NO. 1 EDISI 1/2023 B U L E T I N I P I Z FUNGSI DAN PERANAN UTAMA SESEBUAH INSTITUSI ZAKAT ZAKAT DAN KOD TADBIR URUS HADITH ZAKAT DALAM KARYA SAHIH AL-BUKHARI
KANDUNGAN i SEKAPUR SIRIH DATO’ SYEIKH ZAKARIA BIN OTHMAN 1 SEKAPUR SIRIH PROF. DR. RUSSAYANI BINTI ISMAIL 2 SEKAPUR SIRIH DR. AHMAD KHILMY BIN ABDUL RAHIM 3 KATA PENGANTAR PROF. MADYA DR. MOHD FARIHAL BIN OSMAN 4 PENGENALAN IPIZ 5 STRUKTUR ORGANISASI 6 SEGMEN KHAS 1 PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH SEBAGAI PENCETUS TRANSFORMASI ASNAF 7 SEGMEN KHAS 2 SIJIL PROFESSIONAL AMIL ZAKAT PERLU DIWUJUDKAN UNTUK TINGKATKAN KEYAKINAN PEMBAYAR ZAKAT 11 SEGMEN SOAL JAWAB ZAKAT FUNGSI DAN PERANAN UTAMA SESEBUAH INSTITUSI ZAKAT 13 SEGMEN PENYELIDIKAN 1 ZAKAT DAN KOD TADBIR URUS 16 SEGMEN PENYELIDIKAN 2 PULANGAN SOSIAL ATAS PELABURAN: KAJIAN IMPAK AGIHAN ZAKAT BAGI SKIM BANTUAN PERNIAGAAN DI NEGERI KEDAH 18 SEGMEN ARTIKEL 1 BERNIAGA ITU SUNNAH TAPI AMALANNYA PUNAH 19 SEGMEN ARTIKEL 2 HADITH ZAKAT DALAM KARYA SAHIH AL-BUKHARI 21 SEGMEN ARTIKEL 3 MEDIA BAHARU MAMPU BANTU PROMOSI WAKAF PENDIDIKAN IPTA 23 SIDANG REDAKSI ii SEGMEN AKTIVITI 25 AGIHAN DANA ZAKAT 33 AGIHAN PROJEK 34 BELANGSUNGKAWA 35
SIDANG REDAKSI PENASIHAT PROF. DR. RUSSAYANI BINTI ISMAIL PENGARAH URUSAN PROF. MADYA DR. SELAMAH BINTI MAAMOR DR. AHMAD KHILMY BIN ABDUL RAHIM KETUA EDITOR PROF. MADYA DR. MOHD FARIHAL BIN OSMAN PENOLONG KETUA EDITOR DR. MOHD MURSHIDI BIN MOHD NOOR EDITOR PROF. DR. ABDUL HALIM BIN ABDUL MAJID PROF. MADYA DR. AZIZAH BINTI OTHMAN PROF. MADYA DR. SYARIFAH BINTI MD YUSOF PROF. MADYA DR. MUHAMAD NOOR HABIBI BIN HJ. LONG PROF. MADYA DR. HYDZULKIFLI BIN HASHIM PROF. MADYA DR. NORASHIDAH BINTI HASHIM DR. NOR SYAHIDAH BINTI ISHAK DR. MOHAMAD ZULKURNAI BIN GHAZALI PENERBITAN FAZLINI BINTI HASHIM SETIAUSAHA EDITORIAL NUR AFIFAH BINTI GHAZALI NIK FAUZILIANA BINTI TAMIZI KOMUNIKASI & KEWANGAN KU HANANI BINTI KU HALIM PERCETAKAN AHMAD KHALIDI BIN ABDUL HALIM REKABENTUK & GRAFIK AZIM HASYIMI BIN ABDUL RAHMAN AMIERUL FIRDAUS NABIL BIN AZMI (275823) KHAIRUL NAJMI BIN ABIDIN (275731) ii PENAUNG PROF. DR. MOHD FO’AD BIN SAKDAN
SEKAPUR SIRIH بسم اللهالرحمنالرحيم السالم عليكم ورحمةاللهوبركاته lhamdulillah, segala puji bagi Allah, kerana telah memberikan kesempatan untuk Buletin IPIZ Edisi 1/2023 diterbitkan bagi bacaan orang ramai. Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua individu dan pihak, bagi kerjasama yang diberikan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan penulisan dan penerbitan buletin ini. Pertamanya, zakat merupakan salah satu tunjang bagi membasmi kemiskinan, yang boleh menjadi asbab kepada pengangguran, dalam kalangan masyarakat Islam khususnya. Tanpa sistem zakat yang lancar, penyerahan zakat kepada mereka yang berhak akan terganggu. Dengan usaha para penyelidik di UUM, melalui penerbitan penyelidikan mereka, kelemahan sistem zakat semasa dapat diatasi dan penggunaan zakat untuk memajukan ekonomi di Kedah dan Malaysia secara keseluruhannya dapat dimaksimumkan. Harapan saya mewakili seluruh Lembaga Zakat Negeri Kedah, agar buletin ini bukan sahaja menjadi medium untuk orang ramai menimba ilmu berkenaan zakat malah dapat mempopularkan penyelidikan berkaitan zakat seterusnya memotivasikan ramai pihak untuk memulakan kajian berkaitan zakat yang bermanfaat dan boleh diguna pakai. A Dato' Syeikh Zakaria Bin Othman, DSDK., AMK. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman 1
Prof. Dr. Russayani Binti Ismail Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia [email protected] SEKAPUR SIRIH بسم اللهالرحمنالرحيم السالم عليكم ورحمةاللهوبركاته yukur dengan izin Allah dan limpah kurniaNya, Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ), Universiti Utara Malaysia (UUM), telah berjaya menerbitkan Buletin IPIZ 2023 edisi pertama. Tahniah kepada sidang redaksi dan semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buletin ini. Buletin IPIZ ini merupakan inisiatif yang baik oleh IPIZ UUM dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) untuk mempromosi dan membangunkan sistem Zakat di Kedah. Usaha pasukan penyelidik UUM yang diketengahkan dalam buletin ini seperti "Program Pembangunan Ekonomi Ummah Pencetus Transformasi Asnaf", "Kod Zakat dan Tadbir Urus" dan "Pulangan Sosial Pelaburan: Kajian Kesan Agihan Zakat Skim Bantuan Perniagaan di Negeri Kedah" dapat memberi ilustrasi hasil penyelidikan yang berjaya memajukan sistem Zakat khususnya di Kedah di samping meningkatkan kualiti hidup rakyat yang masih dibelenggu kemiskinan. Harapan saya agar buletin ini dapat dijadikan inspirasi kepada penyelidik UUM untuk menghasilkan lebih banyak kajian berdasarkan konteks Zakat yang dapat memberi impak dalam meningkatkan ekonomi masyarakat . Sekian dan selamat maju jaya buat semua. S 2
SEKAPUR SIRIH بسم اللهالرحمنالرحيم السالم عليكم ورحمةاللهوبركاته alam sejahtera dan salam madani. Syukur alhamdulillah. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sidang redaksi kerana berjaya menerbitkan buletin rasmi Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ), Buletin IPIZ Edisi 1/2023. Buletin edisi ini merupakan buletin pertama yang dikeluarkan oleh pihak IPIZ dan merupakan salah satu medium yang kami pakai dalam usaha meningkatkan budaya penyelidikan dan inovasi zakat di UUM. Selaras dengan misi IPIZ untuk memajukan masyarakat melalui pembangunan dan penyebaran ilmu tentang zakat, usaha pengkaji zakat yang berjaya mencipta peluang merapatkan jurang sosial masyarakat diketengahkan. Usaha ini dijadikan contoh untuk memotivasikan lebih ramai pelajar universiti dan pensyarah melibatkan diri dalam program penyelidikan yang memberi impak. Saya mewakili warga IPIZ berharap melalui penerbitan buletin ini, usaha pengkaji yang memfokuskan pembangunan zakat dapat dipromosikan dan dihebahkan kepada umum. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan sebarang idea atau cadangan untuk menambah baik cara penyampaian maklumat kami dengan lebih konsisten demi kecemerlangan penyelidikan di UUM. Kepada penyelidik UUM, selamat maju jaya dan teruskan usaha murni anda. S Dr. Ahmad Khilmy Abdul Rahim Pengarah Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat [email protected] 3
Prof. Mayda Dr. Farihal Bin Osman Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat [email protected] KATA PENGANTAR بسم اللهالرحمنالرحيم السالم عليكم ورحمةاللهوبركاته egala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT, yang telah melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya sehingga Buletin IPIZ Edisi 1/2023 dapat disiapkan dan diterbitkan. Tidak lupa juga, sekalung penghargaan diberikan kepada semua pihak yang telah menyumbang untuk menjayakan buletin ini, tidak kira dari segi pemikiran mahupun sumber. Adapun tujuan penulisan buletin ini adalah untuk berkongsi dan mempromosikan kepada khalayak umum akan usaha para penyelidik yang telah mengerah idea, masa dan tenaga untuk menghasilkan penyelidikan berkenaan zakat, yang memberi impak kepada masyarakat, institusi dan juga negara. Hasil – hasil penyelidikan ini membuka ruang untuk menambah baik sistem zakat yang sedia ada dan juga membantu menyelesaikan masalah yang dihapadi terutama soal meringankan beban masyarakat yang masih dibelenggu kemiskinan. Harapan saya, bersama warga IPIZ yang lain, agar segala perkongsian yang di buat melalui buletin ini mampu sedikit sebanyak membuka mata dan minda, serta menginspirasikan para penyelidik di luar sana amnya, penyelidik UUM khasnya, untuk memperbanyakkan lagi penyelidikan zakat berimpak demi kelestarian sistem zakat pada masa kini dan juga masa hadapan. Kepada para penyelidik UUM, selamat berjuang demi penyelidikan. Usaha anda amatlah dihargai dan disanjung tinggi. S 4
