E-BOOK
SOLAT
اوال َّصَالةُ ِِ اما ُِ ال ِِن ِن،ُُ او ام ْن تا ار اك ال َّصَالةا فاَال ِِن ان لا،ال َّصَالةُ ِل او ْقتِ اها
Maksudnya:“Solat pada waktunya, barangsiapa
yang meninggalkan solat maka tiadalah agama
baginya dan solat itu merupakan tiang agama”.
[Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab]
Keluaran Politeknik METrO Kuantan, Pahang
DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN ISLAM
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO MATRIK
MUHD DANIAL HAIKAL BIN AZIZ 29DHF18F2016
SITI HAWA NAZIRAH BINTI ZAKARIA 29DHF18F2032
NURULHANIS THAQIFAH BINTI CHE NAZZRAN 29DHF18F42042
SYARIFAH AIN NUR HANIM BINTI AZMAN SHAH 29DHF18F2024
NAMA PENSYARAH : HASNI BIN HASSAN
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
1.1 Syarat wajib dan sah solat
1.2 Perkara yang membatalkan solat
1.3 Rukun solat
2.0 Maksud solat sunat
2.1 Enam solat sunat berjemaah
2.2 15 solat sunat yang boleh dilakukan bersendirian
2.3 5 jenis solat sunat yang wajib ambil tahu
❖ solat dhuha
❖Solat tahajud
❖Solat hajat
❖Solat istikharah
❖Solat tasbih
2.4 Kelebihan mengerjakan solat sunat
2.5 Waktu yang diharamkan solat sunat
3.0 Solat Sunat Rawatib (sebelum dan selepas solat
fardhu) hukum, cara dan kelebihannya
4.0 Contoh Kajian
5.0 Penutup
6.0 Website rujukan
7.0 Soalan
1.0 PENGENALAN
❑ Dayang utama dari segala jenis ibadah.
Sembahyang merupakan lam agama Islam,
sembahyang merupakan ibadah tiang seri
yang bermaksud tiang utama pengukuh
agama Islam. Di dalam rukun Islam, rukun
yang kedua ialah mendirikan sembahyang lima
waktu. Apabila seseorang umat Islam itu
mendirikan sembahyang, maka dia
menunjukkan rasa kehambaan dan sebagai
Allah SWT.
❑ Sembahyang merupakan ketentuan kedua dalam
peraturan Islam, jika dilaksanakan pada awal
waktunya maka ini termasuk amal yang lebih
utama. Jika ditinggalkan termasuk kufur, bila
dilaksanakan termasuk iman, bila kurang
diperhatikan patut mendapat kemurkaan Allah
SWT, dan bila dipelihara akan mendatangkan
keuntungan.
❑ Sembahyang Fardhu yang wajib didirikan ialah
sembahyang lima waktu sehari semalam iaitu
sembahyang Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan
Isyak. Sembahyang Subuh mengandungi 2 rakaat
manakala Zuhur, Asar dan Isyak mengandungi 4
rakaat. Sembahyang Maghrib pula mengandungi 3
rakaat. Di dalam satu hadith di mana Rasullah
S.A.W pernah bersabda iaitu:-
“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka
berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya
meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun.
Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan)
daripada tempat tidur" .
1.1 SYARAT WAJIB SOLAT :
• Islam
• Baligh
• Berakal
• Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
SYARAT SAH SOLAT:
• Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
• Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat
solatnya, dan di pakaiannya.
• Menutup aurat.
• Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak
terdaya)
• Yakin telah masuk waktu solat.
1.2 PERKARA PERKARA YANG
MEMBATALKAN SOLAT :
• Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
• Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit
yang memberi faham, atau ketawa.
• Makan/minum walau sedikit.
• Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga
kali berturut-turut(mutawaliyat).
• Berniat keluar dari solat
• Terkena najis yang tidak dimaafkan pada
badan, pakaian dan tempat solat.
• Beralih arah dari kiblat dengan sengaja
(berpaling dada).
• Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak
sengaja tetapi tidak segera ditutup.
• Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
• Meninggalkan rukun solat.
• Murtad
1.3 RUKUN SOLAT :
• Rukun solat ada 13:
• Niat.
• Takbiratul Ihram.
• Berdiri bagi yang mampu.
• Membaca surah Al-fatihah.
• Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah:
tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
• Iktidal dengan tama'ninah.
• Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
• Duduk di antara dua sujud,dengan
tama'ninah.
• Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan
Tasyahhud.
• Duduk dalam Tasyahhud akhir.
• Selawat salam.kepada Nabi Muhammad
s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
• Membaca
2.0 APAKAH MAKSUD SOLAT
SUNAT?
❑Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau
Tatawwu’ iaitu solat yang dilakukan secara
sukarela untuk mendekatkan diri kepada Allah.
❑Orang yang mengerjakannya dengan ikhlas lebih
dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah SWT
berbanding orang yang hanya mengerjakan solat
fardu semata-mata. Pada zaman Rasulullah SAW,
sahabat sangat cemburu melihat baginda banyak
melakukan amalan sunat, maka mereka turut
berlumba-lumba melakukannya. Solat sunat
mempunyai fadilat yang tersendiri namun
hakikatnya disembunyikan oleh Allah SWT.
Daripada segi hukum pula, mengerjakan solat
sunat adalah mendapat pahala jika dikerjakan
dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Biasanya
solat sunat dilakukan sama ada secara berjemaah
atau sendirian.
2.1 ENAM SOLAT SUNAT
BERJEMAAH ADALAH:
i. Tarawih
ii. Aidilfitri
iii. Aidiadha
iv. Mohon hujan (Istisqa’)
v. Gerhana matahari dan bulan
vi. Witir
2.2 BERIKUT ADALAH 15 SOLAT
YANG DILAKUKAN SENDIRIAN :
i. Rawatib (mengiringi solat fardu) Tahiyyatul Masjid
ii. Tahajjud
iii. Dhuha
iv. Istikharah
v. Isyraq
vi. Awwabin
vii. Wuduk
viii. Taubat
ix. Hajat
x. Ihram
xi. Tawaf
xi. Musafir
xii. Mutlak
xiii.Tasbih
2.3 5 JENIS SOLAT SUNAT YANG
WAJIB KITA AMBIL TAHU
❑ Solat adalah perkara WAJIB ke atas setiap umat
islam yang berakal dan baligh. Betapa pentingnya
ibadah solat Lima waktu sehari semalam ini, ia
merupakan rukun islam ke kedua selepas
mengucap dua kalimah syahadah.
❑ Perkara pertama akan ditanya di akhirat kelak
adalah solat. Justeru itu, ibadah solat tidak boleh
dipandng remeh sama sekali oleh setiap umat
islam. Di samping solat Lima waktu sehari
semalam, kita juga disarankan untuk melakukan
solat sunat yang boleh memberikan ganjaran
pahala bagi yang melakukan solat sunat yang
boleh memberikan ganjaran pahala bagi yang
melakukannya. Malah ia adalah jawapan kepada
semua masalah yang kita hadapi.
1. SOLAT DHUHA
أُ َصلِّي ُسنَّ َةَ ال ُّض َحي َر ْك َعتَين ِللَ تَعَال ََي
(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)
Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat,
kerana Allah Taala.”
✓ Solat sunat Dhuha disebut juga sebagai
pembuka rezeki:
Solat dhuha bermaksud solat sunat yang
dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada
saat matahari telah naik lebih kurang
setinggi sebatang galah (kira-kira 20
minit selepas terbut matahari) hinggalah
matahari berada tepat di tengah-tengah
langit (sebelum menjelang Zuhur). Boleh
buat 2 rakaat atau lebih ( sehingga 6
rakaat)
2. SOLAT TAHAJUD
أُ َصلِّ َْي ُسنَّ َةَ التَّ َه ُّجَد َر ْكعَتَ ْي َن لَِّلَ تَعَالَى
(Usholli sunnatat tahajudi rok’ataini lillahi ta’aalaa)
Artinya: “Aku niat sholat sunnah Tahajud dua rakaat
karena Allah ta’ala.”
✓ Solat sunat Tahajjud atau disebut solat
permudahkan urusan
Solat tahajjud boleh dibuat apabila terjaga di
waktu malam selepas tertidur sebentar. Solat
ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak
sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan
pada waktu pertiga malam (kira-kira jam 3.00
pagi) hingga ke fajar. Solat ini dilakukan
sekurang-kurangnya dua rakaat secara
bersendirian. Boleh dilakukan seberapa banyak
yang termampu.
