib
Kombinasi Tahap 1, Tahap 2, a. Core Abilities
b. Modul Penyedia TVET
Tahap 3 dan Tahap 4
atau 2. Modul Teras
a. NOSS
Tahap Tunggal (TT) 5 b. Projek Akhir
Kombinasi Tahap 2, Tahap 3 3.Latihan Industri (4 bulan)
dan Tahap 4
atau
Tahap Tunggal (TT) 6
Kombinasi Tahap 3 dan Tahap
4
(Bagi NOSS bermula Tahap 1
atau 2)
atau
Tahap Tunggal (TT) 7
Kombinasi Tahap 3 dan Tahap
4
(Bagi NOSS bermula Tahap 3)
JUMLAH KREDIT BERGRADUAT
MINIMUM DKM – TAHAP 4
*Kumulatif – terdapat pada kredit pada tahap rendah telah dilengkapkan tertakluk kepada
Kumpulan Program.
19/..
8.5 Tempoh Latihan
Tempoh latihan yang ditetapkan bagi program mengikut tahap adalah
seperti Lampiran 5 dan program persijilan tahap tunggal adalah seperti
Lampiran 6.
Pelaksanaan latihan melibatkan CU atau modul dominan berkenaan
adalah mengikut kesesuaian dalam tempoh latihan.
8.5.1 Penetapan Julat Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran Setiap CU Atau
Modul Bagi Modul Teras.
Tempoh latihan Modul Teras hendaklah memenuhi peratusan julat
masa yang ditetapkan merangkumi aktiviti terpandu/ bersemuka,
kendiri dan penilaian seperti Jadual 6.
Jadual 6: Peratusan Julat Masa Bagi Aktiviti Terpandu/ Bersemuka, Kendiri
dan Penilaian Bagi Modul Teras.
% Masa Aktiviti Pembelajaran & Penilaian JUMLAH
Bagi Modul Teras (setiap CU atau Modul) KESELURUHAN
AKTIVITI AKTIVITI (%)
(Bersemuka +
TAHAP TERPANDU / PEMBELAJARAN PENILAIAN
Penilaian +
BERSEMUKA KENDIRI Kendiri)
1 80 - 95 0 - 17 3 – 20 100
2 80 - 95 3 – 20 100
3 70 - 90 0 - 17 3 – 20 100
4 60 - 70 5 – 20 10 – 30 100
5 60 - 70 10 – 30 10 – 30 100
10 – 30
8.5.2 Jumlah julat peratusan tempoh pembelajaran hendaklah bersamaan
100% apabila ketiga-tiga komponen dijumlahkan (bersemuka + penilaian
+ kendiri = 100%). Contoh pengiraan bagi penetapan masa aktiviti
pembelajaran dan penilaian Modul Teras adalah seperti Lampiran 7.
8.5.3 Bagi Program Persijilan Tahap Tunggal, Penetapan peratusan masa
aktiviti pembelajaran dan penilaian adalah merujuk kepada tahap bagi CU
19/..
atau modul yang diambil di dalam kumpulan program bertauliah.
8.5.4 Bagi program tahap 4 dan 5, penetapan peratusan masa untuk projek
akhir adalah sama bagi semua program seperti Jadual 7.
Jadual 7: Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran Projek Akhir.
AKTIVITI PERATUSAN JUMLAH JAM
PEMBELAJARAN (%)
32
Bersemuka 20 128
Penilaian 160
80
Kendiri 100
JUMLAH
9.0 PENILAIAN
Penilaian dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) adalah satu proses
menilai tahap pengetahuan dan kemahiran serta sikap/amalan
keselamatan/persekitaran seseorang pelatih yang mengikuti program latihan
kemahiran yang dilaksanakan di pusat bertauliah. Penilaian dilakukan dengan
menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai bagi menilai keterampilan seseorang
pelatih seperti yang dikehendaki.
Penilaian SPKM berasaskan kredit ditetapkan seperti berikut:
a. Penilaian adalah mengikut Competency Unit (CU) yang terdapat dalam
NOSS atau mengikut modul bagi program yang menggunakan NOSS
format Duti/Task dan kombinasi tahap bagi program Tahap Tunggal (TT).
b. Nilai kredit dan gred diberikan setelah pelatih dinilai dan disahkan.
c. Komponen penilaian merangkumi:
i. Modul Teras - Kerja Kursus, Penilaian Akhir dan Projek Akhir
ii. Modul Wajib -Core Abilities dan Modul Penyedia TVET.
iii. Pendedahan Industri / Latihan Industri.
20/..
9.1 Pelaksanaan Penilaian
9.1.1 Penilaian bagi setiap CU/Modul terbahagi kepada dua (2) iaitu:
a. Penilaian Kerja Kursus (PKK)
Semua CU/Modul hendaklah dilaksanakan secara dalaman di Pusat
Bertauliah (PB).
b. Penilaian Akhir (PA)
i. Satu (1) CU/Modul dominan akan dinilai dan disahkan oleh
Pegawai Pengesah Luaran (PPL) semasa sesi verifikasi di akhir
kursus; dan
ii. CU/Modul yang lain hendaklah dilaksanakan secara dalaman.
