The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pembinaan Kekuatan Dalaman Melalui Puisi Melayu Moden Yang Terdapat Dalam Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4 Dan 5 Iaitu “Kubentang Sehelai Peta”

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izyan Zyan, 2021-05-23 09:41:40

Pembinaan Kekuatan Dalaman Melalui Puisi Melayu Moden Yang Terdapat Dalam Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4 Dan 5 Iaitu “Kubentang Sehelai Peta”

Pembinaan Kekuatan Dalaman Melalui Puisi Melayu Moden Yang Terdapat Dalam Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4 Dan 5 Iaitu “Kubentang Sehelai Peta”

KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN
BSS3073

Pembinaan YKaenkguaTtearnTdUDaGpaAalatSmDAaNanla1MmeAlanltuoilPougiisTieMkeslayu
Moden
Kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4 Dan 5 Iaitu
“Kubentang Sehelai Peta”

KUMPULAN B
TUGASAN KUMPULAN

MAKLUMAT PELAJAR :

NAMA ID PELAJAR

IZYAN SYAHIRAN BIN ROSLAND D20181082362
MUHAMMAD ILYAS BIN AZMI D20181082359
RABIATUL ADAWIYAH BINTI SAMSUDIN D20181082358
NUR ATHIRAH SYAHIRA BINTI MOHD ATAN D20181082360

SEMESTER 6
ISMP KESUSASTERAAN MELAYU

PENSYARAH :
DR ROHAYATI BINTI JUNAIDI

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 1
1
1.0 PENGENALAN 2
2-30
2.0 MAKLUMAT BAHAN 31

3.0 OBJEKTIF 32-33
34
4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

5.0 KESESUAIAN KARYA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU

6.0 PENUTUP

RUJUKAN

0

1.0 PENGENALAN
Kekuatan dalaman merujuk kepada tingkah laku seseorang individu yang ditonjolkan
melalui sikap mereka sendiri. Puisi Melayu dilihat mampu untuk mewujudkan kekuatan
dan identiti seseorang individu menjurus kepada kandungan (nilai murni) yang pelbagai.
Wan Mohd Zahid menyatakan bahawa nilai murni merupakan tanggapan berkaitan
perkara-perkara yang dihajati dalam masa yang sama juga ianya menjadi kriteria dan
ukuran. Puisi-puisi yang dihasilkan oleh penyair-penyair tanah air dijadikan sebagai suatu
wadah kepada proses pembentukan nilai dalam diri dan jiwa seseorang individu dan
masyarakat.
Penghasilan puisi yang mempunyai perkaitan dengan gambaran dan cerminan
masyarakat mampu untuk menjadi salah satu elemen bagi membentuk masyarakat yang
diterapkan dalam diri mereka nilai yang dapat membina sahsiah diri terunggul. Merujuk
kepada pengajaran KOMSAS (Komponen Sastera), terdapat enam belas nilai murni yang
terdiri daripada nilai baik hati, berdikari, hormat-menghormati, berhemah tinggi,
kebebasan, keadilan, kasih sayang, kebersihan, keberanian, kejujuran, kerajinan,
kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Setiap
daripada nilai murni yang terkandung dalam komponen sastera ini dilihat selari dalam
mewujudkan kekuatan dalaman diri seseorang khususnya melalui puisi Melayu dan
komponen-komponen yang lain amnya.

2.0 MAKLUMAT BAHAN
Teks Kubentang Sehelai Peta merupakan Antologi Kesusasteraan Melayu Moden
Tingkatan 4 dan 5. Antologi teks ini disediakan bagi menggantikan antologi yang telah
digunakan di sekolah sejak tahun 2010 hingga hingga 2014. Oleh itu kandungan dalam
antologi ini merupakan tajuk dan kandungan baharuuntuk pengajaran dan pembelajaran di
sekolah mulai 2015. Selain itu, antologi Teks kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4
dan 5 ini disediakan bagi memenuhi keperluan murid dalam pembelajaran kesusasteraan
melayu.
Disamping itu, antologi Kubentang Sehelai Peta ini mengandungi genre puisi
moden, cerpen dan juga drama. Teks dalam genre ini disusun sedemikian rupa untuk
memudahkan murid mengenalpasti, menghayati dan seterusnya menimbulkan minat

1

terhadap warisan budaya Melayu yang tinggi nilainya. Dalam antologi ini terdapat 26 puisi
moden, 10 cerpen dan 2 drama. Antara tajuk puisi moden yang kami pilih dalam antologi
ini ialah Virus dari Langit Global karya Nur Suhada Sayuti, Kubentang Sehelai Peta karya
T Alias Taib, Sepi Syawal Tanpa Bonda karya Amylia Hussain, Kolek Bonda nukilan oleh
Aminah Mokhtar, Citra Pelangi 1 Malaysia karya A Halim Ali, Kuntum Rahsia Dari
Taman Takdir karya WB Rendra, Mencintai tanah ini karya Lim Swee Tin dan Ingatan
Kepada Kawan karya Zaen Kasturi.

Karya sastera yang dimuatkan dalam antalogi inisarat dengan pengajaran dan
keindahan dan dapat dijadikan santapan rohani pembaca untuk memahami dan menghayati
nilai serta memperkaya rasa kemanusiaan dalam konteks kehidupan. Hal ini demikian
kerana setiap garapan idea yang dinukilkan dalam hasil karya sastera tercetus daripada rasa,
jiwa, dan pengalaman masyarakat pada zaman karya tersebut dihasilkan. Karya tersebut
mencerminkan akal budi, daya fikir, corak kehidupan, nilai, bahasa dan estetika
masyarakat.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian ini dijalankan untuk:
3.1 Mengenalpasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak-sajak yang terpilih
daripada Antologi Kubentang Sehelai Peta.
3.2 Membuat perkaitan antara nilai-nilai murni yang disenaraikan dengan
pembangunan kekuatan dalaman insan.

4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
Analisis kajian kami adalah dengan mengenalpasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam
sajak-sajak yang terpilih daripada Antologi Kubentang Sehelai Peta. Perkaitan antara nilai-
nilai murni yang disenaraikan akan dibandingkan pembangunan kekuatan dalaman insan.
Karya-karya yang dipilih berunsurkan pelbagai nilai-nilai murni ini diharap dapat
membentuk, mengubah dan menegur pembaca ke arah pembangunan insan yang positif.
Nilai yang diterapkan dalam sajak yang dipilih seperti nilai patriotisme, kasih sayang,
prihatin, bertanggungjawab, merendah diri, dan sebagainya merupakan kekuatan dalaman
sajak yang dapat menyuntik semangat pembaca untuk melakukan kebaikan dan mendidik

2

pembaca untuk lebih berakhlak bersesuaian dengan kehendak agama. Antara sajak yang
telah dipilih daripada Antologi Kubentang Sehelai Peta adalah seperti berikut ;

4.1 Kubentang Sehelai Peta Karya T.Alias Taib
Di atas meja cengal pusaka nenek
kubentang sehelai peta enam dekad
pada peta itu mengalir diriku
pada diriku terbit sebuah rakit

Di atas rakit ini kukayuh kenanganku
mudik ke hulu zaman kecilku

yang kuhabiskan di lumpur sawah
yang menyabarkanku di mata pancing

Di atas rakit ini kurempuh kesulitan
menajamkan kalam dan berkaki ayam

menyusur denai basah ke sekolah
Meninggalkan ibu di anak tangga

Di atas rakit ini kusanggah badai
yang turun pada zaman remajaku
antara mengasah bakat menulis puisi
dengan mengasah perasaan melayani hati

Di atas rakit ini kukayuh usiaku
mudik ke hulu hari mencari diri
kumasuki petang yang tenang matang
mencari erti kewujudanku di maya ini

Di atas meja cengal pusaka nenek
kubentang sehelai peta enam dekad

pada peta ini berdiri gunung
pada puncak gunung berdiri aku

Berdasarkan puisi diatas, penyajak telah menerapkan beberapa nilai positif
yang mampu menjadikan karya beliau mempunyai kekuatan dalaman sehingga
menarik minat para pembaca.

