MAKANAN TEMPATAN DI MALAYSIA KUMPULAN 2 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES NASI LEMAK AKOK
ناسي لمق Nasi Lemak 椰浆饭 நா சி லெ மா க் كويه اكوق Kuih Akok
Isi Kandungan Asal Usul dan Sejarah NasiLemak dan Kuih Akok Resepi/Cara Penyediaan NasiLemak dan Kuih Akok Kepentingan Makanan Tempatan di Malaysia (NasiLemak dan Akok) Sumbangan Makanan Tempatan di Malaysia (NasiLemak dan Akok) Cara melestarikan Makanan Tempatan NasiLemak dan Kuih Akok Kedai NasiLemak dan Akok yang menjadi pilihan rakyat Malaysia Rumusan Rujukan
Nasi Lemak mendapat namanya daripada cara nasi dimasak dengan santan. Sejarah asal usul nasi lemakmempunyai kaitan dengan kisah Seri dan Mak Kuntum dari Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu, Seri, seorang gadis, tinggal bersama ibunya Mak Kuntum. Pada suatu hari, Seri mula bosan dengan makanan yang dimasak dengan cara yang sama. Oleh itu, Seri mula memikirkan resepi baru iaitu dengan memasukkan lengkuas ke dalam nasi. Sehelai daun pandan dimasukkan ke dalam nasi oleh Seri untuk menambah rasa dan aroma pada nasi tersebut supaya dapat membangkitkan seleranya. Kemudian, Seri dengan tidak sengaja tertumpahkan santan ke dalam nasi yang sedang dimasaknya itu secara tidak langsung menjadikan nasi itu rasa berlemak. Apabila Mak Kuntum balik ke rumah, Mak Kuntum bertanya kepada Seri "Apa kau masak ni Seri ?" dan Seri pun jawab "Nasi le! Mak !"(Nasi lah mak) dan dia jawab berulang kali kerana Mak Kuntum bertanya banyak kali kerana hairan resepi yang tidak pernah dibuat itu. ASAL USUL NASILEMAK Nasi lemak boleh dikatakan satu simbol yang penting kepada negara kita. Hal ini kerana, nasi lemak ialah makanan kebangsaan Malaysia yang dikenali secara meluas. Ianya sangat istimewa kerana beras yang dimasak bersama santan segar dan daun pandan. Mengikut tradidi orang Melayu, nasi lemak biasanya dimakan dengan ikan bilis, timun, kacang tanah dan telur rebus. Hidangan nasi lemak ini tidak lengkap jika tiada tambahan sambal yang akan menaikkan lagi selera hidangan tersebut. Walaupun pada asalnya nasi lemak merupakan hidangan sarapan pagi, kini ianya menjadi hidangan kebanggaan Malaysia yang boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja.
Kuih akok merupakan kuih tradisional yang sangat dikenali di Malaysia terutamanya di negeri Pantai Timur. Berasal dari negeri Kelantan, kuih ini menjadi rebutan ketika bulan Ramadhan. Pada mulanya, pembuat kuih akok Kelantan ini berasal dari Pattani, Thailand. Hal ini disebabkan wujudnya hubungan kuat dengan penduduk Kelantan. Proses mengadun kuih akok adalah kunci kepada resepi yang sedap. Untuk memastikan kuih akok enak untuk dimakan, teknik dan proses yang digunakan untuk membakarnya juga penting. Cara pembuatannya yang unik membuatkan kuih akok ini sangat istimewa. Bahan utama bagi membuat kuih akok ini adalah terdiri daripada tepung, gula, telur dan santan. Telur merupakan bahan utama dalam proses membuat kuih akok ini. ASAL USUL KUIH AKOK
RESEPI NASILEMAK BAHAN-BAHAN : beras santan air sedikit garam daun pandan bawang merah bawang putih halia NASI ikan bilis/kerang/sotong/udang cili kering halia bawang putih bawang merah sos tiram sos cili kicap manis garam gula SAMBAL TELUR KACANG TANAH TIMUN BATANG