Fungsi PENGENALAN IPIZ nstitut Penyelidikan dan Inovasi Zakat telah ditubuhkan pada 1 April 2018 sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Universiti (UCoE) di bawah tanggungjawab Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI), Universiti Utara Malaysia. Latar Belakang I Visi enjadi pusat rujukan zakat yang terkemuka M di dunia. Misi erkolaborasi secara inklusif dengan para sarjana, pengamal industri dan pembuat dasar bagi meneraju perkembangan dan menyebarluaskan ilmu berkaitan zakat melalui penyelidikan, perundingan dan inovasi untuk pembangunan ummah. B Fungsi engurus dana zakat dan memantau penyelidikan, perundingan, program, latihan dan inovasi selaras dengan dasar dan pelan strategik universiti dan LZNK. M ‘Ubudiyah ععببوودييةة Tanzim تنظيم Nilai-nilai IPIZ Mas’uliyyah ممسسؤؤوللييةة Indhibat اننضضببااط Itqan إتقان 5
Timbalan Naik Canselor (R&I) Prof. Dr. Russayani Ismail Pengarah Dr. Ahmad Khilmy Abdul Rahim Timbalan Pengarah Dr. Mohd Farihal Ismail Pembantu Tadbir (N19) Ahmad Khalidi Abdul Halim Penolong Pegawai Tadbir (N29) Nik Fauziliana Tamizi Pembantu Tadbir (N19) Ku Hanani Ku Halim Pembantu Tadbir (N19) Azim Hasyimi Abdul Rahman Ketua Pegawai Eksekutif, LZNK Dato’ Syeikh Zakaria Othman Naib Canselor, UUM Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan Penyelaras Unit Penyelidikan & Inovasi Dr. Mohd Murshidi Mohd Noor Pegawai Tadbir (N41) Fazlini Hashim INSTITUT PENYELIDIKAN DAN INOVASI ZAKAT (IPIZ) STRUKTUR ORGANISASI 6
Fungsi SEGMEN KHAS 1 akat Negeri Kedah (LZNK) telah menerajui satu program yang dinamakan Program Zon Pembangunan Ekonomi Ummah (ZPEU). Program ini dilihat sebagai salah satu inisiatif pemerintah untuk menyediakan pelan pembangunan ekonomi terutama bagi golongan yang mudah terancam dalam komuniti Islam yang mana majoriti masyarakatnya adalah golongan B40 termasuk asnaf dan fakir miskin. Inisiatif ini secara jelas mengetengahkan usaha LZNK dalam membangunkan dan memperkasakan asnaf serta komuniti setempat di negeri Kedah untuk bersama-sama mengusahakan projek iaitu Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SSBBA). Projek SSBBA yang dirangka ini adalah berlandaskan beberapa aspek Z antaranya ialah pengurusan dan pembangunan modal insan, latihan dan kemahiran, pemasaran dan perkhidmatan serta kitaran ekonomi ummah. “...usaha LZNK dalam membangunkan dan memperkasakan asnaf...” Berbekalkan keluasan tanah sawah milik LZNK berjumlah kira-kira 700 relung tanah (201.7 hektar), projek SSBBA telah dimulakan di daerah Yan dan Kota Setar. Selain itu, ia juga akan dilanjutkan ke daerah-daerah lain seperti Kuala Muda dan Kubang Pasu. Selain menggunakan tanah milik LZNK sepenuhnya, projek ini juga menawarkan pakej kepada tanah milik persendirian dan tanah milik persendirian yang dipajak atau disewakan kepada LZNK untuk diusahakan. Secara tidak langsung akan memberi peluang kepada lebih ramai komuniti setempat untuk samasama terlibat menjayakan projek SSBBA ini. Sehingga penghujung tahun 2022, terdapat 45 peserta yang terlibat dalam projek SSBBA di mana masing-masing ialah 31 peserta di daerah Yan dan 14 peserta di daerah Kota Setar. Selain dibantu oleh LZNK, para peserta turut mendapat pembiayaan Mikro Bangkit berbentuk Qard Hasan daripada Bank Islam Malaysia Berhad. Rakan strategik lain yang turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah seperti Agro Bank, Bank PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH SEBAGAI PENCETUS TRANSFORMASI ASNAF Prof. Madya Dr. Selamah Binti Maamor, Rabiatul Adawiyah Binti Che Halim [email protected] 7
Fungsi Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank, Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPIEM), Yayasan Waqaf Malaysia, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Etiqa Takaful, Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam (ASAS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF). Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil peluang menyumbang idea melalui penyelidikan program ZPEU ini. Penyelidikan yang bertajuk Program Pembangunan Ekonomi Ummah Sebagai Pencetus Transformasi Asnaf menggariskan objektif utama untuk mendokumentasi, mengenal pasti dan menilai keberkesanan projek ZPEU seterusnya membangunkan Pelan Pembangunan Ekonomi Ummah yang dapat dijadikan sebagai rujukan bukan sahaja diperingkat nasional malah diperingkat global. Pelan Pembangunan Ekonomi Ummah yang akan dihasilkan adalah selaras dengan dasardasar negara dan global. Dasar tersebut termasuklah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang memfokuskan kepada matlamat SDG 1 dan 2 iaitu Tiada Kemiskinan dan Kelaparan Sifar. Selain itu, dasar lain yang menyokong perlaksanaan pelan ini ialah Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Pelan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030. Penyelidikan ini dijangka mengambil masa selama 12 bulan untuk dilaksanakan bersama-sama 12 projek penyelidikan lain di bawahnya. Penyelidikan ini melibatkan kolaborasi antara 46 penyelidik iaitu 39 penyelidik daripada pelbagai pusat pengajian di UUM serta 7 penyelidik dari luar seperti Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PoliMAS), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan LZNK sendiri. Bagi memudahkan penyelarasan ianya dibahagikan kepada tiga fasa seperti Fasa Awal yang membangunkan reka bentuk model Pembangunan Ekonomi Ummah; Fasa Semasa melibatkan isu, cabaran & keberkesanan ZPEU dan Fasa Hadapan yang melihat perancangan masa hadapan bagi ZPEU. Program ini dipercayai mampu memberi impak kepada ummah kelak. Antara manfaatnya ialah menghasilkan beras untuk saraan asnaf negara; pembangunan rantaian nilai Halal Agro-makanan Negara; mewujudkan peluang mata pencarian dan menaik taraf hidup melalui penciptaan peluang pekerjaan; memampan sumber aliran masuk dana LZNK; meningkatkan jangkauan global dan mengukuhkan jalinan kerjasama sesama agensi agromakanan negara. “...mewujudkan peluang mata pencarian dan menaik taraf hidup melalui penciptaan peluang pekerjaan...” 8
Fungsi PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH DAN PROJEK-PROJEK PENYELIDIKAN No Tajuk Penyelidik A PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH SEBAGAI PENCETUSTRANSFORMASI ASNAF Prof. Madya Dr. Selamah Binti Maamor (IBS), IPIZ Prof. Dr. Zakaria Bin Abas (IBS), IPIZ Prof. Dr. Rosylin Binti Mohd Yusof (IBS) Prof. Madya Dr. Siti Hadijah Binti Che Mat (SEFB) Dr. Hafizah Binti Zainal (LZNK) P1 MODEL PENGAMBILALIHAN DAN PENYATUAN TANAH SAWAH LESTARI Dr. Nurul Azma Binti Abu Bakar (IBS) Dr. Muhammad Fakhirin Bin Che Majid (IBS) P2 MODEL PEMILIHAN DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN HOLISTIK PESERTA SMART SAWAH LZNK Prof. Madya Dr. Azizah Binti Othman (IBS), IPIZ Prof. Madya Dr. Norashidah Binti Hashim (SBM), IPIZ Prof. Dr. Abdul Halim Bin Abdul Majid (SBM), IPIZ P3 PEMBENTUKAN MODEL SINERGI AKTOR BERKEPENTINGAN BAGI PROJEK ZON PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH (ZPEU) Prof. Madya Dr. Ahmad Zubir Bin Ibrahim (SOG) Prpf. Dr Muslimin Bin Wallang (SOG) Dr. Mohd Saifoul Zamzuri Bin Noor (SEFB) Dr. Aznita Binti Samsi (SEFB) P4 MODEL STRATEGI PENGURUSAN KEWANGAN MAMPAN KE ARAH MEMBASMI KEMISKINAN DI KALANGAN USAHAWAN ASNAF ZPEU Prof. Madya Dr. Zuaini Binti Ishak (TISSA) Prof. Dr. Nor Aziah Binti Abd Manaf (TISSA) Prof. Madya Dr. Shamharir Bin Abidin (TISSA) P5 SISTEM MAKLUMAT SAWAH PINTAR LZNK Prof. Dr. Osman Bin Ghazali (SOC) Dr. Amran Bin Ahmad (SOC) Dr. Ahmad Suki Bin Che Mohamed Arif (SOC) Prof. Dr. Zakaria Bin Abas (IBS), IPIZ P6 PEMANTAUAN SAWAH PADI DI KAWASAN PROJEK SMART SAWAH MENGGUNAKAN APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN IMEJ MULTISPEKTRAL LZNK Dr. Nor Syahidah Binti Ishak (IBS), IPIZ Dr. Nor Suzylah Binti Sohaimi (SOG) TPr. Gs. Rozaimi Bin Majid (POLIMAS) Puan Siti Noor Zilawati Binti Mingat @ Minhad (PoliMAS) 9