9.1.2 PKK dan PA yang dilaksanakan secara dalaman di PB akan disemak dan
disahkan oleh PPL semasa sesi verifikasi akhir.
9.2 Penilaian Kerja Kursus (PKK)
9.2.1 Penilaian Kerja Kursus terbahagi kepada dua (2) iaitu:
a. Penilaian Kerja Kursus Pengetahuan
Penilaian dilaksanakan oleh Pegawai Penilai (PP) menggunakan
kaedah kuiz, kertas tugasan dan lain-lain untuk menguji pengetahuan
teori bagi semua CU/Modul.
b. Penilaian Kerja Kursus Prestasi
Penilaian dilaksanakan oleh PP melalui ujian amali bagi semua
CU/Modul.
9.2.2 Semua maklumat pelaksanaan PKK hendaklah direkodkan di dalam Rekod
Pencapaian Kumulatif (RPK) dan bukti penilaian hendaklah disimpan di
dalam Portfolio pelatih.
9.2.3 Wajaran peratus PKK Pengetahuan dan Prestasi mengikut tahap adalah
seperti di Jadual 12.
21/..
9.3 Penilaian Akhir
Penilaian akhir terbahagi kepada dua (2) iaitu:
i. Penilaian Akhir Dalaman
ii. Penilaian Akhir Verifikasi PPL
9.3.1 Penilaian Akhir Dalaman
a. PB bertanggungjawab untuk memastikan penilaian akhir bagi setiap
CU/modul selain dari CU/modul Dominan dilaksanakan sebelum penilaian
verifikasi PPL.
b. PB bertanggungjawab untuk memastikan penilaian akhir bagi setiap CU
dilaksanakan selepas pelatih lulus PKK bagi CU berkenaan.
c. PP merekodkan markah penilaian akhir dalaman ke dalam sistem.
d. PPD mengesahkan markah yang telah dimasukkan oleh PP di dalam
sistem.
e. Semua bukti penilaian akhir hendaklah disimpan di dalam portfolio pelatih.
9.3.2 Penilaian Akhir Verifikasi PPL
i. PB bertanggungjawab untuk memastikan penilaian akhir Verifikasi PPL
dilaksanakan bagi CU/modul Dominan.
ii. PB hendaklah merujuk kepada perenggan 12.0: Verifikasi Pegawai
Pengesah Luaran (PPL) dalam panduan ini untuk pengurusan penilaian
akhir verifikasi PPL.
9.3.3 Soalan Penilaian Akhir
PB perlu menyemak soalan di eQB. Sekiranya:
i. Soalan sediaada di eQB:
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian sekurang-
kurangnya satu (1) bulan dari tarikh cadangan penilaian akhir.
PB dibenarkan untuk memuat turun:
22/..
● Soalan penilaian pengetahuan satu (1) hari bekerja
sebelum tarikh penilaian.
● Soalan penilaian prestasi – satu (1) hari bekerja sebelum
sebelum tarikh penilaian.
● Senarai bahan bagi tujuan penilaian prestasi – satu bulan
setengah (1½).
ii. Jika soalan tiada dalam eQB:
● PB hendaklah membangunkan dua (2) set soalan beserta
skema jawapan bagi CU berkaitan dengan merujuk kepada
Panduan Pembangunan Soalan Penilaian Latihan
Kemahiran yang sedang berkuatkuasa dan Jadual 8.
● Soalan dibangunkan oleh Personel Pentauliahan.
● Soalan yang dibangunkan hendaklah diluluskan oleh PPPB
dan disahkan oleh TAC.
● Kertas soalan Penilaian Akhir yang dibangunkan hendaklah
menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
● PB hendaklah menyediakan set soalan yang mencukupi
mengikut bilangan pelatih
●
Jadual 8: Penyediaan Set Soalan PA Berdasarkan Kepada Nilai Kredit CU/Modul Dan
Tahap
BIL PERKARA CU/MODUL TAHAP CU/MODUL CU/MODUL TAHAP 4 & 5
1&2 TAHAP 3
1. PENGETAHUAN
(a) Bentuk Objektif (Aneka Objektif (Aneka Objektif (Aneka Pilihan) &
soalan Pilihan) Pilihan) Subjektif
Recall & Recall, Pemahaman & Analisis
Pemahaman Pemahaman &
Aplikasi
(b) Bilangan soalan berdasarkan nilai kredit
≤ 3 kredit 20 soalan 40 soalan Objektif
1 soalan subjektif
4 – 6 kredit 30 soalan 40 soalan Objektif
2 soalan subjektif
23/..
