The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizahhalim05, 2021-08-19 08:43:54

Mini Tesis

kajian sastera

NAMA: NURHAFIZAH BINTI HALIM
KELAS: 4 JAZARI
NO MAKTAB: PB180066
HOMEROOM: MS THIYANI

ABSTRAK
Komsas merupakan kata akronim bagi “Komponen sastera”. Komsas merupakan komponen
dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di semua sekolah
menengah. Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah
novel dan sebuah antologi. Semua pelajar di seluruh negeri diwajibkan untuk mendalami teks
antologi dan novel mengikut zon sekolah masing-masing. Terdapat 8 buah novel bagi pelajar,
4 buah novel bagi Tingkatan 4 dan selebihnya bagi Tingkatan 5. Novel-novel ini seterusnya
dibahagikan mengikut zon negeri masing-masing dan setiap negeri akan mendapat sebuah
novel sahaja.

2

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan berkat-Nya,
dapatlah saya menyiapkan satu kajian tentang sastera melayu dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Selain itu, saya juga bersyukur kerana segala masalah dan pelbagai kekangan
yang timbul sepanjang kajian ini dijalankan telah berjaya diatasi. Semua masalah yang
dihadapi ini akan menjadikan saya seorang penulis yang mengenal erti kesabaran dan
manisnya sebuah kejayaan.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan sejuta penghargaan ditujukan kepada Puan
Rosliza binti Jaafar selaka guru kelas saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga
membimbing saya sepanjang melaksanakan kajian ini. Selain itu, juga berterima kasih kepada
rakan-rakan yang turut banyak membantu untuk menyiapkan kajian sastera ini. Tanpa
sokongan mereka, mungkin saya tidak akan menyiapkan kerja-kerja seperti ini.
Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan tesis
ini. Semoga kajian sastera ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan
generasi akan datang.

3

MAKSUD NOVEL
Novel ialah suatu bentuk sastera terdiri daripada karangan prosa panjang yang ditulis
seseorang penulis (novelis) mengandungi rangkaian cerita kehidupan seseorang watak
dengan orang sekelilingnya dengan menonjolkan perwatakan dan sifat setiap pelaku dalam
kisah yang diceritakan secara bahagian tertentu dalam bentuk bab mengisahkan permulaan,
konflik dan peleraian. Kata "novel" berasal dari bahasa Itali novella bererti "baru", "berita",
atau "cerita pendek mengenai sesuatu yang baru". Tebal dan panjang novel ini amat diambil
kira yang membezakan penulisan bercerita ini dengan cerita pendek; malah panjang sebuah
novel masih menjadi hal penentu dipakai kebanyakan anugerah sastera sebagai kriteria
penilaian.

APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN?

Novel Fiksyen adalah sebarang bentuk naratif yang berkaitan dengan peristiwa, yang tidak
faktual. Watak-watak itu adalah khayalan dan hanya ciptaan penulis.

Fiksyen boleh menjadi:

-Fiksyen Realistik - sesuatu yang tidak benar tetapi sebenarnya boleh berlaku.

-Fiksyen Bukan realistik - sesuatu yang tidak boleh benar-benar berlaku. Ia menangani hal-
hal ghaib dan perkara-perkara yang mustahil dan tidak disokong oleh fakta-fakta sejarah.

-Semi-fiksyen -cerita fiksyen cerita yang benar.
Terdapat tiga elemen utama fiksyen iaitu merancang, perwatakan, dan “setting”. Perancangan
itu sangat penting kerana perancangan dapat menyampaikan bagaimana kisah itu diberikan
dan terdiri daripada rangsangan dan tindak balas dan seterusnya mesti mempunyai adegan di
mana tindakan berlaku dan sekuel atau selepasnya.

Novel bukan fiksyen adalah bentuk naratif fakta mengenai sesuatu subjek. Ia boleh menjadi
tepat atau tidak atau akaun benar atau palsu subjek. Ia berdasarkan fakta yang bertujuan
untuk memberitahu, dan ia adalah mudah, langsung, dan jelas. Ia berkaitan dengan peristiwa
yang sebenarnya berlaku. Maksud ringkas novel bukan fiksyen adalah membentangkan fakta
secara jelas, mudah, dan langsung.

4

PENYATAAN MASALAH
Pelajar pada zaman kini sudah kurang gemar membaca novel. Hal ini demikian kerana novel
sukar untuk dibawa kemana-mana dan berat untuk dibawa. Pelajar lebih gemar untuk
membaca novel secara atas talian kerana dapat menjimatkan masa dan lebih mudah untuk
dibawa. Seterusnya, terdapat beberapa cara untuk menarik minat pelajar untuk membaca
novel contohnya seperti tetapkan waktu untuk membaca. Pelajar boleh meletakkan limit
untuk membaca seperti 30 hingga 40 minit sehari. Selain itu, pelajar juga boleh menyediakan
satu tempat atau kawasan bacaan yang selesa untuk membaca. Hal ini dapat meningkatkan
semangat untuk membaca.

OBJEKTIF KAJIAN
Pelajar sekolah telah didedahkan dengan novel sejak Tingkatan 1 lagi. Tujuan atau objektif
kajian ini adalah untuk mengenalpasti cara untuk menarik minat pelajar untuk membaca
novel-novel yang disediakan bagi setiap tingkatan. Hal ini demikian kerana pelajar lebih
gemar membaca buku di atas talian atas sebab lebih mudah dan menjimatkan masa. Kajian
ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang keunikan dan keterbezaan yang
terdapat pada setiap novel. Kajian ini dibuat di antara 8 buah novel daripada Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5. Novel-novel Tingkatan 4 antaranya ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor, Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip, Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Mat Darin dan Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Bagi novel-novel Tingkatan 5
termasuklah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, Tirani karya Beb Sabariah,
Silir Daksina karya Nizar Parman dan Bimasakti menari karya Sri Rahayu.

5

SKOP PENYELIDIKAN
Kajian ini tertumpu kepada keunikan dan keterbezaan antara 8 buah novel daripada
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Novel-novel Tingkatan 4 antaranya ialah novel Di Sebalik
Dinara karya Dayang Noor, Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip, Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin dan Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Bagi
novel-novel Tingkatan 5 termasuklah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip,
Tirani karya Beb Sabariah, Silir Daksina karya Nizar Parman dan Bimasakti menari karya Sri
Rahayu. Seterusnya, kajian ini dapat membantu pelajar tingkatan 4 MRSM Balik Pulau untuk
menghasilkan kajian tentang sastera Melayu.

HIPOTESIS AWAL
Pandangan awal terhadap 8 buah novel tersebut ialah setiap novel mempunyai keunikan
tersendiri. Sebagai contoh, setiap novel tersebut mempunyai banyak nilai-nilai yang berbeza
(terdapat nilai yang sama) dan dapat dipupuk dalam kehidupan seharian pelajar. Seterusnya
genre setiap novel adalah berbeza. Novel-novel tersebut juga mempunyai pelbagai
pengajaran yang dapat menjadi contoh kepada pelajar-pelajar. Selain itu, terdapat juga
pelbagai sikap buruk yang dapat dihindari oleh pelajar atau pembaca.

KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan pelajar tentang novel-
novel yang dipelajari kerana terdapat pelbagai nilai-nilai yang dapat dipupuk dalam
kehidupan seharian. Selain itu, pelajar juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang
lebih berfaedah dengan membaca novel. Seterusnya, pelajar dapat mengenalpasti keunikan
dan keterbezaan yang terdapat dalam setiap novel tersebut. Pelajar dapat berkongsi ilmu
tentang sastera dengan orang lain berkaitan dengan kajian ini. Pelajar-pelajar lain dapat
menambah ilmu baharu berkaitan dengan novel, komsas dan kajian sastera ini.