Fungsi No Tajuk Penyelidik P7 MODUL LATIHAN PENGURUSAN TANAH DAN BENIH BAGI PENANAMAN PADI BERHASIL TINGGI DAN BERKUALITI Dr. Hartinee Binti Abbas (SEFB) Dr. Nur Marina Binti Abdul Manap (SEFB) Dr. Zuraida Binti Ab. Rahman (MARDI) Siti Noraini Binti Ahmad (MADA) P8 MODEL PENANAMAN PADI METOD SYSTEM OF RICE INTENSIFICATION (SRI) BAGI PROJEK SMART SAWAH LZNK Dr. Mohammad Naim Bin Abd Halim (IBS) Prof. Madya Dr. Zarifah Binti Abdullah (TISSA) Prof. Madya Dr. Zakirah Binti Othman (STML) Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Farizal Bin Rajemi (STML) Dr. Fikriyah Binti Abdullah (SEFB) Prof. Dr. Zakaria Bin Abas (IBS), IPIZ P9 STRATEGI PEMERKASAAN PESAWAH DALAM MENANGANI IMPAK PERUBAHAN IKLIM TERHADAP PENGELUARAN HASIL PADI DALAM ZON PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH (ZPEU) Dr. Annuar Aswan Bin Mohd Noor (SBM) Dr. Noranida Binti Mokthsim (SOG) Dr. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (SOG) Dr. Mohd Faizal Bin Mohd Isa (SBM) P10 SISTEM PERTANIAN PINTAR BERTERASKAN TEKNOLOGI HIDROPONIK UNTUK MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN PESERTA ZPEU Dr. Nashirah Binti Abu Bakar (IBS), IPIZ Dr. Noriza Binti Abd Aziz (IBS) Dr. Mohd Sofian Bin Mohammad Rosbi (UniMAP) En. Naim Bin Omar P11 MODEL EDU-PELANCONGAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH Dr. Mohamad Zulkurnai Bin Ghazali (TISSA), IPIZ Dr. Johan Afendi Bin Ibrahim (STHEM) En. Muhammad Fauzi Bin Mokhtar (STHEM) Dr. Dzarfan Abdul Bin Kadir (TISSA) P12 MODEL PELESTARIAN PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH MELALUI PELUANG DAN POTENSI PERNIAGAAN USAHAWANTANI Prof. Madya Dr. Norashidah Binti Hashim (SBM), IPIZ Dr. Maliani Binti Mohamad (SBM) 10
Fungsi SEGMEN KHAS 2 Sebelum ini, masih belum ada program yang seumpama Sijil Professional Amil Zakat diwujudkan. Setakat ini di Kedah, program latihan kepada amil hanya ditumpukan kepada zakat fitrah sahaja tanpa melibatkan para amil bagi zakat harta. Program ini dinamakan sebagai Kursus Amil Zakat Fitrah. Menerusi program amil zakat fitrah, para peserta akan diberikan tauliah amil fitrah, bagi membolehkan mereka mengutip zakat fitrah kepada orang ramai. Program seperti ini dilaksanakan oleh Bahagian ugas sebagai amil zakat adalah begitu penting bagi melancarkan pengurusan kutipan dan pengagihan dana zakat. Antara tugas penting amil ialah mengumpul, mengira, menyimpan, mengurus, merancang, menjaga, dan mengagih dana zakat. Inilah tugas utama amil yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah. Setiap proses yang dilakukan itu memerlukan ketelitian dan kecekapan bagi menghasilkan satu natijah yang memuaskan orang ramai dalam pengurusan dana zakat. T Dakwah dan Penyelidikan LZNK. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memberikan taklimat kepada para peserta mengenai pengurusan kutipan zakat fitrah. Program yang dilaksanakan itu mengambil masa hampir dua jam. Selain itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga telah mengamalkan pelantikan ejen-ejen amil untuk mengutip zakat, kemudian hasil kutipan itu akan diserahkan semula kepada LZNK. SIJIL PROFESSIONAL AMIL ZAKAT PERLU DIWUJUDKAN UNTUK TINGKATKAN KEYAKINAN PEMBAYAR ZAKAT Mohd Murshidi Bin Mohd Noor [email protected] 11
Fungsi Perlantikan ejen-ejen amil ini merangkumi banyak pihak sama ada institusi masjid, golongan profesional, pertubuhan, sekolah agama dan sebagainya. Institusi-institusi pengajian tinggi awam di Kedah turut dilantik sebagai ejen amil oleh LZNK. Berdasarkan kepada pengamalan pelantikan ejen amil yang tidak terhad kepada amil zakat ftrah sahaja, maka tibalah masanya untuk LZNK mengorak langkah lebih jauh lagi dengan mengadakan Sijil Profesional Amil Zakat yang melibatkan para amil zakat yang merangkumi zakat fitrah dan zakat harta. Segala hasil kutipan zakat perlulah diuruskan dengan sebaiknya dengan berdasarkan kepada kaedah yang mampan, agar bantuan zakat dapat disalurkan dengan sebaik mungkin kepada kesemua asnaf yang terlibat. Apabila ejen amil dilantik dalam kalangan mereka yang terlibat dengan pentadbiran masjid misalnya, maka bantuan zakat dengan mudah dan efisien dapat disalurkan kepada asnaf-asnaf ahli kariah masjid tersebut. Pihak masjid yang terlibat dengan ejen amil ini dikenali sebagai Penolong Amil yang mana di setiap kariah di negeri Kedah terdapat perlantikan penolong amil ini. Dari sudut organisasi, penolong amil mempunyai strukturnya iaitu bermula dengan Ketua Amil, Penolong Ketua Amil dan seterusnya. Disebabkan LZNK telah melantik ramai ejen untuk mengutip zakat harta bagi meningkatkan kutipan zakat, maka dicadangkan agar kesemua mereka yang telah dilantik itu memiliki sijil professional untuk tujuan kutipan dan agihan zakat yang lebih efisien, berpengetahuan dan berintegriti. Hal ini agar isu-isu yang melibatkan pengurusan amil zakat dalam kutipan dan agihan dapat dikurangkan sama sekali. Isuisu yang timbul kadangkala boleh memberikan kesan yang cukup besar kepada pemerhatian masyarakat terhadap pengurusan LZNK itu sendiri. Sijil Profesional Amil Zakat lebih kepada latihan kepada para peserta berkaitan dengan pengurusan kewangan sebagai seseorang yang layak digelar sebagai ejen amil zakat. Dalam erti kata lain, sekiranya seseorang itu tidak memiliki sijil ini, maka ia dianggap sebagai tidak layak untuk “...menjadikan urusan kutipan dan agihan menjadi lebih berkesan dan efisien,...” menjadi ejen amil bagi LZNK. Hal ini adalah untuk menjaga imej LZNK itu sendiri agar tidak dipandang serong oleh masyarakat yang kemungkinan dengan tidak sengaja melantik ejen-ejen amil yang tidak layak, yang boleh mencemarkan imej organisasi besar seperti LZNK. Menerusi sijil ini, para peserta akan didedahkan berkaitan dengan pengurusan kutipan dan agihan wang zakat secara sistematik. Program ini menyasarkan ejen-ejen amil zakat di Kedah terutamanya, dan bakal diperluaskan sehingga keseluruh Malaysia sekiranya modul yang diperkenalkan dalam program ini mendatangkan keberkesanannya. Semoga cadangan untuk melaksanakan Sijil Profesional Amil Zakat terhadap para amil yang dipilih, dapat menjadikan urusan kutipan dan agihan menjadi lebih berkesan dan efisien, di samping meningkatkan keyakinan orang ramai untuk menyalurkan zakat kepada LZNK menerusi ejen-ejen amil yang dilantik. “...mengamalkan pelantikan ejen-ejen amil untuk mengutip zakat, kemudian hasil kutipan itu akan diserahkan semula kepada LZNK.” 12
Fungsi SEGMEN SOAL golongan kaya. Arahan tersebut secara jelas supaya pemerintah islam dipertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal berkaitan zakat. Jika menyoroti lembaran sejarah, kita mendapati bahawa pemerintahan islam silih berganti dan menjadikan pengurusan zakat sebagai salah satu agenda utama pemerintahan. Kewujudan baitulmal sebagai pusat pengumpulan harta menjadi bukti sistem pengurusan zakat ini telah wujud sejak sekian lama. Kita juga mendapati bahawa corak pengurusan zakat mengalami proses dinamik sejak dari akat merupakan sebuah syariat yang bersifat sosial. Ia merupakan ibadah yang menekankan aspek kepentingan menjaga hak sesama manusia. Di antara matlamat pensyariatannya adalah memupuk rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap orang lain. Pada masa yang sama, hukum syarak juga turut menekankan aspek pengurusan harta zakat kepada pihak pemerintah. Zakat perlu diuruskan oleh pemerintah agar keberkesanan kutipan dan agihannya dapat berlaku secara sistemetik dan berkesan. Di dalam surah At-Taubah ayat 103 dengan tegas memerintahkan Nabi S.A.W agar mengutip zakat dari Z dahulu sebagai memenuhi keperluan waktu dan tempat. Pengurusan harta dalam pemerintahan islam melalui konsep baitulmal juga berkembang sesuai dengan peredaran zaman. Namun, seperkara yang menjadi kesepakatan adalah zakat tidak dibiarkan hanya menjadi amalan bersifat fardiyyah atau individus emata-mata. Ia perlu diuruskan dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab khususnya pemerintah sendiri bagi memastikan konsep takaful ijtima’i dalam masyarakat benar-bena rterlaksana. Sehingga kini kita mendapati bahawa sebahagian negara islam telah menginstitusikan zakat sebagai sebuah sistem dalam negara. Pengurusan hal ehwal zakat diserahkan kepada sebuah badan atau agensi yang mewakili pemerintahan Islam bagi memastikan institusi tersebut berfungsi secara optimum. Sehubungan dengan itu, kita dapat melihat ia berfungsi dalam sesebuah tempat FUNGSI DAN PERANAN UTAMA SESEBUAH INSTITUSI ZAKAT Hazwan Syah Niezam Bin Abdul Haniff [email protected] “...menjadikan bukti sistem pengurusan zakat ini telah wujud sejak sekian lama.” 13
