NAMA : _____________________________ Kelas :________
SULIT
Bahasa Melayu
1103/2
Oktober 2021
2 ½ jam
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ BIJAYA SETIA
08000 SUNGAI PETANI KEDAH
PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 2021
SECARA DALAM TALIAN
BAHASA MELAYU KERTAS 2
TINGKATAN 5
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA Untuk Kegunaan Pemeriksa
DIBERITAHU Bahagian Soalan Markah
1. Kertas soalan ini mengandungi TIGA bahagian BahagianA, 1
Bahagian B dan Bahagian C 2
A3
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A,B dan C 4
5
3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian 6
soalan ditunjukkan dalam kurungan. B7
8
4. Murid dikehendaki menjawab pada kertas jawapan bergaris dengan C9
tulisan tangan dengan menggunakan pen berwarna biru atau hitam.
Jumlah
5. Murid diberi tempoh selama 3 jam. Murid perlu menjawab soalan dalam
tempoh 2 Jam 30 minit sahaja. 30 minit lagi untuk semakan jawapan
dan UPLOAD skrip jawapan melalui pautan Google Form yang
diberikan.
____________________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak
DI SAHKAN OLEH:
DISEDIAKAN OLEH,
….….nhanimyaacob……..
(NOOR HANIM BINTI YAACOB)
1 SULIT
BAHAGIAN A - SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
(35 markah)
(Masa dicadangkah : 45 minit)
Jawab semua soalan
Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata akronim. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang anda pilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Orang ramai mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk memperketat undang-undang ke atas
pemandu mabuk kerana banyak kes kemalangan membabitkan golongan itu sejak akhir-akhir ini. Dalam
soal ini, Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merealisasikan cadangan tersebut dengan mengambil pelbagai
perkara termasuk pandangan orang ramai. (8 markah)
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Hukumam Berat Pemandu Mabuk Tepat Pada Masanya”
Berita Harian, 15 Julai 2020)
Soalan 2 : Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan pola ayat bagi setiap ayat di bawah ini sama ada
Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK),
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS). Anda perlu
menyalin setiap ayat yang berkenaan dan menyatakan pola ayat tersebut.
Amir merupakah pemain utama dalam pasukan bola sepak sekolahnya. Beliau sangat tangkas
ketika menggelecek bola. Ahli pasukan bola sepak sekolahnya berlatih pada setiap petang. Semua
pemain pasukannya dari daerah yang sama. Mereka sangat gembira setelah menjadi juara dalam
pertandingan bola sepak di peringkat negeri. Pengetua sekolah Amir mengadakan majlis meraikan
kejayaan pasukannnya.
(6 markah)
Soalan 3 : Penyuntingan
Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Petikan 1
Rakyat Malaysia yang berbagai kaum memerlukan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain.
Semangat ini bahawa akan membangunkan negara selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju. Sehingga hari ini, ikatan sesama rakyat amat erat dan bukan menjadi masalah
kepada pembangunan negara. Semua menyedari bahawa hidupan yang aman akan menyebabkan negara
harmoni dan sentosa serta memberikan banyak faedah yang akan menikmati bersama.
( 5 markah)
2 SULIT
Petikan 2
Adik Aiman membeli berapa biji guli di kedai Pak Mail. Guli-guli ini diasingkan mengikut warna
yang berbeza di dalam beberapa bentuk bekas tertentu. Dia bermain guli dengan kawan-kawannya di
bawah satu pohon rambutan yang renek. Sambil bermain guli, mereka juga menikmati beberapa sikat
rambutan yang telah masak.
(4 markah)
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala
saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang
kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun
menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-
masing berkawal pada kampungnya.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
(6 markah)
Soalan 5 : Peribahasa
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan
negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-
murid di samping bekerjasama bagai …………………………………………………………………(1).
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan
kerana ………………………………………………………………………………………………..(2)
Sebagaimana yang diketahui, resipi kejayaan seseorang murid ialah pemuafakatan antara guru dengan ibu
bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik.
Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ……………………………………(3)
( 6 markah)
3 SULIT
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
( 35 markah)
Soalan 6 : Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembab dan sukar untuk berfikir? Pernahkah anda
mengalami keadaan yang merimaskan, terutamanya apabila sukar memberikan tumpuan terhadap kerja
ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan
otak ini ada kaitannya dengan faktor tidur.
Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan aktiviti
hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam sehari. Tidur
yang paling berkualiti adalah dengan tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi melancarkan
proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan
hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian mendapati bahawa tidur
yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara ingatan
seseorang.
(Dipetik dan diubah suai daripada“Tidur dari Segi Saintifik”, Dewan Kosmik, Februari 2018)
Bahan 2
Mereka yang sering tidur lewat seperti murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat
malam akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu. Kurang tidur juga mengakibatkan
tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian, kebanyakan
kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang
terganggu akibat faktor kurang tidur.
Kajian yang menunjukkan bahawa tidur secara rutin selama tiga puluh minit pada waktu tengah
hari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur
selepas matahari terbit dan pada waktu lewat petang. Hal ini dikatakan demikian kerana menurut pakar,
tidur pada waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai
merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.
(Dipetik dan diubah suai daripada“Kurang Tidur Tambah Masalah”, Utusan Malaysia, Februari 2017)
i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud keadaan yang merimaskan. (2 markah)
ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan antara kebaikan tidur yang cukup dengan
keburukan kurang tidur. (3 markah)
iii) Masalah sukar tidur sering terjadi kepada seseorang.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang wajar dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut? (KBAT)
(3 markah)
iv) Kumpulan anda ditugaskan oleh guru untuk membuat pembentangan tentang punca-punca yang
menyebabkan seseorang menghadapi masalah sukar tidur. Cadangkan punca-punca tersebut. (KBAT)
(4 markah)
4 SULIT
Soalan 7 : Petikan Sastera
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya
PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan
persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah
diri.Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional
dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini
bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana modul
dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.
AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI : Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat
patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua,
memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang
ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
(Dipetik daripada drama “Berkhidmat Untuk Negara” Oleh Affix Zulkarnaen Adam
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bahan 2
Sekalipun secara terbuka Ahmad Mutawakkil berjuang menentang Inggeris, dia tetap akrab dan
mesra dengan keluarga Tuan Booth yang kembali ke estet sebaik-baik saja Jepun kalah.
“Saya suka pemuda yang berani,” kata Tuan Booth. “Sekarang,” kata Orang Putih itu lagi, di
mana-mana,orang Melayu sudah lawan Inggeris, dan Ahmad Mutawakkil nasionalis Melayu paling
muda.”
Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tak lagi terperap di estet. Pada setiap petang,
biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual, bercerita itu ini,
terutama dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Ada sekali, sewaktu Ahmad
Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth mengundang kami ke banglonya.
(Dipetik daripada cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil” oleh Zainal Rashid Ahmad
dalam antologi Sejadah Rindu,Kementerian Pendidikan Malaysia)
5 SULIT
Bahan 3 Pantun
Pergi ke kedai selesai bersenam, Burung camar di sawah padi,
Asam dibeli bersama gula, Lalu berdarah diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi,
Semangat patriotik harus ditanam, Mungkin sejarah hitam berulang kembali.
Supaya jati diri bina negara.
i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud jika patriotisme kurang disemadi, mungkin sejarah hitam
berulang kembali. (2 markah)
ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan-kepentingan memupuk semangat
patriotisme kepada remaja (4 markah)
iii) Semangat patriotisme amat penting diamalkan oleh rakyat di negara ini.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sekiranya semangat patriotisme diabaikan?
(3 markah)
iv) Sempena Bulan Kemerdekaan yang lalu, anda berpeluang untuk melihat Jalur Gemilang yang
pelbagai saiz digantung dan dikibarkan di bangunan, di premis perniagaan dan di rumah kediaman.
