The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelajar dikehendaki menjelaskan sejarah , perlembagaan, struktur organisasi, pengurusan dan pentadbiran unit beruniform masing-masing dalam buku log

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adibah13-415, 2021-09-10 23:34:47

BUKU LOG PENGAKAP NURUL ADIBAH

Pelajar dikehendaki menjelaskan sejarah , perlembagaan, struktur organisasi, pengurusan dan pentadbiran unit beruniform masing-masing dalam buku log

NURUL ADIBAH BINTI FAIZUL AFIZI
011212-08-0078
SEKAWAN BIRU

PENGAKAP IPG KAMPUS PEREMPUAN
MELAYU MELAKA

KANDUNGAN HALAMAN
3
PERKARA 3
1.0 DATA PERIBADI 3
2.0 BENDERA MALAYSIA 4
3.0 SEJARAH PENGAKAP 7
10
3.1 SEJARAH PENGAKAP DUNIA 10
3.2 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA 10
4.0 BENDERA PENGAKAP 11
5.0 LOGO PENGAKAP 12
5.1 LOGO PENGAKAP KEBANGSAAN 12
5.2 LOGO PENGAKAP MALAYSIA 13
5.3 MAKSUD LOGO PENGAKAP 13
6.0 PERSETIAAN PENGAKAP 14
7.0 UNDANG-UNDANG PENGAKAP 15
8.0 COGANKATA PENGAKAP 16
9.0 HORMAT PENGAKAP 16
10.0 LAGU PENGAKAP 17
11.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 18
11.1 ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA 19
11.2 ORGANISASI PENGAKAP SEKOLAH
11.3 ORGANISASI PENGAKAP IPGK PEREMPUAN MELAYU
11.4 ORGANISASI PENGAKAP KUMPULAN

1

12.0 OBJEKTIF PENGAKAP 20
13.0 VISI PENGAKAP 20
14.0 MISI PENGAKAP 20
15.0 PAKAIAN SERAGAM 21
21
15.1 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP MUDA DAN PENGAKAP
REMAJA 24
25
16.0 LENCANA PENGAKAP 34
17.0 NOTA-NOTA KULIAH, TUTORIAL DAN PERKHEMAHAN (KURSUS) 34
18.0 SOALAN-SOALAN UJIAN PERKHEMAHAN PENGAKAP 35
36
18.1 ARAHAN TUGASAN KAWAD KAKI 37
18.2 ARAHAN TUGASAN SIMPULAN DAN IKATAN 38
18.3 ARAHAN TUGASAN PEMBINAAN GAJET 39
18.4 ARAHAN TUGASAN ANDUH
18.5 ARAHAN TUGASAN MASAKAN RIMBA
RUJUKAN

2

1.0 DATA PERIBADI
IPGK PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

NAMA PELAJAR : NURUL ADIBAH BINTI FAIZUL AFIZI
NO. KAD PENGENALAN
ALAMAT : 011212-08-0078

E-MEL : NO.1, JALAN BONGOR SEBELAH KAMPUNG
PROGRAM PERAK 34500 BATU KURAU PERAK DARUL
AMBILAN RIDZUAN
PENGKHUSUSAN
TAHUN : [email protected]
SEMESTER
: IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
: JUN 2020

: PENDIDIKAN ISLAM

:2

:1

3

2.0 BENDERA MALAYSIA

3.0 SEJARAH PENGAKAP
3.1 SEJARAH PENGAKAP DUNIA

4

PENGASAS PENGAKAP DUNIA
Nama Penuh: Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Panggilan: Lord Baden-Powell atau BP
Tarikh Lahir: 22 Februari 1857

Tempat Kelahiran: London, England
Pekerjaan: Bekas Major Tentera British
Nama Bapa: Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri: Lady olive Baden Powell

Tarikh Meninggal: 8 Januari 1941

• Pengasas pengakap dunia, Baden Powell sangat aktif dengan menceburkan diri
dalam kegiatan sekolah seperti menyanyi, berlakon dan menembak. Beliau juga
sangat aktif dengan aktiviti pengembaraan secara berjalan kai, berkhemah,
belayar dan berperahu bersama-sama tiga orang abangnya.