≥ 7 kredit 40 soalan 40 soalan Objektif
3 soalan subjektif
(c) Tempoh 1.5 min / soalan 1.5 min / soalan Objektif
masa 30 min / soalan (subjektif)
≤ 3 kredit 30 min 1 jam 30 min
4 – 6 kredit 45 min 2 jam
≥ 7 kredit 1 jam 2 jam 30 min
(d) Aras Rendah 50%
kesukaran Sederhana 30%
Tinggi 20%
2. PRESTASI 1 – 5 jam
Nota: Sila rujuk Panduan Pembangunan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran yang
sedang berkuatkuasa
9.3.4 Perkara Am Penilaian Akhir
a. PPB bertanggungjawab dalam memastikan kawalan keselamatan ke atas
kertas soalan yang telah dicetak
b. PPB bertanggungjawab melantik PP sebagai Ketua Pengawas bagi Penilaian
Akhir Dalaman manakala PPL bertanggungjawab sebagai Ketua Pengawas
semasa sesi Penilaian Akhir Verifikasi PPL.
c. PB hendaklah menyediakan tempat penilaian yang bersesuaian dan lengkap
dengan kemudahan yang diperlukan seperti:
i. kerusi dan meja yang sesuai
ii. jam dinding
iii. papan putih dan kelengkapannya
d. Ketua Pengawas perlu memastikan peraturan-peraturan penilaian dipatuhi.
e. Personel pentauliahan hendaklah membantu Ketua Pengawas sepanjang
penilaian dijalankan bagi memastikan penilaian berjalan dengan lancar.
24/..
f. Pelatih hendaklah berada di tempat penilaian 15 minit sebelum penilaian
dijalankan.
g. Pelatih hendaklah sentiasa berpakaian kemas sepanjang ujian dijalankan.
h. Pelatih hendaklah mempamerkan kad pengenalan atau pengenalan lain
untuk disemak oleh ketua pengawas bagi tujuan pengesahan.
i. Ketua Pengawas hendaklah menerangkan butiran arahan sebelum
memulakan penilaian.
j. Pelatih dilarang sama sekali membawa dan menggunakan telefon bimbit.
k. Pelatih yang gagal mematuhi arahan boleh menyebabkan penilaian pelatih
dibatalkan.
l. Ketua Pengawas hendaklah mengumpul semua kertas soalan dan kertas
jawapan pelatih di akhir sesi penilaian.
9.4 Projek Akhir
9.4.1 Komponen ini hendaklah dilaksanakan bagi program Tahap 4 dan Tahap 5
dengan jumlah kredit adalah 4 bagi setiap tahap berkenaan.
9.4.2 Projek akhir membolehkan pelajar menjadi seorang kreatif, berpengetahuan dan
berkeupayaan dalam merancang, melaksanakan dan menilai projek secara
sistematik.
9.4.3 Projek akhir bertujuan membolehkan pelatih mengintegrasikan semua perkara
yang dipelajari dan mengembangkan konsep, komunikasi, kerja berpasukan
serta kemahiran generik lain yang diperlukan bagi profesion berkenaan di alam
pekerjaan.
9.4.4 Merangkumi sekurang-kurangnya 50% kemahiran utama dalam laluan (area)
program berkenaan. Ianya boleh merangkumi kombinasi tahap terendah
(Contoh Tahap 1 hingga 4 (DKM) dan Contoh Tahap 1 hingga 5 (DLKM))
dalam laluan program tersebut. Elemen analisis dan aplikasi hendaklah
25/..
9.4.5 dimasukkan dalam laporan projek.
9.4.6
9.4.7 Cadangan projek hendaklah dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh yang
telah ditetapkan.
Pelatih dengan bimbingan penyelia hendaklah memainkan peranan masing-
masing dalam memastikan Projek Akhir dilaksanakan dengan baik.
Projek Akhir boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan dengan
bilangan maksimum ahli kumpulan adalah 3 orang.
9.4.8 Setiap projek akhir hendaklah disediakan perkara berikut:-
a. Kertas Cadangan Projek
b. Buku log aktiviti Projek Akhir
c. Draf Laporan Projek Akhir
d. Pembentangan Projek Akhir
e. Laporan Projek Akhir
9.4.9 Pelatih hendaklah menyediakan laporan Projek Akhir mengikut format dan
maklumat-maklumat seperti dinyatakan dalam Panduan Pelaksanaan Projek
Akhir. Bagi pelaksanaan secara berkumpulan, penyediaan laporan hendaklah
dibangunkan secara individu.
9.4.10 Penilaian projek akhir terdiri daripada:
i. Penilaian oleh PP -Wajaran 30%
ii. Penilaian oleh Panel Penilai Projek Akhir (PPD, wakil JPK-Pengerusi
dan PPL) – Wajaran 70 %
9.4.11 Penilaian PP hendaklah dibuat secara berterusan dan disahkan oleh PPD
sebelum verifikasi PPL. Skema Pemarkahan Projek Akhir oleh PP dengan
Wajaran 30% seperti Jadual 9:
26/..
Jadual : 9 : Skema Pemarkahan Projek Akhir Oleh PP
PERKARA PERINCIAN WAJARAN MARKAH
DINILAI MARKAH LULUS
(a) Tajuk Projek
Cadangan (b) Objektif (%) MINIMUM (%)
Projek (c) Skop
(d) Kajian Literatur 5 3
(e) Kepentingan Projek
(f) Perancangan Projek
(g) Kos Projek
(h) Kertas Cadangan Projek
(i) Pembentangan Kertas
Cadangan Projek
(j) Matrik / senarai semak
bagi CU/WA yang terlibat
dalam NOSS
* Merangkumi sekurang-
kurangnya 50% kemahiran
utama dalam laluan (area)
program berkenaan.