3. SOLAT HAJAT
أُ َصلِّي ُسنَّةََ ا ْل َحا َجةَ ر ْك َعتَ ْي َن أ َداءَ لََِّل َتَعَالَى
“Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat
kerana Allah Taala.”
✓ Solat suat istikharah (menyelesaikan
apa kekeliruan berlaku)
Solat hajat dan doa sebenarnya adalah senjata
umat Islam. Sembahyang sunat atau solat
sunat hajat biasanya dilakukan apabila
seseorang Muslim itu memiliki sebarang hajat
atau kehendak yang ingin diminta terus
kepada Allah S.W.T.
Antara hajat yang biasa kita dengar
dikalangan masyarakat Malaysia ialah hajat
seperti pelajar inginkan keputusan yang
cemerlang, hajat ibu bapa mahukan anaknya
berubah daripada keburukan kepada
kebaikan, hajat mahu amak dengar kata, hajat
mahukan sejumlah harta, harta mahukan
calon pasangan isteri atau suami dan
sebagainya. Ia boleh dilakukan pada bila-bila
masa tanpa mengira waktu.
4. SOLAT ISTIKHARAH
“Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi
Ta’aala”.
(Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2
rakat tunai kerana Allah Ta’ala)
✓ Solat suat istikharah (menyelesaikan apa
kekeliruan berlaku)
Istikarah dari sudut bahasa bermaksud “meminta
sesuatu kebaikan”. Istikharah adalah berasal
daripada perkataan Arab yang bermaksud
‘meminta penjelasan’ atau ‘panduan’ Dari segi
istilah pula, Istikharah ialah solat sunat yang
dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT
dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara
atau urusan. Ini berlaku sekiranya seseorang itu
masih ragu-ragu dengan pilihannya sama ada
untuk meneruskan sesuatu pekerjaan atau
sebaliknya.
• Maka sebelum itu, ada tiga langkah perlu tahu
iaitu:
i. Persediaan – gunakan rasional dan nilai
keadaan sendiri. Lakukan penyelidikan awal
terlebih dahulu.
ii. Istisharah (minta pandangan) – tanyakan
pendapat mereka yang berpengalaman dan
berpengetahuan.
iii. Istikharah (minta kebaikan) – sekiranya
selepas mengurangkan pilihan, kita masih
menghadapi kesukaran membuat keputusan, di
sinilah istikharah memainkan peranan untuk
memberi kita keyakinan dan kejelasan
5. SOLAT TASBIH
ُأ َص ِّل َْي سُ َّن َةَ التَّ ْسب ْيحَ َر َكعَتَ ْي َن لَِّلَ تََعَا َلى
“Sahaja aku sembahyang sunat tasbih dua
rakaat kerana Allah Taala”
✓ Solat sunat tasbih (untuk menyelesaikan
dialami)
Solat sunat tasbih merupakan solat sunat yang
terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat sunat tasbih
dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali
seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat,
dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari
cukup dengan satu salam. Jika dikerjakan pada
malam hari dengan dua salam.
Cara mengejarkan solat tasbih ialah dengan membaca
tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10
kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10
tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk
antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan
10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri
/ memberi salam. Ulangi 75 tasbih ini untuk empat
rakaat.
Ajaran dalam agama islam cukup lengkap untuk
mencari semua jwapan pada persoalan yang kita
ingin tahu dan mahu tahu. Al-Quran dan hadis itu
adalah pelengkap kehidupan dan tidak boleh
ditinggalkan sama sekali.
2.4 APAKAH KELEBIHAN MENGERJAKAN
SOLAT SUNAT?
❑ Umumnya melakukan amalan solat sunat dapat
menambah kesempurnaan dan menampung
kekurangan solat fardu, meningkatkan keimanan
dan mendekatkan dirinya dengan Allah.
❑ Selain itu, ia juga membantu seseorang itu
memperolehi ketenangan diri dan perasaan, juga
sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk
daripada Allah serta mempertingkatkan
keimanan dan ketakwaan pada Allah.
❑ Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW, ada
sembahyang sunat yang mempunyai
keistimewaan tersendiri, bukan sahaja dari segi
ganjaran tetapi juga fadilat, hikmah dan
faedahnya.