• Beliau mengambil peperiksaan tentera dan kemudia lulus. Setelah berjaya, BP
ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam ketenteraan di
India dan Afghanistan pada tahun 1876, kemudia ke Natal dan Malta sebagai
penolong setiausaha Tentera.

• Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Afrika Barat untuk
menamatkan peperangan di Ashanti, Ghana. Beliau digelar KANTANKYE yang
bermaksud Topi Besar di peperanga tersebut. Beliau turut digelar sebagai
IMPEESA dalam peperangannya yang bermaksud Serigala yang tidak pernah
tidur kerana sangat berhati-hati terhadap pergerakan musuh.

• Beliau dinaikkan pangkat menjadi Kolonel untuk memimpin askar Dragon Guar
ke-5 di India dan belia telah memberi hadiah kepada askar-askar yang
menunjukkan kebolehan yang baik dengan lencana SCOUTS (Peninjau).

• Pada tahun 1899 Baden Powell pulang ke England dengan membawa sebuah
buku karangannya semasa di Kashmir, India yang bertajuk “Aids To Scouting”
yang mengandungi kisah peninjauannya sepanjang menjadi tentera di India.

5

• Tidak lama kemudian, BP telah dihantar ke Afirka Selatan untuk menambahkan
dua rejimen askar berkudah untuk mempertahankan askar British dari serangan
orang Boer iaitu pendatang Belanda.

• Pasukan tentera Baden Powell hanya mempuyai seramai 1,000 berbanding
pasukan lawan seramai 9,000 maka bagi memenangi peperangan ini Baden
Powell menggunakan budak-budak pengintip untuk mengintip rahsia musuh.
Akhirnya pasukan tentera Baden Powell berjaya memenangi peperangan
tersebut dan Baden Powell dinaikkan sebagai Mejar Jeneral ketika berumur 43
tahun.

• Beliau kemudian diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan
dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda dan menjadi Jeneral pasukan tentera
Simpanan ketika berumur 50 tahun.

• Setelah bersara dari tentera pada tahun 1907, Baden Powell pulang ke England
dan menganjurkan satu perkhemahan selama 10 hari di Pulau Browsea.

• Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan tersebut. BP
menggunakan idea perkhemahan berpandukan kepada pengalamannya dalam
peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak dibahagikan
kepada empat empat patrol dan merek belajar serta berlatih cara berkhemah,
memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan
mengesan jejak. Pada malamnya mereka mengadakan unggun api dan
perkhemahannya berjaya dan diminati oleh budak-budak yang menyertainya.

• Pada tahun 1908, Baden Powell mengarang pula sebuah buku yang berjudul
“Scouting For Boys”. Kandungannya adalah berdasarkan kepada pengalaman
beliau selama menjadi askar di India, Afrika dan perkhemahan budak-budak di
Pulau Browsea.

• Buku tersebut berjaya menarik minat dan memikat hati kanak-kanak. Dengan
demikian, wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam empoh setahun sahaja,
Pergerakan Pengakap mula berkembang di England dan kemudian merebak
Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Pada tahun 1909,
Pergerakan pengakap mula ditubuhkan di Chilie, Amerika Syarikat, Ghana, India
dan seluruh dunia.

6

• Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang
British dan tanpa diduga pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika dalam
masa beberapa tahun sahaja.

• Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa
pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920,
Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London.
Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan
British menganugerahkan “Lord Baden Of Gillwell” kepada beliau. Banyak pingat
kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau
mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah
meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.

3.2 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA
• Persatuan Pengakap di dunia ini wujud hasil kejayaan perkhemahan

anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea,
England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907.
• Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910
oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk
dua dekad seterusnya pergerakan pengakap mula tersebar ke seluruh Tanah
Melayu dan Borneo.
• Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri di Malaysia

7

Negeri Tarikh

Pulau Pinang 1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau
Pinang

1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R
Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett
sebagai Penolong Pemimpin

1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman

Kuala Lumpur 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor,

dan Selangor kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw

Pahang 1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.

