The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanie.aziiz, 2022-11-07 18:02:16

FILEM ETIKA GROUP 2

FILEM ETIKA GROUP 2

JABATAN PERDAGANGAN
PROGRAM MENGULAS SESUATU PLOT CERITA DARI FILEM 1957 HATI MALAYA YANG

BERKAITAN DENGAN PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL.

KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU21032

PUAN RUSLINAWATI BINTI ABD GHANI

SESI 1:2022/2023

AHLI KUMPULAN 2

NURUL BALQHIS BINTI NUR KHAIRUN NAJWA
MAHAMAD FARUZI BINTI CHE ANI
03DPR22F1020 03DPR22F1062

NOR MAISARAH BINTI NUR FATIN ILYANA
ABU BAKAR BINTI MUHD SUKOR

03DPR22F1017 03DPR22F1026

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya dan rakan-
rakan menyempurnakan tugasan bagi kod subjek penghayatan etika
dan peradaban (MPU 21032) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Ruslinawati Binti
Abdul Ghani, selaku Pensyarah Penghayatan Etika dan Peradaban
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya
untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu
menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya
Puan Ruslinawati Binti Abdul Ghani bicara beliau dalam memberi
tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya
turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan
ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

CARTA GANTT

Kursus: MPU 21032 / Penghayatan Etika dan Peradaban
Carta Gantt Pelaksanaan Projek (40%)

PENERANGAN Bulan OKTOBER & NOVEMBER
Minggu Minggu 9 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12

1. Membuat perancangan Projek:
a. Menetapkan tajuk, matlamat dan objektif
b. Membentuk draf aktiviti bersama ahli kumpulan
c. Merangka draf tentatif projek

1. Menghasilkan kertas projek dan membentangkan
membentuk struktur organisasi, menyediakan senarai
semak tugasan, contoh;
a. Nurul Balqhis (Ketua projek)
b. Nur Khairun Najwa(Timbalan Ketua Projek)
c. Nor Maisarah (Perancang aktiviti kumpulan)
d. Nur Fatin Ilyana ( Penyelaras bahan ICT dan
multimedia)

2. Menetapkan butiran penting projek seperti tarikh, masa,
bahan dan seumpamanya.

3. Melaksanakan projek seperti yang dirancang dan
mengedarkan borang maklum balas penilaian projek
kepada ahli kumpulan serta mengumpulkan bahan seperti
dalam perbincangan.

1. Menyediakan laporan bertulis serta mempunyai gambar
2. Mengadakan post mortem aktiviti dan membuat refleksi
dengan merujuk kepada borang penilaian peserta.

Penyelia: Pensyarah Kursus

ISI KANDUNGAN M/S
1.MUKA HADAPAN 6
2.PENGENALAN AHLI KUMPULAN
3.PENGHARGAAN 7-8
4.CARTA GANTT 9-15
5.ISI KANDUNGAN 16-20
6.PENDAHULUAN
7.SINOPSIS 21
8.LIMA TEMA DIPILIH 22-29
9.KRITIKAN FILEM
10.CADANGAN 30
11.REFLEKSI SETIAP AHLI
12.KESIMPULAN
13.RUJUKAN
14.LAMPIRAN

PENDAHULUAN

Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok
yang mempunyai latar belakang dan kebudayaan yang berbeza.

Segelintir karya perfileman yang dihasilkan banyak
mempengaruhi masyarakat, terutama golongan muda, seolah-
olah mereka hidup dalam dunia khayalan semata-mata tanpa
berpijak di bumi realiti. Oleh itu dengan memperbanyakkan
filem yang bertema kesepaduan nasional sebegini dapat
menambah lagi ilmu pengetahuan masyarakat tentang sejarah
dan susah payah orang dahulu mendapatkan kemerdekaan.

Justeru, dalam usaha merealisasikan semangat perpaduan yang
lebih utuh dan mantap, karyawan dan seniman seharusnya
mengambil inisiatif memperbanyakkan lagi filem yang mampu
membina jiwa bangsa dan semangat patriotisme dalam diri
setiap penontonnya. Biar seni yang dipersembahkan menjadi
karya agung yang diulang-ulang setiap zaman. Sebuah karya
yang mampu mencipta fenomena dalam mengekalkan roh dan
semangat jiwa merdeka. Sebagai contoh, filem 1957 hati
Malaya yang dipilih oleh kumpulan kami untuk tugasan kali ini.