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT NASILEMAK 1.Basuh dan sukat beras 2. Campurkan santan, daun pandan, bawang putih dan merah serta halia yang sudah diketuk kedalam beras serta sedikit garam. 3. Masukkan beras setelah campuran santan menggelegak. 1. Kisar halia, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis yang sudah digoreng. NASI : SAMBAL : 2. Kemudian tumiskan bahan kisar dengan minyak yang diguna untuk menggoreng ikan bilis tadi. 3. Tunggu sehingga bahan kisar sedikit garing, kemudian masukkan cili kering yang sudah siap direbus dan kisar sehingga mendapat 6-7 senduk. Kacau sehingga pecah minyak. Masak menggunakan api yang perlahan. 4. Apabila minyak sudah pecah, perasakan dengan pes asam jawa (suku sudu besar) garam (suku sudu besar), gula (6-7 sudu besar), gula perang / gula melaka (2 sudu besar). 5. Rebus telur dan potong timun batang Nasi Lemak Sedia Hidang :)
RESEPI KUIH AKOK BAHAN A 6 biji telur 2 sudu besar tepung gandum - 15 gram. 200 ml santan Secubit garam BAHAN B 2 keping gula Melaka - berat 200 gram ½ sudu besar gula pasir 2 helai daun pandan 100 ml air CARA-CARA Kisar halus daun pandan bersama air lalu tapis dan ambil air sahaja. Masakkan air daun pandan bersama gula melaka sehingga gula melaka larut. Kemudian sejukkan campuran tersebut. Kisarkan tepung gandum, telur, garam, beserta santan dan air gula melaka sehingga adunan menjadi kembang. Kisarkan sehingga campuran kelihatan agak cerah daripada warna asal. Biarkan seketika sehingga buih hilang daripada adunan. Sediakan acuan akok dan sapu sedikit minyak untuk mengelakkan daripada adunan melekat. Tunggu seketika sehingga minyak panas. Tuangkan adunan 3/4 penuh daripada acuan akok dan tunggu sehingga akok bertukar menjadi sedikit keperangan. Angkat dan sejukkan akok sebelum dihidang. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Malaysia ialah sebuah negara yang istimewa kerana ia mempunyai tiga penduduk utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Terdapat juga penduduk minoriti seperti Kadazandusun, Bidayuh, dan Melanau, yang majoritinya tinggal di Sabah dan Sarawak. Oleh disebabkan keadaan ini, Malaysia sangat unik dengan mempunyai pelbagai agama, budaya, bangsa, tradisi, adat resam dan cara hidup yang berbeza. Warisan kita berasal dari nenek moyang kita, yang menyebabkan mengalirnya jiwa patriotisme dalam diri rakyat. Kini tanggungjawab kepada generasi muda untuk mengekalkan budaya warisan kaum agar ianya kekal hidup sepanjang zaman. “Anak mudalah yang diharap dapat mewarisi makanan warisan, memartabatkan dan menjaga kelestariannya pada masa depan. " - Dr Noriza Ishak KEPENTINGAN MAKANAN TEMPATAN
Makanan tradisional yang telah diwariskan secara turun-temurun kepada setiap kaum mesti dikekalkan walaupun mereka terdedah kepada makanan dari Barat. Pada tahun 2009, sebanyak 100 makanan tradisional daripada pelbagai kaum telah diiktiraf sebagai Masakan Warisan Kebangsaan. Makanan ini termasuklah nasi dagang, roti canai, nasi kerabu, dan sebagainya. Usaha kerajaan ini adalah untuk memastikan makanan tradisional ini tidak dilupakan seiring dengan peredaran masa. Memelihara dan Memulihara Budaya Warisan Kaum Makanan tradisional kita memberikan gambaran tentang pelbagai budaya yang diamalkan oleh masyarakat kita. Dengan mengekalkan warisan bangsa ini dalam kehidupan seharian, masyarakat kini dapat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri Malaysia. Misalnya, adat memperkenalkan makanan tradisional boleh dilihat semasa perayaan agama dan budaya setiap kaum. Contohnya, masyarakat kita yang berbilang kaum menyukai nasi lemak dan kuih akok. Begitu juga dengan pelancong asing yang melawat ke negara kita. Melambangkan Identiti Sesebuah Negara