1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet

Sabah 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di
Sandakan

Sarawak 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke
Anglican Bishop House,Kuching

Kedah 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan
C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid

Perak 1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar

Melaka 1926, dibawa oleh R Brunstone

Negeri Sembilan 1926, juga oleh R. Brunstone

8

Terengganu 1927, ditubuhkan oleh A J Gracle
Kelantan
Johor 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab
Perlis Sultan Ismail

1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College
(kini Maktab Sultan Abu Bakar)

1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara

• Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, mereka mulai sedar akan keperluan
untuk mewujudkan badan penyelaras pengakap. Sejurus selepas Perang Dunia
Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu.

• Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
persekutuan Pengakap Tanah Melayu diterima sebagai ahli Pesekutuan
Pengakap Sedunia pada 1 September 1957.

• Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah
Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga
turut bergabung. Hasil gabungan ini mewujudkan penubuhan Persekutuan
Pengakap Malaysia pada November 1964.

• Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan
Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan
keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan
pengakap di peringkat negeri dan nasional.

9

4.0 BENDERA PENGAKAP

5.0 LOGO PENGAKAP
5.1 LOGO PENGAKAP KEBANGSAAN

10

5.2 LOGO PENGAKAP MALAYSIA
11

5.3 MAKSUD LOGO PENGAKAP
Ketiga- tiga cabang yang diikat dalam satu ikatan melambangkan perpaduan dalam
kalangan ahli pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli pengakap untuk membuat
kebajikan pada setiap masa.
Bintang pecah 14 yang terletak di tengah – tengah anak panah bagi melambangkan 14
buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Bulan sabit dan bintang
melambangkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.
Logo ini mempunyai tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau yang bermaksud: warna:
warna merah melambangkan keberanian; warna kuning melambangkan kedaulatan
Raja; dan warna hijau merupakan warna rasmi pengakap.
Logo pengakap sentiasa digunakan pada bendera, lencana dana pakaiaan seragam
pengakap.

6.0 PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa
daya upaya saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-undang Pengakap.

12

7.0 UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya
(Dipercayai)

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan
kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya
(Taat)

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa
(Berguna)

4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara)

5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi)
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang)
7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya

atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah)
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah

Hati)
9. Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat)
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran,

perkataan dan perbuatan)

8.0 COGAN KATA PENGAKAP

Pengakap Kanak-kanak – Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda – Selalu Sedia

Pengakap Remaja – Pandangan Luas
Pengakap Kelana – Berkhidmat
Pengakap Budika – Berkhidmat

Cogan Kata Kumpulan Pengakap (Troop Motto)

13

9.0 HORMAT PENGAKAP
Hormat pengakap diberikan selepas penerimaan hadiah kurniaan dan istiadat
mengibarkan bendera. Dalam keadaan sedia, angkat tangan kanan ke penjuru kening.
Tiga jari ini bermaksud tiga perkara penting dalam persetiaan pengakap, iaitu: Taat
kepada Tuhan, raja dan negara. Menolong orang pada setiap masa. Menurut undang-
undang pengakap, semua pengakap di dunia memberi hormat tiga jari seperti rajah di
sebelah.

Makna Hormat Pengakap
Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:

✓ Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap.

✓ Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap.
✓ Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap.
✓ Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli

pengakap,
Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan
pengakap tanpa mengira pangkat, darjah mahupun keturunan

14

1.0 LIRIK LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa

Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna

Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

15

11.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
11.1 ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA
Ketua Pengakap Negara/Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negara Negara

Ketua Setiausaha Penolong-penolong Pesuruhjaya-Pesuruhjaya
Kerja Ketua Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Pengakap Negara
Setiausaha Kerja Pengakap Khas
Latihan Pesuruhjaya Antarabangsa Pengakap Kanak-kanak
Pesuruhjaya Latihan Negara
Bendahari Kesihatan dan Bencana Alam Pengakap Muda
Pendaftaran dan Keahlian Pengakap Kelana

APR Liason Officer Pengakap Laut
Pembangunan Kepengakapan Pengakap Udara
Pengakap Antarabangsa
Sumber Dewasa Tugas-tugas Khas
Media dan ICT
Hal Ehwal Wanita
Logistik

Program
Tugas-tugas Khas

16

11.2 ORGANISASI PENGAKAPSEKOLAH

KUMPULAN PENGAKAP SEKOLAH

MAJLIS KUMPULAN
Penaung: Pengetua/Guru Besar
Pengerusi: Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha: Pemimpin Kumpulan
Bendaharai: Pen. Pemimpin Kumpulan
Jawatankuasa: Semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin

Kepimpinan Kumpulan Pengakap

Pemimpin Pengakap Kanak-kanak

Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak
Ketua Kumpulan Pengakap Kanak-Kanak
(Ahli Pengakap Kanak-Kanak)
Majlis Ketua Patrol (COH)

Ketua Patrol/Sekawan

Penolong Ketua Patrol/Sekawan

Kuarter Master Patrol/ Sekawan

17 Ahli-Ahli

11.3 ORGANISASI PENGAKAP IPGK PEREMPUAN MELAYU

Pengerusi: Pengarah IPGK Perempuan Melayu
YBhg. Dr. Faridah binti Yaakob

Timbalan Pengerusi: Timbalan Pengarah IPGK Perempuan Melayu
Dr. Norshidah binti Abu Husin

Pesuruhjaya: Ketua Unit Kokurikulum
En. Mohamad. Rosli bin Badron

Penolong Pesuruhjaya
En. Hishamuddin bin Basiron

Penolong Pesuruhjaya
Pn. Zaimawati binti Abdul Kadir

Ketua Majlis Sekawan

Ketua-ketua Sekawan
Siti Nur Jannah binti Mohd Sayuti (BIRU)
Nurul Izzah Syafiyah binti Rozahi (MERAH)
Nur Harisah binti Abd Rahman (PERANG)

Nurfadhilah binti Mansor (UNGU)

18

11.4 ORGANISASI PENGAKAP KUMPULAN
Jurulatih

En. Hishamuddin bin Basiron
Ketua Sekawan

Siti NurJannah binti Mohd Sayuti
Penolong Ketua Sekawan

Yusyahira Nisha Balqis binti Yusob
Quarter Master

Siti Nur Aishah binti Mohd Yusoff
Ahli-ahli

Nurul Adibah binti Faizul Afizi
Siti Salwa binti Norariffin

19

12.0 OBJEKTIF PENGAKAP

• Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan
jasmani

• Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah
• Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara

memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama
• Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam

bidang-bidang tertentu
• Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka

selaras dengan hasrat Rukun negara
• Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping

dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka dan
• Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan

kepada sekolah dan masyarakat.

13.0 VISI PENGAKAP
Menjelang 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menjadi pertubuhan
Pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melatih golongan
muda negara menjadi warganagera aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada
masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan
14.0 MISI PENGAKAP
Misi kepengakapan adalah menyumbang kepada Pendidikan generasi muda melalui
satu sistem nilai yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang
Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana rakyatnya boleh
berdikari sebagai individu dan memainkan individu dan memainkan peranan yang
berguna kepada masyarakat.

20

15.0 PAKAIAN SERAGAM

Setiap ahli Persatuan Pengakap hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan
semua lencana hendaklah diletakkan pada tempat yang ditentukan. Setiap Pengakap
juga hendaklah sentiasa memakai pakaian mengikut aturan yang ditetapkan seperti
semua Pengakap lelaki dikehendaki memakai seluar biru tua.

Pakaian Seragam Pengakap Kanak-kanak

1. Forage cap berwarna biru dengan lilitan biru tua serta lilitan pita kain berwarna
merah terang berukuran 0.6 cm dan berlambang pengakap.

2. Skarf berbentuk segi tiga berwarna biru tua dan berjalur merah putih.
3. Kemeja biasa berwarna kelabu, bersaku dua, berstrap di atas bahu, berlengan

pendek dan bentuk leher cekak musang dipakai ke dalam bahagian seluar.
4. Seluar panjang berwarna biru tua berukuran 35 cm hingga 40 cm. Pengakap

kanak-kanak boleh juga memakai seluar pendek dengan stoking berwarna biru
tua dan garter berwarna hijau.
5. Tali pinggang yang berkepalakan lambang Pengakap Malaysia berwarna
gangsa.
6. Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam yang bertali.
7. Pakaian Pengakap Kanak-kanak perempuan sama seperti pakaian Pengakap
Kanak-kanak lelaki kecuali baju berlengan panjang, leher cekak musang ala
kebaya serta bersaku dua di bahagian atas, seperti kemeja lelaki. Seluar
panjang berwarna biru tua potongan lelaki atau skirt berwarna biru tua dan
labuhnya hingga ke paras bawah lutut.