Terdapat pelbagai nilai yang dipaparkan di dalam filem ini.
Daripada filem ini, kita dapat menyaksikan bahawa semangat
cintakan negara amatlah kuat di dalam diri mereka. Hal
ini dapat dilihatkan apabila mereka bersama-sama berusaha
memperjuangkan kemerdekaan. Tujuan filem ini ditayangkan
adalah untuk menghargai serta melihatkan pengorbanan-
pengorbanan pemimpin pada zaman dahulu. Tidak ditinggalkan
bahawa nilai perjuangan dan semangat patriotik yang
dipaparkan dapat dicontohi oleh anak muda pada zaman kini.

SINOPSIS FILEM

Hali (Rusdi Ramli), Salmi (Maya Karin), Rafik (Adlin Aman
Ramlie), Ani (Sharifah Amani) dan Ang Lee (Douglas Lim),
mewakili generasi muda Malaysia yang datang dari latar
belakang dan pemikiran yang berbeza, berusaha untuk
menerbitkan sebuah buku bergambar 1957 - Hati Malaya.
Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan,
persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957.
Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai watak-watak
dan peristiwa dengan penuh emosi dan membawa mereka
pada waktu semangat rakyat tanah Melayu bangkit
menuntut kemerdekaan – rakyat biasa miskin dan mundur di
era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas
pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan
bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi
peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar
"pengorbanan" dan "Merdeka".

Filem ini bertumpu kepada Tunku Abdul Rahman (lakonan
Mohd Kamarulzaman Taib), pengasas Parti Perikatan, yang
menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957,
walaupun mendapat tentangan secara halus dari British
yang mahu melambatkan kemerdekaan, dan Datuk Onn
Ja’afar (lakonan Zaefrul Nordin), pengasas Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya
membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu
menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh
British pada tahun 1946.

Lima orang generasi muda mengkaji sejarah kemerdekaan Malaysia.
Filem ini dimulakan dengan dipaparkan Raja-raja Melayu dipaksa
menurunkan tandatangan untuk mempersetujui penggubalan
Malayan Union sebelum masuk ke plot utama. Plot filem ini
mengisahkan cerita dua era yang berbeza iaitu generasi kini pada
masa moden yang mencari cerita tentang kemerdekaan dan
generasi silam yang berusaha mencapai kemerdekaan.

Plot era kini meneritakan lima sahabat iaitu Hali, Salmi, Rafik, Ani
dan Ang Lee berusaha keras untuk menerbitkan sebuah buku
ilustrasi tentang kemerdekaan yang bertajuk "1957 - Hati Malaya".
Hali berperanan sebagai editor menjadikan bekas rumah datuknya
sebagai pejabat mereka. Dalam pada masa yang sama, Hali
berusaha mengumpulkan wang sekurang-kurangnya RM 2 juta untuk
mendapatkan semula rumah yang penuh kenangan itu. Salmi, yang
juga kekasih Hali, merupakan jurugambar dan turut menguruskan
bahagian grafik bagi penerbitan ini. Rafik pula menguruskan
bahagian ilustrasi dan grafik keseluruhan buku, Ani menguruskan
semua laporan dan berita manakala Ang Lee menjadi akauntan bagi
kumpulan mereka. Mereka bertungkus-lumus ingin menjayakan
penerbitan buku sulung mereka itu.

Sambil mereka cuba menyiapkan buku tersebut, imbasan bermula
dengan tiga orang dari tahun 1940-an iaitu Normala, Muzafar dan
Khalilah berpindah untuk membuka Warung Asam Laksa. Kemudian
dipaparkan perbincangan Anwar Malek iaitu seorang ketua kerani
Jabatan Kerja Raya, dan Dato' Onn yang ketika itu merupakan
Pegawai Daerah Batu Pahat, tentang kerisauan mereka dengan
penubuhan Malayan Union. Mereka kemudian mengusulkan satu
persatuan untuk mengumpul orang-orang Melayu menentang
gagasan tersebut dan Anwar menamakan "United Malays
Organisation" (UMO).

TEMA 1
Minit ke 12.50 - 13.11
Tema nasionalisme adalah mempertahankan kedaulatan
sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identity
Bersama untuk sekumpulan manusia.

Semangat bersungguh-sungguh untuk mencapai kemerdekaan

Dialog
Datuk Onn Ja’afar (lakonan Zaefrul Nordin) : “dah lama engris
rancang Malayan Union ni, tak pedulikan kalau kita bantah”

“mana boleh engris nak bagi kerakyatan kepada sesiapa saja,
lagipun mereka masih boleh jadi rakyat negara China atau
Britain”

Anwar Malek (lakonan Azhar Sulaiman) : “seluruh orang melayu
di tanah melayu mesti bangun bersatu untuk menumbangkan
ini, dan ini semua mesti dibangkitkan oleh orang-orang Melayu
kita sendiri”

https://youtu.be/3f6fSlAb_js

TEMA 2
Minit ke 17.43 - 18.32
Tema semangat patriotik adalah semangat cinta akan negara.

