TINGKATAN 1
Bab 1: PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Definisi reka bentuk: Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan
sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.
Definisi teknologi: Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber
semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.
Definisi reka bentuk dan teknologi:
Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan
pengetahuan sains dan matematik.
Bidang-bidang dalam reka bentuk
Konkrit : peralatan, mesin, seramik, arca, pakaian, senjata
Abstrak : Pengangkutan, sewaan, Bahasa, atur cara, pengiklanan, grafik
Elemen reka bentuk
Garisan : cantuman siri titik yang mempunyai panjang dan jarak
Rupa : hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya
Bentuk : objek yg mempunyai ruang, isipadu dan lebih dari satu permukaan
Tekstur : teknik yg memberi impak atau kesan serta boleh juga dirasa melalui sentuhan
Saiz : ukuran bagi sesuatu objek
Warna : kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
Ruang : kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek
Prinsip Reka Bentuk
Keseimbangan : seimbang dari sudut berat, tarikan, tumpuan perhatian atau bentuk asimetri
Pengulangan : penyusunan semula objek secara berulang-ulang
Kontras : perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan
Kepelbagaian : penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza
Kesatuan : bhgn elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna
Keringkasan : idea yang kompleks perlu diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas
Harmoni : melihat sesuatu yang dapat memberi keamanan dan kedamaian
Kriteria Reka Bentuk yang Baik
Kecenderungan inovasi
Kreativiti
Keaslian reka bentuk
Kekuatan kualiti
Ergonomik
Teknik Pembinaan Objek
Pembenaman
Pembuangan
Penyatuan
Peleraian
Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi
Menyumbang kpd teknologi moden
Memenuhi kehendak individu dan masyarakat
Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian
Memupuk nilai invensi, inovasi dan kreatif
Membuka laluan kerjaya dan pekerjaan
Peranan Reka Bentuk
Individu Masyarakat Pengeluar dan Negara
Kebebasan memilih kpd Melindungi dan memelihara Mengeluarkan produk
penggunan mengikut etika sosial berjenama negara
kemampuan dan keperluan
Melahirkan nilai estetika Melindungi hak cipta rakyat
Mengguna sumber alamn Melahirkan masyarakat yang Meningkatkan pendapatan
secara optimum
kreatif negara
Menghasilkan reka bentuk Melahirkan masyarakat yang Menjadi penanda aras
yang serba boleh dan kaya
dengan idea berdaya maju sebagai negara maju
Etika dalam Reka Bentuk
Keaslian
Jujur
Bermanfaat
Selamat digunakan
Mesra alam sekitar
Antara Contoh Kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi
Arkitek
Pereka bentuk grafik
Pereka bentuk produk / perkhidmatan
Invensi : proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhimatan baharu yang belum
pernah wujud sebelumnya
Inovasi : Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebik baik, menjimatkan,
bertenaga dan bermakna serta mesra pengguna
Aplikasi Prinsip Invensi dan Inovasi
Pertahanan : Robot pengesan periuk api
Pendidikan : Kamus digital
Kesihatan : Jam pengukur degupan jantung
Pembuatan : Pencetak 3D, Pen 3D
Teknologi Maklumat : Telefon pintar
Bab 2: PENGURUSAN PROJEK
Definisi pengurusan projek reka bentuk:
Aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek
Pengurusan projek reka bentuk
1. Merancang aktiviti projek
2. Menyediakan pelan atau lukisan reka bentuk produk
3. Menentukan bilangan produk
4. Mengawal selia sumber yang terhad
5. Mengawal pelaksanaan
Penjanaan Idea Reka Bentuk Produk
Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk
Menterbalikkan fungsi sesuatu alat
Menukar saiz objek
Menterbalikkan kedudukan
Contoh carta oganisasi atau pasukan pengurusan projek
Tugas Pengurus Projek
Penentuan utama: menetapkan tujuan dan objektif projek
Penentuan subutama: perancangan lebih teliti; kewangan,tenaga kerja,dokumen,keselamatan
Pengelolaan aktiviti: aktiviti yang terlibat dlm pembangunan produk atau perkhidmatan
Matris organisasi atau pasukan: pasukan dibentuk untuk menjalankan tugas khas
Tujuan Penjadualan
Mengelakkan kerugian masa dan kos
Mengelakkan pembaziran
Mengawal sumber tenaga pekerja
Mengurus bahan mentah dengan sistematik
Contoh Carta Gantt
Tujuan Pengawalan
Semua aktiviti dilakukan dengan optimum
Semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan
Sumber-sumber yang diperlukan dikenal pasti
Perubahan dalam penjadualan boleh dikenal pasti dan diubahsuai
Garis Panduan Penjadualan Projek
1. Menentukan aktiviti jadual
2. Menyusun aktiviti mengikut keperluan
3. Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti
4. Menganggarkan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti
5. Membangunkan jadual
6. Menganggarkan kos dan menyediakan bajet
Penyediaan Anggaran Kos
Kaedah unit/kuantiti = Unit/kuantiti x harga kos seunit produk
Konsep SMART
Kaedah unit/kuantiti
Contoh: Kos penyediaan bagi 1 produk ialah RM100. Jumlah produk yang dikehendaki ialah 50 unit. Kira
kos anggaran awal projek tersebut?
