KANDUNGAN
Frasa Adjektif
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Binaan Frasa Adjektif
1.1.1 Binaan satu perkataan
1.1.2 Binaan dua perkataaan
1.2 Unsur Penguat dalam Frasa Adjektif
1.2.1 Penguat Hadapan
1.2.2 Penguat Belakang
1.2.3 Penguat Bebas
1.3 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif
1.4 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
1.4.1 Frasa Adjektif sebagai predikat
1.4.2 Frasa Adjektif sebagai keterangan
1.4.3 Frasa Adjektif Penerang Kata Nama
1.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Adjektif
1.6 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
2.0 KESIMPULAN
1.0 PENDAHULUAN
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif at au kata sifat sebagai kata intinya. Kata inti
merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif . yang dibincangkan
ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat.
Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama.
1.1 BINAAN FRASA ADJEKTIF
1.1.1 Binaan Satu Perkataan
Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif, seperti rajin, tinggi, nakai, baik, pucat,
kosong, sederhana, cemas, dan sebagainya,
FN+KA
PETALING JAYA: Riak wajah penat seorang warga emas ditambah pula dengan kakinya
yang kelihatan sakit menarik perhatian petugas kesihatan untuk mendekatinya dalam ujian
saringan COVID-19 dekat Pasar Pudu, Cheras, Selasa lalu. Tindakan prihatin petugas itu
yang dikenali sebagai Shahrir Razali pantas dibidik kamera dan kemudiannya menjadi
tular di laman sosial. Pelbagai pujian dan penghargaan diberikan kepada Shahrir malah
turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagi Shahrir sendiri seorang petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Cheras, beliau
tidak mengharapkan pujian untuk tindakan spontan itu tetapi penghargaan yang diberikan
terutamanya dari Dr Noor Hisham menjadi pemangkin semangatnya untuk terus gigih
berkhidmat. "Saya berada di situ bersama rakan lain untuk membantu orang awam
menjalani ujian saringan COVID-19."Di situ saya melihat seorang wanita warga emas
yang kelihatan letih dan tidak berdaya. Kebetulan waktu jam 12 tengah hari dan matahari
sangat terik. Menjangkakan mungkin sukar bagi warga emas berbangsa Cina itu untuk
bergerak sendiri ke pusat ujian, Shahrir dan rakannya berpakat untuk membantu.
BERITA HARIAN | 10 MEI 2020
Aktiviti 1.1.1
Pelajar diminta untuk membentuk beberapa kumpulan
yang terdiri daripada 4 orang ahli. Kemudian, pelajar
perlu mendeskripsikan ahli kumpulan mereka dengan
menggunakan kara adjektif binaan satu perkataan.
Latihan Pengukuhan
1. Bina 5 ayat yang mengandungi kata adjektif binaan satu perkataan.
1.1.2 Binaan Dua Perkataan
Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan, iaitu:
(i) Kata Adjektif + Kata Adjektif
(ii) Kata Adjektif + Kata Nama
Cantuman kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama
membentuk konstituen baharu dengan makna baharu.
1.1.2.1 Kata Adjektif + Kata Adjektif
Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri
daripada tiga jenis iaitu:
KA+KA
Keserasian Berlawanan
makna makna
KATA ADJEKTIF
+
KATA ADJEKTFIF
Keindahan
bunyi
Contoh:
i) binaan dua perkataan membawa maksud keserasian makna
"MRT Corp ingin berperanan dalam memerangi COVID-19 dan menunjukkan
sokongan kepada pegawai perubatan yang bekerja tanpa menghiraukan penat lelah.
BERITA HARIAN | 28 APRIL 2020
ii) binaan dua perkataan membawa maksud berlawanan
Saya sempat mengajarnya mengucap syahadah sebelum dia meninggal
menyebabkan hati saya berasa tenang dan lega,” katanya sambil menambah banyak
kenangan pahit manis yang dilaluinya sepanjang menjaga abangnya itu.