Dialog

Datuk Onn Ja’afar (lakonan Zaefrul Nordin): “Pada harini ini
marilah kita tunjukkan kepada dunia roh dan semangat datuk
nenek kita itu masih ada lagi dekat kita. Kita masih boleh
mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang
benar dan kuat membuatnya.”

Rakyat: “Hidup Onn! Hidup Onn! Hidup Melayu! Hidup Melayu!”

Datuk Onn Ja’afar : “Bersatulah kita sebagaimana belum pernah
kita bersatu dahulu, berusahalah sebagaimana kita belum pernah
berusaha.”

https://youtu.be/uCUO0F6Lrw0

TEMA 3

Minit ke 1.01.42 - 1.03.04
Tema semangat bersatu padu adalah bekerjasama untuk
mencapai kemajuan seperti kemerdekaan negara.

Dialog
Tunku Abdul Rahman (lakonan Mohd Kamarulzaman Taib):
“Berkenaan dengan cadangan-cadangan orang-orang kita iaitu
patut kemerdekaan diserahkan kepada MALAYAN, maka
siapakah MELAYAN itu? adapun negeri ini diterima daripada
orang-orang melayu, maka patutlah diserahkan balik kepada
orang-orang melayu. Kemerdekaan negeri ini sepatutnya
diberikan segara kepada kita raja-raja melayu mestilah
bersama-sama rakyat jelata mengambil tempat mengetuai
dalam perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Jangalah
raja-raja itu merelakan dirinya menjadi senjata bangsa asing
ini akan mematahkan perjuangan dan cita-cita rakyat semua.”

https://youtu.be/8rMkIis4cg4

TEMA 4
Minit ke 1.24.22 - 1.25.38
Tema semangat Kerjasama berpasukan adalah sekumpulan
manusia bersama-sama dalam satu unit organisasi untuk capai
keberkesanan.

Dialog

Tunku Abdul Rahman(lakonan Mohd Kamarulzaman Taib):
“Sudah sampai masanya untuk kita bekerjasama secara formal.
Saya mau taulah sesama kita semua setuju ka bahawa negeri ini
negeri melayu? Ikhtiraf itu, dan kita boleh bermula.”

Anggota Mesyuarat Meja Bulat : * angguk tanda setuju *

Tunku Abdul Rahman:”Agenda menuntut kemerdekaan ini mesti
ada bantuan ekonomi untuk orang melayu. Templer belum bagi
apa jawapan pun pasai agenda merdeka, tapi ..

Tun H.S. Lee( lakonan Chew Kin Wah) : “kita paksa dia!”

Suleiman Abdul Rahman(lakonan Azizi Mohd Said) : “kita minta
pilihanraya Federal 1954”

Tun Tan Cheng Lock(lakonan Kee Thuan Chye) : “kalau Tampler
tak setuju?”

Tunku Abdul Rahman : “kita boikot Council”

Tun H.S. Lee : “kalau boikot tak berjaya kita semua resign!”

Ahli Perbincangan Meja Bulat : “Setuju”

https://youtu.be/V5H5IWLYDJE

TEMA 5
Minit ke 1.29.45 - 1.32.05
Tema semangat tolong-menolong adalah melakukan sesuatu
perkara secara bersama-sama bak kata pepatah “berat sama
dipikul,ringan sama dijinjing”

Tunku Abdul Rahman(lakonan Mohd Kamarulzaman Taib) :
“Assalamualaikum! dan selamat sejahtera semua! Saya telah
terima surat daripada Lyttleton, ketua di London. Dan dia tak
setuju apa pun yang kita minta dan dia tak mau jumpa kita. Jadi,
saya dah berpakat dengan rakan-rakan yang kat atas ni untuk
sama-sama pi London. Harini saya mau tanya pada sedara semua,
setuju ke tidak?”

Rakyat : “Setuju! Setuju! Kami nak Tunku pi London! Hidup UMNO
dan MCA! Hidup Tunku!”

Tunku Abdul Rahman : “Kita sebenarnya, kita tak cukup duit nak
pi. Kita nak kena pakai banyak, nak tanggung kami kat sana. Jadi,
kami ..”

Normala(lakonan Maya Karin) : “Kami akan tolong Tunku! “

Rakyat : “Ya, kami akan sokong Tunku!”

Rakyat : “Ya, kami akan tolong Tunku!”

