E-MAJALAH MPU 21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI EDISI 2023
SIDANG REDAKSI NAMA PENSYARAH(PENASIHAT) : ENCIK NAHRAWI BIN KASSIM NAMA NO. MATRIKS KHAIRIL JUFRIZAL BIN PAINAN 17DKA23F1060 HOSEN BIN ABDURRAHMAN 17DKA23F1013 MUHAMMAD AFIFI NAUFAL BIN MOHD SHUKRI 17DKA23F1051 ARISSA HASHA ADRIANEE BINTI ABDUL HALIM 17DKA23F1049 SOFEA KHADEEJA BINTI MOHD AZIZAN 17DKA23F1023
PENGHARGAAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan e majalah ini dengan jayanya. Dengan kesempatan ini, saya amat berbesar hati untuk menghadiakan jutaan terima kasih kepada Encik Nahrawi bin Kassim, selaku pensyarah subjek Pnghayatan Etika dan Peradaban kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan Kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
ISI KANDUNGAN KESIMPULAN 14 ALBUM GAMBAR 15 SUMBER RUJUKAN 16 TAJUK MUKA SURAT PENGHARGAAN 3 PERLEMBAGAAN 4-5 KRONOLOGI PENGGUBALAN 6-7 TUJUAN PERLEMBAGAAN DIWUJUDKAN 8 TAPAK INTEGRASI 9-11 CABARAN 12-13
PERLEMBAGAAN Apa itu perlembagaan? • Perlembagaan adalah kumpulan peraturan berkaitan pentadbiran sesebuah negara. • Perlembagaan mencipta tiga institusi pentadbiran negara, iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. • Perlembagaan mempunyai peruntukan berkaitan kuasa dan peranan tiga institusi tersebut. • Pada masa sama Perlembagaan meletakkan had kepada kuasa ketiga-tiga badan tersebut. • Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perlembagaan Persekutuan berasaskan nilai tradisi Kesultanan Melayu dan kemudiannya beberapa prinsip undangundang Inggeris disesuaikan dengan nilai tempatan. 1. Undang-undang Negeri Melayu • Raja sebagai pemerintah • Rakyat memberikan ketaatsetiaan. • Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja.
2. Sebelum kedatangan Kuasa Barat, negara kita sudah mempunyai undang-undang dan adat Melayu yang digunakan sebagai asas perlembagaan. Undang-undang ini menjadi panduan serta negara. kawalan kepada raja dan pembesar dalam proses pemerintahan
KRONOLOGI PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula pada tahun 1877 hingga tahun 1957. Pembentukan undang-undang dalam sesebuah negara dilakukan oleh badan yang sah dalam perundangan. Di Malaysia, badan perundangan dinamakan Parlimen yang berkuasa penuh membentuk undang-undang negara. Sejak negara mencapai kemerdekaan, ahli Parlimen memainkan peranan meminda perlembagaan bagi menegakkan kedaulatan negara. Di NNS terdapat Charter of Justice. pembentukan undang-undang di negeri Melayu pula dimulai oleh Majlis Negeri Perak. 1) Tahun 1877 Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877 yang dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf permulaan kepada pembentukan undang-undang negara. Majlis Negeri Perak berperanan menggubal undang-undang negeri Perak. Kemudiannya, peranan yang sama ini dimainkan oleh semua Majlis Negeri di negeri Melayu yang lain. 2) Tahun 1946 Undang-undang di NNS digubal oleh Majlis Undangan Negeri manakala undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) digubal oleh Majlis Persekutuan. Sementara itu, undangundang di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) pula digubal oleh Majlis Negeri. 3) .Tahun 1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan titik penting pembentukan sebuah Persekutuan yang terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. Antara kandungan yang terdapat
dalam Persekutuan Tanah Melayu termasuklah pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan. 4) Tahun 1957 Suruhanjaya perlembagaan ini dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model Westminster diambil dari Britain. Perlembagaan ini berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan ini menjadi asas kepada perlembagaan negara kita. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 bermodelkan Westminster.
TUJUAN PERLEMBAGAAN DIWUJUDKAN 1) Menjamin keamanan negara Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintahan, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi. 2) Menjamin keutuhan dan keamanan negara Perlembagaan yang seragam juga membantu memudahkan proses perpaduan nasional dan pembinaan identity bangsa negara. 3) Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil Peruntukan Bahasa melayu sebagai Bahasa rasmi negara juga ada kelonggarannya apabila Bahasa lain juga boleh digunakan.
Apakah TAPAK INTEGRASI ? • TAPAK INTEGRASI sebagai WAHANA SOSIAL. Apakah ciri TAPAK INTEGRASI ? • Sebuah ruang sosial, abstrak dan nyata. • Satu titik pertemuan untuk kelompok-kelompok strategik. • Proses pertemuan berasaskan prinsip Tawar-Menawar (Bargaining), Perundingan (Negotiation) dan Pengantaran (Mediation). • Ada tapak yang diinstitusikan, ada yang tidak. • Ada yang berjaya, ada yang tidak. • Usaha membina tapak integrasi diteruskan dan menuju ke arah PENYATUPADUAN. MAKRO MESO MIKRO Pihak kerajaan dan berwaji menyedari bahawa setiap keputusan dan dasar yang diperkenalkan perlu menjadi platform untuk mencari titik persamaan antara kaum. Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu menjadi pihak yang sedar dan menyedarkan rakyat dan pemimpin tentang kepentingan kesatuan dan perpaduan melalui program dilaksana. Rakyat perlu menyedari bahawa segala usaha yang disusun oleh pemimpin tidak akan berjaya melainkan dengan kerjasama rakyat di bawah.