6

BAB 2: TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS

DI SEBALIK DINARA

NAMA KOMERSIL: Dayang Noor
NAMA SEBENAR: Nor Aziza binti Sulaiman
AKADEMIK; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
KERJAYA: 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
SEJARAH PENDIDIKAN:
-Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
-Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru (Aliran Sains)

7

JENDELA MENGHADAP JALAN

NAMA PENULIS: Ruhaini binti Mat Darin
TARIKH LAHIR: 16 MAC 1981
TEMPAT KELAHIRAN: Kota Kinabalu, Sabah
Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik
Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelance supaya boleh menulis pada bila-
bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat.
Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA).
Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel
dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah.
Alumni Mastera novel 2016.

8

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Abdul Latip bin Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung
Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di Jelebu Negeri
Sembilan. Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana, drama
televisyen dan novel. Sebanyak 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa telah
diterbitkan. Sejak tahun 2007, beliau lebih banyak menumpukan pada penulisan novel sejarah
dengan Syarikat Penerbitan PTS, kini lebih 30 buah novel telah dihasilkan.
Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam,
Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi
Negeri Sembilan, Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis novel
sejarah Johor 2007, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta Pingat Khidmat
Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.

9

PANTAI KASIH

Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Beliau menerima
Pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Beliau ke Sabah pada
tahun 1973 dan seterusnya menetap di sana sehingga kini.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan
rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986.
Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
Azmah sangat aktif menghasilkan karya. Banyak karyanya yang telah terbit dan memenangi
hadiah. Antara kejayaan yang telah dicapainya termasuklah Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah
Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton, Hadiah Kedua Sayembara ESSO-
GAPENA VIII 1991 bagi cerpennya, Kuntum Perdamaian dan Hadiah Pertama Peraduan
Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome. Novelnya yang pernah
memenangi hadiah ialah Kukui (1986), Noor Ainku Sayang (1987) dan Dukanya Abadi
(1988/89). Selain itu, novelnya, Dari Dalam Cermin (1992) telah dipilih untuk memenangi
tiga hadiah sastera, iaitu Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun
Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93. Sehingga
kini Azmah masih aktif berkarya.

10

SONGKET BERBENANG EMAS

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik.
Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975,
beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980,
Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus
STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan
Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.
Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa
dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini
beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat
Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

11

TIRANI

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road
Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi,
rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah
ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera
Sarawak).
Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu KEPEZI SATU,
KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi) dan Memori
Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar Raya
2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000, Pelagus-
Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003.

12

SILIR DAKSINA

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973
di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri
Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada
tahun 1992.
Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta
(MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of
Malaysia.
Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong
untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan
penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan meminjam
buku di perpustakaan.

13

BIMASAKTI MENARI

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop
Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New
Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020)

14

2.2 SINOPSIS 8 NOVEL

DI SEBALIK DINARA

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan
Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek
mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap
projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di
rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha
dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah
rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha
diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical
backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di
Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh
Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi
dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini
mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl.
Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang
menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina
bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah.
Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia

15

melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua
malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila
mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak
angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha
tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.
Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada
fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan
Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui
minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn
kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di
Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba
menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa
Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung
dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ
kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta
ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy.
Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang
wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa
dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya.

16

Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke
Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl
(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer
table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa
Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida)
dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk
berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada
pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan
Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari
mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

JENDELA MENGHADAP JALAN

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan
perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan
neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang
menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan
antara orang pertama yang membuka kampung itu.Datuk merupakan seorang pengamal
perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana
mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh
anak-anak mereka yang masih muda.

17

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan
golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau
sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam
perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang
sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga
Che Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana
suka mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang
dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang
tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh
Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai
pendapat yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che
Jah dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah
yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk
berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu
sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Pada awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan
Amarullah.Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin
membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan

18

akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut
membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka
membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi
orang buruan inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan.Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya
orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil
kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib
orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi
pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh
penduduk kampungnya. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu
seperti Syed Syeikh Al-Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau,
Datuk Bahanam, dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan
semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan
terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan
tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu
persilatan.Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat
dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang melayu menjadi
pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja.Atas
dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris
untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada
masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama
Kristian dan seterusnya menjadi murtad. Tentangan penduduk kampung itu tidak
mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah
aliran inggeris. Bagi Pak Saidi, masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris
yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan.