TEMA 5 QR CODE
https://youtu.be/dj5BFBGC51I

KRITIKAN FILEM
Kritikan positif dibuktikan daripada mohamad firdaus bin mohamad
zaini ”sebuah cerita sejarah yang sangat saya banggakan kerana
dengan cerita ini kita dapat menanamkan semangat patriotik dalam
diri kita.cerita ini sebuah karya yang sangat terbaik yang pernah
aku lihat” diambil dari komen di youtube 1967 hati malaya.Seorang
penonton filem 1967 hati malaya menzahirkan rasa bangga
terhadap cerita tersebut kerana dapat melahirkan semangat
patriotik dalam diri.

https://youtu.be/akBV6kOqvc4

KRITIKAN:ULASAN FILEM 1957 HATI MALAYA LAKONAN
MAYA KARIN /SENSASI SELEBRITI

BY BUDIEY
SUNDAY,18 NOVEMBER 2007,10:27PM
Filem terbaru arahan Shuhaimi Baba, 1957, Hati Malaya
merupakan sebuah karya perfileman Melayu yang berupaya
mengangkat darjat serta mempunyai pencapaian yang tersendiri.
Untuk pertama kalinya, saya ingin memberikan sekalung ucapan
tahniah dan penghargaan yang sewayarnya harus diberikan
kepada pengarah filem melayu ini.

Hati Malaya bergerak dari jalan cerita berkaitan empat orang
rakan, iaitu Salmi, Hali, Ani dan Rafik (Lakonan Maya Karin, Rusdi
Ramli, Sharifah Amani dan Adlin Aman Ramli) yang bertungkus
lumus mendapatkan bahan untuk menerbitkan sebuah memoir
kemerdekaan bertajuk 1957, Hati Malaya.

Sepanjang perjalanan skop ini, penonton akan dibawa menyelami
apa yang berlaku sepanjang detik awal tanah melayu cuba
mendapatkan kemerdekaan dari campur tangan British. Ianya
memaparkan segala kesukaran dan susah payah bagaimana
kemerdekaan ingin dicapai.

Melalui filem 1957, Hati Malaya, Shuhaimi Baba cuba
memaparkan perkara yang berlaku melalui ‘flashback’ sepanjang
cerita ini. Sebenarnya, satu pujian harus diberikan. Transisi di
antara zaman moden dan ketika peristiwa silam berlaku, cukup
lancar. Ianya tidak akan membiarkan penonton tertanya-tanya
dan sukar membezakan di antara dua masa itu. Garapan yang
cukup baik tanpa mengganggu kelancaran jalan cerita tersebut.

Jika sebelum ini kita melihat kebanyakan produksi filem yang
menghasilkan karya parodi seperti ini seolah-olah membuat
kerja cincai tanpa mementingkan ketelitian, tetapi di dalam
Hati Malaya keperincian sesuatu set, busana dan prop amat
tinggi dititik-beratkan. Ini kerana set dan prop yang teliti ini
dapat memberikan perasaan realisme kepada penonton, untuk
menghayati sesuatu filem. Tahniah kepada tenaga produksi.

.

Watak Faktor Utama
Sebenarnya, di dalam Hati Malaya, saya tertarik kepada satu
perkara. Perkara yang menjadi faktor utama dalam sesebuah
filem. Watak. Bagi watak lakonan Maya Karin, Rusdi Ramli,
Sharifah Amani dan Adlin Aman Ramli, tidak perlu saya sentuh
di sini. Watak mereka sama seperti lakonan mereka dalam
penerbitan sebelum ini. Tetapi, dua watak utama yang cukup
menonjolkan dan memberikan kesan ialah Tunku Abdul Rahman
(lakonan Kamarulzaman Taib) dan Onn Jaafar (lakonan Zaefrul
Nordin). Saya berani kata, inilah watak yang mampu
memberikan emosi kepada penonton.

Jika di Hollywood, bagi watak parodi seperti ini, mereka akan
memilih pelakon yang hampir serupa dan dengan teknik mekap
khas, pelakon tersebut akan menyerupai seperti watak asal. Di
sini mungkin teknologi kesan khas itu agak sukar didapati,
tetapi Shuhaimi Baba dan tenaga produksi cukup berjaya
memberikan hasil yang sama kepada penonton sinema Malaysia.

Jika sebelum ini, filem-filem keluaran tempatan tidak mampu
memberikan impak seperti filem dari Hollywood, tetapi filem
Hati Malaya berjaya memberikan perasaan itu. Inilah, filem
Melayu pertama yang dapat memberikan kesan yang cukup
mendalam. Saya amat tertarik ketika ‘scene’ di dalam dewan
cina di Melaka. Ucapan Tunku yang cukup menyentuh hati. Di
sinilah, Kamarulzaman cukup berjaya menghayati watak dan
memberikan ekspresi wajah yang berjaya menyentuh hati
penonton. Saya kira penonton dapat merasakan bagaimana
perasaan mereka yang ada di dalam dewan tersebut. Amat
menakjubkan!