BERITA HARIAN | 18 FEBRUARI 2020
iii) binaan dua perkataan membawa maksud keindahan bunyi
KUALA LUMPUR: Memiliki raut wajah cantik, bertubuh tinggi lampai dan seksi,
namun bukan mudah memerangkap cinta pelakon, Hanna Aqeela, 30.
BERITA HARIAN | 28 FEBRUARI 2020
1.1.2.2 Kata Adjektif + Kata Nama
Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama mengandungi kata
adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangnya. Binaan kata
adjektif jenis ini boleh terdiri daripada 2 iaitu:
KA+KN
KATA ADJEKTIF
+
KATA NAMA
Keserupaan Kiasan
Contoh:
i) binaan dua perkataan membawa makna kserupaan
Keindahan kuntuman bunga mekar mewangi dengan kelembutan warna merah
jambu lembut dan putih membuatkan jutaan orang dari seluruh dunia ingin
berkunjung ke bandar raya itu.
BERITA HARIAN | 12 APRIL 2020
ii) binaan dua perkataan membaa makna kiasan
“Malah, lebih 20 pelajar terdiri daripada pelbagai kaum turut ringan tulang
membantu secara sukarela menyediakan makanan ini,” katanya yang juga pelajar
tahun akhir sarjana di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
BERITA HARIAN | 28 APRIL 2020
Aktiviti 1.1.2
Pelajar diminta untuk menonton video tersebut dan senaraikan
binaan frasa adjektif yang terdapat dalam video tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=TEPZJWa9LsA
Latihan Pengukuhan
1.
Binaan Dua Perkataan
Kata Adjektif + Kata Z
Adjektif
Y
i) Berikan dua contoh ayat bagi Y.
ii) Apakah Z?
iii) Berikan contoh ayat bagi Z
1.2 UNSUR PENGUAT DALAM FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan boleh juga terdiri
daripada kata adjektif yang disertai unsur penguatnya. Ada tiga jenis unsur penguat iaitu
penguat hadapan, penguat belakang dan penguat bebas.
1.2.1 Penguat Hadapan
Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif. Contoh kata
penguat hadapan yang sering digunakan dalam frasa adjektif ialah paling, terlalu dan sangat.
Kata penguat hadapan + Kata Adjektif
Namun begitu, serangan pandemik ini juga tidak boleh dinafikan memberi kesan besar
terhadap sektor ekonomi negara yang jika tidak ditangani segera akan memberi implikasi
yang terlalu buruk.
Perdana Menterim Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Hari Pekerja 2020
yang disiarkan secara langsung pada 1 Mei lalu berkata, Malaysia kerugian sekitar RM2.4
bilion setiap hari, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Menurut beliau, jumlah kerugian yang ditanggung setakat ini dianggarkan sekitar RM63
bilion dan jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, negara akan kerugian RM35
bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.
Kita ambil contoh paling mudah apabila pengusaha, majikan termasuk peniaga secara kecil-
kecilan terpaksa akur menutup premis perniagaan mereka demi mematuhi arahan PKP.
BERITA HARIAN | 4 MEI 2020
1.2.2 Penguat Belakang
Penguat belakang pula ialah perkataan yang terletak di belakang kata adjektif. Contoh
kata penguat belakang yang biasa digunakan dalam frasa adjektif ialah nian, benar dan sekali.
Kata penguat belakang + Kata Adjektif
Muhammad Akmal yang sudah empat tahun berkhidmat dalam pasukan itu, berkata ada
yang mencadangkan untuk mereka bernikah secara dalam talian, tetapi enggan kerana
ingin merasai kemeriahan sebenar majlis. Bagi dirinya, dia kecewa benar tidak dapat
merasai suasana tersebut.
Muhammad Akmal menganggap, perkahwinan adalah sekali seumur hidup dan mereka
ingin jadikan detik itu satu kenangan yang indah sekali dengan mengadakan majlis seperti
biasa serta dihadiri semua sanak saudara.
"Saya sangat berharap majlis perkahwinan yang ditangguhkan dapat berlangsung pada
tahun ini juga," katanya.
BERITA HARIAN | 14 APRIL 2020
1.2.3 Penguat Bebas
Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu sarna ada di hadapan
atau di belakang kata adjektif. Contoh perkataan yang biasa digunakan ialah sungguh dan
amat. Namun begitu, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif.