Pengurusan (a) Pengurusan Masa 25 15
Projek (b) Penyelesaian Masalah 30 18
(c) Pengawasan yang
minimum
(d) Kreatif & Inovatif
(e) Komunikasi
(f) Keselamatan
(g) Sikap
(h) Kemahiran
(i) Berpengetahuan
(j) Prestasi dan komitmen
pelatih
(k) Buku Log Aktiviti Projek
Akhir
(l) Draf dan LaporanAkhir
Projek
(m) Draf pembentangan
Projek
Jumlah Markah (%)
9.4.12 Penilaian PPD dan PPL dilaksanakan semasa verifikasi penilaian projek akhir.
Skema Pemarkahan Projek Akhir oleh PPD dan PPL dengan Wajaran 70%
seperti Jadual 10.
27/..
Jadual 10 : Skema Pemarkahan Projek Akhir Oleh PPD dan PPL
PERKARA PERINCIAN WAJARAN MARKAH
DINILAI MARKAH (%) LULUS
MINIMUM
Hasil a. Pengetahuan 40 (%)
Keseluruhan b. Kreativiti 15 24
c. Komitmen
Laporan d. Kebolehgunaan 9
Projek e. Kefungsian /
9
* Rujuk aplikasi hasil projek
Format dan kajian
Panduan a. Kandungan
Pelaksanaan b. Abstrak
Projek Akhir c. Pengenalan
Kaedah d. Kajian Literatur
SLaPB yang e. Kaedah
berkuatkuasa Pelaksanaan Projek
f. Keputusan dan
perbincangan/
Analisis
g. Kesimpulan dan
Cadangan untuk
Kajian akan datang
/ pelaksanaan
h. Rujukan
a. Kandungan
− Objektif Projek
− Ringkasan
Projek/Kajian
berdasarkan
Laporan Projek
− Metadologi dan
pelaksanaan
Projek
Persembahan − Keputusan dan 15
Projek Hasil /
Kepentingan
Projek
− Perbincangan,
cadangan dan
kesimpulan
b. Kefahaman /
pengetahuan
berkaitan projek
c. Penggunaan AVA
28/..
d. Gaya penyampaian
dan kretiviti
e. Soal jawab
Jumlah Markah (%) 70 42
9.4.13 Pelatih hendaklah membentangkan deraf awal Projek Akhir kepada panel penilai
Projek Akhir yang terdiri daripada:
a. PPL; dan
b. PPD;
c. Wakil Industri (Jika ada);
d. Wakil JPK (boleh dijemput hadir)
9.4.14 Pelatih hendaklah membentangkan hasil Projek Akhir kepada panel penilai
Projek Akhir yang terdiri daripada;
a. Pegawai JPK;
b. PPL; dan
c. PPD;
d. Wakil Industri (Jika ada)
9.4.15 Wakil Industri yang dilantik oleh PB hendaklah dalam bidang berkaitan semasa
sesi pembentangan projek akhir. Pemarkahan oleh Wakil Indsutri adalah sama
seperti PPD dan PPL.
9.4.16 PB hendaklah menyediakan skema penilaian Projek Akhir yang mengandungi
perkara dan peratus pemarkahan seperti Jadual 9 dan Jadual 10.
9.4.17 Setiap ahli panel akan memberi penilaian berasaskan skema pemarkahan yang
telah disediakan.
9.4.18 Pelatih hendaklah memperolehi markah lulus sekurang-kurangnya 60% bagi
setiap perkara yang dinilai.
9.4.19 Pelaksanaan projek akhir hendaklah merujuk Panduan Pelaksanaan Projek
Akhir Kaedah SLaPB yang berkuatkuasa.
29/..
9.5 Pendedahan Industri (PI)
Pendedahan Industri adalah satu aktiviti dan pengalaman yang diperolehi
pelatih melalui lawatan lapangan di industri atau organisasi yang diatur
secara formal oleh PB yang bersesuaian dengan bidang kemahiran. Ia
bertujuan memberi pendedahan kepada pelatih tentang gambaran sebenar
bidang pekerjaan tersebut. Pelaksanaan PI adalah berdasarkan perkara-
perkara berikut:
a. Pendedahan Industri diwajibkan bagi pelatih Tahap 1 dan Tahap 2 sebagai
memenuhi syarat persijilan.
b. Perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali sepanjang latihan di
setiap tahap
c. Laporan PI hendaklah disediakan oleh setiap pelatih berdasarkan format yang
mengandungi perkara berikut:-
i. Tarikh
ii. Masa
iii. Nama Syarikat / Industri
iv. Alamat Syarikat / Industri
v. Produk / perkhidmatan yang disediakan
vi. Penemuan dan dapatan hasil lawatan (dinyatakan CU/WA dalam Noss
yang terlibat)
vii. Gambar-gambar berkaitan
d. Laporan hendaklah disemak oleh PP dan disahkan oleh PPD serta
diperakukan oleh PPL dalam sistem dalam talian.
e. Penentuan pelaksanaan PI bagi program persijilan tahap tunggal adalah
seperti Jadual 11.