Apa Yang Kurang?
Dalam Hati Malaya ini, mungkin ada serba sedikit kekurangan
yang boleh diperbetulkan Shuhaimi Baba pada masa akan
datang. Penggunaan ‘blue screen’ dan CGI dalam memaparkan
prop dan suasana yang agak kasar, bagi saya boleh dimaafkan.
Mungkin, pada masa akan datang, dengan peruntukkan yang
lebih sedikit, bagi kesan khas persekitaran, bolehlah di buat
secara ‘real’ dan prop-prop bangunan, mungkin boleh dibuat
secara ‘miniture’ bagi menampakkan kesan yang lebih realistik.

Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada Shuhaimi
Baba. Ketika pengeluar filem yang lain berlumba-lumba
mengeluarkan filem genre cinta, Shuhaimi berjaya menerbitkan
filem bertemakan kemerdekaan yang cukup memberikan kesan.
Mungkin ada juga mesej cinta yang cuba diketengahkan, tetapi
ianya tidak memberikan gangguan kepada tema utama Hati
Malaya. Semangat patriotisme membara selepas menonton
filem ini.

Untuk Hati Malaya, secara keseluruhan, saya berani
memberikan empat (4) bintang. Satu gred yang cukup tinggi
bagi filem tempatan. Kesan khas, prop, kamera yang cukup
teliti, 4 bintang. Jalan cerita, 4.5 bintang. Penghayatan watak,
4 bintang. Tahniah kepada Shuhaimi Baba dan tenaga produksi
1957, Hati Malaya.

CADANGAN

Pada pandangan kami, filem 1957 Hati Malaya perlu
menambahkan tentang persediaan menyambut pemasyhuran
kemederkaan seperti Tunku Abdul Rahman mencadangkan sebuah
lagu rasmi kebangsaan (lagu Negaruku) diciptakan bagi
diperdengarkan semasa upacara pengisytiharan pada 31Ogos 1957 .
Filem tersebut juga perlu memberitahu bahawa lagu kebangsaan
dibentuk dengan di pengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman dan
dibantu oleh Yaacob Abdul Latif (pengarah Jabatan penerangan)
lagu kebangsaan berasal daripada lagu Terang Bulan, lagu negeri
Perak yang liriknya ditulis oleh Saiful Bahari. Disamping itu,
penggunaan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) diciptakan oleh
Mohamed Hamzah, kakitangan Jabatan kerja Raya, negeri Johor.
Hal ini kerana, bagi memberitahu kepada para generasi muda
bahawa mereka juga berusaha untuk mencapai kemederkaan dan
mempunyai semangat patriotisme .

Seterusnya, filem 1957 Hati Malaya perlu juga menyelikkan
tentang pakaian ilham yang dipakai oleh Tunku Abdul Rahman iaitu
baju muskat yang diubah suai lengkap dengan seluar satin hitam
dan bersongket, bersampin dan tenggolok. Dengan keadaan
sedemikian, generasi muda dapat mengetahui bahawa memakai
busana Melayu dapat menghidupkan kembali semangat kemelayuan
dan memupuk semangat perpaduan.

Selain itu,penggunaan atau tulisan jawi perlu ditambahkan bagi
memastikan penggunaan tulisan jawi tidak dilupakan oleh orang
Melayu. Dengan berbuat demikian, penggunaan tulisan jawi dapat
ditingkatkan dan digunakan seperti diletakkan di papan penanda
arah. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada masa penggunaan jawi
semakin dilupakan oleh generasi kini dan semakin ramai yang tidak
boleh membaca tulisan jawi sedangkan penggunaan tulisan jawi
merupakan tulisan yang digunakan sejak zaman nenek moyang kita
dahulu.

REFLEKSI: NURUL BALQHIS
Berdasarkan apa yang saya dapat daripada Filem 1957 Hati
Malaya arahan Suhaimi Baba adalah filem ini sangat sesuai
dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan kita. Antara
pengajaran yang dapat saya peroleh daripada filem ini ialah
kita tidak seharusnya berputus asa dalam menempuhi cabaran
yang dihadapi. Sebagaimana pemimpin kita berusaha sedaya
upaya membanting tulang membimbing kita kearah negara
yang lebih baik. Jika pemimpin kita mengalah,
siapa yang akan memastikan kita berada dalam landasan
bernegara yang betul? Oleh itu, kita mestilah berusaha
sedaya upaya dalam melaksanakan sesuatu perkara agar
keputusan yang deperolehi kelak tidak disesali.