Contohnya, sungguh amat merdu.
Kata penguat bebas + Kata Adjektif + Kata penguat bebas
"Begitu telitinya kerajaan dan pihak berkuasa mengawal dan memantau pergerakan
pelajar untuk dibawa pulang. Secara peribadi saya amat terharu dengan layanan istimewa
dan perhatian yang luar biasa ini," katanya.
Dia juga melihat komitmen bersungguh-sungguh semua pihak termasuk pengurusan
universiti untuk memastikan penularan wabak COVID-19 berakhir.
Seorang lagi pemandu bas yang bertugas menghantar pelajar terkandas, Mohd Jamli
Ibrahim berkata, pengalaman amat berbeza kerana semua pihak perlu mematuhi SOP
ditetapkan.
"Saya gembira sungguh dapat melaksanakan tugas dengan baik dan lancar menerusi
kerjasama amat positif daripada semua pihak sehingga selamat sampai ke destinasi
penghantaran," katanya.
BERITA HARIAN | 30 APRIL 2020
Aktiviti 1.2
Pelajar diminta untuk membawa bahan bacaan seperti surat khabar
atau majalah dari rumah masing-masing ke kelas. Kemudian,
pelajar mencari sebanyak yang mungkin unsur penguat frasa
adjektif yang terdapat di dalam bahan bacaan pilihan mereka.
Latihan Pengukuhan
Kata Penguat dalam
Frasa Adjektif
Kata penguat depan Kata penguat bebas
X
Y
Z
1. Berikan satu contoh kata bagi X. Kemudian, bina satu ayat daripada contoh tersebut.
2. Berikan dua contoh ayat bagi Z.
3. Apakah Y?
4. Berikan satu contoha ayat bagi Z.
1.3 KATA BANTU DALAM FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif oleh juga terdiri daripada kata adjektif yang disertai oleh kata bantu.
Misalnya sudah besar, belum cerdik, masih kecil. Kata bantu juga boleh hadir sebelum atau
selepas penguat. Contohnya masih amat kecil, belum terlalu jauh dan tentu sudah masak.
[Penerang ( kata bantu @ kata penguat) + KA ] = Frasa Adjektif
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu bahawa bekas Pengerusi
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Datuk Seri Bung Moktar
Radin tidak membantah kertas cadangan pelaburan baharu berjumlah RM150 juta dalam unit
dana amanah bagi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.
Sinar Harian, Jumaat 15 Mei 2020
Aktiviti 1.3
Pelajar dikehendaki untuk mengenalpasti contoh- contoh kata
bantu dalam frasa adjektif berdasarkan persekitaran di bilik darjah
serta kongsikan bersama rakan sekelas.
LATIHAN
1. Berikan 10 contoh kata bantu dalam frasa adjektif
2. Gariskan frasa adjektif dalam ayat-ayat berikut dan nyatakan binaannya.
Buah rambutan itu belum masak.
Binaan FA= Kata penguat + Kata Adjektif.
i. Baju kurung Saniah sudah kecil.
ii. Dia belum cerdik lagi.
iii. Anak itu sudah besar.
iv. Semua pegawai harus pandai.
v. Kami terasa sungguh masih letih walaupun telah lama berehat.
3. Berikut adalah ayat yang tidak sempurna. Isi ruangan kosong dengan jawapan yang tepat
dengan menggukan kata bantu yang bersesuaian.
i. Anak Abu _________ besar.
ii. Buah manga di halaman rumah _______ masak.
iii. Kucing Sharrizie _______ kecil.
iv. Pengetua sekolah itu ________ muda.
v. Ibu ______ letih.
4. Hasilkan 5 perbandingan penggunaan kata bantu dan kata penguat dalam frasa adjektif
dalam membina ayat yang sempurna..