❑ Misalnya orang yang mengamalkan solat Tahajjud
ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan
iman, dimurahkan rezeki, di samping dipercayai
dan dihormati oleh orang ramai serta doanya
dimakbulkan Allah SWT.
❑ Begitu juga mereka yang mengamalkan
sembahyang sunat Dhuha, rezekinya tidak putus
dan dimudahkan segala urusannya.
❑ Bagi orang yang mengerjakan solat Tarawih di
bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya
yang telah lalu.
❑ Selain itu, orang yang mengamalkan sembahyang
sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti
pahala Haji dan Umrah. Dan bergitulah pada solat-
solat lain, ada keistimewaan yang tersendiri.
2.5 BILAKAH WAKTU YANG DIHARAMKAN
SOLAT SUNAT?
➢ Waktu yang diharamkan sembahyang sunat
yang juga dikenali sebagai waktu tahrim
adalah seperti berikut:
▪ sesudah solat subuh
▪ ketika matahari hampir terbit atau sedang
terbit.
▪ ketika rembang iaitu matahari tegak di atas
kepala.
▪ ketika matahari hampir terbenam.
▪ Sesudah solat asar.
3.0 SOLAT SUNAT RAWATIB (SEBELUM & SELEPAS
SOLAT FARDHU): HUKUM, CARA & KELEBIHANNYA
✓ NIAT SOLAT SUNAT RAWATIB
• Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : َق ْبليَّ َة
Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : َبَ ْعديَّة
• Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut
• ََال ُّظ ْه َر (أُ َصلِّي ُسنَّة/ َالعَ ْصر/ ال َم ْغر َب/ الع َشا َء/ )الصبح
قَ ْبليَّ َة ( َر ْك َعتَ ْي َن/ َلََِّل تَ َعا َلى )بَ ْعديَّة
• Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat
(Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum
/ Selepas) kerana Allah Taala.
• Solat Sunat Rawatib ialah solat yang mengiringi
solat-solat fardhu sama ada sebelum atau
selepas solat fardhu. Solat ini sangat digalakkan
oleh Islam dan selalu diamalkan oleh Rasulullah
s.a.w.
• Hikmah pensyariatannya ialah
bagi menampung segala kekurangan
sewaktu mengerjakan solat fardhu, seperti
tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-
ayat yang dibaca.
✓ WAKTU MENGERJAKAN :
• Solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat
yang didirikan sebelum ataupun sesudah
solat fardhu lima waktu.
• Solat rawatib sebelum solat fardhu dikenali
sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat
rawatib yang setelah solat fardhu pula dikenali
sebagai solat ba’diyah.
HUKUM / KATEGORI SOLAT SUNAT
RAWATIB
❑ Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua
bahagian :
1. Sunat Rawatib yang “Muakkad” – ditekankan
2. Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad” –
tidak ditekankan
✓Menurut Mufti bilangan rakaat solat sunat
rawatib yang mu’akkad ialah 10 rakaat,
manakala yang tidak mu’akkad pula ialah 12
rakaat. Namun yang terbaik adalah kita
perbanyakkan solat sunat semampu mungkin
tanpa mengira samada ia mu’akkad ataupun
tidak.
✓ SUNAT RAWATIB YANG “MUAKKAD” ADALAH 10
RAKAAT SEPERTI BERIKUT:
• 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
• 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
• 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
• 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
• 2 Rakaat selepas Isyak.
✓ SUNAT RAWATIB YANG “GHAIRA
MUAKKAD” PULA ADALAH 12 RAKAAT SEPERTI
BERIKUT:
• 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
• 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
• 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
• 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
• 2 Rakaat sebelum Isyak.
4.0 KAJIAN TENTANG PERKARA ASAS
FARDU AIN (PAFA):
❑Solat merupakan penghubung antara manusia
dengan Penciptanya. Melalui solat seseorang itu
dapat berhubung terus dengan Allah SWT untuk
memohon hidayah, meminta pertolongan serta
mengadu dan menyerah diri kepada Allah SWT.
Melalui solat juga seseorang dapat menghampirkan
diri kepada Allah SWT, mendapat sumber tenaga yang
baru dan bekalan kepada jiwa yang sentiasa
memerlukannya sepanjang perjalanan hidup ini. Solat
juga merupakan perkara pertama yang akan
dipersoalkan di hari akhirat kelak. Ini menunjukkan
bahawa solat adalah ibu kepada segala ibadat dan
ianya amat penting untuk dilaksanakan dalam
kehidupan. Solat juga adalah tiang agama yang
membawa maksud teras kepada amalan-amalan yang
lain. Oleh itu, seseorang yang meninggalkan dan
mengabaikan solat seolah-olah ia telah meruntuhkan
agamanya sendiri. Solat juga merupakan perisai dan
benteng yang kebal dalam menghadapi fitnah,
kejahatan, kemungkaran dan hasutan syaitan.
Seseorang itu akan merasakan Allah SWT sentiasa
mengawasi dan memerhatikan tingkah lakunya,
itulah sebabnya ia akan menjauhkan dirinya dari
segala bentuk kemungkaran serta menjaga dirinya
dari perkara-perkara negatif.
❑ Sehubungan dengan itulah, Islam
menyuruh para ibu bapa mengajar,
membimbing dan menitikberatkan
pelaksanaan solat fardu sebagai amalan
kepada anak-anak mereka seawal usia 7
tahun. Islam juga telah menyarankan
kepada para ibu bapa supaya merotan
anak-anak yang berusia 10 tahun sekiranya
mereka masih meninggalkan solat lima
waktu. Merotan bertujuan untuk memberi
pengajaran kepada anak-anak bukan untuk
menyakiti atau mendera mereka. Ibu bapa
tidak boleh bertolak ansur dalam perkara
ini dengan anak-anak mereka. Hal ini
menunjukkan betapa pentingnya solat
dilaksanakan dalam membentuk jati diri
seseorang mukmin.
❑ Apabila anak-anak mula melangkahkan kaki ke
alam persekolahan, tanggungjawab memastikan
anak-anak melaksanakan solat dikongsi pula
dengan guru-guru di sekolah. Menyedari kewajipan
tersebut, maka pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Perkara
Asas Fardu Ain (PAFA) pada tahun 1995 untuk
dilaksanakan di sekolah-sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Ia merupakan satu program
khusus ke arah melatih pelajar secara praktikal
melaksanakan solat serta latihan kerohanian
(tazkiyah al-nafs) seperti wirid dan doa. Huraian
sukatan mata pelajaran Pendidikan Agama Islam
(PPK 1992) ada menyebut tentang objektif amali
solat; iaitu pelajar dapat mempraktikkan ilmu
pengetahuan yang telah diajar melalui teori oleh
guru dalam kehidupan hariannya. Objektif ini
diperkukuhkan lagi dengan objektif ujian PAFA
iaitu menilai dari segi lisan dan amali. Amali solat
bukan sekadar menunaikan solat fardu, tetapi juga
melatih pelajar agar melaksanakan solat untuk
menepati firman Allah SWT dalam surah al-
„Ankabut ayat 45 yang memberi maksud
“Sesungguhnya ibadah solat boleh menjauhkan diri
dari perkara keji dan munkar.”
❑ Berdasarkan realiti dalam kehidupan hari ini,
sesetengah pelajar dan remaja mengabaikan solat
atas berbagai alasan. Antaranya alasan sibuk
belajar, menjalankan aktiviti kokurikulum atau
sibuk dengan aktiviti-aktiviti tertentu. Ketika di
rumah pula sibuk dan leka dengan menonton
televisyen, bermain “games‟, amalan “berchatting‟
atau melayari internet. Apabila ibadat solat sering
ditinggalkan, hal ini menyebabkan mereka mudah
terjebak dengan pelbagai gejala negatif yang ada di
persekitaran mereka seperti gejala lepak, mat
rempit, membuli, bergaduh, pergaulan bebas,
vandalisme, penyalahgunaan dadah dan perlakuan
jenayah. Menyedari kepentingan solat dalam
pembentukan akhlak dan budi pekerti mulia serta
jati diri pelajar, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memperkenalkan ujian PAFA sebagai
satu bentuk kerja kursus untuk calon-calon (PT3)
dan (SPM), secara tidak langsung dapat membantu
meningkatkan usaha ke arah amalan dan
penghayatan Islam dalam kehidupan. Inisiatif pihak
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)
menjadikan amalan-amalan sunat sebagai penilaian
dalam penilaian PAFA merupakan satu usaha yang
amat baik. Usaha ini membolehkan pelajar
melaksanakan solat serta diuji bacaan-bacaannya di
peringkat sekolah secara praktikal. Pendidikan
agama tradisional di negara sejak 9 dahulu lagi
lebih menekankan pendidikan amali dan hafazan
kerana ia mendatangkan banyak faedah dan amat
berkesan kepada pelajar.