Pada pendapat saya juga, kita sebagai rakyat Malaysia sama
ada melayu,cina, india atau pelbagai bangsa dan agama lain,
kita dapat dan boleh Bersatu padu dan hormat menghormati
apabila tidak ada pengaruh luar yang memecah belahkan
perpaduan kita. Kemerdekaan jelas terbukti bahawa
masyarakat pelbagai bangsa,kaum dan agama mampu Bersatu
dan hidup aman damai dalam satu negara. Bak kata peribahasa
melayu Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia kerana
Muafakat.

Sebagai masyarakat atau anak muda masa kini, kita mesti lah
menghargai jasa orang terdahulu yang telah bersusah payah
demi kesenangan dan keamanan negara kita kini, terutama
golongan wanita yang telah diberi kebebasan selepas
kemerdekaan untuk mendapatkan pelajaran yang lebih tinggi
dan bekerjaya setara dengan lelaki tanpa ada perbezaan hak.

SAMBUNGAN REFLEKSI:NURUL BALQHIS

Senario ini secara jelas menujukkan sikap rakyat melayu yang
tetap taat setia kepada raja.Bukan itu sahaja, filem Hati
Malaya ini dapat mewujudkan rasa emosional apabila babak
yang menggambarkan hari 31 Ogos 1957, apabila bendera
British diturunkan dan Bendera Malaysia dinaikkan.
Seterusnya lagu negaraku dimainkan.

Jelas apabila menonton babak ini akan membuat perasaan yang
begitu gembira dan bangga. Ia seperti kerja keras dan penat
lelah yang mereka hadapi kini membuahkan hasil yang hebat
sekali. Kunci utama adalah semangat kerjasama mereka yang
sangat tinggi. Ini dapat dilihat daripada gabungan pelbagai
bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara. Walaupun
berbeza bangsa, agama dan budaya, namun ketaksamaan dan
perkara peribadi itu diketepikan demi sesuatu yang lebih
penting iaitu kemerdekaan.

Selain itu, semangat Tunku Abdul Rahman walaupun mendapat
tentangan dari british yang mahu melambatkan kemerdekaan
amatlah patut dicontohi. Tidak dilupakan juga, dua watak utama
yang cukup menonjolkan dan memberikan kesan ialah Tunku
Abdul Rahman, lakonan Kamarulzaman Taib dan Onn Jaafar,
lakonan Zaefrul Nordin. Tidak dinafikan terdapat babak yang
mengecewakan saya apabila pemimpin telah bersusah payah
memperjuangkan sesuatu perkara, dengan senangnya rakyat
membantah dan tidak bersetuju dengan keputusan yang telah
dibuat oleh golongan pemerintah.

Daripada konteks ini, jelaslah bahawa kita harus taat dan
menghormati pemimpin yang telah bermandi peluh demi
mempertahankan tanah air kita.

REFLEKSI: NUR KHAIRUN NAJWA

Berdasarkan pandangan saya terhadap film 1957 Hati Malaya
yang mempunyai pelbagai sudut nilai murni yang dapat diperolehi
untuk dijadikan ikhtibar dan pedoman kita. Ia dapat dilihat dari
sudut semangat kerakyatan yang berkobar-kobar menginginkan
merdeka di Tanah Melayu.

Seterusnya, tanggungjawab yang digalas oleh pemimpin bagi
parti yang mewakli suara rakyat amat memberi peranan yang
baik dalam menyempurnakan hasrat rakyat sebagai perantaraan
antara engris dan orang melayu atas tujuan inginkan
kemerdekaan. Seterusnya, semangat Kerjasama yang tinggi oleh
seluruh rakyat melayu yang sanggup berkorban masa, tenaga dan
usaha demi ingin mencapai misi dan visi mereka iaitu untuk
mencapai kemerdekaan. Mereka bahkan sanggup memberikan
harta meeka demi menghantar wakil parti untuk berunding di
luar negara Bersama engris demi meraih kebebasan daripada
pihak engris kepada bangsa melayu dan tanah melayu.

Sesungguhnya, semangat-semangat yang dibina dalam
menggenggam kemerdekaan pasti berat cabaran yang dihadapi
oleh para pemimpin kita demi mencapai kemerdekaan sehingga
timbulnya perselisihan faham diantara kaum melayu itu sendiri.
Rakyat Malaysia sepatutnya bangga dengan segala apa yang
dicapai oleh negara kita sekarang atas berkat usaha orang
dahulu. Kita janganlah mengulangi kekilafan yang dilakukan oleh
pemimpin mahupun rakyat pada zaman dahulu yang dapat
membutakan mata kita terhadap penjajah.