4.1.1 Nilai Kegigihan
Nilai kegigihan bermaksud tindakan sukarela yang dilakukan untuk mencapai suatu
tujuan meskipun terdapat kekangan, kesulitan dan rintangan. Penerapan nilai

3

kegigihan dalam puisi ini mampu membentuk jiwa pembaca untuk lebih
bersemangat dan bertenaga bagi melaksanakan sesuatu perkara. Penyajak T Alias
Talib menerusi sajak “Kubentang Sehelai Peta” ini telah menerapkan nilai
kegigihan dalam karyanya. Hal ini dapat dilihat pada rangkap ketiga iaitu:

“Di atas rakit ini kurempuh kesulitan
menajamkan kalam dan berkaki ayam
menyusur denai basah ke sekolah
Meninggalkan ibu di anak tangga”

(Kubentang Sehelai Peta, Rangkap 3, Baris 2 dan 3)

Berdasarkan rangkap diatas, penyajak menonjolkan nilai kegigihan dalam
menuntut ilmu. Hal ini dapat dilihat, penyajak sanggup berkaki ayam dan menyusur
ke denai yang basah untuk ke sekolah dalam menimba ilmu pengetahuan. Dalam
rangkap ini penyajak menerapkan nilai kegigihan supaya berusaha bersungguh-
sungguh dalam menimba ilmu pengetahuan walaupun terdapat pelbagai rintangan.
Tanpa usaha gigih sudah pasti kita tidak mampu berjaya dalam mencapai cita-cita
yang diimpikan. Kekuatan Dalaman puisi ini dapat dilihat dengan nilai kegigihan
yang diterapkan oleh penyajak yang mampu membawa pembaca supaya lebih
bersemangat dalam menuntut ilmu dan gigihh berusaha demi mencapai kejayaan.

4.1.2 Nilai Kebijaksanaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kebijaksanaan ialah perihal
bijaksana, perihal menggunakan akal budi mereka menjalankan tugas dengan
penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian. Nilai kebijaksanaan ialah
menggunakan akal yang bijak untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Penyajak
T Alias Talib menerusi sajak “Kubentang Sehelai Peta” ini telah menerapkan nilai
kebijaksanaan dalam karyanya. Hal ini dapat dilihat pada rangkap keempat iaitu,

Di atas rakit ini kusanggah badai
yang turun pada zaman remajaku

4

antara mengasah bakat menulis puisi
dengan mengasah perasaan melayani hati

(Kubentang Sehelai Peta, Rangkap 4, Baris 3)

Berdasarkan contoh diatas, penyajak menonjolkan nilai kebijaksanaan
dalam membuat keputusan atau pilihan demi kehidupan. Dalam rangkap tersebut
penyajak bijak membuat pilihan dalam usia remajanya. Zaman remaja penyajak
yang penuh ranjau dilalui dengan ketabahan dan penyajak mula berjinak dengan
penulisan puisi sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Ini menunjukkan
kebijaksanaan pengajak yang lebih memilih untuk membuat perkara yang lebih
berfaedah daripada melakukan perkara yang tidak elok di usia remajanya.
Sekiranya tiada nilai kebijaksanaan dalam membuat keputusan dalam kehidupan
kita, sudah pasti kita mudah terjerumus dalam perkara yang negatif. Jelaslah disini
bawa kekuatan dalaman puisi ini dapat dilihat penyajak menonjolkan nilai
kebijaksanaan yang mampu membentuk para pembaca lebih bijak dalam membuat
pilihan dan keputusan.

4.1.3 Nilai Kesabaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sabar ialah tidak lekas marah atau
tidak lekas putus asa dalam menghadapi sesuatu perkara. Nilai kesabaran pula ialah
keadaan atau sifat sabar dalam menahan marah terhadap sesuatu perkara. Nilai
kesabaran ini sangat penting dalam kehidupan kita memandangkan banyak ujian
yang akan kita tempuhi. Penyajak T Alias Talib menerusi sajak “Kubentang Sehelai
Peta” ini telah menerapkan nilai kesabaran dalam karyanya. Hal ini dapat dilihat
pada rangkap kedua iaitu:

Di atas rakit ini kukayuh kenanganku
mudik ke hulu zaman kecilku
yang kuhabiskan di lumpur sawah
yang menyabarkanku di mata pancing

(Kubentang Sehelai Peta, Rangkap 4, Baris 4)

Berdasarkan contoh diatas, nilai kesabaran dalam menunggu sesuatu dan
menghadapi ujian telah ditonjolkan oleh penyajak. Hal ini dikatakan demikian

5

kerana, dalam rangkap tersebut penyajak terkenang kembali zaman kanak-
kanaknya yang bermain dengan lumpur sawah dan memancing ikan. Perbuatan
memancing ikan telah mendidik penyajak lebih bersabar dalam menunggu sesuatu
dan menghadapi ujian. Sekiranya nilai kesabaran ini ada pada kita, sudah pasti kita
mampu tempuhi ujian dengan tabah dan sabar. Namun begitu, sekiranya kita tidak
menanam sikap sabar dalam diri kita sudah pasti kita mampu menjadi manusia yang
pemarah dan hidup tidak akan tenang. Oleh sebab itu, kekuatan dalaman puisi ini
lebih terserlah memandangkan pengarang mampu menggalakkan pembaca supaya
sentiasa bersabar dalam sesuatu perkara.

4.1.4 Nilai Keyakinan diri
Nilai keyakinan diri ialah berkaitan dengan rasa yakin dan percaya terhadap diri
sendiri. Maksudnya kita yakin dengan diri kita sendiri dalam melakukan sesuatu
perkara. Penyajak T Alias Talib menerusi sajak “Kubentang Sehelai Peta” ini telah
menerapkan nilai kegigihan dalam karyanya. Hal ini dapat dilihat pada rangkap
terakhir iaitu:
Di atas meja cengal pusaka nenek
kubentang sehelai peta enam dekad
pada peta ini berdiri gunung
pada puncak gunung berdiri aku
(Kubentang Sehelai Peta, Rangkap 6, Baris 4)

Berdasarkan contoh diatas, nilai keyakinan diri untuk mencapai kejayaan
telah diterapkan oleh penyajak. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada usia 60
tahun penyajak yakin dengan diri sendiri berikutan banyak kejayaan yang
dicapainya. Namun begitu penyajak tetap ingat akan usal usulnya dan tidak mudah
lupa diri. Jika kita mempunyai nilai keyakinan diri yang baik, sudah pasti setiap apa
yang kita impikan tercapai. Sekiranya kita tidak mempunyai keyakinan diri yang
mantap, sudahpasti kita mudah berputus asa dalam mencapai sesuatu perkara.
Jelaslah disini bahawa, kekuatan dalaman sajak ini dapat dilihat nilai keyakinan diri
penyajak yang yakin dengan kebolehan sendiri dan tidak mudah lupa diri dimana

6

mampu mendidik para pembaca puisi ini supaya lebih yakin dalam mencapai

sesuatu cita-cita.

4.2 Virus Dari Langit Global karya Nur Suhada Sayuti

Virus-virus giat mengalir
meniti pembuluh-pembuluh darah

meracuni ruang fikir
meracuni akal dan sukma
virus kebiadaban kian merebak
virus hedonism kian menjangkiti
membentuk segumpal sampah di almari peribadi
menyemai benih radiasi songsang menerjah minda

Kontang sudah ladang yang subur
semaian hijau yang kita benih

bergerimiskan curahan peradaban dan
dibajai akhlak pekerti

diracuni semilir wabak yang mengotori
diterapkan angina hitam sosial
merebak menyusup jati diri
sekujur jiwa belia generasi

Virus-virus ini diutus dari langit global
percikan sampah dari jendela siaran
hibur sumbang dari pentas kayangan
libur songsang dari halaman maya
terselaklah tabir ketulusan
dengan bakteria gejala
berleluasa menjajah dasar atma

rapuhnya pertimbangan akal anak-anak bangsa
Susila dan budaya tidak lagi bernyawa

pabila virus mazmumah terpercik mendiami jiwa
menusuk luka dan kupingku dinoda
hilangnya nanti permata negara

menjadi puing-puing harapan ayahanda

4.2.1 Nilai Kasih Sayang

Nilai kasih sayang ialah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta

berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Misalnya, sayang kepada diri

sendiri, orang lain, alam sekitar, negara dan sebagainya. Penyajak Nur Suhada

7

Sayuti menerusi sajak “Virus Dari Langit Global” ini telah menerapkan nilai kasih
sayang dalam karyanya. Hal ini dapat dilihat pada rangkap ketiga iaitu:

berleluasa menjajah dasar atma
rapuhnya pertimbangan akal anak-anak bangsa
Susila dan budaya tidak lagi bernyawa
pabila virus mazmumah terpercik mendiami jiwa
menusuk luka dan kupingku dinoda
hilangnya nanti permata negara
menjadi puing-puing harapan ayahanda

(Virus Dari Langit Global, Rangkap 3, Baris 11 dan 12)

Berdasarkan contoh diatas, nilai kasih sayang terhadap masyarakat lain
terutama generasi muda telah ditonjolkan oleh penyajak. Hal ini dikatakan
demikian kerana, timbul kerisauan penyajak terhadap generasi muda yang mudah
terpengaruh budaya negatif seperti tidak beradab dan hedonisme iaitu yang lebih
mementingkan keseronokkan dan kesenangan hidup. Kita haruslah menyayangi
generasi muda kerana merekalah yang mewarisi kepimpinan pada masa hadapan.
Mereka seharusnya tidak dibiarkan hanyut dengan budaya moden yang tidak
menguntungkan negara. Sekiranya nilai kasih sayang ini tidak diamalkan sudah
pasti ramai generasi muda terpengaruh dengan perakara yang tidak baik. Jelaslah
disini, kekuatan dalaman puisi ini dapat dilihat penerapan nilai kasih sayang yang
ditonjolkan oleh penyajak sehingga mampu membentuk para pembaca lebih
menyayangi diri sendiri, keluarga dan negara.

