The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM60622 Wan Hasmanira Binti Wan Sulaiman, 2023-03-12 04:30:34

ISU KESALAHAN KATA (SANSKRIT)

ISU KESALAHAN KATA (SANSKRIT)

ISU KESALAHAN KATA (SANSKRIT)


Imbuhan sanskrit berasal daripada bahasa Sanskrit adalah jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Imbuhan daripada sanskrit terbahagi kepada dua: awalan: maha- , tata- , pra- , eka- , dwi- , tri- , panca- , swa- ,tunaakhiran: -wan, -man, -wati, -nota


Sumber: Instagram Salah: Dwi bahasa Penerangan: Perkaataan dwi bahasa sepatutnya dieja dengan rapat . Betul: Dwibahasa Maksud: dwibahasa bermaksud yang ditulis atau yang dinyatakan dengan menggunakan dua bahasa. Merupakan bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama yang membawa pengertian bilangan. Dwi- bermaksud dua Dwi-


Sumber: Facebook Salah: Dwi jantina Penerangan: Perkaataan dwi bahasa sepatutnya dieja dengan rapat . Betul: Dwibahasa Maksud: dwijantina bermaksud mempunyai keduadua alat kelamin. Merupakan bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama yang membawa pengertian bilangan. Dwi- bermaksud dua Dwi-


Sumber: Instgram Salah: Pra Sejarah Penerangan: Perkaataan pra sejarah sepatutnya dieja dengan rapat . Betul: Prasejarah Maksud: prasejarah bermaksud sebelum sejarah tertulis. Awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Pra-


Sumber: Instgram Salah: Pra Sekolah Penerangan: Perkaataan pra sekolah sepatutnya dieja dengan rapat . Betul: Prasekolah Maksud: prasekolah dapat didefiniskan sebelum memasuki sekolah. Awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Pra-


Sumber: Twitter Salah: Tataterbit Penerangan: Penggunaan istilah yang tidak sesuai dengan situasi serta perkataan tataterbit dalam ayat ini tidak memberi sebarang maksud. Betul: Tatatertib Maksud: tatatertib bermaksud peraturanperaturan yang mesti dipatuhi. Bentuk awalan ini digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama yang bermaksud suatu susunan atau peraturan. Tata-


Sumber: Twitter Salah: Panca indera Penerangan: Perkataan panca indera sepatutnya dieja dengan rapat Betul: Pancaindera Maksud: Pancaindera bermaksud deria atau alat perasa yang lima. Merupakan bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama yang membawa pengertian bilangan. Panca- bermaksud lima Panca-


Sumber: Facebook Salah: Maha Guru Penerangan: Perkataan Maha Guru sepatutnya dieja dengan rapat. Betul: Mahaguru Maksud: Mahaguru bermaksud guru yang tertinggi pangkatnya di perguruan tinggi atau universiti MahaAwalan ini berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama, serta membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung.


Sumber: Facebook Salah: Olahraga Wati Penerangan: Perkataan Olahraga Wati sepatutnya dieja dengan rapat. Betul: Olahragawati Maksud: Olahragawati bermaksud orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olaharaga. -wati Akhiran ini digunakan sebagai usaha menimbulkan padanan kepada akhiran -man, dan -wan. Tujuaannya adalah untuk menimbulkan kategori jantina, iaitu -man dan -wan kepada lelaki, manakala -wati dan nita untuk wanita.


Sumber: Twitter Salah: Seniwat Penerangan: Penggunaan istilah yang salah kerana seniwat tidak membawa sebarang maksud dalam ayat tersebut. Betul: Seniwati Maksud: Seniwati bermaksud bintang filem wanita -wati Akhiran ini digunakan sebagai usaha menimbulka padanan kepada akhiran -man, dan -wan. Tujuaannya adalah untuk menimbulkan kategori jantina iaitu -man dan -wan kepada lelaki, manakala -wati da nita untuk wanita.


Sumber: Twitter Salah: Sukarela Penerangan: Penggunaan istilah yang tidak sesuai. Ayat sepatutnya yang ditulis adalah " Kemasukan sukarelawan PLKN" Betul: Sukarelawan Maksud: Sukarelawan ini bermaksud orang yang ingin memberi khidmat mereka kepada golongan ini tidak diperlukan mempunyai kelayakan tertentu. -wan Penggunaan akhiran -wan dan -man akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugasa atau pemilik sesuatu sifat atau keupayaan.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version