5. Jelaskan fungsi frasa adjektif dalam binaan ayat.
1.4 SUSUNAN FRASA ADJEKTIF DALAM AYAT
Terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat susunan biasa iaitu:
i. Selepas subjek sebagai predikat
ii. Selepas frasa kerja sebagai keterangan
iii. Selepas frasa nama sebagai penerang
1.4.1 Frasa Adjektif sebagai Predikat
Frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek dalam susunan ayat biasa, seperti
yang terdapat dalam contoh berikut:
Subjek Predikat
1. (a) Rumah Ahmad sangat besar.
Susunan ini boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi sebagai
predikat yang mendahului subjek, seperti yang berikut :
Predikat Subjek
1. (b) Sangat besar rumah Ahmad.
FA= Subjek (FN) + Predikat (FA)
= Predikat (FA) + Subjek (FN)
JEMPOL: Kawasan sawah di Kampung Lonek, Batu Kikir, di sini, menjadi
seperti pesta dengan kehadiran kumpulan burung hijrah buat pertama kali sejak
beberapa hari lalu. Penduduk Kampung Lonek, Zolkefli Mokhtar, 52, berkata
penduduk pada mulanya menyangka sekumpulan burung yang sedang terbang itu
burung helang. Katanya, pada sebelah siang, burung itu dapat dilihat berada di
kawasan berair dan parit untuk mencari makanan, selain hinggap di pokok kelapa
dan pokok buah berhampiran rumah penduduk.
Penduduk lain, Muhamad Zaid Panak, 45, berkata dia pelik kerana sejak
kehadiran burung hijrah itu, burung bangau yang sering berada di kawasan sawah
sudah tidak kelihatan.
“Mungkin burung bangau berasa takut kerana saiz burung hijrah agak besar dan
mempunyai paruh yang panjang selain berada dalam kumpulan yang besar,”
katanya.
Berita Harian, Sabtu, 4 Januari 2020
Aktiviti 1.4.1
Pelajar dikehendaki membuat satu kumpulan yang terdiri daripada lima
orang. Kemudian, berdasarkan contoh di atas bina contoh-contoh lain
yang menunjukkan frasa adjektif sebagai predikat.
1.4.2 Frasa Adjektif sebagai Keterangan
Frasa adjektif boleh juga hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan seperti
contoh yang berikut :
Subjek Predikat Keterangan (Frasa
Frasa kerja Adjektif)
2. Dia sangat cepat.
3. Burung helang berjalan tinggi.
terbang
S+ FK+ Keterangan (FA)
Antara contoh lain yang menunjukkan frasa adjektif sebagai keterangan adalah seperti berikut:
KUALA LUMPUR: Setiap pemain bola sepak memiliki kualiti tersendiri yang mampu
menjadi 'senjata' buat mereka setiap kali beraksi di atas padang. Mungkin ada pemain
yang memiliki kekuatan tetapi tidak pantas, ada pemain yang mampu berlari sepantas
kilat tetapi mudah dijatuhkan, ada yang boleh menggelecek dengan baik tetapi penyudah
kurang tepat dan ada juga kurang teknikal tetapi memiliki rembatan kencang. Pemain ini
'dilahirkan' dengan mengambil kualiti terbaik dari segi kaki kiri, kaki kanan, penyudah,
'otak' bola sepak, visi, kekuatan, kepantasan, stamina, hantaran, sepakan percuma,
gelecekan dan tandukan:
Kaki kanan: Mokhtar Dahari
"Pemain dengan rembatan yang begitu deras. Tendangan kaki kanannya pasti
menghadiahkan gol dan jaringannya ketika bertemu Arsenal dan England membuktikan
dia memang berkelas dunia."
Berita Harian, Khamis, 7 Mei 2020
Aktiviti 1.4.2
Pelajar dikehendaki membuat satu kumpulan yang terdiri daripada dua
orang dan kemudiannya membentangkan topik frasa adjektif sebagai
keterangan mengikut pemahaman mereka.