15.1 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP MUDA DAN PENGAKAP REMAJA

Pakaian seragam Pengakap Muda dan Pengakap Remaja adalah terdiri daripada
senarai berikut:

1. Forage cap berwarna biru tua dengan lilitan pita kain berwarna merah terang
berukuran 0.6 cm dan berlambang Pengakap.

2. Skarf berbentuk segi tiga berwarna biru tua dan berjalur merah putih.

21

3. Kemeja biasa berwarna kelabu, bersaku dua, berstrap di atas bahu,
berlengan panjang dan bentuk leher cekak musang dipakai ke dalam
bahagian seluar.

4. Seluar panjang berwama biru tua, berukuran 35 cm hingga 40 cm.
5. Tali pinggang yang berkepalakan lambang Pengakap Malaysia berwarna

gangsa.
6. Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam yang bertali.
7. Pakaian Pengakap Muda dan Pengakap Remaja perempuan seperti pakaian

Pengakap Muda dan Pengakap Remaja lelaki kecuali serta baju berlengan
panjang, bentuk leher cekak musang ala kebaya serta bersaku dua di
bahagian atas seperti kemeja lelaki. Seluar Panjang berwarna biru tua
potongan lelaki atau kain sarung berwarna biru tua potongan lurus dan
berbelah lipat di belakang bahagian bawah.

22

23

16.0 LENCANA PENGAKAP
24

17.0 NOTA-NOTA KULIAH, TUTORIAL DAN PERKHEMAHAN (KURSUS)
Perjumpaan 1
Tarikh: 25.6.2021
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 am - 11.00 am
Jurulatih bertugas: En. Hishamuddin bin Basiron
1. Taklimat Ringkasan Maklumat Kursus
2. Penerangan Umum Pengakap
3. Pengenalan Pengakap

25

Perjumpaan 2
Tarikh: 2.7.2021
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 am - 11.00 am
Jurulatih bertugas: En. Hishamuddin bin Basiron

4. Penerangan buku log

5. Pembentangan tugasan sekawan

2.1 Sekawan Perang - a) Cerita Hutan
2.2 Sekawan Merah - b) Mowgli
2.3 Sekawan Biru - c) Istiadat Laung Agung
2.4 Sekawan Ungu - a) Hormat Pengakap
b) Persetiaan Pengakap
c) Undang-undang Pengakap
a) Sejarah Pengakap Malaysia
b) Tanggungjawab Pemimpin (Ciri dan Peranan

Pemimpin)
c) Sistem Berpatrol (Sekawan)
a) Sejarah Pengakap Dunia
b) Logo Pengakap
c) Pemakaian Seragam Pengakap

3. Lagu Pengakap - 1. Laung Agung
2. Undang-undang Pengakap
3. Pengakap Siapa Punya

26

Perjumpaan 3

Tarikh : 9 Julai 2021

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi

Jurulatih bertugas : En. Hishamuddin bin Basiron

1. Bacaan doa oleh Saudari Siti Nur Aishah dan Ikrar Persetiaan Pengakap oleh Saudari
Nurul Adibah

2. Penerangan berkaitan Laung Agung

3. Penerangan tentang kawad kaki
- Kawad statik
- Kawad dinamik

4. Mempelajari tentang pertolongan cemas
a. Pengenalan pertolongan ceemas
b. Pembebat dan balutan
- Anduh angkat: Kurangkan pendarahan, lebam, bengkak
- Anduh besar: Kurangkan pergerakan di bahagian bahu, siku dan bahagian
kecederaan
c. Merawat luka, sengatan, melecur, pitam dan keracunan
d. Patahan dan terseliuh

5. Nyanyian lagu Pengakap

Biyake soro soro
Nampase imprisa
Siria siria randa
Yondoyo baya rande
Yapena yapena