Menjana Ekonomi Negara Makanan tradisional mempunyai keunikkannya yang tersendiri yang dapat menarik perhatian pelancong. Jumlah pelancong asing yang meningkat dari semasa ke semasa menunjukkan bukti bahawa makanan ini mempunyai daya tarikan. Pelancong suka mencuba pelbagai jenis makanan tradisional ini dan apabila menepati selera mereka, mereka akan membeli lebih banyak untuk dibawa pulang ke negara mereka. Kesannya, mereka telah membantu memperkenalkan negara kita kepada dunia dan dapat menarik lebih ramai pelancong. Memupuk Perpaduan dalam Kalangan Masyarakat Majmuk Bangsa-bangsa lain di negara kita juga boleh menikmati makanan tradisional suku- suku kaum yang lain. Sebagai contoh, nasi lemak ini bukan sahaja disukai oleh kaum melayu namun ianya digemari oleh kaum - kaum yang lain. Hal ini boleh membawa kepada usaha yang baik yang dapat dilakukan oleh kerajaan untuk mengukuhkan hubungan antara rakyat Malaysia dan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Makanan tradisional Malaysia telah menjadi salah satu cara dan kaedah untuk menyatukan pelbagai kaum. Nasi lemak merupakan makanan universal di Malaysia kerana ianya bukan sahaja terkenal dalam kalangan orang Melayu malah semua kaum di negara kita. Malah pelancong yang melawat Malaysia juga pasti akan mencuba nasi lemak. Boleh dikatakan bahawa sarapan pagi yang popular di Malaysia ialah nasi lemak. Dapat dikatakan bahawa kebanyakan restoran Malaysia menawarkan nasi lemak iaitu sama ada gerai kecil atau kedai makan besar seperti restoran makanan segera juga menyediakan nasi lemak sebagai hidangan sarapan pagi. Manakala bagi kuih akok pula dijadikan sebagai pencuci mulut. Walaupun ianya lebih dikenali di negeri Kelantan tetapi kuih ini tetap dimakan oleh pelbagai kaum di Malaysia tanpa mengira negeri asal masing- masing. Masyarakat dapat berkongsi makanan tradisional mereka bersama- sama menyebabkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin bertambah. Oleh itu, adalah jelas bahawa makanan tradisional mempunyai potensi untuk mengukuhkan hubungan antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Sumbangan Makanan Tempatan kepada Negara Alat Perpaduan Kaum
Warisan tinggalan nenek moyang negara ini termasuklah nasi lemak dan kuih akok. Makanan tradisional ini melambangkan identiti bangsa dan negara ini, jadi kita mestilah berusaha untuk mengekalkannya. Makanan tradisional ini mempunyai keupayaan yang tersendiri untuk menunjukkan warisan budaya Malaysia iaitu tanpa kita sedari, makanan ini juga merupakan makanan tradisi Malaysia yang boleh menyatukan masyarakat dan melambangkan kebudayaan setiap bangsa. Walaupun pada masa akan datang, nasi lemak dan kuih akok mungkin akan divariasikan mengikut peredaran zaman, namun ianya tetap dapat melambangkan makanan tradisional di negara kita. Semua orang harus bekerjasama untuk memperkasakan dan menjadikan makanan tradisi ini sebagai identiti kaum, bangsa dan negara. Warisan Turun Temurun kepada Generasi akan Datang
Industri pelancongan dapat mempromosikan makanan tradisional kita di persada dunia. Industri pelancongan harus memperkenalkan nasi lemak yang menjadi pilihan setiap rakyat Malaysia kepada pelancong asing. Tidak kurang juga kuih akok yang juga merupakan pencuci mulut pilihan masyarakt berbilang kaum. Para pelancong dapat menambahkan selera baharu mereka dan akan terus mengembara dan meneroka tentang hidangan lain yang terdapat di Malaysia. Kedua-dua hidangan mempunyai rasa yang unik dan tidak pernah mereka cuba sebelum ini. Nasi lemak dapat dilihat sebagai identiti negara yang kuat kerana pernah terpilih sebagai idea untuk menghasilkan busana yang melambangkan identiti Malaysia yang telah diperagakan oleh Samantha pada Pertandingan ratu cantik ke-66 di Las Vegas, Amerika Syarikat. Oleh itu, jelaslah bahawa makanan ini telah menjadi salah satu simbolik kepada industri perlancongan sebagai daya tarikan pelancong asing ke negara kita Daya Tarikan Pelancong Luar
