Kesusasteraan Melayu adalah kebanggaan bangsa Melayu kerana melaluinya, nilai dan budaya Melayu dapat terus dipelihara hingga ke hari ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan merujuk kepada seni yang menggambarkan keindahan melalui bahasa, termasuk novel, sajak, persuratan, dan seni sastera. Perkataan kesusasteraan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu susastera, yang bermaksud huruf atau buku yang indah. Selain itu, istilah kesusasteraan dalam bahasa Melayu terbentuk daripada perkataan sastra, juga daripada bahasa Sanskrit, di mana sas- bermaksud memberi petunjuk, manakala -tra merujuk kepada alat untuk mengajar. Dalam budaya sastera Melayu, makna kesusasteraan itu sendiri menggambarkan keindahan yang terkandung dalam karyanya (Abdul Halim Ali, 2011). Oleh itu, kesusasteraan boleh ditakrifkan sebagai hasil karya bahasa yang indah dan berseni dalam penyampaiannya kepada masyarakat. 1.0 Pengenalan Tentang Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu bukan sahaja berperanan sebagai alat pendidikan yang membantu mematangkan pembaca dan pendengar, tetapi juga berfungsi sebagai medium hiburan yang memberikan keseronokan kepada penggemar sastera serta mereka yang kurang berminat terhadapnya. Hiburan dalam sastera dapat disampaikan melalui penggunaan kata-kata indah yang tersusun rapi serta rentak irama yang mampu menyentuh jiwa dan membelai emosi pembaca serta pendengar. Selain itu, sastera juga boleh mengandungi unsur kelucuan atau jenaka yang menarik perhatian audiens. Sebagai contoh, pantun terdiri daripada pelbagai jenis seperti pantun teka-teki dan pantun nasihat yang bukan sahaja memperlihatkan keindahan sastera, tetapi juga berupaya menghiburkan. Secara tidak langsung, pantun teka-teki dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengenali sastera sambil melatih daya fikir mereka. Seperti yang diketahui, pantun memiliki rentak, irama, dan struktur tersendiri, menjadikannya lebih menghiburkan apabila digunakan dalam lirik lagu popular, dikir barat, dan pelbagai bentuk hiburan lain. 2.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM ASPEK HIBURAN
Si Kembar Kura-kura
Di sebuah tasik yang tenang, terdapat sepasang adik beradik kura-kura kembar yang seiras. Si abang yang bernama Kura merupakan seekor kura-kura yang sangat rajin membantu keluarganya mencari makanan manakala adiknya Kuri, suka bermain main dan menyusahkan orang lain. Pada suatu hari, berlakunya silap faham antara Kura dan Kuri. Kuri menuduh abangnya mencuri makanan kegemarannya yang diletakkan di dalam bekas makanan. “Adakah engkau yang mengambil makananku?”,ujar Kuri. Kura yang tidak tahu apa-apa terpinga-pinga akan tuduhan adiknya itu. Kura pun mulai bengang kerana dituduh. “Mana ada aku ambil makanan kau”, balas Kura. Mulai saat itu, hubungan mereka semakin hari semakin teruk.
Setelah beberapa hari, Kura keluar untuk mencari bekalan makanan seperti biasa. Kuri pula bermalas- malasan dan ingin keluar bermain bersama rakannya iaitu, Onyet Si Monyet dan Cika Si Arnab. Dalam perjalanan menuju ke tempat rakannya, Kuri terjatuh kedalam sebuah perigi. Kuri mula berasa cemas dan menjerit meminta pertolongan. “Tolong! Tolong!”, jerit Kuri dengan kuat. Namun begitu, tiada siapapun yang datang. Kuri menangis teresak-esak kerana nasibnya yang malang. Secara tiba-tiba! Kedengaran bunyi geseran di dalam semak berdekatan perigi itu. Bunyi itu membuatkan Kuri sangat takut kerana mungkin haiwan pemangsa seperti Harimau yang akan keluar.
Bunyi yang semakin kuat itu membuatkan Kuri kembali menangis. Rupa-rupanya Kura yang sedang mencari keberadaan adiknya itu keluar daripada semak dan membantu adiknya keluar daripada perigi. Kuri yang sangat takut dengan eratnya memeluk abangnya dan berterima kasih. Pada saat itu, Kuri berjanji untuk tidak mengulangi kesalahannya dan akan mula membantu abangnya mencari bekalan makanan. “Tak apa, kita kan adik beradik. Biasalah kalau adik beradik bergaduh, air yang dicincang tidak akan putus”,ujar Kura. Kuri tersenyum dan kembali memeluk Kura. Sejak saat itu, walaupun masih bergaduh, mereka sentiasa melindungi antara satu sama lain.
1. Nilai Kekeluargaan Hubungan antara Kura dan Kuri menggambarkan kasih sayang antara adik-beradik. Walaupun mereka bertengkar, akhirnya mereka tetap saling menyayangi dan membantu antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa dalam keluarga, pergaduhan hanyalah perkara kecil yang pada akhirnya membentuk ikatan kekeluargaan yang lebih kukuh. 2. Nilai Tanggungjawab dan Kerajinan Kura menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan bekerja keras mencari makanan untuk keluarganya. Berbeza dengan Kuri yang pada awalnya malas, tetapi akhirnya menyedari betapa pentingnya bekerja keras setelah mengalami pengalaman sukar. Ini mencerminkan kepentingan usaha dan tanggungjawab dalam kehidupan. 4. Nilai Tolong-Menolong dan Saling Membantu Ketika Kuri berada dalam kesusahan, Kura tetap datang menyelamatkannya walaupun mereka sedang bermasam muka. Ini mencerminkan nilai tolong- menolong yang penting dalam kehidupan bermasyarakat, di mana kita perlu membantu orang lain tanpa mengira perselisihan yang berlaku. 3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM CERITA INI :