19

Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk
mengambil alih pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan
juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat
persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
Namun, bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk
menjadi askar. Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan
di Port Dickson.Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah
mulut di pelosok kampung.

Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
tentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris.Adnan
tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas Kompeni
Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan
membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi
hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London.Adnan telah
berkahwin dengan Sophia, anak Pak Fakih.Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke
Singapura.Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke
kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun
mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.

Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya
menyakinkan Mejar G. Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi
tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935, pasukan percubaan
Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota
sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232
orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun mesingan, seksyen
semboyan, dan unit tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan
dengan dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai waran,759 pegawai, dan
lain-lain pangkat.

20

Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion.
Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan
Jepun.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan
perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan
mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,
kapal penjajap, dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat
jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada
8 Disember 1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh
askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada
hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai
menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India yang
berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus bertahan dan
berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang
sedang bertempur diarahkan berundur. Dengan itu, askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan
setelah tiga hari bertempur.

Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh
Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu,
Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup
licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya, negeri-negeri di Tanah Melayu
satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian, mereka terus mara ke Singapura dan
dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di
Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk

21

mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya, kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan
kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali
gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

Namun, mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap
kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat
ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di
Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu, termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu
termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya
yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942,
askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran hebat. Akhirnya
British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun

PANTAI KASIH

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan. Di samping itu,
Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia
pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.

22

Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan. Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri
ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu,
selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi
komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda
tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang
mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha
tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang
dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.

23

Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.
Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran
ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

TIRANI

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi
menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan
rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang
jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa
cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

24

SILIR DAKSINA

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan kandungan manuskrip itu, Haiqal
bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di
Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan
daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga
berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal,
Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan
dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap
akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal
mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang
perbelanjaan untuk kesana.

Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung.
Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana.
Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam
novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal
mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia, Kampung Seri Purnama
kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan
zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid,
dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan
telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
menari.

25

BIMASAKTI MENARI

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya
dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa
menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip
tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita
kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki
kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi
mangsa apabila diculik dan abangnya. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa
dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

26

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa

2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
Bagi novel Tingkatan 4 iaitu Di Sebalik Dinara, novel ini menjadi tarikan kepada
pembaca kerana persaingan manusia dalam penciptaan sains sehingga menghilangkan nilai
kemanusiaan, termasuk terhadap ahli keluarga sendiri. Watak pertama iaitu Karl terlalu
taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga mengorbankan ramai
manusia sebagai bahan kajiannya.
Bagi novel Jendela Menghadap Jalan, novel ini menjadi tarikan kerana sifat kerjasama
antara masyarakat. Sebagai contoh, kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai
masalah diselesaikan dengan cara muafakat.
Bagi novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, novel ini menjadi tarikan kerana keberanian
dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang hingga akhir hayat. Sebagai contoh,
Keperwiraan askar Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan bin Saidi melambangkan
perasaan cinta akan tanah air demi mempertahankan negara daripada penjajahan kuasa asing.
Bagi novel Pantai Kasih, novel ini menjadi tarikan pembaca kerana novel ini
menceritakan tentang seorang wanita yang tabah dalam menjalani segala rintangan hidup.
Sebagai contoh, Raiha tabah menghadapi halangan ayahnya yang tidak menggalakkannya
menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz.

27

Bagi novel Tingkatan 5 iaitu Songket Berbenang Emas, novel ini menjadi tarikan pembaca
kerana novel ini menceritakan tentang kecekalan seorang remaja menempuh cabaran
hidupnya. Sebagai contoh, Dahlia cekal rnenghadapi pelbagai masalah dalam hidupnya
kerana ibunya menghadapi tekanan perasaan yang hebat sehingga menjadi kurang siuman
dan dirawat di Hospital Taman Bahagia.