Kedudukan Nasi Lemak yang gah sebagai makanan kebangsaan Malaysia boleh dijadikan titik tambah untuk ianya dijadikan menu ruji atau rutin di setiap premis makanan di Malaysia seperti mana Kimchi makanan tradisional Korea dijadikan menu wajib atau 'mesti ada' disajikan di setiap restoran disana. Begitu juga dengan akok, kuih juga boleh disajikan sebagai manisan atau pencuci mulut di Malaysia memandangkan proses pembuatannya tidaklah rumit. Dengan ini, masyarakat dapat merasai kuih ini memandangkan kuih ini sangatlah sukar untuk ditemui di negeri-negeri lain selain Kelantan dan Terengganu. Dengan ini, kuih tradional ini tidaklah pupus ditelan zaman CARA MELESTARIKAN MAKANAN TRADISIONAL NASI LEMAK dan AKOK Pengusaha perlu menjadikan Nasi Lemak dan Akok sebagai menu wajib bagi setiap premis perniagaannya
Usaha ini dapat dilakukan dengan memperbanyakkan peluang bagi mempromosikan makanan tradisional di mata dunia. Hal ini dapat dilakukan melalui pengenalan makanan tradisional ini dalam pakej yang disediakan untuk pelancong yang dibekal oleh agensi pelancongan bagi mempromosikan Malaysia. Dalam pada itu, sewaktu Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, nasi lemak dan kuih akok ini dapat dipromosikan dengan jualan makanan ini atau diberikan secara percuma. Dengan ini, pelancong luar negara yang turut menghadiri sambutan tersebut turut dapat mempelajari dan menikmati kenikmatan makanan tradisional ini. Dalam masa yang sama, media massa boleh menguar-uarkan maklumat tentang keunikan nasi lemak dan akok melalui pengiklanan di siaran televisyen mahupun di laman sosial seperti 'instagram' dan 'twitter'. Usaha ini akan berkesan kerana media massa mencakupi pelbagai golongan usia. Meningkatkan usaha mempromosikan makanan tradisional ini
Meneruskan warisan budaya dengan mengajari anak-anak cara penyediaan nasi lemak dan akok Usaha ini dapat dilakukan dengan ibu bapa mengajak anak- anak untuk melibatkan diri secara langsung dalam proses menyediakan makanan tradisional ini. Ibu bapa boleh mengajari mereka langkah-langkah memasak, pemilihan bahan-bahan, dan teknik yang digunakan. Ini akan dapat memberi peluang kepada mereka untuk merasakan dan mempelajari cara-cara tradisional yang tepat. Dengan ini, mereka dapat memupuk minat terhadap masakan tradional ini dan seterusnya akan mewarisinya kepada anak cucu mereka dimasa mendatang. Oleh itu, jelaslah bahawa jika tiada golongan tua atau terdahulu untuk mewarisi resepi nasi lemak dan akok ini, dibimbangi makanan tradisional ini akan tidak dikenali oleh masyarakat Malaysia pada masa hadapan.
Bagi menggalakkan lagi strategi pengelestarian makanan tradisional iaitu nasi lemak dan akok ini, pihak kerajaan dan agensi-agensi lain boleh membantu dengan memberi bantuan modal kepada pengusaha makanan tradisional yang berniaga dari rumah atau meletakkan jualan mereka di kedai-kedai supaya mereka dapat membuka premis jualan mereka sendiri agar dapat menjualnya dengan lebih mudah dan secara tidak langsung menarik pelanggan untuk mengenali makanan yang unik ini. Dalam pada itu, perkhidmatan khidmat nasihat juga boleh disediakan bagi membimbing pengusaha baru yang berjinak untuk memulakan perniagaan nasi lemak dan akok ini agar perniagaan akan berkembang maju sehingga menembusi pasaran luar negara. Dengan ini, usaha melestarikan makanan tradisional ini akan lebih berkesan Memberi bantuan dan galakan kepada industri makanan tradisional ini