2 cincin di jarimu
Beri 1 tanda mata
Tanda mata di dunia
Tak ku lupa selamanya

27

Perjumpaan 5

Tarikh: 23.7.2021

Hari: Jumaat
Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengahari

Jurulatih bertugas: En. Hishamuddin bin Basiron

Aktiviti

1. Bacaan doa dan Ikrar Persetiaan Pengakap oleh Saudari Azyan Athirah binti Ahmad
Tulus.

2. Penambahbaikkan cara pelaksanaan laung agung secara atas talian (tugas penolong
ketua sekawan).

3. Penerangan tentang tugasan sekawan:

Sekawan Perang
1. Konsep Perkhemahan
2. Penglibatan (mengikut kategori; Sek. ren., Sek Men. ren., Sek. men. atas, Kolej,

Pemimpin)
3. Sijil dan anugerah

Sekawan Merah
1. Tujuan perkhemahan (khusus, umum dan faedah)
2. Jenis perkhemahan (ringkas, kumpulan, besar-besaran)
3. Pemilihan tempat

Sekawan Biru
1.Aspek keselamatan
2. Kemudahan asas
3. Pemeriksaan pagi (tujuan, komponen penilaian, prosedur istiadat, standard

perkhemahan)

Sekawan Ungu
1. Surat-menyurat (jenis-jenis surat)
2. Laporan dan refleksi (format)

28

4. Penerangan tentang tugasan semasa PBS
- Dapatkan Takwim Kokurikulum Tahun semasa
- Dapatkan Perancangan Tahunan Kokurikulum Sekolah
- Dapatkan Perancangan Pengakap/ Unit beruniform yang lain

- Bina perancangan Mingguan Kokurikulum (Pengakap)

5. Perancangan Orientasi Unit Beruniform Sekolah:
- Cara penulisan perancangan latihan mingguan pengakap.

6. Nyanyian lagu pengakap – Yamko Rambe Yamko
Hee yamko rambe yamko aronawa kombe
Hee yamko rambe yamko aronawa kombe
Teemi nokibe kubano ko bombe ko
Yuma no bungo awe ade
Teemi nokibe kubano ko bombe ko
Yuma no bungo awe ade
Hongke hongke hongke riro Hongke
jombe jombe riro
Hongke hongke hongke riro Hongke
jombe jombe riro

29

Perjumpaan 4
Tarikh: 16.7.2021
Hari: Jumaat
Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengahari
Jurulatih bertugas: En. Hishamuddin bin Basiron

Aktiviti
1. Bacaan doa oleh Saudari Rauhah Adawiyyah dan Ikrar Persetiaan Pengakap oleh Saudari

Nurul Izzah Syafiyah.

2. Penerangan cara pelaksanaan laung agung secara atas talian.

3. Pembelajaran kraf perkhemahan
- Pembinaan gajet
- Cara ikatan gajet

4. Pembelajaran ikhtiar hidup
- Masakan rimba

5. Nyanyian lagu pengakap – apa guna keluh-kesah
She labe belata blero
Kutube bi abi ebo
Kutube we we we
Kutubo wo wo wo
Kutube bi abi ebo
Di mana letaknya sayang
Di hati lalu dikenang
Susah pun bersama
Senang pun bersama
Itulah amalan kita

30

Perjumpaan 9
Tarikh: 20.8.2021
Hari: Jumaat
Masa: 9:30 pagi – 11:30 tengahari
Jurulatih bertugas: En. Hishamuddin bin Basiron

Aktiviti

1. Istiadat laung agung
2. Pembentangan sekawan Perang

a. simpulan manuk
b. simpulan belit

3. Pembentangan sekawan Merah
a. simpulan buku sila
b. simpulan balak
c. ikatan lilit kacang

4. Pembentangan sekawan Biru
a. simpulan tindih kasih
b. ikatan seraya

5. Pembentangan sekawan Ungu
a. simpulan bunga keti
b. ikatan serong

6. Penerangan berkaitan perkhemahan dan buku log
7. Nyanyian lagu Pengakap - di sini kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi

Here we are, here we are, here we are again
Here we are, here we are, here we are again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi

Cai celi, cai celi, who mei cai celi
Cai celi, cai celi, who mei cai celi
How ma, How ma, How ma, How ma, How ma, ooi