SAMBUNGAN REFLEKSI: NUR KHAIRUN NAJWA

Sememangnya kita sebagai rakyat yang berwibawa pada
masa kini perlu bersatu padu menmpertahankan
kemerdekaan ini sehingga akhir hayat agar tidak dijajah
lagi.

Selain itu, ikhtibar yang dapat dilihat daripada filem
1957 Hati Malaya ini ialah kita dapat melihat semangat
kekitaan daripada pelbagai sudut. Salah satunya adalah
dari segi watak rakyat yang amat memberi sokongan yang
tegar kepada pemimpin mereka dan memberi semangat
100% atas sokongan untuk memudahkan urusan pemimpin
mereka untuk meraih kemerdekaan.

Seterusnya, semangat tolong-menolong yang tinggi dalam
diri semua rakyat mahupun pemimpin demi menggapai
kemerdekaan dan keamanan negara untuk kebebasan
daripada ikatan penjajah pada masa tersebut.

Tuntasnya, kita hendaklah mempelajari semangat-
semangat yang luar biasa dari film ini agar dapat
menaikkan lagi semangat cinta akan tanah air sekaligus
dapat menjadikan jati diri lebih kuat untuk pertahankan
negara kita dimasa yang akan dating.

REFLEKSI: NUR FATIN ILYANA

Filem hati Malaya arahan suhaimi baba adalah filem yang sangat
sesuai dijadikan sebagai pengajaran kepada kehidupan kita.filem
ini bertemakan semangat patriotik Dan melatarkan zaman
kemerdekaan iaitu sekitar tahun 1957.filem ini memfokuskan
kepada Tunku Abdul Rahman iaitu pengasas kepada parti
perikatan yang menjadi perdana menteri pertama Malaya pada
tahun 1957.tujuan filem ini ditayangkan adalah untuk
menghargai serta melihatkan pengorbanan pemimpin pada zaman
dahulu.tidak dilupakan bahawa nilai perjuangan Dan semangat
patriotik yang dipaparkan dapat dicontohi oleh anak muda
zaman kini

Terdapat berbagai bagai nilai yang dipaparkan di dalam filem
ini.daripada filem ini,kita dapat menyaksikan bahawa semangat
cinta akan negara amatlah kuat di dalam diri mereka.hal ini
dapat dilihat apabila mereka bersama sama berusaha
memperjuangkan kemerdekaan.Pemain watak lakonan Maya
Karin,Rusdi Ramli,Sharifah Amani Dan adlin aman Ramli yang
sangat memukau juga menjadikan filem ini lebih
menarik.Menerusi babak penduduk Malaya yang inginkan
kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang
kemas Dan Wang ringgit semata mata untuk diberikan kepada
Tunku sebagai perbelanjaan ke London.

kita mestilah sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk
memastikan kita memperoleh apa yang kita inginkan.
Contohnya,Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham
Datuk Onn yang berusaha untuk menjatuhkan malayan union dan
berunding di London untuk mendapatkan persetujuan bagi
memerdekakan tanah melayu pada tahun 1957

SAMBUNGAN REFLEKSI: NUR FATIN ILYANA

kita mestilah mempunyai semangat patriotisme iaitu
semangat cinta akan negara untuk memperingatkan detik
detik kemerdekaan dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik
untuk mencipta serta menjaga nama baik negara kita di mata
dunia

kita mestilah mempunyai nilai jati diri yang kukuh dalam
mempertahankan sesuatu yang kita sayang.sebagai contoh,
penduduk tanah melayu yang mempunyai semangat jati diri
yang teguh sehingga sanggup menyumbang wang dan segala
barang kemas supaya memudahkan proses kemerdekaan tanah
melayu walaupon mendapat tentangan halus daripada british
dengan melambatkan proses kemerdekaan

kesimpulannya diharapkan di masa hadapan terdapat lebih
ramai pengarah yang dapat mengeluarkan filem bergenre ini
agar lebih ramai dapat menerapkan nilai positif secara
langsung dalam diri mereka

REFLEKSI: NOR MAISARAH

Pada pendapat saya,filem 1957 Hati Malaya bukan sekadar
filem sejarah yang menunjukkan kronologi sahaja tapi mampu
menyuntin semangat patriotik di kalangan penonton terutama
generasi muda. Filem ini mengambarkan khazanah negara itu
antaranya gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Datuk
Onn Jaafar serta saat-saat bendera Malayan Union diturun
dan merdeka dilaungkan.