❑ Amali solat adalah salah satu komponen yang
terkandung dalam PAFA untuk dilaksanakan di
sekolah-sekolah sebagai asas kepada
pembentukan modal insan yang bersepadu.
Amali solat yang dilaksanakan ini adalah
kesinambungan kepada pelaksanaan solat di
rumah yang mana ia menjadi tanggungjawab
ibu bapa mereka. Tetapi memandangkan
sebahagian masa pelajar adalah di sekolah,
tanggungjawab ini turut dipikul oleh para
guru khususnya guru-guru agama.
Pelaksanaan amali solat ini sewajarnya
ditekankan kerana pelajar boleh
mempelajarinya secara praktis kewajipan
mengerjakan solat fardu. Di sekolah, guru
boleh memberi panduan dan bimbingan
manakala pelajar yang kurang memahami
tentang solat boleh menerima bimbingan dari
guru supaya timbul kesedaran tentang
kewajipan melaksanakannya.
❑ Kajian ini mendapati hampir keseluruhan
responden menjelaskan bahawa Program
Amali Solat penting untuk diri mereka serta
banyak membantu mereka untuk
melaksanakan solat secara konsisten di rumah.
Secara umumnya para pelajar berpuas hati
dengan bentuk pelaksanaan Program Amali
Solat yang dijalankan di sekolah mereka.
Tentang waktu pelaksanaannya pula, para
pelajar berpendapat waktu yang
diperuntukkan perlu ditambah. Hal ini
kemungkinan kerana pelajar merasakan
mereka perlu masa yang lebih untuk
mendapatkan bimbingan ke arah pelaksanaan
solat yang berkualiti. Begitu juga halnya
dengan waktu program ini dilaksanakan, yang
mana hasil kajian mendapati pelajar lebih
suka ia dilaksanakan sebelum masuk solat
fardu. Hasil kajian juga mendapatipersepsi
pelajar terhadap tempat dan prasarana
tempat Program Amali Solat dilaksanakan
berada di tahap memuaskan hati mereka.
❑ Usaha-usaha yang berterusan perlu dilakukan
untuk memastikan generasi kini adalah generasi
yang menjadikan solat sebagai benteng
pertahanan diri serta ketahanan menghadapi
arus cabaran era globalisasi kini. Seterusnya
mereka akan mampu menghindarkan diri dari
terjebak dengan pelbagai gejala negatif yang
boleh merosakkan generasi Islam kini dan akan
datang. Pengaruh globalisasi memberi impak
besar kepada sikap dan sahsiah remaja Islam.
Bagaimanapun saling menuding jari serta
menyalahkan pengaruh tertentu tanpa
mengambil tindakan yang sepatutnya tidak
dapat menyelesaikan masalah. Oleh itu
kesepaduan tenaga untuk mendekatkan anak-
anak kepada penghayatan solat yang sebenar
serta kehidupan beragama amat perlu. Semua
pihak perlu menggembeling tenaga semaksimum
yang mungkin untuk memastikan generasi
pewaris kini sentiasa mendapat bimbingan untuk
berada di atas landasan hidup beragama
sepanjang hayat. Mereka perlu didedahkan
dengan kesempurnaan dan keindahan Islam
sebagai jalan kehidupan yang menjamin
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat
❑ Hasrat melahirkan generasi yang memiliki
jati diri muslim mungkin sukar untuk dicapai
sekiranya pelaksanaan solat yang berkualiti
diabaikan. Sehubungan itu, pengkaji
berpendapat ibu bapa yang merupakan
tunjang utama kepada institusi keluarga
perlu memainkan peranan sebaik mungkin
sebagai guru pertama kepada anak-anak. Ini
kerana sekolah dan guru hanya mengambil
alih tanggungjawab setelah anak-anak
mempunyai pendidikan asas daripada ibu
bapa di rumah. Tindakan pihak ibu bapa
yang menyerahkan tanggungjawab
sepenuhnya kepada pihak sekolah/guru
merupakan tindakan yang kurang wajar. Ibu
bapa yang sepatutnya memikul amanah yang
besar ini untuk memastikan anak-anak
mereka sentiasa konsisten dalam
melaksanakan solat lima waktu sehari
semalam. Para guru di sekolah hanya
mengambil alih tanggungjawab ini ketika
anak-anak berada di sekolah pada waktu
persekolahan sahaja. Oleh itu pengkaji juga
berharap para ibu bapa menyedari
tanggungjawab serta amanah Allah SWT
yang amat besar ini kerana mereka akan
dipersoalkan di akhirat kelak. Pengkaji juga
menaruh harapan agar semua pihak terus
bekerjasama dalam melaksanakan usaha
murni ini.
