BENTUK Untuk menghuraikan bentuk sajak, kita mestilah membuktikan sama ada sesebuah sajak itu berbentuk bebas atau masih terikat kepada sebarang penulisan puisi tradisional atau puisi moden. 1) Jumlah rangkap 2) Jumlah baris dan nama baris 3) Rima akhir 4) Jumlah sukukata 5) Jumlah patah perkataan 6) Kesimpulan
1) Jumlah rangkap Menyatakan berapa rangkap keseluruhan sajak. 2) Jumlah baris dan nama baris Monoton = 1 baris serangkap Distikon = 2 baris serangkap Terzina = 3 baris serangkap Quantrain = 4 baris serangkap Quint = 5 baris serangkap Sekstet = 6 baris serangkap Septaim = 7 baris serangkap Oktaf = 8 baris serangkap Soneta = 14 baris serangkap
3) Rima akhir ✓Meneliti susunan rima setiap satu baris sajak pada setiap rangkap. ✓Rima hendaklah ditulis dengan huruf kecil sahaja dan tanda sempadan rima boleh digunakan sama ada , atau /. Rima akhir pantun: h/a/h/a/ = a/b/a/b/
4) Jumlah sukukata ✓Meneliti jumlah sukukata dalam setiap rangkap sajak. ✓Nyatakan jumlah sukukata yang sedikit/pendek ✓Nyatakan jumlah sukukata yang banyak/panjang ✓Penting dinyatakan rangkap dan baris ke berapa serta tulis semula sajak tersebut.
5) Jumlah patah perkataan ✓Meneliti jumlah perkataan dalam setiap baris pada setiap rangkap sajak. ✓Nyatakan berapa keseluruhan jumlah patah perkataan sajak tersebut iaitu panjang dan pendek ✓Penting dinyatakan rangkap dan baris ke berapa serta tulis sajak tersebut sebagai pembuktian.
6) Kesimpulan Buatlah kesimpulan berdasarkan sajak yang telah dibuat (sebagai penutup). [#Catatan: Sekiranya menjawab bebas sahaja tanpa ada alasan- tidak akan diberi markah pada bahagian ini)
1) Jumlah rangkap Sajak ini mempunyai _______ rangkap. 2) Jumlah baris dan nama Rangkap 1 mengandungi _______ baris ( ___________), rangkap 2 pula mengandungi ________ baris ( __________ ) 3) Rima akhir Rima akhir bagi rangkap 1 ialah __ / ___ / ___ / ___ / 4) Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah pada rangkap ____ baris ____ ( ___ sukukata) Sukukata panjang ialah pada rangkap _____ baris ___ ( ___ sukukata) 5) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah pada rangkap _____ baris _____ (___ patah perkataan) Perkataan panjang ialah pada rangkap ______ baris ____ (___ patah perkataan) 6) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya.