The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aleya Suhairy, 2022-11-14 19:02:27

Tajuk 5: Harta Sepencarian Menurut Syarak

(FLIPBOOK MUNAKAHAT)

KOD DAN NAMA KURSUS:

(PPPY 1162)
FIQH IBADAT DAN MUNAKAHAT



TAJUK:
"DI MANAKAH HAK AKU SEBAGAI SEORANG ISTERI"

NAMA PENSYARAH:

DR. NURUL ILYANA BINTI MUHD ADNAN

DITULIS OLEH: (A192667)
1. NUR ALIYA ASYIERA BINTI MOHD SUHAIRY (A192589)
2. NURAIN ATHIRAH BINTI A MURAT

PENULIS NUR ALIYA ASYIERA
BUKU

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (SYARIAH)
PUSAT KAJIAN SYARIAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
SESI 1 2022/2023

NURAIN ATHIRAH

ISI KANDUNGAN

1.0 Cerita Pendek Berdasarkan Tajuk
2.0 Perbincangan dan Penyelesaian Kes Dalam Cerita Pendek
3.0 Definisi & Penentuan Harta Sepencarian
4.0 Dalil Syarak & Kedudukan Harta Sepencarian Menurut Perspektif
Islam
5.0 Pendapat Fuqaha Empat Mazhab
6.0 Pendapat/Pandangan Yang Utama Dalam Mazhab Syafie'
7.0 Cara Penyelesaian Kes Harta Sepencarian Di Malaysia
8.0 Sumber Rujukan

"DI MANAKAH HAK AKU SEBAGAI
SEORANG ISTERI"

Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang sudah berkahwin selama 5 tahun. Si suami, Farhan
merupakan seorang yang bekerjaya tinggi manakala si isteri, Aqilah merupakan seorang suri rumah.
Mereka berkenalan secara maya melalui Instagram selama 6 bulan. Setelah mengenali hati budi masing-
masing, mereka bercadang untuk berkahwin.

Di awal perkahwinan, hidup mereka bahagia seperti pasangan yang tidak mempunyai sebarang masalah.
Farhan sentiasa menggembirakan hati isterinya dengan memberikan segala keperluan yang diminta oleh
Aqilah. Manakala, Aqilah juga tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Sepanjang tempoh perkahwinan, mereka mempunyai sebuah rumah 2 tingkat, sebuah kereta dan sebidang
tanah.

Tiba tahun ke-3 perkahwinan, Aqilah mula menyedari perubahan sikap suaminya. Sebagai contoh, Farhan
sering bersikap panas baran dengan memarahi, menengking dan memukul Aqilah. Tetapi, Aqilah memilih
untuk mempertahankan rumah tangganya itu kerana dia masih menyayangi suaminya. Saban hari, Farhan
masih kekal dengan sikapnya yang tidak terkawal itu. Maka, Aqilah telah membuat keputusan untuk
bercerai dan ingin menuntut harta sepencariannya.

PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN BAGI
KES DALAM CERITA PENDEK

Aqilah membuat tuntutan harta sepencarian terhadap bahagian harta (alih dan tidak alih) yang dibeli suaminya
semasa tempoh perkahwinan mereka.

Harta alih (kereta) dan harta tidak alih (rumah dan tanah) juga diletakkan di bawah peruntukan harta sepencarian.

Dalam kes ini, walaupun Aqilah tidak memberikan sumbangan dari segi kewangan tetapi Aqilah seringkali menjaga
kebajikan suaminya. Ia dianggap sebagai sumbangan secara tidak langsung.

Tun Salleh Abas C.J ada menyatakan bahawa: “Sungguhpun isteri itu tidak mengambil bahagian secara langsung
dalam perniagaan ikan suaminya, namun kehadiran isterinya menyebabkan ketenangan fikiran suami yang
membolehkannya menguruskan perniagaan dengan tenang dan berkesan.”

Aqilah berjaya membuktikan usahanya dalam perkahwinan mereka dan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian
tersebut.
.
Kaedah penyelesaian yang digunakan adalah melalui kaedah sulh (suluh).

DEFINISI & PENENTUAN HARTA SEPENCARIAN APA ITU HARTA SEPENCARIAN?
MENURUT SYARAK


Harta sepencarian ialah sebarang harta yang diperolehi oleh suami isteri semasa tempoh perkahwinan
berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

Perolehan harta ini adalah hasil daripada ikhtiar dan usaha bersama suami isteri dalam memberikan
sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Harta ini merangkumi harta alih dan harta tidak
alih yang dihasilkan atas perkongsian bersama semasa perkahwinan.

sumbangan sumbangan
secara secara tidak

langsung langsung

Kedua-dua pasangan suami isteri Ia sumbangan yang boleh jadi dari
bekerja, telah bersama-sama segi nasihat, idea, dorongan, kebajikan
menyumbang dengan mengeluarkan keluarga, ketaatan, penat lelah dan semangat
modal bagi mendapatkan aset tersebut. kepada pasangan.

