The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haikalidlan54, 2021-12-10 02:00:19

Efolio - trajedi 13 mei

tragedi 13 mei 1

MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

e-FOLIO: TRAGEDI 13 MEI

LECTURE: PUAN SURAINI BINTI RIPIN

SITI ZAHIRAH BINTI ANUAR 29DUP21F1040
NURUL JANNAH BINTI MOHD SUFIAN 29DUP21F1030
MUHAMMAD IDLAN HAIKAL BIN AZHAR 29DUP21F1024
MUHAMMAD SYAKIR AZFAR BIN MOHD 29DUP21F1032
NAZRI

1

PENGENALAN
Pengenalan peristiwa 13 mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak

meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Selain itu, rusuhan kaum
yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih
dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa
dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang
berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
.

PUNCA
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang
paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Antara
punca yang menyebabkan berlakunya rusuhan seperti:

1. LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN

 Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan secara berbeza-beza.
Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun
berbanding dengan orang-orang Melayu.

 Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam
ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang
melayu dan cina.

2

2. DASAR PECAH & PERINTAH PENJAJAH INGGERIS
 kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British

yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang
mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan
telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan
juga polarisasi kaum.
 Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan
juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya
memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-
orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Selain itu, Kaum
India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya
Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.

3

3. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA
 Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada
empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.
 Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina
dan India pula masing- masing berkiblatkan negeri asal mereka. Buku-buku teks
dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India.
Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri malah Keadaan
ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud.
 Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India
yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
 Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran
pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang
mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman
bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai
masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia.

4

4. PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK
 Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura
telah turut serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan antara
Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai
pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak
calonnya seramai sembilan orang.
 Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal
untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang
UMNO dan orang-orang Melayu.
 Mereka juga mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal
bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu pada masa itu.

5

5. PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA ORANG
MELAYU
 PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan.
 Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh
orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang
Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di
sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang
pilihan raya 1964.
 Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti pembangkang yang lain
telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-
soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di
kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh
parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam
pilihanraya serta mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh
membahayakan itu.

6

6. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA
 Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan
dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah
sebagai bahasa rasmi negara.
 Namun, Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang
kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada
status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai
bahasa rasmi.
 Pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan
ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa
Kebangsaan.

7

7. PERBEZAAN AGAMA DAN BUDAYA
 Di tanah melayu, kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam. Selain itu, kaum

cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama
hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga
mempunyai kebudayaan dan keunikkan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini
bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-
agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah
menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan
peristiwa 13 Mei 1969.

8. MASALAH EKONOMI
 Seterusnya, Kegiatan ekonomi yang berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan

berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi
secara tidak sihat. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui antara satu sama lain. Selain itu, orang melayu juga mencemburui
kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui
kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor
pentadbiran.

8

9. PERSATUAN-PERSATUAN ETNIK
 Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Struktur masyarakat pelbagai kaum

di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang
memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain.
Peristiwa tragedi 13 mei 1969 itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Tetapi
dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah
dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang
boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya
memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi
kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.

9

PENGAJARAN
Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan
kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi. Tragedi tersebut
berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumunkan. 13 Mei 1969 tidak
akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat
Malaysia. Antara 3 pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat malaysia ialah:

1. KEHILANGAN NYAWA DAN HARTA BENDA.

- Tragedi 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada
berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang
mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah
nyawa yang terkorban, selain itu, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan
pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang
terlibat.

2. PERINTAH BERKURUNG.

- Selepas tragedi 13 Mei 1969, kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah berkurung.
Hal ini disebabkan oleh kekacauan dan pecah belahan antara kaum. Selain itu,
perintah berkurung ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan
mengembalikan kestabilan negara ketika itu.

3. PERPADUAN NASIONAL.

- Peristiwa 13 mei 1969 ini juga telah memberi kesan dan pengajaran kepada kita.
Kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat
sekeliling untuk dijadikan panduan serta pegangan masyarakat yang berbilang
kaum untuk menjalankan hidup secara aman dan bersangka baik antara satu sama
lain. Selain itu, kesedaran itu penting di kalangan rakyat, antaranya sikap hormat-
menghormati, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang keji seperti dengki dan iri
hati. Dengan adanya pelbagai kaum, agama, budaya dan pegangan agama, maka

10

tragedi ini pasti tidak akan berulang sekiranya rakyat ada kesedaran tentang isu –
isu sensitive seperti hak kedudukan istimewa kaum melayu yang merupakan
penduduk asal bagi negara ini.

4. KEUNTUNGAN KEPADA MUSUH-MUSUH NEGARA.

- Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah membawa keuntungan kepada musuh-musuh
negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah belahkan
rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya.
Seterusnya, pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan
kaum yang berpecah belah akibat daripada rasa tidak puas hati dengan isu yang
sensitive terutama isu perkauman.

5. KEADILAN EKONOMI

- Peristiwa 13 mei menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar
dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan dan majoritinya kadar
kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum malah keadaan ekonomi dan
demografi penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti penduduk bumiputra
yang tinggal di luar bandar adalah miskin dan perpendapatan rendah. Oleh itu
selepas 13 mei, satu dasar pragmatik dasar ekonomi baharu (DEB) telah digubal
oleh kerajaan. Selain itu, dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang yang
mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinnan tanpa mengira kaum
dan menyusun semula masyarakat.

11

KESIMPULAN
Selepas peristiwa itu kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi
Baru & Rukun Negara bagi memulihkan sistem sosio-ekonomi negara dan perpaduan
penduduk. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah
dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan langkah-langkah yang
boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, cauvinism serta kegagalan dalam
memahami Kontrak Sosial & Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca
utama masalah ini berlaku
KERATAN AKHBAR

12

QR CODE

https://youtu.be/9nYq3FLFChE

RUJUKAN
http://pelajarpolitekniknila i.blogspot.com/ 2014/ 09/per ist iwa -13-me i.html
http://my13mei. blogspot.com/p/ punca.html? m=1
http://peristiwa13me ipenga jia nma lays ia.blogs pot.com/
http://13mei1969efol io. blogspot.com/
http://malaysia kamu. blogspot.com/2010/05/pe nga jaran-hakikat-per ist iwa-13- mei. html
http://peristiwa13me i1969. blogspot.com/ 2015/09/penga jaran-yang-diperolehi-
daripada_24.html

13


Click to View FlipBook Version