1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN ILMU PENDIDIKAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER 5/ 2024 TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PROGRAM: PISMP (SJHK 1) AMBILAN: JUN 2022 SEMESTER: LIMA NAMA PENSYARAH: PN MANORIZA BINTI ABDUL MALEK NAMA PELAJAR: PREMILA A/P UTHIRAPATHY ANGKA GILIRAN: 2021152340290 NO KAD PENGENALAN: 031030010608 TARIKH HANTAR: 20 MAC 2024 Pengesahan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: PREMILA Tarikh:20/03/2024
2 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT ISI KANDUNGAN 2 1.0 PENGENALAN 3 2.0 JENIS INSTRUMEN 4-8 3.0 TATACARA PENGENDALIAN INSTRUMEN 9 4.0 ULASAN INSTRUMEN 10-11 5.0 PENAMBAHBAIKKAN 12 6.0 KESIMPULAN 13 7.0 RUJUKAN 14-15
3 1.0 PENGENALAN Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.Tujuan pentaksiran ini adalah bagi meningkatkan prestasi pelajar yang dinilai.Pentaksiran juga dapat meningkatkan mutu pendidikan iaitu ia meningkatkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat serta prestasi dalam konteks pendidikan.Pentaksiran merupakan proses mengukur kefahaman dalam setiap mata Pelajaran.Pentaksiran juga merupakan suatu proses sistematik yang melibatkan pengumpulan,penganalisisan dan penterjemahan tentang tahap pencapaian murid terhadap objektif pengajaran.Terutamanya,pentaksiran alternatif memberi tumpuan kepada perkembangan murid dari semasa ke semasa sehingga akhir. Pentaksiran alternatif membuktikan suatu bentuk hasil pengukuran yang menguhuraikan pelbagai alternatif.Pentaksiran alternatif merupakan suatu bentuk penilaian yang melengkapi semua kekurangan daripada pentaksiran konvensional.Selain itu,pentaksiran alternatif ini merangkumi bentuk penilaian pelbagai tugasan dan ianya memerlukan murid menggunakan Kemahiran berfikir aras tinggi dalam keadaan nyata’reallife’. Secara keseluruhannya,pentaksiran alternatif ini memberikan fleksibiliti secara semulajadi serta mengurangkan tekanan yang dialami murid dan merangsang potensi murid untuk mengembangkan diri sendiri.Pentaksiran alternatif sememangnya memberikan faedah kepada guru kerana dapat meningkatkan kesesuaian dalam pengajaran,interaksi guru dan murid serta menambahbaikkan gaya pembelajaran.Kepelbagaian kaedah pengajaran dapat menarik perhatian murid dan meningkatkan penglibatan murid. Melalui tugasan ini,saya dapat mengenali instrumen yang sesuai bagi menyesuaikan dengan kaedah pengajarannya sebagai contohnya kaedah pemerhatian,kaedah penulisan dan kaedah lisan.Dalam pelaksanaan Petaksiran Bilik Darjah guru menentukan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid berdasarakn objektif pembelajaran yang ditentukan dari Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.Seorang guru bebas memilih dan menentukan kaedah serta instrument pentaksiran berdasarkan kreativiti,situasi dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.Sehubungan dengan tugasan ini,saya dapat mengumpulkan data dan bukti dari beberapa guru yang mengajar di sekolah.Dengan bantuan mereka,saya dapat membuat analisi SWOT dan mengenal pasti instrumen yang sesuai untuk mengaplikasikan.
4 2.0 JENIS INSTRUMEN 2.1 SENARAI SEMAK (KAEDAH PEMERHATIAN) Senarai Semak ini akan disediakan secara awal dengan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan.Senarai semak adalah kaedah yang mudah untuk menilai murid dan juga meningkatkan tahap penguasaan dari semasa ke semasa.Seorang guru patut menggunakan senarai Semak yang berbeza ke setiap murid bagi membuat panilaian.Sebagai contohnya,senarai Semak ini digunakan untuk menilai projek seni visual.Berdasakan contoh instrumen ini,guru telah memberikan skor amat cemerlang dan cemerlang kepada murid pertama berbanding dengan murid kedua.ia kerana,murid kedua kurang menguasai dimana tidak memuaskan dan memuaskan hasil tugasan yang diberikan.Melalui penilaian senarai semak ini guru telah dapat membantu murid bagi meningkatkan kemahirannya.Guru tersebut menyediakan senarai semak yang mudah dengan menyeneraikan skala dan petunjuk yang betul.