Tapak Integrasi yang aktif : A. MAKRO (ATAS KE BAWAH) MAKRO ( ATAS KE BAWAH ) PERANAN KERAJAAN • Kawasan rukun tetangga, bersifat kelompok yang strategik • Wujud semenjak 1970, bilangan 8500 seluruh negara • Mekar & matang, dari orientasi sekuriti ke agen pembangunan • Politik (Federalisme, Coalition, Perlembagaan dll.) • Pendidikan (sistem kebangsaan, vernacular, antarabangsa) • Agama (pelbagai agama aktif serentak, dilindungi perlembagaan) B. MESO (BAWAH KE ATAS) MESO (PERTENGAHAN) PERANAN NGO (ORGANISASI BUKAN KERAJAAN) • Peranan NGO sebagai pengagih habuan pembangunan • NGO agen pemantauan pelaksanaan program untuk minoriti
C. MIKRO (INISIATIF AKAR UMBI) MIKRO (INISIATIF AKAR UMBI) PERANAN RAKYAT • Rumah Terbuka • Penerimaan budaya • Program di IPT
CABARAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI INTEGRASI SOSIAL 1) Cabaran dalam mengekalkan kedudukan dan kesucian islam sebagai agama rasmi Keduddukan Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam perlembagaan Persekutuan 3 (1). Keadaan ini memberi kesan bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi mestilah dihormati kerasmiannya. Walaupun agama lain bebas dianuti dan diamalkan tetapi kedudukannya tidak sama seperti agama lain ynag terdapat di Malaysia. Namun, perkara yang lebih penting dan perlu dilihat ialah kebebasan untuk beragama dan menganuti agama selain Islam serta ketiadaan paksaan untuk saling mengenali agama antara satu sama lain. 2) Cabaran untuk mengekalkan hak istimewa orang melayu dan bumiputera Dirujuk pada Pelembagaan Persekutuan, Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa pindaan perlembagaan yang membabitkan setiap rakyat Malaysia mempunyai hak-hak yang sama, namun rakyat yang berketurunan Melayu serta Sabah dan Serawak mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa yang lain. Antara hak-hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan:
1) Pemilikan tanah dengan kebenaran Kerajaan Ngeri masing-masing dengan syarat yang tertentu. 2) Jawatan dalam sektor Kerajaan seperti kakitangan kanan dalam Kerajaan Persekutuan mesti diperuntukkan dengan nisbah yang ditetapkan untuk orang Melayu serta Sabah dan Serawak sehingga peratusan sektor penjawat awam sebanyak 80% adalah Melayu dan 10% adalah Sabah dan Serawak pada tahun 2022. 3) Bantuan pelajaran dalam peruntukan biasiswa 4) Bantuan ekonomi dengan kemudahan untuk mendapatkan lesen perniagaan dan premis perniagaan yang strategik 3) Cabaran mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan seharian menjadikan ianya sukar untuk mengekalkan bahasan melayu dengan tatabahasa yang tepat yang lama-kelamaannya terhakis. Tidak lupa juga persaingan dengan bahasa Inggeris yang semakin mendominasi golongan belia, sehingga mereka yang masih bertutur menggunakan bahasa Melayu dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh rakan sebaya yang lain.
KESIMPULAN Perlembagaan berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang - undang di dalam negara kita. Selain itu, ia juga dokumen utama yang menjadi panduan dan sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Kami mengharapkan tahap integrasi ini wujud pada jangka masa yang lama supaya dapat menghayati kemajmukan etika dan peradaban.Selain itu, kami mengganggapkan perlembagaan ini amat penting kerana menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat kita. Di samping itu, perlembagaan ini boleh dianggap sebagai alarm rujukan bagi penyelesaian masalah yang timbul di Malaysia. Ia akan memberikan impak yang besar dari segi pemerintahan tanah air kita yang diperlihatkan sebagai negara yang merdeka.
ALBUM GAMBAR
SUMBER RUJUKAN https://online.anyflip.com/crzfl/ycvn/mobile/index.html https://coggle.it/diagram/X8S9XpiaCR9HMk8P/t/tujuanperlembagaan-malaysia https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkatan5/sejarah-t5-bab-2/sejarah-t5-bab-2-1 https://online.anyflip.com/iiewm/nfry/mobile/ https://fliphtml5.com/hayoy/vwio/basic https://prezi.com/praapmwjmqwu/hak-istimewa-orangmelayu-dan-cabaran-kelangsungannya-di-m/ https://malaysiabersuara.com/artikel/semak-fakta/adakahjawatan-penjawat-awam-mempunyai-kuota-bumiputera/
DISEDIAKAN OLEH : 1) KHAIRIL JUFRIZAL BIN PAINAN 2) HOSEN BIN ABDURRAHMAN 3) MUHAMMAD AFIFI NAUFAL BIN MOHD SHUKRI 4) ARISSA HASHA ADRIANEE BINTI ABDUL HALIM 5) SOFEA KHADEEJA BINTI MOHD AZIZAN