1.4.3 Kata Adjektif sebagai Penerang Kata Nama
Kata adjektif juga boleh hadir dalam frasa nama, iaitu sebagai penerang kepada kata
nama. Contohnya:
Kata Nama Frasa Nama Penerang ( Kata Adjektif)
Warna hijau
Bulan terang
Bangunan tinggi
FN= KN + Penerang (KA)
Contoh yang seterusnya adalah seperti berikut :
Jika anda merancang untuk meneroka Hawaii, jangan lupa selitkan pengembaraan ke
Pantai Papakolea kerana ia bukan sahaja menyajikan panorama cantik tetapi
menampilkan sesuatu lain daripada yang lain. Uniknya, Pantai Papakolea adalah salah
satu daripada empat pantai dengan pasir hijau yang ada di dunia. Selain Papakolea,
ada juga Pantai Talofofo, Punta Cormorant di Galapagos dan Hornindalsvatnet yang
ada di Norway. Pantai Papakolea adalah keanehan geologi dalam kala-ngan beberapa
di dunia. Menurut cerita, pantai itu terbentuk sedemikian disebabkan letusan gunung
berapi terbesar di dunia, Mauna Loa. Ketika gunung ini meletus pada beribu-ribu
tahun lalu, ia memuntahkan lahar yang kaya dengan mineral silika terdiri daripada besi
dan magnesium. Butiran kristal olivine dan material lain letusan gunung ini turut
menutupi pulau hingga ke pantai ini. Apabila laharnya mulai men-dingin ia
membentuk butiran kristal olivine yang berwarna hijau, sekali gus memberikan nama
pantai itu. Daya tarikan pasir kristal pantai ini memperlihatkan bahawa kombinasi
warna biru dan hijau itu sangat cantik serta indah untuk dipandang. Sehingga ke hari
ini, daya tarik utama pantai ini, tentu saja, pasir kristal berwarna hijau
Berita Harian, Ahad, 1 Mac 2020
Aktiviti 1.4.3
Pelajar dikehendaki untuk menyenaraikan contoh-contoh frasa nama
yang menggunakan kata adjektif sebagai penerang berdasarkan
LATIHAN
1) Dengan menggunakan contoh frasa adjektif sebagai predikat (4.1), bina tiga ayat yang
sesuai dari segi susunan biasa dan susunan songsang.
2) Berikan perbezaan antara frasa adjektif sebagai keterangan dan kata adjektif sebagai
kata nama dan berikan contoh-contoh yang sesuai.
3) Bagaimanakah untuk mengenal pasti frasa adjektif itu merupakan susunan kata
adjektif sebagai penerang kata nama ? Berikan huraian anda dengan tepat.
4) Analisis dan kenal pasti frasa adjektif sebagai keterangan dan bina tiga ayat yang
sesuai dengan menggunakan contoh yang betul.
5) Kenal pasti susunan frasa adjektif di bawah dan berikan jawapan yang betul.
i. Mereka sungguh berani. ( )
ii. Sungai itu mengalir tenang. ( )
iii. Ahmad memakai seluar hitam. ( )
iv. Adik tidur sungguh nyenyak. ( )
v. Malam ini gelap benar. ( )
1.5 UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA ADJEKTIF
Di dalam frasa adjektif, unsur keterangan boleh hadir selepas kata adjektif dan dapat
digolongkan kepada beberapa jenis iaitu:
1. Keterangan cara dan contohnya;
FN + FA (KA + Ket cara)
a) Kereta itu dipandu dengan laju.
b) Ahmad belajar dengan tekun.
2. Keterangan bandingan
FN + FA (KA + Ket bandingan)
a) Senyumannya manis umpama gula.
b) Suaranya merdu bagai buluh perindu.
3. Keterangan hal/keadaan
FN + FA (KA + Ket hal/keadaan)
a) Pemuda itu sangat rajin dalam bekerja.
b) Wanita itu sangat pandai dalam memasak.
4. Keterangan tujuan
FN + FA (KA + Ket tujuan)
a) Persekitaran haruslah bersih untuk kesejahteraan bersama.
b) Rakyat haruslah cergas untuk kesihatan hidup.
5. Keterangan kekerapan
FN + FA (KA + Ket kekerapan)
a) Pekerja itu selalu datang awal.
b) Hassan jarang sakit.