5
6 2.2 BUKU SKRAP DIGITAL (KAEDAH PENULISAN) Seterusnya,lembara buku skrap juga merupakan pentaksiran alternatif.Guru akan mentafsir murid melaui tugasan pengajaran dan pembelajaran.Melalui buku skrap digital ini dapat menguji tahap penguasaan muridnya.Guru juga harus menyediakan rubrik pemarkahan dan isi kandungan untuk menyertakan dalam buku skrap tersebut.serta membantu murid yang kurang memuaskan dalam tahap penguassaan atau bilik darjah.Sebagai contohnya,gambar ini menunjukkan contoh buku skrap digital yang diberikan selepas pengajaran.Salah satu guru memberikan tugasan ini secara individu untuk menguji kefahaman murid.Murid harus menyiapakn buku skrap digital ini di rumah.Tajuk yang dipilih oleh guru adalah Sejarah Tahun 4 Keluarga saya.Berdasarkan tajuk tersebut murid perlu mengumpulkan data tentang ahli keluarga masing-masing.melalui tugasan buku skrap digital ini secara tidak langsung ibubapa juga mamainkan peranan.Guru memberikan tempoh masa 2 minggu untuk menyelesaikan tugasan buku skrap digital.
7 2.3 REFLEKSI KENDIRI (KAEDAH LISAN DAN BERTULIS) Refleksi kendiri dilaksanakan oleh murid.Melalui refleksi kendiri ini guru dapat mengetahui masalah muridnya.Komunikasi dua hala merupakan elemen penting dimana guru dapat menguji dari segi pertuturan,tingkah laku dan pemikiran.Setiap murid digalakkan untuk memberikan pendapat selepas pengajaran.Melalui kaedah ini dapat mengenalpasti kefahaman setiap murid maka guru dapat membuat penambahbaikkan.Borang refleksi kendiri ini harus menyediakan secara awal dan guru diberikan selepas akhir sesi pengajaran.
8 3.0 TATACARA PENGENDALIAN INSTRUMEN 3.1 SENARAI SEMAK Kaedah senarai semak boleh digunakan untuk mentafsir tahap penguasaan murid melalui projek dan portfolio.Antara contoh projeknya,murid-murid membuat artikel jahitan dan membuat replika Sejarah.Guru perlu menyediakan senarai semak secara awal supaya dapat menilai berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan melalui senarai semak.Terdapat sekurang-kurangnya 9 kriteria dalam senarai semak.untuk mentafsir murid-muridnya.Antara strategi pelaksanaan adalah boleh dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang.Ia boleh mengambil tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan.Seorang guru juga mengambil jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan.
9 3.2 BUKU SKRAP DIGITAL Kaedah buku skrap digital ini digunakan dalam pentaksiran bilik darjah.Guru juga boleh memberikan tugasan ini yang sesuai selepas pengajaran dan pembelajaran.Buku skrap digital boleh diberikan sebagai kerja rumah dan dibuat semakkan selepas dua minggu.Selepas semakan dapat menguji tahap kefahaman setiap murid dan memberikan markah yang sesuai.Jika murid-murid tidak dapat melengkapi isi kandungan dalam buku skrap digital maka guru boleh menberikan latihan pengukuhan sehingga mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan.Berdasarkan contoh instrumen,saya dapati salah satu guru menyediakan beberapa rubrik pemarkahan,isi kandungan buku skrap dan juga contoh.Persediaan ini dapat membantu murid bagi menjadikan sebagai panduan. 3.3 REFLEKSI KENDIRI Guru tersebut menggunakan kaedah ini untuk memahami perasaan dan keadaan muridnya.Kaedah ini boleh digunakan dalam pentaksiran bilik darjah.Guru tersebut mengedarkan borang refleksi individu dimana murid-murid menulis pendapat dan kebaikan mereka diperolehi.Selain itu,guru juga mengendalikan refleksi kendiri secara lisan dan seorang guru telah mencatat perasaan murid.Sebagai contohnya,guru mengemukakan persoalan yang sesuai.Hal ini demikian kerana,murid-murid dapat meluahkan masalahnya melalui borang refleksi kendiri.Guru telah memberikan masa 3 minit untuk melengkapkan borang refleksi kendiri.Apabila guru telah membuat secara lisan,guru sentiasa tanya perasaan murid-muridnya dan guru telah mencatat sebagai bukti.
