The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasuhaamran46, 2021-06-09 04:36:52

E-BOOK

E-BOOK

E-BOOK/E-MAJALAH
BOLA TAMPAR
TUNJUK AJAR

NAMA NO. PENDAFTARAN
NURUL HUSNA BINTI JAMALUDIN 18DTK20F1050
NURATHIRAH NASUHA BINTI AMRAH 18DUP20F1031
ROSSHAMUSTIKA KHALIFA BINTI ROSNIZAN 18DUP20F1019
NURHUDA BINTI AZNI 18DUP20F1001

NO TAJUK MUKA
SURAT
1 EDITOR

2 PENGHARGAAN
3 KATA ALU-ALUAN
4 SEJARAH BOLA TAMPAR

5 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
6 UKURAN GELANGGANG
7 PERALATAN PERMAINAN
8 Teknik

• TEKNIK MENYANGGA (DIGGING)
• TEKNIK SERVIS
• TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)
• TEKNIK MEREJAM (SPIKE)
• TEKNIK MENGADANG (BLOCK)

9 PENUTUP

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

KATA-KATA ALUAN

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

SEJARAH BOLA TAMPAR

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 – 1942) pada 9
Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts,
Amerika Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis (jaring) dan bola
keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru ini sebagai ”Mintonette”.
Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah cadangan dibuat
oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan dalam persidangan. Pada
tahun 1952,
Jawatankuasa Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah
memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan, “Volleyball”.
Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball –
FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947.Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki
yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar
sedunia yang pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951.
Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan berpasukan
Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik
yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki
manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita.
Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan
antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara yang
menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34 dari
NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan,
telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di dunia.

SEJARAH DI MALAYSIA

Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan China telah
melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar
yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada ketika itu, perlawanan
bola tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina (Chinese Athletics Association)
mengikut negeri masing-masing.

Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini dikenali sebagai Persatuan
Bola Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan pada 9 Julai 1959 dengan nombor
pendaftaran 1002 di Pulau Pinang. MAVA menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik
Malaysia (OCM) dan persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de
Volleyball – FIVB) pada tahun 1962.

MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar dengan
penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh
negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Ketika itu, sistem 9 orang pemain
sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah memperkenalkan sistem 6 pemain
sebelah mengikut sistem antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang pertama
berlangsung di Singapura. Acara wanita hanya diperkenalkan dalam tahun 1966.

Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan peringkat
antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan jayanya oleh MAVA. Antaranya adalah
seperti bola tampar mini bawah12 tahun, pertandingan bawah 15 tahun, bola tampar pantai,
liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan
Remaja Lelaki Sedunia.

Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua negeri di
Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia, manakala
Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai ahli bersekutu. Bola Tampar
Mini diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun 1960-an. Pada tahun
1990, permainan bola tampar mini telah mula diperkenalkan di Malaysia, dan MAVA telah
menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Mini Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan
Bola Tampar Mini telah diambil alih oleh MSSM. Kejohanan tersebut telah berlangsung
bersama-sama dengan kejohanan bawah 18 tahun di Sintok (UUM), kedah.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG





UKURAN GELANGGANG

Ketinggian Jaring

Dalam perlawanan bola tampar, ketinggian jaringnya dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Lelaki dan
Wanita.
Ketinggian jaring lelaki iaitu 2.43 meter, manakalah wanita adalah 2.24 meter sahaja.

Keluasan gelanggang

Gelanggang bola tampar mempunyai keluasan lebar 18 meter, panjang 9 meter.
Keluasan petak dalam gelanggang adalah lebarnya 3 meter(dari garisan tengah), panjang 9 meter.

PERALATAN PERMAINAN





TEKNIK

✓ TEKNIK MENYANGGA (DIGGING)
✓ TEKNIK SERVIS

✓ TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)
✓ TEKNIK MEREJAM (SPIKE)

✓ TEKNIK MENGADANG (BLOCK)

TEKNIK MENYANGGA (DIGGING)

1. Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
2. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
3. Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke

hadapan.
4. Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan

untuk menerima hantaran.
5. Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum

bermain bola.
6. Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
7. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.

8. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
9. Kendurkan bahagian atas tubuh.

10. Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik
oleh ahli pasukan yang lain.

TEKNIK SERVIS

SERVIS BAWAH

1. Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki
membentuk kuda - kuda dengan badan agak condong ke depan.

2.
Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan
yang satu lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan
dalam keadaan mengepal atau menggenggam.

3.
Yang ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola
dipukul di bahagian bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke
depan.

.SERVIS ATAS

1. Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan
memegang bola.

2. Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat
sekuat tenaga.

3. Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.
4. Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya

membentuk atau beralun.

TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)
1. Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar

2. Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk rejaman yang
kuat

3. Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat
membuat rejaman

SAMA ADA RUN-UP ATAU BERDIRI SETEMPAT

1. Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.

2. Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke
belakang dan ke atas.

3. Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu
untuk merejam bola.

4. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan
terbuka atau menadahkan tangan.

5. Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.

6. Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jarring dan
mengambil tiga langkah.

7. Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah
kaki akan hampir bersama.

TEKNIK MENGADANG (BLOCK)

o Badan dan tapak tangan menghadap jaring.
o Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
o Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.
o Jarakkan jari-jari tangan.
o Mata pandang arah pergerakan bola.
o Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version