9.6 Latihan Industri (LI)
9.6.1 LI diwajibkan bagi pelatih Tahap 3, Tahap 4 dan Tahap 5 dengan membawa
nilai kredit seperti berikut:
30/..
9.6.2 a. Tahap 3 : 6 kredit
9.6.3 b. Tahap 4 : 8 kredit
c. Tahap 5 : 8 kredit
d. Tahap tunggal (kombinasi Tahap 3 dan 4) : 8 kredit
Pelaksanaan LI hendaklah merujuk kepada panduan yang berkaitan iaitu Manual
Latihan Industri (DKM dan DLKM), yang berkuatkuasa atau terpakai pada masa
ini.
Penentuan pelaksanaan LI bagi program persijilan Tahap Tunggal adalah
seperti Jadual 11.
Jadual 11: Penentuan pelaksanaan PI dan LI bagi program persijilan tahap tunggal
TAHAP TT1 TT2 TT3* TT4 TT5* TT6* TT7
1 NOSS NOSS NOSS TAHAP 1
PI bermula bermula bermula TAHAP 2
T2 T2 T3
2 PI
LI LI
3 LI
LI LI
4
10.0 Gred dan Markah
10.1 Wajaran peratus komponen PKK dan PA merangkumi elemen pengetahuan dan
elemen prestasi bagi setiap tahap, Projek Akhir dan Latihan Industri seperti Jadual
12.
31/..
Jadual12: Ringkasan Wajaran Peratus Penilaian Mengikut Tahap.
WAJARAN PERATUS PENILAIAN
BIL KOMPONEN ELEMEN TAHAP TAHAP
1&2 4&5
TAHAP 3
Penilaian 21 21 24
Pengetahuan
PENILAIAN
1. KERJA Penilaian
KURSUS Prestasi 49 49 36
70 70 60
JUMLAH 9 9 16
Penilaian
Pengetahuan
PENILAIAN
2. AKHIR Penilaian
Prestasi 21 21 24
JUMLAH 30 30 40
JUMLAH 100 100 100
3. PROJEK AKHIR
4. LATIHAN INDUSTRI 100
100
10.2 Penggredan dan pemarkahan SPKM berasaskan kredit ditetapkan seperti
Jadual 13.
32/..
Jadual 13:Penggredan dan Pemarkahan Sistem Persijilan Kemahiran
Malaysia (SPKM) Berasaskan Kredit.
Gred Nilai Julat Markah Tahap Keterampilan
Kredit Terampil Cemerlang
A 95.00 – 100.00
A- 4.00 90.00 – 94.99 Terampil Baik
B+ 3.70 85.00 – 89.99 Terampil
B 3.30 80.00 – 84.99
B- 3.00 75.00 – 79.99 Belum Terampil
C+ 2.70 70.00 – 74.99
C 2.30 60.00 – 69.99
F 2.00 0 – 59.99
0
10.3 Wajaran Peratus Komponen Penilaian Kerja Kursus, Penilaian Akhir dan
Elemen Penilaian Pengetahuan dan Prestasi Bagi Tahap 1 hingga Tahap 5 adalah
seperti di Jadual 14.
33/..
Jadual 14: Wajaran Peratus Komponen Penilaian Kerja Kursus, Penilaian
Akhir dan Elemen Penilaian Pengetahuan dan Prestasi Bagi Tahap
1 hingga Tahap 5.
KOMPONEN (%) ELEMEN(%)
TAHAP Penilaian Kerja Penilaian Penilaian Penilaian
Pengetahuan Prestasi
Kursus Akhir
Sijil / 70 30 30 70
Tahap 1 70
70
Sijil / 70 30 30 60
Tahap 2 60
Sijil / 70 30 30
Tahap 3
Diploma / 60 40 40
Tahap 4
Diploma
Lanjutan / 60 40 40
Tahap 5
34/..
10.4 Pembahagian peratus markah penilaian bagi Tahap 1 hingga Tahap 3 adalah
seperti Jadual 15.
Jadual 15 : Pembahagian Peratus Markah Penilaian Bagi Tahap Satu (1) Hingga
Tahap Tiga (3)
KOMPETENSI UNIT/MODUL (100%)
PENILAIAN KERJA KURSUS - PKK (70%) PENILAIAN AKHIR - PA (30%)
PENGETAHUAN 21% PRESTASI 49% PENGETAHUAN PRESTASI
9% 21%
1. Ujian Teori (11%) Ujian Amali (49%) –
terbahagi kepada Penilaian Akhir Penilaian Akhir
dua (2) jenis iaitu: Kertas Ujian Amali Teori Amali
i. Kertas Tugasan - 5% mempunyai komponen
ii. Kuiz - 6%
berikut :
2. Lain-Lain (10%) i. Proses Kerja – 25 %
(Laporan perbincangan,
Laporan lawatan tapak ii. Hasil Kerja (Produk
Persembahan dan
sebagainya) / Servis /
* Markah lulus adalah
60% bagi setiap Keputusan) - 17 %
penilaian.
