PENGHARGAAN
Bersyukur ke atas hadrat-Nya yang dianugerahkan
kepada kami untuk menjayakan kerja
pembentangan ini dengan jayanya. Pertama
sekali,kami ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada pensyarah yang
dihormati,Puan Ruslinawati binti Abd Ghani kerana
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah
membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan
ini.
Selain itu, kami juga ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah,terutamanya kepada pihak pusat sumber
yang telah banyak membantu kami mencari bahan-
bahan serta maklumat yang diperlukan untuk
menyelesaikan pembentangan tersebut.
Seterusnya,kami juga ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan
yang turut memberi sokongan,dorongan dan
kerjasama sepanjang tugasan dijalankan.
Akhir sekali,kami berharap hasil kerja
pembentangan kami ini dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dalam ahli kumpulan kami sendiri dan
memberi manfaat kepada orang lain.
Kursus: MPU 21032 / Penghayatan Etika dan Peradaban
Carta Gantt Pelaksanaan Projek (40%)
PENERANGAN Bulan OKTOBER & NOVEMBER
Minggu 8 Minggu 9 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12
1. Membuat perancangan Projek:
a. Menetapkan tajuk, matlamat dan
objektif
b. Membentuk draf aktiviti bersama
ahli kumpulan
c. Merangka draf tentatif projek
1. Menghasilkan kertas projek dan
membentangkan membentuk struktur
organisasi, menyediakan senarai semak
tugasan, contoh;
a. Najibatul Shukriyah(Ketua projek)
b. Aisya Maisarah(Timbalan Ketua
Projek)
c. Nur Dinie Natasha(Perancang
aktiviti kumpulan)
d. Rabi’ah ( Penyelaras bahan ICT
dan multimedia)
e. Hani Safiyyah (Editor)
2. Menetapkan butiran penting projek
seperti tarikh, masa,
bahan dan seumpamanya.
3. Melaksanakan projek seperti yang
dirancang dan
mengedarkan borang maklum balas
penilaian projek
kepada ahli kumpulan serta
mengumpulkan bahan seperti
dalam perbincangan.
1. Menyediakan laporan bertulis serta
mempunyai gambar
2. Mengadakan post mortem aktiviti dan
membuat refleksi dengan merujuk
kepada borang penilaian peserta.
Penyelia: Pensyarah Kursus
BIL KANDUNGAN HALAMAN
KANDUNGAN1 PENDAHULUAN1
2 SINOPSIS 2-3
3 TEMA 4-5
4 KRITIKAN FILEM 6-9
5 CADANGAN 10
6 REFLEKSI 11-14
7 KESIMPULAN 15
8 RUJUKAN 16
9 LAMPIRAN 17-18
PENDAHULUAN
Perpaduan merupakan istilah umum yang sering kita dengar dan digunakan
semasa perbualan harian dan ucapan dalam kalangan pemimpin
politik,Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi
yang diwujudkan dalam kalangan kaum yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti
bersama serta cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan
satu negara berbilang kaum yang harmoni. Antara kaum utama di Malaysia
ialah Melayu, Cina, India ,Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan
tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dalam
isu perkauman di Malaysia. Perpaduan masyarakat dapat mengurangkan
isu perkauman ataupun 'Racism'. Hal ini dapat mengelakkan perbalahan
seperti peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 iaitu rusuhan kaum yang berlaku
di Malaysia. Oleh itu, Filem Air Force Selagi Bernyawa ini disiarkan kepada
masyarakat untuk menjelaskan kepentingan perpaduan kepada negara.
Selain itu, untuk mendidik kanak-kanak dan orang dewasa supaya sedar
bahawa perbuatan hasad dengki akan menyebabkan keburukan kepada
sesuatu perkara . Kami akan menghuraikan sinopsis,tema, kritikan filem,dan
cadangan mengenai Filem Air Force Selagi Bernyawa ini dengan lebih
mendalam.
SINOPSIS
Mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas
Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib
(yang dilakonkan oleh Nas-T dan mentornya, Mejar
Adnan (yang dilakonkan oleh Dato Adi Putra) yang
bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di
Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam
pergolakan iaitu perang saudara antara Namburi
Selatan dan Namburi Utara. Ketika dalam
perjalanan pulang, pesawat yang dinaik mereka
secara tidak dijangka telah ditembak oleh
antagonis. Sembilan daripada penumpang berjaya
membuat lompatan sebelum pesawat yang dinaiki
terhempas.
Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk
menyelamatkan mereka semua. Zafran( yang
dilakon oleh Aiman Hakim Redza), abang ipar
kepada Adib dan juga seorang juruterbang
SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka.
Demi keselamatan bersama, mereka harus
berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah
yang terakhir.
Setiap perjalanan yang dilalui oleh sembilan
orang yang terselamat tersebut perlu
mengharungi pelbagai cabaran yang menyeksa
fizikal, mental dan emosi. Dalam perjalanan
tersebut terdapat beberapa orang yang mati
terbunuh sehingga menyebabkan ada beberapa
orang berputus asa termasuklah Mejar Adnan.
Namun setelah itu, mereka sedar yang masih
hidup perlu teruskan perjalanan dan
menyelamatkan yang masih ada. Di saat itu,
Kapten Adib banyak menyabarkan semua pihak
supaya keadaan sentiasa dalam terkawal.
Pada masa yang sama, di pihak TUDM, Zafran
perlu menghadapi desakan daripada keluarga
mangsa untuk mencari mangsa yang terhempas
termasuklah adiknya, Hana yang ingin tahu
keadaan sebenar Adib.
Anggota PASKAU yang terselamat berusaha
membuka jalan terakhir mereka untuk
menyelamatkan diri dan anggota SUKHOI
mengerahlan pertolongan. Adakah misi mereka
berjaya?
Sila scan QR code disebelah untuk
menonton filem Air Force Selagi
Bernyawa
TEMA
1) Pengorbanan merupakan istilah yang menjelaskan kesediaan
dan penyerahan diri seseorang individu tanpa sebarang
paksaan. Di dalam filem ini terdapat pengorbanan seorang
sahabat yang rela menggadai nyawa demi menyelamatkan
sahabatnya dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi dari
serangan pihak antagonis.
2) Perjuangan adalah satu usaha gigih yang berani dan sanggup
berkorban untuk capai matlamat,objektif dan hala tuju yang
digariskan. Tema perjuangan dapat dilihat dari semangat
perjuangan pasukan khas PASKAU untuk menjaga nyawa
orang awam yang turut bersama mereka selepas pesawat
mereka ditembak jatuh dari dibunuh oleh pihak antagonis di
Namburi. Peristiwa di dalam Terowong Namburi Selatan,
mereka terlihat seorang mangsa perempuan yang ditahan di
satu bilik. Mereka berusaha menyelamatkannya.
3) Kasih sayang merujuk kepada perasaan dimana
seseorang merasa simpati dan tindakan dimana
seseorang manusia menunjukkan kasih sayangnya
terhadap orang lain. Tema kasih sayang dapat dilihat
apabila ibu bapa yang setia menunggu kepulangan
anaknya yang sedang bertarung mempertahankan
nyawa di Namburi.
4) Kejujuran adalah perihal kelurusan hati seseorag. Terdapat
tema kejujuran di dalam filem ini apabila kejujuran wartawan
dalam menghasilkan laporan tentang kejadian yang telah
dihadapi oleh mereka di Namburi ketika berdepan detik
cemas berhadapan dengan pihak antagonis bersama-sama
anggota pasukan PASKAU sehingga mengorbankan banyak
nyawa.
5) Kesabaran adalah mampu menahan penderitaan seperti
kesakitan ,kesusahan,cabaran dan segalaseksaan
diterima.Kesabaran para pejuang TUDM dalam menjalankan
misi menyelamat anggota PASKAU dan pasukan
kemanusiaan yang terkandas di medan bergolak Namburi
hingga ke titisan darah yang terakhir.
KRITIKAN
1) NETIZEN
Kritikan yang ditulis oleh Rafzan Tomomi
adalah terdapat sedikit kekurangan
dimana beberapa babak yang terlalu CGI
dan adegannya terlalu pelahan.
Sila scan QR code
disebelah untuk
melihat blog
tersebut
2) PENULIS KREATIF
Mohamad Hanis menyatakan kritikan bahawa
pembangunan setiap watak tidak diberikan
pengenalan secara jelas yang menyebabkan
penonton berasa canggung. Penceritaan kisah
setiap watak tidak diceritakan sebaik mungkin.
