1
Biodata Diri
Nosoarrbi ia
1. Saya berasal dari Kota Belud Baeya
Sabah.
2. Saya merupakan seorang anak
tunggal.
3. Mula mengambil pengalaman
kerja sambilan pada tahun 2020.
4. Degree (Sains Perhutanan) UMS
TeSnatyaang
“Apa yang anda perlukan ialah
pelan, peta jalan dan
keberanian untuk meneruskan
ke destinasi anda.”
2
Perancangan Saya
1. Matlamat
bekerja lebih keras sehingga mencapai
semua impian.
2. Misi
Selalu memperbarui karakter pribadi
menjadi lebih profesional, komitmen,
bertanggung jawab, dan setia pada
perusahaan.
3. Visi
Visi saya dalam bekerja adalah
“Menjadi yang profesional, tangguh,
bertanggung jawab, dan peduli secara
sosial pada perusahaan”
3
26 Julai
2020
Pada tarikh berikut merupakan hari pertama dan sejarah dalam
kehidupan saya telah menjejak kaki ke alam pekerjaan dan ketika ini
saya masih lagi pelajar STPM. Hal ini kerana, pada tahun 2020 dimana
kita telah dilanda covid 19 dan sekolah terpaksa ditutup dalam jangka
masa yang lama. Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk
menambah pengalaman dalam bidang kerja. Saya bekerja di gerai
kawan saya sendiri iaitu Aidil. Dia telah membuka gerai burger yang
terletak di daerah Kunak. Pada ketika itu, kawan saya yang bernama
Aidil meminta saya untuk membantunya di gerai. Akhirnya saya
bersetuju untuk menerima tawaran tersebut sekaligus dapat
menambah pengalaman saya dalam bidang pekerjaan. Walaupun
pekerjaan yang saya terima ini hanya kerja biasa, namun ianya juga
dapat membantu saya melahirkan keyakinan dalam diri untuk bertemu
dengan orang ramai. Banyak pengalaman yang saya dapat pada hari
pertama bekerja, dimana saya menemukan pelbagai gelagat setiap
orang,
ada yang cerewet, ada yang suka melawak dan sebagainya.
Kawan saya juga iaitu Aidil, telah banyak memberi tunjuk
ajar kepada saya. Hari berganti Hari, semangat saya
bekerja di gerai itu semakin kuat.
4
7 Ogos
2020
Setelah 2 minggu saya bekerja, saya mula terasa penat kerana
gerai kawan saya merupakan gerai yang menjadi tumpuan orang ramai.
Minggu tersebut adalah tersangat sibuk sehingga membuatkan seluruh
badan saya sakit dan tiada tenaga untuk bekerja. Hal ini kerana, kawan
saya iaitu Aidil mempunyai banyak kenalan terutama kawan kawannya
di daerah tersebut. Namun, disini banyak pengajaran yang saya lihat,
iaitu semangat mereka berkawan. Saya terharu melihat dia dikelilingi
kawan kawan yang sentiasa menyokong untuk memajukan gerai
tersebut. Hari demi hari, saya dan Aidil meneruskan perjuangan kami
untuk terus bekerja. Saya juga telah menanam satu niat untuk belajar
membantu keluarga saya yang serba kekurangan. Walaupun gaji saya
tidaklah berapa banyak, namun ianya juga cukup untuk saya
menghulurkan sedikit kepada ibu bapa saya. Saya mula sedar, betapa
susahnya bapa saya mencari rezeki untuk kami setiap hari. Tetapi
saya sangat bersyukur dapat merasai bagaimana
kehidupan orang yang bekerja. Selain itu, dugaan saya
semasa bekerja juga adalah saya terpaksa membuat
kerja rumah yang telah cikgu bagi sambil bekerja.
5
11 September
2020
Sedar tidak sedar, kini sudah 2 bulan saya bekerja di gerai tersebut.
Sekolah juga telah diarahkan untuk dibuka semula. Oleh itu, saya
terpaksa menamatkan pekerjaan saya di gerai itu, kerana saya sudah
mula untuk ke sekolah. Ikutkan hati saya, saya mahu bekerja dengan
lebih lama. Namun meneruskan alam persekolahan juga penting untuk
saya mendapatkan masa depan dan kerja yang lebih baik. Faedah yang
saya dapat selama bekerja, adalah saya dapat mengisi masa lapang
saya dengan perkara yang berfaedah. Lebih-lebih lagi saya sebagai
seorang pelajar, saya akan kurang masa untuk melakukan perkara-
perkara yang sia-sia selain daripada mengulangkaji pelajaran dan
kemudian bekerja sambilan. Pada mulanya saya juga berasa sangat
letih kerana tenaga dan masa yang digunakan untuk diri saya, tetapi
saya mengerti tindakan yang saya ambil dapat memberikan manfaat
buat diri saya sendiri. Bak kata pepatah Melayu, berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian. Selain itu, melakukan
kerja sambilan adalah saya dapat menambah kemahiran
diri saya. Hal ini adalah mustahak kerana menjelang
kedewasaan, kita perlu mengasah kemahiran diri khususnya
kemahiran berkomunikasi untuk menjadi seorang yang
berkeyakinan tinggi.
6
Apa yang ingin
saya capai
Apa yang saya ingin capai daripada pengalaman bekerja adalah saya
hanya mahu menjadi pekerja yang baik di tempat kerja,. saya mahu
menjadi versi yang terbaik apabila bekerja, saya sentiasa inin bekerja
lebih keras dan tidak mudah berputus asa. Dan saya berharap, di
masa akan datang, saya akan mendapat pekerjaan yang tetap yang
dapat menjamin kesenangan untuk orang yang saya sayangi terutama
adalah orang tua saya :)
7
8