iii. Sikap /
Keselamatan - 5%
iv. Lisan - 2%
Ujian amali boleh
dilaksanakan dalam
bentuk projek kecil,
Kajian Kes, kerja
praktikal, simulasi dan
lain-lain
* Kertas Kerja tidak
dikira sebagai Ujian
Amali
Pembangunan Soalan
Bilangan soalan dan set soalan tidak ditetapkan Bilangan dan Panduan
tetapi keseluruhan penilaian perlu memenuhi semua jenis soalan Pembangunan
Work Activity merujuk kepada Soalan Penilaian
Jadual 8 Latihan
Kemahiran yang
sedang
berkuatkuasa.
35/..
* PB hendaklah memastikan markah lulus setiap elemen dalam Kerja Kursus dan Penilaian
Akhir mencapai sekurang-kurangnya 60%.
10.5 Pembahagian peratus markah penilaian bagi Tahap 4 dan Tahap 5 adalah
seperti Jadual 16.
Jadual 16 : Pembahagian Peratus Markah Penilaian Bagi Tahap Empat (4) Dan
Tahap Lima (5)
KOMPETENSI UNIT / MODUL (100%)
PENILAIAN KERJA KURSUS - PKK (60%) PENILAIAN AKHIR – PA (40%)
PENGETAHUAN 24% PRESTASI 36% PENGETAHUAN PRESTASI 24%
16%
1. Ujian Teori (11%) Ujian Amali (36%) – Penilaian Akhir
terbahagi kepada dua Kertas Ujian Amali Penilaian Akhir Amali
(2) jenis iaitu: mempunyai Teori
i. Kertas Tugasan - komponen berikut:
5%
ii. Kuiz - 6% i. Proses Kerja –
18 %
2. Lain-Lain (13%)
ii. Hasil Kerja
(Laporan perbincangan, (Produk / Servis /
Keputusan) - 12
Laporan lawatan tapak %
Persembahan dan iii. Sikap /
Keselamatan -
sebagainya) 4%
* Markah lulus adalah iv. Lisan - 2%
60% bagi setiap Ujian amali boleh
dilaksanakan dalam
penilaian. bentuk projek kecil,
Kajian Kes, kerja
praktikal, simulasi
dan lain-lain
* Kertas Kerja tidak
dikira sebagai Ujian
Amali
36/..
Pembangunan Soalan
Bilangan soalan dan set soalan tidak ditetapkan Bilangan dan Merujuk Panduan
tetapi keseluruhan penilaian perlu memenuhi
semua Work Activity jenis soalan Pembangunan
merujuk kepada Soalan Penilaian
Jadual 8 Latihan Kemahiran
yang sedang
berkuatkuasa.
Nota: Sila rujuk Panduan Pembangunan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran yang
sedang berkuatkuasa
* PB hendaklah memastikan markah lulus setiap elemen dalam Kerja Kursus dan Penilaian
Akhir mencapai sekurang-kurangnya 60%.
10.6 Markah lulus minimum bagi setiap elemen penilaian pengetahuan dan prestasi
ialah 60% iaitu sekurang-kurangnya gred C seperti di Jadual 17.
Jadual 17 : Markah Lulus Minimum Bagi Setiap Elemen Penilaian Pengetahuan
Dan Prestasi
WAJARAN PERATUS PENILAIAN
TAHAP 1 & 2 TAHAP 3 TAHAP 4 & 5
BIL KOMPONEN ELEMEN Peratus Peratus
Markah Peratus Markah
Peratus Peratus Peratus Lulus Markah Lulus
Markah Markah Lulus Markah Minimum Minimum
Minimum
1. PENILAIAN Penilaian 21 12.6 21 12.6 24 14.4
21.6
KERJA Pengetahuan
KURSUS (Teori)
(Continuous)
Penilaian 49 29.4 49 29.4 36
Prestasi
(Praktikal)
JUMLAH 70 42 70 42 60 36
2. PENILAIAN Penilaian 9 5.4 9 5.4 16 9.6
AKHIR Pengetahuan
(Summative) (Teori)
37/..
Penilaian 21 12.6 21 12.6 24 14.4
Prestasi 18
(Praktikal)
JUMLAH 30 30 18 40 24
JUMLAH 100 60 100 60 100 60
3. PROJEK AKHIR 100 60
60
4. LATIHAN INDUSTRI 100 60 100
11.0 PENILAIAN DAN PENCAPAIAN
Perekodan ini adalah satu proses mengumpulkan bukti penilaian dan pencapaian
pelatih berdasarkan tahap keterampilan yang ditetapkan.