Sila scan QR code
disebelah untuk
melihat kritikan
dengan lebih lanjut.
3) YOUTUBER
Youtuber mngkritik bahawa pelakon- pelakon
filem air force sungguh memainkan peranan.
Mereka tidak kelihatan kaku sewaktu
melakonkan watak yang diserahkan kepada
mereka.
Selain itu,dapat bekerjasama dengan TUDM
untuk meminjamkkan asset penerbangan abgi
pemfileman. Ini merupakan kritikan berbentuk
positif
Sila scan QR code
disebelah untuk
melihat kritikan
dengan lebih lanjut.
4) PENGARAH FILEM DAN AKHBAR
ONLINE
Pengarah memberikan kritikan positif. Pengarah
menyamakannya dengan filem luar negara yang
menunujukkan video ini berkualiti dan berkesan.
Sila scan QR code
disebelah untuk
melihat kritikan
dengan lebih lanjut.
CADANGAN
Setelah menonton serta menganalisis filem air force
the movie: selagi bernyawa, terdapat bahagian-
bahagian yang memerlukan penambahbaikan.
Antara penambahbaikan yang perlu diutamakan
adalah plot filem ini. Contohnya, konflik antara
zafran dan adib tidak diberikan penekanan
terhadap punca konflik antara dua karakter
tersebut. Selain itu, pihak produksi perlu menambah
baik kualiti video dan grafik. Terutamanya babak-
babak yang memerlukan “green screen”.
Selanjutnya, penyampaian skrip bagi beberapa
watak tidak begitu jelas. Jalan cerita yang terlalu
padat serta durasi penayangan juga menyebabkan
filem ini tidak dapat dikupas dengan lebih
mendalam lagi mengenai nilai yang terdapat di
dalam filem ini. Oleh itu, pihak produksi haruslah
cakna dalam maklum balas yang diterima dari
penonton supaya dapat menghasilakan filem yang
mempunyai kualiti yang tinggi di masa-masa akan
datang.
REFLEKSI
1) NAJIBATUL SHUKRIYAH BINTI ABDUL SHUKOR
Berdasarkan pandangan saya tentang filem Air Force The Movie
arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See adalah sesuai dijadikan
pengajaran dalam hidup kita. Filem ini bertemakan pengorbanan
anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam misi
menyelamatkan anggota PASKAU dan pasukan anggota
kemanusiaan yang terkandas di Namburi akibat pesawat yang
ditembak jatuh oleh pengganas. Hal ini boleh dikaitkan apabila
pihak TUDM sedang mengerahkan bantuan untuk menjalankan
misi menyelamat, turut menarik perhatian Zafran lakonan Aiman
Hakim Ridza seorang juruterbang Sukhoi yang ketika itu sedang
dihukum untuk memperjuangkan peluang menyelamatkan hingga
titisan darah terakhir. Dia juga hampir terkorban dalam misi
tersebut apabila ada pihak pengganas yang cuba menyerang
jet pejuang Sukhoi yg dibawanya.Oleh itu, kita rakyat Malaysia
belajarlah untuk menghargai pengorbanan anggota tentera dan
keluarga mereka tatkala kita bersenang-lenang menikmati
pelbagai kemudahan dan kemewahan dalam negara tercinta.
Kita jangan memilih untuk melihat tentera dalam keadaan senang
ketika mereka dikatakan sedang berehat, tetapi lihatlah
bagaimana sukarnya mereka ketika berada di hutan belantara,
lautan luas dan langit membiru demi mempertahankan sempadan
negara.Tempoh di mana mereka dituduh sedang berehat juga
adalah masa untuk mereka berada di dalam keadaan berjaga-
jaga kerana sentiasa perlu mengikuti latihan kawad dan
sebagainya agar sentiasa bersiap-sedia dan berdisiplin untuk
dihantar bertugas di seluruh pelosok negara.Seterusnya berbeza
dengan kebanyakan rakyat Malaysia, anggota tentera juga
perlu meninggalkan keluarga tersayang demi menjaga
kedaulatan negara. Bayangkan perasaan ahli keluarga mereka
jika anggota tentera dicaci dan dihina tanpa usul
periksa.Kesimpulannya, saya amat berterima kasih kerana diberi
peluang untuk melaksanakan projek kajian filem Air Force ini dan
mengetahui tentang pengorbanan pasukan pejuang negara.