4.2.2 Nilai Kebebasan
Nilai Kebebasan ialah melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar peraturan dan
batas undang-undang yang ditetapkan. Nilai kebebasan ini boleh dilihat melalui
kebebasan agama, kebebasan bersuara, kebebasan undang-undang dan sebagainya.
Penyajak Nur Suhada Sayuti menerusi sajak “Virus Dari Langit Global” ini telah
menerapkan nilai kebebasan dalam karyanya. Hal ini dapat dilihat pada rangkap
pertama iaitu:
Virus-virus giat mengalir
meniti pembuluh-pembuluh darah

8

meracuni ruang fikir
meracuni akal dan sukma
virus kebiadaban kian merebak
virus hedonism kian menjangkiti
membentuk segumpal sampah di almari peribadi
menyemai benih radiasi songsang menerjah minda

(Virus Dari Langit Global, Rangkap 1, baris 5 dan 6)

Berdasarkan contoh diatas, nilai kebebasan tanpa kawalan terhadap sesuatu
gejala telah ditonjolkan oleh penyajak. Hal ini dikatan demikian kerana, penyajak
menyatakan kebebasan tanpa kawalan akan menyebabkan generasi muda
terpengaruh dalam anasir negatif. Sekiranya kebebasan tersebut dikawal dengan
baik, sudah pasti generasi muda lebih berhati-hati dan melakukan perkara yang
lebih berfaedah. Sekiranya nilai kebebasan ini berterusan tanpa kawalan sudah pasti
gejala negatif seperti jenayah semakin berleluasa di negara kita. Kekuatan dalaman
puisi ini sebenarnya dilihat pada nilai kebebasan yang diterapkan oleh penyajak.
Tujuan nilai kebebasan ini diterapkan adalah mendorong pembaca supaya sentiasa
menjaga diri dan mengawal diri daripada melakukan perkara negatif yang mampu
memusnahkan masa depan mereka.

4.2.3 Nilai Jati Diri
Nilai Jati diri ialah mempunyai sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat,
bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambang
keperibadian seseorang individu. Penyajak Nur Suhada Sayuti menerusi sajak
“Virus Dari Langit Global” ini telah menerapkan nilai jati diri dalam karyanya. Hal
ini dapat dilihat pada rangkap ketiga iaitu:
Kontang sudah ladang yang subur
semaian hijau yang kita benih
bergerimiskan curahan peradaban dan
dibajai akhlak pekerti
diracuni semilir wabak yang mengotori
diterapkan angina hitam sosial
merebak menyusup jati diri
sekujur jiwa belia generasi
(Virus Dari Langit Global, Rangkap 2, baris 7)

9

Berdasarkan contoh diatas, penyajak telah menerapkan nilai jati diri yang

baik yang perlu ada pada generasi muda. Hal ini dikatakan demikian kerana,

penyajak risau dan bimbang generasi kini musnah dimana mereka kini telah

terpengaruh dengan pelbagai budaya dan nilai negatif sehingga memusnahkan jati

diri yang baik dalam diri mereka. Sekiranya kita membentuk dan mempunyai jati

diri yang baik sudah pasti diri tidak akan terjerumus dengan perkara negatif

Sekiranya kita tidak membentuk jati diri yang baik, sudah pasti masyarakat

pandang rendah terhadap kita. Jelaslah disini bahawa, puisi ini mempunyai

kekuatan dalaman yang mana penyajak menerapkan nilai jati diri supaya pembaca

lebih bersemangat dan berusaha memperbaiki diri dan memilih jalan yang terbaik

dalam kehidupan mereka.

4.3 Mencintai Tanah Ini Karya Lim Swee Tin

Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini
Sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit dan denai-denai desa

Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini
Dengan pedang terhunus dendam berpercikan silau kebencian.

Sejarah pertiwi masih cermat tersimpan
Dalam album purbanya ngilu hiris cengkam penjajah

Berganti silih
Mencakar sukma ibunda
Hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya.

Dengup ingin anak-anak bangsa
Masih kental mengisi mimpi

Membenteng tanah yang sesusuk ini
Dengan harga cinta tak tertawarkan
Dengan anyam kasih tak tercelakan.

Kemerdekaan yang kita genggam bukan kata hiasan
Seperti kedaulatan bukan hanya seuntai slogan
Telah berjanji kita atas nama bumi pusaka

Sepakat rela kita julang menjunjungnya ke puncak persada.

Marilah kita tentang perobek angin muim sentosa
Hingga luluh sayapnya melayang ke gurun-gurun yang saujana

Marilah kita lestarikan limpah rahmat
Bernafaskan kasih luhur

Dengan jiwa paling bening tunduk dan syukur.

10

4.3.1 Nilai Patriotisme
Sajak Mencintai Tanah Ini dilihat menekan nilai yang berbentuk patriotisme.
Patriotisme didefinisikan sebagai sifat positif yang mencintai tanah air. Nilai
patriotisme menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya ianya diamalkan
dan dijiwai oleh masyarakat. Nilai ini akan memberi kesan kepada kekuatan
dalaman pembaca melalui bacaannya dan seterusnya dapat menyumbang ke arah
pembentukan masyarakat yang harmoni, terutamanya generasi muda. Jesteru itu,
adalah sangat wajar bagi mereka untuk menjadikan nilai patriotisme sebagai
amalan atau pegangan nilai yang dapat menjadikan seseorang individu tersebut
berakhlak mulia dan berhemah tinggi. Seperti yang dinyatakan dalam sajak pada
rangkap pertama ;
Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini
Sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit dan denai-denai
desa
Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini
Dengan pedang terhunus dendam berpercikan silau kebencian.
(Mencintai Tanah Ini, Rangkap 1)

Pada rangkap ini, pengarang memberi amaran kepada musuh yang berusaha
untuk mencuri kedaulatan negara. Namun, percubaan tersebut akan ditentang
dengan tegas oleh rakyat Malaysia yang mempunyai semangat cintakan negara.
Penentangan ini bukanlah bermaksud individu tersebut memberontak dengan
tindakan yang dilakukan oleh pengganas tetapi ianya membuktikan kecintaan dan
keberanian rakyat yang melambangkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada
negara. Tanpa kita sedar, semangat patriotisme memainkan peranan yang sangat
penting dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang
dicapai sehingga kini. Melalui penulisan sajak ini, pengarang cuba menekankan
nilai keberanian yang perlu ada dalam diri masyarakat. Hal ini akan mendorong
mereka untuk mempertahankan negara dengan apa cara sekalipun. Jelaslah,
pembinaan kekuatan dalaman yang diterapkan oleh pengarang melalui sajaknya ini
akan memberi kesan yang positif kepada pembaca. Namun, dari sudut negatifnya
pengarang cuba menaman perasaan benci dan dendam masyarakat terhadap

11

penjajah yang menimbulkan ketegangan di negara kita. Tetapi, pada analisis kami
kebencian dan dendam mestilah disalurkan kepada mereka yang benar-benar
melakukan kejahatan, bukanlah kepada mereka yang inginkan kedamaian.
Walaupun sesebuah negara tersebut dikatakan penjajah, namun masih ada
sebahagian masyarakatnya yang cintakan kedamaian. Oleh itu, kita perlu
berwaspada dalam menyebarkan kebencian dan memikirkan kesannya kepada
negara supaya segala perselisihan faham dan pemberontakkan diselesaikan dengan
budi bicara.

4.3.2 Nilai Menghargai
Nilai menghargai merupakan nilai yang digambarkan supaya pembaca menilai dan
menghayati jasa-jasa pejuang. Menghargai boleh dilakukan dengan pelbagai cara
seperti mengungkapkan perkataan terima kasih, mendoakan kesejahteraan individu
tersebut dan menjaga negara dengan sebaik-baiknya. Pengarang sajak Mencintai
Tanah Ini menekankan nilai menghargai kepada pembaca dengan menyatakan jasa
para pejuang yang telah berkorban untuk negara. Kekuatan dalaman yang dibina
melalui karya sajak ini memberi kesan kepada pembacaan kami untuk terus
mengingati dan menghargai yang menjadi tanda sebagai nilai kasih sayang bangsa
kepada negara tercinta. Nilai ini mendidik kami dan para pembaca supaya tidak
menjadi seperti “kacang yang lupakan kulitnya”. Contoh petikan sajak pada
rangkap kedua ;

Sejarah pertiwi masih cermat tersimpan
Dalam album purbanya ngilu hiris cengkam penjajah
Berganti silih
Mencakar sukma ibunda
Hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya.