31

Engeh ye, engeh ye, engeh porenge
Engeh ye, engeh ye, engeh porenge
Vanekem, Vanekem, Vanekem, Vanekem, Vanekem, ooi
Nengkene, nengkene, ketemu mering
Nengkene, nengkene, ketemu mering
Kabare, kabare, kabare, kabare, kabare, ooi

32

Perjumpaan 10

Tarikh: 27.8.2021
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 am - 11.00 am
Jurulatih bertugas: En. Hishamuddin bin Basiron

1. Pengurusan dan persiapan perkhemahan

2. Penerangan ujian

2.1 Kawad Kaki - a) Kawad Kaki Statik

2.2 Anduh - b) Kawad Kaki Dinamik
a) Anduh angkat

2.3 Masakan - b) Anduh besar
a) Masakan rimba

c) Sistem Berpatrol (Sekawan)

2.4 Simpulan dan ikatan - a) 6 jenis simpulan
Simpulan Manuk
Simpulan Belit
Simpulan Buku Sila
Simpulan Balak
Simpulan Tindih Kasih
Simpulan Bunga Keti

b) 3 jenis ikatan
Ikatan Lilit Kacang
Ikatan Seraya
Ikatan Serong

2.5 Gajet b) Penghasilan satu gajet berdasarkan soalan
2.6 Buku Log a) Soalan perkhemahan dimasukkan ke dalam buku log

33

18.0 SOALAN-SOALAN UJIAN PERKHEMAHAN PENGAKAP
18.1 ARAHAN TUGASAN KAWAD KAKI

Pelajar dikehendaki memberikan arahan/hukuman kawad dan melakukan sendiri perbuatan
kawad tersebut.Arahan yang betul , suara yang lantang dan perbuatan kawad hendaklah diberi
perhatian. Pentaksiran ini hendaklah divideokan(dirakam) secara individu dan dimuatnaik
dalam GC yang disediakan.
Ujian kawad kaki yang perlu anda laksanakan adalah seperti berikut:
1. Sedia dan senang diri.
2. Berpusing(kanan,kiri,depan dan belakang)
3. Cepat jalan dan berhenti.

https://drive.google.com/file/d/1ssWTtTIBJZjSJpPbDdkbvTd_D8fHQctu/view?usp=shari
ng

34

18.2 ARAHAN TUGASAN SIMPULAN DAN IKATAN

Objektif Tugasan
1. Mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas Unit Beruniform semasa latihan amali.
A. Langkah dan kaedah anda melaksanakan tugasan
a. Kenalpasti 6 jenis simpulan dan 3 jenis ikatan berdasarkan fungsi seperti dalam
Jadual 1 dan Jadual 2.
b. Anda dikehendaki membuat simpulan dan ikatan berkenaan pada sesi penilaian
yang akan dijalankan secara langsung melalui ‘google meet’.

Bil Fungsi Simpulan
1 Menyambung 2 tali yang sama saiz dan mengikat anduh.
2 Menyambung hujung 2 tali yang berlainan saiz seperti mengikat tali kapal.
3 Menyelamatkan mangsa dengan memasukkan ikatan di keliling badan mangsa.

Lubang tali tidak terjerut semasa mengangkat mangsa.
4 Permulaan ikatan pada kayu. Biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin

seperti kayu, botol dan pancang khemah.
5 Ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu.
6 Mengikat tali pada tiang dan mengikat tali khemah pada pasaknya.

Jadual 1

Bil Fungsi Ikatan
1 Ikatan ini digunakan untuk mengikat kayu/buluh ketika membina gajet dengan lebih

kemas ketat dan kuat.
2 Ikatan ini digunakan untuk mengikat dua batang kayu yang bersilang Mulakan

dengan simpulan manuk.
3 Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan

dengan simpulan balak pada tempat kayu yang bersilang.