DALIL SYARAK & KEDUDUKAN HARTA
SEPENCARIAN DALAM ISLAM

‫َواَل َتَتَم َّنْوا َم ا َفَّض َل الّٰلُه ِبٖه َبْع َض ُكْم َع ٰل ى َبْع ٍض ۗ ِللِّرَج اِل َنِص ْي ٌب ِّم َّم ا اْكَتَس ُب ْوا ۗ َوِللِّنَس ۤاِء َنِص ْي ٌب ِّم َّم ا اْكَتَس ْب َن َۗوْس َٔـُلوا الّٰلَه ِم ْن‬
)32( ‫َفْض ِلٖه ۗ ِاَّن الّٰلَه َكاَن ِبُكِّل َش ْي ٍء َع ِلْي ًم ا‬

Maksudnya: Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu
daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi
perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian daripada
kurnia-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

)Al-Nisa: 32(

Kaedah Fiqh: Al-'Adah Muhakkamah (‫)العادة محكمة‬
Perkataan Al-‘Adah merujuk kepada adat setempat.
Kaedah fiqh adat yang diakui sebagai hukum dan 'uruf itu diiktibarkan oleh syarak.
Memelihara kemaslahatan/kepentingan kedua-dua pihak dalam memelihara harta.
Syaratnya: ialah adat-adat itu tidak bercanggah dengan dalil/syarak yang lain.
Sekiranya memenuhi syarat tersebut, dalil Al-‘Adah Muhakkamah boleh dijadikan sebagai dasar dalam
menetapkan hukum bagi pelbagai isu kontemporari seperti isu hak harta sepencarian.

PENDAPAT 2) MAZHAB HANAFI
FUQAHA 4
MAZHAB Konsep Syarikat Al-Abdan adalah harus tanpa
syarat.
Terdapat juga pendapat yang
menghubungkaitkan harta sepencarian 3) MAZHAB MALIKI
dengan konsep Syarikat (Al-Syarikah).
Konsep Syarikat Al-Abdan adalah harus dengan syarat
1) MAZHAB SyAFIE' pekerjaan yang sama.

Menolak konsep Syarikat Al-Abdan kerana tiada 4) MAZHAB HANBALI
modal. Konsep rakan kongsi berdasarkan kepada
modal bukan kerja. Konsep Syarikat Al-Abdan adalah harus dengan syarat
pekerjaan yang sama.

PENDAPAT/PANDANGAN YANG
UTAMA

MAZHAB SYAFIE':

Harta sepencarian ini tergolong dalam Syarikat Al-Imlak kerana harta
tersebut merupakan percampuran harta yang telah diusahakan
bersama. Kadar pembahagiannya pula dibuat berdasarkan sumbangan
masing-masing yang boleh ditentukan melalui persetujuan bersama
atau pembuktian.

RUMUSAN

Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah oleh suami atau isteri.
Perkara-perkara yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan di mahkamah:

Jenis harta yang boleh dituntut sama ada harta alih atau harta tidak alih.
Setakat banyaknya sumbangan dalam pemilikan harta tersebut.
Segala dokumen pembelian atau pemilikan harta seperti tanah, rumah, kereta atau syer.
Saksi-saksi yang boleh menerangkan bagaimana pemilikan harta itu sama ada berpunca daripada
usaha bersama atau usaha tunggal.
Bukti tanggungan-tanggungan salah satu pihak seperti hutang-piutang atau anak-anak dalam
jagaan.

SUMBER ،‫ المجلد الألولى‬،‫ دار الشروق – بيروت‬،‫ في ظلال القرءان‬،‫الشيخ سيد قطب رحمة الله‬
RUJUKAN .‫م‬1978 – ‫ه‬1398 ،‫ الطبعة الشرعية السابعة‬،1-4 :‫الأجزاء‬

‫ دار‬،‫ المدخل إلى دراسته المذاهب الفقهية‬،‫فضيلة الأستاذ الدكتور علي جمعة محمد‬
.‫م‬2007 – ‫ه‬1428 ،‫ الطبعة الثانية‬،‫السلام للطباعة والنشر والتوزيع والترجمة‬

Abdul Munir Yaacob & Siti Samsiah Md Supi. 2006. Manual Undang-Undang
Keluarga Islam. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kuala Lumpur,
Malaysia.

Siti Zalikhah Md. Noor. 1996. Pemilikan Harta Dalam Perkahwinan. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia.

Masyitah Mohd Zainon. Pengaplikasian Harta Isteri Berpekerjaan Sebagai
Harta Sepencarian: Satu Analisis hukum Dari Perspektif Islam. Jurnal
Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa.

Hanaffi Idris. November 29, 2018. Proses Tuntutan Harta Sepencarian.
https://hanaffi.com/proses-tuntutan-harta-sepencarian/

Harta Sepencarian - Risalah Penerangan Ringkas. Jabatan Bantuan
Guaman. Putrajaya, Malaysia.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version