(Mencintai Tanah Ini, Rangkap 2, baris 3)

Berdasarkan petikan ini, pengarang cuba mengingatkan pembaca bahawa
walaupun zaman telah bersilih ganti. Namun, sejarah yang dilakukan oleh pejuang
bangsa masih tetap dikenang dan masih terkesan dengan kezaliman serta
penindasan yang dilakukan. Ini kerana, mengenangkan jasa para pejuang bermakna

12

kita sebagai rakyat yang menikmatinya menghargai jasa mereka. Pengarang juga
turut menyelitkan rasa ngilu, sakit dan pedihnya para pejuang sewaktu berada di
cengkaman penjajah yang menghadirkan perasaan sedih dan terharu kami terhadap
perjuangan mereka. Penerapan nilai menghargai dalam karya yang diketengahkan
oleh pengarang sejujurnya telah memberi kesan kekuatan dalaman kepada
semangat kecintaan kami untuk mengekalkan kedaulatan negara. Jesteru itulah,
pengkaryaan sajak haruslah berintikan nilai-nilai positif yang memberi kekuatan
dalaman kepada para pembaca supaya tidak menjadi pembelot kepada kehancuran
negara.

4.3.3 Nilai Keberanian
Nilai keberanian yang digambarkan pengarang melalui sajaknya, pengarang
menyelitkan rasa semangat kepada anak muda untuk mewarisi semangat juang
untuk mempertahankan negara. Dengan menyertai Angkatan Tentera Malaysia,
perasaan pertama yang dapat digambarkan oleh ahli keluarga adalah perasaan
bangga. Ini kerana, anak-anak mereka mengorbankan jiwa, masa dan waktu
mudanya untuk menjadi salah satu wira negara. Menghabiskan latihan tentera
bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Perajurit muda ini terpaksa menahan mental
dan fizikal mereka demi membuktikan jiwa seorang pejuang yang mampu
melakukan apa sahaja. Kekurangan waktu rehat dan tidur tidak menghalang para
perajurit muda untuk mengalah dalam dunia ketenteraan. Namun, ianya dijadikan
semangat untuk membuktikan kepada dunia. Seperti yang dinyatakan dalam sajak
Mencintai Tanah Ini pada rangkap ketiga ;
Dengup ingin anak-anak bangsa
Masih kental mengisi mimpi
Membenteng tanah yang sesusuk ini
Dengan harga cinta tak tertawarkan
Dengan anyam kasih tak tercelakan.
(Mencintai Tanah Ini, Rangkap 3)

Ternyata, pembinaan kekuatan dalaman terhadap pembacaan sajak telah
membangkitkan semangat kami sebagai generasi muda di negara ini. Namun,
berbeza dengan penyampaian yang akan disalurkan oleh kami, bukanlah dari segi

13

ketenteraan, tetapi dengan mendidik anak bangsa yang berada di sekolah untuk

mencintai dan menyayangi negara Malaysia.

4.4 Ingatan Kepada Kawan “xxiv” Karya Zaen Kasturi

Risik hujan dan gersangnya dedaunan
adalah perkalihan musim
yang perlu kita lalui

segala-galanya berjalan dan terus berjalan
segala-galanya ersatu untukmu
segala-galanya akan ersatu dalam
kejernihan sukmamu.

Aku adalah bayangan yang entah
sementara atau nyata
di sebalik rendang dan
redupnya pohon hayat

mungkin saat kita mengunyah
makna semua ini

kita akan menjadi diri kita yang tahu
apa itu resah ersat dan risik hujan

tak kunjung mimpi tanpa
tidur yang ersatu

tak hadir cinta tanpa hidup yang
ditakdirkan.

Saat kita menyedari bahawa hidup
menggendong kita

pada suatu arah yang benar dan terang
kita akan terus menjadi sepasang

serangga yang mengerti di mana ersat
berguling, di mana bunga berpuing aku

akan menjagamu kau akan menjadi
sebahagian daripada riwayatku.

Mengerti kejadian cinta adalah
perihal menjaga bukan semata
keinginan kuat untuk memilikinya.

Kau adalah gunung
yang menampung
seluruh puncak sepi dan derita.

Kau adalah samudera
yang menenggelamkan

14

segenap benci dan angkara.
Hidup ini bagaikan karang segara

kan sering dipukul gelombang.
(Kau tahu? Itulah yang membuatnya indah)

4.4.1 Nilai Kasih Sayang
Kasih sayang merupakan nilai yang lahir daripada perasaan individu kepada
individu yang lain. Nilai ini dianggap sebagai nilai yang memupuk dan dapat
menjalinkan hubungan yang baik antara masyarakat. Penerapan nilai ini
diketengahkan oleh pengarang dan menjadi kekuatan dalaman kepada pembaca
untuk menyebarkan nilai kasih sayang kepada kawan-kawannya. Kawan
merupakan insan yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan kepada
perbuatan yang baik. Berkongsi masalah, cerita, minat dan sebagainya merupakan
tanda bahawa kita mempercayai kawan kita yang sanggup menghadapi susah dan
senang bersama-sama. Contohnya ;

Segala-galanya berjalan dan terus berjalan
segala-galanya akan ada untukmu
segala-galanya akan bersatu dalam
kejernihan sukmamu.

(Ingatan Kepada Kawan “xxiv”, Rangkap 1)
`

Berdasarkan petikan sajak yang dinyatakan, pengarang cuba mendidik
pembaca untuk terus mengingati kawan yang sentiasa bersamanya. Walaupun
peredaran masa terus berjalan, namun hubungan dan kenangan yang dicipta tidak
dapat diputuskan.

4.4.2 Nilai Setia Kawan
Setia kawan merupakan nilai yang dikatakan menjamin sesebuah hubungan yang
berkekalan. Sifat setia kawan yang utuh akan membentuk sesebuah ikatan yang
harmoni. Melalui penulisan ini, pengarang cuba mendidik pembaca untuk
menghargai kawan dan menjadikan mereka sebahagian daripada kehidupan kita.
Dengan mewujudkan kesefahaman yang baik, sikap setia kawan ini akan terus
dikekalkan. Contohnya ;

15

kita akan terus menjadi sepasang
serangga yang mengerti di mana angin
berguling, di mana bunga berpuing aku
akan menjagamu kau akan menjadi
sebahagian daripada riwayatku.

(Ingatan Kepada Kawan “xxiv”, Rangkap 3, Baris 4)

Penyataan sajak ini, jelas mengambarkan hubungan yang baik antara
penyajak dan kawannya. Persefahaman yang wujud, saling memahami antara satu
sama lain merupakan kunci kekuatan dalaman kepada hubungan. Begitu juga
kepada pembaca, melalui sajak yang dibaca, pembaca dapat menghayati dan
mengerti maksud yang disampaikan oleh pengarang dan seterusnya menerapkan
dalam hubungan berkawan.

4.4.3 Nilai Kesabaran
Kesabaran merupakan nilai yang perlu dipupuk dalam setiap perhubungan. Ini
kerana, sabar dapat mendidik individu menahan daripada api kemarahan dan buruk
sangka terhadap kawannya. Terutamanya, ketika salah faham berlaku individu
perlulah mengambil masa untuk bertenang dengan tidak bertindak melulu. Dan
setelah berjaya menenangkan diri, masalah tersebut perlulah dibincangkan
bersama-sama supaya ianya dapat mencapai kesefahaman bersama. Mendengar
penjelasan amatlah penting sebelum kita menjatuhkan hukum kepada kesalahan
yang dilakukan oleh kawan. Jesteru itu, pentingnya nilai kesabaran yang diterapkan
oleh pengarang melalui sajaknya ini menjadi kekuatan dalaman yang mendorong
pembaca untuk memahami dan mengaplikasikan dalam perhubungan mereka.
Contoh yang dipetik daripada sajak Ingatan Kepada Kawan ;

Hidup ini bagaikan karang segara
kan sering dipukul gelombang.
(Kautahu? Itulah yang membuatnya indah)

(Ingatan Kepada Kawan “xxiv”, Rangkap 5, Baris 3)

Berdasarkan petikan sajak yang diambil, pengarang menyatakan bahawa
dalam perhubungan pasti “kan sering dipukul gelombang”. Kenyataan yang
digambarkan ini membawa maksud bahawa dalam perhubungan sentiasa akan di

16

uji. Namun, dengan nilai kesabaran yang ada, persabahatan yang dijalinkan dapat
dikekalkan. Melalui pembacaan, pembaca dapat membina kekuatan dalaman
melalui nilau kesabaran yang diketengahkan oleh pengarang.