Jawapan: Kos anggaran awal = unit/kuantiti x harga kos seunit produk
= 50 unit x RM100
= RM 5 000
Konsep SMART
S = penetapan tujuan / objektif projek
M = Mengukur kos-kos terlibat
A = Projek boleh dilaksanakan mengikut kewangan dan tenaga kerja
R = Kesesuaian dengan kehendak pengguna dan objektif projek
T = Masa yang mencukupi untuk menyiapkan projek
Kumpulan kerja = ahli pasukan dalam sesuatu unit organisasi
Iaitu setiap individu membantu dan bekerjasama, berkongsi maklumat, mempunyai
matlamat yang samadan berkomunikasi.
Kelebihan pembentukan kumpulan kerja Pasukan
Memperoleh hasil yang optimum
Individu Rapat dan mesra sesame ahli
Kurang tekanan Komunikasi terbuka
Tanggungjawab dikongsi bersama ahli Penglibatan menyeluruh
Ahli memilih tanggungjawab yang lebih pakar Pengumpulan sumber secara maksimum
Penghargaan dikongsi bersama Peningkatan motivasi staf
Ahli pasukan berupaya mempengaruhi ahli lain
Pengalaman dan pengetahuan dikongsi bersama
Proses Pembentukan Individu
Pemilihan : memilih individu yang berkemahiran dalam interpeonal dan teknikal
Latihan : meningkatkan kemahiran , komunikasi dan kemahiran lain yang diperlukan
Ganjaran : menggalakkan persaingan sihat
Bab 3: PROSES REKA BENTUK
Projek Brief: Satu proses perbincangan awal antara dua pihak iaitu pengurus projek dengan pelanggan
Ciri-ciri projek brief
Tajuk projek
Gambaran keseluruhan projek
Kriteria produk
Perancangan pengurusan projek
Analisis kajian
Lakaran idea
Mock-up atau model
Perancangan projek brief
Kriteria pertimbangan utama
Catatan penerangan
Pembinaan mock-up atau model
Mock-up
Model olokan yang dibuat
sebelum menghasilkan model
sebenar
Antara jenis bahan: Dawai kasa,
Polisterin, kadbod, foam,
kayu dan plastisin
Model
Model separa berfungsi (Model blok) atau model berfungsi sepenuhnya
Alatan dan bahan untuk cantuman mock-up atau model
Super glue
Pistol perekat panas
Perekat kayu
Gam paip pvc
Benang dan jarum
Penilaian mock-up
Ujian kekuatan cantuman
Contoh parameter: berat beban 100g
Keputusan: Mock up dapat bertahan tanpa rosak jika beban tidak melebihi 100g
Ujian kestabilan
Contoh parameter: Mock-up diletakkan pada satu tapak rata
Keputusan: Mock-up tidak jatuh dan kukuh pada tapaknya
Ujian beban
Contoh parameter: Beban 1kg diletakkan di atas sambungan bahagian atas
Keputusan: Mock-up dapat menampung beban dan tidak melengkung ke bawah
Bab 4: LAKARAN
Lakaran: contengan berbentuk garisan, gambar dan simbol Bahasa yang menerangkan sesuatu perkara
Definisi Lakaran: Satu lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas
tanpa bantuan alat melukis seperti pembaris atau jangka lukis.