35

18.3 ARAHAN TUGASAN KRAF PERKHEMAHAN
Tugasan anda adalah secara individu.
Jabatan Pendidikan Negeri anda akan menganjurkan satu perkhemahan unit beruniform
Peringkat Negeri. Salah satu aktiviti dalam perkhemahan tersebut adalah pertandingan untuk
menguji kemahiran pelajar membina gajet perkhemahan. Sebagai ketua pasukan, anda
dikehendaki memberikan cadangan reka bentuk gajet tiang bendera yang diletakkan di kawasan
tapak perhimpunan. Gajet tiang bendera tersebut perlulah kukuh, ringkas dan selamat untuk
digunakan.
Merujuk kepada situasi tersebut, rakam video langkah-langkah menghasilkan gajet tiang
bendera. Video anda mestilah tidak melebihi 3 minit dan mengandungi komponen berikut :
1. Proses melakar cadangan reka bentuk gajet tiang bendera yang sesuai. Labelkan bahan dan
jenis ikatan/simpulan yang digunakan pada lakaran anda.
2. Berdasarkan lakaran tersebut, bina gajet tiang bendera.
3. Terangkan aspek keselamatan yang terdapat pada gajet anda.
Sila 'turn in' video tugasan anda di GC perkhemahan mengikut kelas yang telah disediakan.

https://drive.google.com/file/d/1ctmXLWFdjtjhmj3yQ9LWKflat6Ue55Vw/view?usp=sharing

36

18.4 ARAHAN TUGASAN ANDUH
Sebagai seorang anggota Unit Beruniform, pengetahuan dan kemahiran dalam bantu mula
merupakan sesuatu yang penting dan perlu dikuasai oleh kita semua. Anduh besar adalah
satu balutan untuk menyokong mangsa yang telah mengalami kecederaan pada bahagian
tapak tangan sehingga ke siku.
Anda dikehendaki menyediakan satu video yang menunjukkan balutan anduh besar
yang mana markah akan dinilai berdasarkan 4 kriteria yang berikut:
1. Cara membalut;
2. Kedudukan tangan;
3. Ikatan buku sila;
4. Kekemasan.

https://drive.google.com/file/d/1kyrliHKVblr1FtHv8VIHWbTgv1auEq44/view?usp=sharing

37

18.5 ARAHAN TUGASAN MASAKAN RIMBA
Sebagai seorang ahli perkhemahan anda dikehendaki menyediakan satu atau dua jenis
masakan rimba iaitu memasak tanpa menggunakan dapur gas, periuk, kuali atau lain-lain
peralatan memasak yang biasa digunakan di dapur rumah anda. Sebagai pengganti anda
boleh menggunakan daun, ranting, batu, jaring dawai, ruas buluh, buah-buahan tertentu, tanah
liat, lumpur dan sebagainya. Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah minimum.
Tugasan perkhemahan maya ini adalah secara kumpulan .
Kumpulan 3 orang – 2 menu
Kumpulan 2 orang – 1 menu
Anda dikehendaki:
1. Menyedia, memasak dan menghidang makanan masakan rimba yang siap dimasak.
2. Semua persediaan memasak dan menghidang mesti dilakukan di luar rumah (outdoor).
3. Kaedah memasak yang dicadangkan ialah membakar/memanggang atau merebus.
4. Gabungkan semua hasil kerja dalam satu rakaman. Setiap wakil kumpulan perlu

memuatnaik gabungan rakaman montaj dan video (ambil sedutan sahaja) ke GC untuk
penilaian. Rakaman adalah berdurasi 3-4 minit sahaja.

38

RUJUKAN
Aswadi Adam. (2007). Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada tahun

1953 hingga 1980. Muat turun pada 18 Julai 2021 dari
http://klkmupsi.weebly.com/uploads/1/7/3/0/1730551/pergerakan_pengakap_upsi.pdf
Persekutuan Pengakap Malaysia. (2019). Persekutuan Pengakap Malaysia. Muat turun pada
20 Julai 2021 dari http://www.pengakapmalaysia.org/portal/index.php
Persekutuan Pengakap Malaysia. (2010). Skim Latihan Pengakap Muda. Kuala Lumpur: Pasukan
Latihan Negara Persekutuan Pengakap Malaysia
Saliza Zakaria. (2017). Maksud logo Pengakap Malaysia. Muat turun pada 18 Julai 2021 dari
https://www.scribd.com /document/366839061/Maksud -Logo-Pengakap-Malaysia
Wong Kok Nian. (2021). Undang-undang Pengakap. Muat turun pada 20 Julai 2021 dari
https://penangscout.org/information/about-scouts/scout-law

39


Click to View FlipBook Version