4.5 Sepi Syawal Tanpa Bonda Karya Amylia Hussain
Rasa sendu
Terkilan
Kecewa
Dan duka

Semuanya terjaring
Dalam relung hati
Membiaskan lahar kesyahduan dan kesunyian
Lalu terpancar pada arca wajah.

Kedamaian tiada lagi
Sedang dahulunya

Tika alunan bergema
Akulah insan paling ceria
Merenung redup matanya sebening embun pagi
Menatap raut wajahnya setulus sinar mentari

Betapa di dada tuanya
Teranyam kelongsong kesabaran

di hati penuh makna.

Sunyi membungkam dalam diri
Sepi diri tanpa bonda
Kepiluan melamar jua
Ibu,

Kau masih dalam ingatan
Memoriku sepi tanpa ibu.

4.5.1 Nilai Kesabaran
Sabar merupakan kata yang sering kali diucapkan oleh lisan. Orang yang memiliki
sifat sabar akan memperoleh ketenangan, ketentraman dan kelapangan hati. Sabar
memang bukanlah suatu perkara mudah yang bisa diterapkan dalam kehidupan
sehari-hari, namun tidak pula mustahil seseorang memiliki sifat penyabar.
Islam memandang sifat sabar ini sebagai salah sifat terpuji yang harus dimiliki oleh
orang-orang yang beriman kepada Allah SWT. Orang yang tidak sabar tidak bisa
dikatakan sebagai orang yang beriman. Untuk lebih jelasnya, berikut ini akan

17

dibahas tentang pengertian sabar dalam Islam dan dalil-dalil yang berkaitan dengan
sabar.

Kesabaran juga mewakili keupayaan untuk belajar menunggu seseorang
atau sesuatu tanpa terganggu semasa menunggu ("Saya mempunyai banyak
kesabaran, saya memutuskan untuk tinggal di syarikat itu dan, akhirnya, saya
dinaikkan pangkat"), keupayaan menjalankan pelan atau tugas yang berbeza tanpa
membenarkan kebimbangan untuk merosakkan objektif ("Dengan kesabaran,
saya dapat menyelesaikan teka-teki 2,000 keping") atau kelambatan yang mana
satu aktiviti dibangunkan yang menuntut ketepatan dan ketelitian ("Rahsia untuk
menghias kek adalah untuk membuat setiap langkah dengan kesabaran").

Kesabaran, secara ringkas, berkait rapat dengan tenang dan dengan
keamanan . Seorang pesakit, mengikut definisi teori, adalah orang yang tahu
bagaimana untuk menunggu dan berjaya mengambil sesuatu yang mudah.
Sebaliknya adalah subjek tidak sabar apa maksudnya cemas dan anda mahu
semuanya dengan serta-merta. Nilai kesabaran ini dapat dilihat pada contoh sajak
Sepi Syawal Tanpa Bonda tersebut, iaitu

“Kedamaian tiada lagi
Sedang dahulunya
Tika alunan bergema
Akulah insan paling ceria
Merenung redup matanya sebening embun pagi
Menatap raut wajahnya setulus sinar mentari
Betapa di dada tuanya
Teranyam kelongsong kesabaran
di hati penuh makna.”

(Sepi Syawal Tanpa Bonda. Rangkap 2, Baris 8)

Berdasarkan pada baris 8 tersebut dapat dijelaskan teranyam kelongsong
dengan kesabaran. Perkara ini dapat dihuraikan berkenaan seorang insan yang sabar
dalam menahan kerinduannya terhadap bondanya. Perkara ini dilihat pada situasi

18

individu yang mengimbas kembali keadaan bondanya yang mengannyam
kelongsong (ketupat) dengan penuh kesabaran. Aspek kesabaran ini penuh dengan
makna dalam menyambut Aidilfitri. Individu tersebut berasa syahdu dan sunyi
kerana menyambut bulan syawal tanpa bonda. Kesabarannya dapat dilihat pada
arca wajahnya ataupun riak wajahnya. Hal ini dapat dikaitkan dengan kekuatan
dalam seseorang individu dari aspek kesabaran. Kekuatan dalaman individu
melalui nilai kesabaran salah satu nilai yang positif yang mampu melahirkan modal
insan yang positif dan mampu membawa kearah yang membangun bagi masyarakat
ataupun pembaca di masa yang akan datang.

4.5.2 Nilai Kasih Sayang
Secara umumnya, kasih sayang merupakan kepekaan dan perasaan cinta yang
mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Sikap kasih sayang
ini perlu dipupuk dalam setiap diri manusia supaya manusia mampu untuk
melahirkan perasaan sayang menyayangi sesama manusia, haiwan, tumbuhan dan
benda.
Kasih sayang adalah suatu perasaan universal dan perasaan ini
menyelubungi keseluruhan kehidupan manusia dan juga haiwan. Manusia dan
haiwan memiliki perasaan kasih sayang dalam menjalinkan perhubungan
sesamanya. Perasaan kasih sayang mengeratkan perhubungan di antara manusia
dengan manusia, manusia dengan alam fauna dan juga manusia dengan alam flora.
Kamus The English Dictionary (Word Power Dictionary: Reader’s Digest,2003)
memberikan pengertian tentang perasaan kasih sayang.

Love : to have warm affection for or devotion to, iaitu, kasih sayang
merupakan ketaatan ataupun kebaktian yang mengharukan hati.

Manakala, The Oxford Dictionary (Oxford Student’s Dictionary of Current
English,1989) mentafsirkan perasaan kasih sayang seperti berikut:

19

Love : a very strong, pleasant feeling about a person, iaitu, perasaan kasih
sayang merupakan perasaan gembira dan suka terhadap seseorang.

Kasih sayang juga merupakan perasaan yang wujud dalam diri manusia dan
perasaan ini menjadi asas bagi menjalinkan perhubungan sesama manusia, haiwan
serta tumbuhan. Kasih sayang yang suci dan setia tidak mementingkan tarikan
seksual, umur, pekerjaan dan status seseorang. Ianya juga tidak akan mengharapkan
sesuatu pulangan ataupun balasan. Hal ini turut dapat dilihat pada contoh sajak Sepi
Syawal Tanpa Bonda tersebut, iaitu :

“Kedamaian tiada lagi
Sedang dahulunya
Tika alunan bergema
Akulah insan paling ceria
Merenung redup matanya sebening embun pagi
Menatap raut wajahnya setulus sinar mentari
Betapa di dada tuanya
Teranyam kelongsong kesabaran
di hati penuh makna.”

(Sepi Syawal Tanpa Bonda. Rangkap 2, Baris 3 dan 4)

Berdasarkan baris 3 dan 4 jelas menunjukkan nilai kasih sayang. Nilai kasih
sayang pada baris ini memperlihatkan bahawa dia lah insan yang paling ceria
kerana dapat meraihkan Aidilfitri bersama keluarga, hal ini menunjukkan konteks
kasih sayang bagi aspek kekeluargaan. Perkara tersebut juga boleh dilihat dari segi
nilai kasih sayang bagi aspek ketuhanan, di mana individu tersebut berasa ceria
untuk meraihkan kemenangan selepas menjalani bulan Ramadan. Nilai kasih
sayang amatlah penting dalam pembinaan kekuatan dalam bagi seseorang individu
tersebut, dimana hal ini membolehkan seseorang itu untuk bertindak baik kepada
orang lain. Jelaslah nilai kasih sayang ini sebahagian daripada pembinaan kekuatan
dalaman yang positif kepada seseorang individu.

20

4.5.3 Nilai Ketabahan.
Nilai ketabahan membawa maksud keberanian, kecekalan hati dan keteguhan hati
dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran hidup. (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2007). Ketabahan dapat dikaitkan dengan kehidupan seseorang.
Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa kehidupan adalah
lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya pada saya adalah suatu
salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri
naik dan turun. Tetapi jika anda adalah seorang yang percaya kepada kerja keras,
sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka
apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan
berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda
ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-
masanya kesukaran perlu dihadapi. Hal ini turut dapat dilihat pada contoh sajak
Sepi Syawal Tanpa Bonda tersebut, iaitu :

“Sunyi membungkam dalam diri
Sepi diri tanpa bonda
Kepiluan melamar jua
Ibu,
Kau masih dalam ingatan
Memoriku sepi tanpa ibu.”