11.1 Rekod Bukti Pencapaian (RBP)
a. Pelatih hendaklah membangunkan RBP (dikenali sebagai portfolio) yang
mengandungi bukti penilaian dan pencapaian dengan bimbingan PP.
b. Rekod Pencapaian Kumulatif (RPK) bagi Modul Teras, Modul Wajib yang
mengandungi Modul Core Abilities dan Modul Penyedia TVET perlu
dilengkapkan serta ditandatangani oleh PP dan PPD. Tarikh yang perlu
direkodkan ke dalam RPK bagi setiap WA dan CU ialah pada tarikh terakhir
pelatih lengkap / Kompeten Modul Tersebut.
c. Portfolio hendaklah disusun seperti berikut:
A. Seksyen Modul Teras
i. Carta Profil Pekerjaan bagi program NOSS;
ii. Laluan latihan (Training pathway);
iii. Matriks NOSS (jika berkenaan);
iv. Rekod Pencapaian Kumulatif (RPK) bagi program NOSS;
v. Semua bukti penilaian CU atau modul;
vi. Borang Penilaian Prestasi NCS-Core Abilities (JPK/CA/PP); dan
vii. Bukti penilaian akhir yang dibuat secara dalaman.
38/..
B. Seksyen Modul Wajib
a. Modul Core Abilities
i. Carta profil Core Abilities
ii. Matriks Core Abilities
iii. Rekod Pencapaian Kumulatif (RPK) bagi Core Abilities
iv. Borang Penilaian Keseluruhan NCS-Core Abilities (JPK/CA/KPP);
dan
v. Semua bukti penilaian pengetahuan Core Abilities yang telah dinilai
berdasarkan modul.
b. Modul Penyedia TVET
i. Rekod Pencapaian Kumulatif (RPK) bagi Modul Penyedia TVET
(rujuk lampiran 8).
ii. Senarai Modul Penyedia TVET contoh seperti Lampiran 9.
iii. Semua bukti penilaian pengetahuan dan prestasi (jika ada) Modul
Penyedia TVET yang telah dinilai berdasarkan modul.
C. Seksyen Pendedahan Industri atau Latihan Industri
i. Laporan PI bagi Tahap 1 dan Tahap 2; atau
ii. Laporan LI dan Buku Log Aktiviti bagi Tahap 3, Tahap 4 dan
Tahap 5.
11.2 Perekodan Penilaian Kerja Kursus (PKK)
a. PP hendaklah merekod keputusan penilaian pelatih bagi setiap CU
atau Modul dan Core Abilities melalui sistem dalam talian.
b. PPD hendaklah mengesahkan keputusan yang telah dikemaskini oleh
PP melalui sistem dalam talian sebelum memohon verifikasi PPL.
39/..
11.3 Perekodan Penilaian Akhir (PA)
a. PP hendaklah merekodkan markah penilaian akhir yang dilaksanakan
secara dalaman dan disahkan oleh PPD melalui sistem dalam talian.
b. Dokumen penilaian akhir yang direkodkan dalam sistem dalam talian
hendaklah sama dengan bukti sebenar yang diperoleh pelatih.
c. Sekiranya berlaku percanggahan pemarkahan di dalam portfolio dan
sistem, keputusan akan dibuat oleh PPL berdasarkan kepada markah
di dalam portfolio.
12.0 VERIFIKASI PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
12.1 Sebelum Penilaian Akhir
12.1.1 Permohonan Verifikasi PPL
a. PB hendaklah mengemukakan permohonan verifikasi PPL secara dalam
talian dalam tempoh sekurang-kurangnya satu (1) bulan dari tarikh
cadangan penilaian akhir CU/modul dominan yang telah ditentukan.
b. Tarikh penilaian akhir yang dicadangkan untuk verifikasi penilaian akhir
hendaklah dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh tamat latihan dan
selewat-lewatnya pada tarikh tamat latihan.
c. PB hendaklah memastikan semua markah penilaian KK bagi semua
CU/Modul dan Penilaian Akhir yang telah dilaksanakan secara dalaman
direkodkan secara dalam talian.
12.1.2 PB hendaklah memastikan set Soalan Peperiksaan Penilaian Akhir
adalah mencukupi berdasarkan bilangan pelatih.
40/..
12.2 Semasa Penilaian Akhir
a. Taklimat di antara Ketua Pengawas dan personel PB hendaklah diadakan
bagi menyelaras sesi Penilaian Akhir sebelum penilaian dijalankan. Semua
personel pentauliahan bagi program tersebut wajib hadir semasa sesi
penilaian akhir.
b. Ketua Pengawas perlu memastikan hanya pelatih yang layak sahaja
menduduki Penilaian Akhir seperti berikut;
i. Kehadiran tidak kurang dari 80%;
ii. Lulus penilaian kerja kursus pengetahuan dan prestasi;
iii. Lulus penilaian Core Abilities;dan
iv. Lulus penilaian modul penyedia TVET.
12.3 Selepas penilaian akhir
12.3.1 Perekodan Keputusan Penilaian
a. PPL bertanggungjawab untuk menentukan markah penilaian akhir teori
dan amali.
b. PB perlu menyemak dan memastikan markah yang dimasukkan dalam
sistem oleh PPL adalah betul.
c. Keputusan penilaian direkod dan disahkan oleh PPL secara dalam
talian pada hari penilaian.
d. PB perlu melaksanakan mesyuarat penutup bersama PPL bagi
mendapatkan hasil dapatan daripada sesi verifikasi yang dilaksanakan.