Fungsi JAWAB ZAKAT sehingga memudahkan masyarakat islam dalam segala hal yang berkaitan zakat. Bahkan kewujudan zakat sebagai sebuah institusi boleh dianggap sebagai salah satu syiar atau petanda kewujudan dan keagungan islam di sesebuah tempat. Justeru, bagi memastikan fungsi sesebuah institusi zakat itu benar-benar berkesan kita perlu melihata pakah yang menjadi peranan danvtugasan utama bagi sesebuah institusi zakat. Seorang tokoh dari Mesir iaitu Dr. Muhammad Al-Ansori di dalam karyanya yang bertajuk ‘Ahkam Wilayatul Ilmi Wal Amal’ telah memberikan pandangan beliau berkenaan peranan dan fungsi sesebuah institusi zakat. Antaranya adalah sesebuah institusi zakat bertanggungjawab dalam meneliti dan mengkaji segala jenis harta yang diwajibkan zakat. Segala jenis harta zakawi atau harta yang berpotensi dikenakan zakat harus dikenal pasti dalam masyarakat. Ijtihad baharu juga diperlukan bagi sebahagian harta yang tidak wujud sebelumnya namun memiliki segala ‘illah harta zakawi. Setelah ia dikenal pasti pihak bertanggungjawab juga harus meneliti berkaitan dinamakan sebagai sedekah sunat, namun sebarang pemberian sunat tersebut haruslah dalam pengetahuan dan kerelaan pihak pembayar itu sendiri. Isu tatakelola institusi zakat harus menjadi keutamaan dalam segala aspek khususnya membabitkan mengambil harta orang lain. Dalam pada itu, pihak institusi juga harus memastikan kutipanzakat berlaku kepada semua jenis harta yang diwajibkan. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin diwajibkan ke atasnya beberapa jenis zakat seperti zakat emas, zakat perniagaan dan zakat tanaman. Maka pihak institusi hendaklah memastikan pihak terbabit mengeluarkan semua jenis zakat tersebut serta menunaikannya dengan tepat dan betul berdasarkan taksiran yang sebenar. Institusi zakat juga harus memastikan agihan zakat berlaku kepada kumpulan asnaf yang benar-benar berkelayakan. Pengagihan haruslah berdasarkan prinsip keadilan dengan meneliti aspek maslahat dan keutamaan. Pengagihan penentuan isu teknikal zakat yang terkait dengan harta tersebut. Sebagai contoh berkaitan dengan nilai nisab, kaedah pembayaran, akad bayaran dan seumpamanya. Antara yang turut menjadi tanggungjawab institusi zakat adalah mengutip harta yang diwajibkan zakat dari pihakpihak yang diwajibkan zakat ke atas mereka. Tanggungjawab tersebut turut merangkumi segala urusan dokumentasi dan perekodan berkaitan harta yang dikutip. Aspek keselamatan harta zakat yang dikutip turut menjadi keutamaan institusi. Mereka turut bertanggungjawab memastikan kutipan zakat hanya berlaku kepada semua pihak yang benar-benar diwajibkan sahaja. Tidak boleh wujud sebarang usaha untuk mengutip zakat secara tidak rela dari masyarakat atau dalam bahasa yang lain mengenakan zakat kepada orang yang tidak diwajibkan. Kutipan tersebut juga harus selaras dengan jumlah dan taksiran yang telah diwajibkan keatas mereka sahaja. Walaupun menyedari di dalam islam wujudnya apa yang “...memudahkan masyarakat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan zakat.” 14
Fungsi luaskan kepada seluruh masyarakat agar dapat melahirkan masyarakat yang benar-benar faham dan prihatin terhadap kewajipan ini. Peringatan tentang zakat ini perlu dilakukan secara berterusan agar orang ramai tidak leka dalam menghimpun kekayaan sehingga golongan asnaf tidak terbela. Pihak pemerintah dan institusi zakat juga harus berusaha menggubal undang-undang sistem zakat itu sendiri. berkaitan dengan zakat. Undang-undang yang jelas diperlukan bagi memastikan pihak pihak yang enggan mengeluarkan zakat boleh diambil tindakan dan hukuman. Enakmen takzir boleh diperkenalkan sebagai salah satu langkah penguatkuasaan hukum zakat ini. Tujuan hukuman ini adalah untuk mendididik dan memastikan masyarakat dapat melaksanakan tuntutan rukun haruslah sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukannya. Penilaian haruslah berdasarkan keutamaan yang dhorurah berbanding hajiyah dan seterusnya. Agihan hendaklah mengambil kira keperluan asasi pihak asnaf berdasarkan keperluan semasa. Intitusi zakat turut bertanggungjawab berdakwah dan memberi peringatan kepada masyarakat tentang kewajipan menunaikan zakat. Penerangan tentang hukumhakam zakat perlu diperluaskan agar masyarakat benar-benar sedar dan faham. Disamping itu peringatan tentang dosa dan hukuman ke atas orang yang enggan mengeluarkan zakat sama ada di dunia mahupun akhirat perlu sentiasa diberi agar masyarakat tidak terleka. Penerangan berkenaan hikmah dan matlamat pensyariatan zakat juga perlu disebar واللهأعلم Islam ketiga ini dengan sempurna. Pada masa yang sama golongan fakir miskin serta asnaf juga akan terus dibela. Kewujudan institusi zakat merupakan salah satu ijtihad terbaik buat masa kini dalam memastikan kelestarian Sedari keperluan semasa pihak institusi zakat harus mengoptimumkan segala potensi yang ada agar institusi ini dapat terus berkembang. Fungsi dan peranannya harus diperkasa bagi memastikan maqasid pensyariatan zakat dapat benar-benar terjelma. Apa yang diperjelaskan di sini hanyalah sebahagian kecil fungsi utama sesebuah institusi zakat. Perbincangan dan perbahasan berkaitan perkara ini harus di perkembangkan lagi sesuai dengan sifat zakat itu sendiri iaitu mempunyai ciri an-nama’ yang membawa maksud berkembang. 15
Fungsi KOD TADBIR URUS ZAKAT Sesuai dengan IZ sebagai sebuah badan kewangan sosial Islam, kewujudan kod tadbir urus zakat adalah sesuatu yang dinantikan. Kod tadbir urus yang dibangunkan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dalam ekosistem zakat. Ini juga adalah selari dengan teori pihak berkepentingan iaitu sesebuah organisasi adalah bertanggungjawab dan perlu mengambil kira kesan sesuatu keputusan yang dibuat kepada pihak berkepentingan. Antara elemen yang patut terkandung dalam sebuah kod tadbir urus zakat ialah hal berkaitan: kuasa serta salah padanan agihan zakat merupakan antara kejadian yang perlu dihindari. Bagi memperbaiki amalan pengurusan zakat, antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah mengamalkan tadbir urus zakat yang baik. Amalan tadbir urus sudah menjadi sebati bagi entiti korporat. Namun begitu, amalan tadbir urus zakat masih lagi belum mendapat perhatian sepenuhnya dari pengurusan tertinggi IZ dan budaya tadbir urus belum meresapi sepenuhnya dalam organisasi. Hal ini adalah sesuatu yang malang kerana sebagai ejen penting dalam sistem ekonomi Islam, IZ mestilah menjadi contoh gaya pengurusan yang baik kepada organisasi lain. ktiviti zakat menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan peningkatan kualiti kehidupan umat Islam. Aktiviti zakat di Malaysia diuruskan oleh institusi zakat (IZ) setiap negeri termasuklah di negeri Kedah. Memandangkan peranan yang sangat besar dimainkan oleh IZ, maka institusi ini mestilah diuruskan dengan sebaik-baiknya. Isu kualiti pengurusan IZ perlu menjadi keutaman kepada pihak pengurusan zakat untuk terus diperbaiki. Ini kerana pelbagai insiden yang melibatkan pengurusan IZ boleh menjejaskan nama baik IZ dan keyakinan masyarakat terhadap institusi ulung ini. Ketirisan dana zakat, penyalahgunaan dana dan A ZAKAT DAN KOD TADBIR URUS Mohamad Naimi Bin Mohamad Nor, Suhaimi Bin Ishak, Amirul Faiz Bin Osman, Hartini Binti Haliza [email protected] SEGMEN PENYELIDIKAN 1 16