(Sepi Syawal Tanpa Bonda. Rangkap 2, Baris 5 dan 6)

Berdasarkan baris 5 dan 6, penulis begitu tabah dalam melawan kerinduan
terhadap bondanya. Bondanya sentiasa dalam ingatan meskipun memorinya sepi
tanpa bondanya, hal ini menunjukkan sifat ketabahan yang sangat tinggi dalam
mendepani kehidupannya tanpa seorang Ibu yang telah pergi untuk selamanya-
lamanya. Hal ini turut memperlihat pembinaan kekuatan dalaman yang sangat jelas,
dimana tabah itu ialah nilai murni. Dalam perjuangan memerlukan ketabahan.
Sekiranya ingin berjaya dalam perjuangan dan pencapaiannya cemerlang maka
seseorang itu mesti tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

21

4.6 Pancangan Kenangan Karya Khadijah Hashim

Ada telinga cuma hiasan muka
dia pekak diasak bunyi jentolak

tidak terdengar kicau murai
nyaring katak memanggil hujan
bising cengkerik di kala senja
desir daun kelapa disentuh angina

juga kocakan air di sungai
ke manakah suara itu menghilang?

Dia mengangkat muka letih
setelah lama tunduk menurut perintah
akur dengan rentak arus perubahan
di sana terhampar padang nan tandus

di sini bukit gondola hilang hutan
bumi merekah telaga kontang

kering dasar sungai tebing pun hilang
kita berjalan kaki tak perlu bersampan!

Suara kapitalis kain lantang
bantahan pencinta alam dicatatkan

janjinya akan segera bertindak
kempen dan slogan cintai sungai
tidak berdaya menjernihkan air
mempertahankan nyatuh dan merbau
memanggil datang terkukur dan punai
tiada lagi ngauman berani harimau
letih lesu hilang daya melawan
yang tinggal hanya pancang kenangan.

4.6.1 Nilai Amanah

Berdasarkan Kamus Dewan (1996) amanah adalah sesuatu yang dipercayakan

kepada orang sebagai contoh diserahkan sesuatu untuk disimpan. Amanah adalah

satu tanggungjawab yang diberikan sebagai satu prinsip untuk tidak mengambil

kesempatan dengan menggunakan pengaruh dan kuasa yang sedia ada (Mumtaz,

Norzaini & Mohammed Sani, 2010). Amanah secara etimologis (pendekatan

kebahasaan/lughawi) dari bahasa Arab dalam bentuk mashdar dari (amina-

amanatan) yang bererti dapat dipercaya. Amanah menurut pengertian terminologi

(istilah) terdapat beberapa pendapat, diantaranya menurut Ahmad Musthafa

AlMaraghi,

22

Amanah adalah sesuatu yang harus dipelihara dan dijaga agar sampai
kepada yang berhak memilikinya. Sedangkan menurut Ibn Al-Araby, amanah
adalah segala sesuatu yang diambil dengan izin pemiliknya atau sesuatu yang
diambil dengan izin pemiliknya untuk diambil manfaatnya. Dari beberapa
pengertian di atas, dapat difahami bahawa amanah adalah menyampaikan hak apa
saja kepada pemiliknya, tidak mengambil sesuatu melebihi haknya dan tidak
mengurangi hak orang lain. Ahmad Musthafa Al-Maraghi membahagi amanah
kepada tiga iaitu amanah manusia terhadap Tuhan melaksanakan semua perintah
Tuhan dan meninggalkan semua laranganNya,

Amanah merupakan perkara yang penting dalam diri seorang muslim. Sifat
ini akan memandu manusia dalam amalan seharian. Ia juga sifat yang akan
menentukan baik buruk akhlak seseorang dalam urusan seharian. Islam menuntut
umatnya berpegang dengan sifat amanah sehingga ia disebut dalam ayat al-Quran
dan juga hadis daripada Rasulullah s.a.w. Dalam Islam, amanah (Bahasa Arab:
‫) أمانة‬adalah tuntutan Iman .Lawannya khianat adalah salah satu ciri kekafiran .
Seseorang yang amanah akan berusaha untuk memenuhi dasar ,kod etika ,undang-
undang dan janji-janji mereka .Hal ini turut dapat dilihat pada petikan sajak
Pancangan Kenangan iaitu :

Dia mengangkat muka letih
setelah lama tunduk menurut perintah
akur dengan rentak arus perubahan
di sana terhampar padang nan tandus
di sini bukit gondola hilang hutan
bumi merekah telaga kontang
kering dasar sungai tebing pun hilang
kita berjalan kaki tak perlu bersampan!

(Pancangan Kenangan. Rangkap 2. Baris 2)

Berdasarkan baris kedua tersebut memperlihatkan unsur amanah. Melalui
baris tersebut menceritakan tentang individu yang amanah terhadap

23

tanggungjawabnya sebagai seorang masyarakat kepada pemerintahnya meskipun
perkara tersebut adalah salah, namun kelakuan tersebut adalah perkara yang positif
dan boleh manjadi contoh yang baik kepada orang lain dari sisi baik akan hal
tersebut. Nilai amanah ini adalah salah satu ciri yang terbaik dalam pembinaan
kekuatan dalaman bagi seseorang individu. Terdapat kelebihan bagi orang yang
melaksanakan amanah dengan baik. Ia menjadi kelebihan baginya berbanding
orang yang tidak beramanah. Sabda Rasulullah s.a.w dari Abu Musa dari Nabi
s.a.w, beliau bersabda: "Seorang bendahara muslim yang melaksanakan
tugasnya dengan jujur, dan membayar sedekah kepada orang yang
diperintahkan oleh majikannya secara sempurna, dengan segera dan dengan
pelayanan yang baik, maka ia mendapat pahala yang sama seperti orang yang
bersedekah." (Sahih muslim. Zakat no 1699). Ia adalah seorang yang amanah dan
memelihara apa yang diamanahkan padanya. Ia tidak akan mengeluarkan harta
melainkan dengan keizinan tuan punya. Ia seorang yang bersegera dalam
memelihara amanah. Orang yang beramanah juga diberi gelaran orang yang benar.

4.6.2 Nilai Cintai Alam Sekitar
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di
muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran
munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung
sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan
kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di
lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit
sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Nilai cintakan alam sekitar boleh juga ddikatakan sebagai nilai
menghormati alam atau bumi bermaksud semua spesis mempunyai hak untuk hidup
atau sekurang-kurangnya berjuang untuk hidup, oleh kerana ia juga makhluk yang
dijadikan Tuhan. Hak mereka ini tidak bergantung kepada samada spesis tersebut

24

'berguna' kepada manusia. Seterusnya nilai murni alam sekitar ialah hidup
seimbang. Ini bermaksud perkara-perkara yang terbaik di dalam hidup ini bukan
sahaja memiliki kebendaan, perasaan kebahagiaan perlu diambilkira. Jika memiliki
harta benda tetapi hidup dipenuhi oleh perasaan tidak bahagia kerana berlakunya
pemusnahan alam, ia tidak beerti buat kita semua. Disamping itu,nilai murni yang
boleh dikaitkan dengan nilai cintakan alam sekitar ialah mementingkan
kemampanan ekosistem. Sesuatu itu adalah baik apabila ia dapat mengekalkan
keutuhan ekologi, keterusan dan kepelbagaian sistem-sistem yang menyara
kehidupan di bumi untuk kita dan hidupan-hidupan yang lain dan salah apabila ia
mengakibatkan yang sebaliknya. Mengekalkan hidupan liar dan kepelbagaian
hidup atau biodiversiti juga merupakan salah satu nilai murni alam sekitar. Manusia
yang mengakibatkan kepupusan mana-mana spesis liar serta menghapus dan
memusnahkan habitat mereka adalah satu tindakan yang salah. Hidupan liar
mempunyai hak untuk hidup. Manusia yang memusnahkan habitat mereka perlu
bertanggungjawab atas tindakan mereka. Hal ini turut dapat dilihat pada petikan
sajak Pancangan Kenangan iaitu:

Suara kapitalis kain lantang
bantahan pencinta alam dicatatkan
janjinya akan segera bertindak
kempen dan slogan cintai sungai
tidak berdaya menjernihkan air
mempertahankan nyatuh dan merbau
memanggil datang terkukur dan punai
tiada lagi ngauman berani harimau
letih lesu hilang daya melawan
yang tinggal hanya pancang kenangan.