Bagi novel Tirani, novel ini menceritakan tentang kecantikan fizikal seseorang hanya
bersifat sementara Sebagai contoh, Waheeda yang bijak dan gigih berusaha dalam
memajukan perniagaannya, telah melakukan pembedahan rekonstruksi hidung bagi
mencantikkan dirinya

Bagi novel Silir Daksina, novel ini menjadi tarikan kepada pembaca kerana novel ini
menceritakan tentang kekeluargaan dan kasih sayang. Haiqal dan keluarganya mengalami
konflik yang berpunca daripada perceraian ibu bapanya. Dia tidak berpeluang untuk
mengenali ayahnya kerana dipisahkan oleh ibunya.

Bagi novel Bimasakti Menari, novel ini menjadi tarikan kepada pembaca kerana novel
ini menceritakan tentang seorang anak muda yang gigih melestarikan alam sekitar. Sebagai
contoh, Nurul Hafsa berazam untuk mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala
Selangor

28

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1 JENIS NOVEL

FIKSYEN
DI SEBALIK DINARA
JENDELA MENGHADAP JALAN
PANTAI KASIH
SONGKET BERBENANG EMAS
SILIR DAKSINA
TIRANI
BUKAN FIKSYEN
BIMASAKTI MENARI
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

29

3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA - Mencari maksud novel
28 JULAI 2021 - Mencari maksud novel fiksyen dan bukan
fiksyen

29 JULAI 2021 -Menyelesaikan subtopik bab 1 yang lain
30 JULAI 2021
-Mencari biografi setiap penulis
31 JULAI 2021 -Mencari sinopsis 8 novel
1 OGOS 2021
10 OGOS 2021 -Menyelesaikan subtopik bab 2 yang lain
11 OGOS 2021
-Membuat semakan dan menghantar tugasan
12 OGOS 2021
13 OGOS 2021 -Mencari jenis, tema dan keunikan novel

14 OGOS 2021 -Mencari persamaan dan keterbezaan yang
terdapat pada novel
-Mencari beza novel Malaysia dan novel luar
negara
-Menyiapkan seluruh subtopik bab 3

- Mncadangkan penambahbaikan yang patut
dibuat pada novel
-Menyiapkan seluruh subtopik bab 4
-membuat semakan dan menghantar kajian
lengkap

30

3.3 TEMA SETIAP NOVEL

Tema novel Di Sebalik Dinara berkenaan dengan persaingan dalam penciptaan sains
sehingga hilang nilai kemanusiaan. Sebagai contoh, Karl menerima Marilyn sebagai
pembantu penyelidik pada awalnya. Tetapi lama kelamaan Karl merasakan bahawa Marilyn
lebih hebat darinya. Oleh itu, Karl mula merancang sesuatu untuk melenyapkan saingannya,
Marilyn.

Tema novel Jendela Menghadap Jalan berkenaan dengan kehidupan masyarakat yang
menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara muafakat. Sebagai contoh, Masalah
keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah diselesaikan oleh Lili dengan bantuan
Kak Mimah, datuknya, Danel, Geetha, dan Iain-lain.

Tema novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berkenaan dengan keberanian dan keperwiraan
askar Melayu yang sanggup berjuang hingga akhir hayat. Sebagai contoh, Keperwiraan askar
Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan bin Saidi melambangkan perasaan cinta akan
negara demi mempertahankan negara daripada penjajahan kuasa asing.

Tema novel Pantai Kasih berkenaan dengan ketabahan hati seorang wanita dalam
menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya. Sebagai contoh, Raiha tabah menghadapi
pelbagai halangan seperti ayahnya yang tidak menggalakkannya menjadi pakar bedah dan
berkahwin dengan Doktor Sadiz dan seterusnya memiliki anak yang cacat, malahan anaknya
itu mati dalam kebakaran kereta.