Peranan lakaran dalam reka bentuk
Mempercepat perkembangan proses
Asas komposisi untuk ilustrasi
Medium komunikasi pelanggan
Eskplorasi visual
Penyelesaian perincian visual
Jenis-jenis lakaran
Lakaran peribadi/contengan
Lakaran penerokaan
Lakaran teknikal
Lakaran perkembangan idea
Lakaran persembahan
Lakaran digital
Teknik lakaran piktorial .)
Kaedah asas lakaran
- kaedah garisan pendek ( _ _ _ _ _ _ )
- kaedah melakar garisan terus dua titik ( .
Lakaran oblik
Lakaran isometrik
Lakaran perspektif
Lakaran Oblik
- Jenis kavalier atau Kabinet (ukuran panjang sebenar)
- Paksi surut 45^, paksi mendatar bersudut tepat dengan paksi menegak
Lakaran Isometrik
- lakaran piktorial yang menunjukkan keseluruhan sesuatu pandangan objek
- menggambarkan pandangan dalam bentuk 3D
- gabungan pandangan atas, hadapan dan sisi
- 3 paksi yang mempunyai sudut 120^ setiap satu
Lakaran Perspektif
- 1 kaedah ilustrasi objek yang menyamai pandangan mata manusia
- objek dekat bersaiz besar berbanding objek yang jauh
- boleh dihasilkan melalui 3 kaedah; kaedah 1 titik, 2 titik dan 3 titik
- lazimnya digunakan bagi objek yang besar dan panjang
Seperti bangunan dan jalan raya
- Pandangan mata burung: kedudukan obek yang dilihat dari tempat tinggi
- Pandangan mata ulat: kedudukan objek yang dilihat dari lantai/bawah
Bab 5: APLIKASI TEKNOLOGI - REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI
Definisi sistem fertigasi: sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan
yang rapi
Sistem Hidroponik Teknik aliran dalam
Teknik aliran cetek Teknik pasang surut
Teknik takung
Aeroponik
Teknik pengairan titis
Tujuan menanam secara fertigasi
Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit bawaan tanah
Memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman
Pemberian baja lebih berkesan
Kelebihan sistem fertigasi
Peningkatan hasil tanaman
Masalah merumpai sangat rendah
Kos operasi dapat dikurangkan
Penggunaan air secara efisien. Air terus diserap oleh akar tanaman
Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak tanaman
Menghindar masalah penyakit- menggunakan media tanaman dan persekitaran yang bersih
Penggunaan baja yg cekap dgn kadar 85% dpt diserap berbanding kaedah tabur dgn kadar 30%
Kaedah penanaman fertigasi di Malaysia
Penanaman menggunakan Struktur Perlindungan Hujan (SPH)
- kebaikan menggunakan SPH:
1) mengelak tanaman daripada cepat layu akibat pancaran UV cahaya matahari
2) mengelakkan atau mengurangkan serangan penyakit yang disebabkan kulat
3) mengurangkan penggunaan racun perosak
Penanaman tanpa Struktur Perlindungan Hujan
- boleh diletakkan di tempat yang terbuka tanpa bumbung
- semasa musim hujan, air hujan akan bercampur dengan air baja yang mengakibatkan media
tanaman menjadi cair, maka penanam perlu menggunakan racun kulat dan racun serangga untuk
melindungi tanaman daripada serangan penyakit
Perbandingan sistem fertigasi dengan sistem konvensional
Perbandingan Sistem Fertigasi Sistem Konvensional
Jenis tanaman Jenis sayur dan buah Semua jenis tanaman
SPH Pilihan Tidak perlu
Jaring kalis serangga Pilihan Tidak perlu
Sistem pengairan Titis dan baja Penyiraman biasa
Air Air bersih Pelbagai sumber air
Modal (permulaan) Tinggi Rendah
Kos Operasi (belanja) Rendah Tinggi
Tapak tanah Mesti rata Tidak perlu rata
Pengetahuan teknikal Sangat perlu Perlu
Keadaan tanah Tidak penting Perlu tanah subur
Risiko penyakit Rendah Tinggi
Keseragaman pokok Seragam Tidak seragam
Komponen utama sistem fertigasi
Sumber Medium Alur Keluar
Sumber: Tempat simpanan bekalan nutrien
Medium: Laluan penyampaian nutrien
Alur keluar: Tempat keluar nutrien ke tanaman
Komponen sistem fertigasi komersial