41/..
13.0 PENILAIAN ULANG NILAI
13.1 Penilaian Ulang Nilai Dalaman
a. Penilaian ulang nilai dalaman dibolehkan bagi Penilaian Kerja Kursus dan
Penilaian Akhir dalaman.
b. Penilaian ulang nilai dalaman boleh dilaksanakan sepanjang tempoh latihan
sebelum penilaian akhir verifikasi PPL dilaksanakan.
c. Penilaian ulang nilai dalaman ini hanya melibatkan personel pentauliahan di
PB sahaja.
d. Tiada bayaran pendaftaran ulang nilai dikenakan sekiranya penilaian ulang
nilai dalaman ini dilaksanakan sebelum penilaian akhir verifikasi PPL.
e. Pelatih perlu lulus Kerja Kursus sebelum layak menduduki penilaian akhir.
13.2 Penilaian Ulangan
Penilaian Ulangan dibenarkan untuk komponen penilaian pengetahuan sahaja
dan dibenarkan untuk dilaksanakan sekali sahaja pada hari yang sama.
13.3 Penilaian Ulang Nilai Bagi Semua Komponen
a. Penilaian ulang nilai adalah penilaian semula yang dilaksanakan bagi setiap
komponen penilaian yang telah disahkan gagal oleh PPL dan JPPS.
b. Penilaian ulang nilai ini melibatkan personel pentauliahan di PB dan PPL.
c. Bagi ulang nilai penilaian akhir, PB perlu menyediakan set soalan yang
berlainan sekiranya soalan tiada dalam eQB.
d. Pelatih yang lulus penilaian ulang nilai diberikan markah sebenar yang
diperolehi semasa peperiksaan ulang nilai.
e. Bayaran pendaftaran ulang nilai adalah merujuk kepada Peraturan Fi Dan
Caj yang sedang berkuat kuasa.
42/..
14 JAMINAN KUALITI SPKM
14.3 Panel Penilaian Pusat Bertauliah (PPPB)
a. Merangka prosedur penilaian dalaman.
b. Memastikan dokumentasi penilaian yang seragam.
c. Meluluskan kandungan dokumen pembelajaran dan penilaian.
d. Meluluskan kaedah penilaian kerja kursus.
e. Mengawasi dan memastikan kesahihan pelaksanaan penilaian.
f. Memantau sistem jaminan mutu.
g. Mengadakan mesyuarat panel penilaian sekurang-kurangnya 4 kali
setahun. Mesyuarat ini juga boleh dibuat bersekali (embedded)
dengan mesyuarat lain yang bersesuaian. Minit mesyuarat hendaklah
disediakan untuk rujukan verifikasi PPL dan JPK.
i. Merekodkan minit mesyuarat semasa lawatan PPL.
14.4 Tanggungjawab PPB
i. Memohon lawatan verifikasi PPL secara dalam talian.
ii. Memastikan jadual waktu penilaian akhir disediakan.
iii. Mengurus jadual tugasan mengikut bidang bagi seorang PP atau
PPD untuk membantu PPL semasa penilaian akhir dijalankan.
iv. Mengurus percetakan dan penyimpanan kertas soalan penilaian
akhir.
v. Memastikan soalan penilaian serta skema jawapan diserahkan
kepada PPL sebelum penilaian dilaksanakan.
vi. Menguruskan peperiksaan ulangan bagi penilaian akhir bagi
calon yang gagal dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh
keputusan penilaian akhir.
43/..
14.5 Tanggungjawab PPD
i. Mengesahkan markah pada setiap komponen Kerja Kursus,
keputusan NCS-Core Abilities di dalam sistem.
ii. Membantu PPL sepanjang penilaian akhir.
14.6 Tanggungjawab PP
i. Mengemaskini markah pada setiap komponen Kerja Kursus,
keputusan NCS-Core Abilities di dalam sistem.
ii. Membantu PPL sepanjang penilaian akhir
14.7 Tanggungjawab PPL
a. Bertindak sebagai Ketua Pengawas Penilaian Akhir
b. Mengetuai pelaksanaan penentusahan luaran;
c. Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian;
d. Menyemak dan mengesah:
i. Rekod Bukti Pencapaian (Portfolio) pelatih;
ii. Laporan Pendedahan Industri bagi Tahap 1 dan 2
iii. Buku Log Latihan Industri bagi program Tahap 3,4 dan 5;
iv. Laporan Latihan Industri bagi program Tahap 3,4 dan 5;
v. Laporan projek akhir
vi. Menilai pembentangan laporan projek akhir (bagi
program tahap 4 & 5);
e. Menyemak dan mengesahkan borang pendaftaran dan pengeluaran
Sijil;
f. Mengesahkan Sistem Jaminan Kualiti yang wujud di PB memenuhi
kehendak Jabatan;
g. Menyemak minit mesyuarat Panel Penilaian Pusat Bertauliah (PPPB)
dan minit mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) serta
melapor isu-isu yang berkaitan kepada Jabatan;
h. Memeriksa kertas jawapan untuk teori dan menilai hasil kerja praktikal;
44/..