Fungsi Perundangan Kepimpinan Tadbir Urus Syariah, dan Risiko, Kewangan, Libat Urus dan Kelestarian. 1. 2. 3. 4. Peruntukan perundangan memberikuasa kepada IZ untuk berfungsi dalam kerangka yang dibenarkan. Peruntukan undang-undang yang jelas akan menetapkan objektif dan peranan IZ supaya segala tindak tanduknya tidak dipersoalkan dan ini menjamin kelangsungan organisasi. Bagi memastikan peruntukan perundangan ini dapat diterjemahkan secara berkesan, struktur kepimpinan IZ hendaklah dirangka secara teratur. Struktur ini menentukan corak dan gaya kepimpinan yang ingin diterapkan. Barisan kepimpinan berfungsi untuk menetapkan dasar dan polisi sejajar dengan misi dan visi organisasi. Lembaga kepimpinan yang proaktif akan berusaha mengenalpasti cabaran dan isu yang bakal dihadapi serta sentiasa memantau perkembangan aktiviti zakat. Untuk melengkapkan struktur kepimpinan tersebut, pengurusan IZ hendaklah ditunjangi oleh kaedah tadbir urus syariah. Tadbir urus syariah berhasrat untuk memastikan perjalanan pengurusan zakat adalah mematuhi hukum syariah dan memenuhi matlamat hukum syarak. Terdapat dua komponen tadbir urus syariah yang boleh dipertimbangkan, iaitu tadbir urus di peringkat: institusi secara komprehensif pengurusan amil yang merupakan tulang belakang aktiviti zakat. Perjalanan operasi IZ sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk risiko, antaranya risiko berkaitan kewangan. Oleh itu, kaedah pengurusan risiko yang berkesan hendaklah diwujudkan agar risiko tersebut tidak mengganggu aktiviti zakat. Memandangkan IZ bertanggungjawab kepada banyak pihak, maka maklumat kewangan yang dibekalkan kepada pengguna hendaklah mematuhi piawaian perakaunan dan pengauditan supaya penyata tersebut relevan dan dipercayai. Pengurusan risiko yang baik dan ketelusan kewangan boleh menjadi pemangkin dalam mewujudkan hubungan erat dengan pemegang taruh. Jalinan hubungan ini membantu membina kekuatan ekonomi dengan menekankan peranan setiap pihak untuk memakmurkan bumi. Akhir sekali, kod tadbir seharusnya bersifat dinamik. Ini bagi memastikan kod tersebut sentiasa selari dengan peruntukan perundangan, struktur kepimpinan IZ dan perubahan ekonomi. Hakikatnya, penghayatan amalan tadbir urus zakat yang baik melalui pematuhan kepada kod tadbir urus zakat dapat meningkatkan kualiti pengurusan IZ dan kehidupan umat Islam secara keseluruhan. “...meningkatkan kualiti pengurusan IZ dan kehidupan umat Islam secara keseluruhan...” 17
Fungsi agi menambahbaik mekanisma agihan zakat, kajian ini mencadangkan agar sistem pemantauan yang lebih teratur dapat dirangka dan dijalankan dengan menggunakan kaedah SROI. Selain itu bantuan untuk aktiviti pemasaran dan rangkaian yang baik juga perlu diberikan agar penerima zakat ini dapat memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas. Satu model telah dibangunkan bagi merumuskan proses yang terlibat dalam kajian impak program Bantuan Skim Perniagaan (Jayadiri) oleh LZNK menggunakan kaedah Social Return on Investment (SROI). Kajian ini mendapati bahawa matlamat utama Skim Bantuan Perniagaan ini untuk membantu penerima zakat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka melalui perniagaan secara umumnya. Kajian ini mendapati bahawa matlamat utama Skim Bantuan Perniagaan ini untuk membantu penerima zakat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka melalui perniagaan secara umumnya telah tercapai. pengurus zakat, pihak LZNK telah menjalankan on Investment (SROI). Menggunakan model ini, impak agihan zakat dinilai secara holistik dari perspektif ekonomi dan sosial. Berdasarkan kajian terdahulu, kajian ini adalah yang pertama menggunakan model sebegini dalam menilai impak program bantuan dari agensi zakat di Malaysia. Kaedah triangulation menggunakan data dari temubual, kumpulan fokus dan analisis dokumen dapat meningkatkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian ini. Kajian ini dijalankan bagi menilai impak ekonomi dan sosial agihan zakat oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terhadap sekumpulan penerima zakat melalui Skim Bantuan Perniagaan (Jayadiri). Sesi temu bual bersama seorang pegawai LZNK dan perbincangan kumpulan fokus bersama 10 penerima bantuan zakat skim ini pada tahun 2019 telah di jalankan secara atas talian. Analisis dokumen yang diberikan oleh pihak LZNK juga dilakukan, di samping lawatan ke premis perniagaan 3 responden bagi menentusahkan dapatan kajian. penilaian dan pemantauan terhadap penerima zakat sebagai mekanisma untuk menilai impak agihan zakat. Hasil kajian mendapati bahawa aras pendapatan penerima zakat skim ini telah meningkat sedikit. Berdasarkan model SROI, kajian ini mendapati pulangan sosial ke atas bantuan yang diberikan LZNK kepada penerima zakat adalah sebanyak RM3.22 bagi setiap RM1 bantuan diberikan bagi tempoh 3 tahun. Kadar pulangan ini adalah tinggi dan menjadi indikasi bahawa Skim Bantuan Perniagaan ini telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan hidup golongan asnaf melalui perniagaan. Data yang dikumpul dari sesi temu bual dan perbincangan dianalisa secara kualitatif dan sistematik. Kaedah penilaian impak yang digunakan adalah merupakan satu model penilaian impak yang diperkenalkan oleh Roberts Enterprise Development Fund (REDF) (Nicholls et al., 2012) iaitu model “Pulangan Sosial atas Pelaburan” (Social Return B PULANGAN SOSIAL ATAS PELABURAN: KAJIAN IMPAK AGIHAN ZAKAT BAGI SKIM BANTUAN PERNIAGAAN DI NEGERI KEDAH Samihah Binti Saad @ Ismail, Arifatul Husna Binti Mohd Ariff, Noor Asma Binti Jamaludin, Hazeline Binti Ayoup, Md Shariff Bin Md Isa [email protected] SEGMEN PENYELIDIKAN 2 18
Fungsi SEGMEN ARTIKEL 1 Dr. Mohamad Zulkurnai Bin Ghazali [email protected] erniaga seringkali dikaitkan dengan amalan sunnah Rasulullah SAW dengan berpandukan penglibatan Baginda SAW sebagai pembantu kepada Khadijah Binti Khuwailid r.a sebelum dinaikkan pangkat sebagai pengurus perniagaan. Kejujuran, juga sifat amanah Baginda merupakan kunci kepada keyakinan yang tinggi oleh Khadijah dalam menyerahkan urusan perniagaan kepada Baginda SAW. Meskipun Baginda tidak boleh menulis atau membaca, tetapi ianya tidak menghalangi Baginda untuk menguruskan perniagaan dengan sifat dan ciri-ciri usahawan yang berjaya lagi berintegriti. Perniagaan juga telah lama menjadi amalan dan punca pendapatan masyarakat Melayu di negara ini. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka telah membuktikan penglibatan orang Melayu dalam dagangan antarabangsa yang telah menjadi hub kepada pedagangdari Arab, Yaman, China, India dan Eropah. Ringkasnya, perniagaan adalah sinonim dengan masyarakat Melayu ketika itu sehingga kini. Di tambah pula, dengan terdapatnya hadith (dhoif/mursal) yang mengaitkan berniaga sebagai “9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan”, maka ianya menjadi dorongan yang kuat untuk orang Melayu menceburi bidang perniagaan. Untuk menyantuni sunnah dalam berniaga, ciri-ciri yang baik seperti jujur, amanah, semestinya menjadi teras dalam mencapai keredhaan ALLAH SWT. Pada masa yang sama, ada juga perkara yang perlu diberikan perhatian kerana ianya bukan sahaja boleh mengurangi keberkatan dalam mengikuti sunnah, malah boleh menggugat tahap keIslaman seseorang itu. Berniaga itu baik dan menjadi sunnah tetapi amalan tidak berzakat menjadikannya punah kerana tidak melengkapi tuntutan dalam rukun Islam! Hakikatnya, tidak mengeluarkan zakat bukan sahaja rugi diakhirat nanti BERNIAGA ITU SUNNAH TAPI AMALANNYA PUNAH B “...perniagaan adalah sinonim dengan masyarakat Melayu ketika itu sehingga kini.” 19
Fungsi malah ianya akan dirasai di dunia ini lagi. Antara nampak atau tidak, keberkatan perniagaan akan hilang – kontrak yang ada ditamatkan; tuan kedai menaikkan sewa; pekerja yang terlatih berhenti kerana mendapat tawaran yang lebih baik; bahan bekalan semakin naik harga, dan pelbagai lagi. Jika alasan yang diberikan oleh peniaga untuk tidak membayar adalah kerana tidak tahu tatacara mengirakannya, maka laman sesawang hampir kesemua pusat zakat negeri-negeri telah menyediakan platfom untuk mengirakan zakat yang dikenakan. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah berusaha memudahkan kiraan zakat dengan hanya melayari sesawang: pelengkap kepada rukun Islam, malah ianya juga adalah jihad disisi Allah SWT sepertim ana mafhum daripada firmanNya: Buat para peniaga, jangan hanya ceburi perniagaan dengan mengharapkan pahala sunnah tetapi amalannya punah; sebaliknya berniagalah dengan misi untung di dunia dan lebih beruntung di akhirat nanti dengan meneladani sunnah hingga membawa ke Jannah. Malah bagi peniaga, terdapat dua kaedah kiraan zakat perniagaan yang disediakan iaitu kaedah A (berdasarkan untung rugi) atau B (berdasarkan modal kerja). Peniaga boleh memilih manamana kaedah untuk mengirakan zakat perniagaan yang perlu dibayar dengan mudah sahaja tanpa perlu merujuk kepada mana-mana penasihat cukai atau kewangan. Justeru, apa lagi yang menjadi halangan untuk peniaga daripada membayar zakat? Janganlah hanya kerana takut dikenakan denda yang tinggi oleh pihak berautoriti sahaja yang memaksa diri untuk membayar cukai perniagaan sebaliknya bayangkanlah peritnya api neraka yang tiada penghujungnya disana bakal menanti, sebagai ‘khabar baik’ buat mereka yang culas daripada menyempurnakan rukun Islam yang ke 4 ini. Ingatlah, sesungguhnya zakat bukan sahaja sebagai “(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.” (Surah As-Saff ayat 11) https://jom.zakat kedah.com.my/ 20