(Pancangan Kenangan. Rangkap 3. Baris 4-8)

Berdasarkan baris empat hingga lapan menunjukkan nilai tersebut, iaitu
nilai cintakan alam sekitar. Melalui baris pada sajak tersebut menunjukkan
perasaan kecewa akan kerosakan alam dan mempunyai perasaan balas kasihan akan

25

kerosakan pada alam tersebut, hal tersebut juga menunjukkan perasaan prihatin

yang mandalam terhadap kualiti flora dan fauna, seperti yang kita tahu alam sekitar

adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa,

agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau,

udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar

kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan

pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja

kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan

hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus

tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah

menjaga alam sekitar perlulah diambil

4.7 Citra Pelangi 1 Malaysia
Kita berfikir tentang sejuta mimpi
Yang tumbuh rendang

Dari lena dari tidur dari sepi malam
Mari kita himpunkan angannya
Menjadi mentari pagi

Kita menyulam sejuta jiwa
Yang bergetar dalam riak rasa berbeza

Menjadi sebuah lagu cinta
Lirik perpaduan seni senegara
Rentak fikir bersama berpadu
Inilah muzik satu hari sejiwa
Rumpun pelbagai bangsa satu bahasa
Berlagu senada menari langkah sekata

Kita menghulur jemari hati
Menghantar pesan seloka
Mengirim diksi dari langit
Mantera dari rumpun Melayu
Air mawar dari sumur nusantara
Satukan menjadi jamu cinta
Tika santap dalam pentas terbuka
Di anjung pelbagai sejuta budaya
Duduk-duduk berlamalah disini
Sambil menganyam citra pelangi

Di wajah 1Malaysia
Kelak kita menjadi lebih faham

26

Perlunya berfikir dan bertindak
Dalam bersatu

4.7.1 Nilai Patriotisme
Nilai Patriotisme membawa maksud semangat cinta akan tanah air yang begitu
tinggi dalam diri setiap individu. Patriotisme merupakan satu perkara yang penting
kepada rakyat bagi setiap negara khususnya negara Malaysia. Patriotisme ini bukan
hanya dilihat sebagai semangat, tetapi ia juga merupakan suatu yang agung dan
melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan,
jati diri dan kemerdekaan. Nilai ini dapat dilihat melalui petikan sajak Citra Pelangi
1 Malaysia seperti yang berikut:
Kita menyulam sejuta jiwa
Yang bergetar dalam riak rasa berbeza
Menjadi sebuah lagu cinta
Lirik perpaduan seni senegara
Rentak fikir bersama berpadu
Inilah muzik satu hari sejiwa
Rumpun pelbagai bangsa satu bahasa
Berlagu senada menari langkah sekata
(Citra Pelangi 1 Malaysia, Rangkap 2)

Berdasarkan baris keenam hingga baris ke tiga belas menunjukkan bahawa
terdapat nilai patriotisme yang diketengahkan oleh penulis kepada pembaca.
Perenggan tersebut telah memaparkan bahawa penulis mengajak manusia atau
rakyat yang mendiami sesebuah negara dalam usaha untuk menghayati dan
menyemarakkan perpaduan bangsa tidak kira melalui bahasa dan lagu.

4.7.2 Nilai Kesungguhan
Nilai kesungguhan membawa maksud melakukan sesuatu perkara tersebut dengan
sebaik mungkin sehingga tercapai apa yang dihajati. Dalam usaha untuk
mendapatkan sesuatu, setiap individu mahupun masyarakat perlu menanam sifat
dan nilai yang baik ini dalam diri masing-masing. Hal ini kerana kejayaan itu tidak
akan pernah datang dengan sendirinya tanpa sebarang usaha dan kesungguhan.
Manusia pada masa kini dilihat ingin mengecapi kejayaan tetapi usaha yang
dilakukan tidak sejajar dengan apa yang ingin dicapai. Petikan sajak yang

27

menjelaskan tentang nilai kesungguhan ini kepada para pembaca adalah seperti
yang berikut;

Kita berfikir tentang sejuta mimpi
Yang tumbuh rendang
Dari lena dari tidur dari sepi malam
Mari kita himpunkan angannya
Menjadi mentari pagi

(Citra Pelangi 1 Malaysia, Rangkap 1)

Merujuk kepada rangkap satu bagi sajak Citra Pelangi 1 Malaysia ada
dinyatakan tentang mimpi. Jika seseorang pembaca itu mengamati petikan sajak
tersebut dengan teliti, mereka akan dapat mengetahui bahawa penulis bagi sajak
tersebut ada membawakan satu pesanan yang sangat baik iaitu kita sebagai manusia
mempunyai angan-angan dan impian yang kita dambakan. Tetapi mimpi akan tetap
menjadi mimpi jika tiada kesungguhan yang bergerak selari dalam menjadikan
ianya sebagai realiti. Penulis juga turut menyatakan dan mengajak manusia untuk
menghimpunkan angan-angan dan impian tersebut lantas menjadikan ianya
sebagai kenyataan tanpa membiarkan impian dan angan-angan tersebut terkubur
ditelan kemalasan dan tiadanya kesungguhan untuk mencapai sesebuah kejayaan
dalam kehidupan.

4.8 Kuntum Rahsia dari Taman Takdir
1

Sewaktu bersemi benih percaya
Ditabur subur di atas batas setia
Bersinar perca-perca cahaya yang
Didamba tunas sepohon akrab
Adalah baja-baja bahagia; kerana

Kelopak kehidupan mewarna
Bersama harum kuntum kenanga(n)

2
Hadir perjaka meniti janji
Dengan genggam akad seluruh bukit dan badai
Di bahu, seluhur budi sutera ijab
Disatu-tidak semudah lafaz ruang
Memberi ci(n)ta- harap dan bintang

28

3
Siaga dari serangga curiga

Hari-hari hadap rahsia
Pencipta, bunga-bunga harapan
Dipelihara dalam dakapan doa

Denai-dilalui-ditempa
Merungkai debar sabar

Membina taman teja
Atas namamu, maharani

4.8.1 Nilai Kebahagiaan
Kebahagiaan merujuk kepada suatu keadaan atau perasaan aman damai serta
gembira yang dihimpunkan menjadi satu rasa. Dengan bahasa yang lebih mudah,
kebahagiaan itu dianggap sebagai sesuatu yang melebihi daripada hanya perasaan
gembira. Secara umumnya, kegembiraan yang dihadapi dalam sesuatu situasi itu
berkait rapat dengan sesuatu kejadian sedangkan kebahagiaan pula adalah sesuatu
yang dilihat secara umumnya lebih luas dan pelbagai sebagai contoh kebahagiaan
dalam rumahtangga, kebahagiaan dalam suasana pekerjaan dan sebagainya.
Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur melalui penampilan dan fizikal. Hal ini
kerana ada segelintir manusia yang dilihat gembira tetapi belum mengecapi sesuatu
yang disebut sebagai bahagia. Setiap individu dan masyarakat juga mempunyai
definisi bagi kebahagiaan dalam diri masing-masing yang berbeza-beza sebagai
contoh bagi masyarakat yang berada di luar dan tidak mempunyai kecukupan dari
segi keperluan makanan harian akan berasa bahagia apabila ada yang
menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada mereka. Begitu juga dengan
manusia yang berharta tetapi dikelilingi suasana kekeluargaan yang tidak harmoni
juga tidak akan pernah wujud perasaan bahagia dalam kamus hidup mereka.
Berbalik kepada sajak di atas, contoh petikan yang memaparkan nilai kebahagiaan
tersebut adalah seperti yang berikut;

Sewaktu bersemi benih percaya
Ditabur subur di atas batas setia
Bersinar perca-perca cahaya yang
Didamba tunas sepohon akrab

29

Adalah baja-baja bahagia; kerana
Kelopak kehidupan mewarna
Bersama harum kuntum kenanga(n)

(Kuntum Rahsia dari Taman Takdir, Rangkap 1)

Berdasarkan daripada petikan sajak di atas, penulis menjelaskan bahawa
dalam memperoleh sesebuah kebahagian perlu digabungkan beberapa elemen-
elemen yang penting seperti kepercayaan, kesetiaan dan kebersamaan.
Kebahagiaan itu akan wujud apabila salah satu daripada elemen tersebut diterapkan
dalam setiap perhubungan.

4.8.2 Nilai Menepati Janji
Janji merujuk kepada ikrar dan persetujuan di antar dua pihak atau lebih yang
memerlukan setiap daripada perjanjian tersebut ditunaikan dengan sebaik mungkin.
Dalam Islam juga adalah diwajibkan dan dituntut oleh seseorang yang
mengucapkan secara lisan mahupun secara tulisan untuk menunaikan janji yang
dikotakan. Jika dilihat dari konteks masyarakat pada hari ini, janji yang ditepati itu
dapat menjadi penghubung kepada sesebuah hubungan jika ditunaikan malah ianya
juga dapat menjadi perosak kepada setiap perhubungan jika ianya di mungkiri.
Petikan sajak yang menujukkan bahawa terkandungnya nilai menepati janji dalam
karya adalah seperti yang berikut;
Hadir perjaka meniti janji
Dengan genggam akad seluruh bukit dan badai
Di bahu, seluhur budi sutera ijab
Disatu-tidak semudah lafaz ruang
Memberi ci(n)ta- harap dan bintang
(Kuntum Rahsia dari Taman Takdir, Rangkap 2)

Rangkap dua ini menjelaskan bahawa penulis menceritakan tentang janji
yang diberikan oleh seorang perjaka dalam menjalinkan sebuah hubungan. Nilai ini
dapat dijadikan kekuatan kepada karya apabila terdapat individu yang membaca
lalu mempraktikkan segala perkara baik yang dinyatakan dalam sajak dalam
kehidupan seharian.