Tema novel Songket Berbenang Emas berkenaan dengan kecekalan seorang remaja
menempuh cabaran hidupnya. Sebagai contoh, Dahlia tabah dan cekal dalam menghadapi
pelbagai masalah dalam hidupnya. Antanya ialah ibunya mengalami tekanan perasaan
sehingga terpaksa dirawat di Hospital Bahagia, ayahnya dirawat di hospital kerana dipatuk
ular dan Mak Aton menuduhnya sebagai punca kematian Said.

Tema novel Tirani berkenaan dengan kecantikan fizikal seseorang hanya bersifat
sementara tetapi ilmu pengetahuan yang dimiliki mampu melindungi kelemahan diri. Sebagai
contoh, Waheeda ialah seorang yang bijak, telah menjalani pembedahan rekontruksi hidung
bagi menjadikan dirinya cantik kerana hidungnya pesek.

31

Tema novel Silir Daksina berkenaan dengan kekeluargaan. Sebagai contoh, Haiqal dan
keluarganya mengalami konflik yang berpunca daripada perceraian ibu bapanya. Haiqal juga
tidak berkesempatan untuk mengenali ayahnya kerana dipisahkan oleh ibunya.

Tema novel Bimasakti Menari berkenaan dengan kegigihan anak muda dalam usaha
melestarikan alam sekitar. Sebagai contoh Nurul Hafsa berazam untuk mewujudkan Kawasan
Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor. Dia mendapat bantuan abangnya, Budiman dan
sahabat abangnya, Muhammad Taufik.

3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL

Keunikan novel Di Sebalik Dinara ialah jalan penceritaannya sendiri. Terdapat pelbagai
novel berunsurkan sains fiksyen tetapi tidak mempunyai jalan cerita yang bagus seperti Di
Sebalik Dinara. Selain itu, tidak semua novel sains fiksyen yang mempunyai nilai dan
pengajaran yang banyak, berharga dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Keunikan novel Jendela Menghadap Jalan ialah novel ini mengisahkan tentang
kemuafakatan antara masyarakat. Jika pembaca mebaca novel ini, bermungkinan sifat
permuafakatan antara masyarakat dapat diterapkan.

Novel Pantai Kasih mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita dalam menempuhi
cabaran hidup. Novel ini mempunyai keunikan sendiri kerana terdapat nilai yang boleh
dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan dapat belajar bersyukur dengan kehidupan.

Novel Songket Berbenang Emas ini mengisahkan tentang kecekalan seorang remaja.
Novel ini dapat menimbulkan rasa kagum dalam diri pembaca dengan sikap Dahlia, iaitu
watak pertama novel ini yang berhemah tinggi, gigih berusaha dan bertanggungjawab.

Keunikan novel Silir Daksina ini ialah novel tentang kekeluargaan yang dapat memberi
kesan emosi kepada pembaca contohya seperti sedih. Mengisahkan tentang ketabahan
seorang remaja yang tidak berpeluang mengenali ayahnya kerana ibunya yang pentingkan
diri sendiri.

32

Keunikan novel Tirani ini ialah berkaitan dengan seorang wanita yang megubah
fizikalnya. Hal ini banyak berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini.
Pada akhirnya, mereka dibebani dengan pelbagai masalah.

Keunikan novel Bimasakti Menari ini ialah berkaitan tentang kegigihan anak muda dalam
melestarikan alam sekitar. Kegigihan anak muda tersebut dapat memberikan impak yang
besar kepada pembaca contohnya pembaca akan lebih bermotivasi untuk menjaga atau
melestarikan alam sekitar di sekeliling mereka.

Keunikan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah novel ini berkisahkan tentang
seorang leftenan yang berjuang mati-matian di medan perang. Kisah Leftenan Adnan ini juga
diambil daripada kisah sebenar. Pembaca dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada
Leftenan Adnan dan mempraktikkan nilai-nilai yang terdapat dalam novel ini.