Fungsi SEGMEN ARTIKEL 2 Dalam topik zakat dalam karya Sahih al-Bukhari, terdapat sebanyak 118 hadith yang dimuatkan oleh Imam alBukhari di dalam karya tersebut, yang dibahagikan kepada 78 bab. Bagi menganalisis isi perbincangan ini, penulis hanya memberikan penumpuan kepada permasalahan-permasalahan tentang zakat yang menurut pemerhatian penulis masih relevan untuk dibincangkan sehingga kini serta pandangan beliau untuk menyelesaikan permasalahan itu berdasarkan hadith-hadith sahih yang dikemukakannya. Namun pun begitu, penulis menerusi artikel ini hanya memilih satu tajuk sahaja dalam Sahih alBukhari untuk dijadikan sebagai contoh. MEMBERI ZAKAT KEPADA ORANG YANG TIDAK BERHAK (BUKAN ASNAF) Tindakan tersalah memberi Dr. Mohd Murshidi Bin Mohd Noor [email protected] adith merupakan sumber kedua terpenting dalam Islam setelah al-Quran. Hadith diberikan perhatian yang tinggi oleh umat Islam sejak dahulu lagi. Biasanya karya-karya hadith hanyalah dirujuk dari sudut hadith yang terdapat di dalamnya, tidak dari sudut fiqah. Jika ingin memahami hadith, kitab-kitab hadith dikatakan tidak sesuai untuk pembacaan awam kerana ia hanyalah bahan mentah yang belum di adun untuk dijadikan rujukan dalam hukum hakam fiqah. Namun, karya-karya hadith tidak terlepas daripada perbincangan fiqah menurut ulama yang menyusunnya seperti Imam al-Bukhari. Terjemah bab yang terdapat di dalam karya ini menggambarkan akan fiqh beliau terhadap hadith. Dalam karya Sahih al-Bukhari, topik zakat diletakkan setelah topik solat. Perletakan topik sedemikian dapat difahami menerusi banyak ayat didalam al-Quran yang menggandingkan antara solat dan zakat. Dalam gandingan tersebut, Allah SWT mendahulukan solat berbanding zakat. Antaranya ialah firman Allah SWT: zakat kepada mereka yang tidak berhak, boleh sahaja terjadi terutamanya bagi mereka yang mengagihkan sendiri zakat tanpa melalui perantaraan amil. Kadangkala, pihak amil juga boleh tersalah dek kerana pemohon zakat yang menipu maklumatmaklumat peribadinya sehinggakan amil tersalah apabila merujuk kepada datadata palsu yang diberikan itu. Berdasarkan laporan akhbar, lebih 4,000 keluarga daripada 41,438 keluarga asnaf fakir dan miskin dari sembilan daerah di salah satu negeri di Malaysia, yang menerima zakat pada tahun 2015, dikesan tidak 'asli' kerana menyembunyikan maklumat sebenar. Berdasarkan kes ini menunjukkan bahawa boleh sahaja pihak amil tersalah mengagihkan zakat kepada mereka yang tidak berhak disebabkan pemohon menyembunyikan fakta sebenar berkaitan dirinya. Sehubungan permasalahan ini, Imam al-Bukhari menyatakan dalam terjemah bab dengan katanya: “Jika bersedekah kepada orang kaya dan ia tidak mengetahui bahawa yang diberi itu adalah orang kaya...”, seterusnya Imam al-Bukhari merujuk kepada satu riwayat yang mengisahkan mengenai seorang lelaki yang tersalah memberikan sedekah kepada orang kaya. Hadith tersebut ialah: “Seseorang mengatakan, HADITH ZAKAT DALAM KARYA SAHIH AL-BUKHARI H “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orangorang yang rukuk. ” (Surah al-Baqarah: ayat 43) 21
Fungsi sungguh, aku akan menyedekahkan satu sedekah. Lantas ia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya ditangan seorang pencuri. Keesokan harinya orang-orang membicarakan, "Ada seorang pencuri diberi sedekah!" Orang itu berkata, "Ya Allah, bagi-Mu segala pujian, sungguh aku akan menyedekahkan satu sedekah lagi." Ia keluar membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan wanita penzina. Keesokan harinya orang-orang membicarakan, "Semalam seorang penzina diberi sedekah!" Ia berkata, "Ya Allah, bagi-Mu segala pujian atas (rezeki yang Engkau berikan pada) seorang penzina. Sungguh aku akan menyedekahkan satu sedekah lagi." Ia keluar membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan orang kaya. Pagi harinya orang-orang membicarakan, "Seorang kaya diberi sedekah!" Ia berkata, "Ya Allah, bagi-Mu segala pujian atas (rezeki yang engkau berikan) pada seorang pencuri, seorang penzina dan orang kaya." Orang itu didatangi dan dikatakan padanya, "Tentang sedekahmu pada pencuri barangkali ia akan menghentikan tindak pencuriannya, tentang (sedekahmu) pada wanita penzina barangkali ia akan menghentikan praktik zinanya dan tentang (sedekahmu) pada orang kaya barangkali ia mengambil pelajaran lalu menginfakkan sebagian harta yang Allah berikan padanya.” Riwayat di atas dari sudut zahirnya, dapat difahami bahawa syarak tidak menyalahkan tindakan lelaki yang menyalurkan sedekahnya kepada orang yang salah, malahan tindakan yang dilakukan olehnya itu dipuji oleh syarak, kerana orang kaya yang diberikan sedekah itu diharapkan agar ia menginsafi dirinya daripada sifat bakhil. Dalam hal ini menampakkan bahawa Imam al-Bukhari cenderung untuk mengatakan bahawa situasi pembayar zakat yang tersalah menyalurkan zakat, tidak dipertanggungjawabkan apaapa kerana kesilapan yang berlaku itu tidak disengajakan. Berkaitan dengan permasalahan ini, para fuqahak berbeza pandangan kepada dua qaul, ada yang mengatakan bahawa zakat itu tidak sah, dan ada yang mengatakan bahawa zakat itu adalah sah. Qaul yang pertama ialah qaul yang dipegang oleh Mazhab Maliki, Shafi‘i, Abu Yusuf dalam kalangan ulama bermazhab Hanafi dan satu riwayat daripada mazhab Hanbali. Mereka mengatakan bahawa sesiapa yang menyalurkan sendiri kepada golongan yang disangka olehnya adalah fakir, lalu ternyata bahawa orang itu kaya, maka zakat yang disalurkan itu tidak sah, serta menjadi tanggungan ke atas orang yang tersalah salur itu dengan cara mengambil semula bantuan yang diberikan kepada orang tersebut, lalu disalurkan kepada orang yang berhak mendapatkan zakat. Sekiranya orang itu telah mati atau muflis, maka orang yang tersalah salur zakat itu wajib menggantikan zakat tersebut untuk diberikan pula kepada mereka yang berhak, melainkan sebahagian ulama al-Shafi‘iyyah mengatakan bahawa sekiranya orang yang tersalah terima itu telah meninggal dunia, atau pun jatuh muflis, tiada tanggungan ke atas orang yang tersalah salur itu, kerana kesilapan yang terjadi itu berpunca daripada sangkaannya semata-mata, bukannya disengajakan. mendapatkan semula harta zakat daripada orang tersebut, maka tiada tanggungan apaapa ke atas pemerintah, kerana ia hanya dikira sekadar pemegang amanah sahaja. Berdasarkan kepada qaul golongan yang pertama, mengenal pasti asnaf untuk diberikan bantuan zaka tadalah tersangat penting agar tidak tersalah memberikan zakat kepada mereka yang tidak berhak. Jika mengagihkan sendiri zakat, lalu didapati bahawa orang yang diberikan zakat itu tidak berhak menerima zakat, maka zakat yang diberikan itu tidak sah. Oleh yang demikian, jalan yang lebih selamat untuk menjadikan penunaian zakat seseorang sah menerusi qaul golongan yang pertama ini ialah melalui saluran amil, walaupun kemungkinan bantuan yang disalurkan oleh amil itu nanti juga tersalah, namun ia dimaafkan oleh syarak, serta sah pemberian zakat itu menurut qaul golongan yang pertama ini. 22