KEDAI AKOK YANG MENJADI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA KEDAI AKOK POKWEIL Pak Weil Akok Salor terletak di Jalan Wakaf Che Yeh-Salor-Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. KEDAI AKOK LEGEND Akok Legend Sungai Petani berlokasi di Jln Perdana 9/11, 08000 Sungai Petani, Kedah. RAJA AKOK ORIGINAL Raja Akok Original bertempat di No 17 jalan BP 6/2 Bandar Bukit Puchong, Puchong, Malaysia
KEDAI NASI LEMAK TERKENAL DI MALAYSIA Nasi Lemak Wanjo Kg Baru Nasi Lemak Tanglin @ Taman Tasik Perdana Nasi Lemak Wak Kentut Kulai Nasi Lemak Ujung Pasir
Malaysia adalah tersendiri dari segi latar belakang masyarakatnya, yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, dan India, masing-masing mempunyai keistimewaan budaya mereka sendiri.Menu tempatan merupakan salah satu warisan tradisi yang diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan ia menyumbang kepada keistimewaan masyarakat Malaysia. Dengan kepelbagaian gastronomi Malaysia, ini mungkin benar-benar mewujudkan ruang dalam proses menjalin hubungan kebersamaan antara kaum, yang secara tidak langsung mewakili adat resam hidup Malaysia. Contoh yang kita dapat lihat ialah Nasi lemak tidak dinikmati oleh kaum Melayu sahaja, malah digemari masyarakat Cina mahupun India dimana ia bukan sekadar dijual di restoran Melayu malah turut ada di restoran Cina mahupun India. Akok juga menjadi tumpuan masyarakat kerana rasanya yang manis dan wangi menyebabkan ia sesuai dijadikan makanan juadah petang kaum berbilang bangsa di Malaysia. Oleh itu, masyarakat di Malaysia mestilah mengekalkan tradisi ini agar tidak pupus dek ditelan zaman bak kata peribahasa iaitu bulatnya air kerana pembetung, bulatnya manusia kerana muafakat RUMUSAN
RUJUKAN - Georgie Joseph. (2017, October 31). Baju nasi lemak ke persada dunia. myMetro. https://www.hmetro.com.my/rap/2017/10/279011/baju-nasi-lemak-kepersada-dunia - Intan Mas Ayu Shahimi. (2019, July 17). Pejuang makanan warisan. myMetro. https://www.hmetro.com.my/hati/2019/07/476260/pejuang-makanan-warisan - Raji, M. N. A., Ab Karim, S., Ishak, F. A. C., & Arshad, M. M. (2017). Past and present practices of the Malay food heritage and culture in Malaysia. Journal of Ethnic Foods, 4(4), 221–231. https://doi.org/10.1016/j.jef.2017.11.001 - Cheng, L. W., Samsudin, M. N., Nor, N. N. M., Makhtar, N. A. A., & Othman, N. A. (2020). Factors That Affecting Generation Y Customers’ Preferences towards Kuih Akok. NURTURING HOSPITALITY, TOURISM AND WELLNESS WORLD, 49. Shah, N. D. S. (n.d.). MANUSCRIPT NASI LEMAK. Www.academia.edu. Dicapai June 20, 2023, dari https://www.academia.edu/37792552/MANUSCRIPT_NASI_LEMAK Asal Usul Kuih Akok | PDF. (n.d.). Scribd. Dicapai June 20, 2023, dari https://www.scribd.com/document/413664298/Asal-Usul-Kuih-Akok-docx Rencana, M. (2023, February 9). Gastronomi halal Malaysia jadi tarikan pelancong. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/02/gastronomi-halal-malaysiajadi-tarikan-pelancong/ Malaysianhistory - not perfect.. - Sejarah Nasi Lemak Asal usul kewujudan Sejarah Nasi Lemak di - Studocu. (n.d.). Studocu. https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/english-fororal-presentations/malaysianhistory-not-perfect/11388885
Nama Ahli Kumpulan NURUL NAJWA BINTI ROMZI (291810) MUHAMMAD SHAH AMIRUL BIN BAHARUDDIN (292675) NOR SYUHADA BINTI AFANI (291984) FARAH ZAHIDAH BINTI NAZARUDDIN (292182) LAU SHEUE YEE (292736) MIRZA HASYA BINTI MOHAMMAD ZAMBRI (292629) MUHD HISYAMUDDIN BIN HISAN (292586) Ada burung memakan ikan Mati tertembak masuk peti Kurang lebihnya, mohon dimaafkan Agar rahmat Tuhan memberkati. KENEGARAAN MALAYSIA (A222 SADN 1033) GROUP H PENSYARAH : DR. HASLINDA BINTI HASAN