6. Keterangan terhadap
FN + FA (KA + Ket terhadap)
a) Wanita itu sangat sayang akan anaknya.
b) Rakyat haruslah setia kepada negara.
7. Keterangan musabab
FN + FA (KA + Ket musabab)
a) Ahmad berjaya kerana rajin.
b) Kamal sakit oleh sebab keletihan.
8. Keterangan waktu
FN + FA (KA + Ket waktu)
a) Ali sangat rajin sejak dahulu lagi.
b) Perempuan itu kurus dalam masa tiga bulan sahaja.
9. Keterangan tempat
FN + FA (KA + Ket tempat)
a) Aiman sakit pada kakinya.
b) Rumah Abu di bahagian belakang masjid itu.
KUALA LUMPUR: Panas dikecam netizen atas kontroversi bantuan untuk artis, menjentik
kesedaran dalam diri pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad. Mengaku apa yang
berlaku sebagai pengajaran terbesar dalam hidup, Nabil mendedahkan, kontroversi itu
menjadi titik tolak untuk dia memperbaiki tahap keimanan dalam diri. "Saya sudah lama
menerima hakikat bahawa kontroversi adalah sebahagian daripada kerjaya sebagai anak
seni. "Selagi bergelar artis, sampai bila-bilalah saya kena hadap perkara ini. Cuma apa yang
saya nampak, kontroversi itu mendidik saya untuk lebih dekat dengan Tuhan dan al-Quran.
"Sebenarnya, saya bersyukur dengan isu yang tercetus itu. Secara tidak langsung, ia
menjentik kesedaran dalam diri ini. "Menurut seorang ustaz, jika kita seronok dengan pujian
yang diberi dan kecewa dengan penghinaan, itu maknanya tahap keimanan kita masih
lemah. "Kenyataan itu bagaikan suatu tamparan buat saya. Ternyata, insiden itu mengubah
perspektif saya untuk tidak terus hanyut dengan pujian dan rasa gundah apabila dikecam,"
katanya kepada BH Online.
Baru-baru ini, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 2008 itu terseret
dengan kontroversi isu permohonan Bantuan pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(PRIHATIN) untuk penggiat seni yang menjadi pertikaian netizen. Dalam perkembangan
lain,Juara Raja Lawak musim kedua itu meluahkan rasa syukur kerana rezekinya tidak
pernah putus walaupun industri hiburan terkesan dengan penularan COVID-19. "Saya
percaya dengan konsep bersedekah. Lagi banyak kita memberi, insya-Allah akan ada rezeki
lain Tuhan bagi."Alhamdulillah, jadual kerja saya sangat padat walaupun dalam tempoh
PKP."Malah, setiap hari sehinggalah hari kelapan Aidilfitri, ada sahaja program yang perlu
dijayakan," katanya yang sudah tujuh tahun menjadi duta baju Melayu Jakel.Nabil ditemui
pada majlis sidang media kempen Jakel Barulah Raya 2020 di Jakel Mall di sini, petang
tadi.Turut hadir, Pengarah Pemasaran Jakel, Azlan Abu Bakar dan duta jenama tekstil
terkenal itu, Datuk Aaron Aziz.
(Berita Harian, Khamis 14 Mei 2020)
Aktiviti 1.5
Lakonkan satu sketsa dengan menggunakan ayat unsur keterangan
frasa adjektif mengikut situasi-situasi tertentu dengan bergilir-gilir.
LATIHAN
Isi tempat kosong dengan jenis unsur keterangan frasa adjektif yang betul.
1) Wajahnya sungguh manis umpama gula. __________________
2) Kita harus cinta akan tanah air. __________________
3) Aina selalu sakit. __________________
4) Luka di kakinya baik dengan sendiri. __________________
5) Pelajar itu berjaya dalam pelajarannya. __________________
6) Kualiti produk itu sungguh bagus demi __________________
kepuasan para pelanggan. __________________
7) Amir sakit kerana kepenatan. __________________
8) Tenaga pekerja semakin cekap pada
__________________
masa kini.
9) Budak itu sakit di bahagian kakinya
1.6 FRASA ADJEKTIF DENGAN AYAT KOMPLEMEN
Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen menjadikan ayat yang
terhasil itu ayat majmuk.