Tangki nutrien
Pam air
Set penitis
Penapis
Alat pengatur masa
Paip ladang
Keperluan asas
Tangki larutan baja
Larutan stok baja
Media tanaman
Contoh: coco peat, sekam padi dan peat moss
Biji benih
Alat pengukur
- Ph meter : utk mengukur keasidan dan kealkalian air
- EC meter : utk mengukur kepekatan larutan baja
Langkah pemasangan sistem fertigasi
1. Menyediakan lakaran reka bentuk sistem fertigasi
2. Pemotongan paip poli
3. Membuat lubang untuk nipple pada paip tertier
4. Penyediaan set penitis
5. Penyambungan paip tertier pada set penitis
6. Penyambungan paip tertier pada paip sekunder
7. Pamasangan injap penahan pada paip utama
8. Melengkapkan pemasangan paip tertier
9. Penyambungan saluran air keluar ke pam air dengan tiub lut sinar dan paip poli
10. Memasukkan pam air ke dalam tangka nutrient
11. Pemasangan pam air pada alat pengatur masa (timer)
12. Melengkapkan penyambungan sistem pengairan pada tangka
Teknik reka bentuk sistem fertigasi
Teknik penyusunan sistem fertigasi jejari * Teknik penyusunan sistem fertigasi gegelang
Bab 5: APLIKASI TEKNOLOGI - REKA BENTUK FESYEN
Definisi fesyen: Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa
Definisi reka bentuk dan fesyen:
Suatu proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian
atau aksesori
Kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen
Pereka fesyen
Peramal fesyen
Tenaga pengajar fesyen
Perunding imej
Jenis reka bentuk fesyen
Pakaian
- penutup kepada badan dan anggota badan. Contoh: baju, seluar, tudung
Aksesori
- benda yang dipakai sebagai tambahan kpd pakaian. Contoh: topi, beg, kasut, jam
Cantuman : proses mencantum, menyambung atau menyatukan kepingan fabric atau bahan lain bagi
menghasilkan produk reka bentuk fesyen
Teknik cantuman
Kaedah jahitan
Kaedah sulaman
Kaedah tampalan
Kaedah lain seperti menggunakan stapler, pita selofan dan ikatan tali
Alatan
Alatan mengukur - pembaris, pita pengukur
Alatan mendraf – pembaris melengkung, pembaris sesiku L
Alatan memotong – gunting, kacip/snipper, penetas
Alatan menanda – pensel tukang jahit, roda surih, kapur penanda, jarum peniti
Alatan menjahit – jidal, jarum jahit tangan, mesin jahit, mesin sulaman
Alatan lain – tweezer, stapler, pistol perekat panas, pita selofan
Analisis elemen dalam reka bentuk fesyen
Elemen 1 : Bentuk (bentuk badan)
Bentuk segi empat : pinggul dan bahu seimbang, pinggang tidak ketara
Bentuk jam pasir : pinggul dan bahu seimbang, pinggang ketara
Bentuk tiga segi terbalik : bahu lebih besar daripada pinggul
Bentuk tiga segi : bahu kecil daripada pinggul
Elemen 2 : Garisan (melalui pakaian dan aksesori)
Garisan menegak : memberi kesan panjang atau tinggi
Garisan mendatar : memberi kesan lebar atau gempal
Garisan menyerong : memberi kesan rendah atau tinggi
Elemen 3 : Warna (melalui pakaian dan aksesori)
Putih : kesucian
Merah jambu/ungu : kasih saying dan tumpuan
Biru : melancar atau memudahkan komunikasi serta mendorong pemakai berfikiran rasional
Kuning/jingga : memantulkan tenaga dan menjana pemikiran lebih kreatif dan kritis
Hijau : ketenangan dan kedamaian
Merah : membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah
Hitam : kedukaan. Si pemakai akan lebih kuat dan berkeyakinan
Elemen 4 : Tekstur (melalui pakaian dan aksesori)
Tekstur lembut
Tekstur berkilat
Tekstur kasar
Tekstur legap
Jenis bahan dalam reka bentuk fesyen
Fabrik / kain Benang Kain felt Kancing
Dawai Pita perekat Lapik dalam/interfacing Butang hiasan
Getah
Tali Bunga reben Manik
Penghasilan reka bentuk fesyen
Langkah pembangunan produk reka bentuk fesyen
Sediakan Mencantum Kemasan
bahan dan Produk siap
alatan
Mengukur Memotong
Mendraf Menanda