Fungsi SEGMEN ARTIKEL 3 Dr. Nor Syahidah Binti Ishak [email protected] MEDIA BAHARU MAMPU BANTU PROMOSI WAKAF PENDIDIKAN IPTA utakhir ini, wakaf pendidikan menjadi salah satu agenda utama dalam usaha menjana pendapatan dan mengukuhkan dana universiti masing-masing. Wakaf pendidikan sudah lama diaplikasikan melalui pembinaan sekolah agama, maahad tahfiz dan berkembang ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Perlaksanaan wakaf pendidikan di institusi pendidikan tinggi telah dilaksanakan di beberapa buah universiti terkemuka di negaranegara seperti Mesir, Turki, Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Singapura dan sebagainya. Melalui Program Transformasi Universiti (UniTP) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggalakkan universiti awam (UA) bagi menubuhkan M tabung wakaf dan endowmen bagi menjana pendapatan dan ekonomi UA. Peningkatan kemajuan dan pembangunan negara secara tidak langsung meningkatkan kos pendidikan. Beberapa garis panduan dikeluarkan oleh pihak yang terlibat sebagai sumber utama dalam menguruskan dana wakaf dan endowmen di peringat UA. Beberapa UA telah menyahut seruan KPT tersebut dengan menubuhkan pengurusan wakaf dan endowmen di UA sama ada penubuhan melalui pusat wakaf dan endowmen, bahagian wakaf dan endowmen, unit wakaf dan endowmen ataupun melalui fungsi pusat Islam di UA. Justeru, media baharu dilihat mampu membantu UA dalam mempromosikan tabung wakaf yang diwujudkan di UA dalam meningkatkan jumlah kutipan dana wakaf pendidikan. Media baharu yang merangkumi pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Tiktok dan Instagram mampu memberi impak dalam menyebar luas maklumat ke seluruh pelosok dunia dan komuniti. Platform Facebook dan Twitter adalah di antara laman web yang paling dikunjungi di seluruh dunia. Kecanggihan media baharu dalam memberikan maklumat berinteraktif menjadikan masyarakat akan tertarik dengan sebarang info yang “...mampu memberi impak dalammenyebar luas maklumat ke seluruh pelusuk dunia dan komuniti.” 23
Fungsi dipaparkan dengan kemudahan maklumat berada di hujung jari. Penggunaan teknologi dalam media baharu mampu membantu UA dalamm empromosikan dana wakaf yang diwujudkan dan mampu menarik minat pewakaf dan masyakarat untuk terus berwakaf. Ia juga dapat memudahkan UA untuk menjangkau masyarakat yang ingin berwakaf dengan lebih meluas, cekap dan dengan kos yang rendah. Setiap UA boleh mewujudkan atau mengemaskini bahagian promosi dana wakaf di UA dengan memasukkan elemen media baharu dalam mempromosikan wakaf pendidikan disamping kaedah promosi yang sedia ada. Tambahan pula, menurut laporan Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2021, peratusan individu menggunakan telefon bimbit, komputer dan Internet meningkat terutama selepas pandemik COVID-19. Ini menunjukkan penggunaan media baharu melalui penggunaan ICT yang telah menjadi satu keperluan seiring dengan senario semasa. Kuasa media baharu melalui media sosial boleh dilihat sebagai strategi bagi UA dalam meningkat jumlah pewakaf dan dana wakaf sedia ada. Kandungan interaktif yang disiarkan ke media sosial membolehkan masyarakat mengetahui maklumat terkini wakaf pendidikan. Melalui siaran interaktif harian, infografik, video boleh meningkatkan keyakinan masyarakat untuk berwakaf “...memudahkan UA untuk menjangkau masyarakat yang ingin berwakap dengan lebih meluas,cekap dan dengan kos yang rendah.” dengan menyertakan pautan terus ke laman sesawang pusat wakaf UA. Platform media sosial juga mampu menawarkan potensi yang besar kepada pusat wakaf UA untuk mencipta, menyokong dan melaksanakan kempen promosi bagi meningkatkan kutipan dana wakaf pendidikan untuk kelestarian kewangan institusi pendidikan tinggi disamping manfaat pahala yang berpanjangan. 24
Fungsi SEGMEN Perbincangan IPIZ bersama Wakil Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan, Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman 24 JAN 2019 Pertemuan antara Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), bersama Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dan Pengarah IPIZ 17 FEB 2019 25 FEB 2019 Majlis Penyerahan Bantuan Zakat kepada Asnaf Sekitar UUM dan Agensi yang Menguruskan Hal Ehwal Asnaf di Dewan Seminar, Pusat Islam, UUM Bengkel Pembangunan Asas Usahawan Muslim Melalui Konsep Keusahawanan Intrinsik dan Pemerkasaan Bisnes 9 MAC 2019 Forum Terokai Potensi KerjayAmanah Tingkat Pe325
Fungsi AKTIVITI ya Dalam Industri Unit engetahuan 31 MAC 2019 15 APR 2019 Wacana Zakat dalam Kewangan Islam ke Arah Mencapai Matlamat Sosio Ekonomi di Dewan Seminar B, Pusat Konvensyen, UUM IPIZ-PSU, Thailand Bincang Jalinan Kerjasama dalam Zakat dan Geran Padanan 8 MEI 2019 Perkongsian Ilmu daripada Institusi Biasiswa BAZNAS 26 NOV 2019 18 DIS 2019 Seminar ZAWED anjuran Institut Penyelidikan Dan Inovasi Zakat (IPIZ) UUM dengan kerjasama Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melibatkan penyertaan dari seluruh negara termasuk Iran, Nigeria, Brunei dan Indonesia. IPIZ Teroka Peluang Kerjasama Penyelidikan dan Perundingan Zakat di Selatan Thailand 17 SEP 2019 26
Fungsi SEGMEN Perbincangan IPIZ bersama Wakil Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan, Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman Sumbangan Komputer Riba kepada 10 Pelajar Asnaf Sempena Program Komuniti Bantuan Laptop kepada Pelajar Asnaf dan B40 Terpilih yang Disempurnakan Pengarah IPIZ 6 DIS 2020 Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi IPIZ telah menganjurkan aktiviti beriadah menaiki Bukit Bunga Raya, Sintok dan aktiviti berkelah di Surau Batu Sungai Bukit Kachi, Sintok 10 DIS 2020 Bengkel Perancangan IPIZ 2020 Panduan Kepada UCoE 16 JAN 2020 19 NOV 2020 27
Fungsi AKTIVITI IPIZ Talks 2021 28
Fungsi SEGMEN IPIZ dan IBS Turun Padang Laksana Khidmat Komuniti kepada Warga FELDA IPIZ dan IBS Turun Padang Laksana Khidmat Komuniti kepada Warga FELDA 14 APR 2022 17 APR 2022 Sambutan Maulidur Rasul 2022 20 OKT 2022 Majlis Penyampian Sijil Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2022 Kategori UUM 19 OKT 2022 25 OKT 2022 Sesi Pemantauan Kemajuan Semasa Pengajian Sarjana Pelajar Biasiswa ETIQA Takaful - LZNK - IPIZ Lawatan ke KawasanLa29
Fungsi AKTIVITI 14 DIS 2022 n Projek Zon Pembangunan Ekonomi Ummah (ZPEU) bersama Penyelidik dan LZNK Projek Zon Pembangunan Ekonomi Ummah (ZPEU) 30 NOV 2022 awatan Delegasi House of Zakat and Waqf (HZW) IPIZ 2.0 di Program Bual Bicara UUM TV: Hello Sintok International Conference on Zakat, Tax, Waqf & Economic Development (ZAWED) 2022 23 NOV 2022 26 DIS 2022 27 - 28 DIS 2022 30
Fungsi SEGMEN Mesyuarat Pelaksanaan Program dan Projek di Bawah Program Zon Pembangunan Ekonomi Ummah (ZPEU) 10 JAN 2023 Program Pembangunan Ummah Komuniti Jahitan dan Cyntok Bhatik Siri 1 30 JAN 2023 Lawatan SOZECOM ke UUM 1 FEB 2023 Majlis Postmortem Persidangan Antarabangsa Kedua Bagi Seminar Zakat, Cukai, Wakaf Dan Pembangunan Ekonomi (ZAWEED) 2022 20 FEB 2023 Lawatan ke PSU, Thailand Tukar Idea tentang Amalan Terbaik Pengurusan Zakat 22 MAC 2023 Pengurusan Baharu IPIZ mengadakan Kunjungan Hormat ke LZNK 22 MEI 2023 Lawatan kerja21 JUN 20Warga UUM Santuni MasyKed31
Fungsi AKTIVITI Menerima Tawaran daripada Delegasi Pusat WEZAS, UPSI 23 MEI 2023 a team IPIZ ke InsPeK UMK 023 IPIZ Berazam Membantu LZNK Menerusi Penyelidikan (Applied Research) dengan Kerjasama InsPeK (UMK) Mengeluarkan Asnaf Fakir Miskin dari Lingkaran Kemiskinan kepada Pembayar Zakat MoA UUM, UiTM, UniSHAMS, LZNK untuk Mengukuhkan Kajian Zakat Majlis Pelancaran Menuai Padi Benih Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SMART SBBA) LZNK, SMART SBBA MUSIM 2/2023 yarakat Orang Asli Baling, dah ‘A Day With National Zakat Foundation Worldwide Australia’ bersama UUM Gerak Kesedaran Berzakat 13 JUL 2023 6 OGOS 2023 23 OKT 2023 16 OKT 2023 13 SEP 2023 32
Fungsi AGIHAN DANA ZAKAT AGIHAN DANA ZAKAT YANG DITERIMA DARIPADA LZNK DAN DIURUSKAN OLEH IPIZ BAGI TAHUN 2018 SEHINGGA 2023 Jumlah Dana Diterima (2018 - 2023) Jumlah Dana Geran Yang Diluluskan (2018 - 2023) Bilangan Projek yang Dibiaya (2018 - 2023) Jumlah Diterima (2018 - 2023) Jumlah Agihan (2018 - 2023) Geran Penyelidikan Geran Perundingan Pengurusan Program/Latihan RM 1,968,428.00 RM 1,593,691.09 RM 1,042,335.31 RM 982,399.00 109 41 RM 913,228.95 RM 745,240.00 RM 136,350.00 RM 121,451.56 33
Fungsi AGIHAN PROJEK AGIHAN PROJEK PENYELIDIKAN MENGIKUT PUSAT PENGAJIAN (PP) AGIHAN PROJEK PERUNDINGAN MENGIKUT PUSAT PENGAJIAN (PP) 2018 2019 2020 2021 2022 IBS SLCP TISSA SBM SOC STML SOG SEFB SOE OYAGSB JUMLAH 8 4 4 3 2 1 1 1 1 1 26 SLCP TISSA SOE SOL SOC SBM SEFB IBS JUMLAH 5 4 4 2 1 1 1 1 19 IBS TISSA SQS SOC STML SEFB SAPSP SOE SMMTC SCIMPA SBM SLCP JUMLAH 5 4 4 3 2 2 2 1 1 1 1 1 27 SQS SMMTC TISSA SOE SBM SOG STML STHEM IBS JUMLAH 4 3 2 2 1 1 1 1 3 18 IBS SBM TISSA SEFB SOC SAPSP SOG JUMLAH 6 4 2 2 2 1 1 18 IBS 1 2023 TISSA SMMTC STML IBS SOC JUMLAH 2 2 1 1 1 7 IBS SLCP TISSA SOE SOL SAPSP JUMLAH 5 4 2 2 1 1 15 SBM TISSA IBS SOC SMMTC STML JUMLAH 1 2 1 1 1 1 7 SOE STML IBS SOC JUMLAH 3 1 2 2 8 TISSA SQS JUMLAH 1 1 2 2019 2020 2021 2022 2023 34