10 4.0 ULASAN INSTRUMEN 4.1 SENARAI SEMAK Bedasarkan perbincangan dengan guru itu,saya dapati kebanyakkan guru telah menggunakan senarai semak untuk kaedah pemerhatian dimana mereka menguji tingkah laku,projek dan aktiviti .Strategi senarai semak ini dapat memudahkan kerja guru dan menguruskan secara sistematik.Guru tersebut juga menyatakan bahawa guru yang kurang mahir juga boleh menggunakan senarai semak untuk menilai projek murid.Selain itu,senarai semak ini juga dilakukan semasa dan selepas pemerhatian dilakukan.Strategi ini dapat menilai kesahihan pemerhatian dengan mempunyai bukti.Guru juga telah memberikan fokus kepada tingkah laku murid apabila melakukan aktiviti. Terdapat kekurangan dalam penggunaan instrument ini,iaitu mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti semasa merekodkan tingkah laku muridnya.Guruguru tidak boleh memberi perhatian sepenuhnya tingkah laku untuk menilai.Dengan ini,guru telah mengambil masa yang lama untuk menyediakan pelbagai senarai semak.Sebabnya kriteria-kriteria dalam senarai semak perlu berbeza berdasarkan topik yang sesuai.Melalui contohnya,instrumen senarai semak ini digunakan untuk matapelajaran pendidikan seni visual tahun 4. 4.2 BUKU SKRAP DIGITAL Kebaikkan buku skrap digital dapat mengalakkan suasan proses pembelajaran yang aktif diantara murid dan guru.Melalui kaedah buku skrap digital proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilakukan secara berterusan dengan melakukan pelbagai aktiviti berdasarkan buku skrap digital yang diberikan dalam luar kelas yang dapat memudah dan meningkatkan kefahaman seorang murid.Berdasarkan instrumen yang saya kumpul,guru itu menggunakan kaedah buku skrap digital untuk subjek sejarah.Topik yang diuji adalah keluarga saya seperti ‘Family Tree’ dan peranan keluarga ..Dengan ini,dapat merangsang minda murid bagi memastikan proses pembelajaran dapat dilakukan.Guru telah memberikan buku skrap itu sebagai ulangkaji di rumah.Guru telah menguji tahap penguasaan serta kefahaman topiknya. Kelemahan instrumen ini adalah kurang interaktif sebagai contohnya,pembelajaran menjadi kurang menarik dan bosan.Guru-guru juga perlu membuat penilaian secara digital.Murid-murid hanya menyiapkan tugasan ini di rumah ia kerana memerlukan
11 komputer,komputer riba dan telefon bimbit.Guru tidak mengenalpasti proses setiap murid dari semasa ke semasa.Selain itu,guru tidak dapat memastikan murid yang seratus peratus membuat buku skrap itu secara digital.Hal ini demikian kerana,ada beberapa ibu bapa akan membuat kepada anaknya.Tugasan ini tidak sesuai untuk memberikan kerap kali.Kaedah ini kurang melibatkan psikomotor murid.Kelemahan seterusnya adalah kaedah buku skrap digital kurang efektif dimana susah bagi menilai dengan sepenuhnya. 4.3 REFLEKSI KENDIRI Kebaikkan menggunakan kaedah ini adalah dapat menyelesaikan masalah murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Guru telah memberikan borang refleksi kendiri bagi matapelajaran Sejarah selepas mengajar.Murid-murid digalakkan untuk menulis pendapat tentang pengajaran yang dilaksanakan.Melalui borang refleksi kendiri itu kita dapat membuat penambahbaikkan dari segi pengajaran.Seterusnya,hubungan antara guru dan murid lebih kukuh kerana murid selesa untuk berkongsi pendapat melalui refleksi.Guru sentiasa mengajukan soalan-soalan yang releven untuk mencapai taraf kefahaman.Disamping itu,murid dapat meningkatkan kesedaran diri melalui pengisian borang refleksi kendiri. Kelemahan kaedah ini adalah refleksi diri cenderung subjektif kerana dipengaruhi oleh persepsi dan interpretasi individu terhadap pengalaman mereka.Selain itu,kadangkala muridmurid tidak boleh berfikir secara kritis untuk memberikan pendapat.Murid-murid mengalami kesukaran untuk memberikan pendapat dengan berani.
