HARI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
LAMPIRAN
- SENARAI KARYA
- HASIL KARYA
HASIL KARYA
TAJUK : SYARAHAN BAHASA MELAYU
“PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA”
“Belayar perahu ke Kuala Paloh, Membawa serai bersama
sayur, Kalau bersatu kita kanteguh, Andaikan bercerai bangsakan
hancur”.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
Yang dihormati tuan pengerusi majlis,yang arif lagi bijaksana para
hakim yang budiman,yang dikasihI guru-guru sertarakan-rakan
seperjuangan sekalian.Berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah
untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Perpaduan Nadi
Transformasi Negara.
Perpaduan ialah penyatuan dan juga bererti hubungan
mesra pelbagai kaum dalam sebuah masyarakat.Tanpa semangat
perpaduan,berbagai masalah akan timbul dalam sesebuah negara yang
berbilang kaum.
Manakala istilah transformasi adalah daripada perkataan
Inggeris,iaitu trans dan form.Ini bermakna transformasi ialah perubahan
yang menyebabkan perpindahan yang berlaku secara terarah dan
mengikut perancangan.Maka,perkataan transformasi ini merujuk
kepada perubahan dalam pembangunan nasional yang menjadi
misi dan visi negara Malaysia.
Sidang hadirin,
Kita sudah maklum bahawa negara kita Malaysia
merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum,agama serta budaya.Perpaduan
negara merupakan perkara penting yang perlu ditiitikberatkan
dalam memajukan pentadbiran,
pendidikan,pembangunan,ekonomi,keselamatan dan politik bagi
sesebuah negara.Saya akan kupas satu persatu perkara tersebut
sebentar lagi.
HASIL KARYA
TAJUK : SYARAHAN BAHASA MELAYU
“PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA”
Saudara saudari yang saya hormati,
Perkara pertama yang perlu kita sedar dan fahami adalah perpaduan
dapat membentuk kestabilan politik dan pentadbiran dalam transformasi
negara.Pentadbiran sesebuah negara sangat bergantung kepada
perpaduan rakyat dalam negara.Mari sama-sama kita pelajari sejarah
kepimpinan dari insan termulia,tidak lain tidak bukan,RasulullahSAW.Kita
lihat bagaimana baginda menyatupadukan kaum Ansar dan Muhajirin
selepas berhijrah ke Madinah. Hasilnya,lahirlah sebuah negara Madinah
yang gemilang disebabkan oleh pembentukan perlembagaan pertama di
dunia iaitu Piagam Madinah yang menitikberatkan tentang hubungan
silaturahim antara kaum Ansar dan Muhajirin.
Sidang hadirin,
Perkara kedua yang dapat kita lihat betapa pentingnya perpaduan ini
adalah wujudnya suasana keselamatan dan keharmonian rakyat
Malaysia.Hal ini dapat dibuktikan apabila kita mengimbas kembali peristiwa
13Mei yang berlaku pada tahun1969.Rusuhan kaum yang tercetus telah
mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan harta benda sehingga
menyebabkan berlakunya darurat di dalam negara.Rentetan peristiwa
itu,maka terbinalah Rukun Negara yang diperkenalkan oleh kerajaan pada
31 Ogos 1970 bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan negara yang
ke13.
HASIL KARYA
TAJUK : SYARAHAN BAHASA MELAYU
“PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA”
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah,
Akhir sekali,percaya atau tidak,perpaduan juga merupakan salah
satu tunggak untuk memajukan ekonomi negara kita.,Sekiranya semua
rakyat bersatu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,sudah pasti
tidak ada golongan susah dan miskin yang ketinggalan dari sudut
ekonomi.
Justeru,kerajaan Malaysia telah memperkenalkan
kempen'Malaysia Prihatin' ketika negara kita sedang melanda kemelut
ekonomi disebabkan wabak pandemik Covid19. Kempen tersebut telah
mendapat sambutan dari rakyat sehingga mereka mengambil inisiatif
sendiri untuk saling membantu golongan yang susah.Bukan itu
sahaja,malah pihak kerajaan telah memberi bantuan kepada semua
rakyat Malaysia yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.
Hadirin sekalian,
sebelum saya mengundur diri.Marilah kita sama-sama hayati
perintah Allah yang mewajibkan kita bersatu padu dan melarang kita
berpecah belah. Mulai hari ini,kita terapkan dalam diri kita,ahli keluarga
dan insan disekeliling kita untuk terus berusaha menjaga tali
persaudaraan agar hasrat transformasi negara dapat dicapai.
Merdeka!Merdeka!Merdeka! Sekian,wabilahitaufiq
walhidayah.Wassalamualaikum,warahmatullahi wabarokatuh!