BELANGSUNGKAWA rof. Dr. Zakaria Abas telah meninggalkan dunia ini menuju ke negeri abadi pada tanggal 8 Februari 2023. Prof Zack (panggilan mesra bagi Prof. Zakaria Abas) meninggal dunia ketika beliau masih menjalankan tugas sebagai Profesor dalam bidang Pengurusan Strategik Perakaunan di Jabatan Muamalat dan Pengurusan Halal, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (Islamic Business School – IBS), Universiti Utara Malaysia. Ketika itu, beliau juga sedang berkhidmat di Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) sebagai felo bersekutu . Pada masa yang sama beliau turut menjadi mentor kepada Pengarah IPIZ iaitu Prof. Madya Dr. Selamah Maamor yang mula menerajui IPIZ pada Februari 2022. Prof Zack adalah antara insan yang paling berjasa ketika IPIZ dalam fasa pengukuhan sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Universiti dengan hala tuju yang digariskan oleh pihak pengurusan UUM ketika itu untuk dijadikan sebagai sebuah Hi-COE iaitu Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi. Prof Zack banyak memberikan nasihat dan bimbingan dalam usaha IPIZ menyediakan pelan strategik bagi menjayakan hasrat ini dalam tempoh 5 tahun. Paling istimewa, Prof Zack telah membangunkan satu model yang dikenali sebagai Model Zon Pembangunan Ekonomi Ummah (ZPEU) yang mana idea ini telah disambut baik oleh Dato’ Syeikh Haji Zakaria Othman, CEO Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Buktinya, ia telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak LZNK sehingga kini tahun 2023 program tersebut memasuki fasa ke-5 perlaksanaan. Semasa hayat beliau, Prof Zack sempat melihat perjalanan program ZPEU sejak fasa permulaan sehinggalah Fasa ke-2. Prof Zack telah menyatakan hasrat beliau untuk mewakafkan Model ZPEU ini kepada LZNK. Rentetan daripada tercetusnya idea membangunkan Model ZPEU ini, ia bukan sahaja dapat membantu lebih ramai ‘Pak Tani’ dalam kalangan asnaf bahkan LZNK juga semakin diyakini dan bertambah ramai pihak-pihak yang ingin berkolaborasi dengan LZNK untuk memastikan projek ZPEU ini lestari. Turut PROF. DR. ZAKARIA ABAS – JASAMU DIKENANG menerima limpahannya adalah para penyelidik UUM yang mana mereka ini mendapat dana penyelidikan untuk melaksanakan kajian berkaitan program ZPEU dengan matlamat yang satu iaitu memastikan kelestarian Program ZPEU ini demi manfaat Ummah. Untuk rekod, Prof Zack mula bertugas di Universiti Utara Malaysia sebagai tutor pada tahun 1988 di Sekolah Perakaunan yang kini di kenali sebagai Tunku Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA-UUM). Setelah beliau bersara wajib di TISSA-UUM, beliau berhasrat meneruskan khidmatnya untuk menyumbang bakti di jabatan yang berlatar-belakangkan Islam. Justeru beliau memilih IBS sebagai tempat terakhir beliau menaburkan jasanya, di samping berkhidmat sebagai felo bersekutu IPIZ. Pada tempoh masa yang sama juga, beliau adalah merupakan individu yang bertanggungjawab dalam perancangan strategik bagi penubuhan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM), Perlis. Beliau mencurahkan khidmat baktinya sehingga ke saat akhir tanpa merasa lelah selagi hayat di kandung badan. Kesungguhan dan keikhlasan beliau dalam memberikan yang terbaik apabila diperlukan sangat wajar dijadikan contoh teladan. Melihat kepada latar belakang pendidikan beliau, Prof Zack mula mengikuti pengajian diploma dalam bidang pengajian perniagaan di UiTM MARA pada tahun 1980 hingga 1983. Kemudian beliau beralih menceburi bidang Kewangan dalam jurusan Bachelor of Business Administration (BBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1983 hingga 1985. Seterusnya beliau memilih untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana dalam bidang perakaunan di The University of Wollongong, NSW pada tahun 1988 hingga 1989 dan meneruskan ke peringkat Ph.D dalam bidang yang sama di The University of Memphis dan UUM pada tahun 1994 hingga 1999. Berdasarkan laluan pendidikan formal beliau, agak jarang orang memilih untuk bertukar bidang pengajian sepertinya, namun inilah takdir yang telah diaturkan Allah buat Prof Zack sehingga 35 P
menjadikan beliau individu yang berbeza kerana pengalaman serta jalan hidupnya. Perjalanan akademik Prof Zack dilihat amat unik namun pastilah aturan Allah SWT adalah merupakan hikmah yang terlalu besar di sebaliknya. Perkara ini jugalah yang menjadikan Prof Zack sangat dikenali sebagai insan yang mementingkan penjagaan kualiti dan perancang strategi yang berkesan serta realistik. Prof Zack mempunyai pengalaman yang luas dan kesarjanaan beliau diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau pernah berkhidmat sebagai Felo di Institute Professional Accountant (FIPA) Australia dan the Centre of University-Industry Collaboration sebagi Felo Penyelidik Utama. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dari 1 Oktober 2010 hingga 31 September 2012. Peranan beliau sebagai penasihat termasuklah memberikan nasihat mengenai formulasi dasar untuk menjalinkan inisiatif kolaborasi strategik yang mampan antara universiti, masyarakat, dan industri, bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Perancangan Strategik Pendidikan Tinggi Negara melalui Agenda Kritikal Projek Akademia-Industri. Selain itu, Prof Zack juga terlibat secara aktif dalam Dana Penyelidikan Dasar Top Down yang diberikan oleh Unit Perancang Ekonomi Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, dan Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Beliau turut berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Penasihat untuk the World Association of Cooperative Education (WACE), International Satellite Office di Suranaree University of Technology Nakhon Ratchasima, Thailand. Prof Zack sangat dikenali dalam kalangan pelajar PhD di Kolej Perniagaan, UUM terutama bidang perakaunan, kualiti dan strategik. Beliau juga telah melahirkan sehingga 25 orang pelajar PhD dan Sarjana yang mana memfokuskan mode penyelidikan. Di samping itu, beliau juga telah menjadi pemeriksa dalam dan luar kepada lebih 30 orang pelajar. Ketokohan beliau dalam bidang akademik dan penyelidikan ini tidak dapat dinafikan malah beliau tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan pengalaman serta bersamasama membimbing ahli akademik lain samada di UUM mahupun di luar UUM termasuk rakan akademik di USM dan UMS. Insan ini terlalu istimewa buat semua. Kehilangannya membuatkan ramai yang mengalirkan air mata malahan sehingga ke hari inI masih ramai yang terngiang-ngiang akan kata-kata nasihat, gurauan dan bicara insan tersohor ini. Indahnya akhlak beliau dicerminkan ketika mana setiap kali selesai bersembang santai atau di majlis rasmi sekali pun, beliau pasti akan memohon maaf jika ada salah silap di atas segala tutur katanya. Setiap bicaranya penuh berisi, penuh ilmu, penuh nasihat serta sangat bermotivasi. Siapa pun yang datang meminta nasihat, tunjuk ajar terutama berkaitan penyelidikan hatta tentang apa pun berkaitan urusan pekerjaan dan pelajaran, beliau sentiasa cuba meluangkan masa untuk membantu. Beliau membimbing dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, sehingga ramai dalam kalangan staf UUM memanggilnya dengan panggilan ‘Ayahanda’ dek kerana bicaranya yang menyentuh sanubari serta meresap di jiwa. Terlalu banyak jasamu Prof Zack dan pastinya ia tidak terhitung oleh kami. Semoga pahala dan segala ganjaran yang baik akan berpanjangan serta terus mengalir untukmu dengan izin Allah SWT. Di doakan moga Allahyarham Prof Zakaria Abas ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Berbahagialah Prof di sana. Al-Fatihah. 36
PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI (UCoE), UNIVERSITI UTARA MALAYSIA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN INOVASI ZAKAT (IPIZ) MEMACU KECEMERLANGAN ZAKAT Institut Penyelidikan & Inovasi Zakat - IPIZ UUM [email protected] ipiz.uum.edu.my