5.0 PENUTUP
❑Sesungguhnya ibadat mempunyai rahsia
yang tersendiri yang kesannya boleh dirasai
jika seseorang itu melakukannya dengan
penuh keikhlasan untuk mencari keredaan
Allah s.w.t. semata-mata. Antara rahsianya
ialah seperti berikut:
a) Menjadi pengurus masa yang baik
• Setiap ibadat, baik yang wajib atau sunat
melatih individu Muslim menjadi pengurus
masa yang berkesan lagi cekap. Contohnya
solat, puasa, zakat dan haji perlu diselesaikan
tepat pada waktu serta mengikut aturan dan
ukuran tertentu. Dalam melaksanakan
ibadat, kejayaan bukannya kerana mampu
melakukan semua aspek ibadat tetapi
menentukan keutamaan iaitu yang penting
(wajib) diutamakan sementara yang sunat
digalakkan. Ibadat yang terbaik walaupun
sedikit tetapi harus dilakukan secara
berterusan.
b) Membentuk keperibadian yang mulia
• Ibadat berfungsi membina peribadi yang mulia
dengan menyemai nilainilai positif dalam diri
seseorang Muslim. Nilai-nilai mulia seperti
disiplin diri, amanah, berani, tepati janji,
bersangka baik, bekerjasama, bertoleransi,
kebersihan dan sebagainya dapat diterapkan
dalam kehidupan individu dan masyarakat
melalui amalan ibadat solat, puasa, haji,
membaca al-Qur’an dan banyak lagi ibadat
lain.
c) Menjamin kualiti hidup
• Ibadat perlu dilaksanakan dengan penuh
perhatian dan tumpuan kerana ibadat yang
dilakukan secara sambil lewa tidak diiktiraf
sebagai ibadat kecuali penat dan letih sahaja.
Maka ibadat dalam Islam menekankan kualiti
ihsan iaitu setiap amalan ibadat perlu
dilakukan dengan kesedaran diri bahawa Allah
s.w.t. Maha Melihat. Sifat ikhlas akan
menjadikan seseorang itu bekerja dengan penuh
teliti dan rajin kerana ganjaran sebenarnya
adalah daripada Allah s.w.t.
6.0 WEBSITE RUJUKAN
✓ http://belajarsembahyang.blogspot.com/2012/07
/pengenalan-solat.html
✓ https://siraplimau.com/solat-sunat-rawatib-
sebelum-selepas-solat-fardhu-hukum-cara-
kelebihannya/
✓ https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-
fatawi/2993-al-kafi-1029-solat-sunat-rawatib-
yang-mu-akkad-dan-tidak-mu-akkad
✓ https://www.remaja.my/5-jenis-solat-sunat-wajib-
tahu-semua-solat-ini-ada-jawapan-pada-masalah-
yang-kita-hadapi/
✓ https://www.mstar.com.my/xpose/ad-
din/2020/07/24/solat-sunat-sempurnakan-
ibadat-tapi-ada-5-waktu-haram-menunaikannya
7.0 SOALAN :
1. Berapakah bilangan rukun solat ?
2. Nyatakan dua perkara yang
membatalkan solat ?
3. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan
masbuq ?
4. Apakah hukum solat berjemaah ?
a) Fardhu Kifayah
b) Wajib
c) Harus
d) Sunat Muakkad
5. Perbuatan-perbuatan di dalam solat
dikenali sebagai Rukun ……………..
a) Qauli
b) Fe’li