Suasana pada ketika itu sungguh meriah dan mengagumkan anda. Ketika berjalan-jalan di
sebuah kawasan perumahan, anda melihat beberapa helai bendera bertaburan di atas jalan raya.
Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat menyelesaikan masalah tersebut?
(4 markah)
Soalan 8 : Novel
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Kami berbual-bual dan aku bertuah apabila Kak Mimah memberitahu dia bekerja sebagai
penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Kerjanya
menerima pelbagai kes keganasan rumah tangga dan penganiayaan kanak-kanak serta pengabaian warga
tua.
Serta-merta aku terkenang Che Jah. Dia sebahagian daripada kes keganasan rumah tangga yang
mungkin dan bakal menjadi perhatian Kak Mimah,jika aku panjangkan kepadanya.
“Sekarang kes penculikan dan penganiayaan kanak-kanak semakin berleluasa,: katanya sambil
membetulkan kedudukan kakinya yang berlunjur.
“Kes kanak-kanak hilang pun bertambah.”
“Ya”.
“Remaja perempuan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki pun semakin banyak. Lili
mesti berhati-hati dalam berkawan, jangan salah pilih kawan,”nasihatnya.
(Dipetik daripada Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin, KPM)
6 SULIT
i) Nyatakan kes yang boleh dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan
Keluarga.
(4 markah)
ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin atau
novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan sifat positif yang boleh dicontohi oleh para pembaca.
(6 markah)
BAHAGIAN C : RUMUSAN
(30 markah)
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini. Kemudian, buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1 : Petikan
Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini. Rasuah bermaksud
sogokan iaitu pemberian wang oleh orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu
perkara atau untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut
undang-undang negara. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan integriti dan masuah Malaysia sekali
gus menimbulkan kesan negatif. Masyarakat yang masih mengamalkan rasuah ini harus sedar bahawa
undang-undang negara kita tidak akan memandang enteng kerana perkara ini merupakan amalan yang
buruk dan boleh menggugat keamanan serta ketenteraman masyarakat setempat mahupun negara.
Gejala rasuah tidak akan berleluasa jika tiada punca yang menjadi pemangkin budaya itu. Salah
satu punca rasuah ialah didikan agama dan moral. Hal ini dikatakan demikian kerana, pegangan agama
yang kuat mampu membendung gejala ini dan setiap agama juga melarang penganutnya melakukan
sesuatu yang boleh memudaratkan keluarga, masyarakat dan negara. Orang yang tidak mempunyai iman
yang kuat senang terpengaruh dengan kebendaan dan sering mengejar kekayaan. Oleh itu, didikan agama
amat penting dan merupakan asas untuk membendung segala masalah sosial seperti rasuah.
Permasalahan ini dapat diatasi jika ibu bapa dan guru menanamkan nilai murni dalam jiwa setiap
anak tentang keburukan rasuah. Ibu bapa sendiri perlulah bersikap jujur kepada diri sendiri dengan
menjauhi amalan rasuah. Pihak guru juga boleh berkongsi maklumat terkini tentang gejala rasuah ini
kepada pelajar-pelajarnya sebagai pengetahuan juga sebagai teladan dalam kehidupan seharian. Dengan
itu, kerjasama daripada pihak ibu bapa dan guru boleh melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai
murni yang baik dan benci akan amalan rasuah.
Tuntasnya, semua pihak tidak kira pangkat atau harta, mestilah bersatu dan menggembleng tenaga
untuk memastikan agar gejala yang berjangkit ini dapat diatasi. Semoga amalan rasuah ini dapat
dibanteras hingga ke akar umbi. Mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman yang berat kerana
mereka telah menconteng arang kepada negara kita.
Dipetik dan diubah suai daripada petikan Rasuah
Dalam http://qairaainaa.blogspot.my/2013/06/rasuah HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
7 SULIT
Bahan 2 : Grafik
8 SULIT