30

5.0 KESESUAIAN KARYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KESUSASTERAAN MELAYU

Menurut Kamarudin Husin (1998), pemilihan bahan kesusasteraan untuk pengajaran
bahasa, sama ada di peringkat rendah ataupun menengah perlu dilakukan menerusi
perspektif bahan dan prinsip pemilihan bahan. Oleh itu, beberapa prinsip perlu diberi
perhatian oleh guru dalam pemilihan cerpen yang akan dijadikan sebagai bahan dalam
pengajaran Kesusasteraan Melayu. Terdapat lima prinsip yang boleh digunakan sebagai
panduan untuk pemilihan bahan pengajaran bahasa yang berasaskan aspek sastera.
Antaranya ialah sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran, berkaitan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sesuai dengan tahap pemikiran, umur dan
persekitaran.

Dalam pemilihan sajak sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ianya perlulah
sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana yang diketahui,
seseorang guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran objektif pengajaran
dan pembelajaran memainkan peranan utama. Setiap bahan yang hendak dipilih perlulah
berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Sekiranya
objektif yang ingin ditampilkan menekankan nilai murni, maka cerpen yang dipilih
haruslah mengandungi unsur-unsur nilai yang boleh diterapkan dalam diri pelajar. Sebagai
contohnya seperti sajak-sajak yang terdapat pada antologi Kubentangkan Sehelai Peta turut
memberi penekanan terhadap nilai kemanusian dalam sesebuah masyarakat dan seseorang
individu. Ini dapat dilihat bagaimana penekanan terhadap aspek manusia yang tidak
seharusnya bergantung semata-mata pada prihal dunia, dan seharusnya kepada maha esa
yang memberikan segala-galanya untuk kita. Melalui sajak-sajak ini menunjukkan nilai
ketuhanan dan kesedaran yang snagat tinggi dalam diri pembaca mahupun individu. Dari
sinilah kita akan dapat menyesuaikan sesuatu bahan cerpen berdasarkan objektif
pengajaran dan pembelajaran kita yang lebih ke arah positif dalam membangunkan nilai
kemenjadian seseorang pelajar.

Selain itu, cerpen yang dipilih juga haruslah berkaitan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang mana bahan yang dipilih harus mampu memupuk nilai
murni dalam kalangan pelajar. Ini adalah bagi memperkembangkan potensi individu secara

31

menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi rohani,
intelek, emosi dan jasmani. Sebagai contohnya, sifat masyarakat yang terlalu
mementingkan prihal dunia, aspek kewangan misalnya boleh dijadikan sebagai pengajaran
kepada masyarakat yang lain untuk lebih berhati-hati dan menjauhi perkara yang mungkar
sebegitu. Elemen sajak-sajak yang seperti inilah yang perlu diterapkan oleh guru dalam
memupuk semangat kemasyarakatan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Melalui cerpen ini juga, ianya dapat membangkitkan emosi pelajar tehadap
nilai negatif yang boleh memesongkan diri mereka dan terus mencari keredhaan Ilahi yang
sekaligus mampu mendorong dalam pembinaan kekuatan dalaman pelajar yang positif.

Seterusnya adalah sesuai dengan tahap pemikiran, umur dan persekitaran murid.
Aspek psikologi perlu diambil kira kerana ia berkait rapat dengan minat dan sikap pelajar
dalam kesusasteraan. Malahan pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi
murid akan memudahkan murid memahami isi karya cerpen yang guru sampaikan.
Sebaliknya, jika guru menggunakan bahan seperti di luar dari latar belakang dan budaya
pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan atau tidak
berkesan sama sekali. Dalam pada itu juga bahan yang dipilih juga hendaklah disusun
daripada yang senang kepada yang sukar atau pun bermula daripada konkrit kepada yang
abstrak. Selain terdapatnya urutan kronologi dalam sesebuah sajak dan ianya disusun
berdasarkan strategi yang telah dirancang oleh guru. Sebagai contoh melalui sajak-sajak
yang terpilih memaparkan nilai-nilai yang murni yang mampu memaparkan pembinaan
kekuatan dalam pelajar. Dari sinilah kita akan dapat menyesuaikan sesuatu bahan sajak
berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran kita yang lebih ke arah positif dalam
membangunkan nilai kemenjadian seseorang pelajar.

6.0 PENUTUP
Antologi teks kesusasteraan melayu moden tingkatan 4 dan 5 iaitu “Kubentang Sehelai
Peta” merupakan himpunan puisi yang memberikan panduan dan gambaran berkenaan
dengan tingkah laku moral, akhlak yang murni dan berperibadi yang mulia menerusi
penulisan daripada pengarang yang berbeza. Penerapan nilai-nilai menjadi kekuatan
dalaman kepada pembaca untuk memahami dan menjadikannya sebagai ukuran kepada
perlakuan yang baik atau buruk, berakhlak atau tidak. Penulisan yang digambarkan oleh

32

pengarang juga merupakan kelaziman atau kebiasaan kehidupan dalam sesuatu
masyarakat. Jesteru itu, melalui pembacaan antologi ini masyarakat dapat menilai dan
membuat pengukuran terhadap perlakuan dalam pengalaman kehidupannya dan
menjadikan himpunan sajak ini sebagai panduan kepada pembentukan modal insan yang
sempurna. Nilai yang dipupuk secara berpanjangan menerusi karya sastera juga sebenarnya
dapat mengubah sebuah kelompak masyarakat yang lebih besar seperti keluarga, rakan-
rakan, dunia pendidikan dan kelompok masyarakat.

Pembinaan kekuatan dalaman melalui puisi Melayu yang dipaparkan dalam
antologi Kubentang Sehelai Peta dapat dijadikan bahan yang perlu dicontohi oleh pembaca
untuk memantapkan nilai moral dalam diri. Oleh itu, kesedaran masyarakat kepada
kesusasteraan Melayu bukan sekadar definisi membaca dan menulis, namun penghayatan
terhadap bahan juga perlu dititikberatkan sebagai inspirasi dalam kehidupan yang lebih
bermoral. Hal ini dikatakan kerana, kesusasteraan Melayu merupakan sumber hiburan
kepada masyarakat Melayu yang mengandungi unsur-unsur keindahan dan pengajaran
dalam pemikiran masyarakat Melayu tradisi. Nilai yang ada kini terutamanya dalam
mendidik anak-anak kecil sehingga remaja nilai murni seperti taat setia yang dijadikan
panduan melalui teks kesusasteraan Melayu tradisional ini secara tidak langsung akan
dapat membangunkan nilai insan dalam kalangan pelajar. Di samping itu juga dapat
mengetengahkan kembali teks kesusasteraan Melayu tradisional yang makin dilupakan.

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan lambang jati diri bangsa Melayu
dan warisan cara hidup Melayu yang tidak boleh dilupakan kerana terkandung di
dalamnya perlakuan adab dan tingkah laku yang boleh dijadikan pegangan dalam
membentuk akhlak dan peribadi yang baik selaras dengan pembangunan negara dalam
mencapai modal insan yang seimbang dari segi aspek rohani, jasmani dan intelektual.

33

BIBLIOGRAFI
Fadzilah Yahaya. (2015). Nilai-nilai Murni dan Pengajaran dalam novel Merenang Gelora.

Retrieved May 20, 2021, from Blogspot.com website:
http://fadzilahyahaya.blogspot.com/p/nilai-nilai-murni-dan-pengajaran-novel.html
AriahJudah. (2021, May 20). Nilai-Nilai Murni - Tabah. Retrieved May 20, 2021, from
Blogspot.com website:
http://ariahjudah.blogspot.com/2011/10/nilai-nilai-murni-tabah.html

Edwin and Jz92. (2021, May 20). Kasih Sayang. Retrieved May 20, 2021, from Blogspot.com
website: http://pendidikanmoralspm.blogspot.com/2008/11/kasih-sayang.html

Definisi kesabaran - Apa itu, Maksud dan Konsep - Saya mahu tahu semuanya - 2021. (2021).
Retrieved May 20, 2021, from website: https://ms.erf-est.org/9505-paciencia.html

Naziehah. (2021, May 20). Nilai ketabahan dalam cerita lipur lara. Retrieved May 20, 2021,
http://karyaagungupsi.blogspot.com/2014/04/nilai-ketabahan-dalam-cerita-lipur-lara.html

Nilai Dan Pengajaran. (2018). Retrieved May 20, 2021, from Blogspot.com
website: http://farahinmarusin.blogspot.com/2018/05/nilai-dan-pengajaran.html

34


Click to View FlipBook Version