3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
Terdapat dua novel yang mempunyai persamaan daripada 8 buah novel tersebut, iaitu
novel Songket Berbenang Emas dan novel Pantai Kasih. Kedua-dua novel ini berkisahkan
tentang wanita yang tabah dan cekal menhadapi cabaran atau rintangan hidup. Sebagai
contoh di dalam novel Pnatai Kasih, seorang wanita tabah kerana ayahnya tidak
membenarkannya menjadi pakar bedah dan memaksanya berkahwin dengan seorang doktor
manakala bagi novel Songket Berbenang Emas pula, mengisahkan seorang wanita cekal
kerana ibu dan bapanya dimasukkan ke hospital kerana tekanan perasaan dan dipatuk ular.

3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
Terdapat dua novel yang mempunyai keterbezaan antara 8 buah novel tersebut, iaitu
novel Tirani dan Di Sebalik Dinara. Bagi novel tirani, novel ini mengisahkan tentang seorang
wanita yang mempunyai kecantikan fizikal yang hanya bersifat sementara tetapi ilmu
pengetahuan yang dimiliknya mampu melindungi kelemahan diri. Bagi novel Di Sebalik
Dinara, novel ini lebih mengisahkan kepada persaingan manusia dalam penciptaan sains dan
teknologi sehingga menghilangkan sifat kemanusiaan, termasuk kepada ahli keluarga sendiri.

33

3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA

Terdapat pelbagai perbezaan pada novel Malaysia dan novel luar negara. Sebagai contoh
daripada segi penulisan. Novel Malaysia menggunakan bahasa yang sopan. Jalan penceritaan
novel Malaysia terlalu klise, kerap kali berulang atau sama dan seterusnya sudah dapat
digambarkan bagaimana jalan cerita itu berakhir. Bagi novel luar negara, cara penulisan
novel-novel mereka adalah sangat menarik dan tidak klise. Jalan penceritaan novel-novel luar
negara adalah luar jangkaan pembaca. Tetapi sesetengah novel luar negara banyak
menggunakan kata-kata yang tidak digemari pembaca contohnya seperti kata-kata kesat.

3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN

Saya memilih dua novel yang nilai dan pengajarannya boleh diterapkan dalam
kehidupan seharian iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Pantai Kasih. Nilai yang
dapat dipraktikan dalam kehidupan bagi novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah nilai
patriotisme. Kita haruslah cinta akan tanah air sendiri seperti Leftenan Adnan kerana beliau
berjuang mempertahankan bangsa, agama, dan negara sehingga sanggup mengorbankan
nyawanya. Nilai yang seterusnya ialah nilai kerjasama. Kita hendalah bekerjasama antara
satu sama lain supaya dapat meringankan beban masing-masing. Bagi novel Pantai Kasih,
nilai yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian ialah nilai keberanian. Kita
hendaklah berani untuk menyelesaikan sesuatu perkara agar dapat memuaskan hati semua
pihak. Nilai yang seterusnya ialah nilai kerajinan. Kita mestilah rajin dalam melakukan
sesuatu kerja agar dapat membuahkan hasil yang cemerlang.

3.9 KEDUDUKAN NOVEL

Novel yang paling saya gemari ialah novel tingkatan 4 karya Abdul Latip bin Talib iaitu
Leftenan Adnan Wira Bangsa. Kisah Leftenan Adnan ini telah pun didokumentasikan dalam
sebuah filem. Leftenan Adnan dan Rejimen Melayu merupakan antara askar yang baik di
negara kita. Terdapat pelbagai pengajaran yang dapat kita perolehi daripada kisah Leftenan
Adnan ini. Sebagai contoh, Leftenan Adnan sanggup berkorban dan bertempur mati-matian
demi mempertahankan Tanah Melayu daripada pendudukan Jepun.

34

Kita juga dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat untuk
mempertahankan negara kita sendiri. Selain itu, kita haruslah mempunyai sifat berani seperti
Leftenan Adnan yang sanggup berjuang di usia muda. Perjuangannya itu sangat disanjungi
oleh semua masyarakat di Tanah Melayu dan di Singapura.