Melalui filem ini juga saya dapat melihat betapa tingginya
semangat jati diri kaum Melayu ketika itu untuk mendapatkan
kemederkaan. Penduduk Malayu yang inginkan kemerdekaan
daripada British sanggup mengorbankan barang kemas dan
wang ringgit semata-mata untuk diberikan kepada Tunku Abdul
Rahman sebagai perbelanjaan ke London. Hal ini ditunjukkan
sewaktu Tunku Abdul Rahman berucap menjelaskan yang dia
dan rakan-rakannya kekurangan perbelanjaan untuk menuntut
kemerdekaan di London.

Selain itu, penduduk Melayu sanggup bersatu hati dengan Kaum
lain bagi mencapai kemederkaan dan mendapatkan hak
keistimewaan dalam pelbagai Kaum dan memupuk perpaduan
dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.

SAMBUNGAN REFLEKSI: NOR MAISARAH

Pada akhir kata , filem yang ditayangkan pada permulaan majlis
itu, memang sesuai dan dapat mencungkil sikap patriotik yang
terpendam dalam hati saya selama ini. Saya mendapati, filem
ini, dapat mengimbas kembali sejarah yang telah saya pelajari
pada alam persekolahan dulu. Oleh itu , remaja perlu
menghayati sejarah agar generasi muda mampu menjadi
pemimpin yang berwibawa dan adil dalam mengenalikan negara
Malaysia supaya keamanan negara terjamin dan rakyat hidup
dalam keadaan aman damai .

Patriotik ialah menghargai, menyanjung & mempertahan
kepelbagaian budaya & identiti yang ada di Malaysia dalam masa
yang sama memastikan kepelbagaian itu disertai dengan rasa
hormat-menghormati antara satu sama lain. Selain itu,
patriotik itu adalah sentiasa mengangkat martabat jati diri
seseorang serta memastikan perkara tersebut sentiasa terjaga
daripada sebarang anasir hedonisme yang datang dari luar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelas lah terdapat pelbagai nilai dan pengajaran
yang boleh diperolehi dan dijadikan ikutan berdasar filem karya
Shuhaimi Baba ini iaitu seperti nilai perpaduan. Perbezaan antara
kaum dipinggirkan dan mereka bersama-sama berusaha
memperjuangkan kemerdekaan. Selain itu, nilai patriotisme.
Walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, namun
ketaksamaan dan perkara peribadi itu diketepikan demi sesuatu
yang lebih penting iaitu kemerdekaan. Seterusnya nilai
pegorbanan. Kita haruslah bersedia untuk berkorban sesuatu
untuk negara tercinta walau dengan apa cara sekali pun.
Disamping itu, nilai bekerjasama. Mereka sanggup
menyumbangkan barang kemas, wang ringgit dan
sebagainya, semata-mata untuk mengumpul seberapa yang cukup
untuk perbelanjaan delegasi itu serta semangat setia negara.
Walaupun pelbagai masalah dihadapi dalam jalan cerita
filem ini, tapi mereka sedikit pun tidak mengalah.

Kita haruslah mempunyai kesabaran yang besar kerana dengan
kesabaran dapat menghasilkan sesuatu keputusan yang terbaik.
Dan mestilah menjadi pemimpin yang jujur dan bijaksana supaya
dapat mewujudkan negara dan rakyat yang harmoni. Turut
diingatkan, kita haruslah bekerjasama antara satu sama lain
kerana ia mampu membentuk sebuah negara yang bersatu padu
dan bertolak ansur dalam pelbagai hal serta kita sewajarnya
harus memiliki semangat perpaduan yang tinggi dalam diri supaya
negara yang aman dapat diwujudkan.

Diharapkan di masa hadapan terdapat lebih ramai pengarah
filem yang dapat mengeluarkan filem bergenre ini agar lebih
ramai anak muda dapat menerapkan nilai positif secara langsung
dalam diri mereka.

RUJUKAN

1.Hasnah hussin.2022 Penghayatan Etika dan
Peradaban.Kuala Lumpur.Maxunion Publication

2.Siti Zaharah Setapa et.al.2022.Penghayatan Etika
dan Peradaban.Subang Jaya:Penerbitan Ehsan (M)
Sdn.Bhd

3.https://youtu.be/Rx20jfe

4.https://ms.wikipedia.org/wiki/1957:_Hati_Malayaj
F8k

5.https://www.budiey.com/ulasan-filem-1957-hati-
malaya-lakonan-maya-karin/

LAMPIRAN GERAK KERJA

31 OCTOBER 2022
PERBINCANGAN DAN
PEMBAHAGIAN KERJA

7 NOVEMBER 2022
MENYELESAIKAN TUGASAN

UNTUK DISEMAK OLEH
PENSYARAH

QR CODE FILEM 1957 HATI MALAYA

SILA SCAN QR CODE DIBAWAH
UNTUK MENONTON FILEM 1957

HATI MALAYA

TAMAT


Click to View FlipBook Version