FA + ayat kompelemen = ayat majmuk
a) Ali tetap percaya bahawa anaknya masih hidup
b) Mereka agak ragu bahawa berita itu benar.
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyeru agar rakyat
harus faham bahawa tempoh setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan belum
mencukupi untuk melakukan banyak perkara dan menyelesaikan semua masalah. Tetapi
dalam masa yang sama juga kerajaan harus sedar bahawa sebagai rakyat mereka ingin
melihat hasil perubahan yang diimpikan secepat mungkin. Justeru itu barisan pemimpin
dalam kerajaan sedia ada perlu bekerja lebih kuat dan terus menyelami permasalahan
rakyat.“Ada benda-benda (perkara) yang sudah dilaksanakan, dalam soal integriti
umpamanya, pencapaian di Parlimen misalnya. Saya menyaksikan perubahan-perubahan
yang berlaku. "Ada juga janji-janji PH yang sudahpun ditunaikan walaupun bukan
sepenuhnya. Tapi tentunya masih ada lagi yang belum ditunaikan," katanya ketika ditanya
Astro AWANI mengenai pandangan beliau terhadap prestasi menteri Kabinet PH menjelang
setahun pemerintahan mereka. Apa yang penting jelasnya adalah kesungguhan kerajaan
sekarang dalam melaksanakan beberapa janji yang telah diberikan sebelum ini.
(ASTRO AWANI, 3 MEI 2018)
Aktiviti 1.6
Jelaskan di hadapan rakan-rakan anda bagaimana
membentuk satu ayat majmuk yang betul dengan
menggunakan frasa adjektif dan ayat komplemen.
LATIHAN
Tandakan (/) pada frasa adjektif dengan ayat komplemen yang betul.
1) Mereka agak ragu bahawa berita itu benar. ()
2) Aminah selalu sakit. ()
3) Dia agak curiga bahawa ema situ tulen. ()
4) Ali selalu sakit ketika kecil dahulu. ()
5) Murif itu sangat yakin bahawa dia akan lulus. ()
6) Anak itu sangat rindu akan ayahnya. ()
2.0 KESIMPULAN
Frasa adjektif sebagai predikat ia1ah satu binaan yang boleh terdiri daripada beberapa
unsur yang dapat digambarkan seperti dalam jadual di bawah:
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Kata Penguat + Unsur
Keterangan + Ayat Komplemen
Maksud jadual di atas ialah bahawa frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu, dua
kata penguat, dua kata adjektif, unsur keterangan, dan ayat komplemen. Kata adjektif yang
pertama merupakan unsur inti yang wajib bagi seluruh binaan itu, sementara unsur-unsur
yang lain ialah unsur tambahan yang bersifat pilihan yang menerangkan unsur inti.
Jika dua kata adjektif hadir berderetan yang membawa makna berlawanan, maka kedua-
duanya tidak bo1eh digugurkan, misa1nya tinggi rendah. Seba1iknya, jika unsur adjektifyang
kedua membawa maksud keserasian atau berunsur rima, maka perkataan yang kedua boleh
digugurkan. Contohnya, riang gembira atau hitam legam.
Frasa adjektif yang terdiri daripada dua kata adjektif boleh didahului oleh kata bantu tetapi
tidak boleh disertai kata penguat. Untuk lebihjelas lagi, contoh-contoh di atas dapat
digambarkan seperti jadual yang berikut:
KATA KATA KATA KATA KATA UNSUR AYAT
BANTU PENGUAT ADJEKTIF ADJEKTIF PENGUAT KETERANGAN KOMPLEMEN
belum - sihat - - - -
- sungguh cantik - - - -
belum terlalu lewat - - - -
besar sekali - -
- - - masak benar
belum - - indah nian - -
sungguh -
-
- sangat - manis - pada bahagian bahawa
- sungguh yakin - - pangkalnya mereka telah
sungguh - tiba
-- - sedar bahawa
- - persiapannya
sudah - besar panjang tidak
- mencukupi
-