3.10 KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada 8 novel tersebut ialah novel-novel tersebut
sangatlah menarik untuk dibaca kerana mempunyai jalan cerita yang menarik, nilai dan
pengajaran yang dapat diterapkan oleh pembaca dalam kehidupan seharian dan pembaca juga
dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang baru. Novel-novel yang menarik tersebut
juga dapat menarik minat masyarakat untuk membaca buku.

35

BAB 4: PENUTUP
4.1 RUMUSAN KAJIAN

Antara cara-cara untuk menarik minat membaca ialah memilih novel yang menarik dan
mempunyai pelbagai nilai yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Kita juga harus
menyediakan satu tempat khas untuk membaca agar kita mempunyai tempat yang selesa
untuk membaca. Seterusnya, pihak sekolah juga memainkan peranan penting. Pihak sekolah
boleh mengadakan kempen berkaitan novel-novel tersebut agar pelajar dapat pendedahan
awal tentang apa yang dipelajari. Selain pihak sekolah, ibu bapa juga memainkan peranan
yang penting kepada anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah menjadikan membaca sebagai
amalan harian agar mereka dapat menjadi contoh kepada anak anak.

4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Antara cara untuk menambahbaikan novel adalah dari segi penulisannya sendiri.
Penulis novel perlu mengurangkan jalan penceritaan yang biasa dan klise, sebaliknya penulis
wujudkan jalan cerita yang ada di luar jangkaan para pembaca. Seterusnya, penulis haruslah
berusaha untuk menulis cerita yang menarik dengan genre yang dipilih. Akhir sekali, penulis
harus mewujudkan novel yang mengandungi pelbagai nilai dan pengajaran agar pembaca
mendapat faedah.

36

4.3 HIPOTESIS AKHIR
Hipotesis awal yang dikemukan dapat diterima kerana setiap novel mempunyai kelainan
dan keunikan tersendiri. Terdapat juga novel yang mempunyai persamaannya sendiri.
Terdapat novel yang mempunyai genre yang sama dan mempunyai genrenya yang sebenar.
Seterusnya, kebanyakan novel tersebut mempunyai nilai yang sama yang dapat dipraktikkan
dalam kehidupan harian. Akhir sekali, novel-novel ini mempunyai pelbagai pengajaran yang
boleh dicontohi oleh manusia

PENUTUP
Saya berharap agar kajian saya dapat membantu pelajar-pelajar dalam matapelajaran
Bahasa Melayu dan untuk masa hadapan mereka. Kajian ini mempunyai pelbagai isi penting
yang dapat membantu pelajar untuk menjadi lebih faham tentang novel sastera. Kajian ini
juga dapat menjadi nota ringkas kepada masyarakat terutamanya pelajar-pelajar.

37

RUJUKAN
1) Senarai novel Bahasa MELAYU tingkatan 1 2 3 4 5. Ipendidikan.my. (2021, August

10). https://www.ipendidikan.my/novel-komsas-bahasa-melayu-tingkatan-1-5.html.
2) Fei, J. (1970, January 1). Novel Leftenan ADNAN Wira bangsa - Biodata penulis.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Biodata Penulis.
http://novelkomsasjawapan.blogspot.com/2015/01/novel-leftenan-adnan-wira-
bangsa_16.html.
3) Penghargaan Tesis. dokumen.tips. (n.d.).
https://dokumen.tips/documents/penghargaan-tesis.html.
4) Nafida, W. (n.d.). CONTOH ABSTRAK. Academia.edu.
https://www.academia.edu/22296183/CONTOH_ABSTRAK.
5) Wikimedia Foundation. (2021, July 4). Novel. Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Novel.
6) Perbezaan Antara FIKSYEN DAN BUKAN fiksyen - 2021 - Yang lain. Web logo
graphic. (n.d.). https://ms.weblogographic.com/difference-between-fiction-and-non-
fiction-231400.

38


Click to View FlipBook Version