2)
Berdasarkan apa yang saya dapat daripada filem Air Force The
Movie arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See adalah filem ini
sangat sesuai dijadikan pengajaran dalam hidup kita. Filem ini
mengisahkan semangat perjuangan pasukan askar yang tidak
berputus asa berjuang bertarung nyawa ketika terkandas di medan
tempur Namburi semasa dalam misi bantuan untuk melindungi
anggota kemanusiaan. Kisah ini dapat menyedarkan kita tentang
pengorbanan seorang askar yang sanggup mengorbankan nyawa
demi keselamatan masyarakat dan negara. Selain itu, kita juga
boleh mengambil pengajaran daripada sikap Mejar Adnan lakonan
Dato' Adi Putra yang merupakan ketua pasukan PASKAU, yang turut
terkandas di Namburi tegas dalam membuat keputusan. Ini boleh
dikaitkan apabila beliau lantang memberi setiap arahan kepada
anggota pasukannya bagi memastikan keselamatan nyawa bahkan
sanggup berkorban nyawa demi keselamatan anggota pasukan
serta wartawan yang turut terkandas di Namburi . Sikap kepimpinan
yang tinggi ini sangat menggambarkan betapa pentingnya seorang
ketua yang bijaksana dalam sesuatu pasukan. Oleh itu, tatkala kita
menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, saya berpendapat
semua pihak perlu melihat semula sumbangan yang dicurahkan oleh
mereka yang bersabung nyawa mempertahankan keamanan dan
kedaulatan negara, terutama anggota tentera.Amat menyedihkan
apabila masih ada rakyat Malaysia yang mempertikaikan peranan
anggota beruniform walaupun negara sudah mencapai
kemerdekaan selama 65 tahun.Oleh itu, saya ingin menyeru semua
pihak yang mengaku mereka sebagai rakyat Malaysia sejati supaya
berhenti mengeluarkan kenyataan atau sindiran yang boleh
menyentuh hati anggota tentera dan keluarga mereka.Adalah
penting untuk kita mempelajari semula sejarah negara, terutama
pengorbanan yang dilakukan oleh angkatan bersenjata untuk
mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.Kesimpulannya,
saya berbangga kerana dapat berpeluang untuk membuat kajian
berkumpulan bersama kawan-kawan tentang anggota beruniform
dalam filem air Force ini
3)
Filem Air Force The Movie arahan Zulkarnain Azhar dan
Frank See yang bergenre aksi,tentera dan patriotik
Malaysia telah berjaya menekankan tentang semangat
juang tentera Malaysia dalam mempertahankan
keselamatan masyarakat dan negara sehingga sanggup
menggadaikan nyawa mereka selepas terkandas di
Namburi ketika misi kemanusiaan selepas pesawat yang
membawa mereka ditembak jatuh oleh antagonis.Perkara
ini boleh dilihat ketika pihak TUDM dengan cekap dan
pantas mengerahkan bantuan untuk melaksanakan
operasi menyelamat selepas mendapat laporan pesawat
yang membawa anggota TUDM telah ditembak jatuh.Hal
ini telah membuka mata masyarakat bahawa betapa
besarnya dan pentingnya peranan anggota tentera yang
sanggup meninggalkan keluarga dan bersiap sedia
keluar untuk berjuang demi negara tercinta. Oleh itu,
rakyat Malaysia haruslah menghargai pengorbanan
anggota tentera dan bukannya memandang rendah
kepada pekerjaan mereka kerana sumbangan yang
mereka taburkan dalam mempertahankan kedaulatan
negara sememangnya besar.Selain itu, saya berharap
semua rakyat Malaysia untuk berhenti mempertikaikan
peranan anggota tentera sama ada di atas talian
mahupun secara bersemuka yang sudah terang lagi
bersuluh merupakan tonggak keamanan yang kita kecapi
selama ini.Akhir sekali, sepanjang projek ini saya dapat
mempelajari cara-cara untuk mengulas dan bertukar
pendapat bersama ahli kumpulan saya mengenai projek
filem ini. Selain itu, saya dapat belajar cara menyunting
video dan gambar
4)
Refleksi dan pengajaran yang saya dapat
daripada filem air force ini ialah filem ini
merupakan sambutan patriotik
kepahlawanan dan mempamerkan
bagaimana tentera kita boleh membuat
perubahan dalam mengamankan negara.