12 5.0 PENAMBAHBAIKKAN Berdasarkan pengumpulan data dan perbincangan dengan guru sekolah.Salah satu guru berkongsi pengalaman dari segi memberi penilaian melalui beberapa instrumen.Antara instrument yang perlu dikukuhkan adalah borang refleksi kendiri dan senarai semak.Seorang guru perlu menyedikan senarai semak yan umum supaya dapat menggunakan untuk beberapa subjek.Seterusnya,guru harus memberikan penjelasan secara awalnya kepada murid tentang kriteria-kriteria dalam senarai semak.Hal ini demikian kerana,murid dapat mencapai semua kriteria yang ditetapkan.Senarai semak yang dibuat harus mengikut aktiviti dan projek yang dirancang.Guru patut menyertakan panduan dan contoh untuk setiap item dalam senarai semak.Selain itu,guru perlu memberikan pilihan yang fleksibel dalam senarai semak untuk menyesuaikan langkah-langkah dengan situasi mereka sendiri. Tambahan pula,kaedah refleksi diri juga perlu ditingkatkan.Guru harus memberikan peluang kepada semua murid untuk memberikan pendapat untuk setiap akhir pengajaran.Pendapat-pendapat yang diterima oleh guru harus merumuskan dan memberikan komen kepada muridnya.Dengan ini,guru tersebut perlu menitikberatkan dengan kaedah ini untuk meningkatkan keefektifan refleksi diri.Selain itu,guru harus membaca borang refleksi kendiri supaya dapat membuat penambahbaikkan dari sesi kaedah pengajaran.Guru patut membahagikan masa dengan betul dan berkesan supaya dapat melaksanakan aktivti yang dirancang, Tambahan pula,guru tersebut boleh menggunakan instrumen yang berbeza untuk menilai muridnya dan sering kali tidak hanya menggunakan instrumen Pentaksiran Bilik Darjah yang sama.Guru juga mengaplikasikan pentaksiran rakan sebaya dimana tugasan dan projek yang dibuatnya akan diberikan komen dan pendapat oleh rakan sebaya.Melalui kaedah ini,dapat membina hubungan antara murid-muridnya dan guru juga sedia menerima maklum balas yang berbeza dari muridnya.
13 6.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya,pentaksiran alternatif ini lebih realistik,menganalisis dan mensintesisi ilmu yang dipelajari sehingga murid berupaya membuat kesimpualan secara konsisten beserta justifikasi.Selain itu,melalui kaedah-kaedah yang dinyatakan diatas dapat meningkatkan komunikasi murid kerana mereka perlu menyatakan menerangkan projek yang mereka dibuat melalui senarai semak.Pentaksiran alternatif ini dapat mewujudkan pembelajaran yang holistik dan releven,kemahiran.Secara tidak langsung,murid diberikan ruang untuk pemikiran kreativiti bagi menerapkan ilmu dan diperloehi.
14 7.0 RUJUKAN Abdullah, M. F. N. L., & Leow, T. W. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 14(1), 211-265. Alternatif, P., Prestasi, P., Pelaksanaan, K., Sains, F., Kemanusiaan, S., & Pendidikan, S. (n.d.). Sains Humanika Alternative Assessments: Performance Assessment, Authenticity, Portfolios and Methods of Implementing Performance Assessments. https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/103840/Alternative_Assessments.pd f Hussin, Z., & Saleh, F. PENILAIAN KENDIRI MELALUI AMALAN REFLEKTIF DALAM PENGAJARAN MATEMATIK. Kasim, A. Y., & Tamuri, A. H. (2010). Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) pengajaran akidah: Kajian kes guru cemerlang Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 13-30. Lee Leh Hong., Boon Pong Ying., Lawrence Aloysius Aeris& Iihavenil. (2024). Pentaksiran dalam Pendidikan. Pustaka Nadwa Sdn.Bhd. Mahaya Salleh., Suzanan Abd Mutalib., Hashiroh Hussein & Zakkirah Imana Ho Abdullah. (2024). Pentaksiran dalam Pendidikan. Local Publications Sdn.Bhd Ompok, C. C. (2021). Penggunaan Kaedah Permainan, Buku Nombor dan Lembaran Kerja dalam Pembelajaran Matematik Awal Kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 235-251. Othman, I., & Yaakub, R. (2010). APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM. Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 25. Osman, B. H. A., & Basar, M. N. (2015). Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. In Conference Paper Keningau (pp. 1-35). Palanivel, S. N. N. H., Nor, A. I. M., & Abdullah, N. (2023). AMALAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 21(1), 74-96.
15 Tonge, M. L., & Mahamod, Z. (2020). Kesan pembelajaran berasaskan projek terhadap kemahiran menulis karangan murid sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 12-20. Said, N. A. (2020). Alternative Assessments: Performance Assessment, Authenticity, Portfolios and Methods of Implementing Performance Assessments/Pentaksiran Alternatif: Pentaksiran Prestasi, Autentik, Portfolio dan Kaedah Pelaksanaan Pentaksiran Prestasi. Sains Humanika, 12(2-2). Sharkawi, A. S. (n.d.). KONSEP, CIRI-CIRI, JENIS DAN KAEDAH PENTAKSIRAN. Www.academia.edu. https://www.academia.edu/9133489/KONSEP_CIRI_CIRI_JENIS_DAN_KAEDAH_PENTAK SIRAN