Filem Air Force : Selagi Bernyawa ini
merupakan sebuah filem yang menarik dan
berbaloi untuk tuntunan umum terutamanya
bagi individu yang menyukai elemen
kemanusiaan. Seterusnya ,nilai yang
terdapat dalam cerita ini ialah nilai
berprinsip. Contohnya , untuk jadi orang
berjaya , perlu mempunyai prinsip
hidup,buat apa kita suka,bukan buat apa
orang suruh . Dalam cerita ini, Adib nak
jadi paskau , dia jadi tanpa terpengaruh
dengan sahabat dia.Sebab jalan berbeza
tapi masing-masing boleh berjaya.
5) HANI SAFIYYAH BINTI ABDUL AZIZ
Filem air force ini merupakan satu filem hasil
karyawan orang Malaysia yang menggambarkan
perjuangan, pengorbanan dan cabaran yang
dihadapi oleh mereka demi melindungi negara yang
tercinta. Istilah selagi bernyawa yang terdampar di
filem telah dibuktikan dengan aksi semangat
pejuang yang telah ditonjolkan dalam filem. Nilai
lain yang yang saya perhatikan di dalam filem ini
ialah nilai kesabaran dalam berjuang demi
keselamatan orang awam. Hal ini dapat dilihat
dengan jelas di dalam peistiwa dimana Mejar
Adnan tetap bertahan dengan kesedihan akibat
kematian anggota terdekat dan mengawal emosi
sepenuhnya dalam membuat semua keputusan
termasuklah sewaktu dirinya sendiri terluka,beliau
masih bersabar dan menerima bahawa itu
ketentuan-Nya.
Selain itu, dalam menghasilkan projek ini saya
mempelajari beberapa penggunaan teknologi
seperti menukarkan video menjadi QR code untuk di
scan, mahir mengunkan semua kebanyakan aplikasai
di power point dan mampu menyunting dari power
point kepada buku secara online.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat diperoleh daripada
nilai dan pengajaran berdasarkan filem karya
Zulkarnain Azhar dan Frank See ini adalah
mengenai nilai pengorbanan pasukan
penyelamat di negara kita. Oleh kerana itu,
kita perlu mengambil iktibar daripada filem
tersebut tentang bagaimana pengorbanan
pasukan penyelamat seperti TUDM, POLIS,
PASCAU, PASKAL dan banyak lagi yang kurang
diberikan perhatian.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita
perlulah menghargai pengorbanan pasukan
penyelamat yang rela menggadai nyawa demi
negara. Antaranya, rakyat malaysia
digalakkan untuk menyertai dan menonton
perarakan anggota unit beruniform di dataran
merdeka pada hari kebangsaan Malaysia. Kita
boleh memberi dorongan semangat dan
ucapan terima kasih kepada mereka bagi
menghargai setiap pengorbanan dan
perjuangan yang diberikan.
RUJUKAN
Dalam melaksanakan kerja pembentangan ini, kumpulan kami
telah menggunakan beberapa rujukan seperti berikut:
1) BUKU
i. Hasnah Hussiin. 2022. Penghayatan Etika dan Peradaban.
Kuala Lumpur: MaxUnion Publication.
ii. Mohd Hilmie bin Mohd Mokhtar, Barathi A/P Santhasaran,
Anuratha Bai A/P Subramaniam.2020. PENDIDIKAN
MORAL TINGKATAN 5 KSSSM. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka
2) Internet
i. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url
=https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/202
2/08/30/039air-force-the-movie-selagi-bernyawa039-
pays-tribute-to-brave-men-and-women-of-royal-
malaysian-air-
force&ved=2ahUKEwjp3I2Vk7D7AhUgzTgGHdlKC2oQFno
ECBIQAQ&usg=AOvVaw2SdLcx-ObVaF3VXSk9sO-K
ii. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Air_Force_The_Movie:_Se
lagi_Bernyawa
iii. https://iluminasi.com/bm/info-dan-sinopsis-filem-air-force-
the-movie-selagi-bernyawa-malaysia-2022.html
LAMPIRAN
SEKIAN
TERIMA KASIH
-KUMPULAN 1-